11
62 KELAB DAN PERSATUAN BELIA B erdasarkan Akta Pertubuhan 1966, kelab dan persatuan merupakan entiti bukan perniagaan yang perlu didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS). Ia bukanlah bertujuan untuk mencari keuntungan tetapi untuk menjaga kepentingan dan kebajikan ahli-ahlinya serta menyediakan kemudahan dan mengadakan perkhidmatan sosial, kebudayaan, rekreasi dan sukan. Walau bagaimanapun, selepas Akta Pembangunan Sukan 1997 dan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 dikuatkuasakan, pertubuhan sukan dan pertubuhan belia akan didaftarkan di bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan dan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia. teks fakta belia.indd 62 2/27/12 3:43:13 PM

KELAB DAN 62 PERSATUAN BELIA - ippbm.gov.myippbm.gov.my/dokumen/faktabelia/06.Kelab&persatuan.pdf · menyertai Kelab Permotoran manakala sebanyak 4.6 peratus adalah belia dalam lingkungan

  • Upload
    hatram

  • View
    308

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

62KELAB DAN

PERSATUAN BELIA

Berdasarkan Akta Pertubuhan 1966, kelab dan persatuan merupakan entiti bukan perniagaan yang perlu didaftarkan

dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS). Ia bukanlah bertujuan untuk mencari keuntungan tetapi untuk menjaga kepentingan dan kebajikan ahli-ahlinya serta menyediakan kemudahan dan mengadakan perkhidmatan sosial, kebudayaan, rekreasi dan sukan.

Walau bagaimanapun, selepas Akta Pembangunan Sukan 1997 dan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 dikuatkuasakan, pertubuhan sukan dan pertubuhan belia akan didaftarkan di bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan dan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia.

teks fakta belia.indd 62 2/27/12 3:43:13 PM

63

Penggubalan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668) bertujuan bagi memantapkan lagi usaha pembangunan belia. Draf Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 telah dibaca buat kali pertama di Parlimen pada 12 Disember 2006 dan kali kedua pada 8 Mei 2007. Seterusnya diluluskan di Dewan Negara pada 23 Mei 2007. Akta ini telah diwartakan pada 26 Julai 2007 dan mula berkuatkuasa pada 31 Disember 2007.

Antara tujuan penting akta ini dikuatkuasakan adalah untuk tujuan mendaftarkan pertubuhan belia serta menggalakkan dan memudahkan pembangunan belia di Malaysia dari aspek pendidikan, penyelidikan dan pembangunan sumber manusia.

Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668)

teks fakta belia.indd 63 2/27/12 3:43:14 PM

64

Sehingga Mei tahun 2011, sebanyak 7,052 persatuan belia telah direkodkan oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (PPPB). Negeri Johor mecatatkan jumlah persatuan yang tinggi iaitu 1,739 persatuan berbanding negeri-negeri lain.

Secara keseluruhanya Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan masih kurang bilangan pertubuhan belia iaitu 22 dan 26 persatuan sahaja.

Jumlah Persatuan Belia yang Diluluskan

Negeri Jumlah persatuan yang direkodkan oleh PPPB

Kuala Lumpur 434

Selangor 1,271

Perak 795

Melaka 292

Negeri Sembilan 668

Johor 1,739

Kedah 656

Pulau Pinang 433

Negeri Jumlah persatuan yang direkodkan oleh PPPB

Perlis 143

Pahang 625

Terengganu 311

Kelantan 291

W.P. Putrajaya 22

W.P. Labuan 26

Jumlah 7,052

Sumber : Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia, KBS 2011(Kemaskini Sehingga 31.05.2011)

teks fakta belia.indd 64 2/27/12 3:43:14 PM

65

Jumlah Ahli Pertubuhan/Persatuan Belia

NegeriJumlah ahli

baru

(A)

Jumlah ahli ROS

(B)

Jumlah ahli induk negeri

(ROS)(C)

Jumlah ahli induk

kebangsaan(D)

