Upload
others
View
0
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PENGENALAN
Kesatuan Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir Rendah (Pendidikan) Semenanjung Malaysia atau KEPTAN Semenanjung Malaysia telah didaftarkan dengan Jabatan Hal Ehwal Sekerja (JHEKS) pada tahun 1994. Kesatuan ini mempunyai 77 buah cawangan dan mempunyai hampir 15 ribu ahli yang terdiri daripada Ketua Pembantu Tadbir (KPT) / Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) dan Kewangan dan Pembantu Tadbir Rendah (PTR) lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) gred N/W26, 22,17 dan N11. Kesatuan Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir Rendah (Pendidikan) Semenanjung Malaysia adalah salah sebuah kesatuan gabungan CUEPACS.
OBJEKTIF
Untuk memastikan teras perjuangan dan kebajikan ahli Kesatuan Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir Rendah (Pendidikan) Semenanjung Malaysia berjaya dilaksanakan secara berterusan dan sentiasa ada penambahbaikan bagi memantapkan kebajikan ahli (Pembantu Tadbir) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan sebagai Anggota Kumpulan Pelaksana dalam menjayakan visi, misi, objektif serta memberi sokongan padu secara langsung dan tidak langsung terhadap Pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) serta Tranformasi Pembangunan Pendidikan selaras dengan perkembangan semasa.
1 | Kertas Cadangan Penetapan Norma Perjawatan Pembantu Tadbir Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
KESIMPULAN
Pembantu Tadbir yang bertugas di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai bilangan yang paling lebih kurang 31,032 orang bagi membantu pihak pengurusan melaksanakan tanggungjawab kepada guru hampir 500 ribu orang dan pelajar berjumlah jutaan orang setahun terutamanya Pembantu Tadbir yang bertugas di 10,000 buah sekolah di seluruh negara yang terlibat secara langsung membantu guru-guru bagi memantapkan pelajaran & pembelajaran. Tanggungjawab ini juga melibatkan Anggota Kumpulan Pelaksana yang bertugas di Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah seluruh Semenanjung Malaysia.
PENUTUP
Akhir sekali, harapan Kesatuan Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir Rendah (Pendidikan) Semenanjung Malaysia agar pihak Kementerian Pendidikan Malaysia akan dapat mempertimbangkan Kertas Cadangan Penetapan Norma Perjawatan Pembantu Tadbir, Kertas Cadangan Elaun Tanggungjawab Untuk Ketua Pembantu Tadbir Gred N22 / W22 dan Gred N26 / W26 dan Kertas Cadangan Tempoh Perkhidmatan Lalu Diambil Kira Dalam Perkhidmatan Pembantu Tadbir Gred N17 Untuk Tujuan Kenaikan Pangkat Gred N22 / N26 bagi Kes Penjumudan Jawatan Pembantu Tadbir Gred N11 dan Pembantu Tadbir Rendah N11/N14 Yang Telah Dilantik Jawatan Pembantu Tadbir N17 melalui Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ( KPSL ).
2 | Kertas Cadangan Penetapan Norma Perjawatan Pembantu Tadbir Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
KERTAS CADANGAN PENETAPAN NORMA PERJAWATAN PEMBANTU TADBIR DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA
TUJUAN
1. Kertas cadangan ini dikemukakan bagi tujuan untuk mendapatkan
pertimbangan serta persetujuan yang sewajar daripada pihak Bahagian
Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pendidikan Malaysia dan Pihak
Kerajaan supaya Penetapan Norma Perjawatan Pembantu Tadbir di Bahagian-
bahagian Kementerian Pendidikan, Unit-unit Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat
Pendidikan Daerah dan sekolah-sekolah dapat laksanakan dengan lebih teratur.
OBJEKTIF
2. Mengharap setiap resolusi Kesatuan Pembantu Tadbir kepada
Kementerian Pendidikan Malaysia yang mengandungi isu-isu berkaitan
perjawatan dan perkhidmatan untuk kebajikan ahli mendapat sokongan padu
seperti mana kajian norma perjawatan baru Anggota Kumpulan Pelaksana yang
mendapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam mulai 1.1.2009.
3 | Kertas Cadangan Penetapan Norma Perjawatan Pembantu Tadbir Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
3. Resolusi ini juga adalah kesinambungan permohonan dan isu yang
pernah dibangkitkan oleh Kesatuan Pembantu Tadbir, antaranya melalui
perbincangan dengan YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin,
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia dengan
Kesatuan Perkhidmatan Bukan Guru di bawah Kementerian Pendidikan
Malaysia bertarikh 09/11/2011 dan Mesyuarat Bersama Kesatuan (MBK) dengan
Kementerian Pendidikan Malaysia dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.
4. Kekangan penambahan jawatan juga berdasarkan keputusan Mesyuarat
Jemaah Menteri bertarikh 26 Mac 2010 dalam usaha mengawal perbelanjaan
Kerajaan di mana semua pewujudan jawatan baru dalam perkhidmatan awam
dibekukan (merujuk kepada maklum balas Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan
Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 1 Tahun 2013).
MEMORANDUM DAN RESOLUSI
5. Kesatuan Pembantu Tadbir Semenanjung Malaysia akan terus berusaha
dan memberikan sokongan padu dalam memperjuangkan kebajikan ahli melalui
resolusi berikut:-
4 | Kertas Cadangan Penetapan Norma Perjawatan Pembantu Tadbir Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
5.1 Memohon Kementerian Pendidikan Malaysia menambah jawatan
Pembantu Tadbir Gred N22/W22 dan N26/W26 di Bahagian-bahagian
Kementerian Pendidikan Malaysia, Unit-unit Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat
Pendidikan Daerah dan sekolah-sekolah. Rasionalnya adalah selaras dengan
penambahbaikan kepada norma baru perjawatan yang diluluskan pada 1.1.2009
dan memerlukan penambahbaikan perjawatan berikutan pengstrukturan semula
Kementerian Pendidikan Malaysia / Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat
Pendidikan Daerah dan transformasi pendidikan iaitu berdasarkan perubahan
semasa yang memerlukan perkhidmatan awam yang relevan untuk menarik dan
mengekalkan modal insan terbaik dan menguasai kemahiran pelbagai
(multi-skilling) selaras peningkatan ekspektasi pelanggan dan merupakan
transformasi perkhidmatan yang diperlukan untuk menjayakan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia, NKRA Pendidikan merupakan agenda
pembangunan Negara yang termaktub di bawah Gagasan 1 Malaysia, Program
Transformasi Kerajaan, Model Baru Ekonomi, Rancangan Malaysia Ke 11 dan
inisiatif-inisiatif pembangunan yang lain, yang memerlukan sokongan padu
penjawat awam bagi mencapai matlamat Wawasan 2020 dan berstatus Negara
Maju serta berpendapatan tinggi.
5 | Kertas Cadangan Penetapan Norma Perjawatan Pembantu Tadbir Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
6. Kesatuan Pembantu Tadbir mencadangkan mohon dikaji semula
penetapan norma perjawatan anggota kumpulan pelaksana di institusi
pendidikan terutama di bawah naungan Kementerian Pendidikan Malaysia di
Sekolah SBP, Sekolah SBT, Sekolah Kluster, Sekolah Amanah, Kolej, SMK
PTJ ,SMK Harian dan SK. Ketika ini kebanyakan sekolah tersebut senarai
perjawatan Anggota Kumpulan Pelaksana yang tertinggi ialah Ketua Pembantu
Tadbir Gred N22 dan bagi sekolah yang muridnya melebihi 1351 ke atas sahaja
ditempatkan Ketua Pembantu Tadbir Gred N26. Kadar ini hendaklah dikaji
semula bukan dengan menurunkan kadar bilangan murid.
7. Kesatuan Pembantu Tadbir mencadangkan semua sekolah menengah
hendaklah ditempatkan dengan Gred N26 manakala semua sekolah rendah
ditempatkan dengan Gred N22 kecuali Sekolah Kurang Murid (SKM) sebagai
penyelia kepada staf gred terkebawah dari gred tersebut demi mengawal selia
tugasan anggota kumpulan pelaksana.
8. Selaras dengan penetapan gred Pengetua Sekolah Menengah DG52,
DG54 dan ada Pengetuanya Gred Jusa C sewajarnya penetapan Ketua
Pembantu Tadbir adalah gred N26 tidak sebagaimana sekarang hanya gred N22
malahan ada sekolah menengah yang tidak mempunyai Ketua Pembantu Tadbir
langsung.
6 | Kertas Cadangan Penetapan Norma Perjawatan Pembantu Tadbir Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
9. Bebanan tugas dan pelbagai tanggung jawab yang dipikul oleh Pembantu
Tadbir adalah sama sebagaimana yang dijalankan oleh Penolong Pegawai
Tadbir atau Pegawai Tadbir di jabatan-jabatan kerajaan yang lain yang mana
mereka bertanggung jawab dalam menguruskan hal-hal pentadbiran dan
kewangan sekolah. Dalam urusan pentadbiran, membantu Pengetua dan
melaksanakan tugas-tugas bermula dari pelantikan guru dan anggota kumpulan
pelaksana, pengesahan dalam jawatan, kemasukan keperjawatan berpencen,
kenaikan pangkat hinggalah kepada seseorang guru dan anggota kumpulan
pelaksana itu bersara dan yang terkini semua urusan berkaitan aplikasi secara
atas talian seperti e-operasi, e-spkb, e-perolehan, e-terimaan, e-keberadaan,
espkws, hrmis , SSO dan lain-lain lagi. Urusan kewangan pula bermula dari
Anggaran Belanja Mengurus, permohonan peruntukan tambahan, pembelian
dan perolehan sehingga pembayaran dilakukan kepada pembekal tertakluk
kepada Tatacara Pengurusan Kewangan yang berkuatkuasa.
10. Berkenaan urusan Aset Alih Kerajaan pula bermula dari penerimaan
barang,pendaftaran aset, penyimpanan, pengeluaran, pelupusan, kehilangan
dan hapuskira.
7 | Kertas Cadangan Penetapan Norma Perjawatan Pembantu Tadbir Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
11. NORMA PERJAWATAN SEDIA ADA YANG DIGUNA PAKAI
ENROLMEN
BIL.GURU
(MAK)
PT(P/O) PT
(Kew)
PTR PAP
JUM
N26 N22 N17 W17 N14 N11 N4 N1
< 60 15 1 1
61 - 150 29 1 1 1 3
151- 550 45 1 1 1 1 4
551 - 950 57 1 1 1 1 1 5
951 - 1350 73 1 2 1 1 1 1 7
1351 - 1750 175 1 2 1 1 1 1 1 8
> 1751 > 175 1 2 2 1 1 1 1 9
8 | Kertas Cadangan Penetapan Norma Perjawatan Pembantu Tadbir Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
12.CADANGAN NORMA BARU PERJAWATAN DI SEKOLAH SEKOLAH
SKM
SRH/SABK
/KHAS
SMH/SMKA/
KHAS/SABK
SBP SMT/V KLUSTER SBT
PPTN27/N32 1 1 1 1
PT N26 1 1 1 1 1
PT N22 1
PT N17/N22 1 2 2 2 2 2 2
PTKewW17/W22 1 1 1 1 1 1
PT Aset N17 1 1 1 1 1 1
13. Kesatuan Pembantu Tadbir juga mencadangkan agar Kementerian
Pendidikan Malaysia mengemukakan cadangan mengadakan perbincangan
dengan Jabatan Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
(SPP) bagi mana-mana kekosongan jawatan yang berlaku dalam Kementerian
Pendidikan Malaysia(close department),maka Kesatuan Pembantu Tadbir
amatlah berharap ditawarkan terus kepada Pembantu Tadbir tetap yang
berpengalaman dan berkemahiran sekiranya kelayakan diploma/ijazah serta
memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan hanya berdasarkan laporan nilaian
prestasi tahunan (LNPT)3 tahun dan laporan prestasi khas (LPK) ketua jabatan
tanpa temuduga sebagaimana kaedah pelantikan pegawai perkhidmatan
pendidikan.
9 | Kertas Cadangan Penetapan Norma Perjawatan Pembantu Tadbir Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
RASIONAL
14. Keahlian Kesatuan Pembantu Tadbir adalah terdiri dari PTR/PT/KPT Gred
N11/N14, N/17/W17, N22/W22 dan N26/W26 sebagai pegawai pelaksana yang
mempunyai pengalaman dan berkemahiran dalam melaksanakan urusan
kewangan dan akaun, pentadbiran am, perjawatan dan perkhidmatan di semua
institusi pendidikan serta berperanan membantu pihak pengurusan mencapai
objektif, visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia.
15. Berperanan penting membantu pihak pengurusan sekolah, membantu
guru dan anggota kumpulan pelaksana dalam mencapai objektif pelaksanaan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dan Transformasi
Pembangunan Pendidikan Malaysia.
16. Boleh ditempatkan dan bertugas di mana-mana institusi pendidikan di
bawah Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengisi jawatan kenaikan
pangkat secara hakiki.
10 | Kertas Cadangan Penetapan Norma Perjawatan Pembantu Tadbir Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
17. Kementerian Pendidikan Malaysia pernah menubuhkan jawatankuasa
kajian bebanan tugas guru dan norma baru perjawatan anggota kumpulan
pelaksana suatu ketika dahulu, maka sesuatu kajian berkaitan perjawatan patut
diadakan dengan kehadiran anggota kumpulan pelaksana supaya sebarang
penambahan jawatan dan jawatan kenaikan pangkat dapat dimohon atau
diwujudkan bagi mendapatkan kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam.
18. Berdasarkan perkembangan semasa pelaksanaan Standard Guru
Malaysia di mana penempatan pengetua dan guru besar berasaskan gred
sekolah maka norma perjawatan anggota kumpulan pelaksana tidak sesuai lagi
mengikut enrolmen pelajar berikutan bilangan enrolmen pelajar sentiasa
berubah turun naik apabila berlakunya pembukaan sekolah-sekolah baharu,
akibatnya akan berlaku kehilangan perjawatan berikutan kekurangan pelajar dan
sentiasa akan berlaku pertukaran Pembantu Tadbir semua gred N17/W17,
N22/W22 dan N26 bagi memenuhi pengisian perjawatan mengikut waran
perjawatan. Keadaan ini akan berlaku secara berterusan selagi pengisian
berasaskan enrolmen pelajar. Masalah ini hanya dapat diselesaikan dengan
meminda norma perjawatan berasaskan kategori Sekolah Menengah / Rendah.
11 | Kertas Cadangan Penetapan Norma Perjawatan Pembantu Tadbir Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
19. Kesimpulannya kita boleh melihat dan merasai perjuangan Kesatuan
Pembantu Tadbir apabila suatu ketika dulu Kesatuan Pembantu Tadbir telah
dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai ahli dalam jawatankuasa
kajian norma perjawatan baru anggota kumpulan pelaksana dan bebanan tugas
guru pada tahun 2005. Peluang baik ini telah digunakan dengan sebaik mungkin
oleh Kesatuan Pembantu Tadbir dengan meletakkan barisan pasukan yang
berpengalaman bagi menyediakan data yang betul dan tepat dan sukar ditolak
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam, maka
pada 1.1.2009 beribu jawatan tambahan gred N17, jawatan kenaikan pangkat
gred N22 dan gred N26 serta Pembantu Tadbir (Kew) lantikan Suruhanjaya
Perkhidmatan Pelajaran telah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan
disamping itu jawatan gred N11/N14 dijumudkan serta kenaikan pangkat secara
KUP bagi Gred N22 juga telah diluluskan. Jika dibandingkan sebelum itu bagi
sebuah sekolah menengah hanya layak 2 Pembantu Tadbir Gred N17/ 1
Pembantu Tadbir Rendah gred N11 dan 1 Ketua Pembantu Tadbir Gred N22
tetapi sekarang ada 3 Pembantu Tadbir Gred N17, 1 Pembantu Tadbir Kew dan 1
Ketua PembantuTadbir Gred N26 bagi setiap sekolah yang mempunyai
enrolmen pelajar 1351 dan sekolah berstatus Pusat Tanggung Jawab (PTJ). Ini
adalah satu kejayaan Kesatuan Pembantu Tadbir, maka kini setelah beberapa
tahun berlalu, perjuangan mesti diteruskan dan Kesatuan Pembantu Tadbir
mengambil peluang ini untuk memohon penambahbaikan dalam perjawatan
selaras dengan perkembangan semasa melalui pengstrukturan semula
12 | Kertas Cadangan Penetapan Norma Perjawatan Pembantu Tadbir Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
bahagian-bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia / Jabatan Pendidikan
Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah selaras dengan peningkatan gred jawatan
pengetua / guru besar di sekolah-sekolah. Kekurangan perjawatan gred
N26/W26 di bahagian-bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan
Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah juga telah menyekat laluan
kerjaya Pembantu Tadbir sekiranya pengisian jawatan mengikut kekosongan.
20. Di mana Kesatuan Pembantu Tadbir adalah ahli gabungan CUEPACS
sebagaimana kesatuan guru dan amatlah memahami bahawa di mana-mana
kementerian / jabatan agensi Kerajaan terdapat pegawai pelaksana jawatan
Pembantu Tadbir yang melaksanakan peranan, tanggungjawab dan tugasan
mengikut jabatan masing-masing dengan bilangan yang terhad tetapi amat
berbeza dengan Pembantu Tadbir yang bertugas di bawah Kementerian
Pendidikan Malaysia mempunyai bilangan yang paling ramai lebih kurang
31,032 ribu orang bagi membantu pihak pengurusan melaksanakan
tanggungjawab kepada guru lebih 400 ribu orang dan pelajar berjumlah jutaan
orang setahun terutamanya PT yang bertugas di lebih 10,000 buah sekolah di
seluruh Negara yang terlibat secara langsung membantu guru-guru bagi
memantapkan pengajaran dan pembelajaran.
13 | Kertas Cadangan Penetapan Norma Perjawatan Pembantu Tadbir Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
Maka sewajarnyalah pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (close department)
apabila menimbang dan melaksanakan sesuatu resolusi yang dikemukakan oleh
kesatuan guru hendaklah melibatkan dan mengambilkira bersama resolusi
Kesatuan Pembantu Tadbir, sebagai contohnya sekiranya guru siswazah telah
ditetapkan kenaikan pangkat dalam tempoh 8/8/6/3 kepada PPP
DG41/44/48/52/54 dan bukan siswazah 8/8/5 DG29/32/34/38 secara Time Based
Khas Untuk Penyandang (KUP) berdasarkan Standard Guru Malaysia maka
sewajarnyalah Pembantu Tadbir yang bertugas di bawah Kementerian
Pendidikan Malaysia mendapat peluang yang sama iaitu PT/KPT gred N/W17,22
dan 26 diberi peluang jawatan kenaikan pangkat secara Khas Untuk
Penyandang (KUP) kerana Pembantu Tadbir juga terlibat secara langsung
dengan PPPM dan Transformasi Pembangunan Pendidikan Malaysia (TPPM)
selagi bertugas dengan Kementerian Pendidikan Malaysia sehingga bersara.
14 | Kertas Cadangan Penetapan Norma Perjawatan Pembantu Tadbir Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
KESIMPULAN
21. Sehubungan dengan itu, Kesatuan Pembantu Tadbir amatlah
mengharapkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia yang sentiasa
memacu ke hadapan bagi memantapkan pendidikan Negara melalui PPPM dan
TPPM tidak melupakan atau meminggirkan bebanan tugas kumpulan pelaksana
terutamanya Pembantu Tadbir yang amat mengharapkan perubahan berlaku
kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan secara langsungnya akan melibatkan
Pembantu Tadbir sebagai membantu guru dan selaku kementerian tertutup
maka tiada pihak lain lagi yang akan memperjuangkan dan mengemukakan
sebarang cadangan penambahbaikan perjawatan dan perkhidmatan anggota
kumpulan pelaksana selain Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan
Perkhidmatan Awam sendiri yang boleh mempertimbangkan sebarang
cadangan atau resolusi dan hendaklah dilaksanakan secara bersama dalam
melibatkan penambahan anggota kumpulan pelaksana dan urusan kenaikan
pangkat.
Selaras dengan perkembangan semasa pihak CUEPACS mencadangkan
kajian semula skim perkhidmatan untuk penambahbaikan skim kepada semua
Pembantu Tadbir maka sewajarnya pihak Kementerian Pendidikan Malaysia
mengkaji semula dan mempertimbangkan resolusi Kesatuan Pembantu Tadbir
berkaitan penambahan norma perjawatan. 15 | Kertas Cadangan Penetapan Norma Perjawatan Pembantu Tadbir Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
Sekiranya kertas cadangan ini diterima maka pihak Kesatuan Pembantu Tadbir
amatlah berharap pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dapat menubuhkan
Jawatankuasa Kajian Penambahbaikan Norma Perjawatan Anggota Kumpulan
Pelaksana (AKP) di mana keanggotaannya termasuk wakil Kesatuan Pembantu
Tadbir seperti mana kajian norma perjawatan pada tahun 2005. Akhir sekali
kerjasama dan keperihatinan semua pihak yang terlibat dalam perkara ini
amatlah diharapkan dan dihargai.
SENARAI NAMA PENGUBAL KERTAS CADANGAN:
Che Saad bin Hashim,PCK (Cawangan Kubang Pasu)
Abas bin Mat Rasad,PJK (Cawangan Kuala Selangor)
Bahkary bin Yaakub,PKT (Cawangan Maran)
Zainal Abiden bin Md Zin (Cawangan Pontian)
Jameelah binti Hussien (Cawangan Klang)
Adnan bin Ahmad,PJK (Cawangan Larut Matang / Selama)
Rohani binti Mohamad Zain (Cawangan Gombak)
Zaleha binti Baharuddin (Cawangan Gombak)
Yaacob bin Othman (Cawangan Johor Baharu)
Ahmad Sabri bin Zakaria (Cawangan KPM Putrajaya)
Mohd Shaari bin Mohd Shariff (Cawangan Bentong)
Zakaria bin Sulong (Cawangan Gombak)
16 | Kertas Cadangan Penetapan Norma Perjawatan Pembantu Tadbir Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
17 | Kertas Cadangan Penetapan Norma Perjawatan Pembantu Tadbir Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia