4
KEK POP COKLAT BAHAN A Tepung gandum : 300 gm Serbuk koko : 100 gm Serbuk penaik : 1 sudu teh Soda bikarbonat : 1 sudu teh BAHAN B Telur : 6 biji Gula kastor : 400 gm Esen vanilla : 1 sudu teh BAHAN C Susu cair : 150 ml Minyak jagung : 200 ml BAHAN D Air panas : 150 ml Semua bahan A diayak

Kek Pop Coklat

Embed Size (px)

DESCRIPTION

resepi kek pop coklat

Citation preview

Page 1: Kek Pop Coklat

KEK POP COKLAT

BAHAN A

Tepung gandum : 300 gm

Serbuk koko : 100 gm

Serbuk penaik : 1 sudu teh

Soda bikarbonat : 1 sudu teh

BAHAN B

Telur : 6 biji

Gula kastor : 400 gm

Esen vanilla : 1 sudu teh

BAHAN C

Susu cair : 150 ml

Minyak jagung : 200 ml

BAHAN D

Air panas : 150 ml

HIASAN

Coklat bar putih

marjerin

Semua bahan A diayak

Page 2: Kek Pop Coklat

CARA PENYEDIAAN

1. Satukan semua bahan B, pukul sehingga putih.

2. Masukkan minyak dan susu cair

3. Masukkan bahan A yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit dan kaup balik adunan

dengan spatula.

4. Adunan yang telah dikaup balik dengan spatula ditambahkan dengan air panas dan digaul

rata

5. Tuang adunan dalam loyang bulat yang telah digris dan dasar loyang dilapik dengan

kertas minyak.

6. Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 1600C.

Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 30 minit bergantung kepada kepanasan ketuhar.

Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan

lidi bersih. Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah dibakar sempurna.

7. Kek dibiarkan sejuk seketika.

8. Apabila kek sudah sejuk, kek dihancurkan dan ditambah dengan sedikit marjerin.

9. Kek yang dihancurkan ini dibentuk bulat dan boleh dimasukkan dalam bekas yang

mempunyai pelbagai bentuk.

10. Kek yang sudah dibentuk dimasukkan ke dalam peti sejuk.

11. Apabila kek yang dibentuk sudah sejuk, kek dikeluarkan untuk dicucuk lidi.

12. Setiap lidi akan disapu coklat cair sebagai pelekat pada kek coklat yang sudah dibentuk.

13. Hujung lidi yang telah disapu coklat akan dicucukkan dengan kek coklat yang sudah

dibentuk.

14. Kek yang dicucuk lidi, dibiarkan sejuk di dalam peti sejuk selama 1 jam.

Page 3: Kek Pop Coklat

15. Selepas 1 jam, kek coklat dikelurkan untuk disalut dengan bar coklat putih yang telah

dicairkan.

16. Untuk lebih menarik, colat putih boleh dicampur dengan pelbagai warna.

17. Kek coklat pop yang telah disalut coklat dibiarkan sejuk dan keras di dalam peti sejuk.

18. Kek pop sedia untuk dimakan.