8
- PERSIDANGAN KEBANGSAAN GEOGRAFI & ALAM SEKITAR KALl KE 4 - -- Anj uran Jabatan Geografi dan Alam Sek~tar, Fakulti Sa~ns Kemanusiaan, Un~versiti Pendidikan Sultan ldris KELESTARIAN TRANSFORMASI PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI ORANG ASLl Mohd Nur Syufaat Bin Jamiranl & Seow Ta Wee2 Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP) Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor ABSTRAK Penubuhan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) yang kini dikenali sebagai Jabatan Kemanjuan Orang Asli (JAKOA) pada tahun 1954 telah membuktikan kerajaan Malaysia memberi perhatian terhadap pernbangunan masyarakat Orang Asli terutamanya dari aspek sosioekonomi. Kerajaan melalui kementerian berkenaan juga turut mengambil inisiatif dalam meningkatkan kualiti hidup dari aspek kesihatan, pendidikan dan komunikasi. Pewartaan kawasan hutan sebagai Taman Negara juga telah memberi impak kepada peningkatan sosioekonomi Orang Asli. Kertas kerja ini merupakan kupasan literatur yang berfokus kepada kelestarian transformasi pembangunan tersebut. Objektif utama kertas kerja ini adalah untuk menerangkan kerangka teoritikal tentang kelestarian perubahan ke arah kemajuan masyarakat Orang Asli di Malaysia. Isu- isu sosioekonomi seperti kemiskinan, keciciran, migrasi dan fasiliti akibat masalah yang berlaku juga akan dikupas. Kertas kerja ini juga mengemukakan beberapa cadangan langkah penyelesaian bagi menangai masalah yang berlaku. Hasilnya dijangka dapat memastikan kelestarian pembangunan sosioekonomi Orang Asli khususnya etnik Jakun di perkampungan Peta. Kata kunci : Orang Asli, Sosioekonomi,Transformasi, Taman Negara, Kelestarian PENDAHULUAN Program pembangunan yang dilaksanakan telah memberi impak kepada seluruh masyarakat di Malaysia. Orang Asli "juga tidak terkecuali menerima tempias pembangunan tersebut yang akhirnya telah menyebabkan berlakunya transformasi terhadap sosioekonomi mereka. Aspek sosioekonomi tersebut termasuklah berkenaan dengan guna tenaga, demografi, pekerjaan, dan organisasi yang formal dan kompleks (Rahimah Abd Aziz, 2001). Sosioekonomi Orang Asli kini didapati telah mengalami perubahan berbanding 20 tahun yang lalu di mana tahap ekonomi mereka kini lebih moden dan bukan lagi jenis primitif. Masyarakat Orang Asli dilihat dapat dibangunkan dengan wujudnya Taman Negara. Namun begitu, pembangunan Orang Asli seringkali dijadikan isu perdebatan dalam usaha ke arah mencapai kesejahteraan manusia sejagat. Hal ini kerana proses pembangunan tersebut mampu memberi impak negatif terhadap mereka kerana mampu menghakis identiti mereka sebagai Orang Asli. Walaupun perubahan ke arah kemajuan Orang Asli berlaku, namun perubahan tersebut berlaku dalam kadar yang perlahan. Masih wujud lagi isu kemiskinan, keciciran dan migrasi dalam kalangan masyarakat Orang Asli. Tujuan kertas kerja ini disediakan adalah untuk membincangkan kerangka teoritikal tentang kelestarian transformasi pembangunan sosioekonomi Orang Asli. Kajian-kajian lepas mendapati masyarakat Orang Asli sebagai masyarakat setempat telah mengalami transformasi hasil daripada program pembangunan yang telah dilaksanakan. KERANGKA TEORlTlKAL KELESTARIAN TRANSFORMASI PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI ORANG ASLl Berikut merupakan rajah kerangka teoritikal berkenaan dengan kelestarian transformasi pembangunan sosioekonomi Orang Asli impak daripada pembangunan Taman Negara. Kerangka ini mengandungi isu sosioekonomi, masalah yang dihadapi oleh Orang Asli, beberapa cadangan bagi menyelesaikan masalah yang berlaku serta matlamat yang ingin dicapai dalam penyediaan kertas kerja ini. ISU DAN MASALAH Orang Asli merupakan masyarakat yang mudah terancam oleh arus pembangunan. Kawasan hutan

KELESTARIAN TRANSFORMASI PEMBANGUNAN … · PERSIDANGAN KEBANGSAAN GEOGRAFI & ALAM SEKITAR KALl KE 4 - -- Anj uran Jabatan Geografi dan Alam Sek~tar, Fakulti Sa~ns Kemanusiaan, Un~versiti

