Kepentingan Seni Dalam Pendidikan Di Sekolah Rendah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sdp

Citation preview

Kepentingan Seni Dalam Pendidikan di sekolah rendah

1) Aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan mendorong kanak kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai disokong oleh Howard Gardner yang menyatakan bahawa setiap individu dikurniakan dengan potensi yang berbeza dalam fitrahnya. Setiap potensi yang ada boleh diukur dengan darjah kecerdasan. Menurut Howard Gardner, kecerdasan tersebut ialah:

a) Kecerdasan linguistik merangkumi kecerdasan membaca, menggunakan perbendaharaan kata,tulisan kreatif,puisi,perbahasan,berjenaka dan bercerita.b) Kecerdasan logikal-matematikal merangkumi kecerdasan mengira dengan nombor serta menyelesaikan masalah matematik mudah dan kompleks, menaakul dan memikir secara kritis untuk membuat keputusan serta menyelesaikan masalah.c) Kecardasan visual-spatial merujuk kepada kecerdasan menepati ruang, melukis, membentuk corak, mewarna, mencipta gambaran mental serta mengamati dunia visual.d) Kecerdasan muzik merangkumi kecerdasan mengenal pasti bunyi vokal, bunyian alam sekitar dan menyanyi serta mencipta lagu, kepekaan terhadap ritma dan melodi muzik.e) Kecerdasan tubuh kinestetik ialah kecerdasan gerak badan, gimnastik, kawalan tubuh badan, kawalan anggota, sukan, permainan dan mereka-cipta gaya menari.f) Kecerdasan interpersonal merupakan kecerdasan interaksi sosial termasuk semangat bekerjasama, kepandaian memimpin serta berkomunikasi dengan berkesan.g) Kecerdasan intrapersonal ialah ilmu pengetahuan dan kefahaman seseorang terhadap agama,refleksi pemikiran kendiri, dan mendisiplinkan diri serta kesedaran terhadap perasaan diri.

Dengan adanya Seni Dalam Pendidikan, murid murid dapat membentuk imaginasi yang berkesan dalam menghasilkan pengetahuan baru. Berdasarkan rangsangan yang diberikan murid murid dapat berfikir secara kreatif dan kritis sebagaimana yang dinyatakan dalam kecerdasan logikal matematikal.

2) Melalui aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan kanak kanak dapat melibatkan diri dalam pembelajaran secara aktif dan menyeronokan Teori Konstruktivisme ada menyatakan bahawa pelajar membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan dirinya secara aktif dalam sesuatu pembelajaran dan bukan menerimanya secara pasif. Mereka berusaha untuk mencapai kefahaman terhadap maklumat baru dengan menggunakan cara membandingkan maklumat baru dengan pengalaman yang sedia ada supaya dapat meyelesaikan sebarang perselisihan yang timbul.Organ deria memainkan peranan yang penting dalam memperolehi pengalaman dan ilmu pengetahuan yang terdapat di sekeliling. Organ organ deria akan bertindakbalas dengan rangsangan rangsangan yang sesuai daripada persekitaran, kemudian di proses dalam otak untuk menjadi pengalaman atau ilmu pengetahuan yang bermakna seterusnya diamalkan dalam suatu situasi yang sesuai. Jadi, berdasarkan teori ini guru memainkan peranan penting bagi membolehkan pelajar membina pengalaman baru dengan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokan seterusnya pelajar boleh bertindak secara aktif. Misalnya, bagi matapelajaran Bahasa Inggeris guru boleh meningkatkan minat pelajar terhadap matapelajaran tersebut dengan memperdengarkan kepada pelajar beberapa buah lagu Inggeris. Pelajar diminta bersama sama menyanyikan lagu tersebut.Setelah selesai, pelajar dikehendaki mencatat dan menyebut beberapa perkataan yang baru didengar. Jadi di sini, ia dapat menambahkan perbendaharaan kata pelajar tersebut sekaligus mereka mendapat pengetahuan baru. Menurut teori ini lagi, pembelajaran hanya boleh bermula apabila wujudnya tindakbalas terhadap sesuatu rangsangan yang ada. Dengan adanya Seni Visual, Muzik dan Pergerakan ia boleh dijadikan sebagai rangsangan kepada pelajar. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi yang dapat mendorongnya berusaha memikirkan erti rangsangan tersebut.

3) Membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan melalui integrasi Seni Visual, Muzik dan Pergerakan Di sokong oleh Hermann yang menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu. Dengan adanya Seni DalamPendidikan, ia dapat mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan. Ini kerana, dalam Seni Dalam Pendidikan terdapatnya integrasi antara seni visual ,muzik dan pergerakan. Otak kiri dan otak kanan masing masing mempunyai peranan yang tertentu. Menurut Roger Sperry (1981), otak kiri mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa logik, analitis, urutan atau susunan, bahasa, fakta, matematik dan ingatan. Manakala otak kanan mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa kreatif, sintesis, warna, reka bentuk seperti corak, pola, ruang, lukisan, gambar, di samping perasaan, irama, muzik dan imaginasi.

Kalau sebelum ini sistem pendidikan dilihat banyak memberi penekanan perkembangan otak kiri iaitu membaca, menulis, mengira, menganalisis dan menaakul tetapi adanya Seni Dalam Pendidikan, ia dapat membantu mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan melalui integrasi seni visual, muzik dan pergerakan. Ini kerana, aktiviti aktiviti tersebut dapat memberi peluang kepada otak kanan untuk berfikir secara kreatif tentang apa yang dilihat dan disaksikan.

4) Aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan memudahkan proses menghubungkaitkan semua benda alam. Dengan demikian, aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan membantu mengaktifkan pembelajaran dan pemindahan pembelajaran Kebolehan mengaplikasikan kemahiran yang diperolehi dalam Seni Dalam Pendidikan boleh memudahkan proses menghubugkaitkan semua benda alam. Penggunaan seni visual sebagai Alat Bantu Mengajar dalam p&p boleh membantu mengaktifkan pembelajaran dan memudahkan pemindahan pembelajaran. Ini kerana, kanak kanak memang suka kepada sesuatu yang bergambar, berwarna ( seni visual ), berbunyi dan berirama (muzik) serta aktiviti yang melibatkan pergerakan. Hal ini di sokong oleh tokoh dalam Teori Konstruktivisme yang menyatakan bahawa kanak kanak melibatkan diri dalam pembelajaran secara aktif dan bukannya secara pasif.