23

Kekal pilihan utama pelabur...memahami prinsip Rukun Negara dan masalah itu perlu ditangani segera. Amirudin menjelaskan masyarakat juga perlu mengambil iktibar daripada krisis yang

  • Upload
    others

  • View
    4

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kekal pilihan utama pelabur...memahami prinsip Rukun Negara dan masalah itu perlu ditangani segera. Amirudin menjelaskan masyarakat juga perlu mengambil iktibar daripada krisis yang

Kekal pilihan utama pelabur

MEDIA SELANGORLOGO

MAIN LOGO

SECONDARY LOGO

MEDIA SELANGORLOGO

MAIN LOGO

SECONDARY LOGO

Page 2: Kekal pilihan utama pelabur...memahami prinsip Rukun Negara dan masalah itu perlu ditangani segera. Amirudin menjelaskan masyarakat juga perlu mengambil iktibar daripada krisis yang

2Utama

SelangorKini 30 Julai - 5 Ogos 2020

OLEH KHAIRUL AZRAN HUSSIN

AMPANG - Ekonomi Selangor kekal mampan sejak Pakatan Harapan (PAKA-TAN) mentadbir negeri lebih sedekad lalu.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amiru-din Shari berkata negeri memiliki rizab kukuh berikutan amalan telus dan prin-

sip kebertanggungjawaban menjaga amanah rakyat.

“Selangor kekal penyumbang terbe-sar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan merekodkan pelaburan RM17 bilion tahun lalu, diikuti sebuah lagi negeri PA-KATAN iaitu Pulau Pinang dengan RM16.9 bilion.

“…prinsipnya jelas iaitu menolak pen-

yalahgunaan kuasa dan ketirisan, ini kun-ci kejayaan kita, ” katanya pada Konven-syen Penerangan KEADILAN di sini pada 26 Julai.

Selangor kekal penyumbang terbe-sar KDNK, sebanyak 23.7 peratus tahun lalu, selain merekodkan pelaburan ter-tinggi RM18.7 bilion dalam tempoh 30 tahun.

Urus tadbir telus, tiada tiris kunci kejayaan

Ekonomi mampan bawah PAKATAN

AMPANG - Program pembangunan dan ak-tiviti masyarakat di negeri ini tidak meming-girkan mana-mana kaum mahupun agama, kata Dato’ Menteri Besar.

Yakin rakyat bijak menilai, Dato’ Seri Amirudin Shari menyifatkan dakwaan soko-ngan kaum tertentu kepada Pakatan Hara-pan merosot sebagai tidak tepat.

“Mana-mana pihak boleh buat kajian lapangan mengenai sokongan kaum atau rakyat kepada parti tertentu, namun kita kekal fokus malah Parti Keadilan Rakyat kekal utuh di Selangor,” katanya pada 26 Julai.

Amirudin menegaskan Kerajaan Negeri bekerja demi rakyat dan hasilnya dinikmati menerusi pelbagai inisiatif disalurkan.

Rakyat bijak menilai, tiada kaum dipinggir

AMPANG - Rizab kukuh membolehkan Se-langor paling awal membentang pakej rang-sangan ekonomi bagi membantu golongan terkesan akibat Covid-19, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kemam-puan berdepan krisis turut disokong ke- upayaaan luar biasa EXCO, Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor dan semua pihak demi kesejahteraan rakyat.

“Selangor ada keupayaan berbeza ber-banding negeri lain saat kita berdepan Covid-19 melalui pelbagai inisiatif bagi menangani impak penularan virus.

“Semua ini tidak mampu dilakukan jika negeri tidak ditadbir atau diurus dengan baik,” katanya pada 26 Julai.

Amirudin berkata Selangor juga pertama menyalur peruntukan bagi melaksanakan Saringan Komuniti berskala besar selain memperkenalkan aplikasi SELangkah (Lang-kah Masuk Dengan Selamat) bagi menjejak kontak virus, yang turut dimanfaatkan neg-eri lain.

Paling awal bantu rakyat depani virus

SHAH ALAM - Petaling Jaya Selatan, Bagan Sungai Besar dan Gugusan Felda Hulu Sela- ngor menjadi projek perintis untuk mena- ngani masalah penyalahgunaan dadah.

Dato’ Menteri Besar berkata Kerajaan Ne- geri mengatasi masalah dadah bukan saha-ja membabitkan penagih bahkan pengedar dan jaringan mereka.

“Tiga kawasan ini menggunakan format berbeza mengikut kesesuaian kawasan. Jika kaedah ini berjaya, kita lakukan per- kara sama di kawasan lain,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari yang juga pengerusi Persa- tuan Mencegah Dadah (Pemadam) Sela- ngor pada 22 Julai.

Katanya, pemilihan lokasi dibuat tahun lalu berikutan kawasan tersebut mencatat-kan kes penagihan dan penyalahgunaan da-dah tertinggi.

Tiga lokasi projek perintis basmi dadah

SHAH ALAM - Proses baik pulih tanah mendap di tapak pembinaan Transit Ali-ran Ringan 3 (LRT3) di Jalan Klang-Ban-ting berhampiran Johan Setia siap awal Ogos.

EXCO kerajaan tempatan berkata ke-tika ini laluan berkenaan sudah dibuka, namun tidak sepenuhnya.

“Tempoh dijangka dua minggu dari-

Baik pulih tanah mendap di Johan Setia siap awal Ogos

lain memerlukan pemetaan lokasi. Pe-maju sebelum ini tidak dapat mengenal punca sebenar dan kita beri masa untuk siasatan forensik,” katanya.

Pada 20 Julai, insiden tanah mendap berlaku di tapak pembinaan LRT3 ki-ra-kira jam 3 petang ketika pekerja projek menanam cerucuk di kawasan tidak rata.

pada kejadian berlaku. Kita harap ming-gu depan siap proses membaiki dan ke- sesakan jalan raya di situ selesai,” kata Ng Sze Han pada 27 Julai.

Beliau berkata pemaju LRT3 juga diberikan tempoh sebulan untuk me- nyiapkan laporan penuh berhubung ke-jadian mendapan terbabit.

“Mereka kena teliti punca masalah se-

SHAH ALAM - Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Shara-fuddin Idris Shah Alhaj berkenan me-nerima menghadap Ketua Pengarah Ke- sihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah di Istana Bukit Kayangan di sini pada 28 Julai.

Turut berangkat, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Baginda berkenan mendengar sendiri

perkembangan terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia daripada Dr Noor Hisham.

Dr Noor Hisham berkata Kementeri-an Kesihatan Malaysia (KKM) berterima kasih dengan keprihatinan baginda yang turut menzahirkan penghargaan kepada semua petugas di barisan hadapan da-lam mengawal keselamatan dan kesiha-tan negara.

“Titah-titah semangat daripada

DYMM Tuanku Sultan sememangnya menyuntik semangat dan kekuatan khu-susnya kepada seluruh anggota petu-gas kesihatan dalam usaha menangani wabak Covid-19 yang sedang melanda negara.

“Insya-Allah, dengan sokongan, se-mangat dan iringan doa dari DYMM Tuanku Sultan jua, segala cabaran dan dugaan yang sedang dihadapi akan dipermudahkan,” katanya.

Sultan Selangor hargai barisan hadapan

Page 3: Kekal pilihan utama pelabur...memahami prinsip Rukun Negara dan masalah itu perlu ditangani segera. Amirudin menjelaskan masyarakat juga perlu mengambil iktibar daripada krisis yang

Utama3SelangorKini 30 Julai - 5 Ogos 2020

InformasiTerkinidi jari anda

KUALA LANGAT - Arahan memakai pelitup muka di tempat awam dilakukan Kerajaan Negeri lebih awal, ketika pelaksanaan Perin-tah Kawalan Pergerakan Bersyarat Diubah-suai pada Mei lalu.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata arahan tersebut kini dikuatkua-sakan sepenuhnya pada peringkat kebang-saan mulai 1 Ogos susulan peningkatan kes Covid-19 kebelakangan ini.

“Sekarang orang awam sudah mula lalai. Jadi bila kerajaan umum 1 Ogos, kita kuat kuasa terus serta arah pihak berkuasa ambil tindakan pada yang ingkar,” katanya pada 25 Julai.

Arahan pakai pelitup muka sejak Mei

SHAH ALAM - Sektor ekonomi tetap berge- rak walau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana semula memandangkan kemuda-han internet meluas di bandar utama.

Namun, Dato’ Menteri Besar berkata tin-dakan memutuskan rantaian Covid-19 tetap ada kesan negatif kepada sektor ekonomi.

“Kita beruntung kerana Selangor ada kemudahan infrastruktur seperti jaringan internet meluas, “ kata Dato’ Seri Amirudin Shari pada 27 Julai.

Internet meluas bantu sektor bergerak

KUALA LUMPUR - Malaysia Prihatin yang menjadi tema sambutan Hari Kebangsaan ta-hun ini membawa maksud cukup mendalam kepada rakyat Malaysia selari keadaan negara yang berdepan dengan pandemik Covid-19.

Gabungan perkataan ‘Malaysia’ dan ‘Pri-hatin’ menggambarkan seluruh rakyat turut sama memerangi wabak serta kecaknaan kerajaan melakukan pelbagai inisiatif me- rangkumi aspek ekonomi dan kebajikan demi kelangsungan hidup.

Logo hati menjadi pilihan dengan wa- rna-warna Jalur Gemilang menjadi latarnya, melambangkan keprihatinan kerajaan Ma-laysia terhadap masyarakat pelbagai kaum.

Stigma bunga raya yang digabungkan logo hati pula menzahirkan bahawa negara menuju kejayaan, manakala lima titik merah simbolik kepada lima kelopak bunga raya, menggambarkan lima prinsip Rukun Negara.

Ini kali kelima logo hati digunakan selepas 1994, 1997, 2015 dan 2016. - BERNAMA

Lambang rakyat bersatu hadapi Covid-19

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Rakyat Malaysia perlu me-mahami matlamat dan prinsip Rukun Negara kerana ia mengikat kesepaduan antara kaum sejak diperkenalkan 50 ta-hun lalu.

Dato’ Menteri Besar berkata kegagalan memahaminya boleh mencetuskan isu perkauman dan pergaduhan selain me-nimbulkan fahaman ekstrem yang men-dorong kepada perpecahan.

“Kita lihat dalam tempoh dua tiga ta-hun ini jika ada ledakan atau percikan ke-cil isu perkauman, ia mudah meleret dan

terbawa-bawa yang akhirnya mereng-gangkan antara kita, menimbulkan ke-curigaan antara kita.

“Perkara ini perlu dilihat dengan jernih supaya tidak terbawa-bawa dan akhirnya menghasilkan masyarakat dan generasi muda yang hilang pertimbangan apabila timbul perbezaan,” kata Dato’ Seri Amiru-din Shari pada majlis pelancaran dan kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri pada 28 Julai.

Beliau berkata kejadian laku musnah terhadap mural wajah pemimpin nega-ra baru-baru ini antara contoh kegagalan memahami prinsip Rukun Negara dan

masalah itu perlu ditangani segera.Amirudin menjelaskan masyarakat

juga perlu mengambil iktibar daripada krisis yang pernah melanda negara an-taranya pergaduhan antara kaum pada 1969, kemelesetan ekonomi pada per-tengahan 90-an dan terbaharu penula- ran Covid-19 untuk terus bersama-sama membangunkan negara.

Terdahulu, Amirudin melepaskan kon-voi ‘Info On Wheels Merdeka’ di Dewan Jubli Perak Bangunan SUK selain men-dengar amanat perdana menteri sempe-na pelancaran Bulan Kemerdekaan dan kempen Kibar Jalur Gemilang.

Elak curiga sesama rakyat

Rukun Negara ikat perpaduan kaum

Amirudin bersama barisan pemimpin negeri dan penjawat awam mengibarkan bendera Malaysia pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri pada 28 Julai

SHAH ALAM - Selangor kekal fokus me-mastikan ekonomi rakyat stabil ketika berdepan Covid-19 menerusi pelaksa-naan pelan pemulihan ekonomi fasa ke-tiga.

Dato’ Menteri Besar yakin pelan itu mampu dilaksanakan kerana sebelum ini Kerajaan Negeri berjaya menangani penularan wabak walaupun berdepan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergera-kan Diperketatkan (PKPD) di beberapa kawasan.

“Alhamdulillah kita tidak bertempur dan berperang dengan isu-isu serta

kes perbedaan politik yang memba-wa kehancuran serta ketidakstabilan negeri sebagaimana yang berlaku di beberapa tempat tetapi kita berdepan beberapa cabaran ekonomi yang harus ditangani.

“Kerajaan Negeri dalam sidang De-wan Negeri Selangor lalu membuktikan sikap ‘gentleman’ kita.

“Kita menjadi negeri pertama di Ma-laysia membentangkan pelan pemu-lihan ekonomi bernilai puluhan bil-ion ringgit daripada segi nilai kitaran ekonomi,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari

pada 28 Julai. Beliau berkata demikian pada majlis

pelancaran dan kempen Kibar Jalur Ge-milang peringkat negeri.

Pelan itu menekankan tiga tonggak utama iaitu jaminan bekalan makanan, kemampanan ekonomi dan pembangu-nan keupayaan.

Keseluruhan nilai ekonomi rancangan tersebut adalah RM55.85 bilion.

Sehingga kini, sebanyak RM260.14 juta dibelanjakan yang memberi man-faat kepada lebih separuh penduduk Selangor.

Elak perbezaan politik dalam tangani wabak

Page 4: Kekal pilihan utama pelabur...memahami prinsip Rukun Negara dan masalah itu perlu ditangani segera. Amirudin menjelaskan masyarakat juga perlu mengambil iktibar daripada krisis yang

4Utama

SelangorKini 30 Julai - 5 Ogos 2020

AMPANG - Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Selangor kekal kukuh meski-pun beberapa nama besar meninggalkan parti, kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Tanpa menyebut sebarang nama, pengerusi Majlis Pimpinan Negeri berkata Selangor benteng KEADILAN yang ampuh dan tiada cabang lumpuh sekalipun berlaku pengkhianatan.

“KEADILAN bukan milik individu, ia milik rakyat dan mana-mana pemimpin boleh ke- luar tetapi parti tetap utuh.

“Kita kena jelas siapa musuh sebenar, se-karang masa terbaik mara jadikan parti dan negara lebih baik,” katanya pada 26 Julai.

Amirudin yang juga Dato’ Menteri Besar menggesa anggota parti merapatkan bari-san dan membuang perasaan curiga sesama sendiri menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

KEADILAN negerikukuh, jadi benteng

SHAH ALAM - Angkatan Muda KEADILAN Selangor yakin sokongan bukan Melayu te- rus kukuh sekiranya prestasi pentadbiran Kerajaan Negeri terus mantap.

Ketuanya Najwan Halimi berkata penca-paian cemerlang dipacu kepimpinan Paka-tan Harapan (PAKATAN) mampu membentuk hala tuju sokongan masyarakat.

“Justeru, Kerajaan Negeri perlu terus mengekalkan prestasi dan menambah baik perkhidmatan kepada semua masyarakat tanpa mengira kaum.

“Sekiranya ia terus diperkukuhkan, sudah pasti PAKATAN akan menerima sokongan tanpa mengira peringkat umur mahupun kelompok kaum,” katanya.

Tingkat urus tadbir, peduli semua kaum

OLEH NORRASYIDAH ARSHAD

SHAH ALAM - Kejayaan pentadbiran Kera-jaan Selangor lebih sedekad lalu harus dijad-ikan model bagi memenangi hati rakyat, kata pengarah komunikasi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).

Fahmi Fadzil berkata negeri lain perlu menter-jemah gerak kerja Selangor serta pemikiran pemim- pinnya supaya kedudukan Pakatan Harapan (PA-KATAN) kekal utuh.

“Selangor dapat bantu kedudukan kita (PAKA-TAN)…di Sabah dan Negeri Sembilan. Sebab kita (pentadbiran) tidak pernah culas, tidak membazir

waktu dan buat terbaik untuk Selangor.“Banyak tinjuan membuktikan KEADILAN di

Selangor bukan sahaja dikenali rakyat, sebalikn-ya turut disayangi,” katanya pada 26 Julai.