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KELESTARIAN TRANSFORMASI PEMBANGUNAN … · PERSIDANGAN KEBANGSAAN GEOGRAFI & ALAM SEKITAR KALl KE 4 - -- Anj uran Jabatan Geografi dan Alam Sek~tar, Fakulti Sa~ns Kemanusiaan, Un~versiti

- PERSIDANGAN KEBANGSAAN GEOGRAFI & ALAM SEKITAR KALl KE 4 - -- Anj uran Jabatan Geografi dan Alam Sek~tar, Fakulti Sa~ns Kemanusiaan, Un~versiti Pendidikan Sultan ldris

KELESTARIAN TRANSFORMASI PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI ORANG ASLl

Mohd Nur Syufaat Bin Jamiranl & Seow Ta Wee2

Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP) Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM)

86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor

ABSTRAK

Penubuhan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) yang kini dikenali sebagai Jabatan Kemanjuan Orang Asli (JAKOA) pada tahun 1954 telah membuktikan kerajaan Malaysia memberi perhatian terhadap pernbangunan masyarakat Orang Asli terutamanya dari aspek sosioekonomi. Kerajaan melalui kementerian berkenaan juga turut mengambil inisiatif dalam meningkatkan kualiti hidup dari aspek kesihatan, pendidikan dan komunikasi. Pewartaan kawasan hutan sebagai Taman Negara juga telah memberi impak kepada peningkatan sosioekonomi Orang Asli. Kertas kerja ini merupakan kupasan literatur yang berfokus kepada kelestarian transformasi pembangunan tersebut. Objektif utama kertas kerja ini adalah untuk menerangkan kerangka teoritikal tentang kelestarian perubahan ke arah kemajuan masyarakat Orang Asli di Malaysia. Isu- isu sosioekonomi seperti kemiskinan, keciciran, migrasi dan fasiliti akibat masalah yang berlaku juga akan dikupas. Kertas kerja ini juga mengemukakan beberapa cadangan langkah penyelesaian bagi menangai masalah yang berlaku. Hasilnya dijangka dapat memastikan kelestarian pembangunan sosioekonomi Orang Asli khususnya etnik Jakun di perkampungan Peta.

Kata kunci : Orang Asli, Sosioekonomi, Transformasi, Taman Negara, Kelestarian

PENDAHULUAN

Program pembangunan yang dilaksanakan telah memberi impak kepada seluruh masyarakat di Malaysia. Orang Asli "juga tidak terkecuali menerima tempias pembangunan tersebut yang akhirnya telah menyebabkan berlakunya transformasi terhadap sosioekonomi mereka. Aspek sosioekonomi tersebut termasuklah berkenaan dengan guna tenaga, demografi, pekerjaan, dan organisasi yang formal dan kompleks (Rahimah Abd Aziz, 2001).

Sosioekonomi Orang Asli kini didapati telah mengalami perubahan berbanding 20 tahun yang lalu di mana tahap ekonomi mereka kini lebih moden dan bukan lagi jenis primitif. Masyarakat Orang Asli dilihat dapat dibangunkan dengan wujudnya Taman Negara. Namun begitu, pembangunan Orang Asli seringkali dijadikan isu perdebatan dalam usaha ke arah mencapai kesejahteraan manusia sejagat. Hal ini kerana proses pembangunan tersebut mampu memberi impak negatif terhadap mereka kerana mampu menghakis identiti mereka sebagai Orang Asli. Walaupun perubahan ke arah kemajuan Orang Asli berlaku, namun perubahan tersebut berlaku dalam kadar yang perlahan. Masih wujud lagi isu kemiskinan, keciciran dan migrasi dalam kalangan masyarakat Orang Asli.

Tujuan kertas kerja ini disediakan adalah untuk membincangkan kerangka teoritikal tentang kelestarian transformasi pembangunan sosioekonomi Orang Asli. Kajian-kajian lepas mendapati masyarakat Orang Asli sebagai masyarakat setempat telah mengalami transformasi hasil daripada program pembangunan yang telah dilaksanakan.

KERANGKA TEORlTlKAL KELESTARIAN TRANSFORMASI PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI ORANG ASLl

Berikut merupakan rajah kerangka teoritikal berkenaan dengan kelestarian transformasi pembangunan sosioekonomi Orang Asli impak daripada pembangunan Taman Negara. Kerangka ini mengandungi isu sosioekonomi, masalah yang dihadapi oleh Orang Asli, beberapa cadangan bagi menyelesaikan masalah yang berlaku serta matlamat yang ingin dicapai dalam penyediaan kertas kerja ini.

