22

Kegemilangan Melaka

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Undang-Undang Melaka dan perkembangan kemajuan ekonominya

Citation preview

Page 1: Kegemilangan Melaka
Page 2: Kegemilangan Melaka

Aktiviti Keusahawanan Masyarakat Melayu pada Zaman

Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka

Zainudin Hassan dan Rozeyta Omar

Universiti Teknologi Malaysia

Skudai, Johor

Pengenalan

“Maka segala dagang atas angin dan bawcih angin sekeliannya datang ke Melaka: terlalu ramai Bandar Melaka pada zaman itu. Maka segala orang Arab dinamainya Malakat, ertinya perhimpunan segala dagang, kerana banyak jenis dagangan ada disana. (Sejarah Melayu, edisi 2000, him 80)

Petikan di atas menunjukkan bahawa Melaka adalah pusat kegiatan perdagangan pada

abad ke-14. Buku sejarah China zaman lampau menyebut “Ma La Jia” (ejaan bahasa

Cina) yang merajuk kepada “Melaka” dan disebut pula sebagai “Ma Liu Jia” atau “Ma La

Jia”. (Yuanzhi: 2000). Ini menunjukkan Melaka dikenali sehingga ke negara Arab dan

China.

Melaka yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia di pesisir Selat

Melaka mempunyai kelebihan dan keistimewaan untuk memudahkan para pedagang

asing dari timur dan barat bertemu dan berjual beli. Bandar Melaka menjadi anak kunci

penting dalam pemiagaan laut antarabangsa dari Laut Merah dan Teluk Parsi di Asia

Barat, negeri China dan Asia Timur, tanah besar Asia hingga ke Kepulauan Asia

Tenggara pada ketika itu.

Para pedagang mendapati Melaka menjadi tempat persingahan yang selamat dan

menguntungkan kerana pelayaran mereka bergantung kepada angin monsun di Laut

China Selatan ataupun Lautan Hindi. Mereka akan singgah dahulu di Melaka sementara

menunggu tibanya angin monsun yang seterusnya. Oleh kerana itu, pedagang-pedagang

dari barat, timur ataupun Gugusan Kepulauan Melayu boleh mendapatkan barang

dagangan di Melaka sahaja tanpa perlu pergi ke tempat lain untuk mendapatkan barangan

Page 3: Kegemilangan Melaka

itu. Ilatta makci datcmg sebuah kapal Peringgi clari Goci, id benuaga di Melaka. Maku

dilihat oleh Peringgi itu, negeri Melaka terlalu baik, bandarnya terlalu ramai. ” (Sejarah

Melayu, edisi 2000, him 244)

Kegiatan perdagangan di Melaka menunjukkan bahawa orang Melayu merupakan

pedagang yang handal dan beijaya pada waktu Hu. Pemiagaan adalah nadi negen

Melaka. Barang-barang mewah dan apa-apa hasil bumi boleh dibeli di Melaka. Menurut

Zainal Abidin (1996), antara barang tempatan yang didagangkan ialah emas, timah, kayu-

kayan, ubat-ubatan daripada akar, kulit dan daun kayu, ukiran kayu dan damar. Buah-

buahan tempatan seperti durian, cempedak, langsat, duku, pulasan dan manggis

merupakan barang dagangan yang sangat digemari oleh pedagang luar. Kejayaan

perdagangan Melaka ini telah ditulis oleh beberapa tokoh dari barat dan timur.

Pada awal abad ke-16, pencatat Portugis yang terkenal iaitu Tome Pire, seorang

setiausaha dan akauntan kepada Syarikat Portugis dan tinggal di Melaka selepas ditawan

oleh Albuquerque. Beliau menulis dalam bukunya, The Suma Oriental tentang

masyarakat dan kegiatan perdagangan pada awal abad ke-16. Tome Pires pemah menetap

di Melaka pada tahun 1512 hingga 1515. Beliau pemah mengatakan bahawa pada setiap

tahun sekurang-kurangnya 100 buah kapal yang besar dan kira-kira 30 hingga 40 buaii

kapal-kapal yang kecil datang ke pelabuhan Melaka. Pelabuhan yang begitu besar itu

boleh menampung hampir dua ribu buah kapal yang berbagai-bagai saiz untuk sesuatu

masa.

Duarte Barbosa seorang lagi penulis Protugis yang telah merakamkan

pendapatnya pada kurun ke-16 menyatakan:

"... bandar raya Melaka ini adalah pelabuhan yang terkaya dengan jumlah pedagang borong yang terbesar dan perkapalan serla perdagangan yang sungguh banyak yang boleh didapati di selum dunia. ”

Page 4: Kegemilangan Melaka

Walaupun begitu, menurut Hall (1984), Melaka pada mulanya adalah sebuah

pasar barang-barang rampasan. Ia adalah sebagai pusat lanun dan memaksa semua kapal

yang melalui Selat Melaka singgah berdagang. Melaka disifatkan bukan sebagai sebuah

bandar perdagangan tetapi adalah sebuah pasar lambak yang besar di mana bila sampai

masanya barang-barang dari China dan Timur Jauh ditukar dengan barang-barang Asia

Barat dan Eropah.

Menurut Sheela (1993) sistem perdagangan teratur yang menjamin keadilan dan

kestabilan turut menarik pedagang-pedagang dari seluruh pelosok dunia ke Melaka. Tiap-

tiap tahun beribu-ribu pedagang datang ke Melaka. Mereka terdiri daripada pedagang

Turki, Parsi, Eropah, India, China, Jepun, Champa, Kambodia, Siam, Pegu, Sulawesi,

Jawa dan Kepulauan Melayu yang lain.

Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka

Zaman Melaka adalah zaman yang penting dalam sejarah Melayu kerana Melaka

merupakan entiti politik Melayu yang pertama yang muncul selepas kejatuhan kerajaan

lain di Asia Tenggara. Walaupun kesultanan Melaka berusia hanya satu abad tetapi ia

mempunyai pengaruh yang besar terhadap negeri-negeri Melayu yang muncul

selepasnya

Corak pemerintahan yang terbentuk semasa Kesultanan Melaka merupakan satu

sistem pemerintahan politik yang tersusun dan teratur. Ini mewujudkan kestabilan dan

keamanan dalam negeri dan pedagang-pedagang merasa selamat dan mula datang

beramai-ramai untuk berdagang di Melaka. “Terlalu adit saksama baginda pada

memeliharakan segala rakyat, seorang pun tiada raja-raja dalam alam ini sepertinya

pada zaman itu, lagi dengan murahnya. Maka negeri Melaka pun besarlah, lagi dengan

makmurnmya: segala dagang pun berkampung. ” (Sejarah Melayu, edisi 2000, him 72)

Keadilan raja-raja Melaka diketahui ramai seperti yang dipercontohkan oleh

seorang Sultan yang dikatakan lebih gemar berada di bandar daripada pergi memburu

supaya dia boleh mendengar sendiri dan membuat keputusan mengenai kekejaman dan

Page 5: Kegemilangan Melaka

kezaliman yang berlaku di Melaka disebabkan kedudukan dan perdagangarmya yang

teguh. (Andaya: 1983)

Sistem pemerintahan Melaka berbentuk hiraki dengan sultan di kemuncaknya.

Baginda berkuasa penuh dan rakyat perlu patuh dan setia kepada baginda. Baginda

dibantu oleh Majlis Orang Besar Empat yang terdiri daripada Bendahara, Penghulu

Bendahari, Laksamana dan Temenggung. Di bawah empat pembesar utama ini ialah

Majlis Orang Besar Delapan diikuti oleh Majlis Orang Besar Enam Belas dan Majlis

Orang Besar Tiga Puluh Dua.

Di antara pembesar itu, Bendahara adalah orang yang terpenting dan merupakan

Perdana Menteri. Beliau bertindak sebagai ketua penasihat sultan dan bertanggungjawab

memunggut cukai. Beliau ialah Panglima Besar untuk pertahankan negara, Ketua Hakim

dan juga Ketua Adat Istiadat Istana.

Penghulu Bendahari pula menjaga hal ehwal kewangan Melaka. Beliau juga

mengetui semua Syahbandar dan pegawai pengutipan cukai serta bertanggungjawab

kepada semua hasil negeri. Beliau iuga bertanggungjawab menyelia hamba dan

kakitangan raja supaya segala urusan istana beijalan dengan lancar termasuk hal-ehwal

kewangan dan urusan surat-menyurat diraja.”

“Setelah Seri Maharaja jadi Bendahara, hergelar Bendahara Seri Maharaja, maka negeri Melaka pun makin makmurlah, lagi dengan ramainya, kerana Bendahara Seri Maharaja terlalu saksama, serta adil dengan murahnya; dan terlalu baik budi pekertinya pada membaiki orang, dan terlalu sangat pada memelihara segala dagang. ”(Sejarah Melayu, edisi 2000, him 206)

Temenggung bertanggungjawab untuk keselamatan negeri dan berfungsi sebagai

hakim bagi kesalahan kecil dan urusan penjara. Beliau juga ditugas untuk memeriksa

alat-alat timbangan dan sukatan. Laksamana merupakan ketua angkatan laut yang

berperanan mengawal perairan Melaka dan menentukan kapal-kapal mengikut peraturan-

peraturan pelabuhan.

4

Page 6: Kegemilangan Melaka

Masyarakat Melaka ialah masyarakat kosmopolitan yang terbentuk akibat

kedudukan Melaka sebagai sebuah bandar pelabuhan (city port) antarabangsa. Fungsinya

sebagai sebuah entreport mendorong pembentukan corak masyarakat. Ini disebabkan

tradisi maritim yang dimiliki oleh Melaka dari segi kedudukan geografi, penguasaan

politik serta corak ketenteraannya.

"Ada pun pada zaman itu negeri Melaka terlalu ramainya, segala dagang pun bertambah-tambah berkampung: dari sebelah kampung Keling datang ke Kuala Penajuh, rapat rumah; orang pergi-pergian dari Melaka hingga datang ke Jugra tidak membawa api; barang mana ia berhenti, di sana adalah kampung orang. Dari sebelah sini datang ke Batu Pahat, demikian juga; kerana rakyat Melaka sembilan belas laksa banyaknya yang dalam negeri juga itu" (Sejarah Melayu, edisi 2000, him 244)

Teks Sejarah Melayu menunjukkan gambaran negeri Melaka dan memperincikan

gambaran tentang susun lapis masyarakat Melaka yang dikelaskan kepada beberapa

peringkat, Peringkat pertama ialah pemerintah dan kerabat Diraja. Perin'gkat kedua ialah

para pentadbir yang terdiri dari pembesar yang menduduki kelompok bangsawan Melaka.

Peringkat ketiga ialah pedagang dan rakyat yang bebas. Diketahui bahawa ramai orang

Melayu yang melibatkan diri dalam bidang pemiagaan, misalnya, “Adapun Hang Isap itu

ada berniaga dengan Sayid Hamba Allah” {Sejarah Melayu, edisi 2000, him 219)

Ini menunjukkan ramai kalangan masyarakat Melaka yang sudah melibatkan diri

dengan perdagangan secara besar-besaran atau kecil-kecilan. Kaum pedagang dan

saudagar kaya raya ini juga melahirkan golongan nakhoda yang menggunakan kenderaan

air untuk berniaga. Mereka merupakan kelompok masyarakat yang eksklusif di Melaka.

