Upload
phungdat
View
218
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
KEPUASAN BEKERJA GURU-GURU AGAMA: SATU KAJIAN DI
KALANGAN GURU AGAMA SEKITAR NEGERI JOHOR
SITI FATIMAH BINTI MOHD NOR
Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains
serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC 2004
ii
iii
DEDIKASI
Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan kehadrat Allah S.W.T.dengan kekuatan rahmat dan izinNya
terhasillah laporan PSM ini yang menemui titisan ayat terakhir.
Khas buat, Ayahanda & Bondaku tercinta
Mohd Nor Bin Mat & Che Esah Bt Che Waill Kesabaran dan ketabahanmu membesarkanku tanpa mengenal erti susah
Tiada kata-kata yang mampu mentafsir.... Mentafsir segala pengorbananmu
Hanya ucapan terima kasih yang mampu ku lafazkan.
Kekanda yang di sayangi, Kak long, Abang Z, Abang Yie, Abang, Kak Na, Kak Nah & Kak Yah
Kata-kata mu sumber inspirasiku
Adinda yang di kasihi, Hasmah, Khairiah, Nazira, Syahirah, Syakirah & Rusydi
Apa yang ada di hadapanmu haruslah direntangi.... Hidup mesti di teruskan...Semoga berjaya
Juga anak saudara yang sentiasa menghiburkan hatiku, Afifah, Adilah, Aida, Aqil, Fazlini, Faisal, Fatihah, Hafizah & Farhani
Engkaulah.permata dan pendorong semangat, semoga dapat menuruti jejak langkah kejayaan dunia dan akhirat....
Sahabat seperjuangan, Sumbangan kalian, jasa kalian & pengorbanan kalian...
Akan kuabadikan ....Bersama kita menegakkan Apa yang sebenarnya perlu kita tegakkan...
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Syukur al-Hamdulillah, dengan limpah kurnia serta hidayah-Nya akhirnya
dapat juga saya menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) ini bagi memenuhi
sebahagian daripada syarat untuk memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Serta
Pendidikan (Pengajian Islam).
Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
ikhlas dan terima kasih kepada Ustaz Abdul Aziz Daeng Malebik selaku penyelia
projek ini dan juga kepada semua pensyarah PPIPS di atas bimbingan dan tunjuk ajar
yang diberikan sepanjang tempoh meyiapkan Projek sarjana Muda ini.
Tidak ketinggalan juga kepada Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan
Pihak Universiti Teknologi Malaysia kerana memberi kelulusan kepada saya untuk
menjalankan projek ini. Tidak lupa juga kepada bonda dan ayah tercinta serta
sahabat-sahabat yang sentiasa memberi sokongan dan galakan kepada saya. Jutaan
terima kasih saya ucapkan. Begitu juga dengan pihak yang terlibat dengan (SPACE)
kerana memberikan kerjasama dalam mendapatkan maklumat tentang guru (SPACE)
bagi menyiapkan kajian ini.
Akhirnya, kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung didoakan semoga sumbangan ikhlas anda diberkati dan dirahmati Allah
S.W.T. di dunia dan akhirat.
v
ABSTRAK
Tujuan kajian ini dibuat untuk mengetahui kepuasan bekerja di kalangan
guru-guru agama di negeri Johor. Seramai 90 responden yang sedang mengikuti
program SPACE dalam kursus Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian
Islam) di Universiti Teknologi Malaysia telah menjawab soal selidik yang diedarkan.
Maklumat dan data dianalisis menggunakan perisian Statistical Process for The
Social Sciences Versi 11.0. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif dan ditafsir secara
kuantitatif. Hasil keputusan kajian menunjukkan bahawa responden berpandangan
positif terhadap profesion perguruan yang diceburi. Begitu juga keputusan terhadap
empat faktor yang mempengaruhi tahap kepuasan bekerja seperti faktor ganjaran,
beban tugas, rakan sekerja dan penyeliaan. Keputusan menunjukkan kepuasan
bekerja terhadap faktor ganjaran dan bebanan tugas berada pada tahap sederhana.
