29
Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (TITAS) Kepelbagaian Falsafah Dan Agama Dalam Tamadun China Yam Qyi Ren SCM- 018283 Loh Kok Mun SCM- 018452

Kepelbagaian Falsafah Dan Agama Dalam Tamadun China

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kepelbagaian Falsafah Dan Agama Dalam Tamadun China

Citation preview

Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (TITAS)

Kepelbagaian Falsafah Dan Agama Dalam Tamadun China

Yam Qyi Ren SCM-018283Loh Kok Mun SCM-018452

Kandungan

1.0 Tamadun China3

2.0 Falsafah52.1 Legalism 2.1.1 Pengaruh Legalism Dalam Pentadbiran2.1.2 Kemerosotan Legalism2.1.3 Legasi2.2 Confucianism2.2.1 Pengaruh Confucianism Dalam Pentadbiran2.2.2 Kemerosotan Dan Kebangkitan Semula Confucianism2.2.3 Legasi

3.0 Agama173.1 Agama Taoism3.1.1 Kepercayaan Dalam Agama Taoism3.1.2 Sumbangan Taoism Dalam Bidang Perubatan Cina3.2 Agam Buddhism3.2.1 Kebangkitan Dan Kemerosotan Agama Buddhism

4.0 Rujukan26

1.0 Tamadun ChinaTamadun China merupakan salah satu tamadun yang terkuno di dunia ini dan juga mengandungi sejarah yang paling beraneka dan beragam. Menurut beberapa sumber maklumat, sejarah Tamadun China bermula lebih kurang pada tahun 2070 sebelum Masihi yang diiringi oleh kebangkitan kuasa Dinasti Xia, dan telah berkekalan untuk lebih daripada 4000 tahun sejak zaman Dinasti Xia sehingga zaman ini.

Sejarah Tamadun China amat unik dan berbeza bila dibandingkan dengan tamadun-tamadun yang lain. Pertama sekali, tamadun China berbeza dari segi bentuk pentadbirannya. Sebahagian besar daripada sejarah Tamadun China, daripada permulaannya sehingga lebih kurang pada tahun 1911, ia ditadbirkan oleh pelbagai pihak yang berbeza. Dalam sejarah Tamadun China, pihak pentadbiran yang berkuasa adalah berbeza untuk setiap zaman-zaman yang berbeza, di mana dalam konteks Tamadun China, digelar Dinasti. Kesemua Dinasti ini adalah dikuasai oleh kerabat diraja yang berlainan dan tidak mempunyai hubungan dengan pendahulunya. Perbezaan yang seterusnya adalah dari segi cara, taktik, dan bentuk pentadbiran oleh kerajaan-kerajaan tersebut.

Tamadun China mempunyai cara dan bentuk pentadbiran yang amat berbeza jika dibandingkan dengan bentuk pentadbiran yang dilaksanakan oleh pentadbir tamadun-tamadun yang lain. Ini adalah disebabkan oleh pengaruh unsur-unsur falsafah serta agama yang amat ekstensif dalam aktiviti pentadbiran mereka. Pentadbir dan pemerintah yang dipaparkan dalam sejarah Tamadun China merupakan individu-individu yang amat mempercayai serta pengamal yang setia kepada ajaran falsafah dan agama. Oleh itu, secara tidak langsungnya, masyarakat juga mengasimilasikan ajaran-ajaran yang terdapat dalam falsafah dan agama sebegini dalam kehidupan seharian mereka. Oleh demikian, Tamadun China boleh dikatakan Tamadun yang paling mementingkan serta paling kuat mengamalkan unsur-unsur dan pengaruh falsafah serta agama.

2.0 FalsafahFalsafah-falsafah yang terdapat dalam Tamadun China mula membangkit pada lebih kurang semasa tahun 770 sebelum Masihi. Pada jangka masa ini, China sedang melalui sebuah detik masa dalam Sejarah Tamadun China yang digelar Spring and Autumn Period. Ia adalah pada masa ini, di mana China mempunyai pembangunan yang ketara dari segi intelektual dam kebudayaan. Kemudiannya, pelbagai falsafah mula timbul pada zaman yang digelar sebagai Warring States Period. Beberapa falsafah yang didirikan pada jangka masa tersebut adalah falsafah-falsafah seperti Confucianism dan Legalism serta Daoism (yang pada permulaannya sebuah falsafah dan kemudiannya berubah kepada sebuah agama Cina). Terdapat beberapa falsafah yang lain yang turut didirikan dalam zaman ini seperti Mohism, Agriculturalism, Naturalism serta Logician, tetapi telah melesap dan tidak mempunyai peluang untuk membangun seperti falsafah yang lain yang lebih terkemuka.

