16
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif mampu mendorong seseorang individu untuk menguji kebenaran sesuatu perkara atau masalah agar tidak membentuk kesimpulan atau keputusan yang salah. Terdapat empat jenis kesilapan yang sering dilakukan oleh seseorang individu semasa berfikir. Ia adalah berfikir secara kabur, terburu-buru, bercelaru atau berkecamuk dan sempit.

KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN & PENYELESAIAN MASALAH

  • Upload
    damita

  • View
    153

  • Download
    5

Embed Size (px)

DESCRIPTION

KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN & PENYELESAIAN MASALAH. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif mampu mendorong seseorang individu untuk menguji kebenaran sesuatu perkara atau masalah agar tidak membentuk kesimpulan atau keputusan yang salah. - PowerPoint PPT Presentation

Citation preview

Page 1: KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN  & PENYELESAIAN MASALAH

Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif mampu mendorong seseorang individu untuk menguji kebenaran sesuatu perkara atau masalah agar tidak membentuk kesimpulan atau keputusan yang salah.

Terdapat empat jenis kesilapan yang sering dilakukan oleh seseorang individu semasa berfikir. Ia adalah berfikir secara kabur, terburu-buru, bercelaru atau berkecamuk dan sempit.

Page 2: KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN  & PENYELESAIAN MASALAH

Sambungan…..

Tiga unsur utama yang membolehkan kita membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak ialah pemikiran kritis, pemikiran kreatif serta kefahaman dan kejelasan.

Page 3: KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN  & PENYELESAIAN MASALAH

Definisi masalah Masalah adalah apa-apa keadaan di mana tidak semua

perkara berlaku sepatutnya atau terjadi sepertimana yang kita inginkan.

Konsep Membuat Keputusan dan Penyelesaian Masalah

- Istilah penyelesaian masalah selalu digunakan bertukar ganti dengan istilah membuat keputusan - Membuat keputusan ialah sebahagian daripada proses penyelesaian masalah - Untuk menyelesaikan masalah,maka adalah perlu memutuskan apa yang patut dilakukan dan seterusnya melakukannya

Page 4: KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN  & PENYELESAIAN MASALAH

MEMBUAT KEPUTUSAN

Proses mental yang melibatkan seseorang itu bertindak untuk memilih satu pilihan terbaik dari beberapa pilihan yang ada berdasarkan tujuan dan kriteria tertentu.

Tentulah kita hendak mengelak daripada membuat keputusan yang merugikan. Justeru, kita tidaklah boleh berfikir secara terburu-buru. Kita perlu menggunakan sumber maklumat yang berasas serta mempertimbangkan pelbagai pilihan untuk mencari pilihan yang terbaik. Maka anda perlulah rasional, sabar, berfikir panjang, dan mendalam supaya keputusan yang anda buat itu tepat, kekal, dan muktamad tanpa sebarang keraguan dan kerugian.

Page 5: KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN  & PENYELESAIAN MASALAH

Robin Forgarty & James Bellanca (1990) Teach Them Thinking  mengkategorikan kemahiran berfikir membuat keputusan sebagai pemikiran kritis dan mendefinisikannya sebagai "making a choice based on reasoned judgement". Mereka memberikan kata sinonim "decision making" dengan "judging, choosing, selecting".

Page 6: KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN  & PENYELESAIAN MASALAH

Mereka juga memberikan menu untuk menggunakan kemahiran ini berdasarkan akronim J. U. D. G. E.

J  untuk Jot down occasion for decision U untuk Use brainstorming for alternatives D untuk Decide on best possibilities G untuk Gauge positive and negative

outcomes E untuk Express selection; DECIDE.

Page 7: KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN  & PENYELESAIAN MASALAH

LANGKAH-LANGKAHMEMBUAT KEPUTUSAN

MENGENALPASTI KEPERLUAN ATAU OBJEKTIF MEMBUAT KEPUTUSAN

TELITI PILIHAN-PILIHAN YANG ADA

FIKIRKAN AKIBAT,ALASAN DAN NILAI SETIAP PILIHAN

TENTUKAN PILIHAN YANG TERBAIK BERDASARKAN NILAI DAN KRITERIA

BUAT KEPUTUSAN

Page 8: KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN  & PENYELESAIAN MASALAH

MEMBUAT KEPUTUSAN

PILIHAN - PILIHAN

Terus berjalan mendapatkan bantuan Berehat sementara berkhemah di sini

PILIHAN YANG DIPERTIMBANGKAN

Berkhemah di sini

AKIBAT ALASAN/KESAN NILAI

Dapat berehat tidak meneruskan penting +perjalanan

Ancaman binatang buas hutan ada binatang buas penting -Gangguan makhluk halus tempat gelap dan tiada org. tak penting –Pulihkan tenaga dapat merehat dan makan penting +Boleh merancang tenteram penting +

KRITERIA

Keselamatan

KEPUTUSAN

Keputusan hanya boleh dibuat setelah mempertimbangkan semua pilihan di atas

Page 9: KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN  & PENYELESAIAN MASALAH

MENYELESAIKAN MASALAH

Satu proses menangani suatu situasi bermasalah Wrekelgram(1974) menyatakan menyelesaikan masalah adalah

satu usaha untuk mencapai matlamat atau keadaan khusus yang diingini.