Fahmi berkata kepimpinan Selangor juga dis-aran membantu negeri lain menyediakan mani-festo pilihan raya umum serta pelaksanaannya.

Pada masa sama, ahli parlimen Lembah Pan-tai turut berharap parti gabungan PAKATAN terus menjalin hubungan erat selain meleraikan mas-alah demi kelangsungan bersama.

“Kita sama-sama turun program, kukuhkan (parti)…kita jumpa sesama kita boleh terus terang (selesai masalah),” katanya.

Berjaya memenangi hati rakyat

Selangor negeri model PAKATAN

SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) yakin pengundi Cina kembali menyokong Paka-tan Harapan (PAKATAN) pada pilihan raya umum ke-15 walaupun ada kajian menunjukkan trend itu menurun sedikit baru-baru ini.

Pengarah Sumber Manusia Amanah Sela- ngor Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar mengakui sokongan turun atas faktor tertentu, namun pe- ngundi cenderung memilih parti yang membela rakyat.

“Mungkin benar ada penurunan sokongan dan ia berlaku atas faktor tertentu, namun masyarakat

Cina membuktikan mereka memilih pihak yang dapat membantu.

“Pilihan raya kecil (PRK) tidak boleh dijadikan kayu ukur sama ada PAKATAN mendapat sokon-gan kaum bukan Melayu atau tidak kerana PRK ti-dak mengubah kerajaan sedia ada. Oleh itu, saya yakin soko-ngan beralih kepada PAKATAN semula,” katanya pada 26 Julai.

Pada 24 Julai, media melaporkan kajian Merdeka Center mendapati sokongan kaum Cina terhadap PAKATAN turun berbanding pili-han raya umum lalu.

Pengundi Cina kekal sokongan

PRIHATIN… Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari meluangkan masa menziarahi Siti Sarah Yusak, 60, yang koma pada Mei lalu dan menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas kepada keluarga pesakit ketika pro-gram ziarah kasih ke rumah mereka di Telok Panglima Garang, Kuala Langat pada 25 Julai

SIDANG PENGARANGSIDANG PENGARANG

GRAFIK & REKA LETAK Azwa Malek, Azarina Aziz, Farah Azila MustaphaAzwa Malek, Azarina Aziz, Farah Azila Mustapha

Aliff Fikri [email protected]

Hafizan Taib, Aishah Amin & Norzilawati Sidek

Page 5: Kekal pilihan utama pelabur...memahami prinsip Rukun Negara dan masalah itu perlu ditangani segera. Amirudin menjelaskan masyarakat juga perlu mengambil iktibar daripada krisis yang

Utama5 SelangorKini 30 Julai - 5 Ogos 2020

InformasiTerkinidi jari anda

SUBANG - Projek tebatan di Jalan Kenari 1 di sini dijangka menyelesaikan masalah ban-jir di hadapan pusat beli-belah IOI apabila ia siap sepenuhnya Februari tahun depan.

EXCO kerajaan tempatan berkata tebatan sepanjang 300 meter dengan kos RM4 juta akan menyalurkan lebihan air hujan dari Pu-chong Jaya ke tasik di belakang pusat be-li-belah itu.

“Kos dua fasa projek ini ditanggung bersa-ma Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), IOI Corporation dan Lingkaran Trans Kota Holdings (Litrak).

“Selepas projek mitigasi ini siap, saya yakin masalah banjir di hadapan pusat beli-belah IOI dapat diatasi,” kata Ng Sze Han pada 23 Julai.

Projek tebatan banjir IOI Mall siap Februari

Pengundi Cina kekal sokongan

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri mengemu-kakan dua cadangan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) bagi mengatasi masalah yang dihadapi Kuil Sri Maha Mari-amman di Seksyen 11 di sini.

EXCO Kerajaan Prihatin, V Ganabatirau berkata perkara itu diharap mendapat per-timbangan PTP bagi mencari penyelesaian segera dan mengelak kejadian berulang se- perti Kuil Seafield dua tahun lalu.

“Cadangan pertama Kerajaan Negeri ke-pada PTP ialah supaya pembangunan seko-lah dilakukan secara harmoni iaitu sekolah boleh dibesarkan tanpa mengganggu ban-gunan kuil.

“Sekiranya tidak dapat diterima, kita me- ngusulkan cadangan kedua iaitu pesuruh-jaya itu perlu menyediakan tanah lain untuk kuil dipindahkan tetapi lokasinya perlu dise-diakan di Seksyen 11 Shah Alam juga kerana tiada kuil lain di Seksyen 11, 12, 13, 14 dan 6,” katanya pada 27 Julai.

Bantu selesai masalah kuil 100 tahun

SHAH ALAM - Kesemua pihak berkuasa tempatan (PBT) memulakan pemantauan di taman permainan dan rekreasi negeri ini susulan pelaksanaan larangan merokok dan minum arak.

EXCO kerajaan tempatan berkata peme- riksaan sehingga kini tiada orang awam yang dikenakan tindakan atas kesalahan terbabit.

“Saya gembira dengan perkembangan ini dan berharap supaya keadaan berkenaan akan berterusan dan marilah kita sama-sama menyayangi dan menjaga taman permainan sebagai tempat riadah,” kata Ng Sze Han pada 28 Julai.

Pada 14 Julai, Selangor mengharamkan aktiviti merokok termasuk vape dan minum arak di taman awam di seluruh negeri.

Larangan baharu di bawah kesalahan Un-dang-Undang Kecil Taman 2005 itu mem-bolehkan orang awam dikenakan kompaun sehingga RM1,000 sekiranya ingkar.

Rokok, arak: PBT mula pantau taman rekreasi

SHAH ALAM - Produk pelancongan unik dan kos perjalanan murah menjadikan Sepang antara daerah yang digemari pengunjung tempatan.

Presiden Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (Mita) Uzaidi Udanis berkata tarikan terbaharu ialah Jeti Sirip Biru yang menye-diakan rumah rakit sebagai lokasi meman- cing.

“Sepang juga ada ladang buah naga dan restoran pertama di negara yang menghidang pelbagai menu berasaskan buah berkenaan.

“Ini sesuatu yang baharu dan pengunjung boleh datang terokai sendiri kerana kosnya amat rendah serta berpatutan. Justeru, kami yakin Selangor boleh menjadi negeri paling ramai dikunjungi seperti tahun lalu,” katanya.

Laporan Kaji Selidik Pelancongan Domestik 2019 Jabatan Perangkaan menunjukkan Se-langor menerima 33.6 juta pelawat domestik tahun lalu, tertinggi di negara ini. Ia diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 22.6 juta, Sabah (22 juta), Perak (21.1 juta) dan Sarawak (19.8 juta).

Produk unik pikat pelancong

OLEH AMIN RIDZUAN ISHAK

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri menutup 364 premis kendalian warga asing di ne- geri ini menerusi operasi terjah, kata EXCO kerajaan tempatan.

Ng Sze Han berkata kesalahan itu dike-san daripada 6,236 premis yang diperiksa dalam 206 operasi pihak berkuasa tem-patan (PBT) susulan larangan pembukaan perniagaan oleh warga asing.

“Lebih banyak operasi akan dijalankan kerana Kerajaan Negeri memang serius dan bertekad mengembalikan peluang perniagaan kepada warganegara khu-susnya rakyat Selangor.

“Saya menyarankan agar semua pe-megang lesen tidak menyewakan lesen tersebut kepada warga asing dan sepa-

Tekad kembali hak warganegara berniaga

364 premis warga asing ditutup

tutnya menghargai inisiatif Selangor dalam membantu mereka menceburi bidang perniagaan,” katanya pada 27

Julai lalu.Pada 3 Jun lalu, Majlis Mesyuarat Kera-

jaan Negeri meluluskan Undang-Undang Kecil Penjaja yang melarang warga asing berniaga di negeri ini.

EXCO Pembangunan Usahawan Rod-ziah Ismail dipetik berkata golongan itu juga dilarang memiliki lesen perniagaan, menjadi peniaga sementara atau diambil bekerja.

Tiga syarat untuk mendapatkan lesen niaga ialah penama warga tempatan, menjalankan perniagaan ganti tidak le- bih tiga bulan dan majikan perlu mendaf- tarkan data peribadi pekerja.

Kerajaan Negeri akan menggunakan sistem biometrik di pasar awam men-jelang 2022 bagi mengekang penyalah-gunaan lesen.

Kesalahan itu dikesan daripada 6,236 premis yang diperiksa dalam 206 operasi pihak berkuasa tempatan (PBT) susulan larangan pembukaan perniagaan oleh warga asingNG SZE HANEXCO Kerajaan Tempatan

SHAH ALAM - Orang ramai perlu me-maknai sambutan Aidiladha dengan kesedaran dan kebangkitan baru, gesa Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata masyarakat ha-rus berfikir, merenung dan menggarap pengajaran berguna daripada penularan Covid-19 yang masih berleluasa.

Ketua pembangkang berkata per-ayaan itu mengingatkan umat Islam ter-

hadap kepasrahan Nabi Ibrahim yang patuh perintah Allah untuk mengor-bankan anaknya, Nabi Ismail.

“Semarak takbir Aidiladha juga mengingatkan kita bagaimana Nabi Ibrahim memaknai dua kata mulia Al-lahu Akbar lewat amal nyata iaitu Allah Maha Besar, tidak ada yang lebih besar daripada Allah, perintah-Nya dan aja-ran-Nya.

“Peristiwa itu mencerminkan ketauhi-

dan Nabi Ibrahim kepada keesaan Al-lah ketimbang (berbanding) perasaan peribadi mahu menyelamatkan anaknya sendiri,” katanya dalam perutusan sem-pena sambutan itu.

Anwar berkata peristiwa itu menjel-makan ibadah korban bagi meraikan pengorbanan besar seorang bapa dan anaknya, sekali gus menjadi kun-ci kepatuhan umat Islam, bukannya mengikut nafsu.

Sambut Aidiladha dengan semangat baru

Page 6: Kekal pilihan utama pelabur...memahami prinsip Rukun Negara dan masalah itu perlu ditangani segera. Amirudin menjelaskan masyarakat juga perlu mengambil iktibar daripada krisis yang

6Utama

SelangorKini 30 Julai - 5 Ogos 2020

SHAH ALAM - Satu syarikat berkaitan kera-jaan (GLC) bagi mengurus sektor keusaha-wanan negeri ditubuhkan selewat-lewatnya pada 2023, kata EXCO pembangunan usaha-wan.

Rodziah Ismail berkata pihaknya sedang meneliti keseluruhan aspek termasuk pem-babitan agensi berkaitan.

“Sekarang kita ada SITEC (Majlis Teknologi Maklumat dan E-Dagang Selangor) dan Per-badanan Kemajuan Negeri Selangor. Yang ini (GLC baharu) akan lebih terurus khusus untuk pembangunan usahawan,” katanya pada 23 Julai.

Beliau berkata GLC berkenaan meng-umpulkan semua agensi bawah satu bum-bung untuk memudahkan urusan pentad-biran.

“Melaluinya, kerjasama dari semua pihak membolehkan masalah rakyat diatasi den-gan mudah,” katanya.

GLC urus usahawanditubuh 2023

SHAH ALAM - EXCO pembangunan usaha-wan menggalakkan individu yang hilang pekerjaan susulan Perintah Kawalan Perge- rakan (PKP) berniaga dalam talian.

Rodziah Ismail berkata kaedah itu dapat menambah pendapatan susulan wabak Covid-19 tetapi mereka dinasihatkan mem-punyai ilmu atau asas perniagaan.

“Kerajaan Negeri prihatin masalah rakyat yang memerlukan pendapatan segera sele-pas hilang pekerjaan susulan pandemik, na-mun mereka digalakkan untuk memulakan langkah awal berniaga secara digital.

“Bagaimanapun, saya tidak menggalakkan mereka meniaga di kaki lima, jika perlu ha-rus memohon lesen daripada pihak berkua-sa tempatan bagi mengelakkan risiko tidak diingini berlaku,” katanya pada 23 Julai.

Galak niaga dalam talian jika hilang kerja

OLEH NORRASYIDAH ARSHAD

SHAH ALAM - Klinik Usahawan Selangor (KuSEL) membantu 100,000 usahawan negeri yang mengalami masalah pengu-rusan kewangan, kata EXCO pembangu-nan usahawan.

Rodziah Ismail berkata program secara

Sedia kaunseling, panduan urus kewangan

Klinik usahawan bantu 100,000 peniaga

Rodziah berucap sempena majlis perasmian Klinik Usahawan Selangor di PKNS Bizpoint, Seksyen 7 Shah Alam pada 23 Julai

SHAH ALAM - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyasar pembi-naan 10,686 Rumah Selangorku bermula tahun ini sehingga 2029, kata ketua pega-wai eksekutifnya.

Dato’ Mohd Azizi Mohd Zain berkata projek berkonsep perumahan mampu milik itu bakal dilaksanakan di Bernam Jaya, Kota Puteri, Cyberjaya dan Setia Alam.

“PKNS berazam memastikan rakyat negeri ini mampu membeli dan memiliki rumah. Ketika ini, pembinaan pangsapuri fasa satu membabitkan 864 unit rumah giat dilaksanakan,” katanya pada 22 Julai lalu.

Projek yang siap meliputi 1,422 unit rumah berkembar di Bukit Botak, pang-sapuri damai di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi (124) dan rumah teres satu seten-gah tingkat di Antara Gapi (129).

Selain itu, rumah jenis bandar di Kota Puteri (198), rumah teres dua tingkat di Antara Gapi (80) dan 60 unit rumah dua tingkat di Taman Keruing juga siap diban- gunkan.

Sasar 10,000 kediaman mampu milik

Pada 13 Julai, Dato’ Menteri Besar mem-bentangkan insentif galakan pembinaan rumah mampu milik pasca Covid-19 (Ru-mah Selangorku Harapan) bagi merancak-kan semula sektor pembinaan.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata in-sentif menyasarkan tambahan 30,000 unit rumah dalam tempoh tiga tahun dengan janaan ekonomi RM7.5 bilion.

“Pemaju boleh meminda syarat Rumah Selangorku jenis A, B, C atau D kepada satu sahaja iaitu Rumah Selangorku Hara-pan berkeluasan minimum 1,000 kaki persegi dijual tidak melebihi RM250,000 seunit dengan kelengkapan asas,” kata- nya ketika membentang pakej rangsan-gan ekonomi fasa ketiga di Dewan Negeri Selangor.

maya itu akan memberi nasihat berkaitan kewangan, penstrukturan hutang dan hal lain bagi menyelesaikan masalah.

“Mereka boleh mengajukan soalan di laman sesawang khas bila-bila masa dan akan dijawab pegawai bertugas. Namun

jika masalah rumit, mungkin memerlukan pihak KuSEL bertemu peniaga terbabit.

“Sehingga akhir tahun, kita sasarkan penyertaan 800 usahawan bermasalah,” katanya pada 23 Julai lalu.

KuSEL membabitkan kerjasama Ke- rajaan Negeri dengan Perbadanan Kema-juan Negeri Selangor (PKNS) serta Syari-kat Arabian Gateway Technology (AGT).

Rodziah berkata alternatif itu landasan terbaik bagi usahawan terjejas akibat Covid-19 mendapatkan nasihat pernia- gaan sekali gus membantu Selangor mengumpul data usahawan.

SHAH ALAM - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melantik pakar perunding untuk memberi khidmat nasihat berkaitan pemasaran dan pengurusan kewangan ke-pada usahawan mengharungi cabaran per-niagaan pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua pegawai korporatnya berkata syari-kat Arabian Gateway Technology (AGT) Sdn Bhd berperanan memberi penerangan ber-hubung peluang pembiayaan perniagaan kepada usahawan secara maya.

“Jadi, mereka (usahawan) yang bertekad mahu memulihkan semula pasaran pernia- gaan boleh mendaftar di www.xdebt.org un-tuk menyertainya.

“Program ini akan dapat menyebar luas perniagaan usahawan hasil bimbingan melalui khidmat pemasaran dan kewangan yang diberikan,” kata Siti Zubaidah Abd Ja-bar.

