Upload
duongdang
View
228
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
GOTONG ROYONG PERDANA 5S TYT NAIK ‘INJIN PUPUT’
Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun
Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh
Puan Norlidah Datuk R.M Jasni
menaiki injin puput ke Pekan
Papar pada 4 Mei 2013 sempena
Pelancaran Pesta Sabah 2013.
Rombongan tersebut diketuai
oleh Pengurus Besar Jabatan
Keretapi Negeri Sabah, Tuan Haji
Mohd Zain Mohd Said dan
Pengerusi Lembaga Pelancongan
Sabah, Dato’ Seri Tengku Zainal
Adlin yang bergerak melalui
Stesen Keretapi Tg. Aru, pada jam
10.30 pagi, Selasa.
Tun Haji Juhar dan rombongan tiba
di sini dan disambut oleh Timbalan
Speaker DUN Sabah, Datuk Johnny
Mositun; Adun Pantai Manis,
Datuk Abdul Rahim Ismail dan
Pegawai Daerah, Iman Ali di
Stesen Keretapi Papar.
Tun Haji Juhar sempat beramah
mesra dengan masy arakat
setempat di sekitar Pekan Kinarut
semasa keretapi singgah di stesen
berkenaan.
Beliau disambut dan diring oleh
Ahli Parlimen Papar, Datuk
Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan
ADUN Kawang, Datuk Ghulam
Haidar Khan.
EDISI APRIL & MEI 2013
Volume 04 & 05 / 2013
Program gotong royong
Perdana 5S Jabatan
Keretapi Negeri Sabah
(JKNS) telah diadakan pada
21 April 2013 bertempat di
Perkarangan Ibu Pejabat
JKNS.
Program ini dijalankan
bersempena Sistem Amalan
Persekitaran Berkualiti 5S
yang merupakan salah satu
program Pengurusan Kualiti
yang dirancang di JKNS
untuk dilaksanakan pada
tahun 2013.
Acara ini dirasmikan oleh
Pengurus Besar JKNS, Tuan
Hj Mohd Zain Mohd Said
dan dihadiri oleh para
Ketua Bahagian serta
kakitangan JKNS yang
bertugas di Zon Tg Aru.
Tujuan program ini adalah
u nt u k m e l a k s a na ka n
langkah pertama 5 S iaitu
S E I R I ( s i s i h ) y a n g
b e r m a k s u d
mengasingkan barang-
barang yang tidak
diperlukan di tempat
k e r j a d a n
membuangkannya.
Langkah pertama SEIRI
ini dijalankan serentak
oleh enam (6) bahagian
yang ada di JKNS dan
s e t i a p b a h a g i a n
berperana n untuk
membersihkan pejabat
masing-masing.
‘Rail The Better Way To Travel’
Newsletter JKNS Jabatan Keretapi Negeri Sabah
Karung Berkunci 2047 88999 Kota Kinabalu
Tel : 088-254611 Fax : 088-236395
www.railway.sabah.gov.my @facebook/SabahRailwayDepartment
Majlis APC cum Railway Gala Nite 2013 akan
diadakan pada 21 Jun 2013 (Jumaat) di Grand
Ballroom, Shangri-La’s Tanjung Aru Resort &
Spa, Kota Kinabalu.
Kejohanan Futsal (Wanita) akan diadakan
pada 28 Jun 2013 bertempat di Jeselton Point
sementara Kejohanan Bola Sepak (Lelaki) akan
diadakan pada 29-30 Jun 2013 bertempat di Pa-
dang UMS, Kota Kinabalu sempena Sukan KPI.
Program Lawatan Ke Beijing & Tianjin, China
selama 8 hari 6 Malam pada Oktober 2013 anjur-
an Biro Rekreasi KESURI.
Akan
Datang
KEJOHANAN BOLA SEPAK INTERZONE JKNS
KEJOHANAN BADMINTON KPI
Pertandingan Kejohanan Badminton Antara Jabatan &
Agensi di bawah Kementerian Pembangunan
Infrastruktur (KPI) 2013 yang dianjurkan oleh Jabatan
Kerja Raya (JKR) telah diadakan pada 05 hingga 07
April 2013 bertempat di Dewan Badminton Kompleks
Sukan Likas, Kota Kinabalu dan dirasmikan oleh Yg.
Bhg. Datuk Felix Madan, Setiausaha Tetap KPI.
Terdapat enam (6) kategori yang dipertandingkan
iaitu kategori VIP (Lelaki), Lelaki Veteran (Umur 45
tahun ke atas), Wanita Veteran (Umur 40 tahun ke
atas), Bergu Lelaki dan Wanita, Campuran Terbuka
serta Campuran Veteran.
Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) telah
menghantar seramai 35 orang wakil yang diketuai
oleh Pengurus Besar JKNS, Tuan Haji Mohd Zain Mohd
bagi menyertai acara yang dipertandingkan.
Kejohanan Bola Sepak Interzone
Jabatan Keretapi Negeri Sabah
(JKNS) 2013 telah diadakan pada
28 April 2013 bertempat di
Padang B dan D SUKMA, Likas.
Pertandingan ini disertai oleh
empat (4) pasukan yang terdiri
daripada empat (4) zon iaitu Zon
Tanjung Aru, Papar, Beaufort dan
Tenom.
Berikut adalah senarai para
pemenang:-
Johan – Tg.Aru
Naib Johan – Tenom
Ketiga – Papar
Keempat– Beaufort
Sesi penyampaian hadiah telah
disempurnakan oleh Pengerusi
KESURI, Ir Tuan Hj Ismail Ahmad
kepada para pemenang. Tahniah
dan syabas diucapkan.
Jabatan Keretapi Negeri Sabah
Karung Berkunci 2047 88999 Kota Kinabalu
Tel : 088-254611 Fax : 088-236395
www.railway.sabah.gov.my @facebook/SabahRailwayDepartment
EDISI APRIL & MEI 2013 Volume 04 & 05 / 2013
KEJOHANAN BOWLING KPI Pertandingan Kejohanan Tenpin Bowling Antara
Jabatan & Agensi di bawah Kementerian Pem-
bangunan Infrastruktur (KPI) 2013 yang dianjurkan
oleh Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS)
telah diadakan pada 13 April 2013 bertempat di
CPS Bowl, Centre Point Sabah, Kota Kinabalu.
Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) menghantar
14 orang wakil yang diketuai oleh Pengurus Besar
JKNS, Tuan Haji Mohd Zain Mohd Said bagi menyer-
tai acara yang dipertandingkan iaitu Katogeri Indi-
vidu VIP (Ketua Jabatan dan Penolong), Individu
Lelaki dan Wanita serta Bergu Lelaki dan Wanita.
Secara keseluruhannya, Tuan Haji Mohd Zain Mohd
Said telah menjuarai (Johan) bagi Kategori VIP,
Encik Mohd Yusof Bin Alias juga telah mendapat
tempat sebagai Naib Juara Kategori Individu Lelaki
dan Puan Alizah @ Lily Yacob telah mendapat had-
iah Jatuhan Pin Terbanyak (Hi Game).
KEJOHANAN BOLA TAMPAR KPI
Pertandingan Kejohanan Bola
Tampar Antara Jabatan & Agensi
di bawah Kementerian Pem-
bangunan Infrastruktur (KPI)
2013 yang dianjurkan oleh Jab-
atan Pelabuhan Dan Dermaga
Sabah (JPDS) telah diadakan
pada 10 Mei 2013 hingga 11 Mei
2013 bertempat di Gelanggang
Bola Tampar, Kem Hanger Fairy-
land, Durian Tunjang, Wilayah
Persekutuan, Labuan.
Pihak Jabatan telah menghantar
seramai 50 orang peserta terma-
suk penyokong ke kejohanan
tersebut dan pihak Jabatan te-
lah mendapat tempat ketiga
(bersama) bagi kategori lelaki
dan wanita.
Jabatan Keretapi Negeri Sabah
Karung Berkunci 2047 88999 Kota Kinabalu
Tel : 088-254611 Fax : 088-236395
www.railway.sabah.gov.my @facebook/SabahRailwayDepartment
EDISI APRIL & MEI 2013 Volume 04 & 05 / 2013
PERHIMPUNAN HARI PEKERJA 2013
Pada 1 Mei 2013, Presiden
Kesatuan Pekerja-Pekerja Jab-
atan Keretapi Negeri Sabah iaitu
Encik Jamian Dom merangkap
Pengerusi Kongress Kesatuan
Sekerja di dalam Perkhidmatan
Awam Negeri Sabah (CUEPACS
SABAH) telah mengetuai rom-
bongan Ahli CUEPACS Sabah
menghadiri Perhimpunan Hari
Pekerja bagi tahun 2013 yang
diadakan di Negeri Sembilan.
Rombongan ini juga turut dis-
ertai oleh Presiden Kesatuan
Pekerja-Pekerja Jabatan Kerja
Raya, Encik Adamin Mok me-
rangkap Bendahari CUEPACS
Sabah, Presiden Kesatuan
Pekerja-Pekerja Jabatan Per-
tanian, Encik Danilo Batin dan
Setiausaha Sabah Medical
Service Union, Encik Lawrance
Vun merangkap Setiausaha
CUEPACS SABAH.
Hak Cipta Terpelihara
Diterbitkan oleh : Jawatankuasa ICT&Multimedia JKNS,
Segala Pandangan/kritikan sila emailkan kepada [email protected]/ [email protected]
ANDA MALAS? FAHAMI DAN ATASI pa? Persoalan ini sering dikemukakan apabila tu-
gasan/kerja yang diamanahkan tidak menetapi masa
dan hasilnya tidak memberangsangkan seperti yang
diharapkan.
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi indi-
vidu sebegini dan salah satu daripadanya adalah
pengaruh teladan negatif dari segi cara berfikir dan
cara bertindak yang sedia ada di dalam organisasi
tersebut.
Sama ada sedar atau tidak, cara berfikir di atas telah
membentuk sikap terhadap kerja. Kadang-kadang
individu ini tidak tahu apakah itu falsafah hidup,
prinsip atau pegangan hidup.
Kadang-kadang ia tumbuh kerana dipengaruhi oleh
sikap orang lain. Ia mungkin menyerap melalui in-
teraksi, pemerhatian, komunikasi dan proses pem-
belajaran.
Oleh itu, muhasabah diri, nilai diri adakah kita tergo-
long dalam golongan ‘pemalas’? Jika ya jawapannya,
kita masih ada masa untuk berubah dan atasinya
demi pembentukan sahsiah diri yang cemerlang dan
produktiviti kerjaya yang sempurna.
MALAS ialah sifat
n e g a t i f y a n g
m e n g h a l a n g
seseorang untuk
melakukan sesuatu
aktiviti. Ia juga
menjadi penghalang
kepada keberhasilan
sesuatu kerja dari sempurna dengan cemerlang.
Malas bukannya tidak pandai dan tidak pandai
bukannya malas. Tidak pandai boleh diajar. Tidak
cekap boleh dibiasakan. Begitu juga yang lemah
semangat boleh didorong, tetapi jika anda seorang
yang malas, ia adalah sifat negatif yang mencacat-
kan kerjaya.
Malas di peringkat kanak-kanak masih boleh diasuh
dan dididik supaya tidak menjadi tabiat. Namun, jika
sudah dewasa ia akan terus menguasai pemben-
tukan peribadi, malas boleh menjadi pemusnah dan
'musuh' kepada seseorang tanpa disedari.
Sifat malas juga sering bermaharajalela di kalangan
kakitangan di sektor awam mahupun swasta. Kena-
“Semulia-mulia manusia
ialah orang yang
mempunyai adab yang
merendah diri ketika
berkedudukan tinggi,
memaaf ketika berdaya
membalas dan bersikap
adil ketika kuat “~
Khalifah Abdul Malik Marwan
MUTIARA KATA
LAWATAN 5S KE IKM
Lawatan ‘Bench Mark’ AJK
Pelaksana 5S Jabatan Keretapi
Negeri Sabah ke Institut Kema-
hiran Mara (IKM), Sepanggar,
Kota Kinabalu telah diadakan
pada 16 Mei 2013.
Program lawatan yang diketuai
oleh Pengurus Besar JKNS, Tuan
Hj Mohd Zain Mohd Said dan
disertai oleh AJK Pelaksana 5S
(Induk/Zon) adalah bertujuan
untuk meninjau, mempelajari dan
melihat sendiri pelaksanaan Pro-
gram 5S yang dijalankan oleh
agensi lain yang dipilih oleh
MPC.
Lawatan yang bermula pada
pukul 2.00 petang ini telah be-
rakhir pada pukul 5.00 petang.