Van Dijk dan Kintsch(1983) menyatakan penyelesaian masalah berlaku apabila ia melibatkan langkah-langkah serta operasi mental.

Rumusan – proses mental untuk mengatasi halangan yang sedang dihadapi berdasarkan tujuan dan kriteria tertentu.

Page 10: KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN  & PENYELESAIAN MASALAH

Menyelesaikan sesuatu  masalah  boleh menjadi cabaran kepada seseorang. Kejayaan dalam menyelesaikan masalah akan menimbulkan keseronokan.

Kita akan bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah sekiranya kita terdesak untuk menangani keadaan yang tidak menyenangkan.

Penyelesaian terbaik ialah penyelesaian yang telah mengambil kira kesemua kesan akibatnya. Apabila terdapat banyak kesan negatif, maka pilihan itu hendaklah dipertimbangkan semula ataupun ditolak.

Page 11: KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN  & PENYELESAIAN MASALAH

LANGKAH MENYELESAIKAN MASALAH

MENYEDARI MASALAH

MEMAHAMI MASALAH

MENEROKA PILIHAN PENYELESAIAN

MENINJAU KESAN AKIBAT PILIHAN MASALAH

MEMILIH PILIHAN TERBAIK SEBAGAI PENYELESAIAN - TINDAKAN

Page 12: KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN  & PENYELESAIAN MASALAH

MENYELESAIKAN MASALAHMASALAH:

KEMUNGKINAN PILIHAN – PILIHAN PENYELESAIAN

PILIHAN YANG DIPERTIMBANGKAN

KESAN SOKONG / TIDAK NILAI

APA AKAN BERLAKU JIKA PILIHAN INI DIAMBIL

PENTING ATAU TIDAK KESAN ITU. MENGAPA?

PENYELESAIAN BARU

UBAHSUAI CARA PENYELESAIAN YANG PERLU UNTUK MENGELAKKAN MASALAH

Page 13: KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN  & PENYELESAIAN MASALAH

Perbezaan MK dan PM

Contoh :Apabila anda berada dalam situasi berikut, adakah anda berfikir untuk membuat keputusan atau menyelesaikan masalah?

Situasi 1: Berpindah ke rumah baru. Anggota keluarga sibuk mengatur pelbagai perabot. Didapati sebuah almari pakaian tidak boleh dibawa masuk ke bilik tidur utama kerana saiznya terlalu besar.

Situasi 2: Terperangkap di dalam lif. Sebenarnya, kemahiran berfikir membuat keputusan

berkait rapat dengan menyelesaikan masalah.

Page 14: KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN  & PENYELESAIAN MASALAH

Kebaikan membuat keputusan yang tepat dan penyelesaian masalah yang baik Dapat mengenal dan memberi keutamaan

kepada masalah dengan lebih baik Mengurangkan tekanan Dapat mencapai satu cara yang lebih baik untuk

menyelesaikan masalah dengan membuahkan hasil yang lebih baik

Dapat mengurangkan penggunaan sumber seperti masa, tenaga kerja dan kewangan

Page 15: KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN  & PENYELESAIAN MASALAH

“ Satu lagi elemen baru yang diperkenalkan dalam Reformasi Pendidikan ialah Kemahiran Berfikir (KB). Berfikir adalah satu kemahiran dan bukan kebolehan semulajadi. Kepintaran atau intelligent tidak bererti mempunyai kemahiran berfikir sekiranya ia tidak mempunyai kemahiran itu”

Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, 1993

Wawasan Pend. Agenda Pengisian

Page 16: KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN  & PENYELESAIAN MASALAH

“ Untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju, apa yang lebih penting ialah kita perlu menggunakan sepenuhnya apa yang berada diantara dua telinga kita, yakni minda kita, bukan apa yang berada diantara dua bahu kita, iaitu kekuatan, atau apa yang berada diantara dua tapak kaki kita, iaitu sumber semulajadi”

Dipetik daripada ucapan Y.A.B Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, ( Sewaktu melancarkan Wawasan 2020 pada 06/02/96 )