Lantik pakar beri nasihat pemasaran

Program secara maya itu akan memberi nasihat berkaitan kewangan, penstrukturan hutang dan hal lain bagi menyelesaikan masalahRODZIAH ISMAILEXCO Pembangunan Usahawan

Page 7: Kekal pilihan utama pelabur...memahami prinsip Rukun Negara dan masalah itu perlu ditangani segera. Amirudin menjelaskan masyarakat juga perlu mengambil iktibar daripada krisis yang

No. Lesen Pemaju: 14311-1/06-2021/02437(L) • Tarikh Sah: 23/06/2020-22/06/2021 • No. Permit Pengiklanan & Jualan: 14311-1/06-2021/02437(P) • Tarikh Sah: 23/06/2020-22/06/2021 • Tempoh: Pajakan (99 Tahun - Tempoh Tamat 22/04/2103) • Tarikh Dijangka Siap: Jun 2020 • Pihak Berkuasa Pelulus: Majlis Bandaraya Petaling Jaya • No. Rujukan: MBPJ/120100/T/P10/1185/2017 • Bebanan Tanah: Tiada • Jenis Rumah: Rumah Semi-D Tiga Tingkat • Jumlah Unit: 32 • Harga Jualan: Min. RM2,577,100.00 - Maks. RM3,000,000.00 (7% Diskaun untuk Bumiputera). Sekatan Kepentingan: Tanah ini tidak boleh dipindah milik, dipajak atau didakwa kecuali dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri. Semua hak terpelihara oleh Prima Paramount Group.

Semua ukuran adalah anggaran dan ilustrasi merupakan gambaran pelukis sahaja. Semua spesifikasi dan maklumat yang terkandung di sini juga tertakluk kepada pindaan mengikut keperluan pihak berkuasa dan/atau perunding projek Pemaju; oleh itu, ia tidak boleh membentuk sebarang kaitan atau membatalkan atau menidakkan sebarang kontrak jualan di antara Pemaju dan Pembeli.

Sebuah lagi projek yang dikendalikan oleh:

HARTAWAN MEGAJAYA SDN BHDHARTAWAN MEGAJAYA SDN BHD (946908-H)

BO1-A-11-1 Menara 2, KL Eco Ciity, No.3, Jalan Bangsar, 59200, Kuala Lumpur, Malaysia.

Pemaju:

32 Buah Villa Semi-DDikelilingi Dengan Kehijauan Rimba

EKSKLUSIF • KAWASAN TINGGIKEDIAMAN BERTANAH SERTA BERPENGAWAL

Di dalam kawasan banglo Seksyen 9 Kota Damansara.Berada di kawasan anak bukit, yang memiliki pemandangan menghijau.

Dikelilingi oleh Taman Rimba Komuniti Kota Damansara.Bersebelahan tasik Taman Rimba Riang.

012-373 3631 | 012-302 2773 | 03-2202 3663Untuk maklumat lanjut, Sila Hubungi

www.theestana.com.myThe Estana

SEBUAH RUMAH, DIDIAMI OLEH TIGA GENERASI, DIREKA UNTUK FLEKSIBILITI.

3,800 - 4,200 kaki persegi4 + 1 Bilik

Salah sebuah Pembangunan Bertanah terakhir di Kota Damansara….

Unitbumiputera

adalahterhad

Nasional7 SelangorKini 30 Julai - 5 Ogos 2020

InformasiTerkinidi jari anda

SHAH ALAM - Sebanyak 85 peratus projek perumahan seluruh negara kembali bero- perasi selepas tergendala sejak Mac lalu su-sulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) berkata ada pe-maju melakukan ubah suai pelan asal ru-mah bagi mengurangkan kos pembinaan, malah menurunkan harga pasaran har-tanah.

“Ketidaktentuan ekonomi dalam dan luar negara yang terkesan dengan penu-

85 peratus projek perumahan kembali beroperasiAda pemaju melakukan ubah suai pelan asal rumah bagi mengurangkan kos pembinaan, malah menurunkan harga pasaran hartanahDATUK IR SOAM HENG CHOOPresiden Rehda

laran Covid-19 menyebabkan sektor pe-rumahan bergerak perlahan dan jangkaan Rehda keadaan ini berterusan sehingga akhir tahun.

“Setakat ini, pemaju perumahan yang berdaftar di bawah Rehda mampu bertah-an dan tiada yang gulung tikar. Namun kita berharap ekonomi negara pulih sepenuh- nya tahun hadapan bagi mengelak kes-an lebih buruk,” kata Datuk Ir Soam Heng Choon pada 22 Julai.

Beliau berkata prestasi sektor peruma-

han bergantung kepada keberkesanan in-sentif cukai diperkenalkan kerajaan bagi merancakkan semula pasaran.

“Kempen Pemilikan Rumah (HOC) mem-beri pengecualian duti setem terhad kepa-da RM1 juta pertama bagi pembelian ru-mah bernilai RM300,000 hingga RM2.5 juta.

“Selain itu, had pembiayaan pinjaman rumah ketiga dan seterusnya bernilai RM600,000 ke atas tidak lagi tertakluk ke-pada 70 peratus daripada nilai rumah di-harap merancakkan sektor ini,” katanya.

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM - Jamuan di ru-mah sempena sambutan Aid-iladha terhad kepada 20 orang pada satu-satu masa, kata men-teri kanan (keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaa-kob berkata individu dalam proses kuarantin pula dilarang keluar rumah atau menunaikan solat sunat di masjid atau surau.

“Kerajaan membuat kepu-tusan menyemak semula tatacara operasi piawai (SOP) Aidiladha dan ibadat korban setelah mengambil kira risiko penularan semula Covid-19.

“Oleh itu, jumlah mereka yang berada dalam rumah tidak boleh melebihi 20 orang dalam satu-satu masa dan jika ada individu me-makai gelang tangan kuarantin, orang ramai diminta lapor kepada polis,” katanya pada 27 Julai.

Ismail Sabri berkata, jumlan haiwan korban tidak boleh melebi-hi 10 ekor manakala bilangan kehadiran terhad kepada 20 orang untuk setiap ekor haiwan.

“Kita tidak membenarkan jamuan atau kenduri di masjid, surau atau tempat sembelihan kecuali makanan dibungkus. SOP ini un-tuk Wilayah Persekutuan dan boleh diguna pakai majlis agama ne- geri sebagai rujukan,” katanya.

SHAH ALAM - Kerajaan tidak mengenakan sekatan rentas sem-padan antara negeri dan daerah untuk menyambut Hari Raya Aid-iladha.

“Tidak ada sekatan perjalanan, orang ramai masih boleh balik kampung, tetapi jangan lupa patuhi tatacara operasi piawai.

“Walaupun kerajaan benarkan, kita perlu jaga kita, pakai pelit-up muka dan gunakan cecair pembasmi kuman,” kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 27 Julai.

Beliau mengakui ramai bimbang tidak dapat pulang ke kam-pung jika kerajaan melaksanakan semula Perintah Kawalan Perger-akan apabila kes Covid-19 kembali mencecah tiga angka.

Korban terhad 10 ekor haiwan

Maksimum 20 orang

Tiada sekatan balik kampung

Page 8: Kekal pilihan utama pelabur...memahami prinsip Rukun Negara dan masalah itu perlu ditangani segera. Amirudin menjelaskan masyarakat juga perlu mengambil iktibar daripada krisis yang

8Nasional

SelangorKini 30 Julai - 5 Ogos 2020

SHAH ALAM - Penerangan awal dalam pelbagai isu membantu Pakatan Harapan (PAKATAN) memenangi lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum akan datang.

Namun, ketua penerangan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) kesal berikutan kelalaian sepanjang 22 bulan PAKATAN menjadi kera-jaan Persekutuan menyebabkan rakyat tidak menerima maklumat betul.

“…jentera penerangan tidak aktif sampai ke bawah. Contoh, isu Tabung Haji kerana masa itu kita sibuk kendalikan kementerian dan tidak sempat yakinkan rakyat.

“Sekarang kita ada sejuta ahli. Jika semua jadi jentera penerangan dan mainkan pe- ranan, Insya-Allah datanglah apa pun pilihan raya umum kita dapat mandat rakyat,” kata Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada Konvensyen Penerangan KEADILAN di Ampang pada 26 Julai.

Beliau yakin penerangan yang meluas memudahkan KEADILAN mendepani ke-mungkinan pilihan raya umum tergem-par, bahkan menawan kerusi Ampang dan Gombak.

Shamsul turut menyarankan kepimpinan menjayakan lebih banyak aktiviti pada pe- ringkat negeri dan cabang termasuk melatih ahli bawahan.

KEADILAN berdepan masalah apabila dua pemimpin utamanya bersama beberapa ahli parlimen berpaling tadah menyokong gabungan baharu Perikatan Nasional pada Februari lalu.

Susulan itu kerajaan PAKATAN di Putrajaya tumbang.

Jelaskan isu semasakepada rakyat

Anwar (tengah) bersama Amirudin, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan ketua AMK Selangor Najwan Halimi melaungkan reformasi selepas per-asmian Konvensyen Penerangan KEADILAN di Hotel De Palma, Ampang pada 26 Julai

AMPANG - Hampir 1,000 perwakilan yang hadir Konvensyen Penerangan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) bertekad untuk men-gukuhkan lagi kekuatan parti meskipun berlaku pengkhianatan membabitkan segelintir pemimpin.

Akar umbi tekad kukuhkan parti

Perwakilan Sarawak, UMIE LIAU

Kuching diisytihar zon merah Covid-19, hati mana tidak

bimbang kerana ia melibatkan nyawa tetapi saya dan rakan gagahkan diri menghadiri konvensyen ini demi parti dan perjuangan rakyat Sarawak.”

Perwakilan Kuala Lumpur, HARCHARAN SINGH

Saya harap program seperti ini diadakan dari semasa ke

semasa bagi memastikan semangat ahli sentiasa berada pada tahap terbaik selepas dikejutkan dengan pengkhianatan beberapa pemimpin, selain persediaan menjelang pilihan raya umum ke-15.”

Perwakilan Selangor, FARIZ MUSA

Kepada mereka yang keluar parti, keluarlah tetapi kami

ahli KEADILAN tetap istiqamah dalam perjuangan dan semangat reformasi kami tidak pernah padam.”

AMPANG - Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) harus mengambil ik-tibar atas sikap segelintir bekas pemim- pin yang tergelincir dari asas perjuangan selepas memegang tampuk pemerin- tahan.

Presidennya Datuk Seri Anwar Ibra-him juga mengingatkan mereka supaya tidak lupa diri sekiranya rakyat memberi kepercayaan sekali lagi untuk mentadbir negara.

“Dalam perjuangan ramai lulus ujian saat diuji dengan kesusahan atau pen-deritaan tetapi ramai gagal apabila diuji dengan kesenangan,” katanya pada Kon-vensyen Penerangan KEADILAN pada 26 Julai.

“Apabila memegang tampuk kekua-saan, kecuaian dan kelalaian berlaku malah perjuangan mula tergelincir dari landasan dan sebaik tergelincir, kita bu-kan lagi dalam agenda KEADILAN dan orang seperti ini silakan keluar.”

Anwar turut menegaskan perjuan-gan parti itu bukan untuk memberi kekayaan kepada kroni mahupun ahli

Anwar mahu pemimpin ambil iktibar

OLEH NORRASYIDAH ARSHAD

KUALA LANGAT - Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) nekad merampas semula kerusi Parlimen Gombak dan Ampang pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari berka-ta parti juga mahu menakluk kubu kuat Barisan Nasional di Sabak Bernam dan Tanjong Karang.

“Kita kekalkan Selangor jadi benteng KEADILAN dan Pakatan Harapan. Seman-gat atau prinsip sahaja tidak cukup tetapi kita kena susun (strategi).

“Kumpul kekuatan, lupakan seng- keta. Inilah masa KEADILAN Selan-gor jadi pasukan,” katanya pada 25 Julai.

Amirudin yang juga Dato’ Menteri Be-sar berkata Selangor kekal teguh meski-pun dalang ‘Langkah Sheraton’ serta pengkhianat parti pernah menjadi pe-

mimpin negeri.“Gombak, Ampang, Kapar serta beber-

apa lagi sekarang menggila ke setiap ka-wasan untuk bertanding tetapi tidak ada. Macam pelarian. Jadikan ini pengajaran,” katanya.

Beliau dipercayai merujuk kepada Da-tuk Seri Mohamed Azmin Ali, Zuraida Ka-maruddin dan Dr Daroyah Alwi. Azmin dan Zuraida dipecat pada 24 Februari lalu manakala Daroyah keluar parti pada 13 Jun lalu.

Selangor benteng PAKATAN

Nekad rampas kerusiGombak, Ampang

SHAH ALAM - Cabang Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Gombak jauh lebih tersusun, malah amalan demokrasinya subur tanpa kelompok pengkhianat.

Ketua penerangannya berkata cabang itu juga semakin mantap melalui kepimpinan Dato’ Seri Amirudin Shari selaku pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor.

“Budaya ampu, bodek dan kipas te- lah tiada sejak kuncu-kuncu pengkhianat meninggalkan parti keramat, kini tiada lagi pihak mengawal cabang KEADILAN Gom-bak mengikut kehendak nafsu individu tertentu.

“Ternyata cabang KEADILAN Gombak te- lah merdeka dan bergerak maju demi rakyat dan negara tercinta,” kata Syed Ali pada 27 Julai.

Menegaskan cabang itu kekal setia ber-sama Pakatan Harapan, beliau berkata me- reka sedia berdepan pilihan raya umum ke-15 bagi memastikan mandat rakyat yang dikhianati dikembalikan kepada parti terse-but.

Syed Ali turut meminta Nor Hizwan Ah-mad, pegawai Menteri Perumahan dan Kera-jaan Tempatan Zuraida Kamaruddin, supaya tidak mencampuri urusan di Gombak.

Lebih tersusun tanpa pengkhianat

keluarga sebaliknya demi menegak-kan keadilan.

“Kita tidak boleh bicara soal ekonomi tanpa keadilan, kita tidak boleh bicara

keadilan kalau kayakan kaum keluarga dan jika ini berlaku, maknanya kita ti-dak istiqamah dalam perjuangan,” kata beliau lagi.

Page 9: Kekal pilihan utama pelabur...memahami prinsip Rukun Negara dan masalah itu perlu ditangani segera. Amirudin menjelaskan masyarakat juga perlu mengambil iktibar daripada krisis yang

Nasional9 SelangorKini 30 Julai - 5 Ogos 2020

InformasiTerkinidi jari anda

nTiga pertuduhan pecah amanah bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan (Hukuman: dua hingga 20 tahun penjara, sebatan & denda)

nSatu pertuduhan salah guna kuasa bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Hukuman: Penjara maksimum 20 tahun, denda RM10,000 atau minimum lima kali nilai suapan, mana yang lebih tinggi)

nTiga pertuduhan pengubahan wang haram bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (Hukuman: Penjara maksimum 15 tahun, denda RM5 juta atau minimum lima kali nilai suapan, mana yang lebih tinggi)

nKesalahan didakwa dilakukan antara 17 Ogos 2011 hingga 2 Mac 2015nDituduh pada 4 Julai dan 8 Ogos 2018

Seleweng RM42 juta SRC International

OLEH AFIX REDZUAN & AMIN RIDZUAN ISHAK

SHAH ALAM - Reaksi pemimpin Paka-tan Harapan (PAKATAN) yang selama ini mengkritik skandal 1Malaysia Develop-ment Berhad (1MDB) terhadap keputusan kes penyelewengan RM42 juta dana anak syarikat agensi pelaburan negara itu.

“Keputusan ini adalah satu kemenan-gan besar buat rakyat Malaysia. Proses pengadilan ini pasti tidak akan bermu-la sekiranya rakyat tidak bangkit untuk memberikan kemenangan kepada Pa-katan Harapan dan mengalahkan Bari-san Nasional pada pilihan raya umum ke-14.

