Upload
leliem
View
231
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
KEMAHIRAN GENERIK DALAM FAKTOR PEMILIHAN JURUTERA
MENGIKUT PERSPEKTIF INDUSTRI PEMBINAAN
NORRAFIDAH BINTI ABD KADIR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
KEMAHIRAN GENERIK DALAM FAKTOR PEMILIHAN JURUTERA
MENGIKUT PERSPEKTIF INDUSTRI PEMBINAAN
NORRAFIDAH BINTI ABD KADIR
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2009
ii
iii
DEDIKASI
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, kupanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin,
rahmat serta limpah kurniaNya maka kertas laporan ini dapat disiapkan dengan jayanya.
Teramat istimewa buat,
Ibu
yang melahir dan membesarkan
Ayah
yang memberi kekuatan
Jutaan terima kasih atas pengorbanan, dorongan, kesabaran dan doa kalian
sepanjang pengajianku. Semoga kalian sentiasa mendapat rahmat serta hidayah dari
Allah s.w.t.
Wassalam.
iv
PENGHARGAAN
Syukur alhamdulillah ke hadrat illahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya kajian
yang dijalankan ini dapat disiapkan sepenuhnya mengikut masa yang telah ditetapkan.
Dikesempatan ini, pengkaji ingin merakamkan penghargaan ikhlas buat penyelia projek
Encik Mahyuddin Bin Arsat, yang telah banyak membantu dengan penuh komited
dalam membimbing, menasihat, memberi dorongan serta tunjuk ajar yang berguna di
sepanjang tempoh kajian ini dijalankan.
Tidak lupa juga jutaan terima kasih disampaikan buat rakan – rakan
seperjuangan di atas kesudian mereka untuk meluangkan masa, berkongsi ilmu,
pandangan, dan maklumat yang amat bermakna dalam menjayakan kajian ini.
Penghargaan juga ditujukan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam kajian ini
secara langsung mahupun tidak langsung dalam memberikan kerjasama yang tidak
terhingga dalam memastikan kajian ini berjalan dengan lancar mengikut perancangan
yang telah ditetapkan.
Akhir sekali, kepada semua pihak yang terlibat, pengkaji ingin merakamkan
setinggi – tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.
Semoga Allah memberkati semua.
Sekian.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau kemahiran generik dalam faktor pemilihan
jurutera mengikut perspektif industri. Kemahiran yang berkaitan dikategorikan kepada
kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah,
kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, etika dan moral,
kemahiran keusahawanan dan kemahiran kepimpinan. Kajian ini melibatkan responden
seramai 44 orang majikan di industri pembinaan. Data untuk kajian ini diperolehi
melalui soal selidik yang mengandungi 64 item dan mempunyai nilai kebolehpercayaan
Alpha Cronbach adalah 0.98. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti dan menganalisis
persepsi majikan kepada keutamaan, tahap dan citarasa industri terhadap kemahiran
generik. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for
Social Science (SPSS) for Window Version 11.5. Analisis kajian dinyatakan dalam
bentuk kekerapan, peratus dan min. Hasil kajian mendapati bahawa majikan lebih
mengutamakan kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran
menyelesaikan masalah, kerja berpasukan dan etika moral professional dalam industri
pembinaan. Tahap kemampuan jurutera berada pada tahap tinggi. Namun demikian,
kemahiran keusahawanan kurang memenuhi citarasa industri. Kajian ini juga
memberikan cadangan di mana pihak universiti, industri dan graduan haruslah peka
terhadap kepentingan kemahiran generik dan cadangan untuk kajian lanjutan yang boleh
dilakukan.
vi
ABSTRACT
This research was conducted to survey selection factor for generic skills among
engineer based on industrial perception. The skills are categorized into communication
skills, problem solving skills and critical thinking, team working, information
management and lifelong learning, moral and ethics, entrepreneurships and leadership.
This study involves 44 employers in construction industry. Data for this study were
collected through which consists of 64 items and 0.98 reliability index (Alpha
Cronbach). The objective of the study was to analysis and identifies the employers’
perception toward the priority, level and industry desire toward of generic skills. Data
were analyzed using the Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows
Version 11.5. The analysis was stated in the form of frequency, percentage and mean.
The findings of the study showed that the employers is more use communication skills,
problem solving skill and critical thinking, moral and ethics and also team working in
construction industry. The ability of the engineer is in the highest level. However, the
practice of the entrepreneurships skills is not use in this industry. This research provides
several ways to solve this problem but it must be together with other collaborative
solution. Universities, industries and graduates must aware the importance of generic
skills and further research can be carried out.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA
SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
I PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Rasional/Kepentingan Kajian 10
viii
` 1.7 Skop Kajian 11
1.8 Batasan Kajian 12
1.9 Definisi Istilah 12
II SOROTAN KAJIAN 16
2.1 Pengenalan 16
2.2 Kemahiran Generik 16
2.2.1 Definisi Kemahiran Generik 17
2.3 Industri Pembinaan 18
2.4 Kajian-Kajian Terdahulu 20
2.5 Tiga Kemahiran Generik Yang Penting 22
2.5.1 Kemahiran Berkomunikasi 22
2.5.2 Pemikiran Kritis Dan Kemahiran
Menyelesaikan Masalah
27
2.5.3 Kemahiran Kerja Berpasukan 29
2.6 Empat Kemahiran Generik Yang Lain 32
2.6.1 Pembelajaran Berterusan Dan
Pengurusan Maklumat
32
2.6.2 Kemahiran Keusahawanan 34
2.6.3 Etika Dan Moral Profesional 36
2.6.4 Kemahiran Kepimpinan 37
2.7 Kesimpulan 39
III METODOLOGI KAJIAN 40
3.1 Pengenalan 40
3.2 Rekabentuk Kajian 40
3.3 Tempat Kajian 41
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 41
ix
3.5 Instrumen Kajian 42
3.5.1 Pembinaan Soal Selidik 44
3.5.2 Kebolehpercayaan Instrumen Kajian 45
3.5.3 Keesahan Kajian 46
3.6 Kajian Rintis 46
3.6.1 Analisis Data Kajian Rintis Berdasarkan
Latar Belakang Responden
47
3.6.2 Analisis Data Kajian Rintis Berdasarkan
Persoalan Kajian
48
3.7 Prosedur Kajian 49
3.7.1 Industri 50
3.8 Analisis Data 51
3.9 Penutup 51
IV ANALISIS DATA 52
4.1 Pengenalan 52
4.2 Penganalisaan Data 52
4.3 Analisis Bahagian A 53
4.3.1 Jantina 54
4.3.2 Status 54
4.3.3 Etnik 55
4.3.4 Tahap Pendidikan Tertinggi 55
4.3.5 Sektor Pekerjaan 56
4.3.6 Tempoh Dalam Perkhidmatan Sekarang 56
4.3.7 Anggaran Pendapatan Sebulan 57
4.4 Analisis Bahagian B 57
4.4.1 Persoalan Kajian 1 58
4.4.2 Persoalan Kajian 2 60
4.4.3 Persoalan Kajian 3 64
x
4.5 Penutup 71
V PERBINCANGAN, RUMUSAN, DAN
CADANGAN
73
5.1 Pengenalan 73
5.2 Perbincangan Kajian 74
5.3 Perbincangan Berkaitan Latar Belakang
Responden
74
5.4 Perbincangan Berkaitan Persoalan Kajian 75
5.4.1 Persoalan Kajian 1 76
5.4.2 Persoalan Kajian 2 79
5.4.3 Persoalan Kajian 3 83
5.5 Rumusan 90
5.5.1 Rumusan Latar Belakang Responden 90
5.5.2 Rumusan Persoalan Kajian 91
5.6 Cadangan 92
5.7 Cadangan Lanjutan 93
5.8 Penutup 94
RUJUKAN 95
Lampiran A-E 100 - 120
xi
SENARAI JADUAL
NO TAJUK
MUKA SURAT
1.1 Istilah Kemahiran Generik Di Negara Lain 3
3.1 Skala Likert 43
3.2 Taburan Item Soal Selidik Mengikut Kajian 44
3.3 Taburan Item Dalam Soal Selidik 44
4.1 Skala Nilai Min 53
4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 54
4.3 Taburan Responden Mengikut Status 54
4.4 Taburan Responden Mengikut Etnik 55
4.5 Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan
Tertinggi
55
4.6 Taburan Responden Mengikut Sektor Pekerjaan 56
4.7 Taburan Responden Mengikut Tempoh Dalam
Perkhidmatan Sekarang
56
4.8 Taburan Responden Mengikut Anggaran Pendapatan
Sebulan
57
4.9 Peratusan Keutamaan Daripada Tujuh Elemen
Kemahiran Generik Yang Digunakan
58
4.10 Keutamaan Daripada Tujuh Elemen Kemahiran
Generik Yang Digunakan Mengikut Pemeringkatan
