28
BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA 1 BULETIN JTK Sarawak Edisi 13 Bil 1/2015 Januari-Disember 2015 Jabatan Tenaga Kerja Sarawak Kementerian Sumber Manusia ISSN 2231-8569 Kandungan Isi Dari Meja Ketua Editor Perutusan Pengarah Tenaga Kerja Sarawak Aktiviti / Program Rasmi Jabatan Aktiviti Kelab Sudut Pendidikan Perburuhan Info ICT Berita Warga * Salam Perkenalan * Cahaya Mata * Kenaikan Pangkat * Pertukaran Direktori Mutiara Kata “What you plant now, You will harvest later” ~ Og Mandino~

Kementerian Sumber Manusia Jabatan Tenaga … BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA AKTIVITI / PROGRAM RASMI JTK SARAWAK PERSIDANGAN PELAN STRATEGIK JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK Pengarah

  • Upload
    donhan

  • View
    237

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kementerian Sumber Manusia Jabatan Tenaga … BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA AKTIVITI / PROGRAM RASMI JTK SARAWAK PERSIDANGAN PELAN STRATEGIK JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK Pengarah

BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA 1

S A R A W A K

BERSATU¥BERUSAHA¥BERBAKTI BULETINJTK Sarawak E

disi

13

Bil

1/2

015

Janu

ari-

Dis

ember

2015

Jabatan Tenaga Kerja SarawakKementerian Sumber Manusia

ISSN 2231-8569

KandunganIsi

Dari Meja Ketua Editor

Perutusan Pengarah Tenaga Kerja Sarawak

Aktiviti / Program Rasmi Jabatan

Aktiviti Kelab

Sudut Pendidikan Perburuhan

Info ICT

Berita Warga

* Salam Perkenalan

* Cahaya Mata

* Kenaikan Pangkat

* Pertukaran

Direktori

Mutiara Kata

“What you plant now, You will harvest later”

~ Og Mandino~

Page 2: Kementerian Sumber Manusia Jabatan Tenaga … BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA AKTIVITI / PROGRAM RASMI JTK SARAWAK PERSIDANGAN PELAN STRATEGIK JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK Pengarah

BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA2

Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Saya rasa amat bersyurkur kerana dapat bertemu kembali dengan para pembaca budiman menerusi Buletin JTK Sarawak Edisi 13, Bil.1/2015 ini. Jutaan terima kasih kepada semua warga kerja Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) yang telah sama-sama memberi sokongan sehingga terbitnya isu pertama buletin bagi tahun 2015 ini.

Jabatan telah mengadakan Persidangan Pelan Strategik Jabatan Tenaga Kerja Sarawak Tahun 2015 pada awal tahun ini iaitu dari 29 Januari hingga 1 Februari 2015 untuk merancang strategi bagi mencapai Key Performance Indicators (KPI) yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan dan secara amnya daripada pihak Kementerian Sumber Manusia. Disarankan warga kerja JTK Sarawak dapat mencipta semangat baru bagi memantapkan lagi prestasi dan pencapaian serta mencapai sasaran yang telah ditetapkan untuk Jabatan ini.

Pada masa yang sama, sebagai salah seorang pegawai kanan dalam Jabatan ini, saya juga ingin menasihatkan semua pegawai dan kakitangan agar lebih bertanggungjawab semasa menjalankan tugasan yang diarahkan dan menjaga displin diri agar dapat memberikan imej yang positif kepada orang awam yang datang mendapatkan perkhidmatan daripada kita. Oleh itu, sekali lagi, kita perlu mengamalkan sikap berintegriti dan menyahut seruan YBhg. Dato’ Sri Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Sumber Manusia (KSM) untuk lebih berdedikasi terutama sekali kembali kepada tujuan asal penubuhan Jabatan ini iaitu untuk menguatkuasakan undang-undang perburuhan.

Sidang Editor Buletin JTK Sarawak sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga kerja JTK Sarawak yang telah sama-sama menyokong sehingga terbitnya buletin isu kali ini.

Terima kasih dan selamat membaca.

OLIVER KADA AHONKetua Editor

Datu August BumaPengarah Tenaga Kerja Sarawak

Encik Oliver Kada anak AhonKetua Bahagian Penggajian Pekerja Bukan Pemastautin

Puan Aminah binti MusthaphaEncik Barnabas Ahjam

Encik Wahid bin OlenEncik Jeffry Douglas anak William Nagun

Cik Tan Hui Mien

Encik Hayden LaieEncik Kipli Hj. Dollah

Puan Kavitha RajandranPuan Salina binti Ali

PENASIHAT

KETUA EDITOR

EDITOR

JURUGAMBAR

EDARAN

SIDANG EDITOR

Mutiara Kata

“In order to carry a positive action,we must develop a position vision”

~Dalai Lama~

BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA 1

S A R A W A K

BERSATU¥BERUSAHA¥BERBAKTI BULETINJTK Sarawak Edi

si 1

3B

il 1/2

015

Janu

ari-

Dis

ember

2015

Jabatan Tenaga Kerja Sarawak

Kementerian Sumber Manusia

ISSN 2231-8569

KandunganIsi

Dari Meja Ketua Editor

Perutusan Pengarah Tenaga Kerja SarawakAktiviti / Program Rasmi JabatanAktiviti Kelab

Sudut Pendidikan PerburuhanInfo ICT

Berita Warga

* Salam Perkenalan

* Cahaya Mata

* Kenaikan Pangkat

* Pertukaran

Direktori

Mutiara Kata

“What you plant now, You will harvest later”~ Og Mandino~

Dari MejaKetua Editor

Page 3: Kementerian Sumber Manusia Jabatan Tenaga … BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA AKTIVITI / PROGRAM RASMI JTK SARAWAK PERSIDANGAN PELAN STRATEGIK JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK Pengarah

Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia,

Selamat bertemu kembali menerusi Buletin JTK Sarawak Bil.1/2015, Edisi 13 ini.

Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Ali Bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara Sempena Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13 pernah menyatakan cabaran untuk anggota Perkhidmatan Awam adalah amat berbeza dari zaman dahulu. Pada masa kini, rakyat selaku stakeholders semakin hari semakin menuntut perkhidmatan yang lebih cepat, cekap, telus dan efektif. Kita sebagai penjawat awam perlu melaksanakan tugas dan amanah tersebut dengan penuh tanggungjawab dan berkesan untuk menepati permintaan pelanggan pada zaman sekarang.

Terdapat enam (6) prinsip yang diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita iaitu Cepat, Tepat dan Integriti (CTI) serta Produktif, Kreatif dan Inovatif (PCI), ianya harus dijadikan pegangan kita semua. Pengamalan nilai-nilai tersebut secara holistik adalah penting bagi memastikan Perkhidmatan Awam kekal relevan dan kompeten sepanjang masa. Dengan cara ini, Perkhidmatan Awam akan sentiasa memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada rakyat bagi memenuhi

keperluan dan aspirasi mereka. Justeru, saya ingin mengajak anggota Perkhidmatan Awam semua untuk terus melengkapkan diri dengan kemahiran terkini (emerging skills). Ini akan memastikan kita dapat memberi perkhidmatan yang relevan dan berkualiti kepada rakyat.

Berdasarkan kepada Tema Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2015, “Pekerja Sihat, Produktiviti Meningkat”, ianya menunjukkan bahawa pekerja yang sihat dan sentiasa mengutamakan penjagaan kesihatan yang baik secara langsung akan meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja yang tinggi. Sebagai Pengarah Jabatan ini saya menyarankan bahawa pegawai dan kakitangan jabatan ini boleh mengamalkan gaya hidup yang sihat dan membawa manfaat kepada masyarakat di sekelilingnya.

Tahun 2015 bermula dengan bencana banjir yang berlaku di Daerah Serian akibat daripada hujan yang turun berterusan bermula dari 18 Januari 2015. Daerah Serian kali terakhir mengalami banjir besar pada tahun 2009. Y.B Menteri Sumber Manusia dan Timbalan Ketua Setiausaha telah turun ke padang untuk meninjau kerosakan yang diakibatkan oleh banjir tersebut dan bersama-sama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain untuk membantu mangsa-bangsa banjir.

Jabatan telah mengadakan Persidangan Plan Strategik Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTKSWK) Tahun 2015 pada awal tahun iaitu dari 29 Januari hingga 1 Februari 2015 untuk merancang strategi untuk mencapai Key Performance Indicators (KPI) yang telah ditetapkan oleh pihak jabatan dan secara amnya dari pihak kementerian. Disarankan warga JTK Sarawak dapat mencipta semangat baru bagi memantapkan prestasi dan pencapaian serta mencapai sasaran yang telah ditetapkan untuk jabatan ini.

Akhir sekali, saya mengharapkan semua pegawai dan kakitangan JTK Sarawak meneruskan dan mempertingkatkan semangat kerjasama sebagai satu pasukan demi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada tahun 2015 dan seterusnya.

Kepada semua pembaca yang dihormati, semoga penerbitan buletin ini akan dapat dimanfaatkan oleh semua pihak.

Selamat membaca.

DATU AUGUST BUMAPengarah Tenaga Kerja, Sarawak.

Mutiara Kata

“You are the sum of everything you’ve seen, heard and felt. Everything influenced everything else, and because of that you need make sure that your experiences are sensible.

~Maya Angelo~

Pengarah Tenaga KerjaPerutusan

BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA 3

Page 4: Kementerian Sumber Manusia Jabatan Tenaga … BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA AKTIVITI / PROGRAM RASMI JTK SARAWAK PERSIDANGAN PELAN STRATEGIK JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK Pengarah

BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA4

TINJAUANYB MENTERI KE KAWASAN BANJIR (SERIAN)YB DATO’ SRI RICHARD RIOT ANAK JAEM, MENTERI SUMBER MANUSIA KE KAWASAN DILANDA BANJIR DI DAERAH SERIAN, SARAWAK20 JANUARI 2015

Yang Berhormat Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem, Menteri Sumber Manusia telah mengadakan satu lawatan bagi memantau keadaan dan mangsa banjir di daerah Serian pada 20 Januari 2015. Terlebih dahulu, Y.B Menteri telah diberi taklimat daripada pelbagai agensi terlibat di Pejabat Daerah Serian tentang laporan terkini banjir di daerah Serian. Semasa lawatan tersebut juga, Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem telah mengumumkan pemberian sebanyak RM30,000 yang diberikan melalui PERKESO untuk digunakan membantu bot agensi dan bot persendirian penduduk di sini untuk membeli petrol dan membantu mangsa yang terjejas. Beliau juga turut memaklumkan bahawa Kementerian Sumber Manusia telah mengambil Serian sebagai anak angkat bagi membantu mengurangkan beban mangsa banjir di sini selepas Maran, Pahang. Y.B Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem kemudiannya membuat lawatan ke sekitar kawasan Tebekang.

GALERI

GAMBAR & INFORMASI

Antara rumah yang di tenggelami air di Kampung Tebekang Dayak

Y.B Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem, Menteri Sumber Manusia di Pusat Pemindahan SMK Tebekang

Ketibaan Y.B Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem, Menteri Sumber Manusia di Pejabat Daerah Serian

Ketibaan Y.B Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem, Menteri Sumber Manusia di Pejabat Daerah Serian

Y.B Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem, Menteri Sumber Manusia diberi taklimat oleh Pegawai Daerah Serian, Encik Sinde Muling serta agensi lain yang terlibat

Majlis penyerahan peruntukkan sebanyak RM 30,000.00 oleh Datuk Selvarajah a/l Kathiravelu, Ketua Eksekutif PERKESO kepada Pejabat Daerah Serian pada 22 Januari 2015

Mutiara Kata

“We are in danger destroying ourselves by our greed and stupidity.

We cannot remain looking inwards into ourselves...”

