Kekuatan Dan Kelemahan Bahan Elektronik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/15/2019 Kekuatan Dan Kelemahan Bahan Elektronik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

    1/5

    1

    1.0 Pendahuluan

    Sumber bahan pengajaran dan pembelajaran ialah apa-apa sahaja alat atau

    bahan yang berperanan dan bertugas untuk membantu guru-guru supaya dapat

    menyampaikan isi pelajaran untuk memastikan murid-murid memperoleh pengetahuan,

    kemahiran, sikap dan nilai berdasarkan objektif kurikulum. Alat-alat atau bahan  –bahan

    ini dapat membantu guru dengan menyokong penyampaian pelajaran. Terdapat

    beberapa jenis sumber atau alat yang boleh membantu dalam pengajaran guru. Jenis-

     jenis alat tersebut ialah bahan bercetak, bahan teknologi maklumat dan bahan maujud.

    Semua sumber pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan untuk menyampaikan isi

    pelajaran. Bahan-bahan seperti ini dapat merangsang deria rangsangan murid-murid,

    kefahaman dan interpretasi maklumat kepada murid, pengekalan minat dan tumpuan

    melalui pelbagai media, peningkatan daya ingatan, kemahiran berfikir, peningkatan

    motivasi peningkatan kreativiti, keseronokan dalam pembelajaran dan pelbagai lagi.

    Oleh itu, tugasan saya pada kali ini dikehendaki untuk akan membincangkan

    kekuatan dan kelemahan salah satu sumber elektronik dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran di sekolah. Saya telah memilih bahan elektronik jenis komputer untuk

    diperlihatkan sejauh mana kekuatan dan kelemahan penggunaan alat tersebut bagi

    membantu proses pengajaran dan pembelajaran murid di sekolah.

    2.0 Kekuatan dan Kelemahan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    Bidang pendidikan yang berkembang dari semasa ke semasa menyebabkan

    bahan bantu mengajar juga telah muncul dalam pelbagai bentuk. Salah satu bahan

    bantu mengajar yang sering digunakan pada masa kini ialah bahan elektronik. Bahan

    elektronik terdiri daripada pelbagai bentuk. Antaranya ialah komputer, filem, televisyen,

    radio, transparensi, overhead projector, LCD dan pelbagai lagi. Dunia yang semakin

    maju sekarang telah membawa masuk teknologi dalam pendidikan. Sememangnya kita

    tidak dapat lari dengan arus kemajuan. Oleh itu, penggunaan teknologi dalam

    pendidikan sememangnya sangat penting bagi menjamin pendidikan di Malaysia seiring

    dengan negara-negara maju yang lain.

  • 8/15/2019 Kekuatan Dan Kelemahan Bahan Elektronik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

    2/5

    2

    Secara umumnya, penggunaan bahan elektronik dalam pendidikan mempunyai

    pelbagai kebaikan. Antaranya ialah memotivasikan pelajar. Hal ini kerana penggunaan

    alat elektronik seperti perisian komputer tidak membosankan berbanding penggunaan

    buku teks dan buku nota. Apabila murid bermotivasi untuk belajar sudah tentu mereka

    akan lebih bersungguh-sungguh untuk belajar dan beroleh kejayaan. Penggunaan

    bahan elektronik juga membantu murid menghubungkaitkan teknologi dengan

    kehidupan. Kehidupan seharian kita yang tidak lari dari penggunaan bahan elektronik

    sudah tentu memudahkan lagi murid untuk belajar. Penggunaan bahan elektronik

    bukanlah disarankan seratus peratus dalam pengajaran dan pembelajaran, namun

    bahan elektronik boleh dijadikan alat sokongan untuk membantu murid dan guru dalam

    proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Seterusnya, penggunaan

    bahan elektronik juga akan membantu memartabatkan profesion pendidikan.

    Pendidikan di Malaysia seharusnya setanding dengan negara-negara maju di dunia.

    Oleh itu, penggunaan teknologi dalam pendidikan sekurang-kurangnya memperlihatkan

    usaha negara kita untuk meningkatkan profesion pendidikan di Malaysia.

    Seperti mana yang saya bincangkan sebentar tadi, bahan elektronik terdiri

    daripada pelbagai jenis dan bentuk. Namun begitu, setiap bahan tersebut mempunyai

    kelebihan dan kelemahannya tersendiri. Oleh itu, saya telah memilih bahan bantu

    elektronik iaitu komputer untuk dibincangkan kekuatan dan kelemahannya sebagai

    bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Komputer

    merupakan salah satu jenis bahan elektronik yang sememangnya wajib ada di setiap

    sekolah. Marcapada ini, jarang sekali kita melihat sesebuah sekolah yang tidak

    dilengkapi dengan kemudahan makmal komputer kecuali sekolah di kawasan

    pendalaman. Komputer mempunyai pelbagai perisian di dalamnya. Perisian komputer

    mampu membantu guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran di

    dalam bilik darjah. Kelebihan bahan ini ialah boleh memperlihatkan sesuatu lukisan itulebih jelas dan menarik. Sebagai contoh, seorang guru mata pelajaran sains ingin

    mengajar mengenai ciri-ciri seekor harimau. Sudah tentu guru tersebut tidak mampu

    untuk membawa seekor harimau ke sekolah. Dengan berbantukan komputer dan LCD

    guru tersebut boleh menunjukkan dengan jelas ciri-ciri seekor harimau dengan

    memaparkan gambar atau video mengenai harimau. Selain itu, dengan komputer

  • 8/15/2019 Kekuatan Dan Kelemahan Bahan Elektronik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

    3/5

    3

    pelbagai maklumat boleh diakses daripada pelbagai jenis laman web. Penggunaan

    komputer dikatakan mampu menjadikan maklumat hanya di hujung jari. Hal ini kerana

    dengan penggunaan komputer pelbagai perkara boleh dilakukan. Terdapat pelbagai

    maklumat yang boleh diakses menggunakan komputer. Guru dan murid mempunyai

    banyak sumber yang boleh digunakan untuk mengakses mengenai sesuatu topik

    pembelajaran dan boleh membanding bezakan sesuatu maklumat tersebut.

    Perisian komputer juga mampu menjanjikan pembelajaran yang lebih

    menyeronokkan. Murid-murid boleh menjawab dan menyemak soalan dengan

    menggunakan perisian di dalam komputer. Contohnya, guru-guru boleh memberikan

    latihan secara online dan murid boleh menyemak jawapan mereka sama ada jawapan

    mereka betul atau salah. Penggunaan komputer juga membolehkan pembelajaran

    secara individu dilaksanakan. Guru boleh memberikan kerja sekolah dengan

    menggunakan e-mel sahaja. Seterusnya, perisian di dalam komputer seperti Microsoft

    Office juga boleh membantu guru dan murid belajar dengan lebih efektif. Kebanyakan

    guru pada hari, boleh menggunakan Power Point untuk memberikan nota ringkas

    kepada murid. Kelebihan perisian ini ialah guru boleh menyediakan nota-nota yang

    menarik minat murid dengan meletakkan video, audio dan grafik yang menarik. Dengan

    itu, murid akan lebih menumpukan perhatian semasa guru mengajar.

    Penggunaan komputer juga membantu guru mengakses video-video menarik

    daripada pelbagai laman web untuk dijadikan panduan mengajar dan tarikan buat

    murid-murid. Pada masa kini, terdapat pelbagai video yang berunsurkan pendidikan

    yang sangat membantu guru dan murid-murid untuk merancang dan melaksanakan

    aktiviti yang menarik dalam bilik darjah. Contohnya, video mengenai zaman pra-

    sejarah, video membuat origami dan pelbagai lagi. Oleh itu, guru mungkin boleh

    menggunakan video-video yang menarik yang terdapat di laman web untuk membantu

    proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

    Namun begitu, penggunaan bahan elektronik seperti komputer ini jika tidak

    dikawal sudah tentu boleh mendatangkan keburukan. Di samping itu kebergantungan

    guru terhadap komputer juga boleh mendatangkan masalah ketika waktu-waktu

    tertentu. Antara kelemahan penggunaan komputer ialah murid-murid mungkin melayari

  • 8/15/2019 Kekuatan Dan Kelemahan Bahan Elektronik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

    4/5

    4

    laman web yang tidak berfaedah jika guru dan ibu bapa tidak memantau laman web

    yang dilayari oleh mereka. Sebagai contoh, pada hari ini kita sering dipaparkan

    mengenai murid sekolah rendah yang menonton video yang tidak sepatutnya.

    Disebabkan itu, pemantauan sangat penting sekiranya guru ingin menggunakan

    komputer sebagai bahan bantu mengajar. Selain itu, penggunaan komputer juga

    menjadikan murid-murid leka. Hal ini kerana murid mungkin melayari pelbagai

    permainan di dalam komputer.

    Penggunaan slide power point oleh guru juga akan memberikan kesukaran

    sekiranya bekalan elektrik terputus di sekolah. Guru yang terlalu bergantung pada

    bahan elektronik seperti komputer berkemungkinan tidak mampu untuk mengajar

    sekiranya bekalan elektrik terputus. Guru-guru juga akan menghadapi masalah

    sekiranya ditempatkan atau ditukarkan ke kawasan pedalaman di mana kemudahan

    komputer tidak disediakan. Oleh itu, guru perlulah tidak terlalu bergantung pada bahan

    elektronik.

    Di samping itu, penggunaan komputer juga akan mendatangkan masalah

    sekiranya guru langsung tidak menyimpan segala bahan pengajaran dan pembelajaran

    dalam bentuk asal kerana sekiranya komputer diserang virus atau mengalami

    kerosakan, guru berkemungkinan kehilangan segala maklumat penting. Oleh itu, guru-

    guru tidak digalakkan bergantung sepenuhnya dengan komputer. Penggunaan

    komputer di sekolah juga memerlukan penyelenggaraan yang rapi. Komputer perlulah

    dijaga dengan baik untuk memastikan ia berfungsi dengan baik. Kos penyelenggaraan

    yang tinggi menyebabkan penggunaan komputer kadang kala boleh mendatangkan

    masalah.

    Kesimpulannya, penggunaan bahan elektronik seperti komputer sebenarnya

    mempunyai kekuatan dan kelemahannya tersendiri. Sebagai seorang bakal guru, kitaseharusnya tidak bergantung pada sesuatu bahan sahaja. Guru perlulah mempunyai

    pelbagai kemahiran dan bijak menggunakan pelbagai sumber pengajaran supaya lebih

    bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran.

  • 8/15/2019 Kekuatan Dan Kelemahan Bahan Elektronik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

    5/5

    5

    3.0 Kesimpulan

    Tuntasnya, penggunaan bahan elektronik iaitu komputer dalam pengajaran dan

    pembelajaran di sekolah mempunyai kekuatan dan kelemahannya tersendiri. Teknologi

    sememangnya sangat penting pada hari ini. Namun begitu, seorang guru seharusnya

    bijak dalam merancang pengajaran dan tidak terlalu bergantung pada satu sumber

    bahan pengajaran sahaja.

    Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran

    sememangnya mampu menarik minat murid untuk belajar dan mampu mewujudkan

    persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan. Guru seharusnya bijak menggunakan

    sumber elektronik ini untuk merancang pembelajaran yang lebih bermakna. Dengan

    adanya sumber elektronik seperti komputer, tugas guru menjadi lebih mudah. Guru

    tidak perlu untuk membawa bahan bantu mengajar yang besar dan berat ke sekolah

    semata-mata untuk menunjukkan sesuatu dengan lebih dekat kepada murid.

    Berbantukan komputer segala-galanya menjadi lebih mudah untuk guru menjalankan

    tugasnya dengan lebih efisien.

    Oleh itu, penggunaan komputer sememangnya sangat disarankan dalam bidang

    pendidikan bagi mendukung hasrat negara untuk melahirkan individu yang celik

    teknologi.