60
xii
4.11 Peratusan Tahap Kemahiran Generik Dalam Kalangan
Jurutera
60
4.12 Peratusan Kemahiran Generik Yang Diperlukan Untuk
Memenuhi Citarasa Industri
64
4.13 Kemahiran Generik Yang Memenuhi Citarasa Industri
Mengikut Pemeringkatan
71
xiii
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK
MUKA SURAT
2.0 Model Pendekatan Konstruktivis Yang Menerangkan
Teori Pengurusan Maklumat Dalam Pembelajaran
Berterusan
34
2.1 Model Pendekatan Sosiologi Yang Menerangkan
Teori Keusahawanan
35
xiv
SENARAI SINGKATAN
UTM - University Teknologi Malaysia
K-ekonomi - Knowledge – Ekonomi
DBP - Dewan Bahasa Dan Pustaka
SPSS - Statistical Packages for The Social Sciences
NCVER - National Centre for Vocational Education Research Australia
KK - Kemahiran Keusahawanan
KPSB - Kemahiran Penyelesaian Secara Bekerjasama
CIT - Construction Information Technology
ICT - Information Communication Technology
IPT - Institut Pengajian Tinggi
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
MUKA
SURAT
A SOAL SELIDIK 100
B SENARAI INDUSTRI PEMBINAAN 112
C ANALISIS PERSOALAN KAJIAN PERTAMA 116
D ANALISIS PERSOALAN KAJIAN KEDUA 117
E ANALISIS PERSOALAN KAJIAN KETIGA 118
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pemimpin adalah orang yang dipandang tinggi serta dihormati oleh pihak
bawahannya. Pemimpin terulung merupakan seorang yang mempunyai ciri-ciri dan
kriteria serta kualiti tertentu untuk melayakkannya menerajui satu organiasi. Ini
menjadikan pemimpin perlu memikul tanggungjawab yang besar dan terpaksa
mengharungi pelbagai cabaran sepanjang pengurusannya. Jurutera yang berwibawa
adalah pendorong besar organisasi untuk mencapai matlamat yang sejak awal dirancang
dengan teliti. Perancangan yang baik adalah satu kejayaan baginya apabila semua projek
yang dipegang dilaksanakan dengan sempurna tanpa menghadapi masalah. Maka,
keputusan yang bijak perlu dibuat agar matlamat tidak tersasar dari pengurusan yang
sebenar.
Prospek kerjaya bagi jurutera amat luas kerana jurutera terlibat dalam
menyediakan kemudahan untuk kesejahteraan manusia sejagat. Di negara maju seperti
Amerika Syarikat, terdapat 76 jurutera untuk setiap 10 000 orang, sedangkan di
Malaysia hanya terdapat 7 orang ( Lankard, 1990 ). Malaysia akan menyusuli Amerika
Syarikat ke arah negara maju pada tahun 2020. Justeru itu, untuk memastikan
2
pembangunan yang pesat ini, negara memerlukan bilangan jurutera yang ramai. Di
Malaysia, peluang pekerjaan untuk jurutera terbuka luas sama ada di sektor awam,
korporat, swasta ataupun bekerja sendiri sebagai perunding mahupun kontraktor.
Pada masa ini, tuntutan pekerjaan lebih mengutamakan kemahiran dan tidak lagi
menempatkan graduan-graduan sebagai syarat utama. Hanya mereka yang kreatif,
inovatif, berprestasi tinggi, cekap berkomunikasi dan berdisiplin diiringi dengan
memiliki kemahiran, profesionalisme dan kompentensi akan mampu bersaing dalam
dunia pekerjaan. (Cathleen, 1994).
Kemahiran itu tidak kira sama ada ia general life skill atau specific life skill.
General life skill itu termasuklah kemahiran berkomunikasi dan kemahiran berfikir
secara rasional. Manakala specific life itu pula meliputi dua kemahiran iaitu kemahiran
akademik dan vokasional. Mereka yang berpendidikan tinggi dan disertai dengan
kemahiran pelbagai bidang di samping berdaya maju, serba boleh, cekap berkomunikasi,
peka kepada aspirasi bangsa, masyarakat dan negara, dinamik serta produktif tentunya
akan mendapat keutamaan untuk memperolehi pekerjaan untuk sama-sama menjana
serta membangunkan negara. ( Buletin P&P, UTM Jun, 2004 ).