~Stephen Hawking~

BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA4

Page 5: Kementerian Sumber Manusia Jabatan Tenaga … BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA AKTIVITI / PROGRAM RASMI JTK SARAWAK PERSIDANGAN PELAN STRATEGIK JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK Pengarah

BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA 5

GALERI

GAMBAR & INFORMASI

Lawatan Tinjauan Keadaan Banjir di Daerah Serian oleh Yang Berbahagia Dato’ Romli bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Sumber Manusia pada 23 Januari 2015

Yang Berbahagia Dato’ Romli bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Sumber Manusia telah membuat lawatan ke daerah Serian bagi meninjau keadaan banjir yang berlaku di daerah ini pada 23 Januari 2015. Y.Bhg. Dato’ Romli telah diberi taklimat oleh Jawatankuasa Pengurusan dan Tindakan Banjir Pejabat Daerah Serian di Pejabat Daerah Serian. Taklimat tersebut turut dihadiri oleh semua jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia di Sarawak serta agensi yang terlibat di dalam pengurusan banjir di daerah Serian seperti Jabatan Kesihatan, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam. Selepas mendengar taklimat, Y.Bhg. Dato’ Romli telah menyerahkan sedikit bantuan sumbangan kepada Jawatankuasa Pengurusan dan Tindakan Banjir Pejabat Daerah Serian untuk diagihkan kepada mangsa banjir. Y.Bhg. Dato’ Romli kemudian dibawa melawat pusat pemindahan banjir di Dewan Masyarakat Serian dan meninjau kawasan yang terjejas akibat banjir.

Ketibaan Y.Bhg. Dato’ Romli bin Hassan Di Pejabat Daerah Serian

Y.B Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem, Menteri Sumber Manusia diberi penerangan oleh penduduk kampung tentang situasi banjir di Kampung Tebekang Dayak

Sidang media sedang dijalankan

Keadaan di pusat pemindahan banjir Dewan Masyarakat Serian

Encik Raymond anak Achen, Timbalan Pegawai Daerah memberi taklimat berkenaan keadaan banjir di Serian kepada Y.Bhg. Dato’ Romli bin Hassan

Penyerahan bantuan sumbangan oleh Y.Bhg. Dato Romli bin Hassan kepada Encik Raymond ak Achen

Mutiara Kata

“From a healed, peaceful heart, humility is born. Then from humility, a willingness to listen to others and

mutual understanding is born..” ~Daisaku Ikeda~

BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA 5

Y.Bhg. Dato’ Romli bin Hassan sempat bertemu dengan Y.Bhg. Dato’ Norani bt. Haji Mohd Hashim, Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang turut melawat pusat pemindahan banjir di Dewan Masyarakat Serian

Y.B Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem, Menteri Sumber Manusia menaiki bot untuk ke Kampung Tebekang Melayu menyeberangi Sungai Kayan

Page 6: Kementerian Sumber Manusia Jabatan Tenaga … BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA AKTIVITI / PROGRAM RASMI JTK SARAWAK PERSIDANGAN PELAN STRATEGIK JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK Pengarah

BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA6

AKTIVITI / PROGRAM RASMI JTK SARAWAK

PERSIDANGANPELAN STRATEGIKJABATAN TENAGA KERJA SARAWAK

Pengarah Tenaga Kerja Sarawak menerangkan hala tuju dan pelan strategik Jabatan kepada pegawai-pegawai kanan. Persidangan tersebut berlangsung di Imperial Hotel, Kuching pada 29 Januari hingga 1 Februari 2015

Mutiara Kata

“The energy of the mind is the essence of life”

~Aristotle~BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA6

Page 7: Kementerian Sumber Manusia Jabatan Tenaga … BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA AKTIVITI / PROGRAM RASMI JTK SARAWAK PERSIDANGAN PELAN STRATEGIK JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK Pengarah

BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA 7

KURSUS

Encik Arman Syahlan Mohd Annuar memberi taklimat latihan sistem Labour Market Database (LMD) JTK Sarawak di UTC (Urban Transformation Centre) Kuching pada 25 hingga 27 Februari 2015

TARIKH : 25-27 FEBRUARI 2015TEMPAT : URBAN TRANSFORMATION CENTRE (UTC), KUCHINGOBJEKTIF KURSUS : I) Melatih peserta untuk menjadi jurulatih

sistem Labour Market Database (LMD) JTK Sarawak II) Di akhir kursus, jurulatih yang telah dilatih akan menjadi pelatih untuk mengajar staf di pejabat masing-masing.

AKTIVITI / PROGRAM RASMI JTK SARAWAK

Mutiara Kata

“From a healed, peaceful heart, humility is born. Then from humility, a willingness to listen to others and

mutual understanding is born..” ~Daisaku Ikeda~

TRAINING FOR TRAINER

Page 8: Kementerian Sumber Manusia Jabatan Tenaga … BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA AKTIVITI / PROGRAM RASMI JTK SARAWAK PERSIDANGAN PELAN STRATEGIK JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK Pengarah

BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA8

AKTIVITI / PROGRAM RASMI JTK SARAWAK

Borneo Convention Centre Kuching pada 7-8 Mac 2015 yang dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem, Ketua Menteri Sarawak.

Sarawak Career And Training Fair (Scat Fair) 2015

Mutiara Kata

“Discipline is the bridge between the goals and accomplishment...”

~Jim Rohn~

BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA8

Page 9: Kementerian Sumber Manusia Jabatan Tenaga … BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA AKTIVITI / PROGRAM RASMI JTK SARAWAK PERSIDANGAN PELAN STRATEGIK JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK Pengarah

BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA 9

AKTIVITI / PROGRAM RASMI JTK SARAWAK

Mutiara Kata

“Everything will come to usif we create the capacity to receive it”

~Rabindranath Tagore~

PERARAKAN MAULIDUR RASUL

(KUCHING)Kakitangan dan pegawai

JTK Sarawak terlibat dalam perarakan Maulidur Rasul

BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA 9

Page 10: Kementerian Sumber Manusia Jabatan Tenaga … BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA AKTIVITI / PROGRAM RASMI JTK SARAWAK PERSIDANGAN PELAN STRATEGIK JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK Pengarah

BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA10

AKTIVITI / PROGRAM RASMI JTK SARAWAK

PROGRAM SAMBUTAN

HARI DAERAH DAROKakitangan PTK Mukah terlibat

dengan Program Sambutan Hari Daerah Daro yang berlangsung di Tapak Pasar Daro pada 3 hingga

5 April 2015.

BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA10

Page 11: Kementerian Sumber Manusia Jabatan Tenaga … BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA AKTIVITI / PROGRAM RASMI JTK SARAWAK PERSIDANGAN PELAN STRATEGIK JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK Pengarah

BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA 11

Dewan Masyarakat, Kota Padawan (21 Majikan & 1,748 Pengunjung)

Lawatan Pengarah Tenaga Kerja Sarawak, Datu August Buma dan Ketua Unit Perkhidmatan Pekerjaan, Puan Rahman Bee ke tapak Program Penempatan Pekerjaan di Sibujaya

11.04.2015

7.02.2015

KUCHING

SIBU

AKTIVITI / PROGRAM RASMI JTK SARAWAK

BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA 11

Page 12: Kementerian Sumber Manusia Jabatan Tenaga … BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA AKTIVITI / PROGRAM RASMI JTK SARAWAK PERSIDANGAN PELAN STRATEGIK JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK Pengarah

BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA12

AKTIVITI / PROGRAM RASMI JTK SARAWAK

Hadapan Tasik Medan, Betong (10 Majikan & 1,002 Pengunjung)

21.03.2015BETONG

13.06.2015LIMBANG/

LAWAS

BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA12

Page 13: Kementerian Sumber Manusia Jabatan Tenaga … BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA AKTIVITI / PROGRAM RASMI JTK SARAWAK PERSIDANGAN PELAN STRATEGIK JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK Pengarah

BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA 13

Dewan Masyarakat, Serian (20 Majikan & 1,100 Pengunjung)

28.03.2015SERIAN

BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA 13

Lawatan Ketua Unit Perkhidmatan Pekerjaan ke pameran jualan produk projek komuniti, dan JAPI semasa Program 3P

21.03.2015KAPIT

AKTIVITI / PROGRAM RASMI JTK SARAWAK

Page 14: Kementerian Sumber Manusia Jabatan Tenaga … BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA AKTIVITI / PROGRAM RASMI JTK SARAWAK PERSIDANGAN PELAN STRATEGIK JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK Pengarah

BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA14

Pesta Birumuh Serian 2015Tarikh : 11 April 2015

Lokasi : Stadium Mini Serian

Pesta Birumuh atau Pesta Menuai Padi merupakan perayaan dalam kalangan masyarakat Bidayuh. Dianggarkan seramai 10,000 orang telah membanjiri Stadium Mini Serian bagi memeriahkan Pesta Birumuh 2015 di Serian.Pejabat Tenaga Kerja Serian telah membuka kaunter pameran AZAM Kerja bersama dengan salah seorang peserta Jana Pendapatan Individu (JAPI) AZAM Kerja tahun 2015. Peserta JAPI AZAM Kerja telah tersebut dijemput untuk mengadakan jualan sempena Pesta Birumuh itu berlangsung. Antara barangan yang dijual oleh peserta tersebut adalah jambu batu, burger serta minuman. Jualan para peserta tersebut mendapat sambutan yang hangat.

Petugas Booth bersama dengan Ketua Pejabat PTK Serian Cik Jessie Anak Bidut di Pesta Birumuh 2015

Peserta Jana Pendapatan Individu Azam Kerja PTK Serian Puan Faridah Ak Jinang sedang membungkus jambu batu yang dibeli oleh pengunjung Pesta Birumuh tahun 2015.

Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan Tahun 2015 buat kali pertamanya telah diadakan di Sarawak. Sambutan ini merupakan anjuran bersama Kementerian Sumber Manusia dengan Kerajaan Negeri Sarawak. Dianggarkan seramai 10,000 orang pekerja samada sektor awam mahupun swasta telah membanjiri BCCK bagi memeriahkan sambutan ini pada hari berkenaan.

Sebagai salah sebuah Jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Tenaga Kerja Sarawak telah diberi tanggungjawab bagi mengetuai Jawatankuasa Kecil Pengangkutan. Selain itu, pegawai dan kakitangan Jabatan Tenaga Kerja Sarawak memberi komitmen yang tinggi dengan turut terlibat dalam kerja-kerja persediaan dan bertugas sepanjang sambutan ini berlangsung.

SambutanHari PekerjaPeringkatKebangsaanTahun 2015

Kakitangan Jabatan bergambar bersama Datu August Buma,

Pengarah Tenaga Kerja Sarawak

Datuk Seri Haji Saripuddin Haji Kasim, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia bersama Ketua-ketua Jabatan

di booth pameran Kementerian

Y.B Dato’ Sri Hj Ismail Bin Hj Abd. Muttalib, Timbalan Menteri Sumber

Manusia bergambar bersama kakitangan Jabatan

1 Mei 2015Borneo Convention Centre

Kuching (BCCK)

AKTIVITI / PROGRAM RASMI JTK SARAWAK

Page 15: Kementerian Sumber Manusia Jabatan Tenaga … BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA AKTIVITI / PROGRAM RASMI JTK SARAWAK PERSIDANGAN PELAN STRATEGIK JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK Pengarah

BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA 15

Program Penempatan Pekerjaan (3P)JTK Sarawak Tahun 2015

Tarikh : 07.03.2015Tempat : Tempat Letak Kereta Pasar Tamu Sibu JayaBilangan Majikan : 14 majikan, 1 Penyedia Latihan & 4 Agensi KerajaanBilangan Pengunjung : 1,225 orang

Tarikh : 21.03.2015Tempat : Dewan Suarah KapitBilangan Majikan : 9 majikan, 6 Penyedia Latihan & 2 Agensi KerajaanBilangan Pengunjung : 714 orang

Tarikh : 21.03.2015Tempat : Bandar Baru BetongBilangan Majikan : 10 majikan, 3 Penyedia Latihan & 2 Agensi KerajaanBilangan Pengunjung : 1,002 orang

