30
KEPENTINGAN AKUAKULTUR Akuakultur menyumbangkan kira-kira 20 peratus daripada jumlah tangkapan ikan di Malaysia. Salah satu kepentingan akuakultur membekalkan sumber protein. Sehubungan dengan itu, pelbagai langkah perlu dijalankan untuk meningkatkan sektor ini. Jelaskan pernyataan tersebut. Pendahuluan : Perikanan akuakultur pada masa kini merupakan sub sektor pertanian yang amat penting sebagai pelengkap kepada sektor perikanan laut di Malaysia. Isi : A) Kepentingan Akuakultur : 1. Membekalkan sumber protein. Daripada sumber Jabatan Perikanan, pada tahun 2007 sahaja, akuakultur telah menyumbangkan lebih kurang 729.47 tan metrik bekalan protein kepada negara. Justeru, sumber protein yang dibekalkan adalah mencukupi. Sektor akuakultur menjadi pembekal tetap kepada negara. Sebagai alternatif kepada perikanan marin yang tidak dapat membekalkan ikan sepanjang tahun. Sebagai contoh, udang, ikan kerapu dan ikan keli. 2. Menggalakkan program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).

KEPENTINGAN AKUAKULTUR.docx

Embed Size (px)

Citation preview

KEPENTINGAN AKUAKULTURAkuakultur menyumbangkan kira-kira 20 peratus daripada jumlah tangkapan ikan di Malaysia. Salah satu kepentingan akuakultur membekalkan sumber protein. Sehubungan dengan itu, pelbagai langkah perlu dijalankan untuk meningkatkan sektor ini. Jelaskan pernyataan tersebut.Pendahuluan :Perikanan akuakultur pada masa kini merupakan sub sektor pertanian yang amatpenting sebagai pelengkap kepada sektor perikanan laut di Malaysia.Isi :A)Kepentingan Akuakultur :1. Membekalkan sumber protein.Daripada sumber Jabatan Perikanan, pada tahun 2007 sahaja, akuakultur telahmenyumbangkan lebih kurang 729.47 tan metrik bekalan protein kepada negara.Justeru, sumber protein yang dibekalkan adalah mencukupi.Sektor akuakultur menjadi pembekal tetap kepada negara.Sebagai alternatif kepada perikanan marin yang tidak dapat membekalkan ikansepanjang tahun.Sebagai contoh, udang, ikan kerapu dan ikan keli.2. Menggalakkan program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).

Perikanan akuakultur turut membantu meningkatkan teknologi dalam negara menerusi program R&D seperti penyelidikan pembiakbakaan, cara-cara pembungkusan dan kajian pemakanan hasil ikan.Sebagai contoh, Jabatan Perikanan dan Institut Penyelidikan Perikanan di PulauPinang telah menghasilkan benih ikan dan udang yang bermutu tinggi.3. Mengelakkan kepupusan hidupan marin.

Aktiviti perikanan di laut yang giat dijalankan telah menyebabkan sesetengah hidupan marin semakin pupus. Oleh itu, dengan adanya sektor akuakultur, spesies marin yang semakin pupus boleh dipelihara seperti ikan kerapu, udang harimau dan siakap.Pihak kerajaan telah menghasilkan pembiakbakaan spesies baru untukmengelakkan fenomena kepupusan4. Mengurangkan kemusnahan dan gangguan ekosistem.Tidak melibatkan penggunaan peralatan yang boleh mengganggu danmemusnahkan habitat.Sebagai contoh, pihak nelayan tidak perlu lagi menggunakan pukat yang akanmemusnahkan batu karang.Tidak mencemarkan air kerana menggunakan teknologi mesra alam. Sebagaicontoh, penggunaan sangkar dan tong.B)Langkah-langkah Memajukan Bidang Akuakultur :5. Melalui Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)Aplikasi bioteknologi dalam akuakultur.Penyelidikan untuk menghasilkan ikan-ikan yang bermutu tinggi seperti keraputikus, siakap dan udang harimau.Kajian tentang kaedah penternakan yang mesra alam.Sebagai contoh, penternakan ikan keli yang dijalankan di Kelantan denganmenggunakan tong.Membuat kajian dan penyelidikan yang berterusan dalam bidang sains pemakananberasaskan akuakultur.6. Meningkatkan bilangan tenaga pakar dalam bidang akuakultur.Sebagai contoh, Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menawarkan SekolahBiologi Marin yang memberikan penumpuan terhadap kepentingan akuakultur.Universiti Sains Malaysia (USM) telah memperkenalkan bidang SainsPemakanan.Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah memberikan penekananterhadap cara dan kaedah-kaedah baru dalam penternakan ikan.Latihan kepakaran di negara-negara luar seperti Jepun dan Jerman.7. Penggunaan teknologi terkini.Penggunaan teknologi pembiakbakaan dalam akuakultur.Sebagai contoh, teknologi dari Jerman telah digunakan oleh LKIM untukmemajukan kaedah pembiakbakaan di Malaysia.Teknologi pembungkusan telah dilaksanakan dengan berkesan dan menghasilkanbahan akuakultur yang bernilai tinggi dan komersil.8. Mempelbagaikan makanan berasaskan akuakultur.Teknologi pengawetan telah menghasilkan makanan berasaskan akuakultur yangtahan lama dan boleh dieksport.Pengetinan ikan telah dijalankan seperti ikan keli, siakap dan kerapuPenghasilan makanan berasaskan hidupan marin seperti bebola ikan, keropokudang dan sos tiram.Penutup :Sektor akuakultur sangat penting bagi menjamin bekalan protein yang berterusan

KULIAHPERIKANAN

1.JENIS-JENIS PERIKANAN

a)Perikanan Pinggir Pantaib)Perikanan Laut Dalam

Pinggir PantaiLaut Dalam

Jarak

Lokasi

Bot / Kapal dan Peralatan

Jangka masa di laut

Jenis Ikan

Skala Pengeluaran

Modal

Tenaga BuruhTidak melebihi 32 km dari pantai dan kedalaman laut kurang daripada 180 meter.Perairan Laut China Selatan, Selat Melaka, Selat Teberau dan Laut SuluMenggunakan bot yang kecil yang hanya menggunakan peralatan tradisional spt pukat tangkul, pukat tarik dll

Tidak melebihi satu hari (pergi pagi, balik petang atau sebaliknya)

Tenggiri, bawal, bilis, udang, sotong dllBiasanya kecil dan sedikit. Digunakan untuk keperluan keluarga, yang lebih akan dijual.Kecil golongan nelayan yang miskin. Tidak mampu utk menyediakan peralatan perikanan yang moden.

Terdiri daripada ahli keluarga sendiri. Tidak dibayar gaji tetap. Bergantung kpd hasil tangkapanMelebihi 32 km dari pantai dan kedalaman laut melebihi 180 meter.Laut China Selatan, Lautan Pasifik, Selat Melaka dan Lautan HindiMenggunakan bot yang besar dengan dilengkapi peralatan moden spt alat perhubungan (radio), radar pengesan ikan, pukat tunda, bilik awet dingin dllBerada di laut lebih drp. seminggu. Bagi negara dlm sektor perikananspt Jepun dan Thailand lebih daripada tiga bulanTuna, tenggiri, ikan yu,ikan paus dllHasil banyak . Dijual atau dieksport keluar Negara. Juga utk keperluan ind. pengetinan ikan khususnya ikan sardin.Besar syarikat syarikat swasta dan kerajaan. Mampun utk menyediakan peralatan perikanan moden.

Buruh mahir yang bergaji tetap. Kerja yang dijlnkan mengikut pengkhususan spt bahagian tangakapan, proses ikan dll

Peta Lokasi Kawasan Perikanan Di Malaysia.

c) Akuakultur / Pemeliharaan Ikan

Dijalankan untuk memberipendapatan sampingan kepadaparanelayan dan juga petani terutama pada musim tengkujuh apabila nelayan tidak dpt turun ke laut kerana ombak yang besar.

Mempastikan bekalan ikan di pasaran tempatan mencukupi dan dapat mengurangkan import ikan dari negara lain. Dapat menguurangkan pengaliran mata wang negara keluar.

Menggunakan teknologi moden seperti kolam buatan, penternakanikan dalam sangkar, benih-benih ikan kacukan, makanan ikan, rawatan air, dan ikan diasingkan mengikut umurdan saiz.

Akuakultur Pemeliharaan ikan air tawarMarinkultur pemeliharaan ikan air payau / masin

Lokasi

Jenis ternakan

Orientasi Pengeluaran

PemilikanSungai, tasik, kolam, paya dan sawah padi.Contoh : Mercangdi Terengganu, Temerloh di Pahang

Ikan patin, tilapia, karp, kelah, kaloi, udang galah, ikan keli dll

Utk keperluan tempatan bg memenuhi kekurangan bekalan ikan di pasaran tempatanLebih banyak dimiliki oleh individu yang mengusahakan nyasecara kecil-kecilan.Bantuan subsidi atau pinjaman dr pihak kerajaan.

Muara sungai, paya bakau atau paya nipah, pinggir pantai atau teluk yg terlindung.Contoh :Kuala Setiu di Terengganu, Pantai Sri Tujuh di Kelantan, Mersing di JohorIkan siakap, kerapu, ketam, tiram, udang harimau dll

Lebih kpd eksport ke negara luar.Contoh : udang harimau dieksport ke JepunDimilki oleh syarikat-syarikat swasta kerana kos penyelenggaraan yang tinggi.

2.FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN SEKTOR PERIKANAN

(A)FAKTOR FIZIKAL (BMB)

a)Kedudukan Malaysia di atas Pentas Sunda dan dikelilingi oleh laut yang cetek spt Laut China Selatan dan Selat Melaka. Laut yang cetek kurang drpd 180 meter membolehkan cahaya matahari sampai ke permukaan laut , menggalakkanpertumbuhan dan pembiakan plankton dan zooplankton iaitu sumber makanan ikan yang utama membolehkan ikan membiak

b)Pinggir pantai yang panjang dan berteluk-teluk sesuai dijadikan kawasan pembiakan ikan kerana terlindung drpd tiupan angin.Juga sesuai untuk dibina pelabuhan- pelabuhan perikanan seperti Kuala Perlis di Perlis, Kuala Kedah di Kedah dan Tok Bali di Kelantan.

(B) FAKTOR KEMANUSIAAN

i)TENAGA BURUHa)Dalaman dan Luar Negara. Mudah dan murah didapati. Mahir dan separa mahir kerana merupakan kerja tradisi bagi penduduk di tepi pantai. Latihan yang diberikan sama ada latihan jangka pendek (kurang drpd 3 bulan) mahupun latihan jangka panjang (lbh drp 6 bulan diploma), Contoh : Pusat latihan di Chendering Terengganu yang dikendalikan oleh LKIM

b)Buruh luar negara terutamanya dari Thailand, mahir dan kos buruh yg murah.

ii)PASARANa)Dalam dan luar negara. Dalam sumber makanan dan sumber protein utama yang palingmurah.Permintaan yang tinggi (bahan mentah) daripada industrihiliran yang berkaitan seperti industi membuat iakan sardin, keropok, ikan kering, dan industry membuat makanan kucing(friskies dan whiskies)

b)Luar negara dari Jepun mengimport udang harimau utama Malaysia, Singapura dan Taiwan berlaku imbangan pembayaran dan pengaliran masuk mata wang asing ke Malaysia.

iii) JARINGAN SISTEM PENGANGKUTANa)Kemudahan jalan pengangkutan yang baikterutamanya jalan raya membolehkan ikan diangkut ke pasaran tempatan dengan cepat. Ini dapat menjaga kesegaran ikan. Di samping itu kemudahan lori awet dingin juga menentukan kesegaran ikan dibawa ke pasaran. Contoh : jalan raya daripada Kg. Geting ke Bandar Pasir Mas di Kelantan.

Pasaran luar jalan laut digunakan.Ikan diangkut menggunakan kapal yang dilengkapi dengan kemudahan bilik awet dingin yang dikendalikan oleh MISC. Kos pengangkutanjuga murah.

iv) DASAR KERAJAAN

a)Penubuhan LKIM berperanan membina kompleks pendaratan ikan dan kilang ais utk kemudahan nelayan mendaratkan ikan dan menjual hasil tangkapan tanpa melalui orang tengah. Contoh : Tok Bali, Kelantan

b)Mewujudkan kawasan tukun tiruan- kawasan pembiakan ikan. Menambahkan bekalan ikan.Tukun-tukun dihasilkan daripada tayar-tayar terpakai, konkrit batu dan kapal-kapal karam.

c)Taman-taman laut-tidak dibenarkan menangkap ikan di kawasan tersebut. Kawasan pembiakan ikan.Denda dikenakan bila tangkap ikan. Contoh : Pulau Kapas dan Pulau Perhentian di Terengganu, Pulau Pangkor di Perak dan Pulau Payar di Langkawi, Kedah.

d)Menubuhkan pusat-pusat penyelidikan utk hasilkan benih-benih (baka-baka)ikan bermutu tinggi. Contoh : ikan talapia, ikan karp, ikan siakap dll. Penyelidikan dilakukan di Batu Maung, Pulau Pinang. Juga pusat latihan perikanan untuk hasilkan buruh-buruh mahir dan separa mahir dlm sektor perikanan. Latihan jangka pendek (kurang 3 bulan) dan latihan jangka panjang (lebih 6 bulan). Contoh: Pusat Latihan Chendering di Terengganu.

3.KEPENTINGAN SEKTOR PERIKANAN DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI SESEBUAH NEGARA

a)SUMBER MAKANANBudaya pemakanan Negara kita bergantung kpd sumber perikanan- sumber protin pentingdan pelengkap kepada makanan ruji iaitu nasi bagi penduduk Asia seperti Jepun, Korea, Filipina, Malaysia dan Indonesia.b)MENYUMBANGKAN KEPADA PENDAPAT NEGARASumber perikanan laut dalamyang kaya mampumenghasilkan pendapat eksport yang tinggi.Contoh Negara Thailand telah mengesport sumber laut dalam kepada Negara spr Malaysia,Singapura manakala Malaysia pula mengesport hasil perikanannya ke Singapura,Taiwan dan Korea.Ini dapat menguntungkan Negara dari segitukaran mata wang asing kerana Negara pengimport mempunyai nilai matawang yang tinggi.

c) PELUANG PEKERJAANMenyediakan peluang pekerjaan seperti nelayan, pekerja kilang memproses dan kilangais,penternak, penyelidik dan sebagai.Contohnya pendudukyang tinggal di tepi persisiranpantai, seperti Pahang,Terengganu dan Kelantan bergantung kepada aktiviti perikanan sebagai sumber rezeki. Hasil tangkapan terutama perikanan laut dalam dapat member pulangan lumayan.ini dapat menambahkan perdapatan perkapita penduduk.

d)PERKEMBANGAN INDUSTRI BERKAITANMenggalakkanperkembangan industri berkaitan dengan perikanan seperti industry pengentinan (ikan sardine), industry memproses ikan kering dan keropok, pembuatan bot, kilang ais dan lain-lain. Industri ini menyediakan peluang pekerjaan yang banyak dan menjadi pekerjaan sampingan terutama pada musim tengkujuh( nelayan tidak dapat turun ke laut).

Dapat menjanakan industri pelancongan yang berkonsepkan home stay iaitu program tinggal bersama keluarga nelayan contohnya program yang dipromosikan oleh LKIM. Contohnya Pulau Aman PP, Bagan Lalang (Selangor),Bachok (Kelantan)

e)MEMBANTU MENINGKATKAN TEKNOLOGIMembantu meningkatkan teknologi contohnya teknologi awet beku,penggunaan radar pengesan,penyediaan habitat tiruan dan sebagainya.teknologi perikanan berkembang melalui usahaR&D contohnya Batu Maung, Pulau Pinang,Tanjung DemongMasalah perikanan

1. masalah kekuranganmodal2. kekurangan teknologi3. masalah buruh4. masalahkeselamatan nelayan5. masalah perairan antara bangsa6. Masalah kepupusan sumber ikan

4.KESAN-KESAN PERKEMBANGAN DAN PEMBANGUNAN SEKTOR PERIKANAN

Kesan Positif :1.Menyediakan peluang pekerjaan kpd penduduk terutamanya penduduk setempat. Contoh : nelayan, pemandu lori, pengusaha kilang ais dll. Meningkatkan pendapatan individu dan dpt meningkatkan taraf hidup.

2.Tanah terbiar dapat digunakan dengan berkesan iaitu membina kolam untuk menternak ikan (akuakultur). Petani dan nelayan dapat pendapatan sampingan dan juga menggunakan masa lapang yang terluang dengan berfaedah. Contoh : penternakan ikan keli di Kg. Tal Tujuh, Pasir Mas, Kelantan.

1.Pencemaran air-khususnya air laut di kawasan sekitar pelabuhan perikananakibat pembuangan sisa-sisa ikan yang tidak diperlukan, pembersihan bot, sisa domestic dan tumpahan minyak bot. Akibatnya , permukaan air laut diliputi oleh minyak. Pancaran cahaya matahari tidak sampai ke dasar laut. Plankton tidak membiak. Bekalan makanan ikan kurang. Ikan mati.Bekalan ikan pupus.

2.Kemusnahan ekosistem paya bakau pembinaan kolam merinkultur di kawasan hutan paya bakaudi zon pinggir pantai menyebabkan hidupan asal seperti ketam, lokan, ikan tebakul dan pelbagai spesis burung akan turut musnah. Rantaian makanan yang terganggu akan menjejaskan ekosistem muara dan sekaligus akan mengurangkan kadar populasi asal hutan paya bakau berkenaan. Contoh : di Sabak Bernam, Selangor.

3.Kepupusan hidupan akuatik tangkapan ikan yang berlebihan dan tanpa kawalan terutamanya apabila menggunakan pukat tunda di kawasan laut dalam boleh menyebabkan bekalan ikan terhad.Di kawasan pinggir pantai, aktiviti menuba (menggunakan racun) dan penggunaankuasa letrik di kawasan paya, kolam, tasik dan sungai menyebabkan kemusnahan ikan yang masih kecil. Akibatnya, bekalan ikan masa depan akan pupus.

5.LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGURANGKANKESAN PERIKANAN KEPADAALAM SEKITAR

A)PERUNDANGANAkta perikanan dikuatkuasakan oleh Jabatan Perikanan dan Polis Marin Contoh :Seksyen 38(1) dan Seksyen 41(1) . Jabatan Alam Sekitar menggunakan Akta Alam Sekitar (1974) tindakan tegas terhadap nelayan yang menyebabkan pencemaran kepada alam sekitar.

Mewartakan taman-taman laut seperti Taman Laut Pulau Kapas dan Pulau Perhentian di Terengganu, Pulau Payar di Langkawi sebagai zon larangan aktivitipenangkapan ikan.

Bagi nelayan yang melanggar peraturan, hukuman berat sama ada denda dan kompaun yang tinggi dikenakan, rampas peralatan menangkap ikan termasuk bot serta hukuman penjara.

Rondaan dan pemantauan pihak berwajib, seperti Jabatan Perikanan, Jabatan Alam Sekitar dan Polis Marin perlu dipertingkatkan untuk mengurangkan masalah pencerobohan nelayan asing dan masalah pencemaran air.

Langkah-langkah lain yang boleh diambil batalkan permit perikanan dan tarik lesen operasi.

B) PENGURUSAN YANG STATEGIK

Memperluaskan kawasan perletakan tukun-tukun tiruan utk menambah habitatdan kawasan pembiakan ikan .Tukun-tukun tiruan diperbuat daripada tayar-tayar terpakai, konkrit-konkrit batu,dan kapal-kapal karam.

Mengurangkan atau menghadkan pengambilan kawasan paya bakau dan payanipah secara besar-besaranuntuk dijadikan kawasan penternakan ikan marinkultur dan akuakultur.

C) KEMPEN

i) KEMPEN KESEDARAN DAN PENDIDIKAN ALAM SEKITARi)Melancarkan kempen kesedaran kpd penduduk tentang kepentingan menjaga kebersihan dan hidupan akuatik. Contoh kempen :Cintailah Hidupan Laut atau Cintailah Hidupan Akuatik. Kempen boleh dilakukan oleh pihak kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO)secara aktif dan berterusan sama ada melalui media cetak ataupun media eletronik.

ii)Pendidikan pula secara formal mahupun informal. Pendidikan formal diterapkan dalam mata pelajaran di sekolah bermula dari pendidikan sekolah rendah hinggalah ke peringkat yang lebih tinggi (Universiti).Contoh : mata pelajaran Kajian Tempatan, Geografi danIjazah Sains Alam Sekitar.

DEFINASIAkuakulturialahprosesmenternakspesieshidupan(haiwandantumbuhan)airtawar,airpayauatauairmasindidalampersekitaranyangterkawal.Selainitu,akuakulturjugamerangkumisegalaaktivitipengeluaran,pemprosesandanpemasaranprodukhidupanair.AntaraspesisyangbolehdijalankanakuakulturialahikanTilapia,Keli,Baung,Patin,Temoleh,Jelawat,Lampam,Karp,Haruan,UdangGalahdanikanhiasanuntukperairanairtawardanKerapu,Siakap,Jenahak,UdangHarimau,tiramdansiputsuduuntukperairanairpayaudanlaut.Ternakansumber-sumberorganismasemulajadiair.Sebagaisatukegiatanmenusiayangmenggunakandayadanusaha/tenagaburuhnyauntukmembaikipengeluaranorganisma-organismayangbergunadidalamair.Inimelibatkanfaktor-faktortumbesaran,kematiandanpembiakanorganismatersebut.Merujukkepadaaktivitiekonomi,memelihara,menternakorganisma-organismaakuatikdimanadijalankanolehorangperseorangan,orangberkumpulanuntukmeningkatkandayapenghasilansumber-sumberasliperikanan.MATLAMATAKUAKULTURUntukmembantupembangunanindustriakuakulturbagimempertingkatkanpengeluaranikannegara.Meningkatkankualitidankuantititernakansertamenggunakansepenuhnyasumbertanahdanperairanyangsediaada.Antarakawasan-kawasanyangbolehdimajukanuntukakuakulturadalahtasik,bekaslombong,empangan,kolam,konkrit,muarasungaidanlautsertaakuarium.Melahirkan berkemahiran dan produktif dalam membuat pembenihan, pembiakan, pemeliharaan dan pengeluaran ternakan akuakultur.OBJEKTIFMemperkenal dan memajukan industri akuakultur.Menggalakkan pembangunan industri akuakultur secara teratur dan berterusan serta perlaksanaannya ke tahap komersial dan sebagai satu perniagaan/punca pendapatan yang lumayan kepada penternak.Mewujudkan kesedaran dan kepentingan memperbaiki teknologi bagi meningkatkan pengeluaran akuakultur di dalam kawasan projek.Memaju serta menyampaikan teknik-teknik ternakan ikan yang terbaru untuk diamalkan oleh penternak-penternak di dalam usaha meningkatkan pengeluaran.Menambah sumber ikan dan bekalan protein negara di samping mengurangkan pergantungan kepada import ikan.Pengetahuan asas kepada sejarah, prinsip dan teknik-teknik dalam akuakulturMemahami aspek-aspek biologi dan ekonomi dalam industri akuakulturPendedahan terhadap teknik pengurusan kolam, kaedah pembiakan dan teknik pendederan larva serta juvenil organisma yang diternakKEPENTINGAN INDUSTRI AKUAKULTURMenghasilkan sumber protein. Pada masa ini harga daging adalah mahal, jadi pilihan beralih kepada ikan.Memberi peluang pekerjaan secara langsung kepada penduduk sesebuah negara terutamanya negara yang sedang membangun.Memberi punca pendapatan secara tidak langsung iaitu dengan cara perkembangan industri seperti pemprosesan ikan,peti sejuk,pemprosesan makanan ikan, pembinaan kapal dan lain-lain.Menambah sumber makanan kepada penduduk dunia yang kian meningkat dengan pesatnya.Meningkatkan pendapatan dan hasil negara dengan cara mengimport dan menambahkan pertukaran wang asing.Dapat menjimatkan penggunaan tanah di mana kolam udang/ikan tidaklah seluas jika dibandingkan dengan ternakan lembu yang menggunakan tanah yang lebih luas.Untuk menggantikan sumber ikan semulajadi yang semakin berkurangan, negara Jepun telah pun mengamalkan sea farming.Untuk negeri-negeri Pantai Timur seperti Terengganu, Kelantan dan Pahang- sebagai bekalan tambahan apabila musim tengkujuh kerana nelayan tidak dapat turun ke laut. Oleh itu, bekalan ikan diperolehi daripada akuakultur.Menggunakan sumber-sumber perairan akuatik yang luas di mana ianya selama ini tidak produktif untuk pengeluaran makanan.Persepaduan dengan aktiviti pertanian

Sektor perikanan.

Perikanan pingir Pantai.1. Konsep: Dijalankan di laut cetek, kurang 32 km dari pinggir laut dan kedalaman air kurang 180 meter. Seperti laut China Selatan, laut sulu, selat Melaka dan selat tebrau.

Ciri-ciri:a. Teknologi atau peralatan yang digunakan : Tradisonal seperti bubu, pompang, pukat tarik, pukat tunda, bitol, pancing dan kelongb. Jenis tangkapan : tenggiri, parang, bawal, bilis, udang dan lain-lain.c. Skala pengeluaran : kecil dan sedikit. Lebihan dijual atau ditukar dengan barangan lain.d. Modal : Miskin , bergantung kepada orang tengah atau pinjaman dan bantuan subsidi dari kerajaan. Biasanya melibatkan keluarga dan saudara mara.e. Penggunaan orang tengah : memasarkan hasil dan modalf. Dilakukan secara berulang alik (harian)g. Hasil tangkapan rendah

2. Faktor yang mempengaruhi aktivti perikanana. Keadaan fizikal kawasan tersebutb. habitat ikanc. permintaan ikand. sumber pendapatan negarae. pekerjaan tradisonal pendudukf. polisi dan galakan kerajaang. kekurangan bekalan dan sumber protein haiwanh. perubahan cita rasa.

3. Masalah yang dihadapi dalam memajukan aktiviti perikanana. masalah kekurangan modal, teknologi dan kepakaranb. masalah kemunduran dalam kajian dan penyelidikan berkaitan dengan akitiviti perikanan pinggir pantai dan ekosistem pantaic. masalah kerjasama antarabangsa/antara negara , sempadan perairan dan ancaman keselamatan mematuhi perjanjian dan pencerobohan dan kegiatan perlanunan.d. kerosakan kawasan pemeliharaan akibat aktiviti pembangunan dikawasan pinggir pantai seperti pelancongan, prlombongan. Ini akan mengurankan hasil tangkapane. penangkapan ikan berlebihan kehadiran pukat harimau, pukat cerut. Ini akan memupuskan sumber.f. masalah cuaca, ancaman musim tengkujuh, dan muara sungai yang semakin cetek terutama selepas banjir.g. masalah orang tengah : beli degan harga yang murah ( cekik darah)h. tenaga kerjai. pemasaran

4. Langkah mengatasia. memberikan bantuan/ kemudahan dari segi kewangan, peralatan, latihan dan perkhidmatan nasihat dan bimbingan.b. memajukan teknologi, kepakaran dan penyelidikan dalam negeri termasuk kerjasama dan usaha sama dengan negara-negara terpilih majuc. mempertingkat kerjasama antara negara /antara bangsa dari segi kawalan keselamatan, perundangan, zon / sempadan perairan dlld. Pemuliharaan kawasan kawasan pembiakan ikan di pulau-pulau, pinggir pantai, kawasan karang, tukun tiruan.e. Penguatkuasaaan undang-undang iaitu larangan terhadap kawasan tertentu dan alat-alat yang tertentu.f. Memajukan aktiviti hiliran termasuk pemasaran

5. Kesan Perikanan Pinggir Laut- Bekalan ikan semakin berkurangan- Kerosakan keseombanga laut- pencemaran dari kilang memproses ikan- mengalakan akuakultur ikan

Perikanan Laut Dalam

1. Konsep- Kegiatan perikanan yang dilakukan secara besar-besaran yang melibatkan kawasan laut yang lebih jauh yang melibatkan perairan antarabangsa seperti Lautan Pasifik, Lautan Atlantik dan Lautan Hindi.- Jarak lebih 32 km dan kedalaman melebihi 180 meter- melibatkan kawasan perikanan antarabangsa iaitu di kawasan Zon Ekonomi Eklusiff.

Ciri-ciri.a. Penggunaan peralatan moden seperti kapal-kapal , bilik pendingin beku, bilik memproses dan pelbagai kemudahan lain seperti penggunaan radar bagi mengesan kumpulan ikan dan lain-lain. Berat kapal melebihi 200 tan.b. Pekerja yang terlatih dan secara khususc. Hasil tangkapan : untuk tujuan eksport, tangkapan ikan sejenis seperti ikan tuna, tenggiri, , bawal, merah dan lalin-lain. Kadang kadang tangkapan ikan secara khusus saja seperti tuna atau pausd. Skala pengeluaran : banyak dan besar-besaran untuk tujuan eksport ke luar negara dan digunakan dalam industri pengetian khusu ikan sardine. Nelayan tinggal lama dilaut sekurang-kurangnya 1bulanf. Modal : besar dan dimiliki oleh syarikat swasta atau koperasi nelayan. Modal besar untuk membeli bot kuasa tinggi, pukat moden seperti tunda, sistem komunikasi, bayaran upah dan sebagainya.

2. Faktor yang menggalakan kegiatan perikanan laut dalam- memelihara sumber perikanan pingir pantai dari pupus- Mengekploitasi sumber laut dalam yang banyak- meningkatan pendapatan nelayan- memberi peluang kepada penduduk pantai- Bersaing dengan nelayan asing di perairan antara bangsa.

3. Masalah yang dihadapi oleh Perikanan Laut Dalam- modal- tenaga buruh yang mahir- teknologi moden- Pencerobohan nelayan asing- Masalah perlanunan

4. Masalah yang ditimbulkan oleh Perikanan laut Dalam- Pencerobohan kawasan tangkapan pinggir pantai- memusnahkan kawasan terumbu karang- menyebabkan ikan mengalami kepupusan- konflik dengan nelayan pinggir pantai- pencemaran sumber / alam

5. Kesan perikanan laut dalam- Lebihan tangkapan sumber laut akan berkurangan- menggugat ekologi laut mengurangkan bekalan laut, menjejaska rantaian makanan laut- Pencemaran laut oleh tumpahan laut- kepupusan ikan paus- pencerobohan nelayan asing ke kawasan Zon Ekonomi Eklusif- bekalan pelbagai jenis ikan yang banyak dipasaran- Meningkatkan pendapatan ekonomi negara.

Perikanan Akuakultur1. Konsep:Akakultur ialah usaha manusia melalui pembekalan tenaga dan buruh bagi memperbaikik penghasilan organisma kuatik yang berguna. Kegiatan ini dijalankan secara (manipulasi yang disengajakan) ke atas kadar tumbesaran, kematian dan pembiakan organisma tersebut. Di Malaysia, Akuakultur meliputi penternakan ikan air tawar dan ikan air payau. Jenis ternakan ikan ialah udang, ikan, tiram dan kerang. Akuakultur dijalankan di sungai, tasik, sawah padi, bekas lombong, kolam dan muara sungai.

Ciri-ciri:a. diusahakan secara individu secara kecil-kecilan dan juga dengan bantuan pihak LKIMb. Jenis yang dipelihara seperti Kap Cina, tongsan, tilapia, keli, haruan dan lain-lainc. Hasil yang diternak dijual dipasaran tempatan dan sebahagian di eksport ke singapura, Thailand dan lain-laind. Permintaan agak terhad kerana ikan berbau dan kurang digemari ramai.

2. Kepentingan Akuakultur kepada pembangunan negara (STPM 2009)a. memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk : meningkatkan taraf hidup dan mengurangkan kadar pengangguran

b. Meningkatkan kadar KDNK negara : pengeksportan hasil akuakultur negara seperti udang harimau dll.

c. Sumber protin : sumber protin tambahan penduduk selain hasil laut

d. Kesan pengganda : memberikan kesan penganda kepada sektor lain seperti IKS iaitu makanan berasaskan ikan, udang, ketam dll serta perkembangan industri yang berkaitan dengan akua-pelancongan

e. Meningkatkan pembangunan: infrastruktur seperti elektrik, air, jalan raya dll serta membanggunkan kawasan terbiar seperti bekas lombong, tasik, tanah terbiar dan lain-lain

f. Mengurangan kebergantungan kepada sumber laut sahaja :i. sumber perikanan laut semakin berkurangan akibat pencemaran laut , tangkapan yang berlebihan,/ kepupusan atau akibat kerosakan kawasan habitat ikan, serta pertambahan penduduk yang pesatii. pertambahan penduduk yang pesat, bekalan laut idak mencukupi dan bergantung kepada sumber akuakulturiii. bekalan ikan tidak terganggu mengikut musim seperti musim tengkujuh dapat ditampung oleh sumber akuakultur

g. memperkembangkan teknologi dan R&D :i. teknologi pembiakbakaan dan pemakanan ternakan akuakultuuuur berkembang pesatii. teknologi kawalan air dan rawatan air kolam/sangkar/takunganiii. teknologi pengawetan dan pembungkusan untuk menjamin kesegaran terutamannya untuk pasaran eksport

h. mewujudkan pelbagai ekonomi dan memanfaatkan sumber terbiari. kepelbagaiaan ekonomi dalam ekonomi sektor pertanian iaitu ternakan akuakultur dan marinkulturii. memanfaatkan sumber yang ada seperti kolam/tasik, bekas lombong, paya, sawah padi terbiar, sungai dan muara sebagai sumber pendapatan.

i. Pasaran dan permintaan yang tinggii. pasaran dalam dan luar negaraii. harga yang kompetetifiii. pilihan/memenuhi cita rasa

3. Masalah dalam memajukan akuakultura. masalah modal : kemiskinan/tiada hubungan, sukar mendapat pinjaman/kekurangan bantuan b. masalah pencemaran : masalah pencemaran air akibat sisa toksik merbahaya menyebabkan ternakan mati terutama sungaic. masalah kekurangan tempat : masalah kawasan penternakan yang menghadapi persaingan dengan sektor ekonomi yang lain & ketiadaan tempat yang sesuai seprti paya , tasik dan bekas lombongd. Masalah pasaran : masalah pasaran yang masih terhad samada pasaran tempatan atau antara bangsae. Masalah kkurang penyelidikan : masalah kemunduran/kekurangan dalam kajian dan penyelidikan akuakulturf. Masalah ancaman fizikal : banjir, kemarau, angin kencang, ribut laut, pH air, kemasinan air.g. Maslah teknologi/penyakit/R&D /serangan musuh:i. penyakit ikan, serangan virus, reput insang, rintik putih, berkudisii. ancaman musuh :memerang , burung hantu, biawakiii. teknologi dan kepakaran di kalangan pendudk di Malaysia

h. kekurangan tenaga kerja :i. kekurangan tenaga kerja berminatii. tiada bekalan buruh dan terpaksa diimportiii. buruh tidak mahir

Kepentingan Kegiatan perikanan di Malaysia.a. Sumber protinb. Menyediakan Peluang pekerjaanc. Bahan mentah industrid. Meningkatkan Pendapatan negarae. Meningkatkan pendapatan individuf. Memberikan kesan penganda berasaskan perikanang. Menggalakan R&Dh. Menggalakan perkembangan teknologi

6 a. Ciri-ciri perikanan akuakultur (7)

Negara yang dipilih ialah Malaysia (1m)

- Lokasi kegiatan dijalankan di dalam sungai, tasik, kolam, paya dan sawah padi. Marinkultur dijlankan di muara sungai, paya bakau atau paya nipah, pinggir pantai atau telok yang terlindung- Jenis-jenis ternakan berbeza mengikut kesesuaian air. Jenis perikanan air tawar ikan patin, tilapia, kap, kelah, kaloi dan udang galah. Marinkultur- ikan siakap, kerapu, ketam, tiram dan udang harimau.- Teknologi menggunakan kaedah moden seperti kolam buatan , ternakan dalam sangkar, benih-benih ikan kacukan atau dibiak secara khusus, makanan tambahan, rawatan air dan pengurusan sistematik seperti mengasingkan ikan mengikut saiz dan umur- Modal diusahakan oleh pihak swasta menggunakan modal yang besar. Contoh ternakan udang harimau di Rompin, Pahang untuk eksport. Tenakan individu menggunakan modal yang sedikit diternak oleh nelayan tempatan di pinggir pantai atau muara sungai modal disalurkan oleh kerajaan secara pinjaman atau subsidi- Skala pengeluaran untuk pasaran didalam dan luar negara. Penternakan kecil-kecilan berorientasikan pasaran dalam negara seperti di Pasar tani dan pasar malam. Penternkan yang dijalankan oleh swasta dieksport ke luar negara seperti Singapura, Jepun, Taiwan dan Korea Selatan. Jenis ternakan yang dieksport ialah udang harimau, ikan siakap dan kerapu.

Markah 3 X 2 = 6 m

b. Sebab kegiatan akuakultur semakin penting di Malaysia

- Untuk menampung kekurangan bekalan sumber perikanan laut yang semakin terjejas stok perikanan laut terjejas akibat kepupusan sumbernya kerana aktiviti tangkapan berlebihan, kaedah tangkapan yang merosakkan habitat marin dan pencemaran laut. Sto perikanan terjejas akibat musim tengkujuh sedangkan permintaan dari pengguna terus meningkat.- Memenuhi keperluan pengguna atau perubahan citarasa pengguna yang lebih menggemari sumber akuakultur. Permintaan dari restoren dan hotel mewah terus meningkat kerana hasil akuakultur lebih enak, segar dan murah. Permintaan harian pengguna melalui pasar tani, pasar malam dan pasaraya terus meningkat.- Menyumbang kepada pendapatan eksport negara pelbagai hasil ternakan dieksport keluar negara udang harimau dieksport ke Singapura, Hong Kong dan Jepun dapat menambahkan aliran masuk wang asing ke Malaysia nilai mata wang yang lebih tinggi dapat menambah pendapatan negara Malaysia.- Meningkatkan pendapatan perkapita penduduk melalui peluang-peluang pekerjaan baru dan juga pertambahan pendapatan sampingan kepada nelayan pada musim tengkujuh kuasa beli penduduk lebih tinggi taraf hidup penduduk tempatan bertambah baik- Membantu memperkembangkan rantaian ekonomi yang berkaitan seperti pelancongan, perkhidmatan , pengangkutan dsb. Konsep riadah seperti pertandingan memancing di kolam ikan air tawar- Memperluaskan pasaran dalam negara pasar tani, pasar malam. Kebaikan kepada penternak, pemborong, peniaga dan pembeli- Meningkatkan teknologi dalam negara menerusi program penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi pembiak bakaan, pengawetan, pembungkusan dsb menghasilkan baka ikan dan udang yang bermutu, cepat membesar dan tahan serangan penyakit- Kawasan terbiar dimajukan sebagai kawasan ternakan ikan tebusguna kawasan paya , tasik, bekas lombong dan sawah padi. Terdapat 13,000 buah kolam ikan tawar di Tanjung Tualang, Puchong dan Semeling- Galakan kerajaan bantuan kewangan dan subsidi melalui LKIM menggali kolam RM 5000 per hektar dan memberi baka ikan percuma

Markah 5 X 2 = 10 m

c. Usaha memajukan sektor perikanan di Malaysia

- Menyediakan dan memperbaiki kemudahan fizikal seperti kemudahan di pelabuhan untuk pendaratan ikan, memperdalamkan muara sungai dan kemudahan pendingin beku- Menambah keupayaan modal kepada nelayan menerusi kemudahan kredit, bantuan dan subsidi- Memberi khidmat nasihat, latihan dan bimbingan untuk meneroka perikanan laut dalam- Mempertingkatkan teknologi perikanan melalui usaha R&D penggunaan tukun tiruan, radar untuk mengesan ikan , alat tangkapan yang moden, teknologi pengawetan, pembungkusan dll- Memperbaiki system pemasaran supaya tidak dibolot oleh orang tengah mengadakan koperasi nelayan, menubuhkan LKIM, penyelarasan harga ikan dll- Menggalakkan pengusaha hasilan melalui ternakan akuakultur sama ada di kawasan air tawar atau air payau