“Malah bila disoroti sejarah isu ini, ma-salah urus tadbir 1MDB dibangkitkan kali pertama di Parlimen oleh Datuk Seri An-war Ibrahim pada 2011. Majlis Presiden merakamkan ucapan terima kasih kepa-da semua pihak yang terlibat dalam pros-es ini, termasuk mantan Peguam Negara (Tommy Thomas) yang telah memulakan proses perundangan ini.

“Majlis Presiden menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk meneliti dan me-nelusuri penghakiman yang telah dibuat hari ini (28 Julai).

“Majlis Presiden berpendirian baha-

Terima kasih tumbangkan Barisan Nasional

Kemenangan besar, rakyat berani bangkit

wa reformasi institusi menyeluruh per-lu dilaksana untuk memastikan iklim politik yang memungkinkan kebobro-kan dan kerosakan besar yang berlaku pada zaman pentadbiran Barisan Nasio- nal tidak berulang lagi. Ini hanya boleh dilakukan dengan pengembalian man-dat rakyat ke tempatnya.”l Majlis Presiden Pakatan Harapan: Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng

“Keputusan hari ini dicapai melalui ke-bebasan sistem kehakiman, prinsip yang diperjuang dan menjadi sebahagian asas penubuhan KEADILAN. Kita akan terus berjuang memastikan reformasi institu-si dilaksanakan dan dipertahankan ser-ta terus menambah baik persekitaran demokrasi seiring dengan tatakelola ke- rajaan yang baik.”l Ketua Penerangan KEADILAN Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin

“Sebahagian besar masa saya sebagai ahli parlimen dihabiskan berdepan skandal 1MDB dan SRC. Saya tidak per-nah berharap apa-apa daripada usaha itu tetapi hari ini saya rasa segala kesusahan itu berbaloi. Syabas Malaysia.l Bekas Ahli Parlimen Pandan dan Naib Presiden KEADILAN Rafizi Ramli

“Datuk Seri Najib Razak melalui proses pengadilan yang tidak boleh diperti-kaikan. Tiada mana-mana pihak men-gambil kesempatan politik daripada peristiwa ini dan kita sebenarnya dapat menyelamatkan negara kerana PAKATAN membangkitkan isu itu dengan serius sejak Anwar membawanya di Dewan Rakyat.l Setiausaha Agung Amanah Dr Hatta Ramli

“Jika rakyat Malaysia tidak bersama den-gan Pakatan Harapan untuk menolak be-liau (Najib) dan pemerintahannya dalam pilihan raya umum, beliau akan terus berkuasa dan kebenaran akan kekal ter-kubur.lAnggota Jawatankuasa Eksekutif Pu-sat DAP Senator Liew Chin Tong

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara berjumlah 72 tahun, yang berjalan ser-entak, atas tujuh pertuduhan menyele-weng RM42 juta dana milik SRC Interna-tional Sdn Bhd.

Bekas perdana menteri itu didenda RM210 juta dan 12 tahun penjara atas kesalahan salah guna kuasa dalam kes pertamanya melibatkan anak syarikat agensi pelaburan negara 1Malaysia De-velopment Berhad (1MDB).

Najib, yang juga bekas menteri ke-wangan dan pengerusi badan penasihat 1MDB, dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap satu daripada tiga ke- salahan pecah amanah. Hukuman terse-but berjalan serentak.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lum-pur Mohd Nazlan Mohd Ghazali turut menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap satu daripada tiga kesalahan

Najib dipenjara 72 tahun, denda RM210 juta

pengubahan wang haram. Hukuman terse-but juga berjalan serentak.

Semua kesalahan ini didakwa dilaku-kan oleh bekas presiden Umno itu, bekas perdana menteri pertama yang disabit kes jenayah, antara 17 Ogos 2011 hingga 2 Mac 2015.

Skandal 1MDB dianggap antara kes penyelewengan terbesar di dunia dan disia-sat di beberapa negara luar termasuk Sin-gapura dan Amerika Syarikat (AS).

Selain Najib, ahli perniagaan muda Low Taek Jho, atau Jho Low, turut terlibat teta-pi belum berjaya diberkas. Namun siasatan di AS mendapati Low memainkan peranan utama dengan kerjasama pemimpin utama Malaysia (MO1) atau merujuk Najib.

Anak tiri Najib, Riza Aziz, yang juga rakan Low pernah didakwa menyeleweng RM1.25 bilion tetapi dilepaskan daripada mahka-mah pada Mei lalu. Keputusan ini mendapat kecaman ramai.

Page 10: Kekal pilihan utama pelabur...memahami prinsip Rukun Negara dan masalah itu perlu ditangani segera. Amirudin menjelaskan masyarakat juga perlu mengambil iktibar daripada krisis yang

10Global

SelangorKini 30 Julai - 5 Ogos 2020

4 cols x 16 cm

ISTANBUL - Masjid Hagia So-phia yang terkenal di Turki di- buka semula untuk ibadah buat pertama kalinya selepas 86 ta-hun dengan solat Jumaat, lapor agensi Anadolu pada 24 Ju- lai lalu.

Monumen ikonik itu berfung-si sebagai gereja selama 916 tahun sehingga penaklukan Is-tanbul, dan sebuah masjid dari tahun 1453 hingga 1934 – ham-pir 500 tahun – dan terakhir se-bagai muzium selama 86 tahun.

Salah satu bangunan berseja-rah di Turki paling banyak dikun-jungi pelancong tempatan dan antarabangsa, pada 1985, sema-sa dijadikan muzium, Hagia So-phia dimasukkan dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO.

Pada 10 Julai, sebuah mah-

kamah Turki membatalkan keputusan Kabinet 1934 yang menjadikan Hagia Sophia se-bagai muzium, membuka jalan untuk ia digunakan kembali se-bagai masjid selepas 86 tahun.

Di era baru Hagia Sophia, Pe- ngarah Hal Ehwal Agama Tur-ki memantau perkhidmatan keagamaan di masjid, semen-tara Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan pula menga-wasi kerja-kerja pemulihan ser-ta pemuliharaan.

Khazanah seni bina itu juga dibuka untuk pelancong do-mestik dan luar secara percuma.

Pada 23 Julai, pihak berkua-sa tertinggi agama Turki me- lantik tiga imam dan lima mua-zin untuk Masjid Hagia Sophia. -BERNAMA

BANGKOK - Thailand mencatat 10 kes ba-haru Covid-19, termasuk enam anggota ten-teranya yang pulang dari menjalani latihan ketenteraan di Hawaii, Amerika Syarikat.

Thailand genap 60 hari bebas jangkitan tempatan jangkitan tempatan dengan jum-lah keseluruhan kes ialah 3,279 kes mem-babitkan 58 kematian setakat 24 Julai lalu.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyoth-in berkata semua kes baharu melibatkan

warga Thailand yang sedang menjalani kuarantin wajib di kemudahan kerajaan se-lepas kembali dari luar negara.

Empat lagi kes adalah mereka yang kembali dari Sudan, Pakistan, Jerman dan Belanda.

“Sejumlah 342 mereka yang kembali dari luar negara dan dikuarantin 14 hari di kemudahan disediakan kerajaan didapa-ti positif dalam saringan Covid-19 sejak 3 April,” katanya. – BERNAMA

Usia empat tahun ikat perjanjian terbit buku

Nadim penyair termuda dunia

Masjid Hagia Sophia dibuka semula selepas 86 tahun

Tentera Thailand kembali dari AS positif virus

OLEH KHAIRUL AZRAN HUSSIN

SHAH ALAM - Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun menjadi penulis paling muda mengikat perjanjian dengan syarikat pener-bitan untuk membukukan koleksi puisinya.

Nadim Shamma-Sourgen disifatkan Ek-sekutif Walker Books Walker Denise John-stone-Burt sebagai “menakjubkan kerana pada usia semuda itu mampu menulis ayat dalam isu sensitif”, lapor The Guardian.

“Puisi itu membicarakan perasaan penting seperti kasih sayang dan kesunyi- an, dan Nadim menemui ungkapan yang sempurna,” katanya lagi.

Syarikat penerbitan buku kanak-kanak berpangkalan di Britain dijadual mener-bitkan koleksi itu pada musim panas se-terusnya (tahun depan).

Bakat Nadim dikesan penerima anu- gerah Orwell tahun ini, Kate Clanchy yang

menggelarkannya “Penyair Berusia Empat Tahun”. Beliau turut memuat naik petikan sajak kanak-kanak itu ke akaun media so-sialnya.

Mengikut Guinness World Records, pe-nulis paling muda menerbitkan karya se-cara komersial ialah Dorothy Straight me-nerusi buku How the World Began pada 1964 pada usia enam tahun.

Rekod penulis lelaki termuda pula dipe-gang kanak-kanak Sri Lanka apabila buku-nya Junk Food diterbitkan pada 5 Januari 2017 ketika Lankan Thanuwana Serasinghe berusia empat tahun dan 356 hari.

Berikut antara petikan sajak Nadim berjudul “Baddies”.

Baddies love their baddie friendsEven very baddie onesPolicemen might arrest themBut they’ll still have their love

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan meng- hadiri solat Jumaat di Masjid Besar Hagia Sophia di Istanbul, Turki, 24 Julai. Masjid berkenaan dibuka semula untuk ibadah selepas 86 tahun. - Foto REUTERS

Page 11: Kekal pilihan utama pelabur...memahami prinsip Rukun Negara dan masalah itu perlu ditangani segera. Amirudin menjelaskan masyarakat juga perlu mengambil iktibar daripada krisis yang

N

DARI KACA MATA MBDARI KACA MATA MB11SelangorKini 31 Julai - 5 Ogos 2020

InformasiTerkinidi jari anda

egara bakal menyambut ulang tahun ke-63 tahun kemerdekaan tidak lama lagi. Hari Kemerdekaan

disambut di seluruh negara pada 31 Ogos setiap tahun sebagai simbolik bagi menandakan negara kini telah bebas sepenuhnya daripada belenggu penjajahan kuasa asing.

Jika dahulu negara berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah, tahun 2020 merakam sejarah tersendiri apabila rakyat Malaysia kini bersama-sama mengekang musuh yang tidak dapat dilihat mata kasar iaitu Covid-19. Petugas barisan hadapan seperti doktor, jururawat, polis dan Angkatan Tentera Malaysia dipertanggungjawabkan dalam memastikan virus ini tidak merebak sekali gus meragut banyak lagi nyawa rakyat. Malah, Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) turut sama-sama memainkan peranan penting ketika negara diisytihar melalui fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu sebaran maklumat berkaitan Covid-19 melalui “Info On Wheels”.

Kerajaan Selangor tidak terkecuali memastikan rakyat di negeri ini tidak dijangkiti wabak berkenaan. Antara langkah terawal adalah menubuhkan segera Pasukan Petugas Khas Covid-19 Selangor (STFC) bagi merancang serta menyelaras tindakan dan usaha membendung penularan virus di Selangor. Di sini saya ingin mengambil kesempatan merakam ucapan kepada semua yang terlibat dalam mengekang Covid-19.

Erti kemerdekaan

Ternyata, semata-mata bebas daripada belenggu asing, sama ada dalam bentuk imperialisme lama mahupun pengaruh pasaran gaya baharu ala-Amerika atau Tanah Besar China tidak mencukupi; yang lebih utama adalah mengisi dan memaknai kemerdekaan dengan pelaksanaan, lebih-lebih lagi dalam mendepani pandemik yang belum pernah kita hadapi dalam lipatan sejarah kebelakangan ini.

Hanya melalui pelaksanaan, sesuatu dasar atau keputusan yang dicapai dapat diukur

keberkesanannya. Terdapat suatu ungkapan popular oleh pakar pengurusan, Peter Drucker iaitu “if you cannot measure it, you cannot improve it” (hanya yang dapat diukur boleh diperbaiki). Hanya dengan metrik, barulah dapat kita ubah suai sebarang tindakan bagi memperbaiki keputusan sedia ada.

Izinkan saya memetik pakej rangsangan ekonomi yang kita umumkan terlebih dahulu. Kerajaan Negeri melalui Selangor Prihatin 1.0 serta 2.0 menggariskan beberapa inisiatif segera bagi mengurangkan beban ekonomi akibat penularan Covid-19 serta menampan beban mereka yang terkesan dalam jangka pendek. Sehingga hari ini, Kerajaan Negeri membelanjakan RM260,144,464.54 yang memberi manfaat kepada 3.5 juta rakyat negeri Selangor ataupun 54 peratus dari jumlah keseluruhan penduduk.

Pakej pemulihan ekonomi Selangor terbaharu pula lebih bersifat jangka sederhana serta panjang dalam menghidupkan semula ekonomi selaras kedudukan Selangor sebagai ‘economic reactor’ Malaysia, dengan nilai ekonomi keseluruhan RM55.85 bilion. Hanya dengan kebingkasan dan kecekalan, dapat kita pertahankan kemerdekaan negara dengan bermartabat.

Rukun Negara

Pada sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini, negara turut meraikan 50 tahun Rukun Negara. Diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong IV, Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, susulan peristiwa 13 Mei 1969, kewujudan Rukun Negara bagi mencapai perpaduan lebih erat antara rakyat.

Lazimnya apabila kita membicarakan atau membincangkan Rukun Negara, kita sering melupakan mukadimah ideologi kebangsaan tersebut. Justeru, saya mengambil kesempatan untuk mengingatkan kita semua mukadimah tersebut:

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak:

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya,

Memelihara cara hidup demokratik;

Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama;

Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak dan;

Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

Menekuni mukadimah tersebut, kita menginsafi bahawa para pendiri negara ini mahukan suatu negara yang maju, majmuk yang meraikan kepelbagaian kebudayaan dan suatu negara yang makmur serta tidak mengabaikan kebajikan rakyatnya.

Kemudiannya barulah disenaraikan prinsip-prinsip Rukun Negara yang kita semua maklum iaitu Kesopanan dan Kesusilaan, Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang.

Prinsip itulah yang memberi makna amat

mendalam kepada rakyat Malaysia dalam membentuk jati diri, menjadi asas identiti diri dan penyatuan setiap individu bergelar bangsa Malaysia tidak kira kaum, agama dan warna kulit.

Tidak kiralah sama ada anda seorang Melayu, Cina, India, Sikh, Kadazan, Dusun, Iban, Murut, Melanau, Orang Asal atau mana-mana kaum dan suku kaum sekalipun, sekiranya anda bergelar warganegara Malaysia, inilah ciri-ciri yang wajib anda miliki. Dan saya percaya dan yakin Selangor adalah negeri yang mempunyai pelbagai etnik dan kita hidup aman dan sejahtera.

Kibar Jalur Gemilang

Saya turut ingin merakam harapan agar rakyat Selangor bersama-sama menunjukkan semangat patriotik dengan mengibarkan Jalur Gemilang di semua kediaman, premis-premis perniagaan, bangunan pejabat, rumah ibadat, sekolah-sekolah dan lain-lain bagi menunjukkan rasa cinta kita terhadap negara.

Besarlah hasrat Kerajaan Negeri agar semangat cintakan negara dapat dipupuk dan jalinan perpaduan dapat dieratkan bagi menjadikan Malaysia khususnya Selangor, sebuah negeri yang bukan sahaja maju tetapi juga mempunyai rakyat yang berjati diri dan bersatu-padu.

Akhir kata, sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada kepada Jabatan Penerangan negeri dan pentadbiran Kerajaan Negeri kerana berjaya melaksanakan sambutan Bulan Kebangsaan dan kempen Kibar Jalur Gemilang pada tahun ini. Semoga kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dapat terus terjalin erat dan diperkukuhkan.

Hayati kemerdekaan, tekuni Rukun Negara

Page 12: Kekal pilihan utama pelabur...memahami prinsip Rukun Negara dan masalah itu perlu ditangani segera. Amirudin menjelaskan masyarakat juga perlu mengambil iktibar daripada krisis yang

usibah tidak menghalang dua orang kelainan upaya (OKU) untuk bangkit meneruskan kehidupan. Digilis lori hingga kaki kiri hancur pada 1998 ketika bermotosikal, Maslan Rahmat, 45, kini giat mengusahakan tanaman kontan

menggunakan kaki palsu. Jika sebelum tragedi, beliau menanam nanas dan pisang, kini Maslan mengusahakan tananam dengan terung, petola dan timun melalui bantuan pinjaman Hijrah Selangor pada 2017 berjumlah RM8,000 semuanya.

