Kemahiran Dalam Sesi Kaunseling

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bnk

Citation preview

Kemahiran Dalam Sesi KaunselingKaunselor yang ingin memberikan perkhidmatan kaunseling yang baik perlu menguasai serta menggaplikasikan beberapa kemahiran-kemahiran asas kaunseling/membantu. Kecekapan menguasai kemahiran-kemahiran ini sangat berguna ketika berhadapan dengan klien yang berada dalam ketidakseimbangan emosi dan psikologi.

Prof Datin Dr Aizan(2002) menyatakan antara kemahiran yang asas dalam membantu adalah kemahiran membina perhubungan, kemahiran menggalakkan klien bercakap, kemahiran membalas, kemahiran penstrukturan, kemahiran menyoal, kemahiran parafrasa, kemahiran mendengar, kemahiran memimpin secara langsung, kemahiran berkomunikasi, kemahiran melakukan dorongan minima, kemahiran membuat refleksi perasaan, kemahiran membuat interpretasi, kemahiran membuat klarifikasi, kemahiran meneroka, kemahiran pemfokusan, kemahiran mencabar, kemahiran berempati, kemahiran menghadapi kesenyapan, kemahiran mengetahui teori dan teknik-teknik kaunseling, kemahiran memberi maklumat, kemahiran merumus, kemahiran meninjau klien, kemahiran konfrontasi dan kemahiran menyemak persepsi.

Sebelum sesi kaunseling dimulakan, kaunselor seharusnya menyemak rekod-rekod klien untuk mendapatkan maklumat yang dianggap berguna. Kaunselor juga harus menyemak diskripsi tugas klien. Ini mungkin berguna untuk membantu dalam menilai prestasi dan proses membina matlamat kemudian nanti. Selain itu, kaunselor juga hendaklah menyediakan tempat dan masa yang sesuai untuk berbincang tanpa banyak gangguan.

Seterusnya dalam satu sesi kaunseling yang berjaya, kaunselor haruslah cuba menjadikan klien berasa selesa pada awal setiap sesi. Nyatakan sebab pertemuan dengan jelas, sambil menekankan yang kaunselor berasa prihatin dengan keadaan yang dihadapi oleh klien dan bersedia memberikan bantuan. Jika tidak klien akan berasa terancam dan menjadi defensif

(a) Membina hubunganMerupakan langkah yang paling awal dalam sesi kaunseling. Tujuannya adalah untuk membina perhubungan yang mesra, saling mempercayai dan rasa selamat antara kaunselor dan klien supaya klien sedia berbincang. . Kaunselor mesti membina suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan dan menunjukkan kemesraan dengan klien. Dalam kemahiran ini terdapat beberapa sub kemahiran asas seperti membina suasana alam sekeliling, suasana terapeutik, ruang untuk berkomunikasi, penampilan diri, ekspresi muka, kontak mata, pergerakan tangan dan kaki, nada suara, senyuman dan akhir sekali cara cara duduk dalam kaunseling. Kemahiran ini digunakan oleh kaunselor untuk membawa klien menghadapi realiti dengan cara menyelaraskan mental, emosi, tingkah laku, komunikasi lisan dan bukan lisannya. Dalam sesi kaunseling, ekspresi muka dapat membantu menerangkan erti mesej yang hendak disampaikan.Oleh itu, adalah penting bagi para kaunselor mempamerkan ekspresi muka atau wajah yang dapat menyakinkan klien. Wajah atau mimik muka adalah hasil kombinasi daripada sinaran atau pandangan mata, kedutan dahi, muka dan hidung dan riak yang lahir daripada muka semasa berinteraksi. Antara aspek yang ditekankan ialah

1. Pembentukan suasana yang kondusif.Pembentukan suasana yang kondusif merujuk kepada keselesaan bagi klien dan kaunselor. Keselesaan ini di khusukan kepada bebas dari gangguan seperti bau, bising, dan kedudukan perabut, susun ataur kerusi, dan pandangan yang tidak menghalang klien dari melihat kaunselor.

2. Pembentukan suasana yang teraputik.Bagi pembentukan suasana yang teraputik pula, setelah suasana yang kondusif dipenuhi, suasana yang aman dan tenang tampa ganguan akan wujud dengan sendirinya, suasana aman dan tenang ini membolehkan perbincangan, penghayatan perasaan dan penglahiran idea tampa rasa terancam, suasana ini adalah suasana yang teraputik.

3. Jarak(Ruang untuk komunikasi).Jarak dalam konteks ini merujuk kepada kedudukan klien dan kaunselor, jarak tidaklah harus jauh dan terlalu dekat, jarak yang ideal ialah1-1.5 meter, pada jarak ini segala bentu komunikasi dapat diperhatikan oleh kedua-dua pihak, dengan itu proses interpretasi dapat dilakukan dengan jayanya.

4. Penerimaan tampa syarat.Merujuk kepada penerimaan tampa syarat oleh kaunselor terhadap klien.

5. Personaliti dan gesture kaunselor.Kaunselor haruslah menampilkan imej yang kemas bagi mencipta keyakinan klient, gesture badan kaunselor juga amat penting bagi membina interpretasi yang baik dimata klien.