Manakala kepuasan bekerja responden terhadap faktor rakan sekerja dan penyeliaan
berada pada tahap yang tinggi. Dalam kajian ini tidak wujud perbezaan min skor
kepuasan bekerja yang signifikan di antara responden lelaki dan perempuan. Di akhir
kajian ini, dicadangkan beberapa cadangan yang sesuai bagi meningkatkan tahap
kepuasan bekerja di kalangan guru-guru.
vi
ABSTRACT
The purpose is to find about job satisfaction among teachers who is major in
Islamic subject in Johore. This research involved 90 respondents from SPACE
program, who were taking the course of Bachelor of Science and Education (Islamic
Education) in University Technology of Malaysia, Skudai. The data were analyzed
using software Statistical Process for Social Sciences Version 11.0. The way of this
research is descriptive with quantitative translation. The results shows that the
respondents are positive towards their profession as teacher. They are also positive
towards four factors of job satisfaction, which are reward, duty loads, colleagues and
supervisory. The rate of respondents’ job satisfaction about factor of reward and
teaching loads are in the middle level. While, the respondents’ satisfaction about
their colleagues and supervisory are at the high rate. There is no significant different
in min score of job satisfaction between male and female respondents. At the end of
this research, there are several recommendations have been brought forward to
increase the level of job satisfaction among teachers.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI LAMPIRAN xii
BAB I PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Hipotesis Kajian 8
1.7 Kepentingan Kajian 8
1.8 Batasan Kajian 9
viii
1.9 Definisi Konsep Dan Istilah 9
1.10 Penutup 12
BAB II SOROTAN PENULISAN 2.1 Pendahuluan 13
2.2 Definisi Kepuasan 15
2.3 Persepsi terhadap Kerjaya Dan Kaitannya Dengan
Kepuasan Bekerja 17
2.4 Kepentingan Kepuasan Bekerja 18
2.5 Teori Motivasi Dan Kaitannya Dengan Kepuasan Bekerja 21
2.5.1 Teori Hierarki Keperluan Maslow 21
2.5.2 Teori Dua Faktor Herzberg 23
2.6 Tahap Kepuasan Bekerja 24
2.7 Faktor-Faktor Penentuan Kepuasan Bekerja 26
2.7.1 Faktor Ganjaran 26
2.7.2 Faktor Peluang Kenaikan Pangkat 28
2.7.3 Faktor Bebanan Tugas 30
2.7.4 Faktor Penyeliaan 33
2.7.5 Faktor Rakan Sekerja 34
2.8 Penutup 35
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 36
3.2 Rekabentuk Kajian 37
3.3 Skop Kajian 37
3.4 Instrumen Kajian 38
3.5 Prosedur Kajian 40
ix
3.6 Jangkamasa Kajian 41
3.8 Analisis Data 42
3.9 Penutup 43
BAB IV ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN 4.1 Pendahuluan 40
4.2 Analisis Data 45
4.2.1 Bahagian Pertama 45
4.2.1.1 Taburan Maklumat Jantina Responden 45
4.2.1.2 Taburan Maklumat Sekolah Responden 46
4.2.1.3 Taburan Maklumat Umur Responden 47
4.2.1.4 Taburan Maklumat Ikhtisas Responden 47
4.2.1.5 Taburan Maklumat Tempoh 48
Berkhidmat Responden
4.2.2 Bahagian Kedua 49
4.2.2.1 Taburan Maklum Balas Persepsi 50
Responden Terhadap Kerjaya
4.2.2.2 Taburan Maklum Balas Responden 53
Terhadap Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi
Tahap Kepuasan Bekerja
4.2.2.3 Taburan Perbezaan Kepuasan Bekerja 68
Di kalangan Responden Berdasarkan Jantina
4.3 Penutup 73
x
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pendahuluan 74
5.2 Perbincangan
5.2.1 Maklumat Latar Belakang Responden 75
5.2.2 Persepsi Responden Terhadap Kerjaya mereka 76
5.2.3 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi 77
Tahap Kepuasan Bekerja Di kalangan Responden
5.2.3.1 Kepuasan Bekerja Dari segi Ganjaran 78
5.2.3.2 Kepuasan Bekerja Dari Segi 81
Bebanan Tugas
5.2.3.3 Kepuasan Bekerja Dari Segi 82
Rakan Sekerja
5.2.3.4 Kepuasan Bekerja Dari Segi Penyeliaan 84
5.3 Rumusan 85
5.4 Cadangan 87
5.4.1 Cadangan Kepada Pihak 87
Kementerian Pendidikan
5.4.2 Cadangan Kepada Pihak Pentadbir Sekolah 88
5.4.3 Cadangan Kepada Guru-Guru 89
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 90
SENARAN RUJUKAN 92
LAMPIRAN 95
xi
SENARAI JADUAL
NOMBOR TAJUK MUKA SURAT
3.1 Jadual Jangka Masa Kajian 41
3.2 Tafsiran Taburan Min 42
3.3 Pengkelasan Skala Likert 43
4.1 Maklumat Jantina Responden 45
4.2 Maklumat Sekolah Responden 46
4.3 Maklumat Umur Responden 47
4.4 Maklumat Ikhtisas Responden 47
4.5 Maklumat Tempoh Berkhidmat Responden 48
4.6 Persepsi Responden Terhadap Kerjaya Perguruan 50
4.7 Maklum Balas Responden Terhadap Faktor Ganjaran 53
4.8 Maklum Balas Responden Terhadap Faktor Beban tugas 59
4.9 Maklum Balas Responden Terhadap Faktor Rakan Sekerja 62
4.10 Maklum Balas Responden Terhadap Faktor Penyeliaan 65
4.11 Keputusan Analisis Ujian-T Tentang Perbezaan Kepuasan Bekerja
Di kalangan Responden Dari Segi Ganjaran 69
4.12 Keputusan Analisis Ujian-T Tentang Perbezaan Kepuasan Bekerja
Di kalangan Responden Dari Segi Bebanan Tugas 70
4.13 Keputusan Analisis Ujian-T Tentang Perbezaan Kepuasan Bekerja
Di kalangan Responden Dari Segi Rakan Sekerja 71
4.14 Keputusan Analisis Ujian-T Tentang Perbezaan Kepuasan Bekerja
Di kalangan Responden Dari Penyeliaan 72
xii
SENARAI LAMPIRAN
NOMBOR TAJUK MUKA SURAT
1. Soal selidik 95
2. Surat Kebenaran Universiti 100
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Hasrat pemimpin negara untuk menjadikan negara ini sebagai negara maju
menjelang tahun 2020 telah mewujudkan satu cabaran baru kepada sistem
pendidikan di Malaysia. Hasrat untuk melahirkan masyarakat saintifik, progresif dan
inovatif merupakan cabaran yang terkandung dalam wawasan 2020. Pembangunan
manusia melalui dasar, sistem dan kemudahan pendidikan yang baik merupakan
elemen-elemen yang kukuh bagi memenuhi hasrat wawasan negara. Lantaran itu
Malaysia perlukan komitmen dan inisiatif yang bersungguh-sungguh dan mantap
bagi menentukan pendidikan negara setanding dengan negara maju di dunia.
Guru merupakan golongan profesional yang melaksanakan tugas kearah
mencapai matlamat pendidikan. Pihak pentadbir sebagai perancang dan perencana
sentiasa mengharapkan supaya guru-guru sentiasa mempunyai komitmen dan cita-
cita yang unggul bagi membina masyarakat yang bertamadun tinggi, Anuar Ibrahim
1988 dalam Hamidi bin Jaafar (1997: 28). Bagi melaksanakan tugas tersebut, guru
perlulah mempunyai kecekapan dan kebolehan yang mantap.
. Sebagaimana yang diketahui manusia bukan mesin yang digerakkan
mengikut kemahuan orang yang mengoperasinya, manusia sebagai individu yang
kompleks dari segi psikologi. Ia mempunyai perasaan yang perlu dipuaskan sama
ada keperluan intrinsik atau keperluan ekstrinsik. Pakar-pakar psikologi manusia
juga sependapat dalam perkara ini. Setiap manusia adalah berbeza dari segi kedua-
dua keperluan ini kerana menurut Locke dalam kajian Hasmah Binti Din (1999: 30)
menyatakan, kepuasan kerja adalah tindak balas emosi individu secara langsung.