Hairuddin Suliman, 48, pula meski cacat kedua-dua tangan dan kaki sejak lahir, tidak sesekali tunduk kepada takdir sekalipun kebun pisangnya dua kali musnah dilanda

banjir pada 2015 dan 2017. Berbekal bantuan pinjaman Hijrah Selangor keseluruhan berjumlah RM7,000, beliau membangunkan kebunnya semula dengan

tanaman kelapa sawit, lengkuas, nanas dan ubi.

Jurufoto Fikri Yusof mengunjungi kebun yang diusahakan Maslan di Kampung Parit 7, Sungai Panjang pada 23

Julai disusuli Asri Sapfie empat hari kemudian. Hafiz Othman pula meninjau kebun Hairuddin

di Kampung Parit 9 Timur, Sungai Besar, Sabak Bernam pada 26 Julai.

1Maslan menunjukkan terung di kebunnya seluas dua ekar yang

turut ditanami petola dan timun.

2 Mencantas tangkai terung menggunakan pemangkas di

kebunnya.

3 Maslan dan peraih menimbang terung. Beliau mengusahakan

tanaman nanas dan pisang sebelum ditimpa nahas jalan raya.

4Maslan menunjukkan kaki palsunya pada

27 Julai. Peralatan itu dibeli bagi meneruskan minatnya dalam bidang pertanian.

5Hairuddin melepaskan lelah di rumahnya selepas mengusahakan

kebun. Beliau tinggal bersama ibunya berusia 72 tahun.

6 Menanam lengkuas secara berselang dengan pokok sawit hasil

pinjaman Hijrah Selangor kali kedua berjumlah RM5,000.

7 Memetik cili di kebun hasil pinjaman kali pertama berjumlah RM2,000

daripada Hijrah Selangor.

8Selain berkebun, Hairuddin juga memasak kuih loyang

untuk menambah pendapatan. Beliau juga menjual rempeyek kacang tanah, dal dan kerepek pisang.

Klik!12 SelangorKini 30 Julai - 5 Ogos 2020

Klik!12 SelangorKini 30 Julai - 5 Ogos 2020

Klik!13SelangorKini 30 Julai - 5 Ogos 2020

6

7

8

543

2

1

Page 13: Kekal pilihan utama pelabur...memahami prinsip Rukun Negara dan masalah itu perlu ditangani segera. Amirudin menjelaskan masyarakat juga perlu mengambil iktibar daripada krisis yang

14ADN

SelangorKini 30 Julai - 5 Ogos 2020

SHAH ALAM - Cadangan untuk memba-ngunkan tapak transit dan pengumpulan ikan baharu di Sekinchan perlu dimasuk-kan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) berikutan kosnya tinggi.

Ahli Dewan Negerinya berkata pene-litian Lembaga Urus Air Selangor (Luas) mendapati kos keseluruhan projek ber-nilai RM80 juta dan ia mengambil masa lama untuk direalisasikan.

Ng Suee Lim berkata peruntukan itu penting bagi memastikan kesinambun-gan industri perikanan di daerah bagi tem-poh 20 hingga 30 tahun.

“Saya memohon Kerajaan Negeri mem-buat sedikit kelonggaran supaya kita guna (peruntukan) fasa demi fasa. Mungkin fasa pertama guna RM5 juta dahulu bagi pem-binaan tapak transit,” katanya pada 24 Julai.

Beliau menjelaskan projek itu bakal merancakkan lagi sektor pelancongan di daerah itu yang menjadi tumpuan pen-duduk setempat dan pengunjung luar mendapatkan bekalan ikan segar.

Katanya, langkah tersebut juga mam-pu menangani isu kesesakan lalu lintas ke- rana menjadi persinggahan lori yang me- munggah ikan di jeti.

Cadang tapak transit kumpul ikan masuk RMK-12

Suee Lim (kiri) mengadakan lawatan kerja ke lokasi cadangan tapak transit dan pelabuhan pengumpulan ikan baharu Sekinchan pada 22 Julai

Manfaat pinjaman Hijrah SelangorSHAH ALAM - Ahli Dewan Negeri (ADN) Permatang memohon usaha-wan memanfaat-kan pinjaman Hi-jrah Selangor bagi mengembangkan perniagaan mereka.

Rozana Zainal Abidin berkata langkah itu penting lebih-lebih lagi ketika negara dilanda wabak Covid-19.

“Hijrah Selangor sekarang ini boleh bagi pinjaman sehingga RM50,000. Jadi tak ada alasan untuk peniaga tak boleh besarkan perniagaan” katanya pada 26 Julai.

“Kita juga ada Dana Usahawan Mikro Selangor bagi membeli peralatan yang lebih dari RM5,000 dan pelbagai pro-gram serta inisiatif untuk peniaga.”

Beliau turut menasihatkan pe-niaga agar menyimpan sebahagian wang tunai setiap hari untuk dijadikan tabungan.

Tambahnya, menabung mustahak, saat kecemasan seperti arahan Perin-tah Kawalan Pergerakan (PKP) tempoh hari yang menyebabkan ramai indi-vidu tidak dapat berniaga selama tiga bulan.

nNama: Ronnie Liu Tian Khiew

nUmur: 62 tahun nNegeri kelahiran Pahang

nFalsafah hidup: Hentikan keburukan, mari kita lakukan kebaikan bersama

nPekerjaan sebelum jadi Ahli Dewan Negeri:

Setiausaha antarabangsa DAP

n Alamat pejabat ADN: No.9, Tingkat 1 Jalan Damai 1, Taman Damai.

nNombor telefon ADN: 03-31411534

nE-mel: [email protected] & [email protected]

nFacebook: Ronnie Liu Tian Khiew

YB KitaYB KitaAhli Dewan Negeri N56N56 SUNGAI PELEKSUNGAI PELEK

Nasib Orang Asli terbela

ADN sumbang bantuan makanan asas

Azmizam menghulurkan pek makanan asas kepada masyarakat Orang Asli Mah Meri yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan pada 8 Julai.

OLEH ALIFF FIKRI

SHAH ALAM - Prihatin dengan nasib ma-syarakat Orang Asli Mah Meri di Pulau In-dah yang terjejas akibat wabak Covid-19, Ahli Dewan Negeri Pelabuhan Klang men-ghulurkan bantuan makanan asas kepada mereka pada 8 Julai.

Azmizam Zaman Huri berkata ia bagi memastikan kepayahan yang dihadapi mereka kekal terbela bawah pentadbiran Pakatan Harapan.

“Program ini bertujuan agar tiada golon-gan masyarakat Orang Asli yang terlepas pandang dan terjejas semasa Perintah Ka-walan Pergerakan Pemulihan (PKPP), ker-ana rata-rata dari mereka bekerja sebagai nelayan pesisir pantai,” katanya pada 8 Ju-lai.

“Saya turut menasihatkan dan mengin-gatkan mereka sentiasa menjaga kebersi-han demi memastikan tidak dijangkiti virus Covid-19.”

Turut serta dalam ziarah itu adalah Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Moktarrojji Binggu dan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) cawangan Klang.

N56 SUNGAI PELEK

Page 14: Kekal pilihan utama pelabur...memahami prinsip Rukun Negara dan masalah itu perlu ditangani segera. Amirudin menjelaskan masyarakat juga perlu mengambil iktibar daripada krisis yang

15SelangorKini 30 Julai - 5 Ogos 2020

AlbumInformasiTerkinidi jari anda

Menyampaikan kupon lembu korban kepada wakil penduduk di Kampung Bukit Cherakah Jaya, Klang

ADN MERUMohd Fakhrulrazi Mokhtar

ADN TERATAILai Wai Chong

Menyerahkan alat jangka suhu badan kepada Tokong Tian Di Gong di Pusat Khidmat Teratai, Ampang

Melawat operasi jualan ayam di Pasar Besar Jalan Othman, Petaling Jaya

ADN TAMAN MEDANSyamsul Firdaus Supri

Meninjau kawasan yang dilanda banjir kilat di Kampung Ijok, Kuala Selangor

ADN IJOKDr Idris Ahmad

Memberi sumbangan pelitup muka di Tadika Kelab Sungai Way, Petaling Jaya

Lim Yi WeiADN KAMPUNG TUNKU

Membersihkan kawasan sekitar bersama penduduk bagi mencegah denggi di Taman Sri Wangi, Klang

Gunarajah R GeorgeADN SENTOSA

Page 15: Kekal pilihan utama pelabur...memahami prinsip Rukun Negara dan masalah itu perlu ditangani segera. Amirudin menjelaskan masyarakat juga perlu mengambil iktibar daripada krisis yang

Lelaki bukanlah selama-lamanya kuat, gagah dan benar-benar berkuasa. Malah takrifan maskuliniti tipikal yang berkaitan dengan ciri-ciri ini tidaklah benar sepenuhnya. Mas-

kuliniti tidak bersifat tetap dan tepat, ia juga di-namik, berubah-ubah dan boleh tercampak dalam krisis yang tak terduga.

Pertentangan sengit antara maskuliniti dan femininiti adalah punca besar kepada krisis tak terduga ini dan ia kemudiannya melihatkan bagaimana berlaku kemerosotan kepada nilai-nilai maskuliniti yang kita ketahui tadi.

Krisis maskuliniti merupakan antara fokus menarik dalam kita memahami sesebuah filem. Ia memberikan ruang buat kita meneliti perwa-takan dan pergolakan yang berlaku dalam karak-ter. Dalam filem Melayu, genre melodrama sering mengutarakan krisis maskuliniti dan ia sering membangkitkan pengertian lebih segar terhadap kedinamikan maskuliniti.

Dalam melodrama Melayu, kita dapat melihat bagaimana berlakunya perubahan secara perla- han-lahan terhadap ciri-ciri karakter lelaki utama. Misalnya daripada seorang yang dominan, ganas, gagah dan sombong kepada keadaan yang lebih merosot seperti lumpuh, hilang upaya, sensitif, menangis secara terbuka, lumpuh dan pengecut.

Salah sebuah filem Melayu penting yang mem-bincangkan krisis maskuliniti dengan baik ialah Chuchu Datok Merah (1963).

Karya besar arahan M. Amin ini sering menjadi perhatian penonton dan pengkritik filem Melayu kerana sifatnya yang unik melalui jalinan imej rea- liti dan surreal serta mengangkat kekuatan karak-ter antihero dalam bentuk berbeza.

Awang Janggut lakonan Nordin Ahmad me- rupakan tumpuan utama dalam filem ini. Awang merupakan seorang lelaki gagah dan sentiasa bermegah dengan asal keturunan datuknya, Da-tok Merah yang digambarkan sebagai golongan bangsawan dihormati.

Terperangkap dalam dogma seperti itu, Awang dilihat masih memelihara reputasi keturunannya, walaupun pada hakikatnya itu hanya sejarah lam-pau keluarganya dan hakikat semasa kehidupannya bukan lagi seperti era kegemilangan Datok Merah.

Malah apabila kita melanjutkan pemerhatian kepada ruang di dalam rumah Awang yang begitu minimum dan daif, ia meyakinkan bahawa Awang dan isterinya, Wan Kuntum lakonan Latifah Omar hidup dalam keadaan serba kekurangan.

Namun dengan kekentalan pada imbauan ke-hebatan keluarganya, Awang Janggut kekal ego dan sombong, tidak mahu bekerja kerana pada pengamatannya dia tidak perlu meminta-minta kerja daripada orang lain.

Pada peringkat awal filem ini, kita didedahkan dengan sikap dominan, ego dan gagah Awang se-bagai seorang lelaki, sifat-sifat semula jadi dan tipikal maskulin terpampang jelas pada segala pergerakan Awang.

Satu perkara yang menarik dalam filem ini ialah ayam jantan yang sentiasa ada bersama-sama Awang. Kehadiran ayam jantan yang diberi nama

16Hadiah Sastera Selangor

SelangorKini 30 Julai - 5 Ogos 2020

Apakah kita cukup gila untuk menikmatinya?

Langsung kusedar separuh tubuh terke- luar dari bingkai jendela rumah bondasewaktu seekor katak puru melompat terus ke dalam tempurung kelapa yang terngangasejurus selepas menelan seekor lalat yang semalam melabuhkan telur-telurnya di atas makananku yang masih suci

Langsung kucelik bahawa masih ada yang belum terusik di halamanku initandas empat segi dilitup kepingan-ke-pingan zink yang lompang dimakan karat masih setia menyembunyikan sisa kum-bahan yang menjunam ke dalam lubang bersebelahan pelenggar gemulah nenda tempat menikmati wangi durian

Langsung tersergah dari cangkung yang lama di batas ban merah di antara bendang dengan kali selepas terpalit selut di wajahtermangu menahan hanyir yang menu-suk kerana hulunya tersumbat jala ikan dan berulat sakanmasih ada yang tertunda di halamanku, rupa-rupanya

Langsung kita baru bersua dengan bau korupsi, nepotisme dan reformasi yang rancak mengisi udara kehidupan norma baru tanyaku kepadamu; apakah kita cukup gila untuk menikmatinya?

Ilya AliasMiri, Sarawak

Jalak Hitam amat signifikan sebagai simbol kepa-da kejantanan yang dimiliki Awang Janggut.

Jika diperhatikan, Awang Janggut dan Jalak Hitam tidak pernah berenggang. Malah, kita me-lihat Awang tidak pernah mengabaikan Jalak dan sentiasa membelai-belai ayam berkenaan.

Jalak Hitam jadi lambang kegagahan Awang – jaguh dalam pertandingan sabung ayam dan ini membuatkan kedudukan Awang sebagai lelaki yang gagah begitu dipandang tinggi.

Jatuh cinta

Melalui hubungan Awang dan Jalak, muncul elemen seksual dan keberahian. Keadaan ini di-kukuhkan dalam suasana watak Siti Molek, anak seorang kaya lakonan Roseyatimah yang begitu tertarik dengan kegagahan Awang dan jatuh cinta kepadanya.

Melaluinya kita dapat memahami bahawa Ja-lak menjadi sebuah manifestasi kepada sifat kele-lakian Awang dan jika lebih nakal ia boleh dilihat sebagai alat sulit yang ada pada lelaki.

Sudah tentu ini menjadi perbincangan yang menarik kerana Chuchu Datok Merah merungkai sifat-sifat maskulin dari sudut seksual dan me-maparkan tarikan dan keberahian perempuan ter- hadap sifat-sifat lelaki yang ada pada Awang.

Kita melihat bahawa Siti Molek tertarik dan suka kepada Awang ketika Awang sentiasa ber-sama-sama dengan Jalak.

Di sini, satu perkara menarik dapat dilihat iaitu ketika Awang sentiasa membawa Jalak ke ma-na-mana pun, kita dapat melihat Awang menjadi le-laki gagah, tidak tunduk kepada perempuan dan da-lam masa sama kita melihat Awang ialah seorang lelaki yang berlembut dan menyayangi isterinya.

Namun, apabila Awang mula menjalinkan hubungan dengan Siti Molek, Awang sudah tidak mempedulikan Jalak lagi, sehingga Jalak sakit. Di sini kita dapat memahami bahawa pada haki-katnya, Awang sudah meninggalkan sifat kelela-kiannya, kegagahannya sudah hilang dan dia su-dah menjadi seorang lelaki mabuk kepayang yang menagih cinta Siti Molek.

Ia sangat berbeza ketika Awang menyelamat-kan Siti Molek daripada diganggu Long Daik la-konan A. Rahim. Ketika itu, walaupun Awang sudah menyelamatkan Siti, dia tidak pula ter-hegeh-hegeh mahu menambat hati Siti. Awang masih memelihara kelelakian dan egonya, malah selepas menyelamatkan Siti, dia hanya beredar tanpa mempedulikan wanita berkenaan.

Kehilangan sifat ini semakin jelas dapat dilihat pada Awang apabila Wan Kuntum mengambil tin-dakan mengejut dengan menyembelih Jalak yang telah sakit, demi menyediakan masakan ayam go-lek buat Awang. Tindakan ini diambil Wan Kuntum kerana Awang tidak lagi mempedulikan urusan ru-

mah tangga mereka kerana terlalu asyik bermain cinta dengan Siti Molek. Wang di tangan sudah habis, barangan dapur juga sudah tidak mencuku-pi, keadaan ini memaksa Wan Kuntum menjadikan Jalak Hitam sebagai hidangan.

Jadi lembik

Penyembelihan Jalak sangat penting kera-na ia menandakan secara simbolisme bahawa kelelakian Awang telah diragut. Ia seperti alat sulitnya sendiri telah dipotong. Segala kegaga- hannya seperti telah direntap! Tindakan Wan Kun-tum menyembelih Jalak adalah tindakan radikal dalam menyentap kesombongan lelaki. Malah ia menjadi pertentangan maskuliniti dan femininiti yang luar biasa.

Sebaik sahaja hal ini berlaku, kita dapat meli-hat bagaimana Awang bukan lagi seperti Awang yang kita kenal semasa dia sentiasa berdampi- ngan dengan Jalak. Awang sudah menjadi terlalu lembik. Sifat kelelakian yang berubah dapat dili-hat apabila Awang mula berani memukul isterinya, sesuatu yang tidak akan dilakukan oleh seorang lelaki yang hebat dan gagah.

Kemudian, kita disajikan dengan Awang yang merayu-rayu cinta kepada Siti yang tidak lagi mempedulikannya kerana Awang sudah hilang kelelakian, kegagahannya sudah pergi entah ke mana.

Awang Janggut sudah ‘terbunuh’ lebih awal apabila emosinya hanyut akibat tidak tertahan dengan krisis yang melanggar maskulinitinya. Kematian Jalak Hitam menjadi detik mengerikan dalam jiwa kelelakian seorang Awang Janggut. Ia mengubah Awang Janggut menjadi lelaki yang ti-dak lagi berguna, sifat-sifat maskulinnya runtuh satu-persatu menjadikan Awang terlalu rapuh ber-depan kehidupan.

Keupayaan M. Amin meneroka aspek krisis mas- kuliniti dan keberahian seksual merupakan an-tara elemen utama yang menjadikan Chuchu Da-tok Merah sebagai antara filem Melayu terpenting yang pernah dihasilkan.

Simbolik kelelakian melalui ayam jantan yang diusung Awang adalah sangat halus dan bijak. Ia

kemudian mengingatkan kita bahawa seorang le-laki hanya menjadi lelaki apabila ‘cock’ sentiasa ada bersama-samanya.

Nakal.

Kejantanan dalam filem

Melayu

Oleh Daniyal Kadir

Page 16: Kekal pilihan utama pelabur...memahami prinsip Rukun Negara dan masalah itu perlu ditangani segera. Amirudin menjelaskan masyarakat juga perlu mengambil iktibar daripada krisis yang

Membina impian

Balas budi

17SelangorKini 30 Julai - 5 Ogos 2020

Rencana

SEPULUH tahun lalu, keluarga Mior Azim Bada- lishah hanya berniaga lauk-pauk di bawah pokok.

Nasi putih, lauk dan kuih tidak habis itu per-kara biasa. Sedih tetapi pasrah. Begitulah adat bernia- ga, fikir mereka ketika itu.

Bersama adik, Mior Amin, 30, dan ibu mereka Sha- rifah Khazaimah Syed Hassan, 56, serta bapa sauda-ranya Syed Sofian Syed Hassan, 43, mereka sekadar mahu meneruskan hidup.

Langsung tidak terlintas untuk mengembangkan perniagaan. Janji cukup makan-pa-kai, asal perut terisi, itu sudah me-madai, bersyukur bagai.

“Akhirnya perniagaan kami ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ia tidak ke mana-ma-na," kata Mior Azim, 35, kepada Se-langorKini saat mengenang nostal-gia berniaga di Kinrara, Puchong.

Hanya selepas melanjutkan pe- lajaran di sebuah institusi pengaji-an swasta dalam program kulinari, fikirannya mula terbuka untuk me-majukan diri dan keluarga. Kini, be-liau ada cita-cita.

Membina impian

Kali ini, bukan setakat mengu-bah lokasi niaga bawah pokok semata-mata. Mereka punya misi mahu mengembangkan peru-sahaan bertaraf empayar kalau boleh.

Selepas tamat pengajian pada 2014 da-lam tahun itu juga Mior Azim dan keluarganya membuka perniagaan menjual makanan ala-Barat di Medan Selera Matahari, Petaling Jaya.

"Di sinilah Hijrah Selangor membantu mema-jukan perniagaan. Kami mendapat pembiayaan RM30,000 yang boleh dikatakan besar bagi ope- rasi di medan selera. Pinjaman kami meningkat kepada RM135,000 selaras kemajuan.

Sehingga 2017, mereka berjaya membuka sem-bilan medan selera yang menjual pastri, makanan

Jepun, makanan ala-Barat, sup, kopi dan makanan berasaskan nasi.

“Boleh saya katakan Hijrah Selangor memacu kemajuan kami," kata Mior Azim lagi.

Sepanjang membuat pinjaman itu, beliau sen-tiasa memastikan ia dilu-naskan mengikut tempoh.

“Kalau hendak dapat RM3 juta kena bayar RM30,000 yang dipinjam. Kalau saya tidak bayar pin-jaman RM50,000 mungkin sekarang saya tidak dapat nikmati pendapatan seka-rang," katanya.

Kemajuan kian melonjak apabila mereka membuka restoran atas jenama sendi-ri Mios Kitchen pada Mei

Hijrah Selangor pacu

kemajuan usahawan

kini jutawan restoran

OLEH AMIN RIDZUAN ISHAKFoto Hafiz Othman

Bermula bawah pokok

Tapak gerai Mior Azim dan keluarganya memulakan perniagaan makanan 10 tahun lalu di Bandar Kinrara

4, Puchong

Bazar Ramadan turut menjadi lokasi keluarga Mior Azim mencari rezeki se-belum ini

2017. Hidangannya menggabungkan menu sembilan medan selera milik mereka. Dari situ me- reka mengorak langkah.

Kini, mereka boleh tersenyum puas apabila memiliki empat restoran di Bandar Kinrara; Putra-jaya; Alami Garden, Seksyen 13 dan Seksyen 15, Shah Alam dan sebuah dewan majlis.

Pendapatannya melimpah ruah, bukan lagi cu-kup-cukup makan seperti dulu.

Balas budi

Kerana itu, bagi Mior Azim yang boleh dianggap jutawan, jasa Hijrah Selangor cukup besar.

Dari bantuan modal pusingan RM30,000, mereka meluaskan perniagaan sehingga mampu berdiri di kaki sendiri, di puncak gemilang.

"Sekarang kami tidak membuat pinjaman de-ngan Hijrah Selangor. Fokus kami sudah beralih dan bukannya membuka perniagaan kecil-kecilan.

"Namun jasanya amat besar dan sebagai pene-rima manfaat, kami mahu membalas jasanya dalam apa jua cara sekalipun," katanya yang menyimpan impian mengembangkan jenama Mios Kitchen ke luar negara.

Sebagai membalas budi, Mior Azim turut terlibat memberi motivasi kepada bakal usahawan Hijrah Selangor beberapa tahun lalu.

Baginya, agensi itu telus dan tidak ‘pilih bulu’ da-lam menghulurkan bantuan. Asalkan cukup syarat – ada sijil perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan sebagainya – serta paling penting ada kema-huan untuk berusaha.

Page 17: Kekal pilihan utama pelabur...memahami prinsip Rukun Negara dan masalah itu perlu ditangani segera. Amirudin menjelaskan masyarakat juga perlu mengambil iktibar daripada krisis yang

18PBT

SelangorKini 30 Julai - 5 Ogos 2020

SUBANG - Pihak berkuasa tempatan (PBT) boleh mengambil tindakan terha-dap pemilik premis yang gagal mematuhi tatacara operasi piawai termasuk kewaji-pan memakai pelitup muka.

EXCO kerajaan tempatan Ng Sze Han berkata perkara itu dibenarkan berdasar-

kan peruntukan undang-undang mengi-kut Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Kalau merujuk kepada Akta Kerajaan Tempatan, ada satu klausa yang menya-takan PBT berhak atau berkuasa untuk mengadakan apa-apa polisi atau garis panduan untuk menangani wabak.

“PBT boleh mengambil tindakan kepa-da pekedai-pekedai yang tidak mengikuti peraturan ini,” katanya pada 23 Julai.

Beliau turut menasihatkan orang ra-mai terus memakai pelitup muka sebagai langkah keselamatan dan mengekang penularan Covid-19.

Hukum pemilik premis tidak patuh SOP

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menutup sebuah premis yang dipercayai diusa-hakan warga asing di Jalan Teluk Batu 1, Seksyen 36 di sini.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu berkata tinda-kan diambil penguat kuasa pejabat Kota Kemuning yang mengadakan pemeriksaan susulan aduan pada 24 Julai lalu.

"Premis itu telah ditutup dan barangan dijual turut disita, tindakan dibuat mengikut Undang-Un-dang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perin-dustrian (MBSA) 2007," katanya.

Membanteras operasi premis warga asing antara fokus utama PBT di negeri ini susulan pindaan Un-dang-Undang Kecil (UUK) Penjaja 2007.

MBSA tutup kedai kendalian warga asing

Anggota penguat kuasa MBSA menyita sebuah premis diusahakan warga asing di Jalan Teluk Batu 1, Seksyen 36, Shah Alam, 24 Julai

SHAH ALAM - Majlis Daerah Kuala Selangor menyediakan perkhidmatan membeli minyak masak terpakai dan barang kitar semula bagi mengatasi masalah pembuangan sampah haram.

Jurucakapnya berkata pihaknya menye-dari masalah orang ramai yang mungkin ti-dak mengetahui kaedah pengendalian bahan berkenaan sehingga terpaksa membuangnya ke saliran longkang terutama minyak.

"Ia menyebabkan pencemaran dan wujud banyak kawasan pembuangan sampah ha-ram. Menerusi inisiatif ini, kita membeli ser-ta menghantarnya ke kilang untuk diproses semula bagi kegunaan lain,” katanya pada 27 Julai.

Mereka yang ingin mendapatkan mak-lumat lanjut atau menetapkan temu janji kutipan boleh menghubungi Abd Aziz Ah-mad dari Jabatan Kesihatan dan Persekitaran di talian 03 3281 2235.

MDKS beli minyak masak terpakai

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam proses membentuk pelan tin-dakan bagi menjadikan wilayah itu sebagai bandar berkarbon rendah melalui penguru-san tenaga bangunan lebih cekap.

Agensi itu memaklumkan inisiatif berke-naan dilaksanakan menerusi kerjasama Ja-batan Kawalan Bangunan MBPJ dengan Lem-baga Pembangunan Tenaga Lestari.

Katanya, pelbagai strategi dilaksanakan termasuk penganjuran bengkel asas dan fasilitasi pengurusan tenaga bagi bangunan MBPJ.

"Ia bertujuan mengenal pasti serta mene-tapkan jawatankuasa Kerja bagi menjayakan program pengurusan tenaga MBPJ," katanya pada 24 Julai lalu.

Pelan PJ bandar karbon rendah

SHAH ALAM - Majlis Daerah Hulu Selangor dengan kerjasama Pinnacle Virtual mengan-jurkan program Kayuhan Maya Merdeka Hulu Selangor 2020 bagi menyemarakkan sambu-tan hari kebangsaan ke-63.

Pihak berkuasa tem-patan berkenaan me-maklumkan program itu bermula 1 hingga 31 Ogos dan peserta akan menerima medal serta kemeja t keluaran khas.

"Platform secara maya ini diperke-nalkan bagi peminat sukan basikal menikmati kayuhan dengan mematuhi tatacara operasi piawai.

"Pendaftaran boleh dibuat di bawah pau-tan https://cps4.me/KMM20," katanya.

Kayuhan Merdeka Hulu Selangor

OLEH NORRASYIDAH ARSHAD

SHAH ALAM - Majlis Banda-raya Shah Alam (MBSA) men-jadi pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama melancarkan aplikasi menerima maklum balas orang awam untuk ter-libat memberi idea pemba- ngunan bandar

Datuk Bandarnya, Dato’ Haris Kasim berkata i-Publisi-ti membolehkan masyarakat serta pemegang taruh mem-beri pandangan mahupun bantahan terhadap Draf Ran-cangan Tempatan MBSA 2035 dalam tempoh sebulan ber-mula pada 27 Julai.

“Setiap pandangan dan cadangan akan direkod dan diproses secara digital. Tiada lagi penggunaan borang se- perti sebelum ini.

“Mesyuarat juga boleh dijalankan da-lam talian dan sebarang keputusan boleh dikemas kini secara terus serta pantas,” katanya.

Haris berkata draf rancangan berke-naan dibuat bagi membantu MBSA me-nentukan keperluan kemudahan, utili-

PBT pertama semak draf digital rancangan tempatan

Maklum balas awam melalui telefon

ti serta infrastruktur bagi menampung pembangunan semasa serta akan datang.

“Draf ini menggantikan Rancangan Tempatan MBSA 2020. Melalui ranca- ngan ini tujuh pusat pertumbuhan akan terbabit iaitu pusat bandar Shah Alam, Seksyen 13, i-City Seksyen 7, Setia Alam, Damansara, Elmina dan Alam Impian,”

katanya.Orang ramai boleh meneliti draf

rancangan berkenaan di ruang legar utama Wisma MBSA serta tiga pejabat cawangan iaitu di Sungai Buloh, Kota Kemuning dan Setia Alam mulai 27 Julai hingga 26 Ogos dari jam 9 pagi hingga 4 petang.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari menerima Draf Rancangan Tempatan MBSA 2035 dalam satu majlis di Setia City Convention Centre, Setia Alam pada 27 Julai

Page 18: Kekal pilihan utama pelabur...memahami prinsip Rukun Negara dan masalah itu perlu ditangani segera. Amirudin menjelaskan masyarakat juga perlu mengambil iktibar daripada krisis yang

19SelangorKini 30 Julai - 5 Ogos 2020

PBTInformasiTerkinidi jari anda

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) meminta orang ramai meluangkan masa 10 minit seminggu untuk memeriksa persekitaran air ber-takung yang boleh menyebabkan pem-biakan Aedes.

Ketua bahagian korporat dan per-hubungan awamnya berharap ma-syarakat mengamalkan nasihat itu bagi mengurangkan kes denggi.

"Kes paling banyak dikesan di rumah dan orang ramai boleh membantu de-ngan memeriksa kawasan persekitaran sekurang-kurangnya 10 minit setiap minggu, mungkin ada pasu atau bekas menyebabkan air bertakung.

"Ia boleh mendedahkan kepada risiko menjadi tempat nyamuk aedes bertelur seterusnya menyebabkan demam deng-gi," kata Shahrin Ahmad pada 26 Julai.

Antara Januari hingga Jun, MBSA merekodkan 385 kompaun tertinggi kepada pemilik kediaman dan pernia- gaan diikuti Majlis Perbandaran Klang (156) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (135).

Bilangan kes denggi di negeri ini pada Januari ialah 9,415, Februari (6,797), Mac (4,782), April (3,118), Mei 2,831) dan Jun (3,188).

Luang 10 minit hapus pembiakan Aedes

SHAH ALAM - Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) memperke-nalkan sistem penyerahan hak mi-lik strata dan tanah secara layan diri ‘Smartbox PTGS’ pertama di Malaysia.

Pengarahnya Yusri Zakariah berkata kemudahan itu melancar-kan urusan penyerahan dokumen secara dalam talian selain mengu-rangkan hubungan fizikal di kaun-ter.

"Perintah Kawalan Pergerakan baru-baru ini menyebabkan semua urusan di pejabat terhenti dan di-

buka secara terkawal selepas ke-benaran diberikan, namun berlaku kesesakan (di pejabat) melibatkan pelanggan PTGS.