Tarikh : 28.03.2015Tempat : Dewan Masyarakat SerianBilangan Majikan : 20 majikanBilangan Pengunjung : 1,100 orang

Tarikh : 28.03.2015Tempat : Dataran Marudi BaramBilangan Majikan : 6 majikan, 2 Penyedia Latihan & 1 Agensi KerajaanBilangan Pengunjung : 600 orang

Tarikh : 28.03.2015Tempat : Taman Selera Baji Jaya, SarikeiBilangan Majikan : 11 majikan, 1 Penyedia Latihan & 6 Agensi KerajaanBilangan Pengunjung : 3,580 orang

Tarikh : 11.04.2015Tempat : Dewan Masyarakat Kota PadawanBilangan Majikan : 20 majikan & 1 Agensi KerajaanBilangan Pengunjung : 1,748 orang

Tarikh : 11.04.2015Tempat : Dewan Suarah BintuluBilangan Majikan : 40 majikan, 2 Penyedia Latihan & 3 Agensi KerajaanBilangan Pengunjung : 3,000 orang

Tarikh : 11.04.2015Tempat : Mini Stadium, Sri AmanBilangan Majikan : 19 majikan & 1 Agensi KerajaanBilangan Pengunjung : 818 orang

Tarikh : 18.04.2015Tempat : Dewan Seri Sari Hotel Sri Malaysia, LawasBilangan Majikan : 15 majikan, 2 Penyedia Latihan & 3 Agensi KerajaanBilangan Pengunjung : 450 orang

AKTIVITI / PROGRAM RASMI JTK SARAWAK

Page 16: Kementerian Sumber Manusia Jabatan Tenaga … BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA AKTIVITI / PROGRAM RASMI JTK SARAWAK PERSIDANGAN PELAN STRATEGIK JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK Pengarah

BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA16

Tarikh : 09.05.2015Tempat : Dewan Serbaguna Sg Asap BelagaBilangan Majikan : 8 majikanBilangan Pengunjung : 450 orang

Tarikh : 09.05.2015Tempat : Dewan Masyarakat Sri Kerian, SaratokBilangan Majikan : 9 majikan & 2 Penyedia LatihanBilangan Pengunjung : 253 orang

Tarikh : 16.05.2015Tempat : Balai Raya SongBilangan Majikan : 6 majikan, 3 Penyedia Latihan & 1 Agensi KerajaanBilangan Pengunjung : 270 orang

Tarikh : 16.05.2015Tempat : Dewan Suarah MiriBilangan Majikan : 20 majikanBilangan Pengunjung : 2000 orang

Tarikh : 23.05.2015Tempat : Dewan Suarah Kota SamarahanBilangan Majikan : 22 majikanBilangan Pengunjung : 504 orang

Tarikh : 23.05.2015Tempat : SMK KanowitBilangan Majikan : 9 majikanBilangan Pengunjung : 130 orang

Tarikh : 13.06.2015Tempat : Bisaya Ballroom Purnama Hotel, LimbangBilangan Majikan : 16 majikan & 1 Penyedia LatihanBilangan Pengunjung : 284 orang

Tarikh : 13.06.2015Tempat : Dewan Serbaguna MDDM, MukahBilangan Majikan : 16 majikan, 1 Penyedia Latihan & 2 Agensi KerajaanBilangan Pengunjung : 760 orang

Tarikh : 05.09.2015Tempat : Dewan Suarah BintuluBilangan Majikan : 30 majikan, 2 Penyedia Latihan & 2 Agensi KerajaanBilangan Pengunjung : 2500 orang

Tarikh : 24.10.2015Tempat : The Hills, KuchingBilangan Majikan : 31 majikanBilangan Pengunjung : 5076 orang

AKTIVITI / PROGRAM RASMI JTK SARAWAK

Page 17: Kementerian Sumber Manusia Jabatan Tenaga … BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA AKTIVITI / PROGRAM RASMI JTK SARAWAK PERSIDANGAN PELAN STRATEGIK JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK Pengarah

Tetamu kenamaanmelawat booth

majikan

Y.B Datuk Lee Kim Shin bersama pegawai

kanan KSM bersamahasil kerja produk

peserta AZAM Kerja

Y.B Datuk Lee Kim Shin menandatangani ‘plaque’. Turut kelihatan Y.Brs. Dr. Gazali Abas dan Y.Bhg

Datu August Buma

Y.B Datuk Lee Kim Shin bersama pegawai kanan

KSM bergambar di ‘photobooth’

Y.Bhg. Datu AugustBuma, Pengarah

Tenaga Kerja Sarawak menyampaikan

cenderahati kepadaY.B Datuk Lee Kim Shin

Para pencari kerja melakukan pendaftaran

dalam JobsMalaysia

Y.Bhg. Datu August Buma, Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Sarawak menyampaikan ucapan

aluan

Y.B Datuk Lee Kim Shinmenyampaikan

ucapan perasmian

BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA 17

Program Penempatan Pekerjaan (3P)AZAM Kerja Peringkat Negeri SarawakJob Placement Programme For AZAM Kerja, Sarawak State Level

Tarikh 14 – 15 November 2015Tempat Perkarangan Permy Mall, Miri

Pengunjung 17,019 orang

Penyertaan (i) 59 Majikan(ii) Agensi-agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia

Kekosongan Jawatan 3,129Penempatan 1,934 orang

Dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Lee Kim ShinMenteri Muda Sukan dan Menteri Muda Perhubungan, Sarawak

Y.B Datuk Lee Kim Shin merasmikan Program

Penempatan Pekerjaan bersama tetamu-tetamu

jemputan khas

Y.B Datuk Lee Kim Shin berinteraksi dengan para

pencari kerja

AKTIVITI / PROGRAM RASMI JTK SARAWAK

Page 18: Kementerian Sumber Manusia Jabatan Tenaga … BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA AKTIVITI / PROGRAM RASMI JTK SARAWAK PERSIDANGAN PELAN STRATEGIK JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK Pengarah

BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA18

Y.Bhg. Dr. Mohd Gazali bin Abas telah mengadakan lawatan kerja yang pertama kali ke Jabatan Tenaga Kerja Sarawak selepas lantikan beliau sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi), Kementerian Sumber Manusia.

Semasa lawatan kerja, taklimat ringkas tentang Jabatan ini telah diberikan oleh Y.Bhg. Datu August Buma, Pengarah Tenaga Kerja Sarawak kepada beliau.

Selain itu, majlis penyerahan surat pemangkuan kepada tujuh (7) orang pegawai Jabatan di Sarawak yang diberi kenaikan pangkat dari Gred S41 ke Gred S44 turut diadakan pada masa itu.

Lawatan Kerja Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi), Kementerian Sumber Manusia

Ibu Pejabat,Jabatan Tenaga Kerja Sarawak

Sesi gambar bersama para pegawai Jabatan

Turun padang melawat kakitangan

Jabatan

Y.Bhg. Dr. Mohd Gazali bin Abas sedang menyampaikan amanat

kepada para pegawai

Sesi gambar bersama para pegawai yang menerima surat pemangkuan kenaikan pangkat

Nama Peserta : Zaharah Binti SallehAlamat : No 11, Jalan Getah Barat, Kampung Kudei, 93400 KuchingNama Projek : Perniagaan Satay Mentah Dan Bakar

Nama Peserta : Mohd. Nazrul Firdaus Bin AbdullahAlamat : No.6B, Kampung Temaga Dayak Sematan, 94500 LunduNama Projek : Kedai Runcit

Nama Peserta : Sandai anak BatanAlamat : Kampung Rembus, 94300 Kota SamarahanNama Projek : Kedai Runcit

AKTIVITI / PROGRAM RASMI JTK SARAWAK

Page 19: Kementerian Sumber Manusia Jabatan Tenaga … BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA AKTIVITI / PROGRAM RASMI JTK SARAWAK PERSIDANGAN PELAN STRATEGIK JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK Pengarah

BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA 19

Pameran Sarawak Career & Postgraduate Expo 2015 dianjurkan PenExpo Events Sdn.Bhd. Seramai 40 buah booth pameran untuk Majikan dan Penyedia Latihan disediakan oleh penganjur pada program kali ini. Tujuan program adalah untuk mempromosikan jawatan kosong dan latihan yang disediakan oleh syarikat-syarikat yang terlibat. Program dirasmikan oleh Senator Datuk Professor Dr Sim Kui Hian.

Seramai empat (4) pegawai dan kakitangan daripada Pejabat Tenaga Kerja Kuching telah bertugas di booth Jabatan Tenaga Kerja Sarawak dalam program ini. Jabatan turut menyediakan dua (2) buah komputer riba untuk kegunaan pendaftaran JobsMalaysia. Dianggarkan seramai 437 orang pengunjung telah melawati booth Jabatan selama dua (2) hari program ini berlangsung. Seramai 21 orang pencari kerja telah berdaftar dalam sistem JobsMalaysia semasa program ini berlangsung.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh Jabatan semasa program ini adalah:-(a) Khidmat nasihat perburuhan;(b) Pendaftaran pencari kerja dan majikan secara online (Jobsmalaysia); dan(c) Pameran statistik dan aktiviti-aktiviti JTK Sarawak.

Pameran Sarawak Career &Postgraduate Expo 2015

Tarikh :05 hingga 06 September 2015

Lokasi :Cityone Megamall, Kuching

Program Pemimpin Bersama Komuniti anjuran Pejabat Tenaga Kerja (PTK) Kapit menghimpunkan semua Jabatan-Jabatan dan Agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri di Bahagian Kapit. Tujuan program adalah memberi peluang kepada Ketua Jabatan atau wakil Jabatan memberi ceramah bagi menerangkan peranan dan fungsi jabatan / agensi masing-masing kepada penduduk-penduduk pendalaman. Program tersebut dirasmikan oleh Y.B Datuk Wilson Ugak Kumbong, ahli Parlimen P.216 Hulu Rajang. Program tersebut dihadiri lebih kurang 300 orang penduduk.

Program Pemimpin Bersama KomunitiTarikh & Masa :

26 September 2015, Jam 05:00 petangLokasi Program : Rumah Unting, Ng. Sekeroh,

Oyan, Mujong, Kapit.

Datuk Wilson Ugak Kumbong besamaKetua-Ketua / Wakil Jabatan / Agensi

Encik Khusyairy Pangkas, Ketua Pejabat PTK Kapit, sedang menyampaikan ceramah bertajuk-

Pengurusan Pekerja Malaysia Ke Luar Negara

Sesi penyampaian cenderahati kepadaKetua-Ketua Jabatan yang menyertai

Kakitangan PTK Kapit bersama DatukWilson Ugak Kumbong

AKTIVITI / PROGRAM RASMI JTK SARAWAK

Page 20: Kementerian Sumber Manusia Jabatan Tenaga … BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA AKTIVITI / PROGRAM RASMI JTK SARAWAK PERSIDANGAN PELAN STRATEGIK JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK Pengarah

BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA20

Sesi bergambar para pegawai dan kakitangan Jabatan selepas perhimpunan

Menyediakan platform untuk warga emas yang masih aktif bagi menjalankan aktiviti perniagaan untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi di samping dapat melahirkan warga emas yang produktif dengan penyediaan prasarana yang kondusif termasuk penyaluran bantuan berbentuk peralatan untuk kegunaan penghasilan produk berasaskan perkhidmatan seperti menjahit.

Sambutan Hari Jadi Ke-79Tuan Yang Terutama

Yang di-Pertua Negeri SarawakTarikh : 12 September 2015

Lokasi : Dataran SibuJTK Sarawak telah menghantar satu kontigen yang terdiri daripada 33 orang kakitangan dan 4 orang pelajar dari UNIMAS yang sedang menjalankan pratikal di Pejabat Tenaga Kerja Sibu untuk menyertai perbarisan sempena sambutan Hari Jadi TYT Sarawak Ke-79. Sambutan ini telah berlangsung penuh meriah dengan kehadiran lebih 10,000 rakyat pelbagai lapisan masyarakat.

