Kepentingan Alat Muzik Di Prasekolah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kepentingan alat muzik kepada prasekolah

Citation preview

PowerPoint Presentation

Kepentingan Muzik Di PrasekolahAzizul KhuzairiNor Az ZahraaSiti RoslinehAniq HilmanMasronniekaKepelbagaian jenis muzik berguna untuk masa depan bayi kerana ia memupuk kemahiran menulis, membaca dan perbahasan.

-Dr. Lihanna Borhan-1Muzik mempunyai banyak potensi dan skop untuk mempengaruhi kelakuan dan pemikiran kanak-kanak sama ada secara positif atau negatif.

Oleh itu, kita boleh menggunakan muzik secara positif untuk beberapa keperluan kebangsaan semasa seperti menanamkan rasa taat setia dan cinta akan nusa dan bangsa serta meningkatkan lagi perpaduan negara.

:: Kepentingan Alat Muzik di Prasekolah ::

2Muzik juga boleh digunakan untuk membantu pengajaran mata-mata pelajaran yang lain di Malaysia, khasnya pada peringkat prasekolah.

Lagu The Alphabet Song boleh digunakan oleh guru Bahasa Inggeris.

Muzik juga boleh digunakan dalam konteks Pendidikan Jasmani dalam aktiviti-aktiviti seperti gimrama, aerobik, dan tarian-tarian rakyat.3

:: Kepentingan Alat Muzik di Prasekolah ::

4Keseronokan adalah kunci kepada apa jua proses pembelajaran.

Proses pengajaran dan pembelajaran yang hanya berpusatkan kepada pengajaran guru amat membosankan murid terutamanya kanak-kanak yang tidak boleh mengekalkan perhatian dan fokus mereka pada tempoh masa yang panjang.5

:: Kepentingan Alat Muzik di Prasekolah ::Keseronokan

Kepelbagaian bunyi ini mendorong otak kanak-kanak untuk mentaksirkan maksud yang dibawa oleh bunyi tersebut seterusnya menajamkan deria mereka. Keupayaan membezakan bunyi ini juga dapat meningkatkan penyampaian bunyi visual mereka. Kanak-kanak akan peka dan bijak memilih bunyi yang sesuai untuk mewakili sesuatu gambaran visual yang ingin disampaikan.6

:: Kepentingan Alat Muzik di Prasekolah ::Kecerdasan Deria

Kanak-kanak menjelajahi dan mencuba semua alat termasuk alat muzik untuk menghasilkan bunyi. Kanak-kanak bergerak balas terhadap alat muzik dan mereka suka membuat percubaan dengan pelbagai nada bunyi daripada kayu, drum, simbal, loceng, dan pelbagai alat lain. Kanak-kanak mengambil kesempatan untuk mengeksplorasi kreativiti mereka dengan memainkan alat muzik dengan pelbagai cara yang menarik. 7

:: Kepentingan Alat Muzik di Prasekolah ::Kreativiti

Kepekaan terhadap setiap bunyi yang dibunyi menggunakan alat muzik amat tinggi terutamanya kanak-kanak yang mempelajari muzik.

Dengan kepekaan ini, mereka dapat memainkan alat muzik dengan pic yang betul dan dapat mengesan jika berlaku sebarang kesalahan dalam permainan alat muzik.8

:: Kepentingan Alat Muzik di Prasekolah ::Meningkatkan Keupayaan Otak

Boleh memahami dan mengintepretasi maklumat baru dengan lebih baik dan cepat.Muzik merupakan sesuatu kesenian yang abstrak dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Ia hanya boleh diterjemahkan melalui notasi di atas baluk.Muzik memerlukan imaginasi dalam otak untuk memahami buah idea yang ingin disampaikan dalam sesebuah karya muzik9

:: Kepentingan Alat Muzik di Prasekolah ::Perkembangan Mental

Muzik dapat membantu murid membina keyakinan diri dan mengenali cita rasa sendiri.

Bakat kanak-kanak dapat dicungkil dengan permainan alat muzik yang pelbagai seperti kayu tik tok,tamborin, kerincing, drum, kastenet, maracas, dan sebagainya.10

:: Kepentingan Alat Muzik di Prasekolah ::Menyampaikan Idea dan Ekspres Diri

Kanak-kanak yang mempelajari muzik mempunyai kecerdasan emosi yang lebih tinggi. Mereka mempunyai kesabaran yang lebih tinggi kerana memerlukan masa yang lebih lama untuk menjalankan latihan dengan skor lagu yang berbeza-beza. Perkembangan afektif mereka dari segi nilai estetika juga dapat dimajukan. Hal ini dapat menerapkan sikap dan nilai positif dalam kalangan kanak-kanak apabila bermain alat muzik. 11

:: Kepentingan Alat Muzik di Prasekolah ::Kecerdasan Emosi

Kebiasaan mereka dalam memberi perhatian dan menumpukan fokus yang lebih dalam pembelajaran skor lagu dalam memainkan alat muzik.

Dengan kefokusan ini, mereka senang dalam proses pembelajaran dan boleh mengingatkan sesuatu ilmu dan kemahiran dengan cepat dan berkekalan lebih lama.12

:: Kepentingan Alat Muzik di Prasekolah ::Lebih Fokus dan Meningkatkan Memori

Meningkatkan perkembangan psikomotor kanak-kanak melalui pergerakan bertempo yang dilakukan oleh kanak-kanak. Contohnya, perkembangan motor halus dapat dilaksanakan apabila menggoncang marakas dan tamborin, mengetuk kerincing, dan sebagainya. Motor kasar dapat dikembangkan semasa memegang alat muzik seperti kerincing dan maracas. Koordinasi antara mata dengan tangan dapat dipertingkatkan. Kanak-kanak mempunyai kebolehan dalam pengawalan permainan alat muzik. Mereka menggunakan tangan berpandukan mata ketepatan dalam penempatan, arah dan kesedaran ruang. 13

:: Kepentingan Alat Muzik di Prasekolah ::Perkembangan Psikomotor

SekianTerima Kasih