Kemahiran Melayan Dan Mendengar

Embed Size (px)

Citation preview

KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak10

PENGENALAN Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling telah diperkenalkan di sekolahsekolah Malaysia sejak dahulu dan ia menjadi satu keperluan dan kepentingannya telah disedari oleh masyarakat. Hal ini terbukti dengan lantiknya sekurang-kurang seorang guru bimbingan atau kaunselor di setiap sekolah pada masa kini. Jadi, kaunselor atau guru bimbingan yang ingin memberikan perkhidmatan kaunseling yang baik perlu menguasai serta mengaplikasikan beberapa kemahiran asas kaunseling mengikut tahap-tahap dalam kaunseling. Kecekapan psikologi. menguasai kemahiran-kemahiran ini sangat berguna ketika berhadapan dengan klien yang berada dalam ketidakseimbangan emosi dan

20

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING Sebelum memulakan sesuatu sesi kaunseling, kaunselor sepatutnya mengumpul maklumat tentang latar belakang, pencapaian prestasi dan rekodrekod lain klien yang berguna untuk melancarkan sesi kaunseling. Selain itu, faktor keselesaan klien dari segi jarak kedudukan antara kaunselor dengan klien serta suasana bilik yang sesuai untuk menjalankan kaunseling penting supaya klien berasa selesa bersama kaunselor. Kaunselor juga harus prihatin dengan keadaan klien dan menggunakan kaedah kaunseling yang sesuai agar klien tidak berasa terancam lalu menjadi defensif.

2.1 Kemahiran melayan

Kemahiran melayan adalah kemahiran yang digunakan pada prasesi oleh kaunselor melibatkan cara mengendalikan sesi kaunseling dan membina hubungan mesra dengan klien. Hubungan baik hendaklah dijalin pada peringkat permulaan sesi kaunseling supaya temubual kaunseling diteruskan dengan mesra, serta mengikut langkah yang diaturkan. Misalnya, kaunselor boleh menyambut kedatangan klien dengan mengucapkan kata-kata berikut: Page1

KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanakSelamat datang dan saya berasa gembira. Bolehlah saudari berkongsi masalah dengan cikgu dan kita sama-sama mencari ikhtiar untuk menyelesaikannya. Silakan. Menurut Mohammad Aziz Shah et al. (2009), Ivey dan Ivey (1999) menyatakan bahawa kemahiran melayan digunakan bagi membantu klien meluahkan cerita atau permasalahan mereka. Manakala Covey (2001) menyatakan perbuatan melayan melibatkan kombinasi seperti kontak mata, kualiti vokal, bahasa tanpa lisan, kemahiran memfokus, ekspresi muka, tahap tenaga, kedudukan dan jarak, dorongan minima dan mendengar. Kontak mata Kontak mata memainkan peranan penting dalam aktiviti sosial, kaunselor memandang klien mengikut keselesaan peribadi dan budaya. Kaunselor boleh menduga perasaan klien dengan memerhati mata klien. Akan kebarangkalian kontak mata mesti bersesuaian untuk tetapi, mengelakkan

ketidakselesaan klien. Contohnya, bagi budaya orang Muslim, apabila bercakap dengan klien yang berlawanan jantina, kaunselor mesti elakkan dari kontak mata yang terus dengan klien. Kualiti vokal Nada suara (tinggi atau rendah;lembut atau keras) dan kelajuan percakapan (cepat atau lambat) kaunselor adalah selesa dan mengikut kesesuaian situasi. Bahasa tanpa lisan Melalui bahasa badan, klien dapat mengetahui dan memahami bahawa kaunselor berminat hendak mendengar dan membantu klien secara ikhlas. Ia Page2 dapat dilakukan melalui cara kedudukan, riak wajah, gerakan badan dan sebagainya. Misalnya, kaunselor akan condongkan badan ke hadapan sedikit untuk mendengar apa yang diperkatakan oleh klien sebagai tanda memberi perhatian kepada klien.

KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanakKemahiran memfokus Kaunselor boleh mengarahkan aliran perbualan klien kepada bidang yang diingininya. Selain itu, kemahiran ini sangat berguna sekiranya klien mempunyai klien yang menceritakan masalah dengan tidak jelas atau klien yang tidak berfokus dalam penceritaannya. Ia bertujuan mengelakkan klien lari daripada topik perbincangan atau permasalahan utama. Ekspresi muka Kaunselor memperlihatkan kesungguhan dan keikhlasan menolong melalui kontak mata, mimik muka dan senyuman. Tahap tenaga Tahap tenaga kaunselor adalah tahap mood atau semangat kaunselor dalam sesi kaunseling. Hal ini dapat ditunjukkan melalui gaya duduk, berjalan, nada suara dan air muka. Misalnya kaunselor yang kelihatan keletihan akan menimbulkan keraguan klien. Kedudukan dan jarak Kedudukan dan jarak yang sesuai adalah antara tiga hingga empat inchi dan perlu disesuaikan berdasarkan faktor demografi iaitu jantina, umur,budaya dan lain-lain. Dorongan minima Terbahagi kepada verbal dan non verbal. Dorongan minima verbal adalah diberi secara lisan manakala non verbal melibatkan bahasa badan. Contoh dorongan minima verbal seperti perkataan teruskan, berkata ya, dan Page3 sebagainya. Bagi dorongan minima non verbal pula seperti anggukkan kepala.2.2 Kemahiran mendengar

Kemahiran mendengar merupakan satu kemahiran yang paling asas dan penting dalam tahap membina hubungan semasa sesi kaunseling. Menurut

KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanakMohammad Aziz Shah et al. (2009), Muhd Mansur dan Siti Nordinar (1993) menyatakan kaunselor yang baik akan meluangkan lebih banyak masa mendengar daripada menyampuk ataupun berkata-kata. Kaunselor menumpukan sepenuhnya perhatian kepada klien. Selain itu, pemahaman yang tepat hanya akan diperolehi dengan adanya pendengaran yang baik. Terdapat tiga jenis cara mendengar yang dapat digunakan oleh kaunselor iaitu mendengar isi, mendengar perasaan serta mendengar makna atau pengalaman. Mendengar isi iaitu mencari pokok persoalan utama dan menyatakan semula persoalan yang diutarakan oleh klien. Manakala mendengar perasaan pula bertujuan mencari erti dan makna perasaan dan membantu klien melihat perasaannya. Akhir sekali, mendengar makna atau pengalaman bertujuan mengetahui isi,perasaan dan makna pengalaman dan memahami ruang rujukan klien. Oleh itu dikatakan bahawa proses mendengar melibatkan seluruh deria yang terdapat pada diri kaunselor. Walaubagaimanapun, kaunselor juga perlu memahami perasaan yang dialami klien pada suatu situasi. Kemahiran mendengar juga membantu kaunselor memahami luahan klien berbentuk perasaan, pandangan dan pemikiran. Jadi, seseorang kaunselor perlu menjadi seorang pendengar yang aktif, maka kaunselor boleh memahami serta menyatakan semula kepada klien bahawa dia sedang mendengar dan memberi respon yang tepat. Tambahan pula, mendengar dengan aktif juga oleh menggalakkan mereka. klien menceritakan perlu permasalahan yang dihadapi Justeru, kaunselor

mengamalkan kemahiran mendengar dari semasa ke semasa sepanjang sesi kaunseling supaya dia mampu memahami masalah klien dengan jelas.

Page42.3 Kemahiran membina hubungan

Kemahiran membina hubungan merupakan langkah kedua dalam sesi kaunseling. Mengikut Mizan & Halimatun (2002) , membina hubungan dalam

KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanakkaunseling adalah suatu situasi merangsang klien supaya sentiasa tenang dan memberikan tanggapan pertama yang positif. Tujuan kemahiran membina hubungan adalah untuk membina perhubungan yang mesra, saling mempercayai dan rasa selamat antara kaunselor dan klien supaya klien sedia berbincang. Kemahiran membina hubungan dapat dipraktikan melalui kemahiran lisan dan kemahiran bukan lisan kaunselor. Kaunselor boleh gunakan beberapa sub kemahiran yang melibatkan kemahiran lisan kaunselor seperti kemahiran menstruktur, kemahiran menyoal, dorongan minima dan kemahiran lain yang sesuai.2.3.1Kemahiran menstruktur

Kemahiran menstruktur merupakan satu kemahiran yang sangat penting di dalam sesuatu sesi kaunseling. Ini adalah kerana sekiranya kemahiran menstruktur dilakukan dengan baik dalam sesuatu sesi kaunseling itu, ia akan dapat membina hubungan yang mesra dengan klien. Proses penstrukturan boleh dilakukan sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Terdapat dua persoalan yang penting dalam kemahiran menstruktur, iaitu perlukah penstrukturan itu dilakukan secara formal dan bilakah masa yang sesuai untuk melakukannya. Oleh yang demikian, kaunselor perlu pandai dalam melakukan kemahiran menstruktur. Penstrukturan formal adalah perlu sekiranya klien merupakan klien rujukan atau klien itu baru datang untuk sesi kaunseling buat pertama kali. Penstrukturan formal tidak perlu sekiranya klien itu pernah berjumpa dengan kaunselor sebelum ini ataupun sekiranya klien itu ingin terus menceritakan masalahnya. Dalam penstrukturan, kaunselor harus menerangkan peranan kaunselor dan klien sebelum memulakan sesi kaunseling. Segala perbincangan antara kaunselor dengan klien adalah dirahsiakan.Penstrukturan yang mudah dan ringkas ini dapat membantu klien memahami apa yang akan dilaksanakan dan apa yang diharapkan daripadanya. Segala perkara yang dibincangkan nanti akan dirahsiakan oleh kaunselor. Ini akan menimbulkan rasa selamat dan percaya Page5

KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanakkepada kaunselor dan klien akan menceritakan apa sahaja yang mengganggu atau timbul dalam fikirannya. Contoh penstrukturan seperti berikut: Dalam sesi ini, saya sebagai seorang kaunselor dan anda pula sebagai klien. Sesi ini akan mengambil masalebih kurang 45 minit. Peranan saya secara ringkasnya untuk mendengar, memahami dan cuba untuk membantu anda. Peranan anda adalah untuk menceritakan apa yang mengganggu hidup anda. Sesi ini akan dirahsiakan dan kerahsiaan ini terbatas sekiranya isu yang dibincangkan melibatkan keselamatan nyawa anda. (Sapora Sipon,2008) 2.3.2Kemahiran menyoal Kemahiran menyoal adalah cara yang paling mudah untuk digunakan oleh kaunselor untuk menyoal klien, ataupun menggalakkan klien untuk bercakap dan juga cara untuk meneroka diri klien. Soalan-soalan yang dikemukakan haruslah berkaitan dengan usaha menggalakkan klien menjelajah dan memahami perasaannya. Di samping itu, soalan yang ditanya perlu mempunyai tujuan yang tertentu dan berupaya untuk menarik perhatian klien untuk meluahkan perasaan dan masalahnya tanpa merasa dirinya terggugat. Matlamat menyoal adalah untuk mendapatkan maklumat lanjut dan kepastian. Di dalam sesi kaunseling terdapat dua bentuk soalan yang dapat digunakan iaitu soalan tertutup dan soalan terbuka. Soalan tertutup merupakan soalan yang menghadkan kepada jawapan pendek sahaja dan jawapan ini dapat memberikan maklumat yang khusus. Contohnya, Adakah anda datang ke sekolah semalam?. Selain itu, soalan tertutup juga dapat memberhentikan orang daripada terlalu banyak bercakap serta cukup sekadar dijawab dengan gerak balas yang ringkas, tepat dan padat. Page6 Ia lebih spesifik dan memerlukan jawapan yang mempunyai satu atau dua perkataan sahaja, seperti ya atau tidak. Misalnya, Kamu akan datang esok? Soalan ini berguna kerana mengambil masa yang singkat sekali untuk mendapatkan jawapan yang tepat dan padat.

KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanakSoalan terbuka pula tidak memerlukan jawapan yang khusus. Soalan terbuka ini dapat menimbulkan rasa selesa pada diri klien dan rasa diterima. Ia bertujuan menjemput perbincangan, penjelasan dan huraian yang panjang lebar. Secara tidak langsung, ia menggalakkan penerokaan dan pengembangan kepada perkara yang sedang dirundingkan. Selain itu, soalan terbuka juga dapat memberi ruang kepada klien meluahkan perasaannya mengikut arah yang dipilihnya sendiri dan dikhususkan oleh kaunselor. Oleh itu klien lebih dapat mengawal perundingan. Di samping itu, soalan terbuka juga membolehkan klien memberi maklumat tanpa menimbulkan rasa defensif dan membolehkan klien mengeluarkan pendapat sendiri. Justeru, klien diberi peluang untuk memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara mengikut pandangannya sendiri tanpa dinilai terlebih dahulu. Antara contoh-contoh soalan terbuka adalah seperti Bagaimanakah kejadian itu boleh berlaku? atau Sejauh manakah kejadian itu mengganggu hidup anda? Soalan terbuka boleh diselang-seli dengan respons lain yang dapat menggalakkan klien berbincang. Oleh itu, adalah penting untuk kaunselor mengetahui bila dan bagaimana untuk menggunakan kedua-dua soalan terbuka dan tertutup dalam sesi kaunselingnya. Kaunselor perlu menyedari, kesan dan implikasi daripada soalannya terhadap kliennya. Gabungan dua jenis soalan ini dapat digunakan mengikut kesukaan dan keperluan kaunselor bergantung kepada jenis maklumat yang diperlukan. Walau bagaimanapun kaunselor perlu memastikan bahawa tidak terlalu banyak soalan ditanya pada satu masa. Ini adalah kerana klien akan keliru dan tidak tahu soalan mana yang hendak dijawab terlebih dahulu. Soalansoalan sensitif juga harus dielakkan.

2.3.3Dorongan minima

Page7

Dorongan minima diperlukan untuk memberikan sokongan dan dorongan kepada klien untuk meneruskan perbincangan. Dorongan minima merupakan respons atau ungkapan ringkas ataupun pergerakan positif yang menggalakkan klien terus bercakap dan memberikan penjelasan. Di antara contoh dorongan

KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanakminima adalah seperti hmm, teruskan, lepas itu, kemudian, jadi, terangkan lagi, oh., sentuhan, angguk kepala, kerutan di dahi, senyuman, ya dan lain-lain lagi. Selain itu, dorongan minima menunjukkan kaunselor sedang mendengar dan faham apa yang sedang diperkatakan oleh klien. Ishammuddin Hj. Ismail (1999) telah menjelaskan tujuan melakukan mendorong minima adalah untuk menunjukkan kaunselor memberi perhatian kepada klien,menolong penerokaan kendiri klien, dan menggalakkan klien terus bercakap serta mempengaruhi arus perbualan. Dalam kemahiran bukan lisan, terdapat beberapa sub kemahiran asas seperti membina suasana alam sekeliling, suasana terapeutik, ruang untuk berkomunikasi, penampilan diri, ekspresi muka, kontak mata, pergerakan tangan dan kaki, nada suara, senyuman dan akhir sekali cara - cara duduk dalam kaunseling.Kemahiran ini digunakan oleh kaunselor untuk membawa klien menghadapi realiti dengan cara menyelaraskan mental, emosi, tingkahlaku, komunikasi lisan dan bukan lisannya. 2.3.4Membina suasana alam sekeliling Atas sebab sesi perbincangan kaunseling selalunya mengambil masa kira-kira 30 minit hingga 45 minit, maka tempat yang sesuai amat diperlukan. Kerusi meja yang sesuai perlu digunakan seperti kerusi yang tidak menyakitkan pinggang atau bergoyang-goyang sehingga mengganggu tumpuan atau pemikiran. Keadaan bilik haruslah tidak terlalu panas, sebaik-baiknya mempunyai hawa dingin dan tidak terlalu sempit. Kaunselor juga harus pastikan tidak ada bau yang tidak menyenangkan seperti bau tandas yang berdekatan dengan seting sesi kaunseling. Selain itu, tempat menjalankan sesi kaunseling mestilah kemas supaya tidak menyakitkan penglihatan klien dan kaunselor. 2.3.5Suasana terapeutik Suasana yang aman dan tenang tanpa gangguan seperti yang dinyatakan tadi membolehkan serta memudahkan perbincangan, penghayatan perasaan dan penglahiran idea-idea tanpa rasa terancam. Oleh itu, suasana terapeutik Page8

KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanakyang menyenangkan membolehkan ses ikaunseling berjalan dengan lebih lancar lagi. 2.3.6Ruang untuk berkomunikasi Dalam kaunseling, kemahiran mengurus ruang ini penting bagi

menentukan proses kaunseling dapat berjalan dengan baik dan berkesan tanpa gangguan fizikal dan psikologikal. Kaunselor haruslah sensitif akan perkaraperkara yang dapat menjadi petunjuk dalam menentukan ruang antara kaunselor dengan klien. Antara perkara yang perlu dibincangkan termasuklah agama, jantina, umur, budaya dan latar belakang etnik serta tajuk perbincangan.Dalam sesi kaunseling, jarak atau ruang antara klien dan kaunselor harus dianggarkan antara 1-1.5 meter supaya dapat menimbulkan rasa selesa dan klien berasa beliau diberikan perhatian yang baik. Bagi menentukan jarak yang sesuai, klien perlu mengambil tempat dahulu seterusnya kaunselor akan membetulkan jarak yang dirasakan selesa oleh kedua-dua pihak untuk berunding. 2.3.7Penampilan Diri Pandangan pertama kali amat penting dalam menentukan keberkesanan hubungan yang akan terjalin seterusnya. Sekiranya klien berasa selesa dan gembira dengan cara kaunselor berpakaian, ia akan menentukan kejayaan sesi seterusnya. Kaunselor dan klien harus berpakaian mengikut norma-norma tempatan. Penampilan kaunselor yang boleh mengganggu tumpuan klien adalah seperti bau minyak wangi yang terlalu kuat, berpakaian yang menjolok mata, berpakaian terlalu selekeh atau badan berbau busuk. 2.3.8Ekspresi muka Dalam sesi kaunseling, ekspresi muka dapat membantu menerangkan erti mesej yang hendak disampaikan. Jadi, adalah penting bagi para kaunselor Page9 mempamerkan ekspresi muka atau wajah yang dapat menyakinkan klien. Mimik muka adalah hasil kombinasi daripada pandangan mata, kedutan dahi, muka dan hidung serta riak yang lahir daripada muka semasa berinteraksi. Misalnya

KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanakmata merawang menunjukkan fikiran klien berkecamuk.Ekspresi muka yang tidak sama dengan kata-kata menimbulkan reaksi kurang senang klien. Misalnya mulut tersenyum tetapi nada suara mengejek. Senyuman begini ditafsirkan sebagai petanda persahabatan yang kurang baik. 2.3.9Kontak Mata Fungsi kontak mata adalah untuk membolehkan kaunselor menunjukkan rangsangan positif seperti memberi tumpuan, menunjukkan minat dan tanda hormat, menggalakkan perundingan serta menimbulkan rasa penerimaan, rasa saling mempercayai, rasa keselesaan dan rasa kesungguhan. Kontak mata bukan bererti kaunselor memandang tepat pada biji mata klien, tetapi menumpukan pandangan ke arah muka klien. 2.3.10Cara duduk dalam sesi kaunseling Kedudukan dan pergerakan badan ini memberi nada dan makna dalam hubungan kaunseling. Cara duduk boleh menggambarkan penerimaan kita terhadap orang lain. Seseorang yang bersikap terbuka dan mesra akan duduk condong sedikit ke arah orang yang bercakap dengannya. Manakala orang yang bersifat tidak menerima, lebih cenderung duduk menyandar ke belakang menjauhi kliennya. Oleh itu, kaunselor harus peka serta dapat membaca dan melihat bahasa badan yang dilahirkan oleh kliennya.Kaunselor yang baik akan duduk condong sedikit ke hadapan menghadapi kliennya yang menandakan beliau menerima dan bersedia untuk membantu. Kaunselor juga harus elakkan daripada amalan berpeluk tubuh, goyang kaki dan menyeluk kocek. 2.3.11Pergerakan tangan dan kaki Pergerakan tangan dan kaki yang sesuai dapat memudahkan komunikasi tetapi pergerakan yang terlalu banyak kadangkala akanmenjadi halangan dalam Page1 0 komunikasi antara kaunselor dengan klien. Contohnya klien kadangkala melahirkan rasa cemasnya dengan menggoyangkan kakinya dengan tidak

KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanakberhenti-henti. Pergerakan tubuh badan biasanya dipelajari berasaskan budaya masing-masing. 2.3.12Nada suara Nada suara membantu dalam memahami kontak dan situasi perkara yang dirundingkan. Nada suara selalunya membawa emosi yang terkandung di dalam sesuatu perkataan atau ayat. Contohnya perkataan sayang jika disebut dengan nada yang lembut bererti sayang yang sebenar. Tetapi jika sayang yang disebut dengan nada yang keras, mungkin bererti marah. Jadi, kaunselor dapat memahami klien dengan lebih tepat dengan mendengar nada suara kerana ia akan memberi peluang kepada kaunselor untuk memahami emosi klien seperti nada tegang, geram atau marah dan sebagainya. 2.3.13Senyuman Senyuman kaunselor boleh meredakan ketegangan emosi di pihak klien dan mereka akan lebih selesa bersama kaunselor di sesi kaunseling. Senyuman juga harus diberikan mengikut kesesuaian, jika tidak klien akan silap memberi interpretasi. Senyuman klien juga harus difahami oleh kaunselor. Klien mungkin akan tersenyum untuk menutup rasa takut, risau keliru atau serba salah, malu dan sebagainya. Kepekaan kaunselor melihat senyuman ini sangat penting untuk memastikan sesi kaunseling yang dijalankan itu sesuai menepati matlamatnya.2.1 Kemahiran Parafrasa

Kemahiran parafrasa ini ialah respons kaunselor setelah mendengar isi dan memerhati tingkah laku klien. Pemahaman kaunselor ini dinyatakan dalam bentuk ayat yang agak pendek tetapi tepat dan padat maksudnya. Parafrasa ialah respons kaunselor mendengar isi dan memerhatikan tingkah laku klien. Ia juga bertujuan memudahkan penerokaan ke atas klien. Membuat parafrasa Page1 1 adalah penting untuk menunjukkan kaunselor mendengar dan memahami apa yang dikatakan oleh klien.Parafrasa sangat sesuai digunakan di peringkat awal hubungan kaunseling kerana parafrasa merupakan pernyataan semula kenyataan dan mesej yang dibawa oleh klien untuk mendapatkan kepastian.

KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanakSelain itu, parasfrasa juga digunakan untuk membuat refleksi kepada apa yang dikatakan oleh klien. Ia juga bagi memastikan yang kaunselor mendapat mesej yang betul dari klien serta memberi peluang kepada klien mendengar kembali apa yang dirasa dan dikatakannya. Parafrasa juga boleh dilakukan oleh kaunselor untuk membantu klien yang tiba-tiba sahaja terputus atau hilang mesej asasnya. Ini adalah kerana klien mungkin akan terkeluar dari tajuk perbincangan sekiranya parafrasa tidak dibuat. Tujuannya adalah untuk mengingatkan klien bahawa beliau sepatutnya menyambung semula topik perbincangan tadi. Contoh: Satu klien: Saya tahu dia seorang yang baik. tapisaya belum bersedia untuk menerimanyatetapi saya juga susah hendak menolaknya. Kaunselor : Nampaknya, anda dalam dilema, belum bersedia menerima dia tapi juga susah hendak menolaknya.2.2 Kemahiran Membuat Interpretasi

Kemahiran membuat interpretasi merupakan satu proses yang digunakan oleh kaunselor untuk memberikan maklum balas kepada klien supaya klien berupaya untuk melihat masalahnya dari satu sudut berbeza. Selain itu, interpretasi digunakan untuk merujuk dan membuat tafsiran untuk maksud tersirat dalam mesej klien. Andainya kaunselor membuat interpretasi yang salah, ia boleh menyebabkan gangguan dalam proses kaunseling yang sedang berjalan itu. Interpretasi akan dikatakan berjaya sekiranya ia boleh merangsang pemahaman dan memberi fokus ke atas masalah klien. Tambahan pula, kaunselor boleh menjelaskan perkara atau isu yang dibawa oleh klien mengikut fahaman kaunselor dan dari perspektif yang baru. 2.5.1 Mengintepretasi tingkah laku bukan lisan Kemahiran ini dapat dilakukan dengan mengintepretasi tingkah laku Page1 2

melibatkan anggota badan, nada suara, penampilan diri dan persekitaran. Bahagian anggota klien bolehlah dintepretasi dengan melihat renungan mata, gerakan kaki dan tangan, riak wajah serta cara duduk dalam sesi kaunseling.

KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanakSelain itu, tingkah laku seperti kualiti suara, bahasa dan kelajuan suara seseorang klien juga mambawa mesej yang tersirat. Jadi, kaunselor haruslah pandai mentafsir bahasa badan klien untuk memastikan perasaan klien selaras dengan bahasa badannya. Selain itu, kaunselor dapat membantu klien untuk lebih memahami terhadap perkara-perkara yang tidak dapat dilihat (yang tersirat ) dengan mudah. Kaunselor juga boleh menokok tambah pemahaman diri klien supaya klien dapat mencapai perubahan yang diingini. 2.5.2 Kemahiran mengurus kesenyapan Kaunselor perlu bijak dalam mengendalikan kesenyapan semasa sesi kaunseling berjalan. Kaunselor perlu tahu masa yang sesuai untuk sama ada menggalakkan klien terus bercakap atau terus mengekalkankesenyapan itu. Kesenyapan ini merupakan satu petanda yang baik kerana ia memberikan masa kepada kaunselor dan klien untuk memikirkan tindakan apa yang seharusnya diambil seterusnya. Selain itu, ia juga memberikan peluang kepada klien yang tidak sempat menghabiskan hujahnya tadi berfikir kembali dengan tenang mengenai hujahnya itu atau mengingat kembali sesuatu yang barangkali dia terlanjur mengatakannya atau mahu mengubah fikirannya. Walaupun begitu, kaunselor haruslah mengelakkan kesenyapan yang terlalu panjang kerana ia akan menghentikan terus pokok cerita yang diperbincangkan tadi. Secara ringkasnya, adalah penting bagi kaunselor untuk membenarkan keadaan senyap ini setelah klien dan kaunselor telah melakukan perkara penting. Klien perlu diberi masa untuk memikirkan sesuatu tanpa sebarang gangguan. Tetapi apabila klien senyap terlalu lama, kaunselor haruslah memfokus terhadap tumpuan perhatian klien dengan menyatakan Adakah kamu mendapati susah untuk bercakap? . Sekiranya masih tidak mendapat maklum balas daripada klien, kaunselor boleh menyatakan, Saya berasa hairan mengapa kamu senyap. Kemudian kaunselor berkata, Mungkin Page1 3 kamu tidak tahu apa yang harus kamu katakan atau Mungkin kamu cuba untuk merangka apa yang akan diperkatakan kemudian. (Wolberg,1954). 2.3 Kemahiran memberi tindak balas

KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak2.6.1Kemahiran Membuat Refleksi Menurut Mohammad Aziz Shah et al. (2009), refleksi adalah bayangan semula tentang perasaan terhadap isi percakapan klien, perasaan yang tersirat dan idea-idea daripada pengalaman klien. Kaunselor akan menyebut semula apa yang diperkatakan oleh klien dalam satu rangkaian yang pendek dan padat. Dalam konteks kaunseling, refleksi dapat diklasifikasikan kepada tiga jenis iaitu refleksi isi, refleksi perasaan dan refleksi pengalaman. Refleksi Isi Refleksi isi ialah pernyataan semula oleh kaunselor mengenai idea yang disampaikan oleh klien. Idea ini dinyatakan semula oleh kaunselor dengan menggunakan perkataan yang ringkas, padat dan tepat. Refleksi isi yang tepat membolehkan klien berasa bahawa beliau didengari dengan betul dan difahami. Walau bagaimanapun, terdapat perhatian yang harus diketahui oleh kaunselor. Contohnya jangan membuat refleksi isi yang terlalu panjang dan jangan menggunakan perkataan yang sama berulang-ulang kali. Refleksi Perasaan Kemahiran merefleksi perasaan ialah penyataan semula oleh kaunselor tentang perasaan dan sikap yang dinyatakan oleh klien. Tujuan kaunselor melakukan refleksi perasaan adalah untuk memberi tumpuan kepada klien mengenai perasaan atau sikap yang sedang dialami oleh klien. Selain itu, ia juga meningkatkan segala tanda-tanda perasaan yang ada pada diri klien dan akhir sekali memberi ruang untuk klien mengeluarkan perasaan dengan cara yang baik dan memberi kelegaan kepadanya. Refleksi Pengalaman Refleksi pengalaman dibuat setelah kaunselor memerhatikan gerak-geri tubuh badan semasa sesuatu pengalaman diperkatakan oleh klien. Oleh itu kemahiran refleksi bukan sahaja diperlukan bagi perkara-perkara yang didengar dengan mulut tetapi apa yang dilihat seperti cara duduk, gerak geri, nada suara, Page1 4 pernafasan, wajah dan sebagainya yang ditunjukkan oleh klien semasa sesi kaunseling dijalankan. Mengikut Mok Soon Sang (2010), proses refleksi merangkumi enam peringkat seperti yang diilustrasikan seperti rajah di bawah:

KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak

Rajah1: Lingkaran Proses Refleksi Proses refleksi tersebut bermula daripada kefahaman awal, diikuti dengan peringkat-peringkat transformasi merancang tindakan, pelaksanaan, penilaian, refleksi dan kefahaman baru. Dapatan kefahaman baru ini seterusnya menjadi cetusan asas untuk transformasi baru dan tindakan-tindakan yang berikutnya, hingga menjadi sesuatu bentuk lingaran bergelung secara terus-menerus, demi meningkatkan ilmu pengetahuan, pengalaman dan kefahaman pendidikan seseorang pendidik. 2.6.2Kemahiran Konfrontasi Kemahiran konfrontasi adalah kemahiran melakukan percanggahan. Keadaan ini berlaku di antara kaunselor dan klien di mana kaunselor menghujah klien dengan kata-kata yang boleh mencabar perasaan, pandangan dan juga tingkah laku klien. Ia merupakan satu percubaan yang dibuat oleh kaunselor supaya klien berpeluang memeriksa kesan daripada tingkahlakunya. Oleh sebab kebanyakan orang lebih seka dipuji daripada dikonfrontasi, terutama tentang perkara-perkara seperti tepat masa, kerja rumah dan tingkah laku seseorang individu. Jika kaunselor menggunakan konfrontasi yang kurang sesuai, hubungan baik yang telah dibina akan terjejas. Oleh itu, konfrontasi hendaklah digunakan secara berhati-hati dengan memastikan bahawa pendengar tidak akan menolaknya semata-mata, atau bertindak balas secara mempertahankan diri. Percanggahan wujud dalam dua bentuk iaitu percanggahan dalam tingkah laku bukan lisan dan tingkah laku lisan. Percanggahan dalam tingkah laku bukan lisan Percanggahan ini berlaku apabila mesej yang disampaikan oleh klien tidak selaras dengan pergerakan badannya. Contohnya bercakap tentang satu- Page1 5 satu topik tetapinya dilihat dari segi tingkah laku bukan lisan terdapat gerakan yang tidak sepadan. Percanggahan dalam pernyataan lisan.

KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanakPercanggahan dalam pernyataan lisan berlaku apabila dalam satu kenyataan terdapat dua idea yang bercanggah. Percanggahan ini berlaku di antara apa yang dikatakan pada satu masa dengan apa yang dikatakan pada masa yang lain. Dengan cara menghujahnya itu, diharapkan klien merasai bahawa dia rupanya selama ini tidak sekata dengan yang harus dibuat dengan yang difikirkannya.

2.6.3Kemahiran Meminta Penjelasan Kemahiran ini berlaku apabila kaunselor tidak jelas tentang sesuatu perkara, kaunselor perlu meminta penjelasan dari kliennya. Kaunselor meminta klien membuat penjelasan lanjut apabila merasakan ada unsur kekeliruan, sama ada kekeliruan itu dari pihak sendiri atau dari pihak klien. Tujuan kemahiran ini adalah untuk mendapatkan kepastian tentang sesuatu maklumat yang kabur atau tidak jelas. Ia memudahkan kaunselor lebih mamahami tentang pemikiran dan perasaan klien. Selain itu, menggalakkan klien mengimbas kembali apa yang telah dicakapkan, menyatakan semula apa yang telah dinyatakan berkaitan dengan sesuatu isu atau masalah. Misalnya, Saya kurang jelas apa yang adik katakan,boleh adik jelaskan kepada saya dengan lebih mendalam lagi?. 2.6.4Kemahiran Menyemak Persepsi Kemahiran menyemak persepsi ini ialah mengesahkan persepsi kaunselor tentang apa yang klien katakan. Tujuannya ialah menyemak ketepatan persepsi kaunselor terhadap mesej klien. Kaunselor perlu meminta klien sama ada bersetuju atau tidak tentang persepsinya atau sebarang bahagian yang perlu dibetulkan oleh klien berkenaan. Page1 6 Apabila kemahiran ini dilakukan, klien akan merasa beliau lebih difahami dan dihargai.Ini dapat mengalakkan hubungan dibina dengan lebih mesra di antara kaunselor dank lien. Garis panduan untuk membuat penyemakan persepsi ialah membuat parafrasa apa yang kaunselor fikir kaunselor telah

KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanakdengar. Selain daripada itu, kaunselor juga meminta pengesahan klien secara terus terang tentang ketepatan persepsi kaunselor terhadap apa yang telah diperkatakan oleh klien. Dalam menyemak persepsi, kaunselor juga akan membenarkan klien membetulkan persepsinya jika andaian kaunselor adalah tidak tepat.

2.1 Kemahiran mengenal pasti masalah Mengikut Kamus Zaba ( 2000 ),masalah ialah kerumitan, kesulitan yang memerlukan jalan penyelesaian yang terancang. Oleh sebab klien mempunyai masalah yang sukar diselesaikan olehnya, mengikut Mohammad Aziz Shah et al. (2010),kaunselor perlu membantu klien melihat antecedent atau pelbagai perkara yang mendahului masalah, mengenalpasti pelbagai kesan dan akibat serta kemahiran, kekuatan dan sumber yang boleh digunakan untuk kliennya. Terdapat dua orientasi yang kaunselor dapat mengenal pasti masalah kanakkanak iaitu orientasi pencegahan dan orientasi pemulihan. Orientasi pencegahan merujuk kepada penggunaan pendekatan untuk mencegah atau menyekat kemungkinan berlakunya aktiviti-aktiviti yang tidak diingini, seperti penyalahgunaan dadah, AIDS, kelakuan tidak bermoral dan sebagainya. Manakala orientasi pemulihan merujuk kepadah penggunaan pendekatan untuk membimbing murid menyelesaikan masalah akademik, misalnya masalah penguasaan kemahiran asas bahasa, ataupun masalah sosial seperti ponteng, hisap dadah, merosakkan harta benda, mengugut, mencuri, membuli dan berbagai-bagai aktiviti antisosial.2.2 Rumusan

Secara umumnya, untuk menjadi seorang kaunselor yang berjaya adalah tidak mudah kerana kaunselor harus memahami segala kemahiran yang dipelajari dan tahu mengaplikasikan ke atas klien pada tempat, masa dan keadaan yang sesuai. Sekiranya kemahiran yang diaplikasikan tidak sesuai digunakan maka ia mempengaruhi seluruh proses kaunseling. Selain mempunyai kemahiran-kemahiran yang baik, seorang kaunselor yang berjaya juga harus mempunyai personaliti yang baik.Ini kerana perhubungan kaunseling Page1 7

KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanaktidak dapat dipisahkan daripada ciri-ciri personaliti kaunselor. Kaunselor juga harus berpandangan terbuka atau mengelakkan diri daripada pandangan yang negatif atau serong terhadap klien. Kaunselor juga harus berkebolehan memasuki ruang rujuk atau dunia klien dan membenarkan dirinya mengalami proses mental dan emosiyang dialami oleh klien sambil memahami dan menghayati permasalahan klien.10 PENGGUNAAN KEMAHIRAN ASAS DALAM MENGENAL PASTI MASALAH

PELAJAR DI SEKOLAH RENDAH. Sebagai seorang kaunselor yang berjaya, beliau bukan sahaja mengetahui teori dan kemahiran asas kaunseling malah tahu mempraktikkannya pada masa dan keadaan yang sesuai bagi membantu pelajar menghadapi masalah. Jadi, satu skrip dialog sesi kaunseling yang berkenaan dengan masalah ponteng pelajar digunakan untuk menjelaskan kemahiran asas diguna oleh guru kaunseling dalam mengenal pasti punca masalah ponteng pelajar. Kes ini berlatarkan Asraf seorang pelajar Tahun 6 yang dirujuk oleh Penolong Kanan HEM kepada guru bimbingan dan kaunseling. Asraf didapati sering lewat ke sekolah dan telah mencapai rekod sebanyak 8 kali dalam masa sebulan. Ayah Asraf seorang kakitangan awam yang telah bersara manakala ibunya bekerja sebagai seorang penjaja. Asraf mempunyai 3 orang adik-beradik yang kini masih sedang belajar di Tahun1,2, dan3 di sekolah yang sama. Berikut adalah dialog semasa sesi kaunseling yang dikendalikan oleh guru bimbingan dan kaunseling (GK) dengan Asraf (klien):

GK

:

Selamat pagi Asraf. Selamat pagi cikgu. Asraf sudah bersarapan pagi tadi? (dengan Nada suara nada suara yang lembut) Page1 8

Klien : GK :

Klien : GK :

Dah. Apa asraf makan pagi tadi? Siapa yang teman Asraf makan sekali?

KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanakKlien : Biskut dan susu aje...Ayah dan mak makan sekali dengan saya ...adik-adik. GK : Oh, makan dengan sekeluarga sekali ya! Saya Ekspresi wajah pasti ayah dan mak Asraf sayang pada kamu dan adik-adik ye...(sambil senyum) GK : Baiklah, Asraf, tahu tak kenapa Asraf bersama dengan cikgu dalam bilik kaunseling pagi ni? Klien : Entah... mungkin Cikgu Yusri yang rujuk saya datang ke sini. GK : Jadi, Asraf rasa Cikgu Yusri yang suruh anda Parafrasa datang? Klien : GK : Rasanya begitulah... Kenapa agaknya Cikgu Yusri yang suruh anda Soal terbuka datang berjumpa dengan cikgu? Klien : Cikgu Yusri kata saya ni budak malas... tidak ikut peraturan sekolah... GK : Hm ...hm... Semua cikgu sekolah ini kata tak suka pada saya...(sambil tunduk kepalanya) kawan-kawan pula kata saya ni kurang ajar...budak liar...tak tau nak katalah...macam-macam mereka kata... (suara Asraf makin perlahan) GK : Asraf (sambil sentuh tangan klien), itu yang Minta penjelasan Cikgu Yusri kata dan kawan-kawan kata, tapi apa kata Asraf sendiri? Klien : GK : Entahlah...saya pun tak tau... Asraf, sebenarnya cikgu adalah nak bantu Penstrukturan Asraf. Asraf boleh berkongsi dengan saya apa jua saja dan semua yang kita bincangkan adalah rasiah antara kita dan tiada siapa pun Page1 9 Dorongan minima

Klien :

KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanakyang ketahui. Jangan risau ye! (sambil

mempamerkan senyuman di muka) Klien : Ya...saya faham cikgu...tapi...tapi cikgu tak akan fahamlah! GK : Yalah Asraf, saya tak akan faham selagi Asraf tak berkongsi dengan saya...niat cikgu nak tolong tapi sebelum cikgu boleh tolong, Asraf kena tolong diri sendiri. Klien : Cikgu sebenarnya saya paling benci kawankawan saya panggil saya anak liar! GK : Jadi, kamu rasa paling benci bila semua kawan Refleksi panggil kamu budak liar ye! pengalaman/ perasaan Klien : Yalah! Mereka tu semua tak tau langsung apa yang berlaku sebenarnya... GK : Mereka tak faham kamu, habis? Saya sebenarnya terpaksa bantu mak jual nasi lemak di depan rumah setiap pagi sebelum datang ke sekolah...kadang-kadang kerana ramai pelanggan datang sibuklah nak bantu mak...bungkus nasi lemak, simpan duit...jadi kadang-kadang saya...geramlah! GK : Nampaknya kamu kena tolong mak menjaja Refleksi setiap pagi dan kadang-kadang terpaksa lewat perasaan/ sampai ke sekolah dan Asraf rasa marah pengalaman kerana kawan-kawan tidak faham situasi sebenar yang dihadapi oleh Asraf. Klien : (diam dan angguk kepala beberapa kali dan Page2 0 isi/ lewatlah saya ke sekolah...mereka tu pula kata macam tu kat Parafasa

Klien :

KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanakkemudiannya menangis) GK : Asraf, kamu selamat di sini, sekiranya kamu Dorongan minima rasa menangis buat kamu selesa, teruskanlah, cikgu bersamamu di sini...(sambil serahkan tisu kepada Asraf) GK : (selepas lebih kurang 3 minit) Asraf, sekarang kamu rasa macam mana? Klien : Legalah sikit...tapi masalah saya lewat ke sekolah masih tak selesai.. GK : Jadi kamu rasa bimbang ye! Mmn..(sambil angguk kepala) Jangan bimbang, cikgu akan tolong kamu, tapi Soalan tertutup bukan hari ini. Boleh kamu jumpa cikgu hari Isnin ini pukul 10 pagi? Klien : GK : Boleh cikgu. Pada sesi ini, kita telah berbincang tentang Rumusan masalah Asraf lewat ke sekolah dan kita telah kenal pasti sebabnya Asraf datang lewat. Pada sesi seterusnya, kita akan cuba cari penyelesaian bersama. GK : Baiklah Asraf, cikgu ucap terima kasih kerana kamu sanggup percaya pada cikgu dan kongsi cerita sama-sama. Klien : Saya juga nak ucap terima kasih kepada cikgu kerana sudi mendengar keluhan saya. GK : Sama-sama. Jumpa lagi ya pada hari Isnin. Page2 1 Refleksi perasaan

Klien : GK :

Seperti yang dinyatakan di atas, guru boleh menggunakan kemahiran kaunseling seperti menstruktur, parafrasa, refleksi pengalaman, refleksi isi dan refleksi pengalaman, kemahiran menyoal, meminta penjelasan, ekspresi wajah

KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanakdan dorongan minima serta merumus bagi mengenal pasti masalah Asraf yang sering lewat ke sekolah dan sebabnya berlaku. Pada permulaannya, guru telah melayan pelajar dengan mengucapkan selamat pagi. Kemudian, kaunselor bertanya sapa dan megambil berat terhadap klien dengan ekspesi wajah, iaitu senyuman yang menyenangkan klien dan membuat klien rasa dirinya diberi perhatian serta dierima. Ekspresi wajah dan nada suara akan mempengaruhi kelancaran sesi kaunseling kerana pandangan kali pertama amat penting buat kedua-dua orang yang tidak berkenalan. Bahkan, ia juga menentukan kejayaan sesi seterusnya. Selain itu, kaunselor juga mengunakan kemahiran parafrasa dengan memberi respon terhadap cerita klien supaya klien berasa kaunselor memberi perhatian dan mentafsir maklumat dengan tepat. Hal ini akan membantu melancarkan sesi kaunseling dan memudahkan kaunselor untuk berinteraksi dengan klien bagi mengenal pasti masalah yag diadapinya. Semasa sesi, kemahiran menyoal juga boleh diselitkan oleh kaunselor sama ada soalan tertutup ataupun soalan terbuka. Melalui kemahiran soalan terbuka, klien dapat mengeluarkan pandangan sendiri tanpa dinilai terlebih dahulu, malah kaunselor dapat memahami cerita klien secara mendalam mengenai apa yang dirasai klien. Manakala soalan tertutup berupaya membantu kaunselor untuk mendapat maklumat spesifik secara tepat dan cepat. Justeru, kemahiran ini penting bagi kaunselor untuk mendapat maklumat berkaitan dengan klien. Kemahiran dorongan minima lisan dan bukan lisan juga dipraktikkan oleh kaunselor dalam sesi kaunseling bagi mengenal pasti masalah pelajar. Dorongan minima sepserti perkataan hm... ataupun angguk kepala dan senyuman dapat menggalakkan pelajar untuk bercerita dan sebagai ransangan positif kepada klien bagi menjelaskan sesuatu perkara. Kemahiran menstruktur juga digunakan pada peringkat awal sesi bagi menyakinkan klien bahawa segala perbincangan Page2 2 mereka adalah rasiah di antara mereka dan tidak akan dihebohkan kepada orang lain. Di samping itu, kemahiran refleksi juga membantu dalam mengenal pasti masalah pelajar. Mengikut contoh skrip di atas, kaunselor telah menggunakan

KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanakketiga- tiga jenis refleksi dalam menyatakan semula idea yang disampaikan oleh klien secara ringkas, menyatakan semula perasaan yang dinyatakan oleh klien serta memerhati gerak-geri klien semasa sesi kaunseling supaya mendapat mesej daripada bahasa badan mereka. Maka, kaunselor dapat bayangkan apa yang ada dalam pemikiran klien dan perasaan serta emosi yang dialami oleh klien melalui refleksi dari perspektif Klien. Akhir sekali, kemahiran merumus juga digunakan pada akhir sesi kaunseling untuk menyatakan isu apa yang telah dikenalpasti dan rancangan aktiviti untuk sesi seterusnya. Klien akan jelas dengan isu yang dibincangkan dalam sesi kaunseling dan mengelakkan distorsi. 20 PERBANDINGAN ANTARA TEORI-TEORI KAUNSELING 4.1 Pengenalan Teori kaunseling merangkumi rangka kerja konseptual yang membolehkan kaunselor berfikir secara sistematik terhadap perkembangan manusia, termasuk amalan kaunseling mereka. Di samping itu, kaunselor perlu menentukan strategi dan membuat keputusan berdasarkan teori kaunseling mengenai tingkah laku klien dan cara bagaimana membimbingnya. Pada amnya, pendekatan teoritikal dalam kaunseling boleh digolongkan mengikut tiga mazhab, iaitu Teori Kaunseling Behaviorist, Teori Kaunseling Kognitif, dan Teori Kaunseling Humanis. Rajah berikut menunjukkan ketiga-tiga kategori pendekatan teoritikal dalam kaunseling pada masa kini.

Rajah2: Tiga mazhab pendekatan teorikal dalam kaunseling. Page2 3 4.2 Pelapor Teori

KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanakTerdapat tiga mazhab teori kaunseling iaitu teori kaunseling behaviorist, teori kaunseling kognitif dan teori kaunseling humanis. Bagi teori kaunseling behaviorist, Terapi Tingkah Laku yang melibatkan pelapor daripada Watson, Pavlov, Thorndike dan Skinner. Manakala Terapi Tingkah Laku Rational Emotif (REPT) berasaskan daripada Albert Ellis. Bagi teori kaunseling kognitif pula, Sigmund Freud melapor Psikoanalitik. Psikologi Individu diasaskan oleh Alfred Adler dan Frederick Perls melapor Terapi Gestalt/ Eksperintial. Bagi teori kaunseling humanis, Carl Rogers merasaskan Teori Permusatan Insan. 4.3 Prinsip-prinsip dan Konsep-konsep Penting Bagi teori kaunseling behaviorist, Teori ini berfokuskan tingkah laku yang bersifat objektif dan boleh diperhatikan sehingga mengenepikan aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir, menaakul dan sebagainya. Terapi Tingkah Laku melaporkan pelaziman klasik dan pelaziman operan. Kedua-dua prinsip mempunyai konsep yang utama iaitu pengukuhan, pengukuhan berjadual, shaping, penghapusan dan modifikasi tingkah laku. Manakala Terapi Tingkah Laku Rational Emotif (REPT) mengutamakan konsep manusia mempunyai dua proses pemikiran yang sihat dan tak sihat. Pemikiran sihat merujuk kepada tingkah laku rasional manakala pemikiran tak sihat merujuk kepada tingkah laku tidak rasional. Bagi teori kaunseling kognitif pula, psikoanalitik memerihalkan bahawa manusia mempunyai personaliti yang berlainan iaitu id, ego dan super ego. Id, Ego dan Super-Ego merupakan tiga elemen penting yang mempengaruhi struktur personaliti di dalam perkembangan diri manusia. Id, Ego dan Super-Ego merupakan tiga elemen penting yang membentuk struktur personaliti manusia. Page2 4 Ketiga-tiga elemen ini saling mempengaruhi antara satu sama lain hingga memberikan impak terhadap perlakuan individu di dalam kehidupannya. Malah, Id, Ego dan Super-Ego juga dilihat berperanan merungkai misteri di sebalik konflik dan kecelaruan pembentukan personaliti dengan mengukur tahap elemen yang

KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanakmenguasai diri seseorang. Pengukuran kepada elemen-elemen ini boleh

menyumbang kepada penentuan tanda aras kecenderungan manusia untuk mengamalkan nilai-nilai kemanusiaan atau kehaiwanan. Adler memberi konsep psikologi individu ialah tingkah laku individu adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti sosial, keluarga dan alam sekitar, kendiri yang kreatif, dan manusia bergerak positif ke negatif dan sebaliknya. Menuntut terapi gestalt/ eksperiential daripada Frederick Perls, individu sebenarnya mengubah kehidupan peribadi mereka ke dalam arena di mana mereka dapat memiliki lebih dari pengalaman yang mereka anggap paling penting iaitu pada masa kini dan di sini, mereka dapat menimbulkan kesedaran apa yang sedang dialami. Sokongan kendiri lebih daripada sokongan persekitaran untuk pupuk sifat berdikari. Salain daripada terapi gestalt , eksistential (kewujudan) / fenomenologi adalah untuk mengenalpasti makna kehidupan bagi seseorang individu. Carl Rogers menerangkan bahawa reaksi seseorang terhadap dunia bergantung kepada persepsi dan pengalamannya. Fenomenologi indikator untuk mefahami tingkah laku seseorang dan ia selaras (kongruen) dengan konsep kendiri. 4.4 Pandangan terhadap manusia Menurut Amir Awang, (1986), bagi terapi tingkahlaku, manusia adalah tidak semata-mata ditentukan oleh persekitarannya, ataupun oleh-naluri-naluri tertentu, malah ia juga mempunyai keupayaan-keupayaan tertentu untuk mencorakkan persekitarannya, kebebasan untuk mengawal dan menambahkan ruang kebebasan manusia. Manusia bukanlah model-model yang berbentuk mekanistik dan deterministik semata-mata malah mempunyai keupayaan untuk memperbaiki kehidupan mereka dengan mengubah satu atau lebih faktor yang mempengaruhi tingkahlaku. REPT menerihalkan dua keadaan manusia iaitu rasional (sihat)- self acceptance, merujuk kepada matlamat jelas, terima risiko, fleksibiliti, berani mengambil risiko. Manakala tidak rasional ( tidak sihat)- self destructive merujuk Page2 5

KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanakkepada mengulangi kesilapan yang sama, kurang daya toleransi, rasa terlalu sempurna, penuh dengan putar belit serta alasan, menyalahkan diri sendiri. 4.5 Matlamat Terapi tingkah laku bermatlamat untuk menyediakan keadaan dan persekitaran yang sesuai untuk menghapuskan tingkah laku yang maladaptive (salah suai). Selain itu, ia juga mengajar klien untuk menguasai tingkah laku baru yang sesuai bagi mengantikan tingkahlaku yang salah suai. REPT juga bermatlamat membantu klien memperkembang pemikiran rasional dan logikal melalui galakan mereka memikir dan memahami pemikiran tidak rasional yang diwarisi masa dahulu adalah punca utama yang membawa masalah psikologikal masa kini. Klien dibimbing untuk melihat dan menganalisis peristiwa yang diaktifkan dan gangguan emosi yang dialami. Psikoanalitik bermatlamat menyelesai masalah konflik dalaman dan menstruktur semula personaliti. Psikologi individu bertujuan untuk memimbing klien hidup secara normal give and take dan kaunseling sebagai unsur pendidikan. Terapi Gestalt/ Eksperiential dapat menimbulkan kesedaran mereka sendiri dan pengetahuan tentang persekitaran serta tanggungjawab kendiri. Terapi Pemusatan Insan membantu klien memerihal perasaan mereka, mengenalpasti dan membeza perasaan yang timbul dan mengubah dan menerima perasaan. 4.6 Teknik-Teknik Bagi teori kaunseling behaviorist, apabila kaunselor menggunakan terapi tingkah laku, beberapa perhatian perlu diambil kira seperti Pastikan maklumbalas diberi dengan kerap dan berbentuk spesifik. Pelbagaikan pengukuhan positif yang digunakan agar dapat mengekalkan keberkesanannya.Gunakan pengukuhan berjadual bagi mengekalkan berlakunya tingkah laku yang baik. Peka terhadap Page2 6 konsep penghapusan bagi mengurangkan berlakunya tingkah laku yang tidak diingini secara sistematik. Di samping itu, REPT juga memerlukan beberapa teknik seperti

menghilangkan rasa malu (shame attacking), imageri rasional-emotif, membina

KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanakkenyataan bersungguh (forceful coping statement), dialog diri bertenaga (Forceful self- dialogue), menggunakan aspek jenaka(humor), latihan dalam kelompok, hubungan interpersonal dan main peranan (role-play). Bagi kaunselor yang menggunakan psikoanalitik , mereka perlu mengaitkan dengan bebas iaitu klien disuruh cerita apa saja, lama kelamaan segala konflik dalaman akan timbul. Tranferens iaitu pemindahan perasaan klien terhadap orangorang penting kpd kaunselor. Interpretasi mimpi iaitu memberi makna kpd klien; hubung kait dengan alam tak sedar. Psikologi Individu pula, kaunselor perlu menganalisis gaya hidup klien seperti meneroka kesan pengalaman ke atas personaliti, mengenalpasti kesilapan atau tidak rasional dan memainkan permainan manipulative yang menentukan tahap pengorbanan klien dan implikasi ke atas kehidupannya. Terapi Gestalt/ Eksperiential, kaunselor harus sedarkan klien akan tanggungjawab apa yang berlaku dan mengukuh konsep kendiri. Terapi Pemusatan Insan, kaunselor cuba sedaya berifat kongruen, empati terhadap situasi klien dan menerima klien tanpa sebarang syarat. 4.7 Masalah/Isu Setiap teori-teori kaunseling ini dapat menyelesaikan masalah atau isu tertentu yang klien hadapi berdasarkan kesesuaian dan kelancaran proses bimbingan dan kaunseling. Terapi tingkah laku dapat menyelesaikan masalah sosial, masalah disiplin dan masalah akademik serta kerjaya. REPT digunakan untuk bantuan masalah neurotik dan masalah emosi. Psikoanalitik untuk masalah konflik dalaman. Psikologi Individu untuk gaya hidup yang tidak sihat dan tidak sedar matlamat. Terapi Gestalt / eksperiential untuk masalah konsep kendiri negative. Terapi pemusatan insan konflik perasaan dalaman individu. 4.8 Kekuatan Terapi tingkah laku mudah difahami kerana ia memberi penekanan kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan serta memerihalkan beberapa peraturan tingkah laku yang sejagat. Teknik-teknik seperti pengukuhan positif dan negative Page2 7

KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanakberkesan dalam rawatan kecelaruan manusia seperti autism dan tingkah laku antisosial. Model ABC daripada REPT dapat menghuraikan sekuen peristiwa yang membawa gangguan psikologi manusia. Psikoanalitik dapat mengenal pasti kategori personaliti seseorang individu berdasarkan ciri-ciri personaliti. Psikologi individu mengenal pasti matlamat, sama ada jangka pendek atau jangka panjang seseorang individu. Terapi Gestalt/ eksperiential membantu individu yang mempunyai konsep kendiri negatif terutama kanak-kanak istimewa seperti autistik. Terapi pemusatan insan membantu seseorang individu saling faham memahami untuk melahirkan persekitaran sosial yang harmoni. 4.9 Kelemahan Terapi tingkah laku tidak boleh digunakan untuk menjelaskan kesemua tingkah laku yang berlaku kerana teori ini mengenepikan kesemua aktiviti mental. Ia tidak dapat menjelaskan sesetengah tingkah laku yang berlaku, misalnya apabila kanak-kanak baru belajar menulis, teknik pengukuhan langsung tidak sesuai digunakan. Pencapaian matlamat terapi REPT hanya berjaya apabila klien benar-benar memahami punca asas yang menimbulkan gangguan emosi ialah percayaan tak rasional yang mereka warisi pada masa dahulu, dan harus berusaha mengikisnya dengan gentian percayaan rasional atau logikal, sebaliknya, jika klien gagal memahami kesemua ini, maka pencapaian maklamat terapi REPT gagal. Psikoanalitik mengambil masa yang agak pangjang untuk menyelesaikan konflik antara individu yang berlainan personaliti. Psikologi individu mengambil masa yang pangjang untuk mencapai maklamat bagi kanak-kanak istimewa. Terapi Gestalt/ eksperiential gagal mencapai maklamat jika klien tidak ingin mengingat kembali pengalaman yang pahit. Terapi pemusatan insan berlaku konflik perasaan Page2 8 dalaman individu yang serius jika diuruskan dengan baik terutama bagi budaya, bangsa dan kepercayaan yang berbeza.

KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak

Page2 9