13
Kelim belah kangkung adalah sesuai untuk mencantum dua tepi yang lurus dan melengkung serta digunakan untuk membuat belah pada pakaian Ciri-ciri kelim belah kangkung: o Rata dan terbuka o Terdiri daripada sebaris jahitan di sebelah dalam pakaian o Mata jahitan tidak kelihatan dari sebelah luar artikel o Lebar kelim yang siap di jahit ialah 1.25 cm Cara untuk menjahit kelim belah kangkung ialah : o Temukan sebelah luar fabrik . Semat dan jelujur di garis pemadan o Jahit mesin di garis pemadan o Tanggalkan jahitan jelujur. Tekan kelim di sebelah dalam mengikut arah jahitan. Kemudian tekan kelim supaya terbuka. o Buka kelim dan tekan rata Cara mengemas tepi belah kangkung ialah: Bentuk pucuk rebung Kelim betawi merupakan sejenis kelim yang kukuh dan halus KELIM BELAH KANGKUNG KELIM

KELIM BELAH KANGKUNG

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KELIM BELAH KANGKUNG

Kelim belah kangkung adalah sesuai untuk mencantum dua tepi yang lurus dan

melengkung serta digunakan untuk membuat belah pada pakaian

Ciri-ciri kelim belah kangkung:

o Rata dan terbuka

o Terdiri daripada sebaris jahitan di sebelah dalam pakaian

o Mata jahitan tidak kelihatan dari sebelah luar artikel

o Lebar kelim yang siap di jahit ialah 1.25 cm

Cara untuk menjahit kelim belah kangkung ialah :

o Temukan sebelah luar fabrik . Semat dan jelujur di garis pemadan

o Jahit mesin di garis pemadan

o Tanggalkan jahitan jelujur. Tekan kelim di sebelah dalam mengikut arah

jahitan. Kemudian tekan kelim supaya terbuka.

o Buka kelim dan tekan rata

Cara

mengemas tepi belah kangkung ialah:

Bentuk pucuk rebung

KELIM BELAH KANGKUNG

Page 2: KELIM BELAH KANGKUNG

Kelim betawi merupakan sejenis kelim yang kukuh dan halus

Kelim ini sesuai dijahit pada pakaian fabrik yang nipis atau mudah berjerumbai

seperti pakaian kanak-kanak dan blaus

Ciri-ciri kelim betawi :

o Mempunyai dua baris mata jahitan

o Lebar basi kelim yang siap dijahit ialah 4 mm hingga 6 mm.

o Tidak bergulung

Cara-cara menjahit kelim betawi :

o Temukan sebelah dalam fabrik. Semat dan

jelujur di garis pemadan

o Jahit mesin 4mm di luar garis pemadan.

Tanggalkan jahitan jelujur. Trim basi kelim

sehingga tinggal 2 mm dari jahitan mesin.

o Tekan kedua-dua basi kelim terbuka. Lipat

tepat di garis jahitan mesin. Semat, jelujur dan

jahit mesin di garisan pemadan. Tekan kelim

menghala kebelakang pemadan

KELIM BETAWI

Page 3: KELIM BELAH KANGKUNG

Lisu pemadan cekung dijahit dari bahagian tengah hingga kedua-dua hujung tirus.

Ianya sesuai untuk di buat pada bahagian pinggang baju ceongsam, kebaya atau

blaus yang mempunyai bentuk pinggang.

Cara-cara untuk menjahit lisu pemadan cekung ialah:

o Tandakan kedudukan lisu pemadan dengan peniti

o Temukan sebelah luar fabrik di garis pemadan

o Jahit mesin dari bahagian tengah ke satu bahgian

tirus. Tindihkan mata jahitan awal sepanjang 2 cm.

Kemudian jahit mesin kesatu hujung lagi

o Susupkan semua hujung benang

o Snipkan bahagian tengah lisu sehingga 5 mm dari garis jahitan untuk

meratakannya.

LISU PEMADAN CEKUNG

Page 4: KELIM BELAH KANGKUNG

Lisu pemadan cembung dijahit dari bahagian lebar menjurus ke bahagian tirus.

Ianya sesuai di jahit pada bahagian dada, bahu,siku, lubang lengan dan pinggang.

Cara-cara untuk menjahit lisu pemadan cembung ialah :

o Tandakan kedudukan lisu pemadan

o Temukan sebelah luar fabrik. Pastikan kedua-dua

garisan pemadan bertemu. Semat dan jelujur pada

garis pemadan

o Jahit mesin dari hujung yang lebar ke hujung yang

runcing di atas garis pemadan. Matikan jahitan dengan

menjahit 2 kali jahitan mesin pada bahgaian runcing

sepanjang 1.5 cm.

Untuk fabrik nipis dan jarang, tekan buka lisu dan kelimnya

di tengah-tengah

LISU PEMADAN CEMBUNG

Page 5: KELIM BELAH KANGKUNG

Kedut lepas ialah satu proses membahagikan satu bahagian fabrik supaya dapat

dipadankan dengan satu bahagian yang lebih kecil.

Kedut lepas dihasilkan dengan menarik benang dari dua baris jahitan untuk

membentuk lisu-lisu yang halus pada fabrik

Kedut lepas pada kebiasaannnya di buat pada garis pinggang, bahu atau skirt

mendatang, kepala lengan dan/atau hujung lengan dan ropol sebagai hiasan

Cara menjahit kedut lepas:

o Laraskan mata jahitan mesin ke saiz yang panjang

untuk fabrik sederhana tebal dan saiz yang sederhana

panjang untuk fabrik yang halus

o Dengan sebelah luar fabrik di atas , buat satu baris

jahitan mesin kira-kira 1 mm di atas garisan pemadan

dan sebaris lagi 6 mm di atasnya.

o Dengan sebelah luar fabrik bertemu, sematkan tepi

yang berjahit dengan tepi bahagian yang hendak

di cantum. Padankan bahagian tengah.

o Lilitkn kedua-dua benang di satu hujung pada peniti

dengan angka lapan.

o Untuk membuat kedut lepas pada sebahagian lagi buka

lilitan benang pada peniti dan tarik benang sehingga sama

padan dengan tepi yang bersebelahan.

o Di hujung yang satu lagi, terik kedua-dua benang s

gelendongsehingga sama padan dengan tepi yang

bersebelahan. Lilit hujung benang dengan kemas pada

peniti.

KEDUT LEPAS

Page 6: KELIM BELAH KANGKUNG

o Sama ratakan kedut lepas. Semat dengan peniti untuk

menetapkan

kedudukan

kedut lepas.

Kelim ialah cara menyambungkan/mencantumkan dua atau lebih kepingan fabrik. Ia juga digunakan untuk memberi bentuk dan stail pada pakaian.

Berikut adalah kegunaan kelim pada pengguna iaitu untuk: menyambungkan dua atau lebih kepingan fabrik mengukuh dan mengemaskan tepi fabrik memberi bentuk pada pakaian supaya lebih padan perhiasan

Pemilihan kelim yang dibuat bergantung kepada:

Jenis FabrikKelim yang hendak dijahit mestilah sesuai dengan jenis fabrik. Contohnya fabrik yang mudah berbulu, nipis dan halus sesuai dijahit dengan kelim betawi.

Jenis PakaianPakaian yang kerap dipakai dan selalu didobi memerlukan kelim yang lebih kukuh. Contohnya pakaian kanan-kanak. Selain daripada itu kelim papan mesin sesuai untuk kain jenis jeans tetapi tidak sesuai untuk gaun fabrik kapas.

Gaya dan kedudukan KelimSesuaikan jenis kelim dengan kedudukan kelim pada pakaian. Contohnya kelim betawi sesuai dijahit pada rusuk skirt atau blaus yang lurus

Jenis-jenis kelim

(i) Kelim Belah Kangkung(ii) Kelim Betawi(iii) Kelim Papan Mesin(iv) Kelim Papan Tangan(v) Kelim Lipat Tindih

KELIM

Page 7: KELIM BELAH KANGKUNG

Lisu pemadan dijahit pada fabrik yang rata untuk mendapatkan satu bentuk yang

tertentu mengikut lengkungan tubuh badan.

Lisu pemadan dijahit pada sebelah dalam pakaian dan meruncing ke arah

bahagian badan yang paling penuh.

Panjang dan lebar lisu pemadan pada sehelai pakaian ditentukan oleh saiz dan

ketinggian pemakai.

Ciri-ciri lisu pemadan ialah:

Rata

Tidak bergulung

Dijahit pada sebelah dalam pakaian

Mempunyai hujung yang runcing

Mata jahitannya tidak kelihatan di sebelah luar.

Terdapat dua jenis lisu pemadan :

Lisu pemadan cembung

Lisu pemadan cekung

LISU PEMADAN

Page 8: KELIM BELAH KANGKUNG

Penyudah tepi ialah sejenis proses jahitan yang digunakan untuk menyudahkan

jahitan yang digunakan untuk menyudahkan atau mengemaskan tepi pakaian

atau artikel kelengkapan rumah.

Tujuan dijahit penyudah tepi ialah:

o sebagai hiasan

o mengemas tepi fabrik yang berbulu

o melindungi tepi fabrik

Jenis penyudah tepi ialah:

o Kelepet

o Lapik

Penyudah tepi dapat dihias dengan renda, kun,ropol, dan sulaman hiasan.

PENYUDAH

Page 9: KELIM BELAH KANGKUNG

Ciri –ciri kelepet adalah seperti yang berikut:

o rata kedudukannya

o sama lebarnya pada keseluruhannya

o tidak mengelembung

Kegunaan kelepet ialah mengemaskan dan menyudahkan tepi pakaian atau

artikel

Ada dua jenis kelepet iaitu:

o Kelepet lurus : ianya di jahit secara lurus

o Kelepet melekung : ianya di jahit secara melengkung

KELEPET

Page 10: KELIM BELAH KANGKUNG

Langkah-langkah untuk menjahit kelepet lurus ialah:

o Buat lipatan pertama dengan lebar 5mm ke S.D pakaian

o Buat lipatan kedua selebar 5cm di garisan pemadan

o Jelujur, tekan seterika

dan ditetapkan

dengan salah satu

jahitan di bawah:

KELEPET

Page 11: KELIM BELAH KANGKUNG

Buat lipatan pertama dengan lebar 5mm ke S.D

Buat lipatan kedua di garisan pemadan (G.P)

Buat lisu kecil untuk menghilangkan gelembung, ratakan dengan jahitan sembat

Tetapkan kelepet dengan jahitan sembat susup

Tekan dan seterika kelepet

KELEPET MELENGKUNG

Page 12: KELIM BELAH KANGKUNG

Lapik ialah proses jahitan dengan menambah sekeping fabrik lain pada pakaian

atau artikel.

Kepingan fabrik dapat dipotong secara lurus atau berbentuk

Tujuan menjahit lapik adalah untuk:

o mengemas tepi

o dijadikan sebagai hiasan

Lapik sesuai di jahit pada:

o garis leher

o lubang lengan

o hujung lengan

o hujung seluar/skirt/baju

o kelepet skirt

o kolar

Ciri –ciri lapik yang baik adalah:

o lapik mestilah terletak rata

o cantuman lapik tidak berkedut dan beralur, serta tidak bergelembung

Lapik terbahagi kepada dua iaitu:

o Lapik lurus

LAPIK

Page 13: KELIM BELAH KANGKUNG

o Lapik berbentuk

Temukan S.L lapik dengan S.L pakaian

Semat dan jelujurkan di garisan pemadan

Jahit mesin di garisan pemadan dan trim basi kelim selebar 6 mm

Tekan dan seterika kelim supaya kelim terbuka

Buat lipatan pada hujung lapik

Terbalikkan lapik ke S.D pakaian

Tekan dan seterika dan jelujurkan

LAPIK

Page 14: KELIM BELAH KANGKUNG

Lipat tepi lapik ke S.D, jelujur dan tetapkan salah satu jahitan mesin