2

Click here to load reader

KELEBIHAN KOMUNIKASI RUMAH

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KELEBIHAN KOMUNIKASI RUMAH

KELEBIHAN KOMUNIKASI RUMAH – SEKOLAH TERHADAP PEMBELAJARAN KANAK-KANAK DAN SEKOLAH

Seperti yang kita sedia ketahui,institusi pendidikan awal kanak-kanak memerlukan kerjasama dengan pihak ibu bapa dalam melaksanakan pendidikan yang berkualiti untuk kanak-kanak disamping dapat meningkatkan perkembangan kanak – kanak secara menyeluruh.

Penglibatan ibu bapa secara langsung dan tidak langsung dapat membantu guru untuk mendidik kanak-kanak dengan lebih efektif. Permasalahan yang berkaitan dengan pendidikan juga dapat diatasi dengan kerjasama yang mesra dalam kalangan warga sekolah dan ibu bapa. Sebagai contoh, guru mengadakan perjumpaan ibu bapa untuk menandatangani rekod kemajuan dan perkembangan murid. Ibu bapa akan bersemuka dengan guru dan berpeluang untuk mengetahui masalah pembelajaran yang dihadapi oleh anak – anak mereka melalui perbincangan dengan guru secara bersemuka. Dalam perjumpaan ini juga, ibu bapa dan guru dapat membincangkan pelbagai perkara di samping memberi ruang kepada guru untuk mengenalpasti apa yang sebenarnya berlaku terhadap kanak – kanak seperti penyakit, masalah keluarga, ekonomi keluarga dan sebagainya.

Komunikasi antara guru dan ibu bapa boleh dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu sama ada dengan cara bersemuka, teknologi, mahupun komunikasi bertulis. Komunikasi secara bersemuka boleh dilakukan melalui perjumpaan, mesyuarat dan taklimat. Selain itu, penggunaan teknologi seperti penggunaan telefon, email dan laman web dapat memudahkan komunikasi antara guru dengan ibu bapa. Seperti contoh, pihak institusi tadika membina laman web sendiri untuk membolehkan segala maklumat tentang institusinya diketahui dan dikongsi oleh orang ramai. Laman web juga boleh mewujudkan ruangan forum antara guru – guru dengan ibu bapa untuk mewujudkan komunikasi dengan pantas sejajar dengan arus perkembangan teknologi yang menyebarkan maklumat di hujung jari.

Selain dari menyampaikan berita terkini mengenai program yang dijalankan di prasekolah, komunikasi rumah - sekolah terhadap pembelajaran kanak – kanak juga dapat menolong meningkatkan prestasi akademik mereka. Keluarga yang banyak melibatkan diri dalam perkembangan kanak – kanak dapat meningkatkan kemahiran menjaga dan menggalakkan kanak – kanak lebih aktif dalam aktiviti yang diceburi. Keluarga yang menyokong perkembangan anak – anak mereka dapat mempengaruhi tahap pencapaian akademik yang lebih baik.

Penglibatan ibu bapa terhadap sekolah dapat mengekalkan kejayaan sesuatu program yang diadakan melalui penglibatan yang aktif disamping membantu meningkatkan prestasi akademik dan konsep kendiri yang positif kepada anak – anak mereka.

Page 2: KELEBIHAN KOMUNIKASI RUMAH

Hubungan baik yang terjalin antara guru dan ibu bapa dapat menjadi medan untuk bertukar – tukar pendapat dan meningkatkan kemahiran mengajar. Penglibatan guru secara aktif dapat memastikan pertumbuhan dan perkembangan kanak – kanak berlaku secara maksimum dan memberi manfaat kepada semua pihak.

Jenis penglibatan ibu bapa di sekolah adalah dari akpek keibubapaan, komunikasi, sukarela, pembelajaran, membuat keputusan dan bekerjasama. Komunikasi bermula dari sekolah ke rumah untuk memaklumkan maklumat kepada keluarga. Pihak sekolah memaklumkan aktiviti sekolah melalui pelbagai media dan ini akan menggalakkan keluarga melibatkan diri secara sukarela.

Kesan daripada komunikasi dua hala ini, program yang dianjurkan oleh pihak sekolah dapat diimbangi secara menyeluruh dan ini secara tidak langsung boleh mewujudkan perkembangan sosial yang positif dan memberi rasa kejayaan kepada pihak sekolah. Selain itu, guru dan ibu dapat berkongsi idea dan pendapat dalam membuat keputusan, membentuk nilai murni serta memupuk tingkahlaku yang konsisten.

Disamping itu, ia dapat membangunkan rutin dan kebiasaan yang positif dalam hidup bekerjasama serta meningkatkan personaliti yang humanistik dan mewujudkan komunikasi yang berkesan.