Kekurangan Bekalan Air

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/2/2019 Kekurangan Bekalan Air

    1/16

    KEKURANGANBEKALAN AIR

  • 8/2/2019 Kekurangan Bekalan Air

    2/16

    Punca kekurangan bekalan air

    Peningkatan suhu global - peningkatan suhu di seluruhdunia menyebabkan kehilangan air hasil proses dankadar penyejatan yang tinggi.

    Pencemaran - pencemaran akibat pembuangan sisatoksik, sampah sarap dan sebagainya ke sungai dansumber air yang lain.

    Simpanan air bawah tanah semakin berkurangan -akibat kegiatan pembalakan yang menjejaskan kawasantadahan. Pembangunan pesat menyebabkan air hujantidak serap ke dalam tanah sebaliknya terus mengalir kesungai.

  • 8/2/2019 Kekurangan Bekalan Air

    3/16

    Kesan Kekurangan Bekalan Air

    Menjejaskan kesihatan - penyakit akibat meminum air yangtercemar seperti taun. Masalah kekurangan air dalam badan'dehydration kerana kekurangan air bersih untuk diminum.

    Krisis tanah dan air - kekurangan air menjejaskan kualiti tanah.

    Hakisan, pemendapan, dan kehilangan hutan menyebabkanpeningkatan susutan tanah dan menyebabkan kesan burukterhadap ekosistem

    Kepupusan flora dan fauna - flora dan fauna akan mati akibat

    kekurangan sumber air. Ekosistem akuatik terganggu dan sumberkehidupan air terancam. Di dalam keadaan tertentu, ekosistemakuatik juga mendapat kesan dari projek pembangunan pertaniansumber air seperti empangan, lencongan sungai, skim pemasangandan penyaliran air.

  • 8/2/2019 Kekurangan Bekalan Air

    4/16

    Langkah meningkatkan bekalan air bersih

    Membina loji rawatan air - memproses air sungai, tasikmenjadi sumber air bersih.

    R & D - membantu penciptaan alatan moden bagi merawat airbuangan.

    Menyediakan kawasan tadahan air - melarang kegiatan penebanganpokok di kawasan tadahan air.

    Mengawal pembuagan sisa kimia dan toksik - sisa buangan kimia

    dari aktiviti pertanian dan industri diurus secara sistematik.

    'Kempen Cintailah Sungai' dan 'Minggu Gotong Royong' seluruhnegara dan pembinaan perangkap sampah sarap bersesuaian ditempat strategik di sungai, parit dan longkang.

  • 8/2/2019 Kekurangan Bekalan Air

    5/16

    Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan sebanyak 1.1 bilion

    masyarakat dunia kini berhadapan dengan masalah mendapatkanbekalan air bersih. Isu ini merupakan sebahagian besar daripada krisisair global yang semakin meruncing dan mengancam kesihatanmanusia.

    Krisis air bukan sahaja melanda negara negara miskin danmembangun malahan turut merebak dikalangan negara negaramaju.

    Krisis air global boleh difahami sebagai isu berkaitan sumber airmentah untuk kegunaan masyarakat serata dunia setiap hari.

    Sejak bermulanya abad ke20 penduduk dunia telah meningkatsebanyak tiga kali ganda diikuti dengan pertambahan permintaan airuntuk kegunaan domestik, pertanian dan perindustrian. Ini sekaligustelah mencetuskan polemik yang berterusan diseluruh dunia

    mengenai keperluan air.

  • 8/2/2019 Kekurangan Bekalan Air

    6/16

    Kebimbangan ini juga telah dizahirkan melalui pelbagai wacanadan forum antarabangsa seperti World Water Forum yangdianjurkan oleh Majlis Air Sedunia (WWC). Forum ini telahberlangsung sebanyak 4 kali bermula pada tahun 1997 hingga

    tahun 2006 dan bakal dilaksanakan lagi pada mac 2009 diInstabul, Turki dengan tema Bridging Divides for Water.

    Forum ini diadakan bertujuan untuk menghimpunkancendikiawan, golongan pengubal dasar dan aktivis alam sekitarbagi menentukan hala tuju pengurusan sumber air dunia.

    Beberapa majalah antarabangsa seperti National Geographic,TIMES dan Newsweek turut memaparkan krisis air yang berlaku

    diserata dunia terutama sekali negara negara di wilayah Afrika.Krisis air global tidak sahaja memberi kesan terhadap negaranegara mundur malahan juga telah menjangkiti negara negarabesar seperti Amerika Syarikat dan Eropah.

