6
Kemahiran Nilai , Sikap , Etika dan Profesionalisme

Kemahiran Nilai , Sikap , Etika dan Profesionalisme

  • Upload
    vail

  • View
    93

  • Download
    8

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kemahiran Nilai , Sikap , Etika dan Profesionalisme. Nilai. Amanah , Jujur dan Ikhlas - PowerPoint PPT Presentation

Citation preview

Page 1: Kemahiran Nilai , Sikap , Etika dan Profesionalisme

Kemahiran Nilai , Sikap , Etika dan Profesionalisme

Page 2: Kemahiran Nilai , Sikap , Etika dan Profesionalisme

• Amanah , Jujur dan Ikhlas Nilai ini saya pelajari dalam menjalankan tugas dan sepanjang

program apabila saya menyedari saya perlu jujur dengan diri sendiri apabila menyiapkan tugasan seperti teks ucapan pada masa yang sepatutnya . Selain itu , melakukan tugasan tanpa mengharapkan balasan dan pujian antara yang saya tanamkan dan peroleh daripada rakan rakan yang komited dalam menjalankan tanggungjawab masing masing .

• Kerjasama , Prihatin dan Dedikasi

Program kami melibatkan masyarakat yang memerlukan kami sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan . Nilai kerjasama ini saya pelajari apabila kami berganding bahu dalam menyelesaikan masalah yang timbul serta prihatin dan peka dengan persekitaran dan perjalanan majlis .

Page 3: Kemahiran Nilai , Sikap , Etika dan Profesionalisme

Sikap memahami kehidupan orang lain dan mengambil iktibar daripadanya antara yang saya pelajari dalam program ini apabila melihat penduduk kampung sentiasa positif dengan kehidupan harian mereka dan kekurangan mereka . Saya sangat menghargai dan bersyukur dengan peluang dan ruang yang saya ada .

Page 4: Kemahiran Nilai , Sikap , Etika dan Profesionalisme

Saya juga pelajari bahawa kita perlu berkongsi dengan apa yang kita ada dengan orang lain seperti memberikan semangat , dorongan

dan kata kata positif untuk memastikan mereka turut merasa apa yang kita ada . Sikap tanggungjawab dan memberi daripada

masayarakat setempat mendorong saya untuk memperkukuhkan lagi sikap tanggungjawab saya dan belajar memberi dalam apa jua

keadaan .

Page 5: Kemahiran Nilai , Sikap , Etika dan Profesionalisme

• Etika sebagai pengacara majlis ialah etika yang saya pelajari sepanjang program ini . Etika dalam berpakaian semasa mengacara seperti perlu sentiasa kemas dan bersih untuk menunjukkan imej kita ialah perkara yang saya pelajari . Laras bahasa ketika mengacara , gaya berkomunikasi dengan penonton turut menjadi panduan pada masa akan datang kepada saya jika melakukan tanggungjawab yang sama .

• Selain itu , saya juga pelajari untuk bersikap profesional dalam menangani keadaan misalnya apabila tentatif program bertukar dan sebagainya . Saya perlu bertindak cekap dan positif apabila timbul sebarang masalah .

Page 6: Kemahiran Nilai , Sikap , Etika dan Profesionalisme

• Kesimpulannya , program ini menerapkan sikap dan nilai mahmudah dalam diri saya sebagai seorang pelajar . Etika dan profesionalisme dalam menjalankan tanggungjawab membentuk saya untuk menjadi pelajar yang lebih baik . Kemahiran Nilai , Sikap , Etika dan Profesionalisme dapat saya capai dalam program ini dan akan saya gunakan dan manfaatkan sebaiknya dalam kehidupan saya .