7
Telah lama aku terbang dirimba rangas Terpamit kembali di minda sedar Kembara ku dalam kehilangan waktu Diamuk gelora perbandingan Menyatakan dalam bayangan Qudrat Disebaliknya aku terdampar dalam daerah kemusykilan Kemustahilan adat meredah diperdebatan kerohanian Mengenal Raja Yang Maharaja Mengenal Hamba berkerajaan kehambaan Tersungkur aku dalam meratap sembah Adab dimahkota mulia Dia di Pertuankan Nilai terhias dalam lautan cahayanya Tersinar hapus melenyap segugus gunung Mengisbatkan kedirian yang teraku disitu Jelas terpandang disini ada rahsia tersendiri Nian kesucian terbersik keheningan Dalam kesaksian tersimpul kelihatan Batasan yang tak terbatas hanya terhijab dihijab Dari tirai-tirai hakikat jasad yang zulmat terkaku Dalam bentuk dan benda menembok fikir Kikislah ia sebelum menebal Gilaplah ia biar bersinar Agar terbalik wajah dalam lindungannya Maka kelihatan bermekar dikalbu Kasih bertemu kekasih

Kembara Ku Bulan Februari2013

Embed Size (px)

DESCRIPTION

SYAIR DIRI 4

Citation preview

Page 1: Kembara Ku Bulan Februari2013

Telah lama aku terbang dirimba rangasTerpamit kembali di minda sedarKembara ku dalam kehilangan waktuDiamuk gelora perbandinganMenyatakan dalam bayangan QudratDisebaliknya aku terdampar dalam daerah kemusykilanKemustahilan adat meredah diperdebatan kerohanianMengenal Raja Yang MaharajaMengenal Hamba berkerajaan kehambaanTersungkur aku dalam meratap sembahAdab dimahkota mulia Dia di PertuankanNilai terhias dalam lautan cahayanyaTersinar hapus melenyap segugus gunungMengisbatkan kedirian yang teraku disituJelas terpandang disini ada rahsia tersendiriNian kesucian terbersik keheningan Dalam kesaksian tersimpul kelihatanBatasan yang tak terbatas hanya terhijab dihijabDari tirai-tirai hakikat jasad yang zulmat terkakuDalam bentuk dan benda menembok fikirKikislah ia sebelum menebalGilaplah ia biar bersinarAgar terbalik wajah dalam lindungannyaMaka kelihatan bermekar dikalbuKasih bertemu kekasih

Page 2: Kembara Ku Bulan Februari2013

Saat iniTersentuh hatiDendangan sunyiRintihan rindu seorang fakirMengkhayal kasihnya yang tak nyataPertemuanYang belum tak bersatuHijab melabuh dimata kalbu fakirSegenap hembusan nafasnya tersekatLamunannya sayu dalam siulan bahasa kasihMerentap rindu pilu Teringin hasrat jiwanya Merenung disebalik hijab Sekilas raut kasihnyaTerharam langkahnya Terbatas melintasTak terharung Tak tergagahTak bermayaHanya singkapan hijab iniMembuka pantas hadirnya fakirMenatapi dan menzikiriKalimah bersenandung deraian cinta fakirDendam rindunya kerna jatuh cintaSang kekasih di kamar mahligai Cinta

Page 3: Kembara Ku Bulan Februari2013

Awal pertama menjadi insanMula menerima akuan imanBai’ah diberi nama pengakuanTangan berjabat ikrar dilafaskanMemulia diri menyata ihsan Allah dan Rasul itulah panduan

Maka,Setiap insan wajib mengakuiSyarat wajib segala perbuatan dibetuli Hanya tahu membezaAntara dua perkaraYang sebenar yang tulen Yang palsu yang tiruan

Bermula pencak atas nama akal kesempurnaan agamaAda …Tiada … Adatiada Melangkah bersama syuhudDengan tahu dan merasaiArakian maka terserlah perbuatan yang diikrar di lidah dan dibenarkan di hati setelah diketahuiBerbetulan rukun mukmin

Apabila nafi dan isbat berbunyiRentak dan tari memusyhadah dirasaiPeringkat bermakam di qaba qausinYang mula didahuluiYang dibelakang mengikutiSeiring serentak Segera esa menjadi imanSegala makmun mengikut pedomen

Page 4: Kembara Ku Bulan Februari2013

Memulang akuan pengakuan rahsia terpendamSetelah ditanya mengaku semua beriman

Gelanggang terbuka melangkah masukSegala binasa menjadi habukMengaku tak bertuan semua dicabukTak sedar diri kerna mabuk

Menghilang semua mengaku tuannyaDiangkat segera walaupun nista

Jari diangkat di petala langitMembawa rasa ke dalam jiwaMenolak segala yang binasaMenerima segala yang muliaBeralih ke pangkat berimanPakaian Panglima diberikanMaharaja Daulat pingat kebesaran

Sanad guru salam berjabatMemegang erat di kurun MuhammadSegala mengaku itu umatMenuju cahaya dari zulumat

Page 5: Kembara Ku Bulan Februari2013

Dipesan guru berwasiat dakuMengenal rasa mengenal hakikiKenallah dimana letaknya diriBarulah engkau ketahuiDaif lemah hina fakir itulah diriTiada daya upaya selain qudrat ilahiDiam dan gerak Ia tajalli

Perhilang segala ragu dan fitnahAkuan sangka ria tomahSyirik terpendam di alam zulumahMenjadi hijab menuju Allah

Kasal, futur dan malal juga demikianPenghalang jalan menuju TuhanJadi umat putus kesalanMenjadi daif keputusan iman

Nafsu amarah buruan syaitanNafsu lawamah tersalah panduanNafsu mulhimmah permulaan jalanMenuju Allah menjadi insan

Nafsu muthmaniah diredhai tuhanNafsu radhiah puncak fana makam insan Nafsu mardiah tanazzulnya kesedaranNafsu kamaliah tahap kesempurnaan

Jalan taraqi permulaan salikJalan tanzzul permulaan suluk

Page 6: Kembara Ku Bulan Februari2013

Mengasing diri dikatakan uzlahBersendirian diri di kata khalwahTetapnya zikir kerana mazkurKemabukan diri kerana makar