  • 8/2/2019 Kekurangan Bekalan Air

    7/16

    Para aktivis alam sekitar dunia turut menyatakankebimbangan mereka dalam karya penulisan buku danlaporan antarabangsa.

    Antara buku yang dikira paling berjaya membicarakanmengenai krisis air global adalah The World Water yangkini telah memasuki edisi kelima.

    Dalam edisi terbaru ia membicarakan beberapa temakontemporari tentang krisis air antaranya, air dankeganasan, pertikaian antarabangsa mengenai air dankeadilan alam sekitar untuk air. Buku Blue Convenanttulisan Medow Barlow seorang akitivis alam sekitarKanada, pula memfokuskan mengenai konflik air sejagatyang semakin menyengsarakan kehidupan manusia danalam sekitar.

  • 8/2/2019 Kekurangan Bekalan Air

    8/16

    Isu-isu berkaitan dengan isu air

    global

    Isu yang pertama, kekurangan akses bekalan air bersih didunia untukkehidupan manusia dimana penduduk dinegara miskin sepertiZimbabwe, Sudan, Ghana dan Cuba paling teruk dibelenggu masalahbekalan air bersih.

    Hal ini telah menimbulkan masalah kesihatan terhadap pendudukkerana terpaksa menggunakan air tercemar untuk tujuan sanitasi danminuman.

    Negara Ghana misalnya menghadapi masalah pengurusan sanitasidimana lebih kurang 20 peratus rakyatnya menggunakan sistemsanitasi terbuka. Ini sudah tentu menyumbang terhadap masalahjangkitan penyakit melalui air. WHO melaporkan sebanyak 3900 kanak kanak mati setiap hari dinegara negara miskin disebabkan olehpenyakit bawaan air. Anak anak kecil yang baru dilahirkan terpaksamenderita kekurangan zat dan minuman air bersih untuk pembesaran.

  • 8/2/2019 Kekurangan Bekalan Air

    9/16

    Isu kedua adalah pencemaran sumber air. Laporan PBBpada tahun 2003 menyatakan sebanyak 12,000 meterpadu air telah dicemari bersamaan dengan jumlah isipadu10 sungai terbesar didunia pada masa ini.

    Seandainya pencemaran terus meningkat bersamadengan peningkatan populasi adalah dijangkakan duniaakan kehilangan sebanyak 18,000 meter padu sumber air

    bersih menjelang tahun 2050. Sumber pencemaran airbagi sesetengah wilayah didunia berbeza mengikut statuskemajuan sesebuah negara.

    Pencemaran air di negara miskin banyak berlakudisebabkan oleh ketiadaan sistem sanitasi yangsempurna. Bagi negara membangun sumber pencemaranair adalah disebabkan oleh aktiviti pertanian, kumbahan,perindustrian dan juga projek pembinaan infrastruktur.

  • 8/2/2019 Kekurangan Bekalan Air

    10/16

    Bagi negara maju pencemaran air banyak berlaku disebabkan olehaktiviti perindustrian yang menghasilkan air buangan. Pada tahun2003, Belgium dilaporkan sebagai negara yang paling teruk

    menghadapi masalah pencemaran air sungai disebabkan oleh airsisa industri dan kelemahan sistem sanitasi. Ini diikuti dengannegara Moroco, India, Jordan, Sudan, Burundi dan Rawanda.

    Setiap tahun adalah dianggarkan sebanyak 300 hingga 500 juta tanbahan buangan industri yang terdiri daripada bahan enapcemar

    toksik, logam berat dan pelarut organik mencemari sumbersumber air di seluruh dunia.

    Kos rawatan air sungai untuk tujuan minuman semakin meningkatsaban tahun dan kerajaan dikebanyakan negara terpaksa

    membelanjakan wang yang besar untuk rawatan. Di negara kita kosbagi memulihkan setiap batang sungai dianggar memerlukan kosantara RM100 juta hingga RM400 juta bergantung kepada panjangsungai tersebut, bentuk pencemaran dan aspek pemulihannya.

