13
 AMADAN KEWAJIPAN BERPUASA Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 an 18! " "Wahai orang-orang beriman!! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa". Ba#i $ran#-$ran# I%lam yan# &'riman &)lan Ramahan aalah &)lan yan# inanti-nanti*an *'ti&aannya $l'h %'tia+ )mmat I%lam m'manan#*an ia &)lan yan# m)lia an m'm&'ri &'#it) &anya* man,aat an *'i%tim'aan ,a'ah ,ahilat an ma%a '+an yan# .'rah &a#i m'r'*a yan# tah) an m'n#hayatinya/ KEU0AMAAN RAMADAN 0'ra+at +)l)han hai% Ra%)l)llah %a yan# m'n2'la%*an t'ntan# ,ahilat an *')tamaan +)%a i &)lan Ramahan &)*an %aha2a )nt)* man,aat )mmat I%lam i a*hirat *'la* malah ianya m'm&'ri ,a'ah y an# &'%ar )nt)* *'%ihatan t)&)h &aan man)%ia i )nia ini/ AN0ARA FADIA0 DAN KEEBIAN BERPUASA DI BUAN RAMADAN/ 1/ Pint) lan#it i&)*a 4/ Pint)-+int) %y)r#a i &)*a FADIA0 5AN6 AIN 1/ M'r'*a yan# &'r+)a%a a*an m'na+at &ala%an %y)r#a 4/ 7ran# yan# &'r+)a%a ima*&)l*an +'rmintaanya $l'h Allah SW0 3/ 7ran# yan# &'r+)a%a m'na+at 4 *'#'m&iraan iait) %'ma%a &'r&)*a an a+a&ila &'rt'm) 'n#an Allah +aa hari *iamat *'la*

Kelebihan Puasa Di Bulan Ramadan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Fadhilat Ramadhan

Citation preview

AMADANKEWAJIPAN BERPUASAFirman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 )"Wahai orang-orang beriman!! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa".Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap ummat Islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberi begitu banyak manfaat dan keistimewaan, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang tahu dan menghayatinya.KEUTAMAAN RAMADHANTerdapat puluhan hadis Rasulullah saw yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan pusa di bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manfaat ummat Islam di akhirat kelak, malah ianya memberi faedah yang besar untuk kesihatan tubuh badan manusia di dunia ini.ANTARA FADHILAT DAN KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN.1. Pintu langit dibuka2. Pintu-pintu syurga di bukaFADHILAT YANG LAIN1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga2. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT3. Orang yang berpuasa mendapat 2 kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga6. Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan 1700 kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan 70,000 malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.AMAL IBADAH DI BULAN RAMADHANDalam khutbah terakhir bulan Sya'ban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah saw telah memberi nasihat kepada ummat Islam supaya menyempurnakan amal ibadah sepanjang bulan ramadhan, antaranya ialah:1. Solat sunat Tarawih2. Solat-solat sunat yang lain3. Bantu membantu sesama umat islam seperti bersedekah dan seumpamanya4. Memberikan hidangan berbuka puasa5. Banyakkan membaca tahlil6. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah swt7. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka8. Banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.9. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita.Oleh itu marilah sama-sama kita berpuasa dengan seikhlas-ikhlasnya. Jangan kita hanya berpuasa, kerana ikut orang lain berpuasa atau kerana bapa kita puasa, maka kita juga kena puasa. Hayatilah kelebihan-kelebihan berpuasa, agar kita sempurna di dunia dan di akhirat.

Hikmah Puasa dari segi kesihatanKita sedia mengetahui kehebatan puasa Ramadan dari segi ganjaran pahalanya di sisi Allah. Puasa ibadah teragung terangkum dalamnya pelbagai hikmah dan tersingkap seribu rahmat yang penuh hikmah.Banyak pakar dan ilmuwan bidang perubatan membuat kaji selidik sejak sekian lama dalam usaha mengkaji manfaat puasa dari sudut kesihatan.Pada 1994, sekumpulan pakar sains kesihatan membentangkan hasil kajian di Kongres Antarabangsa mengenai Kesihatan dan Ramadan di Casablanca, Maghribi. Sebanyak 50 kertas kerja dibentangkan dan semuanya bersetuju puasa Ramadan dan amalan puasa tidak sekali-kali memudaratkan.Apa yang lebih menakjubkan, pakar kesihatan dunia itu juga memperakui amalan berpuasa Ramadan mampu mencegah dan menyembuhkan pelbagai penyakit.Pengkaji terkemuka dari Universiti Hospital di Amman, Jordan, Dr Soliman, membuat penyelidikan puasa Ramadan dari aspek kesihatan dan melakukan uji kaji terhadap 42 lelaki dan 26 wanita Islam yang sedang berpuasa Ramadan.Kesan positif berpuasaHasil kajiannya mendapati puasa memberi kesan positif terhadap metabolisme tubuh badan dan menjadi pencegah kepada serangan pelbagai penyakit khususnya gejala lebihan gula dan lemak.Turut membuat kajian, Dr F Azizi bersama beberapa rakannya dari Universiti Sains Perubatan Tehran, Iran, dan hasilnya sama seperti ditemui Dr Soliman.Namun, ada juga sesetengah pihak yang meragui kebaikan berpuasa Ramadan dengan mengatakan ia akan memudaratkan dan menjejaskan kualiti kesihatan khususnya kepada pesakit buah pinggang.Mitos mereka disanggah dengan bukti dan hujah yang padat aspek imperikal. Sekumpulan ilmuwan sains kesihatan dilaporkan pada 2010 mendapati mitos itu palsu belaka, sebaliknya apa yang nyata ialah puasa Ramadan langsung tidak menjejaskan fungsi buah pinggang.Bagaimana dengan pesakit kronik seperti angin ahmar atau strok. Tidakkah amalan berpuasa akan menambah kesengsaraan kepada kesihatan mereka? Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Dia tidak memerintahkan manusia melakukan sesuatu ibadah jika membebankan dan memudaratkan.Begitu juga dengan puasa Ramadan. Kini manusia moden hairan dan kagum dengan perintah Allah ini. Rupa-rupanya tersirat pelbagai hikmah dari perspektif sains kesihatan.Kita berpuasa bukan kerana kesihatan tubuh badan, tetapi berniat setulus hati demi mengharapkan keredaan Allah. Fadilat dari segi kesihatan ibarat bonus awal yang dikurniakan Allah.Jadi, amat rugi kepada mereka yang liat untuk berpuasa dan mengambil ringan perintah Allah ini.

Ikhlas daripada :Kelab KGKT SKBC 2015

LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.Maksudnya: Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar.Sebab turun surah al-QadrLailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebutMaksudnya: Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnyaRasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.Maksudnya: Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah.

Kelebihan Menghayati Malam LailatulqadarKerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.Maksudnya: Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:Maksudnya: Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain.Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Doa khusus di Malam Lailatulqadar Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.Maksudnya: Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikutMaksudnya: Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doaOrang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Tanda Malam Lailatulqadar Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar: Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita. Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat. Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud. Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.MALAM LAILATUL-QADAR Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.

Maksudnya: Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu malam

Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:

Maksudnya: Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta

mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada

dosa-dosa yang telah lalu

Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:

Maksudnya: Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh

akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain.

Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:

Maksudnya: Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan

dalam malam ganjil.

Pendapat yang terkuat mengikut para ulama bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Kaab katanya, Demi Allah sesungguhnya ibn Masud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya. Daripada Riwayat Muawiyah:

Maksudnya: Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam malam lailatul-qadar

iaitu malam ke-27.

Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.

Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi:

Maksudnya: Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah mencarinya pada malam

yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27.

Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati

malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:

Maksudnya: Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah

keampunan-Mu untukku.

Siri peringatan bersamaSempena Ramadhan yang muliaIkhlas daripada Kelab KGKT SKBC 2015

Amalan Pada Malam Lailatul QadarTweet Amalan-amalan yang diamalkan pada malamnya: Mulai jam 12.00 tengah malam: Sembahyang sunat wudhuk. Sembahyang sunat hajat berdoa minta dipertemukan Allah dengan malam Lailatul Qadar. Membaca al-Quran. Istighfar:

Zikrullah:

Bertasbih:

Selawat:

Sembahyang sunat tahajjud. Sembahyang sunat tasbih.Orang yang bertemu dengan Lailatul Qadar akan terus dingin badannya kerana dihampiri oleh para malaikat (sebentar sahaja). Hendaklah segera kita membaca:

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa beribadat sesaat pada malam Qadar, kira-kira selama seorang penggembala memerah susu kambingnya, maka adalah lebih disukai Allah daripada berpuasa setahun penuh. Demi Allah yang telah mengutus daku dengan hak menjadi nabi, sesungguhnya membaca satu ayat dari al-Quran pada malam Qadar adalah lebih disukai Allah daripada mengkhatamkannya pada malam-malam yang lain."

Dari Aisyah r.a bahawa dia mengatakan, aku bertanya: "Ya Rasulullah, kalau aku bertepatan dengan malam Qadar, maka apakah yang patut aku baca? Jawab Rasulullah s.a.w.: Ucapkanlah:

Ertinya: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pemaaf lagi Pemurah, yang suka memberi kemaafan, maka maafkanlah aku."

Kembali ke atas Utama Nasional Sukan Dunia Ekonomi Agama Hip Teknologi Arkib Seminggu Klik Khas Kolumnis Redaksi Sejarah Hubungi Kami Iklan Web 1Klassified RSS Facebook Twitter BH TV