ISU DAN MASALAH

Orang Asli merupakan masyarakat yang mudah terancam oleh arus pembangunan. Kawasan hutan

Page 2: KELESTARIAN TRANSFORMASI PEMBANGUNAN … · PERSIDANGAN KEBANGSAAN GEOGRAFI & ALAM SEKITAR KALl KE 4 - -- Anj uran Jabatan Geografi dan Alam Sek~tar, Fakulti Sa~ns Kemanusiaan, Un~versiti

PERSIDANGAN KEBANGSAAN GEOGRAFI &ALAM SEKITAR KALl KE 4 .i ----- "*--- - ----..--*--.".- -..". "- --"- -- -"-----A "

Anj~ran Jabatan Geografi dan Alam Sek~tar, Fakult~ Salns Kernanusnan, Unlversltl Pendrdlkan Sultan ldrlo

Isu

Masalah i

Transformasi program pembangunan terhadap sosioekonomi Orang Asli

Kementerian JAKOA

Peluang pekerjaan yang terhad. Migrasi dalam kalangan generasi muda Penolakan pembangunan -----l

I 1 : Pembayaran untuk perkhidmatan perseltitaran 1 Cadangan

Penyelesaian

(PES). kesepaduan rangka~an perhubungan kursus keusahawanan dan kemahiran

jungle school

Matlamat i I Kelestarian transformasi pembangunan sosioekonomi Orang Ad, 1

Rajah I : Kerangka Teoritikal Kelestarian Transformasi Pembangunan Sosioekonomi Orang Asl i

yang menjadi petempatan mereka semakin kecil akibatdaripada aktiviti pembukaan tanah bagi tujuan pembangunan. Kebudayaan tradisional mereka juga didapati kian terhakis akibat difusi budaya yang kian bercampur dan berkembang. Namun begitu, aktiviti ekopelancongan didapati mampu menjadi medium bagi pengekalan kebudayaan tradisional mereka dengan menjadikannya sebagai aset dalam menarik pelancong dari dalam dan luar negara. Hal ini telah membuka mata kerajaan dan NGO untuk memperkasa dan membangunkan sosioekonomi dan kebudayaan masyarakat Orang Asli supaya identiti mereka dapat dikekalkan.

Teori struktur fungsionalisme mengandaikan bahawa pelbagai aspek atau bahagian dalam sesuatu masyarakat mempunyai fungsi-fungsi tersendiri yang saling berkait dan bergantungan untuk mencapai keharmonian, kesepaduan, kestabilan dan keseimbangan dalam proses perkembangan masyarakat yang berkenaan (Pip Jones, 2003). Demi mencapai keseimbangan, perubahan pada sesuatu bahagian akan menyebabkan perubahan pada bahagian lain. Bahagian-bahagian atau aspek dalam masyarakat yang dimaksudkan ialah institusi- institusi sosial, amalan-amalan dan pelbagai proses sosial. Perubahan tersebut dinamakan perubahan sosial.

Ahliteorifungsionaljugatidakmelihat perubahan sosial dapat membawa kebaikan dan keburukan kepada sesebuah masyarakat. Perubahan sosial

akan berlaku oleh kerana masyarakat akan sentiasa bergerak ke arah keseimbangan hasil daripada penyesuaian terhadap suatu perubahan dan perkembangan dalam masyarakat tersebut. Di dalamsesebuah masyarakatsebenarnya dilengkapi dengan institusi yang berfungsi untuk menjaga kestabilannya (Rohana Yusof, 2010). Dalam konteks pembangunan Orang Asli, terdapat dua pihak yang terlibat iaitu pihak yang membangunkan dan juga pihak yang dibangunkan. ~ i h a k yang membangunkan merujuk kepada pihak kerajaan dan juga institusi-institusi lain yang terlibat dalam membangunkan Orang Asli manakala pihak yang dibangunkan pula merujuk kepada masyarakat Orang Asli.

Isu yang sering menjadi perhatian dalam kalangan pengkaji terhadap rnasyarakat Orang Asli adalah impak transformasi yang berlaku hasil daripada program pembangunan yang dijalankan Kajian yang telah dilakukan oleh Zuriatunfadzliah et al. (2009) mendapati Orang Asli etnik Bateq telah mengalami perubahan dari segi budaya akibat daripada aktiviti ekopelancongan di Taman Negara. Perubahan tersebut terbahagi kepada empat aspek budaya iaitu bahasa, pemakanan, pakaian dan kraf tangan. Daripada empat aspek tersebut, hanya aspek pakaian sahaja yang mengalami perubahan serta-merta tanpa pengekalan budaya tradisional. Hal ini berbeza dengan aspek pemakanan yang hanya berubah sebahagiannya dan masih bercampur dengan budaya asal.