Sungguh pun terdapat kumpulan yang menyatakan kepuasan, tetapi sesetengah
individu dalam kumpulan tersebut tidak merasa kepuasan. Kepuasan kerja berkait
rapat dengan nilai seseorang individu sebagai seorang yang bebas, berpeluang dan
berperibadi dapat memenuhi kehendaknya serta mempunyai hak dalam kehidupan
manusia. Kepuasan bekerja di kalangan kaki tangan organisasi adalah dipengaruhi
oleh faktor-faktor motivasi yang ada dalam sesebuah organisasi itu. Faktor-faktor ini
akan mempengaruhi prestasi dan kepuasan kerja di kalangan individu dalam
organisasi yang mereka ceburi. Memang tidak dapat dinafikan, prestasi sesebuah
organisasi itu bergantung kepada tahap kepuasan bekerja kaki tangannya
Oleh itu, setiap individu perlulah mempunyai tahap kepuasan kerja yang
optimum demi meningkatkan prestasi kerja dan menghasilkan produktiviti yang
bermutu tinggi. Nor Azizah Mohd Salleh (1996: 87) menyatakan, dalam konteks
kerja atau tugas guru, kepuasan kerja guru merupakan reaksi yang menunjukkan rasa
kesenangan dan keseronokan apabila memperolehi keperluan-keperluan yang
diingini dalam proses, konteks dan hasil kerja yang dilakukan. Perlaksanaan tugas
yang baik ditunjukkan oleh guru apabila mereka menerima ganjaran yang setimpal
serta keperluan tugas mereka dipenuhi. Guru akan mempamerkan reaksi kepuasan
yang tinggi dan sentiasa didorongi untuk mancapai mutu kerja yang baik apabila
keperluan konteks dan keperluan proses dipenuhi. Sebaliknya mereka menyatakan
ketidakpuasan kerja atau rasa kurang senang apabila keperluan konteks tidak dapat
dipenuhi. Menurut Khaleque dalam Noran & Mahdzan (1990:57), keperluan konteks
dalam kerjaya perguruan merangkumi perkara-perkara berkaitan gaji, keadaan fizikal
persekitaran tempat kerja, kelengkapan, perhubungan antara rakan sekerja serta
penyeliaan. Keperluan proses mencakupi perkara-perkara seperti pencapaian dalam
tugas, menerima pengiktirafan tugas, diberikan tanggungjawab dan memperolehi
kemajuan kerjaya. Keperluan-keperluan konteks dan proses dalam organisasi kerja,
sama ada dipenuhi atau sebaliknya akan mempengaruhi tahap kepuasan kerja dan
mutu hasil kerja yang dilakukan.
Kesimpulannya, jika seseorang pekerja tidak memperolehi kepuasan dari
kerja yang dilakukan, akan berlakunya pertukaran kerja dan penurunan prestasi kerja.
Bila keadaan ini berlaku, akibatnya produktiviti akan menurun dan seterusnya
memberi kesan negatif kepada organisasi dalam jangka masa tertentu. Dengan itu,
para guru perlu diberi jaminan kebajikan supaya mereka boleh bekerja dalam
keadaan tenang, gembira dan puas dalam kerjayanya. Ini bertepatanlah dengan
matlamat pendidikan untuk melahirkan dan membentuk insan yang sempurna dari
segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Oleh itu, peranan yang dimainkan
oleh kaum guru amatlah penting dalam usaha untuk membentuk dan mencorak
generasi akan datang sebagaimana yang dicita-citakan oleh negara.
1.2 Latar belakang masalah
Perubahan sudah menjadi fitrah alam. Ia sentiasa berlaku dan akan terus
berlaku. Sudah menjadi sesuatu naluri yang diterima umum bahawa manusia sentiasa
berkehendakkan sesuatu perubahan yang lebih menarik, mencabar dan dapat
memenuhi kehendak-kehendak semasa. Begitulah apa yang berlaku dalam bidang
keperluan asas keatas tamadun manusia khususnya bidang pendidikan. Perubahan
dalam bidang ini berlaku disebabkan perubahan persekitaran dan dasar organisasi
tersebut. Perubahan yang ketara yang dapat disaksikan ialah seperti yang berlaku
dalam bidang komunikasi. Dunia seolah-olah sudah tiada sempadan. Apa sahaja
perubahan yang berlaku dalam sesebuah negara dapat dirasai oleh negara lain.
Bahangnya sudah tentu dirasai oleh guru-guru yang menjadi agen perubahan yang
utama. Tanggungjawab dan peranan akan menjadi lebih meluas, mencabar dan
memerlukan pengorbanan yang jitu khususnya bagi guru-guru agama. Menurut
pandangan (Ahmad Mohd Salleh, 1997: 81), kejayaan dan keberkesanan pendidikan
adalah berhubung rapat dengan kesedaran para guru terhadap tanggungjawabnya,
kelengkapan ilmunya dan keluhuran peribadinya. Agen untuk membantu dalam
menjadikan pendidikan itu berkesan sebagaimana yang dikehendaki tidak lain tidak
bukan adalah guru. Walau sebaik mana sekalipun sistem pendidikan, maksud yang
disampaikan tidak berjaya mencapai matlamat atau objektif yang digariskan,
sekiranya agen tersebut tidak menyampaikan pengajarannya secara efektif.