Terdapat dua falsafah yang memainkan peranan yang amat besar dalam bidang pentadbiran kerajaan. Dua falsafah tersebut adalah Legalism serta Confucianism. Permulaan pengaruh unsur falsafah dalam kegiatan pentadbiran bermulanya apabila Dinasti Qin berkuasa, di bawah pemerintahan Maharaja Qin, selepas beliau berjaya menyatukan kesemua negeri-negeri yang berbeza dalam tanah China yang sering berperang.

2.1 LegalismLegalism adalah falsafah yang paling pertama dijadikan sebagai falsafah rasmi kerajaan dalam sejarah Tamadun China. Falsafah Legalism diasaskan oleh seorang ahli filsafat yang terkemuka pada zaman itu yang bernama Han Fei, ataupun digelar sebagai Han Feizi ketika Warring States Period, bertujuan untuk menguatkuasakan pengaturan dan membantu dalam kegiatan pemulihan pada zaman yang bergelora itu.

Rajah 1: Han Feizi

Falsafah Legalism menjadi falsafah pilihan Maharaja Dinasti Qin terutamanya kerana konsep serta pengajaran dalam falsafah Legalism yang kuat mementingkan aturan lebih daripada unsur-unsur lain. Ini adalah kerana selepas tamatnya Warring States Period di mana selepas peperangan yang amat panjang, yang akhirnya menyatukan kesemua tujuh negeri di bawah penguasaan Qin, negera China masih berada dalam keadaan yang kurang stabil akibat peperangan tersebut. Ia adalah pada masa ini, di mana pengajaran Legalism dapat banyak membantu Maharaja Qin dalam taktik pentadbiran beliau.Prinsip yang paling utama dalam kepercayaan falsafah Legalism adalah konsep yang berpendapat bahawa semua manusia adalah jahat secara semula jadi. Ia adalah satu tabiat kemanusiaan untuk cenderung terhadap kegiatan jenayah dan bersikap mementingkan diri-sendiri. Oleh kerana ini, ia menekankan peraturan yang ekstrem, dan kadang-kadang melampau atau keterlaluan, supaya dapat menguasai dan mengawal unsur-unsur manusia yang negatif tersebut.

2.1.1 Pengaruh Legalism Dalam PentadbiranFalsafah Legalism diasimilasikan dengan kegiatan serta taktik dan cara pentadbiran kerajaan Dinasti Qin dari segi tiga prinsip yang berikut:

1. UndangMenurut prinsip ini, pihak pentadbiran iaitu kerajaan yang dipimpin oleh maharaja, harus menggubah undang-undang yang berkesan dan ekstensif supaya aturan dalam masyarakat dapat dikawal dengan cekap. Selain itu, undang-undang yang digubah mesti diumumkan kepada pengetahuan rakyat-rakyat. Prinsip ini juga menyatakan bahawa kesemua orang di bawah pemerintah adalah dalam kedudukan yang sama-rata apabila di hadapan undang-undang, tidak kira bangsa, kedudukan, pekerjaan ataupun status kewangan seseorang individu.Menurut prinsip ini juga, pihak yang sebenarnya pentadbir sesebuah negara bukannya pemerintah tersebut, dan sebaliknya adalah ditadbir oleh undang-undang yang telah digubah. Oleh demikian, prinsip in berpendapat bahawa seseorang pemerintah Cuma adalah wakil untuk melaksanakan undang-undang dan boleh digantikan pada bila-bila masa sahaja. Tambahan lagi, seorang pemimpin yang lemah juga boleh berubah menjadi pemimpin yang berwibawa jika melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang dengan betul.

2. TaktikPrinsip yang kedua ini merupakan prinsip yang paling dititikberatkan dalam falsafah Legalism. Taktik yang disebut dalam prinsip ini bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan seseorang pemerintah untuk mengekalkan aturan. Melalui prinsip ini, raja-raja atau pemerintah perlu merangka taktik yang berkesan untuk mengelakkan kemungkinan digulingkan kedudukannya oleh pihak yang lain.Prinsip ini juga menasihati pemerintah-pemerintah untuk merahsiakan segala motivasi, taktik dan juga matlamat mereka daripada diketahui oleh pihak yang tidak terlibat. Ini supaya pihak yang berniat jahat tidak dapat merancang pelan atau taktik yang berkesan untuk menggulingkan kedudukan pemerintah.