Page 3: KELESTARIAN TRANSFORMASI PEMBANGUNAN … · PERSIDANGAN KEBANGSAAN GEOGRAFI & ALAM SEKITAR KALl KE 4 - -- Anj uran Jabatan Geografi dan Alam Sek~tar, Fakulti Sa~ns Kemanusiaan, Un~versiti
Page 4: KELESTARIAN TRANSFORMASI PEMBANGUNAN … · PERSIDANGAN KEBANGSAAN GEOGRAFI & ALAM SEKITAR KALl KE 4 - -- Anj uran Jabatan Geografi dan Alam Sek~tar, Fakulti Sa~ns Kemanusiaan, Un~versiti
Page 5: KELESTARIAN TRANSFORMASI PEMBANGUNAN … · PERSIDANGAN KEBANGSAAN GEOGRAFI & ALAM SEKITAR KALl KE 4 - -- Anj uran Jabatan Geografi dan Alam Sek~tar, Fakulti Sa~ns Kemanusiaan, Un~versiti
Page 6: KELESTARIAN TRANSFORMASI PEMBANGUNAN … · PERSIDANGAN KEBANGSAAN GEOGRAFI & ALAM SEKITAR KALl KE 4 - -- Anj uran Jabatan Geografi dan Alam Sek~tar, Fakulti Sa~ns Kemanusiaan, Un~versiti
Page 7: KELESTARIAN TRANSFORMASI PEMBANGUNAN … · PERSIDANGAN KEBANGSAAN GEOGRAFI & ALAM SEKITAR KALl KE 4 - -- Anj uran Jabatan Geografi dan Alam Sek~tar, Fakulti Sa~ns Kemanusiaan, Un~versiti

PERSIDANGAN KEBANGSAAN GEOGRAFI.&ALAM SEKITAR KALl KE 4

Amjuran Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, FakuIt~ Sains Kemanusiaan, Univers

pelancong yang datang. Hampir 300 orang murid d alam lingkungan tiga hingga 16 tahun dari seluruh d unia termasuk sebilangan kecil kanak-kanak tempatan datang ke sekolah tersebut dengan d itaja di bawah program biasiswa yang disediakan. Kurikulum pengajarannya berfokuskan kepada tiga matapelajaran wajib iaitu Matematik, Sains dan juga Bahasa lnggeris yang diajar dengan cara tersendiri yang kreatif dan berorientasikan pembelajaran yang lestari (Julie Janney, 2012). Keadaan seperti ini dijangka dapat menarik perhatian murid Orang Asli supaya tertarik untuk pergi ke sekolah tanpa rasa terasing dengan infrastruktur yang disediakan.

Misi pihak kerajaan dalam melaksanakan program pembangunan secara inklusif adalah untuk meningkatkan taraf sosioekonomi dan kualiti hidup masyarakat Orang Asli. Pembangunan tersebut semestinya ke arah kemajuan dengan memartabatkan warisan yang unggul dan unik masyarakat Orang Asli. Hal ini penting bagi mengekalkan identiti mereka sebagai Orang Asli di samping memenuhi kehendak dan keperluan mereka. Justeru, melalui platform yang disediakan, Orang Asli dilihat semakin maju dan berdaya saing walaupun perkembangannya masih perlahan. Menerusi pembangunan Taman I\!er;ara jusa misalnyz memberi impak kepada transformasi sosioekonomi mereka melalui aktiviti ekopelancongan dengan menjadikan kebudayaan dan warisan mereka sebagai tarikan pelancong.

KESIMPULAN

Pembangunan yang dilaksanakan perlu melibatkan semua aspek terutamanya kehendak dan keinginan pihak yang dibangunkan. Pembangunan secara boftom up dilihat sebagai langkah terbaik berbanding pembangunan yang bersifat top down. Hal ini kerana pembangunan bersifat boftom up sebenarnya lebih mementingkan dan memerlukan penglibatan pihak yang dibangunkan. Dalam konteks masyarakat Orang Asli yang menerima transformasi tersebut, biarlah pembangunan yang diterima adalah mengikut corak yang mereka inginkan berbanding dengan pembangunan secara bottom down yang hanya mementingkan pihak- pihak tertentu secara pengeksploitasian demi mengaut keuntungan semata-mata.