Kuala Lumpur 6,209 25,396 29,617 1,004,097Selangor 20,054 115,109 38,433 115,109Perak 12,124 54,779 25,174 221,939Melaka 4,886 39,057 16,180 41,281Negeri Sembilan 11,846 50,733 35,528 50,733

Johor 24,134 70,966 31,975 120,000Kedah 17,808 48,778 31,954 112,209Pulau Pinang 11,668 39,652 58,898 201,591

NegeriJumlah ahli

baru

(A)

Jumlah ahli ROS

(B)

Jumlah ahli induk negeri

(ROS)(C)

Jumlah ahli induk

kebangsaan(D)

Perlis 1,978 9,826 3,273 9,826Pahang 16,972 60,026 64,050 333,562Terengganu 2,917 73,984 49,480 167,169Kelantan 3,258 19,003 17,591 25,000W.P. Putrajaya 327 1,010 - 1,010W.P. Labuan 311 930 - 930

Jumlah 134,492 609,249 402,153 2,404,456

Sumber : Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia, KBS 2011 (Kemaskini Sehingga 31.05.2011)

JUMLAH A+B+C+D 3,550,350JUMLAH A+B 2,358,948

teks fakta belia.indd 65 2/27/12 3:43:14 PM

66

Pada 11 April 1996, semasa merasmikan Konvensyen Sukan Kebangsaan, Perdana Menteri Malaysia Ke Empat telah mencadangkan supaya sebuah akta sukan digubal agar semua pihak yang terlibat dalam bidang sukan memahami peranan masing-masing dan melaksanakannya mengikut apa yang dipertanggungjawabkan.

Akta ini telah diwartakan pada 25 September 1997. Keperluan terhadap Akta ini dicetuskan berikutan kemerosotan prestasi sukan di arena antarabangsa walaupun kerajaan telah menyediakan peruntukan yang besar. Kemerosotan ini adalah akibat daripada kegagalan persatuan-persatuan sukan untuk membentuk atlet-atlet yang berwibawa dan berdaya saing. Oleh kerana itu, akta ini digubal dengan tujuan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan diatas selain daripada menjadikan Malaysia sebuah negara yang cemerlang dalam bidang sukan.

Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576) dan Peraturan-Peraturan

Sumber: Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia, 2011

teks fakta belia.indd 66 2/27/12 3:43:14 PM

67

Statistik Pendaftaran Badan Sukan Mengikut Negeri

Negeri Jumlah Persatuan

Bilangan KeahlianDaerah Kelab

Johor 72 160 178Kedah 78 114 124Kelantan 54 36 143Melaka 55 35 83Negeri Sembilan 66 54 107Pahang 52 138 114Perak 78 147 159Perlis 54 1 29Pulau Pinang 80 62 119

Negeri Jumlah Persatuan

Bilangan KeahlianDaerah Kelab

Sabah 10 4 104Sarawak 20 5 113Selangor 95 148 476Terengganu 51 63 82W.P. Kuala Lumpur 105 - 253W.P. Labuan 38 - 13W.P. Putrajaya 27 - 11

Jumlah Keseluruhan 935 967 2,108

Sumber: Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia, sehingga 30 Mei 2011

teks fakta belia.indd 67 2/27/12 3:43:14 PM

68

Persatuan Belia

Berdasarkan kajian yang dilaksanakan ke atas 5,223 belia di seluruh Malaysia mendapati sebanyak 11.8 peratus belia melibatkan diri dalam Persatuan Belia dari kategori umur 15 hingga 25 tahun, manakala bagi kategori umur 26 hingga 40 tahun, sebanyak 10.6 peratus pernah terlibat dalam persatuan belia.

Penglibatan Belia dalam Persatuan

Penglibatan Belia Dalam Persatuan Belia

Umur Peratusan (%)15 – 25 tahun 11.826 – 40 tahun 10.6

Sumber: Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, 2011

teks fakta belia.indd 68 2/27/12 3:43:15 PM

69

Hasil dapatan kajian ke atas 5,223 belia mendapati 39.2 peratus belia berumur 15 hingga 25 tahun berminat menyertai Kelab Sukan seperti Kelab Bola Sepak, kelab Badminton dan Kelab Futsal. Manakala mereka yang berumur 26 hingga 40 tahun sebanyak 20 peratus berminat dalam kelab ini.