3. KuasaIni merupakan prinsip Legalism yang ketiga dan juga yang terakhir, yang diterapkan oleh pemerintah dalam aktiviti-aktiviti pentadbiran mereka. Prinsip in menyatakan yang kuasa pemerintahan sebenarnya bukan dimiliki oleh individu yang digelar pemerintah tersebut. Sebaliknya, kuasa pemerintah sebenarnya dimiliki oleh kedudukan pemerintah, dan individu tersebut boleh digantikan bila-bila sahaja.

2.1.2 Kemerosotan LegalismPada penghujung Dinasti Qin, semasa penguasaan kerajaan Qin semakin lemah, Legalism sebagai falsafah rasmi kerajaan turut mengalami kemerosotan yang mudarat. Apabila Dinasti Qin runtuh, pengaruh falsafah Legalism sebagai falsafah kerajaan yang rasmi turut gencat dan ia juga melesap sebagai satu falsafah yang tersendiri dan kehilangan kuasa dan kemasyhuran yang pernah dimilikinya semasa zaman kegemilangannya.

Ini sebahagian besarnya disebabkan oleh unsur-unsur yang ekstremisnya yang tidak memberi tumpuan kepada hak-hak asasi manusia. Oleh kerana itu, masyarakat China secara semula jadinya mula menolak pengaruh Legalism pada penghujung Dinasti Qin. Selain itu, konsep Legalism juga dikatakan tidak efisien untuk digunakan untuk mentadbir negeri atau negara yang besar seperti China, oleh itu mengakibatkan keruntuhan Dinasti Qin.

2.1.3 LegasiSelepas keruntuhan Legalism, kepercayaan dan pengajaran falsafah Legalism telah menjadi sebahagian yang penting dalam kehidupan masyrakat China serta dalam kerajaan-kerajaan yang berkuasa selepas kerajaan Dinasti Qin. Oleh itu, unsur-unsur ajaran legalism masih wujud dalam kegiatan pentadbiran China. Malah, pengaruh ini kekal kuat sehingga terjadinya Revolusi Xinhai pada tahun 1911 di mana kerabat diraja yang terakhir dalam sejarah Tamadun China digulingkan, dan benar-benar menandakan pengakhiran falsafah Legalism.

2.2 ConfucianismConfucianism boleh dikatakan antara falsafah yang termasyhur di dunia ini, jika bukan yang paling masyhur. Pengaruh Confucianism di dunia ini sangat nyata dan luas, sehingga sesetengah masyarakat di negara-negara barat turut dipengaruhi oleh ajarannya. Tambahan pula, penganut-penganut falsafah Confucinism masih wujud sehingga sekarang dan pengajaran masih terus disebarkan dengan kadar yang cepat di sesetengah masyarakat, terutamanya di antara masyarakat Cina.

Falsafah Confucianism mempunyai sejarah yang sangat berpanjangan dan pengaruh yang amat meluas dalam sejarah Tamadun China. Berkali-kali ganda lebih banyak berbanding dengan falsafah saingannya iaitu Legalism. Kebangkitan Confucianism bermula pada penghujung Dinasti Qin lebih kurang pada tahun 206 sebelum Masihi, di mana pengaruh dan penguasaan Legalism semakin lemah dan longgar. Penganut-penganut Confucianism mula wujud dan pengajaran-pengajarannya mula tersebar dengan kadar yang cepat.

Seterusnya selepas keruntuhan yang sepenuhnya Dinasti Qin, Dinasti Han yang berkuasa selepas itu menjadikan Confucianism sebagai falsafah rasminya. Maharaja Han yang berkuasa pada masa itu berpendapat bahawa cara pentadbiran yang pelampau diamalkan oleh Legalism tidak berkesan dan tidak sesuai untuk mentadbir negara yang besar, dan memilih untuk mengamalkan ajaran Confucianism yang lebih mementingkan harmoni.

Pengajaran Confucianism diasaskan oleh tokoh falsafah yang sangat terkemuka dan juga amat dikenali ramai sehingga zaman ini yang digelar Confucius ataupun Kong Zi dalam Bahasa Cina. Ajaran Confucianism adalah bertentangan sama sekali dengan Legalism. Confucianism mempunyai pandangan yang lebih optimistik kepada sifat kemanusiaan berbanding dengan Legalism. Ia mempercayai bahawa manusia boleh dididik, boleh diperbaiki dan boleh disempurnakan melalui latihan dan pengajaran serta teladan yang baik.