  • 8/2/2019 Kekurangan Bekalan Air

    11/16

    Kajian yang dibuat oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu(PBB) menjangkakan pada tahun 2050 setiap seorangdaripada empat penduduk dunia tidak berpeluanguntuk menikmati air bersih untuk kehidupan.

    Laporan World Water Assessment Programme (WWAP)pula menyatakan menjelang tahun 2020, secarapuratanya bekalan air untuk setiap penduduk dunia

    akan berkurangan satu pertiga berbanding sekarang.Fakta ini jelas membuktikan bahawa isu bekalan airbakal menjadi krisis utama dunia pada masa hadapan.

  • 8/2/2019 Kekurangan Bekalan Air

    12/16

    Isu ketiga ialah tentang konflik antara negaramengenai sumber air.

    Di seluruh dunia terdapat lebih dari 215 buah sungaiyang dikongsi bersama dua atau lebih negara.

    Dalam tempoh lima puluh tahun yang lalu, sebanyak200 perjanjian antara negara yang berkongsi sumberair untuk projek pembinaan empangan dilaksanakan.Selama ini dilaporkan sebanyak 507 konflik antaranegara berlaku. Hanya 37 yang melibatkan penindasanyang mana 21 daripadanya melibatkan Israel dannegara jirannya.

  • 8/2/2019 Kekurangan Bekalan Air

    13/16

    Umumnya, konflik banyak berlaku disebabkan olehketidaksefahaman dalam pengagihan sumber air,penggunaan berlebihan sumber air dan projek pengalihanaliran air sungai yang sekaligus menimbulkan kemarahanantara negara yang terlibat.

    Bekas setiausaha ketenteraan Britain John Reid, dalamsidang kemuncak perubahan iklim 2006 pernah

    menyatakan kemungkinan akan berlakunya perang air dinegara negara yang berkongsi sumber air yang sama.

    Reid meramalkan konflik ketegangan antara negara akanbertambah buruk apabila berlakunya perubahan iklim yang

    akan mendorong terhadap pencairan ais di antartika,pengontangan sungai akibat kemarau dan pencemaran airsungai oleh sisa industri. Perubahan iklim dijangka akanmenyumbangkan sebanyak 20% masalah kekuranganbekalan air menjelang tahun 2050.

  • 8/2/2019 Kekurangan Bekalan Air

    14/16

    Beberapa contoh yang menunjukan konflik dan krisis air diantaranegara yang berkongsi sumber air banyak berlaku di negaranegara timur tengah.

    Misalnya sungai Jordan yang menjadi perebutan krisis antara Israel,Jordan dan Palestin. Turki dan Syria pula berkongsi sungai Euphratesdimana turki merancang untuk membina empangan di sungaiEuphrates sehingga menyebabkan konflik diantara turki dan syriapada tahun 1998.

    Krisis antara Amerika Syarika (AS) dan Kanada juga berlaku dalamisu penguasaan Lembangan Great Lakes. Amerika menggunakanpelbagai cara untuk menguasai kepentingan lembangan sungaitersebut untuk bersaing dengan Kanada. Sempadan antara AS dan

    Mexico pula menyaksikan konflik air turut berlaku . Dimanabeberapa syarikat koporat air di AS cuba menghalang amalan lamapetani Mexico mengubah aliran air dari Rio Garde sebelummemasuki AS.

  • 8/2/2019 Kekurangan Bekalan Air

    15/16

    Dalam konteks Malaysia, pengurusan sumber sumber air tidaksepatutnya diabaikan.Pada tahun 2006, laporan kualiti alamsekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar

    melaporkan bahawa sebanyak 18,956 sumber pencemaranpunca tetap dikenalpasti.

    Loji rawatan kumbahan adalah yang tertinggi iaitu sebanyak47.79 %, industri pembuatan sebanyak 45.07%, ladang ternakansebanyak 4.58% dan industri berasaskan pertanian sebanyak2.55%.

    Laporan itu juga menyatakan daripada 1064 stesen

    pemantauan kualiti air sungai yang diletakan pada 146 buahlembangan sungai di seluruh negara didapati 619 (58%) stesenmencatatkan kelas bersih, sebanyak 359 (34%) stesen sedikittercemar dan 86 (8%) stesen dikenalpasti sebagai tercemar. Kita

    juga pernah mengalami masalah kekurangan bekalan air disekitar lembah kelang pada tahun 1997.

  • 8/2/2019 Kekurangan Bekalan Air

    16/16