"Susulan itu, kaedah Smartbox dilaksanakan di pentadbiran tanah ini sebagai usaha mengurangkan risiko jangkitan Covid-19,” katanya pada 24 Julai.

Sistem itu dibangunkan dengan kerjasama Pejabat Pegawai Kewa- ngan dan Bahagian Pengurusan Maklumat yang disempurnakan Setiausaha Kerajaan Selangor Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya.

Sistem serah hak milik layan diri

Kakitangan kerajaan, Nur Hidayah Mohd Hanib melakukan demonstrasi sistem ‘Smartbox PTGS’

SELAYANG - Seramai 87 kakitangan Maj-lis Perbandaran Selayang (MPS) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dalam satu majlis khas pada 22 Julai lalu.

Turut menerima penghargaan adalah 10 pesara wajib dan lima bersara pilihan yang menerima Anugerah Jasamu Dikenang oleh Yang Dipertuanya, Shamsul Sharil Badliza.

"Sebagai mematuhi SOP penjarakan so-sial, penyampaian sijil telah dibahagikan kepada 6 sesi dengan setiap sesi hanya melibatkan maksima 20 orang penerima," kata majlis itu pada 22 Julai.

102 staf MPS terima anugerah

OLEH AMIN RIDZUAN ISHAK

SHAH ALAM - Empat pemilik tanah di Kampung Johan Setia, Klang diberikan notis kerana mereka mendirikan depot lori walaupun kelulusannya berstatus pertanian.

Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK), Megat Sharifuddin Shaharuddin berka-ta seorang pemilik tanah yang mem-biarkan tapaknya digunakan sebagai jalan pintas untuk kenderaan berat turut diberikan notis .

Katanya, MPK mengeluarkan notis atas kesalahan membina struktur tan-pa kebenaran dan menjalankan perin-dustrian di tapak pertanian manakala Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Klang mengeluarkan Notis 7A yang mengarah-kannya memperbaiki keadaan secepat mungkin.

"Sekiranya pihak terbabit gagal mengikuti arahan, pihak berkuasa akan mengeluarkan Notis 7B yang boleh menyebabkan tanah mereka dirampas.

"Selain itu, kita turut mengeluarkan arahan supaya operasi depot lori meng-hentikan operasinya," katanya pada 26 Julai lalu.

Buat depot lori di tanah status pertanian

Megat Sharifuddin berkata operasi itu susulan aduan penduduk empat taman perumahan sekitar Kampung Johan Setia yang mendakwa pergerakan lori berkenaan membahayakan orang ramai.

"Ia juga menyebabkan jalan di kam-pung itu rosak apabila dilalui kenderaan

berat sebagai laluan pintas ke tapak pro-jek berhampiran.

"Kita tidak boleh membiarkan kesela-matan dan ketenteraman kira-kira 800 penduduk terus terancam dengan tin-dakan pihak tidak bertanggungjawab," katanya.

Ahli Dewan Negeri Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni menyertai operasi ke depot lori di Kampung Johan Setia, Klang pada 23 Julai lalu

SHAH ALAM - Masih ada premis di Kajang tidak menggunakan sistem SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat) seperti yang diwajibkan kepada setiap premis per-niagaan.

Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) berkata ada premis seperti kedai runcit, pusat siber dan penjagaan kesihatan di Sungai Chua, Sungai Jelok serta Bukit Mewah tidak meng-gunakan sistem untuk mengesan kontak Covid-19 dalam pemantauan pada 26 Julai lalu.

"Susulan itu, notis peringatan pematu-han dan arahan penggunaan aplikasi SE-Langkah dikeluarkan yang meminta mereka mematuhinya dengan serta-merta.

"Peniaga mematuhi dan menggunakan aplikasi SELangkah seperti diwajibkan bagi premis beroperasi di Selangor," katanya.

Diberi amaran tidak guna SELangkah

SHAH ALAM - Tiga premis di Bandar Sau-jana Putra, Kuala Langat diarahkan tutup kerana gagal mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.

Majlis Perbandaran Kuala Langat berkata arahan itu dikeluarkan dalam operasi Peja-bat Kesihatan Daerah Kuala Langat, 25 Julai lalu.

"Sebanyak 20 notis berkaitan kesalahan di bawah peraturan-peraturan kebersihan makanan 2009. Sebanyak 16 notis mem-babitkan kesalahan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004," katanya pada 26 Julai.

Mengikut SOP, premis perlu membuat sa-ringan kesihatan pengunjung, mengamal-kan penjarakan sosial serta mengawal bi- langan pelanggan dan menjaga kebersihan termasuk menyediakan cecair pembasmi kuman.

Tiga premis tutup, ingkar peraturan

Empat tuan tanah diberi notis amaran

Page 19: Kekal pilihan utama pelabur...memahami prinsip Rukun Negara dan masalah itu perlu ditangani segera. Amirudin menjelaskan masyarakat juga perlu mengambil iktibar daripada krisis yang

20Pendidikan

SelangorKini 30 Julai - 5 Ogos 2020

SHAH ALAM - Pelajar lingkungan 16 hingga 20 tahun paling ramai ditangkap di sekitar sini kerana menunggang motosikal secara melulu dan merbahaya.

K e t u a Po -lis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Ba-harudin Mat Taib berkata keba- nyakan kesala- han membabit-kan lumba ha-ram di Lebuhra-ya Persekutuan, Shah Alam (Kesas) dan Guthrie.

“Aktiviti ini biasanya berlaku ketika jalan lengang dan tangkapan antara 12 tengah malam hingga 5 pagi menggunakan pelbagai cara supaya dapat dibanteras,” katanya pada 9 Julai lalu.

Baharudin berkata seramai 55 individu di-tangkap, 13 daripadanya didakwa di mahka-mah atas kesalahan tersebut antara Januari hingga Jun tahun ini.

Tindakan dibuat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan dengan kerjasama pasukan risikan Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Pelajar paling ramai lumba haram

SHAH ALAM - Penyelidik Universiti Put-ra Malaysia (UPM) mencipta dron da- ripada gentian daun nanas yang mam-pu mengelak litar pintas serta mudah diperbaiki.

Ketua kumpulan penyelidik itu ber-kata dron itu boleh terbang sehingga 30 meter tinggi dan berada di udara sela-ma 20 minit.

“Dron bahan semulajadi mempunyai kekuatan tinggi berdasarkan berat ber-banding dron gentian sintetik serta le- bih murah, ringan manakala bahan semulajadinya mudah diperolehi.

“Biokomposit berpotensi gantikan ba-han sedia ada dengan kelebihan seperti ringan dan mesra alam kerana faktor bio-degradasi mudah terurai dan dilupus,” kata Prof Ir Ts Dr Mohamed Thariq.

Beliau berkata idea itu tercetus sema-sa projek komuniti di Teluk Panglima Garang ketika didatangi ketua kam-pung meminta UPM membantu melu-pus daun nanas.

UPM cipta dron gentian daun nanas

Dr Mohamed Thariq berkata 300 gram daun nanas boleh menghasilkan empat keping ‘plate’ pembuatan dron sekali gus memanfaatkan penggunaan

bahan semulajadi itu.Inovasi dron itu memenangi pelbagai

pengiktirafan antarabangsa dan tempa-tan.

Dr Mohamed Thariq mengetuai penyelidik UPM mencipta dron daripada gentian daun nanas yang mampu mengelak litar pintas serta mudah diperbaiki

BooksFly2U dapat sambutan

Novel Harry Potter paling banyak dipinjam

KOTA TINGGI - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi men-jalankan kaji selidik berhubung kesihatan mental dalam kalangan pelajar sekolah di negara ini.

Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba berkata kaji selidik itu termasuk data pelajar yang mengalami masalah seperti kemuru- ngan, tekanan dan lain-lain yang menjurus kepada hasrat membunuh diri.

“Semua sekolah akan jalankan kaji seli-dik bagi melihat peratusan sebenar (pela-jar yang mengalami masalah ini), “ katanya pada 26 Julai.

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebang-saan 2017 menunjukkan satu daripada lima remaja berumur 13 hingga 17 tahun me- ngalami kemurungan, dua daripada lima pula mengalami keresahan dan satu dari-pada 10 berdepan dengan tekanan. Semen-tara trend peningkatan dalam tingkah laku bunuh diri dalam kalangan remaja mening-kat kepada 10 peratus berbanding 7.9 pera-tus pada 2012.

Pada masa sama, beliau berkata KKM dan KPM menjalankan usaha berterusan bagi menangani masalah kesihatan men-tal pelajar menerusi Program Minda Sihat yang dilaksanakan sejak 2011 dan sehing-ga kini melibatkan 2,440 daripada kira-ki-ra 10,000 buah sekolah di seluruh negara. – BERNAMA

Kaji kesihatan mental remaja

OLEH NORRASYIDAH ARSHAD

SHAH ALAM - Novel fantasi Harry Potter karya J. K. Rowling dan buku kanak-kanak penulis ter-masyhur Enid Bly-ton antara naskhah paling popular dipin-jam melalui BooksFly2U.

Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) berkata koleksi Geronimo karya Geronimo Stilton turut

mendapat permintaan tinggi.“Jumlah peminjam buku secara e-pang-

gilan itu merekodkan lebih 100 pinjaman dalam tempoh ku-

rang dua minggu.“Selain karya

itu, kategori bu-kan fiksyen serta

berbahasa Inggeris lebih menjadi pilihan peminjam

berbanding kategori lain,” kata Mastura Mohamad.

Beliau berkata akses perkhidmatan

yang mudah menggalakkan orang ramai termasuk pelajar sekolah rendah menggu-nakan BooksFly2U.

Melalui BooksFly2U yang dilancarkan pada 16 Julai lalu, peminjam hanya perlu membuat panggilan telefon atau meng-hantar pesanan tajuk buku ke nombor 010-8491448 atau 03-55197667.

Kos penghantaran pula ditanggung peminjam, manakala pemulangan buku boleh dibuat menerusi syarikat berkaitan atau hantar ke mana-mana 103 cawangan PPAS.

SHAH ALAM - Ibu bapa dan pela-jar baru Universiti Selangor (Unisel) bagi program asas kemasukan Ju-lai berpuas hati dengan kemuda-han disediakan.

Pengarah Komunikasi Korporat-nya Hasril Abu Hassan berkata per-kara itu dinyatakan mereka pada sesi pendaftaran pada 25 Julai lalu yang berjalan lancar dengan mengikuti tatacara operasi piawai.

"Ibu bapa dan pelajar yang ditemui memberi pujian kepa-da Unisel kerana menyediakan pelbagai kemudahan dan fasiliti lengkap kepada mahasiswa ba-

haru," katanya pada 25 Julai.Naib Presiden dan Timbalan

Naib Canselor (Pembangunan Pelajar & Jaringan Komuniti) Uni-sel, Prof Madya Dr Hamdan Mohd Salleh juga hadir menyantuni ibu bapa dan pelajar baharu.

Pendaftaran pelajar baharu bagi pengambilan Julai dilan-jutkan sehingga 7 Ogos depan dan sebarang pertanyaan boleh hubungi Pejabat Pemasaran & Kemasukan di talian 018 571 4084 dan 018 571 4089 atau layari la-man sesawang, www.unisel.edu.my.

Ibu bapa puji kemudahan Unisel

Page 20: Kekal pilihan utama pelabur...memahami prinsip Rukun Negara dan masalah itu perlu ditangani segera. Amirudin menjelaskan masyarakat juga perlu mengambil iktibar daripada krisis yang

21SelangorKini 30 Julai - 5 Ogos 2020

AgamaInformasiTerkinidi jari anda

OLEH KHAIRUL AZRAN HUSSIN

SHAH ALAM - Umat Islam di Se-langor yang menerima jemputan diingatkan untuk berusaha hadir menunaikan solat Jumaat seperti ditetapkan pihak berkuasa agama negeri, kata muftinya.

Dato’ Mohd Tamyes Abdul Wahid berkata mereka yang memenuhi syarat mengerjakannya tetapi gagal berbuat demikian tanpa uzur yang

dibenarkan syarak, hukumnya ber-dosa.

“Umat Islam wajib menunaikan solat Jumaat berdasarkan tatacara operasi piawai dengan kehadiran mengikut kapasiti sebenar jemaah di masjid dan surau,” katanya pada 23 Julai.

Mohd Tamyes berkata penerima jemputan yang uzur perlu memak-lumkan kepada pengurusan masjid bagi membolehkan kekosongan diisi

jemaah lain.“Bagi masjid atau surau yang

mempunyai bilangan jemaah tidak melebihi kapasiti maksimum ruang solat, kariah di kawasan tersebut wa-jib mendirikan solat Jumaat walau-pun tidak mendapat jemputan.

“Selain itu pihak rumah ibadat dibenarkan melaksanakan solat su-nat itu perlu memastikan maklumat pendaftaran kehadiran solat sampai kepada semua ahli kariah,” katanya.

SHAH ALAM - Umat Islam di negeri ini diingatkan tidak bersesak-sesak ke masjid dan surau untuk menunaikan solat Aidiladha pada 31 Julai, kata mufti Selangor.

Dato’ Mohd Tamyes Abdul Wahid mengingatkan solat sunat hari raya bukan amalan wajib seperti solat Ju-maat dan lima waktu sekalipun ia di-galakkan dalam agama.

"Kita masih berperang dengan Covid-19 dan umat Islam di Malaysia dan Selangor khasnya sedang berde-

pan ujian Allah, saya minta kita ber- sabar menempuhnya dan patuhi ara-han," kata pada 23 Julai.

Beliau bimbang masyarakat teru-ja untuk menunaikan amalan sunat hingga mengabaikan peraturan sele-pas tidak dapat berbuat demikian pada Aidilfitri lepas.

Sebelum ini, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak membenarkan umat Islam melaksanakan solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau susulan wabak Covid-19.

Jemputan sembahyang Jumaat

Mufti: Umat Islam perlu usaha hadir

Elak bersesak tunai solat Aidiladha

SHAH ALAM - Umat Islam di negeri ini tidak perlu memo-hon untuk menunaikan solat Aidiladha di masjid dan surau pada 31 Julai seperti solat Ju-maat.

Pengarah Jabatan Agama Is-lam Selangor (Jais) berkata bi-langan jemaah tidak dihadkan tetapi berdasarkan kapasiti ru-mah ibadat selain mengamal-kan penjarakan sosial 1.5 meter.

"Perkara ini dipersetujui dan

mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan ia terpakai di semua masjid negeri dan daerah,” kata Mohd Shahzihan Ahmad pada 23 Julai lalu.

Beliau juga mengingatkan kepada pengurusan masjid dan surau agar mengawal jemaah dari berebut-rebut menunaikan solat Aidiladha sedangkan ia hanya amalan sunat.

Bilangan jemaah bergantung kapasiti

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak teragak-agak menutup masjid dan surau yang melanggar tatacara operasi piawai (SOP), kata pe- ngarahnya.

Mohd Shahzihan Ahmad berkata tindakan itu bagi mengelak rumah ibadat menjadi tempat penularan wabak Covid-19.

"Jawatankuasa pemantau yang dianggotai Jais, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Kesela-matan Negara bersetuju tindakan tegas diambil ter- hadap masjid dan surau yang melanggar SOP," kata- nya pada 23 Julai.

Beliau mengingatkan pengurusan masjid dan surau supaya sentiasa mematuhi arahan, apatah lagi mereka diberi kelonggaran mengadakan solat ber-jemaah.