Contoh :Kaunselor : Apa khabar hari ini?Klien : BaikKaunselor : Terima kasih kerana sudi datang untuk sesi kaunselingKlien : Sama-sama

(b) Mendengar dengan aktifMerupakan satu kemahiran yang paling asas dan penting dalam sesi kaunseling. Dalam hal ini, kaunselor perlu lebih banyak meluangkan masanya mendengar daripada menyampuk percakapan klien. Untuk benar-benar memahami apa yang telah diperkatakan oleh klien, kaunselor perlu memberikan tumpuan dan pemerhatian yang sepenuhnya untuk mendengar semua percakapan klien tersebut. Selain dari tutur kata, gerak geri (body language) klien semasa bercakap juga patut dilihat dan didengar sama. Segala tingkah laku klien itu turut memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan makna sesuatu pengucapannya itu. Pemahaman yang tepat hanya akan diperolehi dengan adanya pendengaran yang baik. Di dalam konteks kaunseling, terdapat beberapa perkara yang perlu di dengar iaitu isi kandungan yang diperkatakan, perasaan yang dilahirkan melalui tingkah laku tanpa lisan dan juga mendengar perasaan yang dinyatakan.Mendengar adalah berkait rapat dengan memberi perhatian. Brammer (1973) merumuskan : tampa perhatian, mendengar sahaja tidak akan membawa kepada kefahaman, maka komunikasi tidak wujud. Mendengar dengan aktif amat penting dalam setiap tahap kaunseling, pentingnya mendengar secara aktif kereana ianya melibatkan tiga kompenen iaitu kontak mata, gaya mendengar, dan respon, ketiga kompenen ini menunjukkan tindakan memberi perhatian dengan aktif ataupun mendengar dengan aktif.

Contoh:Kaunselor : tadi kamu ada menyatakan saying dengan emak kamu? Betul..Klien : iya.. saya ada cakap begitu tadi.

(c) Dorongan minimaDorongan minima adalah kemahiran yang digunakan oleh kaunselor bagi menggalakkan klien meluahkan isi hati mereka. Ia membolehkan klien rasa bahawa kaunselor sedang mendengar dan menumpukan perhatian terhadapnya apa yang diceritakan oleh klien. Contoh dorongan minima menganggukkan kepala, senyuman, wajah yang tenang atau menggunakan separa bahasa seperti Mmm! Mmm!, Hmm! Hmm!.Klien : saya merasakan diri saya sudah tidak suci lagi.Kaunselor : hmmm. (sambil mengangguk kepala)

(d) Pendedahan KendiriKaunselor menggunakan kemahiran ini apabila dia berhajat untuk mendapat klien berkongsi sesuatu maklumat dengannya. Matlamat yang didedahkan hendaklah bersesuaian dan berfungsi. Maklumat yang boleh menyebabkan klien berasa rendah diri atau kurang cekap hendaklah dielakkan. Pendedahan kendiri disini merujuk kepada mendedahkan perihal peribadi kepada oaring lain, dalam erti kata lain menceritakan kisah peribadi bagi tujuan untuk difahami dan dibantu atau hanya satu bentuk perkongsian. Pendedahan kendiri boleh juga melibatkan kaunselor, dimana menceritakan kisah kaunselor dari segi pengalaman.

Contoh :Klien : Cikgu, saya selalu bergaduh dengan rakan sampai muka saya jadilebamKaunselor : Kawan cikgu dulu pun bertumbuk sampai lebam dan ada lagi yangsampai masuk hospital sebab luka

(e) Kemahiran MenyoalDalam peringkat penerokaan, soalan terbuka amat digalakkan iaitu soalan yang tidak memerlukan jawapan yang khusus. Manakala, soalan tertutup hanya digunakan pada situasi yang sesuai tetapi harus dielakkan supaya klien aktif meluahkan masalahnya. Namun begitu, ada kalanya pertanyaan atau pun soalan langsung tidak mendapat sebarang jawapan. Oleh yang demikian, soalan yang hendak ditanyakan biarlah sesuai, mudah difahami dan menyenangkan klien menjawab dengan rela.Soalan tertutup:Soalan tertutup merujuk kepada menghadkan jawapan kepada satu atau beberapa perkataan sahaja, dan jawapan ini memberikan jawapan yang khusus. Soalan tertutup bertujuan untuk mendapatkan kepastian bagi sesuatu fakta.

Soalan terbuka:Soalan terbuka ini bertujuan untuk menjemput perbincangan, perjelasan, dan huraian yang panjang lebar, ia tidak memerlukan jawapan yang khusus.Soalan terbuka juga penting dalam menggalakkan penerokaan serta memberikan ruang kepada klien meluahkan perasaan mengikut arah yang dipilihnya sendiri tanpa dikhususkan oleh kaunselor, dimana klien yang mengawal rundingan.Kaunselor : Apakah perasaan kamu apabila diejek oleh rakan?Klien : Saya tidak suka kawan mengejek saya sebab sama sepertimenghinaKaunselor : Boleh jelaskan dengan cikgu, kenapa kamu rasa dihina bila diejekoleh rakan?(f) KonfrontasiKonfrontasi adalah kata-kata yang boleh mencabar perasaan, pandangan dan juga tingkah laku tanpa lisan mereka. Konfrontasi teknik yang digunakan oleh kaunselor bagi mengetahui dengan lebih mendalam ruang dalaman klien. Teknik ini perlu digunakan dalam situasi yang sesuai supaya tidak menyebabkan klien berdiam diri. Kemahiran ini hanya dilaksanakan selepas terbentuknya hubungan yang baik antar klien dengan kaunselor. Kaunselor perlu menggunakan nada suara yang lembut, yang mengambil unsur-unsur mengambil berat supaya mesej yang disampaikan tidak disalahtafsirkan.Ini merupakan kemahiran untuk menunjukkan kepada klien yang huraian tentang dirinya atau satu-satu situasi adalah berbeza dengan pandangan kaunselor. Konfrotasi digunakan apabila klien tidak mahu mengaku sesuatu, tidak mahu bertindak atau tidak melihat dari suatu sudut yang berlainan

Contoh:

Klien : Bilakah rombongan ke Melaka itu akan bertolak?

Kaunselor : Saudara telah menyatakan beberapa kali saudara tidakmeminati rombongan tersebut, tetapi saudara kerapbertanya .Konfrontasi menimbulkan suatu risiko tetapi jika Berjaya akan dapat mempercepatkan proses kaunseling. Sekiranya perhubungan di antara kaunselor dengan klien belum mesra atau kukuh, konfrotasi hendaklah dielakkan.Ini merupakan kemahiran untuk menunjukkan kepada klien yang huraian tentang dirinya atau satu-satu situasi adalah berbeza dengan pandangan kaunselor. Konfrotasi digunakan apabila klien tidak mahu mengaku sesuatu, tidak mahu bertindak atau tidak melihat dari suatu sudut yang berlainan.

g) kemahiran menyemak persepsiIa merupakan kemahiran dimana klien dirasionalkan oleh kaunselor berkaitan dengan sesuatu perkara. Contohnya menyatakan tingkahlaku yang negatif klient tidak dapat membezakannya.

Contoh:Klien : saya sering bergaul dengan gangster dan suka bergaduhKaunselor : pada kamu perbuatan tersebut baik ataupun tidak?

h) ParafrasaMerupakan kemahiran mengulang ayat klient tanpa mengubah makna asal. Ia bertujuan untuk mendapatkan kepastian dan menyatakan bahawa kaunselor faham dengan apa yang dinyatakn oleh klient. Selain itu ia juga adalah respon kaunselor setelah mendengar isi dan memerhati tingkahlaku klien, pemahaman kaunselor ini dinyatakan dalam ayat yang agak pendek, kebiasaannya, prafrasa melibatkan penggunaan kembali maksud atau ayat klien dalam bentuk yang lain tampa mengubah makna

Contoh:Klien : saya berasa tidak selesa berada disini.Kaunselor : oooo. Kamu tidak selesa disini

i) Kemahiran Refleksi Perasaan / EmosiRefleksi emosi juga merujuk kepada refleksi perasaan iaitu respon kaunselor untuk menggambarkan emosi klien bagi menunjukkan empati kaunselor.

Contoh ;Klien : Bila dapat buktikan pada makcik bukan saya yang ambil duitsimpananya, barulah saya rasa lega kerana ayah masihmempercayai saya.Kaunselor : Jadi, sekarang kamu merasa lebih selamat dan tenang?

Kaunselor merefleksi keadaan emosi klien pada ketika itu dan dengan itu mengkomunikasikan penerimaannya terhadap klien. Dengan itu, klien akan merasa dirinya difahami dan seterusnya menjadi lebih terbuka dalam mempersepsikan masalahnya.

j) Kemahiran Refleksi Makna / IsiRefleksi isi merupakan respon kaunselor untuk menggambarkan isi perbualan dengan klien yang menunjukkan kefahaman kaunselor. Isi perbincangan mungkin dibuat berdasarkan kepada beberapa sesi pertemuan yang telah berlangsung. Tujuannya adalah untuk membuat semakan. Disamping itu juga, memberi keyakinan kepada klien bahawa masalahnya diberi sepenuh perhatian oleh kaunselor.

Refleksi isi biasanya dibuat dalam situasi-situasi seperti ;- Kaunselor menstruktur permulaan sesi kaunseling dengan mengimbas kembali perkara yang telah dibincangkan dalam temubual yang lalu- Klien mula membuat kenyataan yang mengelirukan dan tiada kaitan dengan masalahnya- Apabila hendak mengambil sesuatu tindakan akan datang, kaunselor dan klien membuat penilaian apa yang telah dipelajari dari perbincangan sebelumnya- Pada peghujung sesi, kaunselor memberitahu klien apa yang didapati dan telah dipelajari daripada sesi tersebut.