Rajah 2: Confucius

2.2.1 Pengaruh Confucianism Dalam PentadbiranPemerintah-pemerintah yang mengamalkan Confucianism mengikuti 4 konsep yang terdapat dalam ajaran Confucianism dalam bentuk pentadbiran mereka. 4 Konsep tersebut adalah:

1. Tata TertibPemerintah perlu mengamalkan undang-undang yang saksama dan tidak melampau. Undang-undang yang digubah perlu bertujuan untuk membimbing rakyat dalam kehidupan, dan bukannya untuk memaksa dan mendenda rakyat.Pemerintah juga perlu mengawal aturan rakyat-rakyatnya dengan menunjukkan teladan yang baik dan juga mengawal mereka melalui amalan-amalan serta tabiat yang positif.Selain itu, kelakuan baik manusia perlu dipupuk daripada mendalam dan perlu datang daripada hati, dan bukanya melalui ketakutan seperti yang diamalkan oleh pengajaran Legalism.

2. KetaatanKetaatan merupakan konsep dalam Confucianism yang paling banyak dititikberatkan. Konsep ketaatan yang diajar dalam falsfah Confucianism merujuk kepada ketaatan seorang anak kepada orang tuannya, terutamanya kepada si bapa. Tambahan lagi, ketaatan tersebut bukan sahaja tertakluk kepada orang yang masih hidup, malah ia juga perlu diamalkan kepada orang yang sudah mati juga. Konsep ini juga diamalkan dalam sistem undang-undang China. Misalnya, penjenayah yang melakukan kesalahan kepada ibu-bapa akan dikenakan hukuman yang lebih berat berbanding dengan kesalahan yang lain.Selain itu, konsep ini juga dikembangkan untuk merangkumi ketaatan dalam 4 lagi jenis hubungan. 4 hubungan tersebut adalah hubungan di antara pemerintah dengan rakyat, hubungan antara suami dengan isteri, hubungan antara adik-beradik, dan juga hubungan antara rakan-rakan.

3. KesetiaanKonsep ini sangat serasi dengan konsep ketaatan, tetapi ia lebih fokus kepada segi politik. Kesetiaan yang disebut dalam konsep ini merujuk kepada kesetiaan oleh menteri-menteri dengan pemerintah mereka untuk menggalakkan pentadbiran yang lebih lancar.Selain itu, konsep ini juga menyatakan yang seorang pemerintah perlu dipatuhi oleh rakyat-rakyat kerana kebaikannya, dan bukannya kerana kuasanya. Ini adalah kerana ajaran Confucianism berpendapat bahawa seorang pemerintah telah menerima Mandat Daripada Syurga, yang memberikan mereka hak untuk memerintah.

4. PerikemanusiaanKonsep yang terakhir ini bertujuan untuk menggalakkan perkembangan individu. Ia berpendapat bahawa tata tertib dan ketaatan yang disebut dalam konsep-konsep sebelum in adalah asas kepada sifat berperikemanusiaan seseorang individu.Konsep ini juga menggalakkan seorang pemerintah supaya memerintah dengan adil dan saksama dan mestinya memerintah dengan berperikemanusiaan. Ini kerana jika seorang pemerintah bersikap pelampau, mereka akan berhadapan dengan situasi di mana mereka akan kehilangan Mandat Oleh Syurga yang dikurniakan kepada mereka dan kehilangan hak mereka untuk memerintah dan juga ketaatan rakyatnya kepada dia.

2.2.2 Kemerosotan Dan Kebangkitan Semula ConfucianismFalsafah Confucianism mula merosot apabila Dinasti Han kehilangan kuasanya, di mana agama Buddhism dan Taoism mula naik ke puncak kegemilangan mereka. Setelah sekian lama, ajaran Confucianism hampi hilang dan dilesapkan sepenuhnya dan kebanyakan penganut-penganut mereka juga tidak wujud lagi.

Walaupun begitu, semasa Dinasti Tang berkuasa pada lebih kuran tahun 618, ajaran Confucianism melalui pembangkitan semula. Pada jangka masa itu, ajaran agama Buddhism dan Taoism telah mempunyai pengaruh yang sangat mendalam dalam masyarakat China. Oleh itu, ajaran Confucianism diasimilasikan dengan unsur-unsur ajaran Buddhism dan Taoism dan lahirnya sebuah falsafah yang digelar sebagai Neo-Confucianism. Ajaran Confucianism juga menjadi sukatan pelajaran untuk para cendekiawan dan juga asas kepada peperiksaan kerajaan semasa zaman Dinasti Song pada kira-kira tahun 1127.

2.2.3 LegasiWalaupun Confucianism telah dimansuhkan pada tahun 1905 kerana ia dipersalahkan untuk kelemahan Negara China pada masa itu, ajaran dan kepercayaannya masih berkekalan sehingga ke zaman moden ini. Ajaran-ajaran oleh Confucias yang masih wujud dikekalkan dan terus disebarkan hingga ke hari ini. Bukan itu sahaja, kepercayaan dan unsur-unsur positif yang wujud dalam falsafah Confucianism juga disertakan dalam sistem pendidikan zaman kini, terutamanya dalam sistem pendidikan yang ditujukan kepada masyarakat Cina.

Selain itu, masih terdapat banyak bahan rujukan atau bahan bacaan tentang falsafah Confucianism yang dihasilkan sekarang. Tambahan lagi, ada banyak juga pakar yang masih terus menyelidik dan terus menerokai ajaran Confucianism untuk menyebarkan ajarannya kepada masyarakat zaman kini.

3.0 AgamaTerdapat pelbagai agama-agama yang berlainan yang terlibat dalam sejarah tamadun China. Akan tetapi, terdapat dua agama yang paling banyak mempengaruhi perkembangan dan juga masyarakat dalam Tamadun China. Kedua-dua agama ini adalah agama Taoism dengan Buddhism.

3.1 Agama Taoism Agama Taoism disebut sebagai agama yang benar-benar berunsurkan bangsa Cina. Kadang-kadang, ia juga dianggap oleh sesetengah pihak sebagai lambang yang mewakili budaya-budaya dan semangat serta cara kehidupan bangsa Cina.

Agama Taoism mempunyai sejarah yang lebih daripada 1800 tahun. Ia bermula semasa zaman Warring States Period tahun 476 sebelum masihi dan ia diasaskan oleh seorang ahli filsafat yang bernama Laozi. Pada permulaannya, Taoism didirikan sebagai sebuah falsafah. Akan tetapi ia berubah menjadi kepada sebuah agama semasa Dinasti Han oleh Maharaja Dinasti Han atas sebab-sebab politik.

Rajah 3: Laozi

Agama Taoism mencapai zaman kegemilangannya semasa Dinasti Tang berkuasa pada kira-kira tahun 618. Dalam jangka masa ini, pelbagai mazhab Taoism yang berbeza didirikan dan tokong Taoism didirikan dengan kadar yang laju di seluruh Tanah China. Zaman kegemilangan ini terus berkembang jauh ke dalam zaman penguasaan Dinasti Song yang merangkumi jangka masa yang amat panjang iaitu pada lebih kurang tahun 960 sehingga ke tahun 1127. Akhirnya, pada zaman Dinasti Yuan (1271 1368), dua mazhab daripada sebilangan besar mazhab-mazhab Taoism tersebut iaitu mazhab Quanzhen dan Zhengyi, menjadi dua mazhab Taoism yang termasyhur dan paling berpengaruh.

Walau bagaimanapun, apabila ketibaan zaman Dinasti Ming pada tahun 1368, agama Taoism mengalami ancaman yang menggugat kedudukannya. Oleh kerana konflik dalaman Negara China pada masa itu, kerajaan kurang memberi tumpuan dan bantuan kewangan untuk menggalakkan perkembangan agama ini. Keadaan ini bertambah buruk dengan ketibaan zaman Dinasti Qing pada tahun 1644 di mana kerabat diraja Dinasti Qing memberikan keutamaan kepada Agama Buddhism dan agama ini terus menjadi lebih mundur lagi.

Semasa zaman peperangan dunia kedua, semasa Negara China ditakluki oleh kuasa asing, agama ini merosot dengan lebih teruk lagi kerana pengaruh budaya barat. Kebanyakan penganut Taoism kehilangan tumpuan dalam kajian agama dan semasa pertubuhan Peoples Republic of China di mana penguasaan Negara China berada di bawah pentadbiran pihak Komunis, agama ini hampir dilesapkan dengan sepenuhnya.

Walaupun begitu, pertubuhan Chinese Taoist Association pada tahun 1957 menandakan fajar era baru untuk agama ini.

3.1.1 Kepercayaan Dalam Agama TaoismAjaran agama Taoism bertujuan untuk menguatkan keperibadian seseorang individu dari segi kesopanan, tabiat baik, kekuatan mental, dan juga kesihatan. Ia berkesan untuk memberi bimbingan kepada cara kehidupan seseorang individu dan akhirnya membantunya untuk menjadi seorang yang manusia yang dapat memberi sumbangan yang positif kepada masyarakat.

Menurut ajaran Agama Taoism, matlamat utama dalam kehidupan seseorang manusia adalah untuk mencapai keabadian. Jikalau mengikuti kepercayaan agama Taoism, ia berpendapat bahawa seseorang tidak perlu meninggal dunia secara fizikal dengan mengekalkan kesihatan yang baik dan boleh mencapai keabadian jika dia melakukan kebaikan sebanyak 3000 kali dan eksploitasi yang positif sebanyak 800 kali. Kebaikan yang dilaksanakan mestilah ikhlas dan tidak perlu diketahui oleh orang ramai, ini kerana Tuhan akan mengetahui mengenainya secara semula jadi.

Ajaran Agama Taoism juga menggalakkan konsep tiada tindakan. Melalui konsep ini, seseorang individu digalakkan untuk mengikuti peraturan dan kehendak alam semula jadi dan jangan cuba untuk mengubahnya. Ini kerana ia mempercayai yang dengan mengikuti peraturan alam semula jadi, seseorang boleh mencapai segala-galanya.

3.1.2 Sumbangan Taoism Dalam Bidang Perubatan CinaPada tempoh awal semasa permulaannya kebangkitan bidang perubatan Cina, perubatan Cina adalah dikembangkan berasaskan dan dibimbing oleh prinsip dan kepercayaan serta ajaran yang terdapat dalam ajaran agama Taoism. Pengamal-pengamal perubatan dan tabib-tabib Cina pada masa itu mengamalkan pengajaran Taoism dalam amalan perubatan mereka.

Ajaran Taoism memberi impak yang mendalam dalam perubatan Cina terutamanya kerana konsepnya yang mementingkan pencapaian keabadian. Oleh keran itu, penganut-penganut Taoism amat mementingkan pengekalan kesihatan dan menghindari penyakit.

Oleh kerana ini, perubatan Cina adalah bertentangan sama-sekali dengan perubatan Barat. Melalui amalan perubatan Cina, seorang pesakit dianggap sebagai satu entiti bersama-sama dengan penyakit yang dijangkitinya. Proses rawatannya memberi tumpuan kepada usaha untuk memperkukuhkan imuniti seorang pesakit terhadap pesakit tersebut, bertentangan sama-sekali dengan perubatan barat yang memberi tumpuan kepada pembasmian pesakit tanpa memberi pertimbangan kepada keadaan tubuh seorang pesakit.

Amalan pernafasan yang dipupuk dalam ajaran Taoism juga dipercayai mempunyai manfaat yang sama seperti rawatan akupunktur. Selain itu, bidang perubatan Cina juga giat memperkembangkan perubatan tonik dan juga memberi tumpuan kepada kebersihan peribadi selaras dengan konsep Taoism yang ingin mencapai keabadian. Kesimpulannya, perubatan Cina mementingkan pencegahan penyakit lebih banyak daripada pembasmian penyakit.

3.2 Agama BuddhismAgama Buddhism berasal daripada India, dan dibawa oleh saudagar-saudagar India ke Tanah China pada lebih kurang 2000 tahun dahulu, iaitu semasa Dinasti Han berkuasa. Akan tetapi, pada permulaan agama Buddhism di China, ia bersemuka dengan tentangan yang sengit dengan falsafah Confucianism dan tidak dapat bangkit dengan sepenuhnya.

Walaupun agama Buddhism berkonflik dengan falsafah Confucianism, ia mempunyai hubungan yang harmoni dengan sebuah agama lain yang sangat berpengaruh di China pada masa itu, iaitu agama Taoism. Ini kerana Agama Buddhism dengan Taoism mempunyai konsep dan ajaran yang serupa. Tambahan lagi, cara bertafakur yang diamalkan oleh kedua-dua agama tersebut juga kurang berbeza antara satu sama lain.

Oleh kerana begitu, kebanyakan orang berbangsa Cina pada zaman itu mula mempelajari agama Buddhism dari perspektif Taoism, dengan mengasimilasikan unsur-unsur Taoism. Misalnya, semasa orang Cina menterjemahkan kitab-kitab suci agama Buddhism daripada Bahasa Sanskrit kepada Bahasa Cina, mereka menterjemahkan sesetengah unsur agama Buddhism menggunakan istilah Taoism. Ini juga adalah sebabnya kenapa agama Buddhism yang diamalkan pada zaman kini mempunyai pelbagai unsur Taoism di dalamnya.

3.2.1 Kebangkitan Dan Kemerosotan Agama BuddhismAgama Buddhism mula membangkit dalam Tamadun China pada penghujung Dinasti Han. Ini berlaku apabila Dinasti Han bersemuka dengan keruntuhan pada kira-kira tahun 25. Ia juga adalah pada masa ini di mana pengaruh Confucianism mula menjadi lemah.

Selepas Dinasti Han musnah, penguasaan China dibahagikan kepada dua bahagian. Ia dibahagikan kepada China Utara yang dikawal oleh beberapa Dinasti yang lemah, dan China Selatan yang dikawal oleh pelbagai puak yang bukan berbangsa Cina. Di China Utara, sejenis kepercayaan yang digelar Buddhism Golongan Bangsawan menjadi popular, di mana golongan bangsawan masyarakat Cina pada masa itu menjalinkan hubungan yang erat dengan sami-sami Buddhism dan juga cendekiawan yang beragama Buddhism. Di China Selatan pula, sami-sami Buddhism menjadi penasihat kepada ketua-ketua puak-puak tersebut. Setelah sekian lama, ketua-ketua tersebut mula menganuti agama Buddhism, dan mula menyumbang kepada penterjemahan kitab Bahasa Sanskrit kepada Bahasa Cina.

Pada tahun 589 China disatukan semula sebagai satu Negara di bawah penguasaan Dinasti Sui. Walaupun China telah disatukan semula, masyarakat yang pernah dibahagikan tersebut tidak mempunyai persamaan langsung dan tidak dapat bersatu dengan betul-betul dan pentadbiran menjadi tidak lancar. Oleh itu, Maharaja Dinasti Sui menggunakan agama Buddhism sebagai sesuatu simbol untuk menandakan yang Negara China adalah satu negara yang bersatu lagi.

Agama Buddhism mencapai zaman yang paling gemilangnya pada Dinasti Tang yang merangkumi jangka masa dari tahun 618 ke tahun 907. Sebahagian besar kegemilangan ini disumbangkan oleh seorang sami Buddhism terkemuka yang bernama Xuanzang. Pada permulaan Dinasti Tang, beliau mengembara ke tanah India, mengunjungi pelbagai kerajaan yang berlainan, mencatat penemuannya sepanjang perjalanannya, dan juga mengunjungi pelbagai tempat suci dan mempelajari dengan lebih terperinci akan agamnya dengan banyak tokoh-tokoh Buddhism. Dia pulang ke Tanah China dengan sebanyak 657 kitab-kitah Sanskrit dan juga banyak relik dan patung-patung Buddhism. Selepas itu, beliau mendapat kerjasama daripada Maharaja untuk menubuhkan sebuah biro penterjemahan untuk menterjemah kitab-kitab tersebut. Beliau telah diberi penghargaan untuk penterjemahan sebanyak 1330 buah penterjemahan kepada Bahasa Cina.

Rajah 4: Arca Xuanzang yang berada di Xi'an di China zaman ini

Akan tetapi, pada pertengahan Dinasti Tang, iaitu pada tahun 845, Maharaja yang berkuasa pada masa itu menurunkan perintah menindas agama Buddhism kerana berpendapat bahawa golongan penganut Buddhism yang semakin masyhur dan berpengaruh akan mengancam kedudukannya. Walaupun maharaja yang berkuasa berikutnya memansuhkan perintah ini dan berusaha untuk membangunkan semula agama Buddhism, ia tidak dapat mencapai kegemilangan yang setaraf dengan kegemilangannya yang dipunyainya pada permulaan Dinasti Tang sehingga ke zaman kini.

4.0 Rujukan1. Chinese philosophy - Wikipedia, the free encyclopedia. 2015. Chinese philosophy - Wikipedia, the free encyclopedia. [ONLINE] Didapati Di: http://en.wikipedia.org/wiki/Chinese_philosophy. [Diakses 27 April 2015].

2. Dynasties in Chinese history - Wikipedia, the free encyclopedia. 2015. Dynasties in Chinese history - Wikipedia, the free encyclopedia. [ONLINE] Didapati Di: http://en.wikipedia.org/wiki/Dynasties_in_Chinese_history. [Diakses 27 April 2015].

3. Legalism (Chinese philosophy) - Wikipedia, the free encyclopedia. 2015. Legalism (Chinese philosophy) - Wikipedia, the free encyclopedia. [ONLINE] Didapati Di: http://en.wikipedia.org/wiki/Legalism_%28Chinese_philosophy%29. [Diakses 27 April 2015].

4. Warring States period - Wikipedia, the free encyclopedia. 2015. Warring States period - Wikipedia, the free encyclopedia. [ONLINE] Didapati Di: http://en.wikipedia.org/wiki/Warring_States_period. [Diakses 27 April 2015].

5. Spring and Autumn period - Wikipedia, the free encyclopedia. 2015. Spring and Autumn period - Wikipedia, the free encyclopedia. [ONLINE] Didapati: http://en.wikipedia.org/wiki/Spring_and_Autumn_period. [Diakses 27 April 2015].

6. Legalism and Chinese Philosophy. 2015. Legalism and Chinese Philosophy. [ONLINE] Didapati Di: https://web.cn.edu/kwheeler/chinese_legalism.html. [Diakses 27 April 2015].