Berpandukan kepada fenomena tersebut, pihak yang terlibat secara langsung
dalam bidang pendidikan perlu meneliti, memahami dan cuba untuk memenuhi
sebaik mungkin keperluan guru-guru. Usaha ini cukup penting dan menjadi asas
utama kearah melahirkan seorang guru yang betul-betul beriltizam dan berpuas hati
dengan kerjanya. Sebagai manusia, segala keperluan asas menjadi penggerak utama
untuk bekerja sebaik mungkin. Sekiranya keperluan tersebut tidak dipenuhi sudah
pasti mempengaruhi keadaan kepuasan kerja. Kepuasan kerja biasanya melahirkan
individu yang berdedikasi, bermotivasi dan bertanggungjawab. Sebagaimana yang
diketahui, kerumitan dan kesulitan kerjaya dalam bidang pendidikan diakui ramai
kerana sesebuah institusi formal itu mempunyai matlamatnya tersendiri yang.perlu
dicapai.
Secara amnya Sufean Hussin (1993: 64), menyenaraikan beberapa tugas
utama guru iaitu sebagai agen pemangkin dalam perkembangan pelajaran, fasilitator,
pembimbing dan model, pengurus dan pengatur keadaan yang sesuai untuk
pengajaran dan pembelajaran dan pembuat keputusan dalam penggunaan peluang -
peluang yang ada untuk kebajikan pelajar. Tambahan pula bagi guru-guru agama,
peranannya sangat besar terutama dalam usaha untuk mendidik mengikut syariat dan
berakhlak sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Secara umum, guru
pendidikan Islam berperanan dan bertanggungjawab dalam aspek pendidikan,
pengajaran dan pembelajaran, pembangunan akhlak, peningkatan mutu pendidikan
serta menanamkan keimanan.
Di samping beban tugas guru agama yang mencakupi segala aspek dan
mencabar, guru agama juga sentiasa terdedah kepada perubahan yang berlaku
menurut kehendak kementerian pendidikan ekoran daripada perubahan drastik dalam
bidang pendidikan dunia. Beban kerja yang banyak merupakan unsur utama yang
menyebabkan ketidak puasan kerja menurut Berg & Riding dalam Mohd Yusoff Bin
Dagang (2002: 32) . Selain penambahan tugasan dan perubahan dasar, guru-guru
juga terdedah dengan pelbagai bentuk perubahan sosial yang berlaku dalam
persekitaran pelajar. Perubahan tersebut menyebabkan masyarakat mula menuding
jari kepada guru-guru agama. Pelbagai andaian telah dilemparkan kepada mereka
terhadap peranan yang mereka berikan sebelum ini. Keadaan ini seolah-olah
masyarakat tidak menghargai pengorbanan yang telah dicurahkan oleh guru-guru
agama. Dengan ini sedikit sebanyak telah memberi kesan terhadap kepuasan kerja di
kalangan guru-guru agama.
Antara lain, tanggapan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa
pendidikan Islam tidak memainkan peranan penting dalam menentukan masa depan
pelajaran berbanding dengan mata pelajaran lain yang mempunyai nilai ekonomi.
Dengan ini penumpuan pelajar terhadap pendidikan Islam tidak dapat dijayakan
sepenuhnya. Di samping itu, tanggapan guru-guru lain bahawa pendidikan Islam
adalah berstatus rendah (Low class subject) dan tidak mempunyai nilai ekonomi
menyebabkan guru-guru agama tertekan dan rendah diri, sedangkan faktor
penghormatan rakan sekerja terhadap tugas mempunyai kaitan yang signifikan
dengan kepuasan kerja (Sylia dan Hutchinsin) dalam Hasmah bt. Din (1999: 89).
Natijah daripada pelbagai situasi tersebut, menjadikan profesion ini semakin
mencabar dan mendedahkan guru-guru agama kepada pelbagai tekanan dan akhirnya
mereka tidak mendapat kepuasan bekerja. Sebagai jalan keluar kebanyakan mereka
bekerja dalam kadar yang minima dan ada sebahagiannya yang tidak masuk kelas
dan sentiasa mencari peluang untuk tidak memberikan perkhidmatan yang
sepatutnya.
Jika dilihat secara kasar, pihak kerajaan dan swasta telah menyediakan
pelbagai kemudahan dan keistimewaan kepada pekerjanya, tetapi masih terdapat
pekerja-pekerjanya meletakkan jawatan sebelum usianya mencukupi untuk bersara.
Mereka lebih suka berpindah ke sektor lain daripada sektor asal. Mengapakah
keadaan seumpama ini boleh berlaku? Umumnya, kepuasan kerja amat sukar
dijelaskan dengan tepat dalam semua bidang pekerjaan kerana ia mempunyai
pengertian yang subjektif.
Sebagaimana sedia maklum bahawa kaum guru merupakan agen perubahan
yang melaksanakan dasar kerajaan yang dilihat sebagai penggerak segala tuntutan
pembangunan fizikal mahupun kerohanian. Oleh itu sebagai agen atau pemangkin
kemajuan, sepatutnya golongan ini diberi perhatian yang sewajarnya. Tahap
kepuasan kerja amat ketara bezanya di antara individu disebabkan faktor pemuasan
yang berbeza. Oleh itu, kepuasan kerja amat sukar dijelaskan dengan tepat dalam
semua bidang pekerjaan kerana ia mempunyai pengertian yang subjektif. Melalui
kajian ini, pengkaji ingin meninjau tahap kepuasan kerja guru-guru agama dengan
menilai dari beberapa faktor. Menurut Robbin dalam Nor Azizah Md. Salleh (1996:
21) kepuasan bekerja sebagai sikap umum individu terhadap kerja. Individu yang
mempunyai kepuasan kerja yang tinggi mempunyai sikap yang positif terhadap
kerjanya. Manakala individu yang tidak berpuas hati terhadap kerjayanya akan
menunjukkan sikap negatif terhadap tugasnya.
1.3 Pernyataan masalah
Individu mendapat kepuasan dengan cara yang berbeza-beza. Tidak
dinafikan apabila perubahan dan penstrukturan baru berlaku, beban tugas guru
semakin bertambah sedangkan kadangkala imbuhannya masih statik, maka tekanan
kerja berlaku dan ini menjurus kepada perubahan sikap. Faktor ini pasti
mempengaruhi kepuasan kerja dan akhirnya mendorong kepada permasalahan besar
seperti guru tidak berminat, tidak bermotivasi, tindakan guru bersara awal, stress,
guru tidak masuk kelas, guru curi masa, guru kurang bertanggungjawab dan
sebagainya.
Berdasarkan permasalahan di atas, pengkaji ingin mengkaji sejauhmanakah
faktor-faktor yang sering dibincangkan seperti, minat atau tanggapan, ganjaran,
beban tugas rakan sekerja dan penyeliaan mempengaruhi tahap kepuasan bekerja di
kalangan guru-guru agama. Di samping itu apakah terdapat perbezaan dari faktor
demografi seperti jantina terhadap tahap kepuasan bekerja responden. Melalui
penelitian masalah asas ini, diharap dapat diketahui apakah faktor-faktor yang
terpilih itu mempengaruhi kepuasan kerja di kalangan guru-guru agama pada masa
kini. Dengan ini, diharap dapat memberi manfaat kepada semua guru khususnya
guru-guru agama.
1.4 Objektif kajian
Dalam menjalankan kajian ini terdapat beberapa objektif yang ingin
dicapai oleh penulis iaitu:
1.4.1 Untuk mengetahui persepsi guru-guru agama terhadap kerjaya mereka. 1.4.2 Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kepuasan bekerja di
kalangan guru-guru agama.
1.4.3 Mengetahui sama ada terdapat perbezaan kepuasan bekerja di kalangan guru-
guru agama berdasarkan jantina. 1.5 Persoalan kajian Persoalan kajian adalah merujuk kepada manifestasi objektif yang telah
dinyatakan. Persoalan kajian adalah seperti berikut: 1.5.1 Apakah persepsi guru-guru agama terhadap kerjaya mereka? 1.5.2 Apakah faktor-faktor seperti faktor ganjaran, bebanan tugas, rakan sekerja
dan penyeliaan mempengaruhi tahap kepuasan bekerja responden?
1.5.3 Adakah terdapat perbezaan kepuasan bekerja di kalangan guru-guru agama
berdasarkan jantina.