Kemahiran generik adalah kemahiran umum, kualiti, kebolehan yang harus
dikuasai oleh seseorang untuk berjaya dalam pelajaran dan kerjaya mereka. Kemahiran
ini biasanya dibangunkan melalui satu jangka masa panjang dan boleh diguna pakai
dalam suasana baru seperti di tempat kerja. Kemahiran ini biasanya membolehkan
seseorang berfungsi dan memberi sumbangan secara efektif dalam menyelesaikan
masalah, berkomunikasi, berfikir secara kreatif dan kritis serta bertindak sebagai ahli
kerja berkumpulan yang berkesan. Kesemua kemahiran generik ini adalah kemahiran
umum yang diperlukan dalam semua bidang. Namun sesuatu bidang mungkin
memerlukan sesuatu kemahiran itu lebih banyak atau lebih sedikit berbanding dengan
bidang yang lain. (Dune dan Carre, 2000).
3
Kemahiran generik juga dikenali sebagai ‘core skills’, ‘essential skills’
‘employability skills’, ‘transferable skills’, ‘trans-disciplinary goals’ dan sebagainya.
Jadual 1 di bawah ini menunjukkan istilah-istilah yang merangkumi pengertian sebenar
kemahiran generik serta kemahiran asas yang umum dalam semua bidang dan perlu bagi
peningkatan kerjaya seseorang di pasaran kerja. Kemahiran-kemahiran yang dikuasai,
boleh digunakan dalam kehidupan sosial, akademik dan profesional seseorang.
Jadual 1.1 : Istilah kemahiran generik di negara lain
United Kingdom Core skills, key skills, common skills
New Zealand Essential skills
Australia Key competencies, employability skills, generic skills
Kanada Employability skills
Amerika Syarikat Basic skills, necessary skills, workplace know-how
Singapura Critical enabling skills
Perancis Transferable skills
Jerman Key qualifications
Switzerland Trans-disciplinary goals
Belanda Process independent qualifications Sumber: NCVER (National Centre for Vocational Education Research Australia), 2003. Dunia barat memandang berat terhadap kemahiran generik di mana ia merupakan
kemahiran tambahan yang perlu ada dalam setiap individu. Ini berdasarkan kajian yang
dijalankan oleh Peter Vogt ( 2005 ) di mana kebolehan tambahan seperti komunikasi
secara lisan, kerja berpasukan, analitikal, interpersonal, kepimpinan dan kemahiran
menulis adalah lebih penting berbanding kemahiran teknikal.
Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak juga menyeru agar para
mahasiswa memperbaiki prestasi diri dengan menguasai ilmu kemahiran hidup dan
kaedah bergaul atau berinteraksi dengan masyarakat. Menurut beliau, adalah menjadi
tanggungjawab setiap graduan kejuruteraan agar tampil bukan sahaja dengan kelulusan
akademik yang bagus, tetapi perlu memiliki kelebihan dari segi menguruskan diri dalam
4
situasi dan konteks tertentu terutama graduan yang berminat untuk bertugas dalam
sektor swasta. Dalam pada itu, beliau berpendapat bahawa seseorang insan perlu
dibahagikan secara holistik atau menyeluruh dan tidak bergantung kepada ilmu
akademik sahaja ( utusan Malaysia, 14 November 2005 ). Ini menunjukkan betapa
pentingnya kemahiran dan pengetahuan dalam pembangunan tenaga manusia dan tugas
rakyat pada abad ini.
Memandangkan masalah pengangguran yang semakin serius ini juga dihadapi
oleh graduan-graduan dalam bidang kejuruteraan, kajian ini dijalankan bagi membantu
jurutera mengetahui kemahiran generik yang diperlukan oleh pihak majikan.
Permasalahan asas yang akan dikaji dalam kajian ini ialah mengenai penekanan
kemahiran generik yang diperlukan oleh pihak majikan dalam faktor pemilihan jurutera
mengikut perspektif industri. Kajian ini dapat membantu para jurutera mengetahui
kriteria-kriteria serta lebih bersedia apabila berdepan dengan pihak majikan sebelum
mereka menghadiri temuduga. Di dalam bab ini akan diperbincangkan mengenai
perkara-perkara seperti latarbelakang kajian, pernyataan masalah, objektif kajian,
persoalan kajian, kepentingan kajian dan batasan kajian. Di akhir bab ini terdapat
beberapa penjelasan istilah-istilah yang dirujuk dalam kajian ini.
1.2 Latarbelakang Masalah
Kebanyakan majikan pada masa ini memerlukan pekerja yang bukan sahaja
memiliki kemahiran teknikal tetapi juga memerlukan kemahiran generik untuk
meningkatkan produktiviti syarikat dan berdaya saing. Pekerja yang mempunyai
kemahiran generik tersebut akan dapat menyesuaikan diri dengan semua jenis pekerjaan
dan bersifat serba boleh. Oleh itu kemahiran generik adalah penting bagi ekonomi yang
berasaskan pengetahuan. Kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk perindustrian
adalah adaptabiliti, analitik, komunikasi, inisiatif, interpersional, kepimpinan, keyakinan
5
diri,dan bekerja dengan orang lain. Dengan gabungan pelbagai kemahiran ini, ia dapat
meningkatkan produktiviti individu serta pengeluaran syarikat (Mohd Safarin, 2004).
Kehadiran pemimpin sangat penting dalam merealisasikan matlamat dan objektif
projek. Peranan jurutera adalah penting bagi memastikan projek mengikut perancangan
dan penjadualan yang dibuat dalam menguruskan sumber yang terhad dan pengaruh
kekangan masa, kos, kualiti dan keselamatan serta persekitaran. Oleh itu, pemimpin
memerlukan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang luas dalam projek dan
bukan hanya mahir dalam bidang teknikal sahaja.
Soo Wee Leng dan Juma’ayah ( 1997 ) mendapati kurikulum yang ditawarkan
oleh institusi teknikal dan vokasional tidak mengikut permintaan pasaran industri yang
mengakibatkan kemahiran lepasan teknik dan vokasional tidak memenuhi keperluan
pihak industri. Ini bermakna institusi pendidikan teknik dan vokasional tidak menjurus
kepada pasaran kerja. Maka timbul masalah di kalangan pelajar-pelajar yang tidak dapat
mengaplikasikan apa yang dipelajari dengan keperluan pekerjaannya dan tidak dapat
menyesuaikan diri di alam pekerjaan baru. Abad ke 21 pula merupakan era di mana
sektor pekerjaan memerlukan pekerja berkemahiran generik yang meliputi kemahiran
menyelesaikan masalah, berfikiran kritikal, bekerja dalam satu pasukan dan kesediaan
mempelajari sesuatu yang baru dalam pekerjaan ( National Institute of Literacy and the
Small Business Administration, 1999 ).
Kepimpinan sebenarnya adalah anugerah semulajadi dari Tuhan kepada
seseorang dan bukan dilantik mahupun perlu diasah kemahirannya. Ia adalah proses
evolusi dalam penerimaan orang ramai sebagai pemimpin ( Chambers dan Chaft, 1998 ).
Tetapi dalam projek pembinaan, jurutera adalah dilantik daripada pihak atasan untuk
melaksanakan tugasnya di tapak bina dalam mencapai objektif organisasi. Oleh yang
demikian, perspektif pernyataan masalah ini dikupas dengan terperinci agar jawapan
dapat diberikan kepada persoalan ini.
6
Berdasarkan kepada perangkaan yang dibuat oleh syarikat pengeluar kereta
nasional Negara, Proton, mendapati sebilangan besar lepasan pengajian tinggi tempatan
gagal untuk mendapat tempat di kilang tersebut berbanding lepasan luar negara.
Menurut Tengku Mahaleel (2002), antara punca graduan tempatan gagal dalam
temuduga di dalam kebanyakkan syarikat adalah kerana mereka gagal menyakinkan
penemuduga mengenai kelebihan yang ada pada diri masing-masing. Selain daripada itu,
kegagalan tersebut juga disebabkan kerana calon-calon berkenaan tidak mampu
mengeluarkan pemikiran bernas mengenai pelbagai isu walaupun antara mereka ramai
yang mempunyai kelulusan akademik cemerlang. Keadaan ini memberikan impak yang
besar terhadap keupayaan institusi pengajian tinggi tempatan dan jika keadaan ini
berlarutan sudah tentu akan menyumbang kepada pembaziran sumber tenaga kerja
negara. Seterusnya akan menjadi masalah pertambahan pengangguran di kalangan
rakyat tempatan.
Menurut Hasliza (2002), antara faktor lulusan institusi pendidikan tinggi tidak
mendapat tempat di pasaran pekerjaan adalah kerana mereka tidak mempunyai
kemahiran-kemahiran soft skill atau generik. Bakal majikan kurang yakin terhadap
lulusan institusi berkenaan terutama pada aspek keperibadian, penampilan, keyakinan
diri, kurang kemahiran berkomunikasi, kemampuan membuat keputusan terbatas dan
tidak mampu bekerja dalam kumpulan.
Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) pula mendapati kurikulum di institusi
pengajian tinggi tempatan tidak memenuhi keperluan dan tuntutan pasaran kerja sektor
swasta, yang menyediakan 90 peratus peluang pekerjaan di negara ini ( Berita Harian,
29hb, Ogos 2003 ). Masalah asas yang dihadapi oleh graduan terutamanya keluaran
institusi latihan kemahiran dan universiti keluaran tempatan untuk mendapat pekerjaan
ialah kelemahan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, menggunakan komputer,
berinteraksi dengan kaum lain, bekerja secara berpasukan serta kesanggupan mereka
bekerja di luar waktu tugas rasmi ( Berita Harian, 22hb, Ogos 2003 ).
7
Noah dan Eckstein ( 1988 ) pula dalam satu kajiannya mendapati bahawa di
England, Jerman dan Perancis para majikan industri masih tidak berpuas hati dan sering
mengkritik pihak sekolah kerana mereka merasakan pihak sekolah tidak berupaya
menyediakan para pelajar dengan latihan kemahiran pekerjaan secukupnya untuk
membolehkan mereka memasuki dunia pekerjaan. Para majikan industri juga
menyatakan bahawa kurikulum sekolah terlalu menekankan perkara akademik sahaja
dan kurang mengambil berat terhadap pelajar yang mempunyai bakat praktikal.
Pada zaman k-ekonomi ini, ia memerlukan pekerja mahir dalam semua aspek
termasuk penguasaan kemahiran generik untuk menghadapi cabaran globalisasi. Pihak
Institusi Pengajian Tinggi perlu memberi penekanan dalam hal ini supaya produknya
lebih berkualiti dan mampu memenuhi keperluan industri negara. Sehubungan dengan
itu, untuk menghasilkan pelajar yang memenuhi ciri-ciri yang diperlukan sebagai
pekerja industri masa ini, tenaga pengajar di Institusi Pengajian Tinggi perlu mempunyai
pengetahuan terkini, berorentasikan perindustrian dan mempunyai pengalaman bekerja
dalam industri. Ini penting kerana pengalaman tenaga pengajar yang luas membolehkan
mereka mengajar dan mendidik pelajar lebih berkesan dan mengetahui apa yang
diperlukan untuk seseorang apabila bekerja kelak. Kita sedia maklum bahawa pelajar
merupakan aset negara untuk merealisasikan matlamat wawasan 2020 negara untuk
mencapai sebuah negara perindustrian yang maju dan berdaya saing (Robiah
Sidin,1998).
Memiliki ketrampilan akademik semata-mata masih tidak menjamin seseorang
graduan mendapat pekerjaan akibat dari persaingan sengit di dunia pasaran kerjaya hari
ini. Kebanyakan majikan bukan sahaja menjadikan pencapaian akademik sebagai
kriteria utama pemilihan, tetapi juga meletakkan penguasaan kemahiran insaniah (soft
skills) dikalangan graduan sebagai kriteria pemilihan bakal pekerjanya.
Fenomena pengangguran di Malaysia mengalami perubahan yang ketara sekali.
Kini, lambakan tenaga buruh di Malaysia bukan lagi tertumpu kepada remaja lepasan
sekolah tetapi didominasi oleh para siswazah yang baru sahaja melepasi alam pengajian.
8
Dianggarkan kira-kira 80,000 graduan menganggur ketika ini ( Zawiyah Omar, 2005 ).
Perkara ini amat memeranjatkan memandangkan Malaysia sedang pesat membangun
dan amat memerlukan tenaga mahir dan terpelajar untuk memenuhi kehendak industri.
Malahan itu, dalam bidang pembinaan juga merangkumi para siswazah yang
mengambil jurusan kejuruteraan tidak terlepas dari mengalami masalah ini ( Peter
Bennett, 2005 ). Contohnya, pihak-pihak majikan terlalu mementingkan pengalaman
kerja yang mana kriteria ini tidak dapat dipenuhi oleh graduan yang baru tamat
pengajian mereka. Di antara faktor-faktor lain yang mungkin mempengaruhi berlakunya
pengangguran ini adalah disebabkan oleh graduan itu sendiri yang mana graduan itu
belum benar-benar bersedia menghadapi alam pekerjaan. Perkara ini juga amat penting
kerana para graduan perlulah melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran seperti
kemahiran generik contohnya kemahiran berkomunikasi, etika dan sebagainya.
Manakala pihak firma-firma perunding dan juga kontraktor juga banyak menekankan
bahawa setiap graduan bukan sahaja perlu menguasai kemahiran generik malah
sepatutnya telah melengkapkan diri dengan kemahiran praktikal.
Oleh itu, kajian ini dirasakan dapat membantu jurutera dan bakal jurutera
mengenalpasti sama ada tahap kemahiran generik yang dimiliki pada diri mereka
memenuhi kehendak industri-industri pada masa ini. Keperluan kemahiran generik
dalam dunia pekerjaan adalah sangat penting dan ini telah menyebabkan penyelidik
mengkaji kemahiran generik yang diperlukan dalam faktor pemilihan jurutera mengikut
perspektif industri.
1.3 Pernyataan Masalah
Masalah utama seperti yang telah dinyatakan pada latar belakang masalah adalah
kepentingan dari segi kemahiran generik yang diperlukan oleh jurutera dalam dunia
9
perniagaan. Penyelidik berhasrat menjalankan kajian mengenai kemahiran generik dari
segi kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah,
kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat,
kemahiran keusahawanan, etika dan moral profesional serta kemahiran kepimpinan.
Kajian ini dijalankan bagi mendapatkan persepsi majikan-majikan di industri terhadap
kemahiran generik dalam faktor pemilihan jurutera mengikut perspektif industri, di
mana kajian ini memfokuskan pada kesemua elemen-elemen kemahiran generik yang
telah dinyatakan.
1.4 Objektif Kajian
Secara umumnya, kajian ini bertujuan untuk mendapatkan jawapan berkaitan
dengan kemahiran generik dalam faktor pemilihan jurutera mengikut perspektif industri
dengan berpandukan aspek berikut :
1.4.1 Mengenalpasti keutamaan daripada tujuh elemen kemahiran generik
yang digunakan.
1.4.2 Menganalisis tahap kemahiran generik dalam kalangan jurutera.
1.4.3 Menganalisis kemahiran generik yang memenuhi ekspektasi industri.
1.5 Persoalan Kajian
Tujuan uatma kajian ini adalah untuk menjawab beberapa persoalan mengenai
kemahiran generik dalam faktor pemilihan jurutera mengikut perspektif industri. Di
antara persoalan-persoalannya ialah :
10
1.5.1 Apakah keutamaan daripada tujuh elemen kemahiran generik yang
digunakan.
1.5.2 Apakah tahap kemahiran generik dalam kalangan jurutera.
1.5.3 Apakah kemahiran generik yang diperlukan untuk memenuhi ekspektasi
industri.
1.6 Rasional/Kepentingan Kajian
Penyelidik ingin menegaskan bahawa kajian yang dibuat mempunyai pelbagai
kepentingan berdasarkan persoalan kajian yang dikemukakan. Penyelidik juga menaruh
harapan yang tinggi semoga hasil kajian yang diperolehi memberi faedah yang besar
kepada pihak-pihak yang berkenaan. Di antara kepentingannya ialah :
1.6.1 Graduan
Hasil kajian ini dapat membantu bakal graduan dan graduan yang sedang
menganggur dalam menyiapkan diri untuk menghadapi dunia pekerjaan. Berdasarkan
kajian ini juga, mereka dapat menumpukan kemahiran generik yang diperlukan untuk
bekerja dalam industri. Akhir sekali dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu
jurutera mengetahui kriteria-kriteria serta lebih bersedia apabila berdepan dengan pihak
majikan sebelum mereka menghadiri temuduga.
1.6.2 Industri
Hasil kajian ini dapat membantu industri yang lain dalam melaksanakan program
untuk meningkatkan kemahiran generik dikalangan pekerjanya. Ia juga boleh dijadikan