Contoh:Klien : kadang-kadang saya akan mimpi yang bukan-bukanmembuatkan saya terganggu.Kaunselor : bermakna kamu tidak dapat tidur dan ia member kesankepada hidup kamu, betul?

k) Kemahiran meminta penjelasan.Merupakan kemahiran yang perlu ada kepada kaunselor dalam menjalankan sesi. Ia adalah keadaan dimana kenyataan dari klient untuk memberikan kefahaman yang jelas tentang apa yang telah dibincangkan.Contoh:Kaunselor : tadi kamu cakap nenek dan datuk tinggal bersamakamu, tetapi tidak dilukis disini.Klien : oooo.. datuk dan nenek berada didalam rumah.Sebab itu saya tidak melukis gambar mereka.

l) Membuat interpretasiKeadaan dimana kaunselor menjelaskan makna apa yang telah dibincangkan dan apa isu tersirat yang klient tidak Nampak semasa berbincang. Ia merupakan suatu proses aktif dimana kaunselor menjelaskan makna perkara atau isu yang dibawa oleh klien mengikut kefahaman kaunselor dari perspektif yang baru, kemahiran ini bererti memberi penghuraian kepada klien supaya klien dapat melihat perkara dari sudut perspektif yang berbeza.

Contoh:Klien : tekanan yang saya alami ini hanya tuhan yang tahuKaunselor : saya faham. Tekanan kamu bukan sahaja disebabkanmasalah tersebut sahaja. Tetapi juga msalah yang lain.

m)Kemahiran merumusKemahiran merumus adalah satu proses untuk merangkum beberapa idea yang telah dibincang dan perasaan-perasaan yang diluahkan oleh klient. Kaunselor memberi tumpuan kepada perkara-perkara seperti;

- apa yang telah klient ucapkan (isi)- bagaimana ia menyatakan perasaannya (emosi ketika itu)- maksud, masa dan kesan kenyataannya (proses).

Tujuan membuat rumusan ialah untuk menimbulkan kefahaman yang mendalam dan kesedaran diri klient dalam proses tolong bantu, bimbingan dan penyelesaian kepada sesuatu masalah.

Kemahiran membuat rumusan terbahagi kepada dua iaitu rumusan kecil dan rumusan besar. Rumusan kecil ialah penerangan terhadap susuatu isu yang telah dibingcangkan, manakala rumusan besar pula ialah ringkasan keseluruhan bagi member gambaran tentenag apa yang telah dibincangkan.

Contoh:Klien : itu sahaja yang dapat saya kongsikan setakat ini.Kaunselor : berdasarkan apa yang telah kamu ceritakan, saya dapatmerumuskan bahawa keluarga kamu sangat sayangkan kamu,tetapi mungkin ada sesuatu yang menyebabkan kamu berasatersisih atau tidak diberi perhatian

Rumusan kecilRumusan ini dibuat bebrapa kali dalam satu sesi dan bertujuan untuk membantu klien mengingat kembali apa yang sedang dibincangkan.

Contoh:Kaunselor: Jadi imran pada minggu lalu kita telah membincangkan tentang................dan.........

Rumusan besarRumusan besar ini merujuk kepada rumusan penamat atas segala sesi yang pernah dilakukan dan di bincangkan.

Contoh:Kaunselor: sebelum saya menutup sesi bagi permasalahan kamu ini maka, saya akan merumuskan apa yang telah kita lalui sepanjang sesi berlangsung.

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

DISEDIAKAN OLEH: ROHASLINDA BINTI AB HAMID

KEMAHIRAN MENDENGAR SECARA AKTIF

Kemahiran mendengar merupakan satu kemahiran yang paling asas dan penting dalam sesi kaunseling. Mendengar adalah berkait rapat dengan memberi perhatian. Rogers (1951) merumuskan Tanpa perhatian, mendengar sahaja tidak akan membawa kefahaman, maka komunikasi tidak akan wujud.Dalam situasi kaunseling, kaunselor perlu lebih banyak meluangkan masanya mendengar daripada berucap atau memberi respon kepada percakapan klien terutamanya di dalam peringkat awal kaunseling. Kaunselor juga perlu memegang balik tanggapan kendiri beliau supaya menjadi lebih terbuka untuk memberi masa dan galakkan untuk mendengar pesanan sebenar klien. Untuk benar-benar memahami apa yang telah diperkatakan oleh klien, kaunselor perlu memberikan tumpuan dan pemerhatian yang sepenuhnya untuk mendengar semua percakapan klien tersebut. Oleh itu, kejayaan mencapai objektif kaunseling itu banyak bergantung kepada kemahiran mendengar seseorang kaunselor itu.Selain dari tutur kata, gerak geri klien semasa bercakap juga patut dilihat dan didengar sama. Dikatakan bahawa segala tingkah laku klien itu turut memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan makna sesuatu pengucapannya itu.Gerak geri bukan lisan seseorang dikatakan dapat menggambarkan perasaannya yang sebenar. Ini termasuklah perasaan hatinya, pemikiran mental dan fizikalnya. Ia dapat menunjukkan sama ada klien berada dalam keadaan yang selesa ataupun sebaliknya.Mendengar merupakan kemahiran yang paling penting dalam proses kaunseling. Mendengar secara aktif memerlukan kaunselor untuk memberi perhatian kepada kedua-dua pesanan iaitu verbal dan tingkah laku iaitu bukan verbal. Kemahiran ini sangat penting untuk seorang guru apabila berurusan dengan klien iaitu murid yang mempunyai masalah.Setiap orang yang ingin berkongsi masalahnya akan berasa lega jika terdapat seseorang yang sudi mendengar masalahnya untuk diceritakan. Justeru itu, seorang guru yang baik mampu mendengar setiap masalah murid yang ingin diceritakan. Murid akan berasa selesa untuk meluahkan setiap masalah mereka kepada guru dengan syarat guru tersebut dalam keadaan bersedia untuk mendengar keluhan mereka. Selain daripada tutur kata, gerak geri murid semasa bercakap juga perlu patut dilihat dan didengar sama. Guru haruslah memberi tumpuan dan pemerhatian yang sepenuhnya untuk mendengar semua percakapan murid tersebut.Pemahaman yang tepat hanya akan diperolehi dengan adanya pendengaran yang baik. Di dalam konteks kaunseling, terdapat beberapa perkara yang perlu di dengar iaitu isi kandungan yang diperkatakan, perasaan yang dilahirkan melalui tingkah laku tanpa lisan dan juga mendengar perasaan yang dinyatakan. Justeru itu, proses mendengar harus melibatkan seluruh deria yang terdapat pada seseorang guru yang ingin mendapatkan intipati permasalahan muridnya.Telinga digunakan untuk mendengar apa yang diperkatakan, mata untuk melihat bagaimana gerak laku semasa perkataan atau ayat dituturkan, hidung juga turut menghidu bau-bau yang ada di sekeliling dan kadang kala deria sentuhan sebagai bersalaman dan sebagainya. Di sini terdapat beberapa panduan dalam meningkatkan kemahiran seperti kaunselor mesti memahami tujuan klien berada di situ, kaunselor perlu memberi fokus bukan sahaja kepada perkataan tetapi juga kepada nada dan cara yang diperkatakan untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, kaunselor juga perlu mengelak daripada membuat penilaian kepada klien terlebih awal dan kaunselor perlu lebih tahan berhadapan dengan gangguan-gangguan sama ada yang datang dari luar seperti bunyi bising atau gangguan dari dalam diri seperti keletihan kaunselor atau kurang tenteram emosi.Sebagai seorang guru haruslah berusaha dengan menggunakan panduan tersebut dalam meningkatkan keberkesanan dalam sesi kaunseling mereka. Ini juga dapat membantu guru membentuk hubungan yang lebih selesa bersama murid mereka. Setiap guru mesti memahami tujuan murid/klien mereka berada di situ. Sebaiknya setiap guru haruslah mengkaji terlebih dahulu serba sedikit latar belakang murid tersebut. Selain itu, untuk mendapatkan maklumat yang terperinci, guru perlu memberi fokus bukan sahaja kepada perkataan tetapi juga kepada nada dan cara yang diperkatakan oleh murid tersebut. Seperti sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, guru haruslah bertahan dengan ganngguan-gangguan yang datang dari persekitaran seperti bunyi bising murid-murid kelas sebelah atau gangguan dari dalam hati sendiri seperti emosi yang kurang tenteram. Oleh yang demikian, amat penting bagi kaunselor mendengar dan memahami dengan lebih peka, sama ada dari segi suara mahupun tingkah laku bukan lisan klien. Dengan berbuat demikian, barulah kaunselor dapat benar-benar memahami mesej klien dengan lebih sempurna. Secara tidak langsung, tindakan ini dapat menunjukkan kesediaan kaunselor untuk berhadapan dengan klien. Kaunselor boleh menunjukkan kemahiran mendengarnya dengan beberapa cara seperti menyatakan semula apa yang telah dikatakan oleh klien dengan tepat,menggambarkan semula isi kandungan serta perasaan klien tetapi dengan menggunakan perkataannya sendiri supaya menunjukkan kaunselor benar-benar faham dan mendengar percakapan klien tadi dan memberi respons kepada permasalahan klien.

10 kemahiran mendengar secara aktif menurut Jones (2004)

Dalam konteks perbualan guru bersama murid, guru seharusnya menunjukkan rasa minat untuk mendengar permasalahan murid. Berikan reaksi wajah yang sesuai bermaksud guru tersebut masih dalam sesi perbualan dan memahami segala yang diceritakan oleh murid.Dalam proses mendengar secara aktif dan memberikan respon kepada klien, para kaunselor juga perlu menunjukkan mereka berminat dan menggunakan bahasa badan yang sesuai.

KEMAHIRAN MENGGUNAKAN BAHASA YANG SESUAI

Kaunselor perlu pastikan yang mereka menggunakan bahasa yang sesuai bila berhadapan dengan klien. Kaunselor juga harus memastikan bahasa yang digunakan adalah difahami oleh klien. Bahasa kaunselor mestilah konsisten atau kongruen dengan segala tindakan beliau. Sebagai contoh, Jika seorang kaunselor mengatakan, Saya sangat gembira bercakap dengan kamu, nada suara beliau dan pergerakan badannya mesti menyampaikan suasana positif tersebut semasa menerima kliennya. Kemahiran ini terbahagi kepada dua iaitu kemahiran menyoal dan dorongan minimum.

Kemahiran menyoal

Kemahiran menyoal digunakan dalam sesi kaunseling untuk mendapatkan maklumat dengan mudah daripada klien. Ini adalah kerana sesetengah klien tidak menceritakan dengan jelas maklumat yang hendak disampaikan. Justeru itu, cara yang lebih baik adalah dengan bertanyakan soalan secara langsung mahupun tidak langsung kepada klien tersebut untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut lagi. Apabila kemahiran ini diaplikasikan dalam kaunseling, sungguhpun untuk memperolehi maklumat yang tertentu, fokusnya adalah ditumpukan untuk membangkitkan perasaan.Namun, kaunselor perlu pastikan bahawa soalan yang hendak ditanya itu sesuai, mudah difahami dan memudahkan klien untuk menjawabnya dengan penuh rela. Soalan-soalan yang dikemukakan haruslah berkaitan dengan usaha menggalakkan klien menjelajah dan memahami perasaannya. Di samping itu, soalan yang ditanya perlu mempunyai tujuan yang tertentu dan berupaya untuk menarik perhatian klien untuk meluahkan perasaan dan masalahnya tanpa merasa dirinya tergugat. Matlamat menyoal adalah untuk mendapatkan maklumat dengan cepat, mendapatkan maklumat lanjut dan akhir sekali untuk mendapatkan kepastian. Di dalam sesi kaunseling terdapat dua bentuk soalan yang dapat digunakan iaitu soalan tertutup dan soalan terbuka.Soalan tertutup adalah soalan yang menghadkan kepada beberapa perkataan sahaja. Jawapan yang diberikan pula tidak spesifik dan hanya memberi maklumat yang khusus sahaja. Sebagai contohnya, guru bertanya kepada murid tersebut Adakah kamu tidak menyiapkan kerja sekolah?Tujuan mengadakan soalan tertutup kepada klien adalah untuk mendapatkan kepastian bagi sesuatu fakta dan mendapatkan maklumat yang khusus. Selain itu, soalan tertutup juga dapat memberhentikan klien daripada terlalu banyak bercakap serta memberi arah tertentu di dalam perbincangan. Soalan tertutup adalah soalan yang khas yang cukup sekadar dijawab dengan gerak balas yang ringkas, tepat dan padat. Ia lebih spesifik dan memerlukan jawapan yang mempunyai satu atau dua perkataan sahaja, seperti ya atau tidak.Tujuan memberikan soalan tertutup juga adalah supaya sesi kaunseling tidak terkeluar daripada topik perbincangan dan mengurangkan klien daripada bercakap perkara yang tidak diperlukan.Soalan terbuka pula merupakan soalan yang memerlukan perbincangan, mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci dan menggalakan klien supaya bercerita dengan lanjut tentang perkara yang dibincangkan. Namun begitu, ia tidak memerlukan jawapan yang khusus. Soalan terbuka ini dapat menimbulkan rasa selesa pada diri klien dan rasa diterima. Matlamat bertanyakan soalan terbuka adalah untuk menggalakkan penerokaan dan pengembangan kepada perkara yang sedang dirundingkan sahaja.Soalan terbuka seterusnya memberi peluang kepada klien memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara mengikut pandangannya sendiri tanpa dinilai terlebih dahulu. Contoh-contoh soalan terbuka adalah seperti bagaimanakah kejadian itu boleh berlaku? Atau sejauh manakah kejadian itu mengganggu hidup anda?Soalan terbuka akan memberi peluang kepada klien untuk menerokai dan membincangkan segala yang dialami dan dirasainya. Ia turut menggalakkan klien untuk bercakap dengan lebih banyak ataupun memberikan penjelasan yang lebih jelas. Lazimnya, soalan terbuka menggunakan kata soal seperti siapa, apa, di mana dan bagaimana.Bagi seorang guru yang hendak melakukan bimbingan pula, mereka harus menggunakan soalan yang sesuai berdasarkan situasi dan keadaan murid. Terdapat segelintir murid yang tidak mahu bercerita dengan lebih terperinci haruslah dimulakan dengan soalan-soalan tertutup terlebih dahulu. Soalan-soalan tertutup juga dapat menimbulkan perasaan tidak puas bagi murid kerana mereka mungkin menganggap bahawa boleh berlaku antara jawapan yang diberikan mengikut kefahaman guru. Justeru itu, ini boleh menggalakan murid-murid bercerita dengan lebih panjang dan membolehkan guru-guru mengajukan soalan terbuka untuk menggalakkan murid bercerita dengan terperinci.Guru juga berwaspada dengan soalan yang hendak diajukan, ini boleh mengganggu proses kaunseling sekali gus mengganggu emosi murid-murid untuk terus bercerita dengan baik. Oleh itu, soalan yang hendak ditanya haruslah sesuai dengan keadaan dan menggunakan nada yang bersesuaian. Justeru itu, dalam penggunaan kemahiran interpersonal, seseorang guru perlu menggunakan bahasa yang sesuai berserta dengan pergerakan badan yang sesuai.

Dorongan minimum

Dorongan minima diperlukan untuk memberikan sokongan dan dorongan kepada klien untuk meneruskan perbincangan. Dorongan minima merupakan respons atau ungkapan ringkas ataupun pergerakan positif yang menggalakkan klien terus bercakap dan memberikan penjelasan. Di antara contoh dorongan minima adalah seperti hmm,teruskan, lepas itu, kemudian, jadi, terangkan lagi, oh. , sentuhan, angguk kepala, kerutan di dahi, senyuman, ya dan lain-lain lagi.Tujuan kaunselor mengadakan dorongan minima adalah untuk menggalakkan klien terus bercerita. Selain itu, ia menunjukkan kaunselor sedang mendengar dan faham apa yang sedang diperkatakan oleh klien.Ishammuddin Hj. Ismail (1999) menjelaskan tujuan melakukan mendorong minima adalah untuk menunjukkan kaunselor memberi perhatian, menolong penerokaan kendiri klien, supaya klien terus bercakap dan mempengaruhi arus perbualan di antara klien dan kaunselor.