Walaupun begitu, Kerajaan Melayu Melaka mengamalkan sistem pentadbiran

tanah di mana tanah dimiliki oleh raja dan rakyat mengeijakan tanah tersebut. Sebahagian

hasil yang diperolehi daripada tanah kerajaan akan diserahkan kepada pembesar-

pembesar istana dan kutipan hasil ini juga merupakan satu punca pendapatan pemiagaan

yang penting kepada mereka

5

Page 7: Kegemilangan Melaka

Kegiatan Perdagangan pada Awal Abad ke-15

Laporan yang ditulis oleh Ma Huan dan Fei Hsin tentang institusi pentadbiran orang

pribumi dan kegiatan perdagangan di Melaka pada awal abad ke-15 menyanjung

kebijaksanaan dan pemerintahan raja-raja Melaka yang awal. Wang Gungwu pula

merujuk kepada kepintaran Parameswara meraih keuntungan hasil dari perdagangan dan

perkapalan di Selat Melaka selepas Sriwijaya. Ma Huan da Fei Hsia menyebut bahawa

perancangan ekonomi dilengkapkan dengan perancangan pemerintah dan pentadbir yang

tersusun. Dalam Undang-undang Melaka menyebut bahawa “... padahcil memerintahkan

segala adat yang tersebut ini, terhimpun pada segala menteri”. Dalam masyarakat

Melayu. tradisi, adat dan istiadat meliputi sistem dan kaedah memerintah, undang-undang

serta norma hidup bermasyarakat termasuk juga sistem dan kaedah berniaga serta

berdagang.

Menerusi tindakan politik, pemerintah Melaka menakluk kawasan asing yang

strategik dan mempunyai potensi ekonomi yang baik di sekitar Selat Melaka. Menurut

Mohamad (1992), usaha gigih menakluk kawasan-kawasan pesisir untuk mengawal

seluruh laluan perairan Melaka menjanjikan pulangan dan hasil ekonomi serta sumber

tenaga manusia yang amat menguntungkan. Hubungan diplomatik dan ekonomi yang

terjalin dengan kuasa-kuasa luar seperti negara China, Ryuku, India dan Arab Farsi telah

menggerak dan merancakkan pertumbuhan perdagangan Melaka sebagai emporium

temama.

“Setelah itu maka titah Sultan Mansur Shah kepada Bendahara Paduka Raja dan segala menteri hulubalang, ”Apa bicara tuan hamba sekalian, baiklah kita menyuruh ke benua Siam;apa sudahnya kita beralangan seiama ini, kita berkelahi dengan dia pun tiada, dan berdamai pun tiada, dan berdamai pun tiada;orang Siam tiada datang ke Melaka, dan orang Melaka pun tiada pergi ke Siam. ” (Sejarah Melayu, edisi 2000, him 107)

Raja Melaka yang kedua iaitu Sultan Iskandar Syah telah memeluk agama Islam

pada tahun 1414 dan telah membawa banyak kebaikan kepada Melaka. Tome Pires

mendakwa bahawa perkahwinan Sultan Iskandar Shah dengan Puteri Pasai yang

beragama Islam telah menyebabkan semakin ramai saudagar Islam dari pelabuhan Pasai

Page 8: Kegemilangan Melaka

seperti pedagang Tanah Arab, Parsi dan India datang ke Melaka. Ini menyebabkan

perdagangan di Melaka mencapai keuntungan.

“Setelcih hciri pun asarlah, maka datamglah sebuah kapal dari Jeddah, serta ia datang berlabuhlah: maka turunlah makhdum dari dalam kapal itu, Syed Abdul Aziz namanya,..." (Sejarah Melayu, edisi 2000, him 73)

Menurut Abd. Latif (1996), perdagangan mahupun kaedah perdagangan diplomasi

Melaka bersendikan agama Islam, Bahasa Melayu, tulisan jawi, perkahwinan Diraja

adalah tali temali yang memperteguhkan ukhwah dan ikatan serumpun.

. Sultan Iskandar Shah juga menyediakan kemudahan dan layanan yang istimewa

kepada para pedagang, seperti yang dikatakan oleh Tome Pires:

"... and some rich Moorish merchants moved from Pasai to Malacca, Parsees, as well as Bengalees and Arabian Moors, for at that time there were alarge number of merchants belonging to these three nations, and they were very rich with large business and fortunes... Trade began to grow greatly-chiefly because they said Moors were rich and Xageum Darxa, King o f Malacca, derived great profit and satisfaction from it..

Ma Huan dan Fei Hsin juga menyebut tentang para saudagar China mendapati

Melaka telah membina gedung yang dikeli lingi oleh pagar kayu dan mempunyai pintu-

pintu yang berkunc*. Gedung ini dikawal oleh penjaga yang bersedia untuk membunyikan

loceng sekiranya terjadi sesuatu kekecohan dan kecemasan. Ini menunjukkan bahawa

perdagangan di Melaka teratur dan dikawal pada abad ke-15.

Menurut Yuanzhi (2000), ketika kapal-kapal Zheng He berlabuh di Melaka, di

suatu tempat dibuat pagar kayu runcing yang mengelilingi seperti tembok kota. Di empat

penjuru pintu gerbang dibangunkan nenara tempat orang menabuh untuk memberi tahu

waktu pada malam hari. Malah ada penjaga yang meronda dengan membawa loceng. Di

dalam kawasan itu terdapat pagar kayu runcing sebagai tembok kota kecil. Di situ ada

gudang untuk menyimpan wang dan bahan makanan.

7

Page 9: Kegemilangan Melaka

Menurut Andaya (1983) terdapat gudang bawah tanah yang dibina untuk saudagar

menyimpan barangan mereka sementara kargo tiba. Kemudahan menyimpan ini memberi

periindungan dari api, kerosakan atau kecurian. Menurut Wan Abd. Kadir (1989), system

ekonomi orang Melayu zaman kerajaan Melaka sebelum kedatangan Barat sudah

mencapai peringkat tamadun yang tinggi.

Dalam Sejarah Melayu juga disebut tentang sistem untuk membasmi pencuri dan

barang yang hilang, "Maka titah Sultan Alau’d-Din kepada Bendahara Paduka Raja,

menyuruh membuat balai di simpang empat di tengah negeri, disuruh bubuh seorang

penghulu diam di sana. Maka titah baginda pada Seri Maharaja: Jikalau orang

mendapat harta orang, jika tiada dipulangkannya pada yang empunya, disuruh baginda

kudung tangannya: jikalau tiada bertemu dengan empunya harta, ke balai itulah

dihantarkan. ” (Sejarah Melayu, edisi 2000, him 175)

Pedagang-pedagang diberi layanan yang baik dan adil. Pegawai khas yang

bergelar Syahbandar ditugaskan untuk mengawasi segala hal-ehwal perdagangan di

pelabuhan bagi memastikan tidak berlaku sebarang kesulitan. Pedagang-pedagang

dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diletakkan di bawah pengawasan seorang

Syahbandar seperti:

(a) Pedagang dari Gujerat

(b) Pedagang dari India Selatan, Benggala, Pegu dan Siam.

(c) Pedagang dari Jawa, Maluku, Banda, Palembang, Borneo dan Filipina

(d) Pedagang dari Champa, China dan Jepun.

Tiap-tiap Syahbandar bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan kumpulan

pedagangnya. Ia menguruskan gudang, tempat penginapan, pengangkutan dan masalah

pribadi yang dialami oleh mereka. Dia juga memeriksa ala-alat timbang dan sukat dan

mata wang untuk menentukan sebarang penipuan tidak berlaku.

Page 10: Kegemilangan Melaka

Eksport Melaka pada masa itu ialah bijih timah yang telah dicair dan dijadikan

kepingan jongkong. Melaka juga mengumpulkan bijih timah dari kawasan tanah

jajahannya seperti Kelang, Selangor, Bemam, Manjung, Beruas dan Kedah. Penguasaan

dan penaklukan kawasan lain juga mempunyai matlamai dari aspek perdagangan dan

ekonomi.

Terdapat beberapa penaklukan yang menguntungkan Melaka antaranya ialah

Siak. Penguasaan Siak membolehkan Melaka mengawal pengeluaran emas bagi tujuan

tukaran bahan perdagangan dengan saudagar asing. Penaklukan Kampar pula

membolehkan Melaka mengawal eksport lada dan emas yang dikeluarkan dari

pendalaman Minangkabau, Rokan, Tungkal dan Inderagiri.

Gugusan Riau-Lingga pula membekalkan Orang Laut sebagai pendayung kapal

perang tentera laut Melaka uintuk tujuan penaklukan. Orang Laut juga membantu

menentang lanun di Selat Melaka kerana lanun boleh menjejaskan .keselamatan di

perairan dan keselamatan para pedagang. Orang Laut amat ditakuti tetapi penuh perasaan

taat setia dan bertugas melindungi para langganan Melaka sambil melakukan pembalasan

yang dahsyat terhadap saingan Melaka. Kawalan dan jaminan keselamatan merupakan

perkara utama untuk menjamin kegiatan perdagangan dan kedatangan pedagang asing

untuk berniaga di Melaka daripada pergi ke pelabuhan-pelabuhan lain di Selat Melaka.

Walaupun begitu, kawasan-kawasan yang tidak menjadi jajahan takhluk di pantai

barat dan timur Sumatera membekalkan bahan-bahan mentah, antaranya, Pedir

menghantar lada dan beras menerusi Pasai. Bengkalis membekalkan ikan kering dan ikan

trubuk. Jambi dan Palembang menyediakan bahan-bahan makanan seperti beras, halia,

bawang, daging, arak, madu lebah, besi dan emas. Kapur barus dari Aceh dan Palembang

membekalkan hamba untuk didagangkan di Melaka.

Hubungan Perdagangan Pada abad ke-15 dan awal abad ke-16

Sebagai sebuah pelabuhan entrepot, kekuatan perdagangan Melaka bergantung kepada

pedagang-pedagang asing. Terdapat tiga aliran lalulintas laut yang terdapat di Melaka:

9

Page 11: Kegemilangan Melaka

a) Di bahagian timur ialah hubungan dengan China. Melaka menjadi tumpuan

Kerajaan Ming dari China untuk memasarkan barang-barang dari China ke

Eropah. Seorang pelapor Portugis yang bernama Ruy Araujo menganggarkan

setiap tahun, antara lapan hingga sepuluh buah ’ong China datang ke Melaka

dengan membawa barang-barang seperti bahan-bahan wangian, permata, sutera,

satin, balerang, besi, alat masak-memasak, tembikar dan peluru. Di Melaka

barang utama yang ditukar imtuk dibawa balik ke China ialah lada, gaharu, candu,

rempah dan bahan-bahan hutan Nusantara. Melaka juga menjadi orang tengah

yang menjualkan lada dari Patani, Pasai dan Pedir ke negara China. Terdapat juga

pedagang dari Jepun yang membawa kain, sutera, tembikar, pedang, habuk emas

dan perak, kipas, kertas dan ditukar dengan rempah, arak dan kain dari Benggala.

Tome Pires juga menyebut terdapat kapal-kapal besar orang Melaka sendiri pergi

ke China untuk berdagang.

b) Di bahagian barat ialah saudagar dari Koromandel yang dianggarkan oleh Tome

Pires dan Ruy de Brito sebanyak empat hingga lima buah kapal besar setiap

tahun. Barangan yang di bawa dari Koromandel ditukar untuk membeli gaharu,

permata, lada, cengkih, kayu manis dan buah pala. Saudagar dari Kalingga pula

membeli perak, emas, bijih dan sutera dari China.