Tutup masjid, surau jika langgar SOP

30 Julai - 5 Ogos 20209 - 15 Zulhijjah 1441

30 Khamis 5:51 6:01 7:11 1:22 4:44 7:30 8:4331 Jumaat 5:51 6:01 7:11 1:22 4:44 7:30 8:4301 Sabtu 5:51 6:01 7:11 1:22 4:43 7:30 8:4202 Ahad 5:51 6:01 7:11 1:22 4:43 7:29 8:4203 Isnin 5:51 6:01 7:11 1:22 4:43 7:29 8:4204 Selasa 5:51 6:01 7:11 1:22 4:42 7:29 8:4105 Rabu 5:51 6:01 7:11 1:22 4:42 7:29 8:41

30 Khamis 5:52 6:02 7:12 1:25 4:47 7:33 8:4631 Jumaat 5:52 6:02 7:12 1:25 4:46 7:33 8:4601 Sabtu 5:53 6:03 7:12 1:25 4:46 7:33 8:4502 Ahad 5:53 6:03 7:12 1:25 4:46 7:32 8:4503 Isnin 5:53 6:03 7:12 1:25 4:45 7:32 8:4504 Selasa 5:53 6:03 7:12 1:25 4:45 7:32 8:4505 Rabu 5:53 6:03 7:12 1:25 4:44 7:32 8:44

30 Khamis 5:51 6:01 7:12 1:23 4:45 7:30 8:4331 Jumaat 5:52 6:02 7:12 1:23 4:44 7:30 8:4301 Sabtu 5:52 6:02 7:12 1:23 4:44 7:30 8:4202 Ahad 5:52 6:02 7:12 1:23 4:44 7:29 8:4203 Isnin 5:52 6:02 7:12 1:23 4:43 7:29 8:4204 Selasa 5:52 6:02 7:12 1:23 4:43 7:29 8:4105 Rabu 5:52 6:02 7:12 1:23 4:43 7:29 8:41

Tatacara operasi piawai (SOP) solat itu sama seperti solat Jumaat dan lima waktu

Persediaan sebelum ke masjid dan surau:

l Wuduk dari rumahl Pakai pelitup mukal Bawa sejadah sendiril Sihat dan tidak bergejala l Guna cecair nyahkuman atau bersihkan tanganl Hadir lebih awal l Patuh dan jaga jarak sosial

Page 21: Kekal pilihan utama pelabur...memahami prinsip Rukun Negara dan masalah itu perlu ditangani segera. Amirudin menjelaskan masyarakat juga perlu mengambil iktibar daripada krisis yang

22 Kebajikan

SelangorKini 30 Julai - 5 Ogos 2020

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan RM60 juta tahun ini bagi membiayai rawatan dialisis pe-sakit asnaf, kata ketua pegawai ekseku-tifnya.

Saipolyazan M Yusop berkata seramai 2,498 pesakit asnaf fakir, miskin, mualaf dan gharimin menerima manfaat se-hingga Jun lalu manakala tambahan pesakit sekitar 30 dan 40 orang setiap bulan.

“Dialisis diberi keutamaan saban ta-hun dan pada 2019, sebanyak RM30.2 juta diperuntukkan untuk bantuan hutang rawatan dialisis asnaf gharimin,” katanya pada 21 Julai lalu.

Selain inisiatif dialisis, LZS turut me- nyalurkan sumbangan RM534 juta bagi sembilan keperluan asnaf untuk ta- hun ini.

Sebanyak RM186.1 juta diperuntuk-

Mais pulihkan 497 LGBT tahun laluSHAH ALAM - Seramai 497 orang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di- pulihkan sepanjang tahun lalu, kata Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Setiausahanya, Ahmad Shahir Makhtar berkata proses memulihkan golongan tersebut dibuat melalui pembiayaan penuh peruntukan zakat asnaf al-Riqab.

“Tujuan kami untuk membantu golo- ngan ini melalui proses pemulihan dan bimbingan dalam program yang dijalan- kan pertubuhan Islam bukan kerajaan dan pihak berdaftar di bawah Mais.

“Mereka ini secara aktif melaksanakan program membebas, mengurus, melindu- ngi, merawat dan memerdekakan golongan ini supaya dapat menjalani kehidupan sem-purna menurut Islam,” katanya pada 24 Julai.

Individu muslim yang ada masalah akidah dan sosial diseru menyertai pro-gram pemulihan di rumah pemulihan berdaftar dengan menghubungi Bahagian Pemulihan al-Riqab Mais 03-3361 4080.

Bantu suami isteri dapat kerjaSHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) membantu pasangan suami isteri mendapat pekerjaan baharu, kurang se- minggu selepas kontrak mereka tidak di- sambung sebuah kilang di sini.

Agensi itu berkata pasangan berkenaan diambil bekerja di Top Glove serta disedia-kan tempat tinggal hasil inisiatif LZS yang mengatur temu duga.

Katanya, sebelum ini lelaki berke-naan tinggal di sebuah surau di Seksyen 20, Shah Alam manakala isterinya pula menumpang di asrama tempat rakannya bekerja selepas hilang kerja.

“Hasil kerjasama surau tersebut, pasa- ngan berkenaan hadir di pejabat kami dan bertemu dengan wakil Bahagian Pemba- ngunan Asnaf, Helmy Izuan untuk memo-hon bantuan pencarian pekerjaan.

“Pertubuhan bukan kerajaan, Kindness Malaysia turut menaja makanan pasangan di sebuah kedai di Shah Alam,” katanya pada 25 Julai.

Bertambah 40 orang setiap bulan

RM60 juta biayai rawatan asnaf

Saipolyazan (dua, kiri) bersama Dato’ Paduka Emeritus Prof Dr Mohamad Awang (dua, kanan) ketika pelancaran sistem e-Dialisis LZS di Hotel Acapella, Shah Alam pada 21 Julai

kan untuk bantuan kewangan, pem-binaan, baik pulih dan sewa rumah (RM93.5 juta), pendidikan (RM76.1 juta), perubatan (RM49.4 juta) dan elaun guru kelas fardu ain dan agama (RM28.8 juta).

Pelajaran, biasiswa, dermasiswa mualaf

dan sumbangan orang kelainan upaya (RM61.2 juta), pengurusan rumah perlin- dungan asnaf (RM17.3 juta), peralatan masjid dan baik pulih institusi agama (RM12.5 juta) dan dermasiswa hufaz Quran (RM9.3 juta).

SHAH ALAM - Yayasan Islam Darul Ehsan menambah baik pengurusan operasi bagi memastikan ke-bajikan mangsa bencana, anak yatim dan pesakit di-alisis mendapat bantuan mengikut prosedur.

Agensi itu berkata, bagi mencapai hasrat itu pihaknya menganjurkan bengkel khas dua hari bermula 25 Julai lalu disertai 20 kakitangannya termasuk ketua jururawat setiap pusat dialisis

Majlis Agama Islam Selangor (Mais) se- liaan Yide.

“Bengkel pemantapan ope- rasi tatacara piawai (SOP) an-tara lain bertujuan menam-

bah baik pengurusan pen-tadbiran dan operasi bagi

memastikan bantuan dapat disalurkan kepada golongan

sasaran terutama mangsa bencana, anak yatim dan pe-

sakit dialisis.“Yide telah menjemput tenaga pe-

Yide tingkat operasi bantu golongan sasarngajar yang mempunyai kepakaran da-lam perlaksanaan SOP iaitu Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Audit Negara Malaysia, Shahrul Nizam Jamil dan Pe- ngurus Besar Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd, Hasnol Redza Abdul Rahim,” katanya pada 27 Julai.

“Dalam bengkel itu juga, kakitangan didedahkan percambahan ilmu yang produktif untuk melaksanakan tu-gas dengan lancar dan berkesan demi memacu slogan Yide iaitu “Prihatin Ke-bajikan Ummah”.

Pun begitu, kedudukan hari raya Ai-diladha sebagai yang lebih utama dar-ipada dua hari kebesaran Islam wajar untuk kita telusuri. Selain mengingati kisah pengorbanan junjungan tertua kita Nabi Ibrahim dan kisah keluarga baginda yang diberkati, hari raya haji juga sangat dekat dengan budaya man-tai dalam menguruskan daging korban dan kegiatan gotong-royong yang men-jadi ikatan asas dalam masyarakat kita.

Walaupun berhadapan dengan SOP yang agak ketat, alhamdulillah ibadah korban tetap dapat dijalankan tahun ini di bumi Malaysia. Dapatlah kita men-yantuni mereka yang kurang bernasib baik dan berkongsi kegembiraan sesa-

ma kita pada hari kebesaran umat Mu-hammad.

Ternyata, Islam begitu revolusioner dan tidak pernah mengesampingkan sesiapapun antara umatnya, malah un-tuk masing-masing termasuk fakir dan miskin punya bahagiannya dalam pem-bahagian serta pengedaran daging ko-rban.

Begitu juga yang saya impikan untuk wilayah merah kuning ini: sebuah negeri baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur yang sentiasa memacu kesejahteraan untuk semua--inti kepada gagasan Se-langor Maju Bersama.

Pada kesempatan ini, saya ingin men-ganjurkan sedikit permintaan kecil pada

tuan-puan semua untuk kita menzahir-kan rasa kerinduan pada tanah suci un-tuk bersama-sama ‘berkorban’ menahan lapar dan dahaga dengan menjalani iba-dah puasa pada Hari Arafah nanti sebagai tanda simbolik atas solidariti kita bersa-ma jemaah haji yang menjalani kemun-cak ibadah rohani dan jasmani di sebalik perebakan wabak yang mengganas.

Akhir sekali, saya mengucapkan Se-lamat Hari Raya Aidiladha buat anda semua warga Selangor. Izinkan saya menzahirkan sekali lagi rasa terima kasih yang tak terhingga saya kepada barisan hadapan kita--our frontliners--atas pen-gorbanan mereka semenjak fasa perta-ma PKP sehingga kini.

Telusuri kebesaran Aidiladha, perkemas ukhwahDARI MUKA DEPAN

Page 22: Kekal pilihan utama pelabur...memahami prinsip Rukun Negara dan masalah itu perlu ditangani segera. Amirudin menjelaskan masyarakat juga perlu mengambil iktibar daripada krisis yang

23SelangorKini 30 Julai - 5 Ogos 2020

SukanInformasiTerkinidi jari anda

PETALING JAYA - Pemain tengah yang ber-pangkalan di Amerika Syarikat Wan Kuzri Wan Ahmad Kamal mungkin tidak akan dapat menyertai fasa kedua latihan pusat pasukan Kebangsaan Bawah 18 (B-18) dise-babkan perancangan yang telah ditetap-kan lebih awal.

Ketua jurulatih U-18 kebangsaan Brad Maloney berkata, beliau mahukan Wan Kuzri untuk terus bersama pasukan, na-mun terdapat beberapa faktor untuk dipertimbangkan termasuk perancangan awal untuk pemain Akademi Bola Sepak St Louis itu untuk pulang ke Amerika Syarikat.

“Saya perlu berbincang perkara itu ber-sama beliau (Wan Kuzri) disebabkan kepa-da perancangan awal untuk kemungkinan beliau pulang semula ke kelabnya, tetapi kami mempunyai banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sekarang, kemung-

kinan kuarantin, pandemik itu (Covid-19). Ada lebih banyak faktor yang perlu diper-timbangkan sekarang ini.

“Saya mahu beliau untuk ada (dalam kem latihan) tetapi jelas sekali kelabnya mempunyai hak untuk memanggil beliau semula, jika mereka mahu. Kita akan be- kerjasama dengan beliau, keluarganya dan kelab untuk mencari penyelesaian terbaik. Tentunya saya mahukan beliau menjadi se-bahagian daripada pemain yang dipanggil untuk latihan, jika boleh,” katanya pada 23 Julai.

Selepas penantian beberapa bulan, Wan Kuzri adik kepada pemain Sporting Kansas City, Wan Kuzain akhirnya menyer-tai latihan pasukan kebangsaan sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Kon-federasi Bola Sepak Asia 2020 (AFC), pada Oktober.

Kejohanan AFC Bawah-19, yang dija-

AFC 2020: Wan Kuzri mungkin tidak sertai latihan

KUALA LUMPUR - Kongres Tenpin Bo-ling Malaysia (MTBC) membuat keputusan membatalkan kejohanan Boling Terbuka Antarabangsa Malaysia ke-41 susulan si- tuasi semasa penularan Covid-19.

Setiausaha Agung MTBC Maradona Chok berkata mereka bersetuju mem-batalkan kejohanan berkenaan yang di-jadual berlangsung pada November atas sebab mengutamakan kesihatan dan ke- selamatan semua atlet boling.

“Ia tidak sepadan risiko menjadi tuan rumah satu acara antarabangsa secara besar-besaran ketika keadaan pande- mik ini masih tidak menunjukkan pengu-

rangan.“Walaupun atlet boling negara rasa amat

kecewa, saya rasa ia adalah perkara wajar dilakukan, dan semua perlu bersama-sa-ma untuk melawan pandemik ini dengan mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan kerajaan serta menyesuaikan diri dengan kebiasaan baharu,” katanya pada 23 Julai.

Beliau berkata walaupun dibatalkan, at-let kebangsaan akan mengambil bahagian dalam kejohanan bulanan, bermula hujung Ogos bagi mengekalkan prestasi sebelum bertanding dalam kejohanan pada masa akan datang. – BERNAMA

Bola sepak di Asia pulih berperingkat

Kejohanan boling terbuka dibatalkan

KUALA LUMPUR - Pengarah Pembangu-nan Remaja Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Misbun Sidek berkata tiada pilih kasih dalam pemilihan pemain rema-ja untuk mewakili negara dalam sebarang kejohanan.

Beliau menegaskan anak saudaranya, Muhammad Fazriq Mohamad Razif perlu membuktikan kemampuannya dan ber-saing dengan pemain lain bagi merebut posisi selaku pemain utama dalam skuad remaja kebangsaan.

Bagaimanapun, Misbun menyifatkan pemain berusia 16 tahun itu, dilihat memi-liki bakat istimewa dan berpeluang cerah menyinar pada masa depan bersama ba-risan pemain remaja negara.

“Tak ada (sentimen kekeluargaan)…dalam memilih pemain dalam pasukan,

kita tidak harus ada pilih kasih, yang pen-ting ikut merit, keupayaan mereka sendiri bagaimana untuk menempatkan status diri beliau dalam pasukan.

“Saya lebih suka semua orang mengam-bil peluang ini, kita akan menilai dan kita akan pilih mana yang terbaik untuk me-wakili Malaysia. Malah, ada beberapa pe-main lain yang mempunyai bakat semu-lajadi, apa yang kita perlu buat ialah gilap dan kembangkan bakat itu,” katanya.

Fazriq, anak kepada bekas legenda beregu negara, Razif Sidek, dianggap se-bagai prospek masa depan negara apabila mencipta impak tersendiri selepas meraih kejuaraan berganda dengan menjuarai Kejohanan Badminton Grand Prix Final Sirkit Remaja Kebangsaan, tahun lalu. – BERNAMA

Tiada pilih kasih dalam BAM

dualkan berlangsung di Uzbekistan 14-31 Oktober merupakan pusingan kelayakan ke Piala Dunia Remaja Bawah-20, di Indo-nesia tahun hadapan. – BERNAMA

Anak saudara Misbun perlu buktikan bakat

Telusuri kebesaran Aidiladha, perkemas ukhwah

MEDIA SELANGORLOGO

MAIN LOGO

SECONDARY LOGO

kini dikenali

Community testing reaches 5,400 people

Selangor Ruler suspends Ramadan events

The business world through a new lens

There’s more to Kajang than satay, says Hee

4 5 6 14 8&9FREE ApRil 2020 www.selangorjournal.my

The sudden outbreak of the novel coronavirus, which began in December last year, has put the world on standstill as lockdowns are imposed to contain its spread.

Selangor Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari has called for the people to adapt to the new practices put in place to fight the virus — the new normal — and accept that life after Covid-19 will not be the same.

He said there is a silver lining behind the crisis as people are pushed to adjust to new technologies.

Dawn of a ‘new norm’

3More on page

Mapping a safe, post Covid-19 future

Page 23: Kekal pilihan utama pelabur...memahami prinsip Rukun Negara dan masalah itu perlu ditangani segera. Amirudin menjelaskan masyarakat juga perlu mengambil iktibar daripada krisis yang

Diterbitkan oleh Media Selangor Sdn Bhd (sebelumnya dikenali Communication Corporation Sdn Bhd), Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No.1, Persiaran Akuatik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, SelangorDicetak oleh Print Towers Sdn Bhd, Balai Berita Shah Alam, No.16, Jalan Astaka U8/88, Seksyen U8, Taman Industri Bukit Jelutong, 40150, Shah Alam, Selangor

PELAN PEMULIHAN EKONOMI SELANGOR

Maklumat lanjut, layari