Sebelummelaksanakan program pembangunan tersebut, masyarakat Orang Asli seharusnya mempunyai daya ketahanan sosial, ekonomi dan moral yang tinggi agar mereka dapat bersaing dan menentukan wawasan yang selari dengan

ti Pendidikan Sultan ldris

persekitaran semasa dan bersedia menghadapi pelbagai halangan dan rintangan. Dengan itu, proses pembangunan tersebut dapat menjadi satu pemangkin kepada transformasi manusia dan persekitaran fizikal yang lebih berkualiti di samping dapat mengekalkan sosioekonomi dan budaya yang telah sekian lama diamalkan.

RUJUKAN

AliaZainalabidin Syed Mohamed (2006). lmpak Perwartaan Taman Negara Endau Rompin Dan Penswastaan Rancangan Pengumpulan Semula Terhadap Masyarakat Jakun Di Bekok, Johor. Projek Penyelidikan. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.,

Er Ah Choy, Zalina & Joy Jacqueline Pereira (2010). Sosioekonomi Masyarakat Orang Asli : Kajian Kes Di Hutan Simpan Bukit Lagong, Selangor Malaysia. Jurnal Melayu (5) 201 2: 295-31 4.

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (2008). Statistik Umum Hal Ehwal Orang Asli. Atas talian : http://www.rurallink. gov.my/463 [28 Januari 20131.

Jabatan Kemajuan Orang Asli (2008). Program Pembangunan Ekonomi. Atas talian : http://www. jakoa.gov. my/web/guest/pembangunan~ekonomi [25 Januari 20131.

Jamalludin Sulaiman & Chamhuri Siwar(l983). Kegunaan Sumber Hutan : Beberapa Persoalan Isu Dan Konflik Di Antara Kegunaan Untuk Pembangunan, Pengekalan Dan Rekreasi. Rekreasi Luar Malaysia 1983 : 2 77-1 92.

Julie Janney (2012). Bali's Green School. Atas talian : http://www.ecology. com/20 1210 1/24/balis-green- school/ [06 Februari 20131.

Lorenzo Cherubini, Ed.D. (2012). Perspectives On Sustainable Development: Research And Education. The American Association o f Behavioral and Social Sciences (AABSS) (15) 2012 : 16-23.

Nor Aziah Alias, Haziah Jamaludin & Salemah lsmail (2001). Kajian Keciciran Di Kalangan Pelajar Sarjana Muda Yang Mengikuti Program Pendidikan Secara Jarak Jauh (PJJ) Dan Pendidikan Fleksibel (FLP) Universiti Teknologi Mara. Selangor : Universiti Teknologi Mara.

Plp Jones (2003). Introducing Social Theory. United Kingdom : Polity Press.

Rahimah Abd Aziz. 2001. Pengantar Sosiologi Pembangunan : Edisi Kedua. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rohana Yusof (2010). Asas Sains Sosial: Dan Perspektif Sosiologi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

United Nation (2012). Urban Indigenous Peoples and Migration: Challenges and Opportunities. Atas talian : http://www.un.org/esa/socdev/unpfii/documents/6~ session-factsheet2.pdf.

Utusan Malaysia. 14 Januari 201 3. Yahaya Ibrahim. 2009. Komuniti, Pembangunan dan

Transformasi. Dlm. Komuniti, Pembangunan & Transformasi. Disunting oleh Yahaya Ibrahim. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Page 8: KELESTARIAN TRANSFORMASI PEMBANGUNAN … · PERSIDANGAN KEBANGSAAN GEOGRAFI & ALAM SEKITAR KALl KE 4 - -- Anj uran Jabatan Geografi dan Alam Sek~tar, Fakulti Sa~ns Kemanusiaan, Un~versiti

PERSIDANGAN KEBANGSAAN GEOGRAFI & ALAM SEKITAR KALI KE 4 -" ----* --"" ----------- --- ------" ---- - - A - >-------A-

Anjuran Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanus~aan, Universiti Pendidikan Sultan ldris

Zanisah Man, Nurul Fatanah Zahari & Mustaffa Omar (2009). The Impact Of Tourism Economy On The Batek Community of Kuala Tahan, Pahang. e-Bangi (4) 2009 : 1-12.

Zuriatunfadzliah Sahdan, Rosniza Aznie Che Rose & Habibah Ahmad (2009). Cultural Changes of Bateq People in the situation of Ecotourlsm in National Park e-Bangi (4) 2009 : 159-169.