Para saudagar dari pelabuhan Benggala terdiri dari pedagang Arab, Parsi.. Turk

dan Absinia membawa beras, gula, daging kering, buah-buahan, kairi India dan

ditukarkan dengan lada, jagung, cengkih, sutera, tembikar, senjata, gaharu dan

barang rnentah Nusantara. Saudagar dari Gujerat pula membawa barang-barang

barat seperti logam, senjata, cerrmn, manik dan arak yang ditukar di Melaka dan

kemudiannya dibawa ke Venice. Tome Pires menyebut bahawa

Whoever is lord o f Malacca has his hand on the throat o f Venice”,

c) Kepulauan Nusantara pula pedagang dari Pegu (Burma), Siam, Palembang, Pulau

Jawa yang membawa barangan seperti nilam, perak, wangi wangian, beras,

10

Page 12: Kegemilangan Melaka

bawang, minyak, garam, kayu jati, emas, gading gajah dan menukarkannya

dengan barangan dan China, kain dan lada. Tome Pires juga menulis bahawa

terdapat juga saudagar Melaka yang pergi ke Pegu untuk berdagang dan ramai

saudagar Melaka pergi ke Jawa sebagai saudagar borong.

Barang-barang dagangan yang diperdagangkan dan digunakan di Melaka juga

di eksport ke negara lain (Zainal Abidin, 1996). Kehadiran para saudagar asing dari

kawasan serantau dan dari China dan Semenanjung Arab menyebabkan Melaka menjadi

pusat perdagangan antarabangsa. Tome Pires mengatakan bahawa terdapat sekurang-

kurangnya 61 bangsa dan suku bangsa di Melaka serta terdapat lapan puluh empat bahasa

dituturkan oleh para pedagang. Meilink-Roelofsz pula mengatakan bahawa;

“...flocked together every year in Malacca, which was then the center o f inter-Asian trade. Like a rich and colourful pageant under the blazing tropical sun, this busy eastern market made an indelible impression on the first Europeans who visited Malacca. ”

Orang Melayu Melaka mengalami perubahan yang pesat apabila bertembung

dengan pedagang-pedagang luar. Sistem sosial penduduk rantau ini yang menjadi

semakin kompleks telah membentuk sistem kepimpinan yang semakin tersusun.

Golongan yang menjadi pemimpin menguasai politik dan ekonomi. Kekuatan golongan

pemerintah bergantung kepada kedudukan ekonomi rakyat jelata dan hubungan dengan

pedagang asing. Hubungan dengan orang luar membolehkan orang Melayu turut serta

dalam kegiatan perdagangan dan pelayaran. Rakyat yang tinggal berhampiran pelabuhan

turut melibatkan diri dalam usaha perdagangan secara kecil-kecilan (Mohd. Taib :19S9)

“Hatta berapa lamanya, datanglah sebuah kapal dari atas angin. Setelah kapal itu

berlabuh, maka segala nelayan pun datanglah berjual ikan kepada orang dalam kapal

itu. (Sejarah Melayu, edisi 2000, him 84)

11

Page 13: Kegemilangan Melaka

Corak Pemiagaan di Melaka

Melaka merupakan entreport atau “a warehouse or place fo r storage o f goods” yang

telah mewujudkan satu sistem perdagangan dan urusniaga yang teratur dan boleh

diterima semua pihak. Melaka memainkan tiga peranan penting, iaitu:

(a) Sebagai penerima, pembeli dan pengendali barang-barang dagangan untuk

disimpan dalam gudang sebelum barang-barang itu disebar untuk dijual.

tb) Menjadi pihak perantara, iaitu perantaraan bagi pedagang dari Timur, Barat dan

dari Nusantara.

(c) Sebagai ‘sea port’ yang menyebarkan barang dagangan ke seluruh pelosok

kawasan perdagangan atau penjual barang dagangan.

Melaka bukan sebagai pengeluar barang-barang dagangan tetapi meraih keuntungan

kerana kedudukan geografinya serta peranan penting dari pentadbir dan

pemerintahannya.

Tome Pires menulis tentang undang-undang yang diamalkan di Melaka:

“and through this custom the land lived in an orderly way and they carried on their business. And that was done thus orderly, so that they did not favour the merchant from the ship, nor did he go away displeased: for the law and the prices o f merchandise in Malacca are all known.”

Terdapat dua undang-undang d‘ Melaka iaitu Undang-undang Melaka (Hukum

Kanun Melaka) dan Undang-undang Laut Melaka. Undang-undang Melaka ialah undang-

undang darat iaitu lima daripada 44 fasalnya menerangkan undang-undang laut. Undung-

undang Laut Melaka pula mengandungi 24 fasal daripada 25 fasal yang menerangkan

peraturan di laut seperti peraturan dan tertib berniaga, tatacara berjual beli, larangan dan

tanggungjawab Nakhoda dan Syahbandar.

Apabila sebuah kapal dagang asing masuk ke Melaka, pegawainya dikehendaki

mematuhi peraturan tempatan. Nakhoda kapal perlu memohon Syahbandar untuk

12 i>

Page 14: Kegemilangan Melaka

menemui Bendahara untuk meminta kebenaran berniaga. Syahbandar pula memberi gajah

untuk mengangkut barang dagangan untuk disimpan sementara waktu di gudang. Cukai

hendaklah dibayar terlebih dahulu menurut niiai barangan dan wilayah mana asalnya

pedagang itu. Terdapat dua jenis bayaran bagi urusan import barang iaitu Pertama,

bayaran rasmi yang dinamakan custom duties dan yang kedua ialah bayaran tidak rasmi

atau present yang harus diberikan kepada Sultan, Bendahara, Temenggung dan

Syahbandar.

Pelabuhan Melaka dapat membangun dengan cepat dan muncul sebagai

pelabuhan yang tiada tolok bandingnya adalah sistem cukainya yang teratur dan

berpatutan. Kadar cukai bergantung kepada nilai barang yang dibawa oleh pedagang.

Kadar pembayaran adalah berbeza untuk setiap golongan pedagang. Kadar yang

dikenakan adalah seperti berikut:

(a) Pedagang-pedagang dari India, Sri Langka, Burma, Siam dqn Sumatera

- 6 peratus daripada nilai kargo

(b) Pedagang dari Melaka dan negeri Melayu Semenanjung

- 3 peratus daripada nilai kargo

(c) Pedagang dari China, Sumatera Selatan, Jawa dan Maluku

- Memberi hadiah-hadiah bemilai 1 peratus daripada kargo mereka.

Walaupun begitu, adalah menjadi kebiasaan bagi pedagang-pedagang dalam dan

luar negeri yang membawa persembahan kepada Sultan, Bendahara dan pembesar

Melaka. Pada umumnya persembahan itu bemilai satu atau dua peratus daripada jumlah

nilai barangan mereka.

Selepas semua cukai dibayar, urusan jualan barangan pun bermula di sepanjang

jambatan Melaka, di jalan raya berhadapaan bangunan lama sekarang dan di bazar-bazar.

Kerajaan Melaka telah mengeluarkan sejenis lesen kebenaran berniaga kepada para

peniaga dan penjual. Pengeluaran lesen ini adalah sebahagian pendapatan kerajaan. Para

pentadbir sentiasa memerhati dan mengawas urusan jual beli agar barangan import yang

13

Page 15: Kegemilangan Melaka

tersimpan tidak rosak atau jualnnya lembab. Tidak ada bukti yang menunjukkan para

penjual asing mengalami kerugian.

Urusan pemiagaan mempunyai dua bentuk lauu meialui sistem tukar barang dan yang

kedua menerusi proses penjuaian dan pembelian. Tome Pires menyebut wang logam di

Melaka dibuat daripada calains dalam bentuk timah yang terpahat nama Sultan Melaka

yang memerintah. Pada masa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, mata wang emas telah

digunakan dalam perdagangan. Terdapat juga mata wang dari perak dan timah yang

dikeluarkan ataupun dibuat di Melaka.

Peringkat penjuaian dan penyebaran barangan yang diimport mengikut Tome

Pires keseluruhannya dijalankan oleh pedagang Melayu. Peniaga ini membeli barangan

dar pemborong dan menjualkannya di pasar-pasar, di pondok-pondok yang dibina di atas

jambatan, di lorong-lorong depan rumah, kedai, bazaar ataupun sistem lambakan di tepi

jalan. Dalam Sejarah Melayu disebut “Tunku, sekarang lebih kita tidak betul, banyak

kedai yang menganjur, baik juga tuanku membetuli; kalau-kalau Yang Dipertuan

berangkat, dilihat baginda lebuh tidak betul, murka kelak akan tuanku. ” (Sejarah

Melayu, edisi 2000, him 254)

Sistem penyebaran pula ialah barangan yang dimport akan disebarkan ke Gugusan

Kepulauan Melayu dengan mengunakan kapal-kapal.

Tome Pxres pula melaporkan bahawa perdagangan juga dijalankan oleh masyarakat

bangsawan Melayu kelas atasan seperti Sultan Muzaffar Syah :

. .he devoted much care to the improvement to Malacca, he bought dan built jinks and sent them out with merchants. ”

14

Page 16: Kegemilangan Melaka

Sultan Alauddin pula:

the king o f country puts his share in each junk that goes out, that is a way fo r the kings o f malacca to obtain large amounts o f money; and hence there is no doubt that the kings o f Malacca are veiy rich indeed. ”

Para pembesar Melaka melibatkan dir dalam perdagangan kerana ia

menguntungkan. Mereka menyediakan pelbagai perkhidmatan yang diperlukan oleh

pedagang luar negeri. Mereka menyediakan gudang untuk disewa, tempat penginapan

untuk pedagang menginap dan juga perkhidmatan memperbaiki kapal, jahit-menjahit dan

bungkus-membungkus (Zainal Abidin , 1996).

Menurut Ismail, A.Aziz dan Abd. Rahman (1995), sungguhpun hampir semua

pedagang datang ke Melaka dan tinggal di Melaka buat sementara sahaja tetapi bekalan

makanan mereka perlu disediakan. Oleh itu kerajaan Melaka membawa masuk makanan

dari Jawa dan Siam. Menurut Tome Pires,

“...he always maintained his friendship with the said king; and a large quantity o f foodstuffs come from Jawa. ”

Raja-raja lain di bawah taklukan Melaka juga terlibat dalam kegiatan urusniaga

dan berdagang di Melaka. Tome Pires mengatakan Raja Pahang, Kampar , Inderagiri

yang menanam modal dan menghantar wakil urusan untuk berdagang. Terdapat juga

saudagar yang kaya raya dan berkemampuan untuk menghantar tiga hingga empat buah

kapal besar ke tempat asing misalnya Tome Pires menulis:

“ ...capable o f sending each year a junk to China, add another to Benggal, and another to Pulicat, and another to Pegu, and the merchants o f Mcdacca and for the ports took shares in these. ”

Walaupun begitu menurut Andaya(1983), Raja-raja Melaka turut berniaga tetapi

jika dihitung seluruh cukai yang didapat oleh kerajaan, jumlah pemiagaan Raja-raja

tidaklah seberapa besar berbanding dengan cukai terhadap kapal-kapal dagang yang

berpusu-pusu masuk berlabuh ke Melaka. Dianggarkan dua ribu buah kapal yang

15

Page 17: Kegemilangan Melaka

berlabuh di Melaka dalam satu-satu masa. Menurut Zainal Abidin (1996) pula, hasil

kutipan cukai digunakan untuk membiayai pertahanan empayar Melaka dan juga untuk

meluaskan serta memesatkan kegiatan ekonomi, politik, sosial dan agama Islam.

Sebahagian dari hasil cukai itu juga digunakan oleh raja dan kaum kerabatnya. Bentuk

harta atau khazanah yang gemar mereka kumpulkan ialah emas dan perak.

Di peringkat betjaja, de Eredia, Barbosa dan de Albuquerque menyatakan bahawa

urusniaga ban yak dijalankan oleh pedagang pribumi sebagai peniaga di bazaar, pasar

Melaka ataupun berdagang di tempat lain dengan menggunakan “small coastal praos and

light ships”. Kaum wanita juga turut memainkan peranan akiif dalam mengendalikan

kedai runcit dan gerai-gerai. Ini menunjukkan bahawa terdapat dua pola pemiagaan iaitu

pedagang secara besar-besaran dan pedagang kecil-kecilan. De Edredia mengatakan

bahawa pedagang kecil-kecilan tertumpu di Sabak iaitu sepanjang tebing sungai Melaka

dan pedagang secara besar-besaran yang terdiri dari pemerintah dan golongan elit

tertumpu di atas dan di lereng bukit. Sementara itu pedagang sepenuh masa dan kaya raya

tertumpu dan menetap di kawasan Upeh (Terenquera) atau Iler (Bandar Hilir).

Menurut Zainal Abidin (1996), ada segolongan rakyat Melaka yang digelar orang

kiwi yang merupakan pedagang dan peniaga yang aktif di Melaka. Mereka bukan hanya

berniaga d- Melaka tetapi juga pemah berdagang ke India, China dan negeri-negeri

Kepulauan Melayu. Orang kiwi ini mempunyai kapal atau menyewa kapal untuk

membawa barang dagangan mereka. Mereka mempunyai hubungan baik dengan

pembesar Melaka dan boleh dianggap sebagai golongan pertengahan dalam masyarakat

Melaka yang giat berniaga.

“Hatta maka Sultan Mahmud pun hendak menyuruh ke benua Keling, membeli kain serasah empat puluh bagai...Maka Hang Nadim dititahkan baginda ke benua Keling membeli kain itu: kerana Hang Nadim itu terlalu pandai barangpekerjaan. ” (Sejarah Melayu, edisi 2000, him 218)

16

Page 18: Kegemilangan Melaka

Untuk tujuan perdagangan, para pedagang Melaka mengunakan alat

pengangkutan air yang dipanggil kapal, jong, bahtera, ghali, ghalias, geliong dan

lancaran. Sejarah Melayu mengatakan bahawa pada penghujung kurun ke-15, orang

Melaka yang kaya, rata-rata mempunyai kapal,

“Maka Hang Nadim perginya naik kapal Hang Isap, kerana orang Melaka pada masa itu, rata-rata berkapal segala yang bermodal. Maka belayarlah ia ke benua Keling ” (Sejarah Melayu, edisi 2000, him 218)

Menurut A. Aziz (2000), kapal buatan rantau Melayu pada zaman dahulu lebih canggih

daripada jong Cina dan kapal layar Eropah. Teknologi yang ada pada zaman itu

dibangunkan sesuai dengan zamannya. Tome Pires mengatakan bahawa para pedagang

pribumi menggunakan kapal bukan sahaja di sekitar semenanjung Tanah Melayu tetapi

juga hingga ke Koromandel, Tenasserim, Teluk Benggala, Pegu, Ceylon, China,

Kepulauan Nusantara, Maluku hingga ke Mekah. Kegiatan ekomomi perdagangan dan

perkapalan yang besar dan kompleks ini menyebabkan wujudnya sistem, tertentu atau

aturan menggunakan kapal seperti yang terdapat di Undang-Undang Laut Melaka.

Pembinaaii Usahawan Melayu

Setelah kita melihat kehebatan dan sistem ekonomi yang dijalankan pada zaman Kerajaan

Melaka, kita dapat mengetahui bahawa orang Melayu tradisi bergiat cergas dalam bidang

keusahawanan sama ada dalam bentuk besar-besaran atau kecil-kecilan. Melaka sebaga'

sebuah entreport menjadi terkenal di seluruh duma kerana pemenntahnya dan juga sistem

perdagangannya yang bagus, adil, selamat dan menguntungkan.

Dalam usaha untuk membina usahawan Melayu sekarang, ia akan menyentuh

tentang sikap, minda, emosi dan naluri orang Melayu itu sendiri. Untuk menyemarakkan

budaya usahawan di kalangan orang Melayu kita perlu menggali semula tradisi nilai

masyarakat untuk dijadikan teras budaya usahawan. Walaupun semasa kurun ke-14,

orang Melayu terkenal dengan pelabuhan Melaka dan perdagangannya. Ini kerana

terdapat beberapa amalan dan ciri-ciri istimewa dalam budaya Melayu yang boleh

17

Page 19: Kegemilangan Melaka

diaplikasi dalam pengurusan organisasi. Ia hendaklah dihidup dan disemarakkan kembali

agar menjadi kerangka budaya keija usahawan.

Menurut Dr. Peter C. Shepherd (1989), apa yang membezakan pengurusan barat

dan pengurusan orang asai ialah budayanya. Nilai-nilai yang diamalkan berbeza antara

satu budaya dengan budaya yang lain. Beliau berpendapat sains pengurusan barat tidak

semestinya secocok dengan nilai-bilai budaya dan norma-norma Timur atau Asia.

Kajian awal oleh Asma Abdullah (1992) menunjukkan bagaimana nilai-nilai dan

tradisi orang Melayu akan membentuk ‘Pengurusan Melayu’. Beliau telah menunjukkan

bagaimana konsep-konsep dan nilai-nilai tradisi boleh disisipkan dalam bidang

kepimpinan, komunikasi dan motivasi di tempat kerja.

H.M. Dahlan (1994), telah mengemukakan satu model yang dinamakan Model D

yang menjadikan budi sebagai paradigma utama dalam pembentukan budaya kerja.

Model D mengambil kira sistem nilai timur yang mana budi merupakan paksi dalam

pemikiran dan penilaian rasional.

Oleh yang demikian, manusia budiman tidak akan terbentuk dengan sendirinya

tanpa dipengaruhi oleh sistem nilai dan pandangan hidup yang dimiliki oleh bangsa

tersebut. Organisasi.pemiagaan tempatan harus berusaha untuk menyesuaikan dengan

operas: masing-masing dan memperlengkapkan dengan idea-idea lain.

Nilai-nilai positif dalam budaya Melayu perlulah disuburkan dan dipopularkan

dalam amalan pengurusan pemiagaan. Kita jangan lupa diri dan hilang jati d ir kerana

kekuatan kita bermula daripada dalam diri kita sendiri. Orang Melayu khasnya para

usahawan mestilah mengkaji, menelaah dan memikirkan semula nilai-nilai ke Melayuan

yang diwarisi dengan objektif untuk menerapkan dan menyebatikan nilai-nilai tersebut

dalam amalan pengurusan syarikat.

Page 20: Kegemilangan Melaka

Kesimpulan

Tiap-tiap kebudayaan mempunyai sistem nilai yang tersendiri berdasarkan

pandangan dan penghayatannya. Nilai-nilai dalam masyarakat Melayu tumbuh dalam

masyarakatnya dan diwarisi dari generasi ke generasi yang berikutnya melalui proses

sosialisasinya. Tiap-tiap anggota masyarakat apabila dilahirkan akan diperkenalkan

kepada sistem nilai masyaraka yang dianggotai oleh keluarganya, tetangganya dan

anggota masyarakat. Nilai budaya ini mempengaruhi lingkungannya dan menjadikan

seseorang itu melihat dan bersikap dengan cara tertentu.

Nilai-nilai yang dimiliki oleh orang Melayu bukanlah faktor menolak untuk

menjadi usahawan yang berjava. Contoh yang paling dekat ialah semasa kerajaan Melaka

wujud pada kurun ke 14, terdapat ramai usahawan Melayu termasuk Sultannya juga

berniaga, Pedagang dari seluruh dunia datang ke Melaka untuk berdagang kerana merasa

Melaka dan masyarakatnya pandai dan boleh berniaga. Nilai-nilai yang terdapat pada

masyarakat Melayu Melaka secara tidak langsung merupakan faktor utama kejayaan

Melaka.

Bibliografi

Abd. Latif Abu Bakar(ed) (1996). Melaka dan Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia.

Lembah Pantai: Penerbit UM.

Abdul Aziz b. Zakaria (1963). Portugis dalam Sejarah Melaka. Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Andaya. B.W dan Andaya. L.Y (1983). Sejarah Malaysia. Macmillan Publishers :

Petaling Jaya.

A. Samad Ahmad (Ed.) (2000) Sulalatus Salatin Sejarah Melayu. Dewan Bahasa dan

Pustaka: Kuala Lumpur.

19

Page 21: Kegemilangan Melaka

Asrul Zamani (2002). The Malay Ideals . Golden Books Centre : Kuala Lumpur.

A.Aziz Deraman (2000). Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia. Dewan

Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur.

(1994). Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Cahaya Pantai: Kuala

Lumpur.

Sheela Abraham (1993). Sejarah Perkembangan Negara. Penerbit Fajar B akti: Kuala

Lumpur.

Mohd Aris Othman (1985) Identiti Etnik Melayu. Penerbit Fajar B akti: Petaling Jaya.

Mohd. Taib Osman (1989). Masyarakat Melayu: Struktur, Organisasi dan Manifestasi.

Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur.

Muhammad Yusoff Hashim (1989). Kesultanan Melayu Melaka. Dewan Bahasa dan

Pustaka: Kuala Lumpur.

___(1992). Pensejarahan Melayu : Kajian Teks Tradisi Sejarah

Melayu Nusantara. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

Mohd. Dahlan Mansoer (1979) Pengantar Sejarah Nusantara Awal. Dewan Bahasa dan

Pustaka : Kuala Lumpur.

Nor Aishah Buang (2002) As as Keusahawanan. Fajar Bakti: Shah Alam.

Hall. D.G.E. (1984). Sejarah Asia Tenggara. Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala

Lumpur.

Ismail Hamid (1988). Masyarakat dan Budaya Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka :

Kuala Lumpur.

2 0

Page 22: Kegemilangan Melaka

Ismail Hussein, A, Aziz Deraman dan Abd. Rahman Al-Ahmadi(ed.)( 1995). Tcimadun

Melayu ;Jilid Tiga. Kuala Lumpur': Dewan Bahas dan Pustaka.

Ismail Noor dan Muhamad Azahari (2000) The Malay Par Excellence... Warts and A ll:

Intospcection . Pelanduk Publications: Subang Jaya.

Kong, Yuanzhi (2000). Pelayarcin Zheng He dan Alam Melayu. Penerbit UKM : Bangi.

Wan Abd Kadir Wan Yusof (1989). Masyarakat Malaysia ; Struktur, Organisasi dan

Manifestasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahas dan Pustaka.

Wan Liz Ozman Wan Omar (2000). Gagasan Alaf Baru: Mencetus Kebangkitan

Malaysia Membina Keagungan. Thinker’s Librarys Sdn Bhd : Batu Caves.

Winstedt. R.O (1982). A History o f Malaya. Marican & Sons : Petaling Jaya.

Zainal Abidin Abdul Wahid et al. (1996) Malaysia : Warisan dan Perkembangan (Edisi

Kedua). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

21