Kontigen JTK Sarawak yang mengambil bahagian dalam istiadat pembarisan tahun ini.

1Malaysia SupportFor Housewives,DalatTarikh: 14 Disember 2015Lokasi: Pusat Aktiviti Warga Emas, Dalat

Perhimpunan Perkhidmatan Awam

Peringkat Negeri Sarawak

Tarikh : 18 November 2015Lokasi :

Borneo ConventionCentre Kuching (BCCK)

Jabatan Tenaga Kerja Sarawak telah menghantar 50 orang pegawai dan kakitangan (Ibu Pejabat, Pejabat Tenaga Kerja Kuching & Kota Samarahan) untuk menghadiri perhimpunan ini.

Gambar Datu August Buma,

Pengarah Tenaga Kerja

Sarawak bersama

Ketua-ketua Jabatan lain

yang menghadiri perhimpunan

Para pegawai dan kakitangan Jabatan memberi tumpuan penuh kepada majlis yang berlangsung

AKTIVITI / PROGRAM RASMI JTK SARAWAK

Page 21: Kementerian Sumber Manusia Jabatan Tenaga … BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA AKTIVITI / PROGRAM RASMI JTK SARAWAK PERSIDANGAN PELAN STRATEGIK JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK Pengarah

BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA 21

Potongan daripada gaji – tiada boleh dibuat daripada gaji selain daripada mengikut peruntukan Ordinan.Majikan boleh membuat potongan berikut [Seksyen 114(2)]:

• Bayaran lebih yang dibuat dalam masa 3 bulan dengan sebab kesilapan majikan• Indemniti yang perlu dibayar oleh pekerja di bawah seksyen 13(1)• Mendapatkan balik pendahuluan gaji tanpa faedah• Diluluskan oleh mana-mana undang-undang bertulis

Majikan boleh membuat potongan berikut atas permintaan pekerja [Seksyen 114(3)]:

• Bayaran kepada kesatuan sekerja berdaftar atau koperasi• Bayaran syer perniagaan majikan yang dibeli oleh pekerja

Majikan boleh membuat potongan berikut atas permintaan pekerja dan persetujuan pengurus kedai koperasi [Seksyen 114(6)]:

• Memperoleh makanan, bekalan atau barang-barang lain secara kredit daripada kedai koperasi berdaftar di bawah Akta Pertubuhan Koperasi 1993

Majikan boleh membuat potongan berikut atas permintaan pekerja dan kebenaran Pengarah Seksyen 114(4)]:

• Pembayaran skim percen, dana simpanan, skim kebajikan atau skim insurans majikan• Pembayaran balik pendahuluan gaji dengan faedah• Pembayaran kepada pihak ke-3• Bayaran bagi pembelian barang-barang perniagaan majikan oleh pekerja• Sewa tempat tinggal, kos perkhidmatan, makanan dan minuman yang disediakan kepada

pekerjaApa-apa potongan bagi sesuatu maksud tertentu yang dibenarkan oleh PengarahJumlah besar potongan dalam 1 bulan tidak boleh melebihi 50%Potongan bagi pembayaran balik pinjaman perumahan tidak boleh melebihi 75% tertakluk kepada kebenaran Pengarah.

DI BAWAH ORDINAN BURUH [SARAWAK BAB 76]

SUDUT PENDIDIKAN PERBURUHAN

POTONGAN GAJI

Page 22: Kementerian Sumber Manusia Jabatan Tenaga … BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA AKTIVITI / PROGRAM RASMI JTK SARAWAK PERSIDANGAN PELAN STRATEGIK JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK Pengarah

BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA22

ARTIKEL-ARTIKEL JABATAN

informasi ictONE GOVERNMENT

NETWORK (1GOV*NET)PENGENALAN1Gov*Net merupakan satu (1) infrastruktur rangkaian telekomunikasi ICT bersepadu Kerajaan yang selamat dan ianya diguna-pakai oleh semua agensi di Sektor Awam dan diuruskan secara berpusat. Misi 1Gov*Net adalah untuk mentransformasi rangkaian ICT Sektor Awam melalui konsolidasi rangkaian untuk mengoptimumkan penggunaan sumber dan nilai kewangan bagi memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.Rangkaian 1Gov*Net akan menyediakan satu platform rangkaian bagi membolehkan capaian kepada Aplikasi-aplikasi EG (Electronic Government), Aplikasi dalaman agensi dan capaian ke Internet.

Objektif 1Gov*Net• Mewujudkan Satu Rangkaian Telekomunikasi ICT Bersepadu Kerajaan (Government Integrated

Telecommunication Network - GITN) yang khusus, selamat dan diyakini penggunaan oleh semua agensi Sektor Awam

• Menyokong pelbagai perkhidmatan komunikasi komprehensif merangkumi komunikasi data, suara dan sidang video.

• Memantau dan mengurus pencapaian Service Level Agreement (SLA) dan rangkaian ICT Kerajaan yang seragam.

• Mewujudkan managed services yang menyokong Entry Point Project (EPP) dan National Key Economic Area (NKEA)

Sumber Rujukan : MAMPU dan GITN

• Perkhidmatan 1Gov*Net Yang Ditawarkan

Page 23: Kementerian Sumber Manusia Jabatan Tenaga … BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA AKTIVITI / PROGRAM RASMI JTK SARAWAK PERSIDANGAN PELAN STRATEGIK JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK Pengarah

BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA 23

Page 24: Kementerian Sumber Manusia Jabatan Tenaga … BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA AKTIVITI / PROGRAM RASMI JTK SARAWAK PERSIDANGAN PELAN STRATEGIK JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK Pengarah

BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA24

BERITA WARGA

Page 25: Kementerian Sumber Manusia Jabatan Tenaga … BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA AKTIVITI / PROGRAM RASMI JTK SARAWAK PERSIDANGAN PELAN STRATEGIK JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK Pengarah

BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA 25

BERITA WARGA

Page 26: Kementerian Sumber Manusia Jabatan Tenaga … BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA AKTIVITI / PROGRAM RASMI JTK SARAWAK PERSIDANGAN PELAN STRATEGIK JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK Pengarah

BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA26

BERITA WARGA

Page 27: Kementerian Sumber Manusia Jabatan Tenaga … BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA AKTIVITI / PROGRAM RASMI JTK SARAWAK PERSIDANGAN PELAN STRATEGIK JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK Pengarah

BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA 27

BERITA WARGA

Page 28: Kementerian Sumber Manusia Jabatan Tenaga … BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA AKTIVITI / PROGRAM RASMI JTK SARAWAK PERSIDANGAN PELAN STRATEGIK JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK Pengarah

BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA28

BULETIN RASMI JABATAN TENAGA KERJA28

PEJABAT TENAGA KERJA KUCHINGTingkat 7 & 8, Bangunan KWSP,Jalan Upland,Peti Surat 375,93300 Kuching, SarawakTel: 082-247349 Fax: 082-247305 082-247401E-mel: [email protected]

PEJABAT TENAGA KERJA SIBUTingkat 3, Wisma Persekutuan Blok 3,Lot 462, Persiaran Brooke,Peti surat 431,96007 Sibu, Sarawak.Tel: 084-330700 Fax : 084-317284E-mel: [email protected] PEJABAT TENAGA KERJA MIRITkt.3, Bgn. Persekutuan, Jln Gartok,Peti Surat 541, 98007 Miri, Sarawak.Tel: 085-419949 Fax: 085-417181E-mel: [email protected]

PEJABAT TENAGA KERJA LIMBANGTkt.2, Bgn Persekutuan,Jalan Fisher, Peti Surat 128,98707 Limbang, Sarawak.Tel: 085-211228 Fax: 085-212461E-mel: [email protected]

PEJABAT TENAGA KERJA SRI AMANTkt. Bawah, Bgn. Persekutuan Fasa II,Jalan Kejatau, Peti Surat 83,95007 Sri Aman, Sarawak.Tel: 083-322527 Fax : 083-323194E-mel: [email protected]

PEJABAT TENAGA KERJA KAPITTkt.2, Wisma Persekutuan,Jln. Kapit By-Pass,Peti surat 75, 96807 Kapit, Sarawak.Tel: 084-796430 Fax: 084-797637E-mel: [email protected]

PEJABAT TENAGA KERJA SARIKEITkt.2, Bgn. Persekutuan, Jln. Bgn. Kerajaan,Peti Surat 509, 96108 Sarikei, Sarawak.Tel: 084-651242 Fax : 084-654011E-mel : [email protected]

PEJABAT TENAGA KERJA BINTULUTkt.2, Bgn.Persekutuan, Batu 2,Jln Bintulu/Miri, Peti Surat 418,97008 Bintulu, Sarawak.Tel: 086-337625 Fax: 086-339457E-mel: [email protected]

PEJABAT TENAGA KERJA MARUDITkt.2, Wisma Persekutuan, Jln Kampung Cina,Peti Surat 224, 98508 Marudi, Sarawak.Tel: 085-755963 Fax: 085-756559E-mel: [email protected]

IBU PEJABAT JABATAN TENAGA KERJA SARAWAKTingkat 13, Bangunan Sultan Iskandar.

Jalan Simpang Tiga,93532 Kuching, Sarawak.

Tel: 082-242261 Fax: 082-244909 /082-237051E-mel: [email protected]

Laman Web: http://jtkswk.mohr.gov.myTalian Terus Bilik Gerakan Gaji Minimum: 082-254281

Emel Bilik Gerakan Gaji Minimum: [email protected]

Dire

ktor

i PEJABAT TENAGA KERJA SERIANTkt. Bawah, Lot 1061-1062, Jln Alamanda,Serian Town District, 94700 Serian, Sarawak.Tel: 082-874840 Fax: 082-875299E-mel: [email protected]

PEJABAT TENAGA KERJA BAKUNNo.4 Sungai Asap Commercial Centre, BelagaPeti Surat 418, 97008 Bintulu, Sarawak.Tel: 019-8595286 Fax: 086-339457E-mel: [email protected]

PEJABAT TENAGA KERJA KOTA SAMARAHANSub Lot No.33, Lot 4681,Tkt.Bawah 1 & 2, Fasa 17, Blok 1, Desa Ilmu,Sarawak Land District, Jln Dato’ Mohd Musa,94300 Kota Samarahan, Sarawak.Tel: 082-616073 Fax: 082-616054E-mel: [email protected]

PEJABAT TENAGA KERJA SARATOKGround Floor, 3 Storey Shophouse,Lot 719, Saratok Town District,95400 Saratok, Sarawak.Tel: 083-438603 Fax: 083-438609E-mel: [email protected]

PEJABAT TENAGA KERJA LAWASTingkat Bawah 1 & 2,Bangunan Kedai 3 Tingkat,Lot 334, Jln Trusan,Lawas Town District,98850 Lawas, SarawakTel: 085-285452 Fax: 085-285476E-mel: [email protected]

PEJABAT TENAGA KERJA MUKAHSublot No.43, Lot 924 & 927,Block 68, Mukah Land District,Mukah Town Extension Phase II,96400 Mukah, Sarawak.Tel: 084-874179 Fax: 084-874182E-mel: [email protected]

PEJABAT TENAGA KERJA BETONGSublot 23, Lot 177,Tingkat Bawah 1 & 2,Betong Town District, 95700 Betong, Sarawak.Tel: 083-438603/471501 Fax: 083-472945E-mel: [email protected]

JobsMalaysia (JMC) KuchingSublot 17, Lot 11884,Ground Floor (Corner Lot),KCLD, Jalan Tun Jugah,93532 Kuching, Sarawak.Tel: 082-576497 Fax: 082-576492E-mel: [email protected]

Diterbitkan oleh:Jabatan Tenaga Kerja Sarawak. Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buletin ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Tenaga Kerja Sarawak. Artikel yang disiarkan dalam buletin ini tidak semestinya mencerminkan pendirian dan dasar JTK Sarawak.