Upload
mohd-syamsul-mohd-syamsul
View
44
Download
6
Embed Size (px)
DESCRIPTION
suri tauladan Rasulullah
Citation preview
ISI KANDUNGAN
BIL
TAJUK M/S
01 PENGHARGAAN
02 PENGAKUAN
03 ARAHAN SOALAN
04 SOALAN PERTAMA
05 SOALAN KEDUA
06 SOALAN KETIGA
07 REFLEKSI DIRI
08 RUJUKAN
09 LAMPIRAN
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurnia serta izin-Nya, dapat juga saya lengkapkan kerja kursus Pendidikan Islam ini
dengan jayanya. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada Ustaz Mohd Rusli Bin Ismail kerana banyak memberi tunjuk ajar dan
dorongan serta nasihat sepanjang proses kerja kursus ini disempurnakan.
Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya yang memberikan saya
semangat serta dorongan untuk menyempurnakan tugasan ini. Kepada rakan-rakan
juga diucapkan ribuan terima kasih atas bantuan berupa idea serta tunjuk ajar bagi
menyempurnakan kerja kursus ini mengikut arahan yang ditetapkan. Mereka dengan
ikhlas berkongsi pengetahuan dengan saya.
Akhir sekali, terima kasih yang tidak terhingga kepada individu-individu
lain yang telah membantu sama ada secara langsung ataupun tidak langsung
sehingga terhasil dengan sempurnanya kerja kursus ini.
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya saya telah jelaskan sumbernya”.
……………………………………
(AG MOHD SYAMSUL BIN ROSLI)
04 APRIL 2013
1. Jelaskan istilah Ulum Al-Quran
Pengertian Ilmu
Secara dasarnya terdapat pelbagai pengertian yang telah diutarakan mengikut
pendapat masing-masing berdasarkan bidang yang mereka ceburi antaranya
bidang falsafah,usul,bahasa dan agama.
Menurut pandangan ahli falsafah mereka mengatakan bahawa ilmu sebagai
satu gambaran yang terhasil dari akal fikiran manusia dalam memperoleh
sesuatu perkara dalam pelbagai keadaan yang dihadapi dan ditempuhi. Ada pula
yang mengatakan ilmu sebagai sesuatu yang menguasai jiwa dan akal manusia
dalam memperoleh dan meneroka seseuatu perkara yang mereka kehendaki.
Dari sudut ahli usuluddin pula menerangkan ilmu sebagai suatu sifat yang
dengan memilikinya manusia dapat mencapai sesuatu tahap yang tinggi dalam
hidupnya dan dalam kerjayanya. Ada juga yang mengatakan bahawa ilmu
sebagai satu sifat yang memungkinkan seseorang menentukan dan memilih
sesatu tanpa was-was walaupun hanya menggunkan kurniaan pancaindera.
Golongan Materialis pula menyatakan ilmu adalah sesuatu yang dapat diyakini
dan dikesan menggunakan deria pancaindera. Sekiranya tidak sepertinya seperti
kepercayaan kepada alam ghaib dan perkara-perkara sam’iyat adalah tidak
boleh dianggap sebagai ilmu kerana tidak dapat dirasa dan dicapai melalui
pancaindera.
Manakala, menurut pendapat ahli bahasa ilmu merupakan sesuatu pengetahuan
yang hanya dimiliki atau dengan ilmu manusia mengetahui sesuatu yang
terdapat di alam ini.
Akhir sekali,dari perspektif ahli agama pula mendefinisikan ilmu sebagai sesatu
kemempuan manusia dalam usaha mengenali Allah demi membuktikan
kewujudan-Nya, serta perbuatan-Nya makhluk ciptaanya dan menyakinkannya di
dalam hati.
Secara kesimpulannya, dapatlah dirumuskan bahawa ilmu merupakan sesuatu
kemampuan yang ada pada diri manusia yang digunakan bagi mencapai
kehiduapan yang sejahtera di dunia dan akhirat serta digunakan bagi
membahaskan sesuatu yang dihadapi oleh manusia di dunia ini.
Perkataan ilmu disebut sebagai ULUM dari kalimah jamak iaitu ilmu-ilmu kerana
pelbagai dan banyakknya cabang ilmu yang terkandung dalam perbahasan ilmu
yang akan dibincangkan.
Pengertian Al-Quran
Al-Quran adalah kalamullah yang berbentuk mukjizat, diturunkan kepada Nabi
Muhammad s.a.w secara mutawatir melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s yang
ditulis di dalam mashaf dalam bahasa Arab yang merupakan suatu ibadat bagi
orang yang membacanya.
Pengertian ulumul Quran
Ulumul Quran adalah satu bidang perbahasan ilmu yang membahaskan aspek-
aspek yang berkaitan dengan Al-Quran .Antaranya ialah permulaan turunnya,
cara penurunan,tempat turunnya, masanya, pengumpulannya, penulisannya dan
peringkat-peringkatnya, kemukjizatannya, nasakh dan mansukh, muhkam dan
mutasyabih, perumpamaan-perumpamaan, tertib surah, tartil ayat dan
sebagainya.
Pengertian pada bahasa:
Perkataan Ulum adalah dalam lafaz jamak daripada perkataan ‘ilm. Ia
boleh ditakrifkan sebagai kefahaman muktamad yang menepati fakta
sebenar. Sementara pengertian al-Quran pula ditakrifkan sebagai kalam Allah
yang mu’jiz yang telah diturukan kepada nabi Muhammad, ditulis pada
mashaf, yang disampaikan secara mutawatirdan membacanya suatu ibadat.
Ulum Al-Quran ilmu segala ilmu yang berkaitan dengan Al-Quran.
Pengertian pada Istilah:
Ilmu yang membahaskan tentang Al-Quran, sama ada dari aspek
penurunannya, bacaannya, sejarah pengumpulannya, penyusunannya,
penulisan dan pentafsiran, I’jaz, nasikh mansukh,sebab-sebab turun ayat,
I’rab serta gharib al-Quran.
Zarqani:
Ilmu-ilmu yang mempelajari tentang Al-Quran itu sendiri, sama ada dari segi
penurunannya, pengumpulannya, pembukuannya, pembacaannya, pentafsirannya,
I’jaznya, nasikh dan mansukhnya dan semua perkara yang berkaitan dengan Al-
Quran.
Imam al-Suyuti:
Suatu bidang dan ruang lingkup ilmu yang membicarakan tentang al-Quran dari segi
penurunannya , sanadnya, adabnya, maknanya, lafaznya dan lain-lain yang
berkaitan dengannya.
Rumusannya:
Ungkapan Ulum Al-Quran membawa makna kefahaman sebenar berhubung dengan
al-Quranyang meliputi Asbab al-Nuzul, Ayat Makki dan Madani, Al-Nasakh dan Al-
Mansukh, cara bacaan, Pengumpulan, Penulisan dan berbagai aspek yang
berkaitan dengan Al-Quran.
BIDANG PERBAHASAN ULUMUL QURAN.
Sepertimana yang telah dijelaskan dalam pengertian ulum Al Quran, bidang
perbahasan ulum Al- Quran merupakan sesuatu yang sangat berkait rapat
dengan Al-Quran.Antara soalan yang meliputi perbahasan Ulum Al- Quran
adalah seperti berikut:-
1. Pengertian Al-Quran dan punca pengambilannya.
2. Perbahasan tentang cara penurunan Al-Quran yang bersifat qadim sejak azali
lagi.
3. Membincangkan persoalan sebab-sebab turun sesuatu ayat.
4. Membincangkan tentang ayat-ayat Makki dan Madani.
5. Membahaskanpersoalan ayat nasikh dan mansukh.
6. Perbincangan mengenai ayat-ayat muhkam dam mutasyabih.
7. Perbincangan mengenai ayat-ayat yang awal dan akhir diturunkan.
8. Perbahasan mengenai pengumpulan Al-Quran serta sejarahnya sejak zaman
sahabat hinggi zaman kini.
9. Membahaskan persoalan tafsir, takwil dan juga terjemahan serta hukum-
hukum melakukannya.
10.Persoalan wahyu dan cara-cara penurunannya dari Allah kepada Nabi
Muhammad s.a.w
11.Membincangkan beberapa objektif penurunan Al-Quran dan kemukjizatan Al-
Quran dan sebagainya.
PEMBAHAGIAN DAN CABANG-CABANG ULUMUL QURAN
Meskipun nama ilmu-ilmu yang menjadi pembahasan Ulumul Quran telah
disebutkan secara sepintas lalu, namun untuk lebih mengenalnya perlu
dikemukakan beberapa macam yang penting diketahui seorang yang hendak
menafsirkan atau menerjemahkan Alquran. Ilmu-ilmu Alquran pada dasarnya terbagi
ke dalam dua kategori. Pertama, ilmu riwayah, yaitu ilmu-ilmu yang hanya dapat
diketahui melalui jalan riwayat, seperti bentuk-bentuk qiraat, tempat-tempat turunnya
Alquran, waktu-waktu turunnya. Kedua, ilmu dirayah, yaitu ilmu-ilmu yang diketahui
melalui jalan perenungan, berpikir, dan penyelidikan, seperti mengetahui pengertian
lafal yang gharib, makna-makna yang menyangkut hukum, dan penafsiran ayat-ayat
yang perlu ditafsirkan.
Menurut Hasbi Ash-Shiddieqy, ada tujuh belas ilmu-ilmu Alquran yang terpokok.[46]
Ilmu Mawathin al-Nuzul
Ilmu ini menerangkan tempat-tempat turunnya ayat, masanya, awalnya, dan
akhirnya. Di antara kitab yang membahas ilmu ini adalah Al-Itqan fi ‘Ulum al-Qur’an
karya Al-Suyuthi.
Ilmu Tawarikh al-Nuzul
Ilmu ini menerangkan masa turunnya ayat dan urutan turunnya satu persatu, dari
permulaan turunnya sampai akhir serta urutan turun surah dengan sempurna.
Ilmu Asbab al-Nuzul
Ilmu ini menjelaskan sebab-sebab turunnya ayat. Di antara kitab yang penting
dalam hal ini adalah kitab Lubab al-Nuqul karya Al-Suyuthi. Namun, perlu diingat
bahwa banyak riwayat dalam kitab ini yang tidak sahih.
Ilmu Qiraat
Ilmu ini menerangkan bentuk-bentuk bacaan Alquran yang telah diterima dari
Rasul SAW. Ada sepuluh qiraat yang sah dan beberapa macam pula yang tidak sah.
Tulisan Alquran yang beredar di Indonesia adalah menurut qiraat Hafsh, salah satu
qiraat yang ke tujuh. Kitab yang paling baik untuk mempelajari ilmu ini adalah Al-
Nasyr fi al-Qiraat al-Asyr karangan Imam Ibn al-Jazari.
Ilmu Tajwid
Ilmu ini menerangkan cara membaca Alquran dengan baik. Ilmu ini menerangkan
di mana tempat memulai, berhenti, bacaan yang panjang dan yang pendek, dan
sebagainya.
Ilmu Gharib Alquran
Ilmu ini menerangkan makna kata-kata yang ganjil dan tidak terdapat dalam
kamus-kamus bahasa Arab yang biasa atau tidak terdapat dalam percakapan
sehari-hari. Ilmu ini berarti menjelaskan makna kata-kata yang pelik dan tinggi. Di
antara kitab penting dalam ilmu ini adalah Al-Mufradat li Alfaz al-Qur’an al-Karim
karangan Al-Raghib al-Ashfahani. Kitab ini sangat penting bagi seorang mufassir
atau penerjemah Alquran.
Ilmu I’rab Alquran
Ilmu ini menerangkan baris kata-kata Alquran dan kedudukannya dalam susunan
kalimat. Di antara kitab penting dalam ilmu ini adalah Imla’ al-Rahman karangan Abd
al-Baqa al-Ukbari.
Ilmu Wujuh wa al-Nazair
Ilmu ini menerangkan kata-kata Alquran yang mengandung banyak arti dan
menerangkan makna yang dimaksud pada tempat tertentu. Ilmu ini dapat dipelajari
dalam kitab Mu’tarak al-Aqran karangan Al-Suyuthi.
Ilmu Ma’rifah al-Muhkam wa al- Mutasyabih
Ilmu ini menjelaskan ayat-ayat yang dipandang muhkam (jelas maknanya) dan
yang mutasyabih (samar maknanya, perlu ditakwil). Salah satu kitab menyangkut
ilmu ini ialah Al-Manzumah al-Sakhawiyah karangan Al-Sakhawi.
Ilmu Nasikh wa al-Mansukh
Ilmu ini menerangkan ayat-ayat yang dianggap mansukh (yang dihapuskan) oleh
sebagian para mufassir. Di antara kitab-kitab yang membahas hal ini adalah Al-
Nasikh wa al-Mansukh karangan Abu Ja’far al-Nahhas, Al-Itqan karangan Al-
Suyuthi, Tarikh Tasyri’ dan Ushul al-Fiqh karangan Al-Khudhari.
Ilmu Badai’ Alquran
Ilmu ini bertujuan menampilkan keindahan-keindahan Alquran dari sudut
kesusastraan, keanehan-keanehan, dan ketinggian balaghahnya. Al-Suyuthi
mengungkapkan yang demikian dalam kitabnya Al-Itqan dari halaman 83 s/d 96
dalam jilid II.
Ilmu I’jaz Alquran
Ilmu ini menerangkan susunan dan kandungan ayat-ayat Alquran sehingga dapat
membungkemkan para sastrawan Arab. Di antara kitab yang membahas ilmu ini
adalah I’jaz al-Qur’an karangan Al-Bagillani.
Ilmu Tanasub Ayat Alquran
Ilmu ini menerangkan penyesuaian dan keserasian antara suatu ayat dan ayat
yang di depan dan yang di belakangnya. Di antara kitab yang memaparkan ilmu ini
ialah Nazm al-Durar karangan Ibrahim al-Biqa’i.
Ilmu Aqsam Alquran
Ilmu ini menerangkan arti dan maksud-maksud sumpah Tuhan yang terdapat
dalam Alquran. Ibn al-Qayyim telah membahasnya dalam kitabnya Al-Tibyan.
Ilmu Amtsal Alquran
Ilmu ini menerangkan maksud perumpamaan-perumpamaan yang dikemukakan
Alquran. Al-Mawardi telah membahasnya dalam kitabnya berjudul Amtsl al-Qur’an.
Ilmu Jidal Alquran
Ilmu ini membahas bentuk-bentuk dan cara-cara debat dan bantahan Alquran
yang dihadapkan terhadap kaum Musyrik yang tidak bersedia menerima kebenaran
dari Tuhan. Najmuddin telah mengumpulkan ayat-ayat yang menyangkut ilmu ini.
Ilmu Adab Tilawah Alquran
Ilmu ini merupakan tata-cara dan kesopanan yang harus diikuti ketika membaca
Alquran. Imam Al-Nawawi telah memaparkan dalam kitabnya berjudul kita Al-Tibyan.
FAEDAH MEMPELAJARI ILMU ULUMUL QURAN
Mempelajari serta mendalami Ulum al-Quran menyumbang faedah yang amat
besar kepada setiap individu dan masyarakat. Lantaran itu juga, ilmu ini juga amat
penting dipelajari oleh umat Islam kerana manfaatnya yang begitu besar demi
kepentingan syiar Islam. Atas dasar itu, mengetahui dan mendalami ilmu ini akan
member jaminan kefahaman yang tinggi bagi mengetahui kandungan yang terdapat
dalam Al-Quran.Antaranya:
1. Dapat menguasai berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan yang terdapat dalam
al-Quran.
2. Dapat menambahkan keyakinan kepada pengkaji al-Quran bahawa ia merupakan
sebuah kitab suci daripada Allah dan bukannya ciptaan manusia.
3. Dapat mengetahui sejarah dan perkembangan al-Quran semenjak ia diturunkan
sampai sekarang dimana jalan penyampainnya adalah secara mutawatir.
4. Dapat membantu pengkaji untuk memahami kandungan al-Quran serta
mengeluarkan hukum daripadanya.
5. Dapat mempelajari ilmu serta ayat Nasikh dan Mansukh, Asbab al-Nuzul dan
perkara yang berkaitan dengan al-Quran.
6. Untuk memahami kalam Allah atau al-Quran sebagaimana yang diterangkan oleh
Rasulullah, para sahabat dan tabi’in.
7. Untuk mengetahui kaedah ahli Tafsir mentafsir al-Quran.
8. Mengetahui keistimewaan ahli Tafsir dalam mentafsir ayat-ayat al-Quran.
9. Dapat mentafsir al-Quran dengan baik.
KEISTIMEWAAN ULUMUL QURAN
Dengan mempelajari ulumul quran,kita dapat meneguhkan keimanan terhadap keagungan al-Quran sebagi kalam Allah,bukannya kalam makhlukNya yang dhaif
semata-mata. Hal ini dapat dibuktikan melalui pembelajaran dalam bidang ikjazul
quran terutamanya. Selain itu,kita juga dapat mengamalkan dan menghayati al-Quran dan bukannya hanya sekadar membaca sahaja.
Membaca ayat al-Quran dan memahami makna literalnya sahaja tidak memadai
untuk mendapat kenikmatan dan keasyikan dalam menghayati maksud sebenar ayat
al-Quran tersebut. Maka, dengan mempelajari ulumul quran terutamanya dalam
bidang tafsir al-Quran dapat menjadikan kita hamba Allah yang hidup berpandukan
al-Quran dan berusaha berakhlak seperti akhlak yang dianjurkan dalam al-Quran.
Seterusnya, kita dapat menolak kekeliruan tentang al-Quran sebab kita telah memahami al-Quran dengan betul. Akhir sekali,kita juga dapat mengambil iktibar daripada kehebatan para ulama mengkaji al-Quran seperti Ibnu Abbas dan
Mujahid pentafsir ulung al-Quran yang masih disebut-sebut hingga kini.
MATLAMAT MEMPELAJARI ULUMUL QURAN
Melalui pembelajaran ulumul quran, kita dapat menguatkan jati diri dan pegangan melalui keyakinan terhadap al-Quran. Kita tidak akan begitu mudah sekali
terpengaruh dengan anasir-anasir jahat yang saban hari menyerang kita kerana kita
miliki benteng iman yang kuat dalam diri kita tentang iktikad iman kita terhadap
agama Allah serta keyakinan yang mantap dan tidak berbelah bagi terhadap janji-
janji Allah yang terdapat di dalam al-Quranul karim. Tambahan lagi,kita juga dapat melatih kekuatan daya ingatan melalui penghafalan al-Quran. Penghafalan al-
Quran ini boleh diibaratkan akar segala ilmu. Hal ini demikian kerana, orang-orang
yang menghafal al-Quran akan mudah mempelajari apa-apa sahaja ilmu. Di
samping itu,kita dapat melatih minat membaca dan mengkaji ilmu-ilmu Islam berdasarkan al-Quran seperti ilmu Makki Madani dan Nasakh Mansukh. Dengan
mempelajari ilmu-ilmu tersebut,secara tidak langsung kita telah melatih diri agar
beriltizam dengan disiplin dan kaedah pembelajaran. Akhir sekali,dengan mendalami
ilmu bahasa Arab, bahasa al-Quran, kita dapat melatih otak kita berfikir secara kreatif dan kritis melalui pemerhatian terhadap perbahasan ulum al-Quran.
ULUMUL QURAN PADA ZAMAN NABI
Setelah Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu dari Allah S.W.T menerusi
perantaraan malaikat Jibril.Lantaran itu, baginda terus menghafal dan
menghazamkan segala maksud dan tujuan wahyu tersebut mengikut apa yang telah
diwahyukan. Selepas itu, baginda segera menyampaikannya kepada para sahabat
dan umat Islam serta memerintahkan dituliskan wahyu tersebut pada mana-mana
tempat supaya tidak hilang.
Tidak dapat dinafikan lagibaginda dan para sahabat serta umat Islam arif
wahyu Allah ini dalam semua aspeknya,namun begitu pengetahuan mereka tidaklah
disusun dengan baik sebab semuanya bercampur dalam pemikiran mereka. Hal ini
dapat digambarkan bahawa ilmu ulumul quran tidak wujud dan penting pada zaman itu.Memang benar Baginda pernah melarang para sahabat daripada menulis wahyu
tersebut keran khuatir ianya bercampur baur dengan masalah dunia.Hal ini amat
khuatir kerana susah untuk membezakannya pada suatu hari nanti.Sebagaimana
sabda Nabi s.a.w mafhumnya:
Jangan kamu tulis daripadaku selain al-Quran, barangsiapa yang telah menulisnya
maka padamkannya, ceritakanlah daripadaku tidak mengapa.Barangsiap
membuatpembohongan ke atasku dengan sengaja maka ambillah tempatnya di
dalam api neraka.
Tambahan pula, umat Islam tidak lagi memerlukan perbahasan khusus mengenai al-Quran dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.Hal ini
kerana, para sahabat telah tahu dan faham mengenainya dan sekiranya mereka
menemui masalah, mereka boleh terus merujuknya kepada Nabi s.a.w untuk
menjelaskan persoalan mereka.
Memang tidak dinafikan lagi bahawa masalah yang dihadapi ketika itu ialah
kekurangan kemudahan alat-alat penulisan. Menjadikan ilmu ini tidak penting dan
tidak berkembang. Hal ini juga ditambah dengan kurangnya bilangan umat Islam yang pandai menulis. Sedangkan mashaf al-Quran itu sendiri ditulis pada pelepah-
pelepah tamar, kulit-kulit binatang dan juga atas batu-batu yang berselerak di tempat
yang terpelihara.
Akhir sekali, penurunan al-Quran secara beransur-ansur turut
mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan ilmu ini kerana tidak mungkin
dapat dibahaskan ilmu-ilmu tersebut sedangkan al-Quran sendiri belum selesai diturunkan atau diterima oleh Nabi s.a.w dan umat Islam. Setelah keseluruhan
wahyu ini diturankan,umat Islam menemui masalah dan memerlukan pembaharuan
dilakukan keatas kumpulan-kumpulan wahyu tersebut. Dengan itu bermulalah
ulumul Quran sebagai perbahasan ilmu yang tersendiri.
ULUMUL QURAN PADA ZAMAN SAHABAT
Sejak kewafatan baginda Nabi s.a.w Islam telah diterajui oleh khulafa ar-
Rasyidin dan kemudian kerajaan-kerajaan Islam yang lain kerana perkembangan
imlu-ilmu termasuklah ulumul Quran memnuhi segala keperluan hidup umat Islam
pada masa tersebut.
Antara berapa sebab mengapa para sahabat mengasaskan dan mengembangkan
ilmu ini ialah:-
1. Wilayah Islam semakin luas keran semakin bertambahnya umat Islam
bukan arab yang sukar memahami bahasa Arab yang mempunyai
kesusasteraan yang tinggi lebih-lebih algi kalam Allah yang terdapat
dalam al-Quran.
2. Berkembangnya minat umat Islam terhadap ilmu yang terhasil dari
saranan dan cabran al-Quran agar umat Islam mencari dan
memperkembangkan ilmu pengetahuan.
3. Terdapatnya banyak rahsia yang terdapat dalam al-Quran yang masih
tersimpul dan tersembunyi. Atas dasar itu, para ulama terus menulis
dan mencungkil rahsia-rahsia yang lahir dari pelbagai ilmu yang
terdapata dalam ulumul Quran.
4. Semangat kesungguhan dan kerajinan umat Islam dan tanggungjawab
mereka terhadap Islam yang suci murni bagi meninggalkan suatu
warisan ilmu kepada generasi akan datang.
5. Wujudnya perbezaan dan perselisihan pendapat ulama mengenai al-
Quran dalam semua apek. Hal ini menyebabkan adanya usaha bagi
menjelaskan segala bentuk perselisihan tersebut bagi menghasilakn
ulumul Quran.
Setelah kewafatan Nabi berlaku keingkaran uamt Islam dengan undang-
undang Islam.Antaranya, mereka ingkar membayar zakat lalu pemerintah
Islam mengistiharkan perang bagi melaksanakan kewajiapn Islam.
Peperangan yang berlaku telah mengorbankan sebahagian umat Islam
termasuk para hafiz.
Pada zaman khalifaan Abu Bakar dan Umar, ilmu Al-quran masih diriwayatkan melalui penuturan secara lisan.Ketika Abu Bakar Shiddiq menjadi
khalifah terjadi pertempuran yang sangat sengit antara kaum muslimin dengan
pengikut Musailamah al-Kadzab yang menimbulkan banyak korban. Di pihak
muslimin ada tujuh puluh penghafal Alquran yang gugur, sehingga Umar bin Khattab
mengusulkan kepada Abu Bakar untuk menuliskan Alquran dalam satu mushaf.
Pada mulanya Abu Bakar merasa ragu untuk menerima usul Umar tersebut dan
memerintahkan Zaid bin Tsabit untuk menuliskan Al-quran dalam bentuk mushaf.
Ketika di zaman Utsman di mana orang Arab mulai bergaul dengan orang-
orang bukan Arab, pada saat itu Utsman memerintahkan supaya kaum muslimin
berpegang pada mushaf induk dan membuat reproduksi menjadi beberapa buah naskah untuk dikirim ke daerah-daerah. Bersamaan dengan itu ia
memerintahkan supaya membakar semua mushaf lainnya yang ditulis orang
menurut caranya masing-masing.
Di zaman Khalifah Utsman wilayah Islam bertambah luas sehingga terjadi
perbauran antara penakluk Arab dan bangsa-bangsa yang tidak mengetahui bahasa
Arab. Keadaan demikian menimbulkan kekhawatiran sahabat akan tercemarnya
keistimewaan bahasa Arab dari bangsa Arab. Bahkan dikhawatirkan akan terjadinya
perpecahan di kalangan kaum Muslimin tentang bacaan Alquran yang menjadi
standar bacaan bagi mereka. Untuk menjaga terjadinya kekhawatiran itu, disalinlah dari tulisan-tulisan aslinya sebuah Alquran yang disebut Mushhaf Imam.
Dengan terlaksananya penyalinan ini maka berarti Utsman telah meletakkan suatu
dasar Ulumul Qur’an yang disebut Rasm al-Qur’an atau Ilm al Rasm al-Utsmani.
Di masa Ali bin Abu Thalib terjadi perkembangan baru dalam bidang ilmu
Alquran. Karena banyaknya melihat umat Islam yang berasal dari bangsa non-Arab,
kemerosotan dalam bahasa Arab, dan kesalahan dalam pembacaan Alquran, Ali
menyuruh Abu al-Aswad al-Duali (w.63 H.) untuk menyusun kaidah-kaidah bahasa
Arab. Hal ini dilakukan untuk memelihara bahasa Arab dari pencemaran dan
menjaga Al-quran dari kesalahan pembacanya. Tindakan khalifah Ali ini dianggap
perintis bagi lahirnya ilmu Nahwu dan I’rab Alquran.
ULUMUL QURAN PADA MASA KINI
Selepas sahaja abad ke-9 kita dapati bahawa ulama Islam semakin
berkurang untuk berkecimpung bagi menambahkan lagi koleksi kitab-kitab dalam
ilmu ulumul Quran sehinggalah abad ke-12. Dalam abad ini terbitlah buku yang
bernama At-Tibyan fi Ulumul Quran oleh As-Syeikh Muhammad Abu Daqiqah.