7. Exploring Chinese History :: Culture :: Philosophy: Legalism. 2015. Exploring Chinese History :: Culture :: Philosophy: Legalism. [ONLINE] Didapati Di: http://www.ibiblio.org/chinesehistory/contents/02cul/c04s06.html. [Diakses 27 April 2015].

8. Confucianism - Wikipedia, the free encyclopedia. 2015. Confucianism - Wikipedia, the free encyclopedia. [ONLINE] Didapati Di: http://en.wikipedia.org/wiki/Confucianism. [Diakses 27 April 2015].

9. Confucianism. 2015. Confucianism. [ONLINE] Didapati Di: http://www.religionfacts.com/confucianism. [Diakses 27 April 2015].

10. Exploring Chinese History :: Culture :: Philosophy :: Confucianism. 2015. Exploring Chinese History :: Culture :: Philosophy :: Confucianism. [ONLINE] Didapati Di: http://www.ibiblio.org/chinesehistory/contents/02cul/c04s04.html. [Diakses 27 April 2015].

11. About Religion. 2015. Buddhism in China: The First Thousand Years. [ONLINE] Didapati Di: http://buddhism.about.com/od/throughasiaandbeyond/a/chinahistory.htm. [Diakses 27 April 2015].

12. Chinese Buddhism - Wikipedia, the free encyclopedia. 2015. Chinese Buddhism - Wikipedia, the free encyclopedia. [ONLINE] Didapati Di: http://en.wikipedia.org/wiki/Chinese_Buddhism. [Diakses 27 April 2015].

13. About News. 2015. Buddhism in China. [ONLINE] Didapati Di: http://chineseculture.about.com/od/religioninchina/a/Buddhism.htm. [Diakses 27 April 2015].

14. Buddhism in China, Chinese Buddhism Facts and History . 2015. Buddhism in China, Chinese Buddhism Facts and History . [ONLINE] Didapati Di: http://www.chinahighlights.com/travelguide/buddhism.htm. [Diakses 27 April 2015].

15. Chinese Religions, Beliefs: Buddhism, Taoism, Confucianism. 2015. Chinese Religions, Beliefs: Buddhism, Taoism, Confucianism. [ONLINE] Didapati Di: http://www.travelchinaguide.com/intro/religion/. [Diakses 27 April 2015].

16. Taoism: A Philosophy, a Religion, and a Way of Life. 2015. Taoism: A Philosophy, a Religion, and a Way of Life. [ONLINE] Didapati Di: http://taoism21cen.com/Englishchat/essay19.html. [Diakses 27 April 2015].

17. Origins & History of Chinese Medicine. 2015. Origins & History of Chinese Medicine. [ONLINE] Didapati Di: http://www.sacredlotus.com/go/foundations-chinese-medicine/get/origins-history-chinese-medicine#taoism. [Diakses 27 April 2015].

18. History of China - Wikipedia, the free encyclopedia. 2015. History of China - Wikipedia, the free encyclopedia. [ONLINE] Didapati Di: http://en.wikipedia.org/wiki/History_of_China. [Diakses 27 April 2015].

19. Top 10 Oldest Ancient Civilizations in the World. 2015. Top 10 Oldest Ancient Civilizations in the World. [ONLINE] Didapati Di: http://www.factofun.com/top-10-oldest-ancient-civilizations-world/. [Diakses 27 April 2015].

20. World History Timeline Civilization: Ancient China. 2015. World History Timeline Civilization: Ancient China. [ONLINE] Didapati Di: http://www.timemaps.com/civilization/Ancient-China. [Diakses 27 April 2015].

21. 10 oldest Ancient civilizations ever existed. 2015. 10 oldest Ancient civilizations ever existed. [ONLINE] Didapati Di: http://www.ancienthistorylists.com/ancient-civilizations/10-oldest-ancient-civilizations-ever-existed/. [Diakses 27 April 2015].

22. Xinhai Revolution - Wikipedia, the free encyclopedia. 2015. Xinhai Revolution - Wikipedia, the free encyclopedia. [ONLINE] Didapati Di: http://en.wikipedia.org/wiki/Xinhai_Revolution. [Diakses 27 April 2015].

23. Taoism - Wikipedia, the free encyclopedia. 2015. Taoism - Wikipedia, the free encyclopedia. [ONLINE] Didapati Di: http://en.wikipedia.org/wiki/Taoism#Origins_and_development. [Diakses 27 April 2015].

24. Xuanzang - Wikipedia, the free encyclopedia. 2015. Xuanzang - Wikipedia, the free encyclopedia. [ONLINE] Didapati Di: http://en.wikipedia.org/wiki/Xuanzang. [Diakses 27 April 2015].26