Selain itu, sebanyak 6.9 peratus berumur 15 hingga 25 tahun berminat menyertai Kelab Permotoran manakala sebanyak 4.6 peratus adalah belia dalam lingkungan umur 26 hingga 40 tahun.

Kelab Sukan

Penglibatan Belia Dalam Kelab Sukan

Jenis Persatuan/KelabPeratusan (%)

15 – 25 tahun 26 – 40 tahunKelab Sukan (seperti kelab bola sepak, kelab badminton dan kelab futsal)

39.2 20.0

Kelab Permotoran 6.9 4.6

Sumber: Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, 2011

teks fakta belia.indd 69 2/27/12 3:43:15 PM

70

Kajian yang dilaksanakan ke atas 5,223 belia di seluruh Malaysia menunjukkan terdapat beberapa jenis persatuan kemasyarakatan yang disertai belia.

Mengikut kategori umur 15 hingga 25 tahun, sebanyak 3.1 peratus terlibat dalam Kelab Perkhidmatan, 6.2 peratus dalam Persatuan Rekreasi, 9.6 peratus dalam Persatuan Kebajikan dan Persatuan Alam Sekitar menunjukkan sebanyak 5.8 peratus.

Bagi kategori umur 26 hingga 40 tahun, hasil kajian mendapati 2.4 peratus belia terlibat dalam Kelab Perkhidmatan, 4.0 peratus dalam Persatuan Rekreasi, 12.9 peratus dalam Persatuan Kebajikan dan 3.1 peratus terlibat dalam Persatuan Alam Sekitar.

Persatuan Kemasyarakatan

Penglibatan Belia dalam Persatuan Kemasyarakatan

Jenis Persatuan/KelabPeratusan (%)

15 – 25 tahun 26 – 40 tahunKelab Perkhidmatan 3.1 2.4

Persatuan Rekreasi 6.2 4.0

Persatuan Kebajikan 9.6 12.9

Persatuan Alam Sekitar 5.8 3.1

Sumber: Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, 2011

teks fakta belia.indd 70 2/27/12 3:43:15 PM

71

Kajian yang dilaksanakan ke atas 5,223 belia di seluruh Malaysia mendapati bagi Persatuan Seni Mempertahankan Diri, sebanyak 13.6 peratus belia berminat menyertainya adalah dalam kategori umur 15 hingga 25 tahun. Manakala bagi kategori umur 26 hingga 40 tahun adalah sebanyak 6.0 peratus yang menyertainya.

Sebanyak 7.8 peratus belia yang berumur 15 hingga 25 tahun terlibat dalam Kelab Seni. Manakala bagi kategori umur 26 hingga 40 tahun adalah sebanyak 3.2 peratus.

Persatuan Seni Mempertahankan Diri

Penglibatan Belia dalam Persatuan Seni Mempertahankan Diri

Jenis Persatuan/KelabPeratusan (%)

15 – 25 tahun 26 – 40 tahun

Persatuan Seni Mempertahankan Diri 13.6 6.0

Kelab Seni 7.8 3.2 Sumber: Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, 2011

teks fakta belia.indd 71 2/27/12 3:43:15 PM

72

Bagi persatuan profesional, hasil dapatan kajian ke atas 5,223 belia menunjukkan mereka yang berada dalam kelompok umur 15 hingga 25 tahun menyertai persatuan profesional adalah sebanyak 2.5 peratus, dan bagi kategori umur 26 hingga 40 tahun adalah sebanyak 3.2 peratus.

Persatuan Profesional

Penglibatan Belia dalam Persatuan Profesional

Jenis Persatuan/KelabPeratusan (%)

15 – 25 tahun 26 – 40 tahun

Persatuan Profesional 2.5 3.2

Sumber: Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, 2011

teks fakta belia.indd 72 2/27/12 3:43:15 PM