Selain itu As-Syiekh Muhamad Mustafa al-Maraghi dengan kitabnya Maslatun fi Turjumatil Quran. Sementara Kitab An-Naba’ al-Adzim telah dikarang oleh As-
Syeikh Muhamad Abdullah Daraz. Sebuah lagi kitab bernama Kitab Manahilul Irfan fil UlumulQuran oleh Mohamad Abd Adzim az-Zarqoni.Semua kitab di atas adalah
karangan-karangan pada kurun yang terakhir. Walaupun tidak terdapat lagi kitab-
kitab ternama sesudah kitab-kitab tersebut namun umat Islam tetap sentiasa
menyelidiki dan membuat kajian dalam topik-topik tertentu berdasarkan tingalan
ulama tersebut.
PERKEMBANGAN ULUMUL QURAN PADA MASA TADWIN (PENULISAN ILMU)
Setelah berakhirnya zaman khulafa ar-Rasyidin, timbul zaman Bani
Umayyiah. Kegiatan para sahabat dan Tabi’in terkenal dengan usaha-usaha mereka
yang tertumpu pada penyebaran ilmu-ilmu Alquran melalui jalan periwayatan dan
pengajaran secara lisan, bukan melalui tulisan atau catatan. Kegiatan-kegiatan ini
dipandang sebagai persiapan bagi masa pembukuannya. Orang-orang yang paling
berjasa dalam periwayatan ini adalah; khalifah yang Empat, Ibn Abbas, Ibn Mas’ud,
Zaid ibn Tsabit, Abu Musa al-Asy’ari, Abdullah ibn al-Zubair dari kalangan sahabat.
Sedangkan dari kalangan Tabi’in ialah Mujahid, ‘Atha, ‘Ikrimah, Qatadah, Al-Hasan
al-Bashri, Sa’id ibn Jubair, dan Zaid ibn Aslam di Madinah. Dari Aslam ilmu ini
diterima oleh putranya Abdul Rahman bin Zaid, Malik ibn Anas dari generasi Tabi’i
al-tabi’in. Mereka ini semua dianggap sebagai peletak batu pertama bagi apa yang
disebut ilmu tafsir, ilmu asbab al-nuzul, ilmu nasikh dan mansukh, ilmu gharib
Alquran dan lainnya.
Kemudian, Ulumul Quran memasuki masa pembukuannya pada abad ke-2 H.
Para ulama memberikan prioritas perhatian mereka terhadap ilmu tafsir kerana
fungsinya sebagai Umm al-‘Ulum al-Qur’aniah (Induk Ilmu-ilmu Al-quran). Para
penulis pertama dalam tafsir adalah Syu’bah Ibn al-Hajjaj, Sufyan ibn Uyaynah, dan
Waqi’ Ibn al-Jarrah. Kitab-kitab tafsir mereka menghimpun pendapat-pendapat
sahabat dan tabi’in.
Pada abad ke-3 menyusul tokoh tafsir Ibn Jarir al-Thabari (wafat pada tahun
310 H.). Al-Thabari adalah mufassir pertama membentangkan bagi berbagai
pendapat dan mentarjih sebagiannya atas lainnya. Ia juga mengemukakan i’rab
dan istinbath (penggalian hukum dari Alquran). Di abad ke-3 ini juga lahir ilmu asbab
al-nuzul, ilmu nasikh dan mansukh, ilmu tentang ayat-ayat Makkiah dan Madaniah.
Guru Imam al-Bukhari, Ali Ibn al- Madini mengarang asbab al-nuzul; Abu Ubaid al-
Qasim Ibn Salam (wafat pada tahun 224 H.) mengarang tentang nasikh dan
mansukh, qirrat dan keutamaan-keutamaan Alquran. Muhammad Ibn Ayyub al-
Dharis menulis tentang kandungan ayat-ayat yang turun di Mekkah dan
Madinah[24]; Muhammad Ibn Khalaf Ibn al-Mirzaban (w. 309 H) mengarang kitab al-
Hawi fi ’Ulum al-Qur’an.[25]
Di abad ke-4 lahir ilmu gharib al-Qur’an dan beberapa kitab Ulumul Quran.
Di antara tokoh-tokoh Ulumul Quran ini ialah Abu Bakar Muhammad Ibn al-Qasim al-
Anbari (w. 328 H.) dengan kitabnya ‘Ajaib ulum al-Qur’an. Di dalam kitab ini al-
Anbari berbicara tentang keutamaan-keutamaan Alquran, turunnya atas tujuh huruf,
penulisan mushhaf-mushhaf, jumlah surah, ayat, dan kata-kata Alquran. Abu al-
Hasan al-Asy’ari (w. 324 H.) mengarang al-Mukhtazan fi’ulum al-Qur’an (Yang
Tersimpan di Dalam Ilmu Alquran), kitab yang berukuran besar sekali. Abu Bakar al-
Sijistani mengarang Grarib al-Qur’an; Abu Muhammad al-Qashshab Muhammad Ibn
Ali al-Kharkhi (wafat pada tahun 360 H.) mengarang Nukat al-Qur’an al-Dallah ’ala al-Bayan fi Anwa’ al-‘Ulum wa al-Ahkam al-Munbiah ’an Ikhtilaf al-Anam(Titik-
Titik Alquran Menunjukkan Kejelasan Tentang Berbagai Ilmu dan Hukum yang
Memberitakan Perbedaan Pikiran Insani) dan Muhammad Ibn Ali al-Adfawi (wafat
pada tahun 388 H.) mengarang Al-istghna’ fi ’Ulum al-Qur’an (Kebutuhan Akan Ilmu
Alquran).
Di abad ke-5 muncul pula beberapa tokoh ilmu qirrat, di antaranya ialah Ali
Ibn Ibrahim Ibn Sa’id al-Hufi mengarang Al-Burhan fi ’Ulum al-Qur’an dan i’rab al-Quran. Abu Amral-Dani (wafat pada tahun 444 H.) menulis kitab Al-Taisir fi al-Qiraat al-Sab’i dan Al-Mukham fi al-Nuqath. Dalam abad ini juga lahir ilmu amtsal
al-Qur’an yang di antara lain dikarang oleh Al-Mawardi (wafat pada tahun 450 H.).
Pada abad ke-6, di samping banyak ulama yang melanjutkan pengembangan
ilmu-ilmu Alquran yang telah ada, lahir pula ilmu mubhamat al-Qur’an. Abu al-Qasim
Abd al-Rahman al-Suhaili (wafat pada tahun 581 H.) mengarang Mubhamat al-
Qur’an. Ilmu ini menerangkan lafal-lafal Alquran yang maksudnya apa dan siapa
tidak jelas. Misalnya kata rajulun (seorang lelaki) atau malikun (seorang raja). Ibn al-
Jauzi ( wafat pada tahun 597 H.) menulis kitab Funun al-Afnan fi’Ajaib al-Qur’an
dan kitab Al-Mujtaba fi ’Ulum Tata’allaq bi al-Qur’an.
Pada abad ke-7 Abd al-Salam yang terkenal dengan sebutan Al-‘Izz (w. 660 H.)
mengarang kitab Majaz al-Qur’an. ’Alam al-Din al-Sakhawi (wafat pada tahun 643
H.) mengarang tentang qirrat. Ia menulis kitab Hidayah al-Murtab fi al-Mutasyabih yang terkenal dengan nama Al-Sakhawiyah. Abu Syamah Abd al-Rahman Ibn Ismal
al-Maqdisi (wafat pada tahun 665 H.) menulis kitab Al-Mursyid al-Wajiz fi ma Yata’allaq bi al-Qur’an al-‘Aziz.
Pada abad ke-8 muncul beberapa ulama yang menyusun ilmu-ilmu baru
tentang Al-quran. Sementara itu penulis tentang kitab-kitab tentang ilmu-ilmu
sebelumnya telah lahir terus berlangsung. Ibn Abi al-Ishba’ menulis tentang
badai’al-Qur’an. Ilmu ini membahas keindahan bahasa dalam Alquran. Ibn al-
Qayyim ( wafat pada tahun 752 H.) menulis tentang Aqsam Al-quran. Ilmu ini
membahas tentang sumpah-sumpah Alquran. Najmuddin al-Thufi (wafat pada tahun
716 H.) menulis tentang Hujaj Al-quran. Ilmu ini membahas tentang bukti-bukti yang
dipergunakan Al-quran dalam menetapkan suatu hukum. Abu al-Hasan al-Mawardi
menyusun ilmu amtsal Al-quran. Ilmu ini membahas tentang perumpamaan-
perumpamaan yang ada dalam Al-quran. Kemudian Badruddin al-Zarkasyi (wafat
pada tahun 794 H.) menyusun kitabnya Al-Burhan fi ’Ulum al-Qur’an.
Pada abad ke-9, muncul beberapa ulama yang meneruskan perkembangan
ilmu-ilmu Al-quran. Jalaluddin al-Bulqini, menyusun kitabnya Mawaqi’ al-‘Ulum min Mawaqi’al-Nujum. Menurut al-Suyuthi, Al-Bulqini dipandang sebagai ulama yang
mempelopori penyusunan Ulumul Quran yang lengkap. Sebab dalam kitabnya
mencakup 50 macam ilmu Alquran. Muhammad ibn Sulaiman al-Kafiaji, mengarang
kitab Al-Tafsir fi Qawa’id al-Tafsir. Di dalamnya diterangkan makna tafsir, takwil,
Al-quran, surah dan ayat. Di dalamnya juga diterangkan tentang syarat-syarat
mentafsirkan Alquran. Jalaluddin al-Suyuthi (wafat pada tahun 991 H.) menulis kitab al-Tahbir fi’Ulum al-Tafsir. Penulisan kitab ini selesai pada tahun 873 H. Kitab ini
memuat 102 macam-macam ilmu Alquran. Karena itu, menurut sebagian ulama,
kitab ini dipandang sebagai kitab Ulumul Quran yang paling lengkap. Namun Al-
Suyuthi belum merasa puas dengan karya yang monumental ini sehingga ia
menyusun lagi kitab Al-Itqan fi ’Ulum Al-Qur’an.
Di dalamnya dibahas 80 macam ilmu-ilmu Alquran secara padat dan
sistematis. Menurut Al-Zarqani, kitab ini sebagai pegangan kitab bagi para peneliti
dan penulis dalam ilmu ini. Setelah wafatnya Imam Al-Suyuthi pada tahun 991 H.,
seolah perkembangan karang-mengarang dalam Ulumul Quran sudah mencapai
puncaknya sehingga tidak terlihat munculnya penulis yang memiliki kemampuan
seperti kemampuannya. Keadaan seperti ini dapat terjadi sebagai akibat meluasnya
sikap taklid yang dalam sejarah perkembangan ilmu-ilmu agama umumnya mulai
berlangsung setelah masa Al-Suyuthi. Hal yang demikian berlangsung sejak
wafatnya Iman Al-Suyuthi hingga akhir abad ke-13 H.
Abad ke-10, boleh dikatakan adalah abad kemunduran kerana hanya seorang
penulis yang aktif mengarang, iaitu Imam Jalaluddin Al-Suyuthi yang mengarang
enam kitab antara lain Tanasubud Durar fi Tanasubis Suwar, at-Tahbir fi ‘Ulumit Tafsir, al-Itqan fi ‘Ulumil Qur’an yang terdiri dari dua juz dalam satu jilid, ad-Durral Mantsur fit Tafsiri bil Ma’tsur yang terdiri dari delapan jilid, Lubudun Nuqul fi Asbabin Nuzul, dan Thabaqatul Mufassirin. Kitabnya yang lain, Turjuman Al-Qur’an fi Tafsir Al-Musnad, Al-Suyuti mengumpulkan hadis-hadis
yang menafsirkan Al-quran. Sayangnya, kitab ini belum ditemukan sampai sekarang.
Sejak penghujung abad ke-13 H., sampai saat ini perhatian para ulama
penyusunan terhadap kitab-kitab Ulumul Quran bangkit kembali. Kebangkitan
kembali terhadap Ulumul Quran ini bersamaan dengan kebangkitan modern dalam
perkembangan ilmu-ilmu agama lainnya.
Di antara ulama yang menulis tentang Ulumul Quran di abad ini adalah
Syeikh Thahir al-Jazairi dengan kitabnya Al-Tiban li ba’dh al Mabahits al-Muta’alliqah bi’ al-Qur’an . Muhammad Jalaludin al Qasimi (wafat pada tahun 1332
H.) menulis kitab Mahasin al-Takwil. Jihad pertama dari kitab ini di khususkan bagi
pembahasan Ulumul Quran. Muhammad Abd al-Azim al-Zarqani menyusun Manahil al-Irfan fi’ulum al-Qur’an. Muhammad Ali Salamah menulis Manhaj al-Furqan fi’ Ulum al-Qur’an. Syeikh Tanthawi mengarang Al-Jawa-hir fi Tafsir al-Qur’an al-Karim. Mushthafa Shadiq al-Rafi’i menulis i’jaz al-Qur’an. Sayyid Quthub menulis
Al-Thashwir al-Fanni fi al-Qur’an dan Fizilal al-Qur’an. Malik Ibn Nabi menulis Al-
Zawahir al-Qur’aniah. Kitab ini memuat pembahasan yang baik sekali dalam banyak
persoalan Ulumul Quran. Muhammad Rasyid juga tidak ketinggalan memasukan
pembahasan-pembahasan Ulumul Quran dalam tafsirnya Tafsir al-Qur’an al-Karim yang terkenal dengan sebutan Tafsir al-Manar. Syeikh Abd al-Azaiz al-Khuli
menulis kitabnya berjudul Al-Qur’an al-Karim: Washfuh, Atsaruh, Hidayatuh, Wai’jazuh. Muhammad al-Ghazali menulis kitab Nazarat fi al-Qur’an, Muhammad
Abdullah Daraz menulis Al-Nabau, Al-Azim.
Di samping itu masih banyak lagi buku-buku yang menyangkut Ulumul Quran,
baik yang berbahasa Arab, seperti kitab Mabahits fi Ulum al-Qur’an karya
Shubhi al-Shalih dan ‘Ulum al-Qur’an al-Karim karya Abd al-Mun’im al-Namir,
maupun dalam bahasa Indonesia, seperti Ilmu-ilmu Alquran karya Hasbi Ash-
Shiddieqy, Pengantar Ilmu Tafsir karya Rif’at Syauki Nawawi dan Ali Hasan, dan
yang baru terbit buku berjudul Membumikan Al-Qur’an karya ahli tafsir Indonesia
M. Quraish Shihab. Bahagian pertama dari buku terakhir ini banyak berbicara
tentang ilmu Al-quran atau lebih tepatnya ilmu tafsir yang merupakan bagian dari
bahasan Ulumul Quran.
DIMENSI INTERAKSI DENGAN AL-QURAN
Satu peristiwa yang amat penting kepada umat Islam ialah penurunan al-
Quran pada malam lailatul Qadar. Pada setiap Ramadan, Rasulullah s.a.w.
bertadarrus, belajar dan memahami al-Quran daripada Jibrail. Ia bukan sekadar
membaca tetapi yang lebih penting ialah memahami dan memerhati serta
melaksanakan tuntuntan al-Quran.
Dalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Muslim menyebutkan bahawa
Rasulullah telah bersabda : “ Tidak ada satu kaum yang berhimpun pada satu rumah Allah daripada rumah-rumah Allah yang membaca al-Quran dan belajar memahaminya dikalangan mereka melainkan Allah menurunkan rahmat dan ketenangan , dilindungi oleh para malaikat dan diingati oleh Allah disisinya”.
Firman Allah yang bermaksud : “Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran untuk memberi panduan kepada manusia dan keterangan yang nyata.
(al-Baqarah, ayat 185) Al-Quran merupakan cahaya yang menerangi akal, jiwa dan
hati manusia serta panduan kepada sistem kehidupan manusia.Firman Allah yang
bermaksud : “ Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya daripada Allah dan kitab yang menerangkan.
Dengan kitab itulah Allah memimpin orang-orang yang mengikuti keredahaanNya ke
jalan keselamatan.” ( al-Ma’idah, ayat 15-16) Ia menjawab persoalan yang sentiasa
terpahat dalam pemikiran manusia mengenai dirinya sendiri sejak sekian lama iaitu
dari mana ia datang, apakah tujuan hidup dan ke mana ia akan pergi. Kenapa
kehidupan ini adanya hidup dan mati. Al-Quran menjawab kesemua persoalan
tersebut.
Kedatangan manusia di atas muka bumi ini membawa amanah dan
kehidupannya bukan untuk sehari atau setahun sepertimana pendapat segolongan
yang mengatakan bahawa yang memisahkan hidup dan mati adalah masa sahaja.
Al-Quran menegaskan bahawa manusia ini dijadikan untuk mendiami akhirat untuk selama-lamanya dan kematian itu bukan sebagai penghabisan hidup malahan manusia akan berpindah dari satu negeri yang bersifat sementara ke dunia yang kekal abadi.
Allah berfirman dalam surah al-Mulk ayat 2 yang bermaksud : “ Kami jadikan kematian dan kehidupan untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya.” Melalui al-Quran manusia mengetahui tujuan dan matlamat hidupnya serta tugasnya sebagai hamba Allah yang memakmurkan
bumi ini.”
Berinteraksi dengan al-Quran sebagai dastur Ilahi iaitu menjadikan al-Quran sebagai kitab yang lengkap, sempurna dan tidak mengandungi sebarang kecacatan serta sesuai dijadikan panduan hidup di dunia. Al-Quran
menerangkan serta meletakkan asas-asas umum yang diperlukan oleh manusia.
Firman Allah yang bermaksud : “ Dan Kami turunkan kepadamu al-Kitab (al-Quran) untuk menjelaskan sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri kepada Allah.” (al-
Nah, ayat 89)
Keduanya ialah menjadikan al-Quran kitab yang mudah dan senang diingat. Allah memudahkan kepada umat Islam menghafal al-Quran serta memeliharanya
daripada penyelewengan. Tidak ada satu kitab yang dihafal oleh jutaan orang
melainkan al-Quran.
Kitab injil juga tidak dihafal oleh tokoh-tokoh agama mereka. Sedangkan al-
Quran dihafal oleh kanak-kanak muslim walaupun bahasa Arab bukan bahasa
ibunda mereka. Firman Allah yang bermaksud : “ Dan sesungguhnya Kami memudahkan al-Quran untuk diingati, maka adakah orang mahu mengambil pelajaran” (al-Qamar, 17)
Menjadiakn al-Quran sebagai kitab yang merangkumi sifat adil sepertimana keadilan Allah kepada hamba-hambanya tanpa mengira pangkat, keturunan,
warna kulit, lelaki ataupun wanita.
Menjadikan al-Quran panduan hidup yang sesuai hinggal akhir zaman yang merupakan pembawa rahmat seluruh alam. Al-Qaradawi menyebutkan bahawa
al-Quran merupakan sebab kejayaan dan keberkatan orang-orang Islam awal pada
zaman Rasulullah. Kehadiran al-Quran telah merubah jiwa, perwatakan dan diri
bangsa Arab sehingga mereka dapat membina tamadun ilmu dan iman.
Dalam konteks kini, bagaimana sikap dan interaksi umat Islam dengan al-Quran
sedangkan kita mengetahui bahawa apabila kita berpegang dan memahami al-Quran kita merupakan umat yang terbaik dan termaju. Sebenarnya, umat lain
menyedari keadaan kaum muslimin terhadap al-Quran. Oleh itu, kita dapati
beberapa siaran radio antarabangsa memperuntukan waktu untuk menyiarkan
program harian untuk bacaan al-Quran.
Mereka berbuat demikian kerana mereka yakin umat Islam hari ini hanya
mampu mendengar tetapi tidak memahaminya. Mereka yakin umat Islam tidak akan
berubah sikap walaupun mendengar ayat-ayat al-Quran pada setiap hari dan seribu
kali sekalipun. Ini disebabkan umat Islam tidak menghiraukan lagi al-Quran yang telah memberi penghormatan yang tertinggi kepada manusia.
Rasulullah pernah mengadu kepada Allah mengenai sikap umatnya yang
menjadikan al-Quran suatu yang tidak diacuhkan : Firman Allah : “ Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan al-Quran ini suatu yang tidak diacuhkan.” (al-Furqan, ayat 30)
Buta terhadap al-Quran akan menyebabkan umat Islam menghadapi penyakit umat
terdahulu iaitu mereka tidak membaca kitab-kitab taurat dan injil kecuali untuk
angan-angan belaka. Firman Allah yang bermaksud : “ Dan di antara mereka ada yang buta huruf, tidak mengetahui al-Kitab (taurat), kecuali angan-angan belaka.” ( al-Baqarah 78). Buta al-Quran bukan sekadar tidak tahu membaca
sepertimana dalam pengertian umum tetapi maksud buta al-Quran yang kita alami
kini ialah kehilangan ilmu pengetahuan yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah.
Kita tidak memanfaatkan segala dimensi-dimensi ilmu yang ada pada al-Quran
seperti ilmu kemasyarakatan, ilmu jiwa dan ilmu akhlak. Oleh itu, kaum Muslimin perlu menjadikan al-Quran sebagai sumber rujukan ilmu pengetahuan yang tepat tentang pandangannya terhadap insan, kehidupan dan kewujudan manusia serta pandangannya tentang fitrah kemanusiaan dan sosial.
Pengabaian perkara ini yang mengakibatkan gersangnya pemikiran dan
perspektif al-Quran dalam realiti kehidupan kita. Lantas al-Quran yang menjadi
sumber kekuatan umat bertukar menjadi beku dan diawet dalam lipatan sejarah. Hal
ini disebabkan perasaan yang terbina dalam pemikiran kita semenjak kecil bahawa
al-Quran tidak perlu ditampilkan kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu seperti
menghadapi saat-saat kematian, menziarahi kubur atau dibaca untuk menghiburkan
orang-orang yang sakit tenat, selaku bacaan yang menjadi permainan mulut.
Akibatnya umat Islam tidak mampu lagi berurusan dengan al-Quran secara
terbaik. Sebenarnya objektif al-Quran adalah untuk membentuk manusia. Oleh
yang demikian tuntutan al-Quran ialah menyuruh manusia berfikir, memahami, membuat penelitian dan percubaan serta mengetahui motif-motif dan sebab musabab sesuatu. Skopnya perlu diperluaskan hingga untuk mengetahui masa hadapan.
Firman Allah yang bermaksud : “Dan sesungguhnya kamu mengetahui kebenaran berita al-Quran setelah beberapa waktu” ( Sad 38) Tuntutan al-Quran
yang paling penting kini ialah melihat kesyumulan dan kesepaduan perspektif al-Quran terhadap hubungan dengan Allah, sesama manusia dan alam.
Sementara itu, tafsir bertema merupakan aliran tafsiran baru yang dapat
menonjolkan matlamat Islam. Muhammad al-Ghazali berrpendapat tafsir bertema
ialah menggarap sesuatu surah dengan seutuhnya, melakar gambaran menyeluruh
dan menghubungkaitkan kesepaduan serta kaitan bahawa awalnya ialah pengantar
dan penghujungnya ialah kebenaran kepada pengantar.
Ia mengumpul dan menyusun kesemua ayat-ayat yang berkaitan dengan
sesuatu tema untuk melihat bagaimana al-Quran menangani konsep secara padu
dan utuh. Tafsir bertema dapat mengemukakan alternatif dan menonjolkan matlamat
dan maqasid al-Quran. Ia juga mampu mengemukakan manhaj dakwah dan islah menurut perspektif al-Quran yang sebenar. Di samping itu, kaedah tafsir yang
paling sesuai untuk membimbing manusia mengenal pelbagai petunjuk yang
terkandung dalam al-Quran.
Sepatutnya umat Islam bukan sahaja mengelokkan bacaan semata-mata tetapi juga
hendaklah tadabbur seperti yang dilakukan oleh para sahabat. Mereka
membaca, meneliti, memahami dan melaksanakan suruhan al-Quran dan kemudian baru berpindah ke ayat lain. Apabila para sahabat mendengar al-Quran
terkesan penghayatannya dalam jiwa mereka. Pernah saidatina Umar bin Abdul Aziz
mengulangi ayat al-Saffat 22-24 sepanjang malam sehingga waktu subuh sambil
menangis kerana terkenang jikalau ia termasuk di antara orang yang dihumban ke
dalam api neraka akibat melakukan kezaliman di atas dunia ini.
Syeikh Muhammad al-Ghazali mengulas mengenai sikap umat Islam
terhadap al-Quran dengan katanya “ tetapi sikap dan pendirian kaum muslimin
terhadap al-Quran yang telah memberi penghormatan kepada mereka sungguh
menyedihkan. Semenjak beberapa kurun, dakwah al-Quran telah dibekukan, risalah
Islam laksana sungai yang telah kering airnya atau piala yang disumbat”.
Oleh yang demikian, proses interaksi dengan al-Quran yang terbaik ialah memahami dan menyelami makna serta maksud. Perkara ini amat penting
supaya menghasilkan ‘izzah (kemuliaan) yang selama ini telah hilang di tangan umat
Islam. Rashid Rida pernah menyebutkan bahawa kebangkitan umat bertitik tolak
daripada prinsip al-Quran yang akan mengerah dan mengarah seluruh kekuatan
akal dan jasad untuk kesempurnaan jiwanya dan kesejahteraan bangsanya.
Revolusi itu akan membebaskan akal insani dan kemanusiaan daripada
perhambaan yang dicipta oleh orang-orang yang menganggap dirinya memiliki sifat
rububiyyah. Revolusi kemanusiaan semacam itu hanya mungkin terjadi melalui
prinsip al-Quran. Oleh itu, al-Quran merupakan lambang dan suntikan kepada
revolusi dalaman untuk membina umat yang mulia.
Al-Quran diturunkan untuk diamalkan, bukan diturunkan untuk menghias dinding-dinding rumah, bukan diturunkan untuk dibaca kepada orang-orang mati tetapi diturunkan untuk menjadi panduan bagi orang yang hidup. Al-Quran
diturunkan untuk mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada nur Ilahi.
Manusia berkata : “ kami hendak mengambil berkat dari al-Quran.” Apakah itu berkat
? Sedangkan kita tidak pernah mengikuti perintah al-Quran. Berkat itu terletak pada
orang-orang yang mengikuti kitab hidayah ini.
Firman Allah yang bermaksud : “ Ini adalah sebuah kitab yang kami turunkan kepadamu penuh dengan barakah supaya mereka memerhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.” Malangnya, kita tidak beramal dengan al-Quran sepenuhnya. Umat surah al-Syura
tetapi tidak beramal dengannya, umat surah al-Hadid (besi) tetapi tidak menguasai
teknologi bidang tersebut, umat surah al-Alaq yang dimulakan dengan Iqra’ tetapi
tidak membaca malahan masih ramai lagi yang jahil tentang agama Islam.
Di manakah kedudukan umat Islam sekarang dengan al-Quran? Oleh itu,
perlulah kita bermuhasabah interaksi kita dengan al-Quran dengan menghayati
falsafah penurunannya, konsep dan kaedah penafsiran terkini sebagai panduan
dalam kehidupan manusia.
2. SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR
ZAMAN RASULULLAH
Sebagai seorang yang dinuzulkan al-Quran pada baginda serta merupakan salah
satu tugas baginda untuk menerangkan apa yang tidak dapat difahami oleh
masyarakat pada masa itu.Namun penafsiran yang dilakukan oleh Rasullullah
hanyalah melibatkan sebahagian ayat sahaja iaitu hanya ayat atau pada kalimah
yang memerlukan penerangan dan penyelarasan maksud seperti lafaz am, khas,
mujmal dan muqayyad dan sebagainya..
Rasullullah juga memberi tunjuk ajar kepada para sahabat untuk mentafsirkan ayat
al- Quran menggunakan ayat al- Quran disamping mengutamakan praktikal serta
mencapai matlamat untuk ibadat dan tadabbur isi kandungan al-Quran.Sebagai
contoh tafsir yang dilakukan oleh baginda dalam surah al- Baqarah ayat 238
berkenaan solat wustho..Rasullullah telah menafsirkan lafaz tersebut dengan
membawa maksud solat asar pada peringkat awal ilmu tafsir ini masih belum
ditadwinkan atau dibukukan sebagai suatu ilmu tersendiri. Pada masa ini,ilmu tafsir
belum dikenali sebagai satu disiplin ilmu seperti sekarang. Ilmu tafsir berkembang
melalui lisan sahaja atau melalui proses talaqqi تلقّي dan musyafahah مشافهة. Ilmu
ini belum ditulis secara tersusun dan belum dibukukan.
ZAMAN SAHABAT
Antara mufassir yang terdapat pada masa ini ialah 4 sahabat besar iaitu Ibnu Abbas,
Ubai Bin Ka'ab, Zayd Bin Thabit, Abu Musa as-Sya'ari dan sebagainya.Para sahabat
juga tidak menafsirkan keseluruhan ayat al- Quran sebaliknya hanya memberi
makna dari sudut bahasa dengan menggunakan lafaz yang ringkas sahaja..oleh itu
tidak banyak berlaku khilaf pada zaman ini..memandangkan para sahabat tidak
mahu melazimkan diri mereka mencari makna secara terperinci.Tidak berlaku
pembukuan dibuat lagi pada ketika ini.Para sahabat menggunakan al- Quran , hadis,
bahasa arab, sebab nuzul dan ijtihad serta kekuatan istinbat sebagai sumber dalam
menafsir al- Quran kaedah yang digunakan pula sentiasa mementingkan kedudukan
lafaz dari sudut bahasa serta rahsia- rahsianya kemudian mengetahui adat resam
masyarakat arab disamping reaksi yahudi dan nasrani ketika penurunan ayat
tersebut.Ia juga melibatkan kekuatan dalam kefahaman dan pengetahuan yang luas
berkenaan dengan hukum untuk beramal dengan tafsir para sahabat.Ulama secara
sepakat mengatakan bahawa sekiranya tafsir tersebut disandarkan pada Rasullullah
maka ia berada di tahap marfu' namun jika sebaliknya maka tafsir tersebut hanya di
tahap mawquf sahaja.Bagi tahap yang marfu' maka wajib la kita mengambil
pengajaran dari tafsiran tersebut.Pada zaman sahabat, mereka mengunakkan tiga
kaedah untuk mentafsir al-Quran.Antaranya ialah:-
a) Mentafsirkan ayat al-Quran dengan ayat al-Quran yang lain.
b) Mentafsirkan ayat al-Quran dengan tafsir hadis Rasulullah.
c) Mentafsir al-Quran dengan ijtihad mereka sendiri iaitu ijtihad sahabat.
Pentafsiran al-Quran pada zaman ini bermula setelah kewafatan Nabi. Sahabat
yang mula-mula mentafsir ayat al-Quran pada zaman tersebut ialah golongan yang
paling dekat dengan Nabi Khulafa’ ar-Rasyidin. Selain itu ialah Ibnu Abbas dan Abu
Musa al-Asyari.
ZAMAN TABIIN SEHINGGA ZAMAN PEMBUKUAN ILMU TAFSIR
Penafsiran pada zaman tabiin sudah tidak terpelihara sebagaimana zaman
sebelumnya.Telah banyak dipengaruhi oleh unsur- unsur israilliyat serta pengaruh
mazhab malah banyak juga khilaf berlaku dalam tafsir antara mufassir.Oleh yang
demikian ulamak telah berbeza pendapat dalam penilaian terhadap tafsir tersebut.
Sebahagiannya menolak tafsir tabiin untuk dirujuk namun kebanyakan ulama tafsir
menerima penafsiran tersebut kerana berpendapat bahawa kebiasaanya para tabiin
menukilkan penafsiran dari para sahabat. Akhirnya, pendapat yang paling rajih
adalah menerima penafsiran tersebut sekiranya ianya adalah ijma' para tabiin.
Terdapat tiga aliran tokoh dalam kalangan sahabat yang mempunyai ramai murid
dan pengikut iaitu;
a) Aliran Ibnu ‘Abas
-Berpusat di kota Makkah.
-Antara murid-murid beliau ialah Said bin Jubairm,Mujahid Maula Ibn
Abas,Akramah Maula Ibn Abas,Tous bin Kisan al-Yamani dan ‘Atha’ bin Abi
Rabah.
b) Aliran Abi bin Kaab
- Berpusat di kota Madinah.
- Antara murid-murid beliau ialah Zaid bin Aslam,Abu al-Aliah dan Muhammad
bin Kaab al-Qurzi.
c) Aliran Abdullah bin Mas’ud
- Berpusat di kota Iraq.
- Antara murid-murid beliau ialah ‘Alqamah bin Qais, al-Aswad bin Yazid, al-
Hasan al-Basri, dan Qatadah bin Di’amah al-Saddusi.
Pada akhir zaman pemerintahan Umayyah dan pada awal zaman pemerintahan
Abasiyah,usaha telah dilakukan untuk menjadikan ilmu tafsir sebagai satu disiplin
ilmu yang berasingan. Lantas proses penulisan dilaksanakan. Antara tokoh yang
melibatkan diri dalam penulisan ilmu tafsir ialah Yazid bin Harun al-
Sulamiy,Syu’bah bin al-Hajjaj,Waqi’ bin al-Jarrah dan Sufyan bin
‘Uyaynah.Sesudah itu,muncul pula beberapa orang tokoh ilmu tafsir menulis
tentang ilmu tafsir secara terperinci. Tokoh-tokoh tersebut ialah Ibn Majah, Ibn
Jarir al-Tabrani, al-Hakim dan Abu Bakar bin Mardawaih.
3.PERKARA YANG DIHARUSKAN DAN DITEGAH KETIKA MEMBACA AL-QURAN
Wakaf dalam bacaan al-Quran
Sewaktu membaca Al-Quran, kita pasti akan bertemu dengan simbol tanda wakaf
dalam ayatnya. Terdapat 6 jenis tanda wakaf , yang perlu kita tahu cara
penggunaanya agar bacaan kita lebih sempurna.
Pengertian Wakaf : Menghentikan bacaan dengan cara memutuskan suara di akhir
kalimah/ayat sekejap untuk bernafas dengan niat menyambungkan semula bacaan.
Pengertian Ibtida' : Menyambung semula bacaan setelah menghentikan bacaan
untuk bernafas. Kita mungkin perlu ‘undur’ ke belakang sedikit untuk menyambung
bacaan)
Pengertian Qat'u : Menghentikan bacaan dengan niat tidak ingin menyambungkan
semula bacaan. Contoh kita mengakhiri bacaan dengan membaca
‘Sodhakhollahhulazim…..’
4 SEBAB KITA MENGHENTIKAN BACAAN (MEWAKAFKAN).
(a). Sebab Idhtirori (terpaksa) Menghentikan bacaan atas sebab-sebab darurat yang tidak dapat di elakkan.
Contoh : terputus nafas, bersin, batuk, menangis, tertidur, sendawa, menguap.
Hukumnya adalah harus (amat disyorkan untuk kita berhenti).
(b) Sebab Ikhtibari (menguji)Dalam situasi ada guru berinteraksi dengan pelajar. Guru minta pelajar berhenti di
sesuatu tempat bukan wakaf (dalam bacaan) untuk menguji bacaan pelajar itu.
Hukumnya = harus (perlu bila sedang dalam proses pembelajaran).
(c) Sebab Intizori (menunggu)Guru menunggu pelajarnya membaca ayat2 tertentu dalam bentuk Qiraat (kaedah
bacaan) bacaan yang berbeza.
Contoh surah Al-Insan (ayat 4), di mana kalimah ini ada 3 wajah cara bacaannya.
Hukumnya = harus.
(d) Sebab Ikhtiyari (pilihan)Menghentikan bacaan pada tempat2 tertentu mengikut pilihan pembaca,
berdasarkan jenis hukum yang terdapat di kalimah itu. (6 HUKUM BACAAN).
Hukumnya = harus (bacaan lebih sempurna, tartil).
2. Ringkasan 6 Hukum Bacaan Wakaf (gambarajah foto).
(a) Wakaf Tam/Lazim. Simbol : mim kecil berbaring atau bentuk ’berudu’, huruf ta kecil, atau bentuk bulatan
berhias.
Hukum : Wajib Berhentikan bacaan.
(b) Wakaf Jaiz.Simbol : Huruf jim kecil.
Hukum : Harus Menghentikan bacaan.
(c) Wakaf Kahfi (Aula)
Simbol : kaflamya, kaf, hamzahwasalkaf
Hukum : Berhenti memadai/lebih utama. Lebih utama jika menghentikan bacaan
(wakaf) daripada diteruskan (wasol).
(d) Wakaf Hassan
Simbol : sodlamya, ha’, sod
Hukum : lebih utama/baik meneruskan bacaan (wasol) daripada diberhentikan
bacaan (wakaf).
(e) Wakaf QabihSimbol : lamalif kecil
Hukum : Berhenti tidak elok. Dilarang memberhentikan bacaan di kalimah itu.
(f) Wakaf Ta’anuq/MuraqabahSimbol : tanda 3 titik bertindih di dua tempat berdekatan.
Hukum : Harus berhentikan bacaan pada salah satu tempat.
RUKUN-RUKUN TILAWAH (BACAAN) AL-QURAN
Setiap ibadat mempunyai rukun-rukun yang tersendiri, begitu juga dengan bacaan
al-Quran. Rukun bacaan al-Quran ada tiga.
1. Sah sanad.
2. Bertepatan dengan mushaf Rasm Uthmani
3. Bertepatan dengan nahu Bahasa Arab.
1.11 Bentuk Bacaan Al-Quran Yang Dilarang
Akibat daripada terdedah dengan pelbagai bentuk irama dan alunan bentuk bacaan
al-Quran juga semakin berubah dan untuk mengawal keadaan itu Islam sudah lama
menentukan cara-cara bacaan yang ditegah. Berikut ialah beberapa keadaan
bacaan tersebut:
TatribIaitu bacaan dengan merengek-rengek suara dan memanjangkan bukan pada
tempatnya.
TamtitIaitu bacaan dengan melebih-lebihkan harakah pada hukum mad
Tarkis.Iaitu bacaan dengan melenggokkan nada suara sehingga melebihkan harakat huruf
mad bertujuan menyelesaikan rentak.
TahzinBacaan dengan nada yang amat sedih yang menjejaskan tajwid dan membaca
dengan sifat riya’.
TaridBacaan yang menggentarkan suara keterlaluan seperti orang kesejukan atau
ditimpa sakit.
TahrifBacaan al-quran secara serentak dan berehenti secara serentak.
Membaca bersama alat muzik
ADAB MEMBACA AL-QURAN
Al Qura'an sebagai Kitab Suci, Wahyu Ilahi, mempunyai adab-adab tersendiri bagi
orang-orang yang membacanya. Adab-adab itu sudah diatur dengan sangat baik,
untuk penghormatan dan keagungan Al Quran; tiap-tiap orang harus berpedoman
kepadanya dan mengerjakannya.
Imam Al Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulumuddin telah memperinci dengan
sejelas-jelasnya bagaimana adab-adab membaca Al Qur'an menjadi adab yang
mengenal zahir dan batin.
Diantara adab-adab membaca Al Quran, yang terpenting ialah:
1. Disunatkan membaca Al Quran sesudah berwudhu, dalam keadaan bersih,
kerana al-Quran merupakan kalamullah yang diturunkan dariAllah.
2. Mengambil Al Quran hendaknya dengan tangan kanan; sebaiknya
memegangnya dengan kedua belah tangan.
3. Disunatkan membaca Al Quran di tempat yang bersih, seperti di rumah, di
surau, dan di tempat-tempat lain yang dianggap bersih. Tapi yang paling baik
ialah di masjid.
4. Disunatkan membaca Al Quran menghadap ke Qiblat, membacanya
dengan khusyu' dan tenang dan dalam keadaan memakai pakaian yang
bersih.
5. Ketika membaca Al Quran, mulut hendaknya bersih, tidak terdapat sisa
makanan, sebaiknya sebelum membaca Al Quran mulut dan gigi hendaklah
dibersihkan terlebih dahulu.
6. Sebelum membaca Al Quran disunatkan membaca ta'awwudz, yang
berbunyi: a'udzubillahi minasy syaithanirrajim. Sesudah itu barulah membaca
Bismillahirrahmanir rahim.
"Ya Allah bukakanlah kiranya kepada kami hikmat-Mu, dan taburkanlah
kepada kami rahmat dan khazanah-Mu, ya Allah Yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang."
7. Disunatkan membaca Al Quran dengan tartil, yaitu dengan bacaan yang
pelan-pelan dan tenang, sesuai dengan firman Allah dalam surat Al
Muzammil ayat 4:
"....Dan bacalah Al Quran itu dengan tartil".
Membaca dengan tartil itu lebih banyak memberi bekas dan mempengaruhi
jiwa, serta serta lebihmendatangkan ketenangan batin dan rasa hormat
kepada Al Quran.
berkata Ibnu Abbas r.a.:" Aku lebih suka membaca surat Al Baqarah dan Ali
Imran dengan tartil, daripada kubaca seluruh Al Quran dengan cara terburu-
buru dan cepat-cepat."
8. Bagi orang yang sudah memahami dan mengerti maksud ayat-ayat Al
Quran, disunatkan membacanya dengan penuh perhatian dan pemikiran
tentang ayat-ayat yang dibacanya itu dan maksudnya
Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud, dari Ibnu Abbas yang maksudnya sebagai
berikut: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. apabila membaca: "sabbihissma rabbikal
a'la beliau lalu membaca subhanarobbiyal a'la . Diriwayatkan pula oleh Abu Daud,
dan Wa-il binHijr yang maksudnya sebagai berikut:" Aku dengan Rasulullah
membaca surat Al Fatihah , maka Rasulullah sesudah membaca walad dholliin lalu
membaca aamin . Demikian juga disunatkan sujud, bila membaca ayat-ayat sajadah,
dan sujud itu dinamakan sujud tilawah.
9. Dalam membaca Al Quran itu, hendaknya benar-benar diresapkan erti dan
maksudnya, lebih-lebih lagi apabila sampai pada ayat-ayat yang menggambarkan
nasib orang-orang yang berdosa, dan bagaimana hebatnya seksaan yang
disediakan bagi mereka. Sehubungan dengan itu, menurut riwayat, para sahabat
banyak yang menitiskankan air matanya ketika membaca dan mendengar ayat-ayat
suci Al Quran yang menggambarkan nasib yang akan dihadapi oleh orang-orang
yang berdosa.
10. Disunatkan membaca Al Quran dengan suara yang bagus lagi merdu, sebab
suara yang bagus dan merdu itu menambah keindahan islubnya Al Quran.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Kamu hiasilah Al Quran itu dengan suaramu yang merdu"
Oleh sebab itu, melagukan Al Quran dengan suara yang bagus, adalah disunatkan,
asalkan tidak melanggar ketentuan-ketentuan dan tata cara membaca sebagaimana
yang telah ditetapkan dalam ilmu qiraat dan tajwid, seperti menjaga madnya,
harakatnya (barisnya) idghamnya dan lain-lainnya. Di dalam kitab zawaidur raudhah,
diterangkan bahwa melagukan Al Quran dengan cara bermain-main serta melanggar
ketentuan-ketentuan seperti tersebut di atas itu, haramlah hukumnya; orang yang
membacanya dianggap fasiq, juga orang yang mendengarkannya turut berdosa.
11. Seeloknya membaca Al Quran janganlah diputuskan hanya kerana hendak
bercakap dengan orang lain. Hendaknya pembacaan diteruskan sampai ke batas
yang telah ditentukan, barulah disudahi. Dilarang juga bersenda gurau, bermain-
main dan sebagainya, ketika sedang membaca Al Quran.
REFLEKSI
Pada awal proses melaksanakan projek ini, saya berasa amat takut kerana tidak
dapat menyiapkan kerja kursus ini tepat pada masanya. Namun berkat usaha dan
kegigihan saya melaksanakan kerja kursus ini, akhirnya saya dapat
melaksanakannya dengan penuh semangat berkat kegigihan dan keiltizaman yang
mendorong saya melakukan kerja ini.
Antara objektif kerja kursus ini dibuat adalah untuk memahami ulum al-Quran,
keistimewaan dan matlamat al-Quran serta dimensi interaksi dengan al-
Quran.Disamping itu juga, kerja kursus ini juga merangkumi pelajar untuk
mengetahui sejarah perkembangan ilmu tafsir.
Dengan terhasilnya kerja kursus ini, secara tidak langsung saya dapat meningkatkan
kefahaman dan meningkatkan penguasaan dalam memahami tajuk yang telah
dikaji.Akhirnya,benda ini dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran
jika mengajar kelak nanti.
Hal ini amat penting bagi menjalani kehidupan yang seimbang dari aspek duniawi
dan ukhrawi.Tambahan pula,kerja kursus ini amat penting bagi menilai tahap
pembelajaran dan pemahaman pelajar tentang kepentingan ulumul quran dan
perkembangan tafsir dalam kehidupan.
Akhirnya kerja kursus ini dapat dilaksanakan dengan penuh jayanya dan menepati
kreteria-kreteria yang telah ditetetapkan oleh pihak Kementerian.Saya berharap agar
kerja kursus ini sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan kepada yang bakal
bergelar guru dengan dunia pengajaran dan pembelajaran yang bakal mendatang.
RUJUKAN
1. Mohd.Yusoh Ibrahim. (1992). Tafsir Al-Quran, Pertumbuhan dan
Perkembangan 1-150H.Kuala Lumpur: Terbitan Pustaka Aman Press
Sdn. Bhd.
2. Asmawi Haji Ehsan.(1996). Ulum Al-Quran. Terbitan Pustaka Haji
Abdul Majid 1995.
3. Muhammad Ibnu Jamil Zainuu. (1997). Pemahaman Al-Quran.
Terbitan Gema Risalah Press Bandung.
4. Kementerian Pelajaran Malaysia.(2004). Kemahiran Al-Quran Sekolah
Menengah.Terbitan bahagian kurikulum pendidikan Islam dan moral
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia.
LAMPIRAN