KEMAHIRAN MEMAHAMI PERGERAKAN BADAN

Kesedaran visual merupakan satu aspek yang penting dalam pergerakan badan. Kesedaran visual ini melibatkan membaca pergerakan badan klien dengan menggunakan isyarat bukan verbal seperti ekspresi muka dan postur badan. Itu juga merangkumi pandangan/pandangan keliru/anggukan kepala/kesilapan dan penegasan suara dalam sesi soal jawab antara kaunselor dan klien.Kemahiran-kemahiran bukan verbal yang lain ialah seperti tingkah laku, kontak mata, orientasi, sentuhan dan kedekatan dengan klien merupakan cara-cara komunikasi yang penting apabila mengendalikan sesi kaunseling yang berkesan. Kaunselor perlu memastikan yang mereka tidak tegang dengan klien kepada klien mereka. Kaunselor dan klien hendaklah dalam keadaan baik supaya komunikasi antara mereka dapat difahami dengan mudah. Klien perlu mendapatkan keselesaan untuk bercakap dengan kaunselor. Kaunselor perlu menggunakan kontak mata dengan lebih kerap dengan klien. Kontak mata yang dimaksudkan mestilah tidak mengancam keselesaan kedua-dua belah pihak dan tidak menimbulkan fitnah. Sekiranya klien berasa malu, bolehlah kaunselor mengubah cara pandangan kearah lain bagi membolehkan klien mencurahkan perasaannya dengan lancar.Kemahiran ini juga boleh dilihat dari segi cara duduk, gerak geri, nada suara, pernafasan, wajah dan sebagainya yang ditunjukkan oleh klien semasa sesi kaunseling dijalankan. Jika pergerakan klien berlaku dengan kerap, ini menunjukkan dia berkeadaan tidak selesa dan mengalami jiwa yang tidak tenteram. Di antara tanda-tanda atau masalah pergerakan ialah percakapan terganggu, tangan menggeletar, keadaan nafasnya turun naik, kakinya menghentak lantai dan perhatian kearah kaunselor tidak tepat. Jika klien mempunyai tanda-tanda seperti ini, kaunselor hendaklah mengawasi pergerakan klien sama ada dia berada dalam keadaan konsisten atau tidak.Keadaan muka kaunselor yang serius atau ekspresi bosan akan menyebabkan klien berasa tidak berminat untuk menerangkan dengan lebih lanjut atau berkomunikasi dengan kaunselor. Lain-lain bentuk pergerakan badan yang tidak senonoh yang boleh ditunjukkan oleh kaunselor ialah badan membongkok, membuat bunyi dengan jari kaki atau tangan, bermain dengan tangan atau rambut yang boleh membuatkan klien tidak selesa. Air muka seseorang kaunselor hendaklah sentiasa senyum. Suka dan bersedia untuk memahami dan mengingat kembali apa yang disampaikan oleh klien. Kaunselor hendaklah merenung atau menentang mata klien dengan penuh perhatian semasa dia bercakap bagi menunjukkan kesediaan melibatkan diri dalam pertemuan yang diadakan. Kaunselor harus mengikuti perkembangan percakapan klien dan memberi dorongan minimum bagi menggalakkan dia meneruskan perkara-perkara yang penting.Kaunselor hendaklah mempunyai anggapan yang positif terhadap klien seperti menunjukkan kemesraan dan menghormati. Justeru itu, bahasa badan kaunselor dapat memberikan pelbagai maklum balas kepada klien.Pentingnya kemahiran pergerakan badan bagi seseorang guru adalah untuk memahami jiwa murid tersebut dengan lebih mendalam. Murid hanya akan bercerita kepada sesiapa yang dipercayainya dan berasa selesa apabila berinteraksi dengannya. Justeru itu, seorang guru haruslah memahami pergerakan badan murid untuk lebih memahami diri murid. Guru tidak seharusnya cepat menghukum jika murid melakukan sesuatu kesalahan namun mereka haruslah mendengar keluhan murid kerana murid berhak diberi peluang untuk meluahkan pendapat atau masalah mereka. Guru juga haruslah sentiasa beranggapan positif kepada murid-murid supaya lebih mesra dan murid lebih menghormati guru.

KEMAHIRAN MEMBERIKAN MAKLUM BALAS YANG SESUAI

Maklum balas ialah seperti cermin dalam proses komunikasi. Maklum balas mencerminkan pesanan yang si pengantar telah menyampaikan kepada si penerima. Ia juga merangkumi apa yang si penerima menghantar balik kepada si pengantar pesanan. Maklum balas boleh berlaku dalam pelbagai cara. Salah satu cara ialah respons kaunselor setelah mendengar isi dan memerhati tingkah laku klien. Pemahaman kaunselor ini dinyatakan dalam bentuk ayat yang agak pendek tetapi tepat dan padat maksudnya. Matlamat utama ialah untuk memudahkan penerokaan ke atas klien. Respons ini adalah penting untuk menunjukkan kaunselor mendengar dan memahami apa yang dikatakan oleh klien. Tujuan utama ia digunakan oleh kaunselor adalah untuk menunjukkan kepada klien bahawa mesej yang diberikan mula difahami oleh kaunselor. Ia juga bagi memastikan yang kaunselor mendapat mesej yang betul dari klien serta memberi peluang kepada klien mendengar kembali apa yang dirasa.Pengulangan yang dibuat oleh kaunselor lazimnya, hanyalah sebagai pembayang yang mencerminkan perasaan atau keseluruhan isi yang disampaikan oleh klien tadi. Ini merupakan satu cara langsung untuk mendapatkan maklum balas daripada kliennya. Melalui maklum balas ini, ia akan membantu klien untuk berfikir dan menumpukan perhatian terhadap situasi, orang, objek atau idea dengan lebih jelas. Ini akan menambahkan penerokaan kaunselor terhadap isi yang ingin dibincangkan dengan klien. Maklum balas juga juga boleh mengelakkan kekeliruan dan ketidaksefahaman antara kaunselor dan klien mengenai topic perbincangan mereka. Kaunselor perlu memastikan bahawa maksud asal mesej klien itu tidak berubah.Klien-klien juga perlu menanya soalan-soalan yang tepat dan betul yang boleh digunakan secara berfaedah untuk mendapatkan maklum balas positif daripada kaunselor. sebelum memberikan maklum balas, kaunselor haruslah betul-betul memahami permasalahan yang dihadapi oleh klien. Kemudian, barulahmaklum balas diberikan oleh kaunselor dengan menggunakan perkataan yang ringkas, padat dan tepat. Kaunselor tidak digalakkan menggunakan ayat yang terlalu panjang dan tidak menggunakan perkataan yang sama berulang-ulang kali.Tujuan utama mendapatkan maklum balas yang sesuai oleh kaunselor dalam sesi bimbingan dan kaunseling ialah untuk mendapatkan maklumat untuk memberi elobrasi kepada respon-respon klien. Maklumat yang diberikan oleh klien akan difahami dan diberikan sedikit penerangan yang lebih jelas untuk menjadikan klien lebih faham situasi klien yang sebenar. Selain daripada itu, maklum balas juga adalah untuk menolong klien dengan mencadangkan tindakan alternatif dalam cara-cara klien melihat diri mereka dan situasi mereka untuk membantu memfokus kepada perasaan mereka. Kaunselor akan cuba untuk memahami apa yang di alami atau dirasai oleh klien secara emosi. Dengan itu, kaunselor akan tahu bahawa perasaan dan tanggapan yang akan diluahkan oleh klien, tetapi merupakan satu cara untuk membuat kesimpulan tingkah laku klienyang dapat membayangkan isi, pemikiran, perasaan dan tindakannya sekali. Dengan ini, kaunselor akan bagi idea idea kepada klien untuk menangani masalah yang dihidapi oleh klien. Maklum balas juga bertujuan untuk menyemak persepsi dan untuk meringkaskan apa yang telah dipelopori oleh kaunselor dan klien.Bagi seorang guru, kemahiran maklum balas ini haruslah dikuasai untuk mencapai kesepakatan dalam sesuatu perbincangan. Guru perlu mendapatkan maklum balas daripada murid-murid untuk membina komunikasi dua hala dan mengurangkan komunikasi sehala yang selalu di amalkan oleh segelintir guru iatu hanya guru yang menerangkan tanpa mendapatkan maklum balas daripada murid-murid. Komunikasi dua hala ini penting untuk mendapatkan percambahan idea daripada murid dan mengelakkan daripada murid bosan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. selain daripada itu, guru dapat mengetahui tahap kefahaman murid terhadap pengajarannya. Guru dan murid tidak dapat dipisahkan daripada komunikasi yang berkesan tidak kira dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Murid lebih selesa untuk berdamping dan bercerita dengan gurunya sekiranya mereka telah mempunyai hubungan yang erat dan mesra. Oleh itu, seseorang guru haruslah memastikan komunikasi yang baik dijalinkan terlebih dahulu dengan murid-murid agar dapat memudahkan proses interaksi berlaku sekiranya murid memerlukan bimbingan daripada guru tersebut.Dengan mendapatkan maklum balas yang sesuai, seorang kaunselor boleh mengatasi halangan komunikasi dan membina satu perhungan dua hala yang dapat berfungsi dengan baik.http://psikologidpli2012.blogspot.com/2012/08/esei-psikologi-linda.html

KEMAHIRAN PRASESIKemahiran pra sesi bermaksud tahap awal sebelum seseorang kaunselor mengendalikan sesi kaunseling sama ada untuk klien yang datang secara dirujuk atau yang sukarela. Antara kemahiran-kemahiran yang perlu difikirkan adalah:i. Perancangan Prasesiii. Keselesaan Klieniii.Pertimbangan Untuk Memulakan Sesi Kaunseling. Perkara-perkara yang perludipertimbangkan:-- Pertemuan atau pandangan pertama- Kepakaran kaunselor- Adakah klien datang secara sukarela atau secara dirujuk- Maklumat umum latar belakang klien- Kesihatan mental secara am.Dicatat olehAbdul Hanid Halitdi10:00 AMNo comments: