23
FAKTOR-FAKTOR KEMUSNAHAN DAN KEPUPUSAN Antaranya: Pencemaran Keadaan pencemaran yang teruk akan menyebabkan kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Faktor ini yang menyebabkan banyak hidupan akuatik semakin pupus. Hidupan seperti ikan lumba-luma dan paus pembunuh semakin pupus disebabkan pencemaran air terutamanya disebabkan oleh tumpahan minyak di laut dan kegiatan manusia yang suka mengotorkan laut. Beruang panda yang merupakan habitat yang istimewa yang hanya terdapat di negara China semakin pupus disebabkan pencemaran alam. Kepupusan pokok buluh juga menjadi penyebab kepada kepupusan hidupan ini kerana pokok buluh merupakan makanan utama habitat ini. Pembalakan Haram Pembalakan haram iaitu menebang spesis pokok yang dilindungi seperti Meranti dan Cengal. Membalak di kawasan perlindungan seperti di kawasan hutan simpan dan Taman Negara. Apabila kegiatan pembalakan dijalankan, ia juga memusnahkan spesis tumbuhan yang lain contohnya apabila pokok balak tumbang ia juga akan memusnahkan tumbuhan kecil yang berada di sekitar itu. Ia juga akan menyebabkan binatang-binatang yang hidup di kawasan itu lari dan mati. Seterusnya hakisan tanah juga akan berlaku. Pembakaran Hutan Pembakaran hutan secara terbuka seperti yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera telah menyebabkan spesis-spesis yang berada di kawasan tersebut musnah dan terancam. Pemburu Haram Pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan di Malaysia adalah merupakan satu faktor yang menjurus kepada kemusnahan habitat dan spesis haiwan ini. Pemburu haram ini bukan sahaja mengeksploitasikan binatang ini malahan mengaut keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini. Pemintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap bintang ini menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa. Harimau Malaya merupakan satu spesis yang semakin terancam kerana pemburuan terhadapnya semakin tinggi. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal sejumlah yang sedikit sahaja.

kepupusan haiwan

  • Upload
    meltec

  • View
    154

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

hkk

Citation preview

Page 1: kepupusan haiwan

FAKTOR-FAKTOR KEMUSNAHAN DAN KEPUPUSAN

Antaranya:

Pencemaran Keadaan pencemaran yang teruk akan menyebabkan kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Faktor ini yang menyebabkan banyak hidupan akuatik semakin pupus. 

 Hidupan seperti ikan lumba-luma dan paus pembunuh semakin pupus disebabkan pencemaran air terutamanya disebabkan oleh tumpahan minyak di laut dan kegiatan manusia yang suka mengotorkan laut. 

 Beruang panda yang merupakan habitat yang istimewa yang hanya terdapat di negara China semakin pupus disebabkan pencemaran alam. Kepupusan pokok buluh juga menjadi penyebab kepada kepupusan hidupan ini kerana pokok buluh merupakan makanan utama habitat ini. 

Pembalakan Haram Pembalakan haram iaitu menebang spesis pokok yang dilindungi seperti Meranti dan Cengal. 

 Membalak di kawasan perlindungan seperti di kawasan hutan simpan dan Taman Negara. 

 Apabila kegiatan pembalakan dijalankan, ia juga memusnahkan spesis tumbuhan yang lain contohnya apabila pokok balak tumbang ia juga akan memusnahkan tumbuhan kecil yang berada di sekitar itu. Ia juga akan menyebabkan binatang-binatang yang hidup di kawasan itu lari dan mati. Seterusnya hakisan tanah juga akan berlaku.

Pembakaran Hutan Pembakaran hutan secara terbuka seperti yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera telah menyebabkan spesis-spesis yang berada di kawasan tersebut musnah dan terancam.

Pemburu Haram Pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan di Malaysia adalah merupakan satu faktor yang menjurus kepada kemusnahan habitat dan spesis haiwan ini. 

 Pemburu haram ini bukan sahaja mengeksploitasikan binatang ini malahan mengaut keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini. 

 Pemintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap bintang ini menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa. 

 Harimau Malaya merupakan satu spesis yang semakin terancam kerana pemburuan terhadapnya semakin tinggi. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal sejumlah yang sedikit sahaja. 

Peningkatan Suhu Dunia Faktor peningkatan suhu dunia ini juga merupakan punca utama kepupusan flora dan fauna di Malaysia.

 Faktor perubahan iklim ini bukanlah perkara baru dalam kepupusan flora dan fauna ini dimana antara faktor kepupusan binatang prasejarah seperti ‘dinasaour’ adalah disebabkan perubahan cuaca dunia.

 Fenomena yang menyebabkan peningkatan suhu dunia yang mendadak ini

Page 2: kepupusan haiwan

menyebabkan sesetengah spesis haiwan dan tumbuh-tumbuhan terancam terutamanya haiwan dan tumbuhan yang tidak sesuai dengan cuaca panas. Faktor ini akan mnyebabkan kepupusan hidupan ini. 

LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU

Antaranya:

 Penanaman hutan semula, menghadkan atau menentukan kapasiti hasilan hutan.

 Mengiktirafkan lebih banyak kawasan hutan asli sebagai taman rekreasi, taman laut atau taman negara dengan keluasan yang mencukupi. 

 Akta Kualiti Alam Sekitar (EQA)1974 - Pembuangan sisa minyak ke laut didenda RM50,000.

 Mengetatkan akta dan tindakan undang-undang pembalakan khasnya untuk mencegah pembalakan haram.

 Pemeliharaan penyu di pusat Santuari Penyu Rantau Abang. 

 Menjalankan usaha penyelidikan oleh FRIM, Perhilitan dan Jabatan Alam Sekitar. Contohnya usaha-usaha pihak Perhilitan untuk mengkaji kepupusan Harimau Malaya.

 Penguatkuasaan Undang-undang oleh kerajaan 

 Peraduan menulis esei , puisi dan kempen-kempen (Cintailah Sungai kita )

Antara Haiwan Yang Telah Pupus

1. Syrian Wild Ass ( Pupus sejak 1927 )

Page 3: kepupusan haiwan

Syrian Wild Ass adalah subspesies kepada keluarga Equidae atau keluarga kuda. Syrian Wild Ass adalah spesies kuda yang paling kecil. Ia pernah berhabitat di sekitar Syria, Jordan dan Iraq. Keunikan Syrian Wild Ass adalah kemampuan kulitnya berubah warna mengikut musim. Sebagai contoh, kulit Syrian Wild Ass akan berubah warna kepada kuning keperangan pada musim panas dan berubah pula kepada warna kuning pucat pada musim panas. Spesies ini pernah mempunyai populasi yang besar sekitar abad ke-16 dan abad ke-17 namun akhir merudum menjelang abad ke-19. Haiwan ini diistiyharkan pupus pada 1927 apabila spesies terakhir ini mati di Zoo Vienna.

2. Javan Tiger ( Pupus sejak 1980-an )

Saiz Javan Tiger kecil berbanding saiz harimau lain yang terdapat di negara-negara Asia. Walaubagaimanapun, ia lebih besar berbanding Bali Tiger. Dipercayai, haiwan karnivor ini pupus sejak 1980-an kerana pencerobohan habitatnya di hutan kepulauan Jawa. Javan Tiger telah dilihat kali terakhir pada 1976 dan selepas itu tiada lagi laporan pertembungan dengan haiwan ini.

3. Tarpan ( Pupus sejak 1919 )

Page 4: kepupusan haiwan

Tarpan juga dikenali Eurasian Wild House. Ia adalah subspesies kepada kuda liar yang pernah berhabitat di sekitar selatan Perancis, timur Sepanyol sehingga merentasi tengah Russia. Populasi Tarpan mula merudum sekitar 1870an akibat pemburuan dan pemusnahan habitatnya. Penampakan terakhir Tarpan adalah pada 1909 hasil usaha kerajaan Poland untuk menyelamatkan spesies kuda liar ini. Tarpan yang berjaya ditangkap tersebut kemudian dipelihara di dalam zoo di Russia. Walaubagaimanapun, haiwan tersebut meninggal dunia tidak lama kemudian. Sejak daripada itu, Tarpan tidak lagi kelihatan dan diistiyharkan pupus secara rasmi.

4. Thylacine a.k.a Tasmanian Tiger ( pupus sejak 1936 )

Thylacine dipercayai pupus sejak 1936. Haiwan karnivor ini juga digelar Tasmanian Tiger kerana jalur ala-ala harimau yang terdapat di balakang badannya. Keunikkan haiwan ini menarik minat ramai saintis. Haiwan ini berhabitat di benua Australia, Tasmania dan New Guinea. Miskipun diumumkan haiwan yang telah pupus secara rasmi, terdapat beberapa pertembungan antara manusia dengan haiwan ini dilaporkan. Akan tetapi, tiada bukti kukuh untuk menyokongnya. Thylacine dipercayai pupus kerana pemburuan manusia secara berterusan dan habitatnya yang terancam.

5. Dodo ( Pupus sejak lewat abad ke-17 )

Page 5: kepupusan haiwan

Tidak salah untuk mengatakan Dodo ialah haiwan yang telah pupus paling popular di

dunia. Banyak peribahasa sering dikaitkan dengan dodo seperti‘as dead as a dodo’ yang

membawa maksud kematian yang ragu-ragu dan pelik. Seperti peribahasa ini, kematian

dodo adalah pelik kerana Dodo dikatakan pupus secara tiba-tiba. Suatu ketika, Dodo

boleh kelihatan berkeliaran sepertimana ayam-ayam dan itik-itik di kampung. Dodo

adalah burung yang tidak boleh terbang. Ia sering bersarang di atas tanah sepertimana

ayam dan itik. Habitat asal Dodo adalah di Kepulauan Mauritus. 

6. Aurochs ( pupus sejak 1627 )

Aurochs adalah spesies daripada lembu. Aurochs salah satu haiwan yang pupus paling

popular di Eropah. Aurochs dipercayai berevolusi daripada lembu daripada India kira-kira

2 million tahun yang lalu. Kemudian Aurochs telah berhijrah ke Timur Tengah dan

kemudian ke Asia seterusnya berhabitat secara meluas di negara-negara Eropah 250,000

tahun yang lalu. Pada abad ke 13, kebanyakkan Aurochs berhabitat di Poland, Lithuania,

Moldavia, Transylvania dan timur Prussia.Rekod terakhir Aurochs yang hidup adalah pada

1627 di Hutan Jaktorow,Poland.Tongkarak Aurochs kemudian di bawa oleh Swedish Army

ke The Property of Livrustkammaren di Stockholm.

7. Tyrannosaurus Rex ( Pupus sejak 65 juta tahun yang lalu )

Page 6: kepupusan haiwan

Tyrannosaurus Rex ataupun nama ‘manja’nya T.Rex masih kekal sebagai haiwan

pemangsa paling ditakuti yang pernah hidup di muka bumi. Panjangnya adalah 43.3 kaki,

dan 16.6 kaki tinggi dengan berat sehingga 7 tan.! T.Rex dipercayai mempunyai otot

kaki dan rahang yang kuat. Ini menjadikan T.Rex mempunyai pakej lengkap sebagai

haiwan pemangsa yang paling ditakuti oleh mana-mana haiwan lain pada waktu itu. Fosil

T.Rex kebanyakkannya ditemui di negara-negara Benua Amerika Utara. Setakat ini,

saintis telah mengumpul kira-kira 30 fosil T.Rex daripada kawasan ini.

8. Caucasian Bison ( Pupus sejak 1927 )

Caucasian Bison adalah subspecies kepada bison. Haiwan ini berhabitat di pergunungan

Kaukasus di timur Eropah. Haiwan ini dipercayai pupus sejak tahun 1927 apabila tiga

ekor bison yang terakhir telah dibunuh oleh pemburu haram. Haiwan ini pada mulanya

mempunyai populasi yang cukup besar apabila ada rekod mencatatkan haiwan ini

mendiami sebahagian besar pergunungan Kaukasus barat pada abad ke-17.

Walaubagaimanapun, populasinya mula merudum menjelang pada abad ke-19 apabila

berlakunya penempatan secara besar-besaran di keseluruhan habitatnya. Masyarakat

pada masa itu masih belum mempunyai nilai sentimental apabila menjadikan kulit dan

daging haiwan ini sebagai keperluan harian mereka. Faktor-faktor ini menyumbang

kepada kepupusan Caucasian Bison.

Page 7: kepupusan haiwan

9. Giant Aye-aye ( Pupus sejak 1930 )

Giant Aye-aye adalah subspesis kepada monyet dan mempunyai hubungan dengan lemur monyet dan kera. Spesis ini pernah berhabitat di kepulauan Madagaskar sejak 1000 tahun lampau. Spesis ini kali terakhir dilihat pada tahun 1930an dan diistiharkan pupus sejak daripada itu.

10. Caspian Tiger ( Pupus sejak 1990an )

Caspian Tiger adalah subspesies bagi keluarga kucing sepertimana spesies-spesies harimau yang lain. Saiznya boleh mencapai panjang daripada 200cm sehingga 270cm. Walaubagaimanapun, Caspian Tiger betina mempunyai saiz yang lebih kecil. Habitat Caspian cukup besar. Menurut rekod, haiwan ini yang pernah mencapai populasi maksimum pada abad ke-16 berhabitat di China, Russia, Turki, Iran, Turkestan dan Afghanistan. Populasinya mula merudum pada abad ke-20 akibat pemburuan haram yang cukup berleluasa. Tambahan pula, sumber utama makanannya iaitu babi hutan turut sama merudum populasinya menyebabkan berlakunya gangguan besar kepada sistem rantai makanannya. Penampakan terakhir spesies ini adalah pada awal 1990an dan sejak daripada itu, tiada lagi rekod penampakan dicatatkan.

10 binatang yang hampir pupus

Page 8: kepupusan haiwan

1. Kelawar Tapal Kuda

Ada empat belas jenis kelewar di Britain yang sedang terancam. Kelewar tapal kuda yang lebih besar adalah salah satu yang paling menarik. Semasa ini ada 35 diakui lahir. Estimasi semasa ini berkisar antara 4.000 dan 6.600.

Binatang ini juga pupus akibat dari penggunaan insektisida (zat kimia beracun disembor pada tanaman untuk membunuh serangga berbahaya) . Ini telah merampas serangga yang menjadi sumber utama makanan binatang ini.

2. Harimau Siberia 

Sangat menarik dan mungkin ada kurang dari 200 ekor di alam bebas, mungkin semua dalam alam khusus. Diburu para pemburu haram kerana dapat memberi makan keluarganya selama satu tahun dari hasil hanya membunuh seekor harimau.

3. Penyu Tempayan

Page 9: kepupusan haiwan

Penyu pernah intensif diburu untuk daging dan telur, namun lemak juga digunakan dalam industri kosmetik. Banyak dari inatang ini mati setiap tahun tertangkap dalam jaring ikan dari crabfishers. Di Turki, hotel telah dibina tepat di atas tempat pembiakan

4. Helang Ekor Ikan Putih

Sebelum manusia membuat kajian dengan penggunaan feromon, burung buas spektakuler jauh lebih banyak daripada sekarang ini. Binatang ini juga telah diburu oleh para gembala dan gamekeepers yang menganggap binatang ini sebagai ancaman. Intens dengan tindakan konservasi, populasi di Eropah Timur pulih, rancangan pemulihan bertujuan untuk mendapat beberapa daerah peternakan tradisional di Eropah.

5. Bebek Mandarin 

Jenis binatang ini dapat dilihat Britain , namun kawasan asal di Asia Timur, di Rusia, Cina, Korea . Kepupusan burung cantik ini disebabkan terutama penebangan balak, pemburu dan pemburu liar. Dikenali pemangsanya termasuk cerpelai, rakun anjing, berang-berang, polecats, helang, burung hantu dan ular rumput.

6. Monyet Ekor Singa

Page 10: kepupusan haiwan

Binatang ini hidup di beberapa daerah di Karnataka, Kerala dan Tamil Nadu. Semasa ini,hutan tropika yang merupakan habitat monyet ini, telah dibersihkan dan digantikan dengan perladangan teh dan kopi.

Sebagaimana dengan begitu banyak mamalia, pada masa ini ancaman utama di alam bebas memusnahkan habitatnya. Pemburu liar juga seringkali menangkap anak kera, dan membunuh yang dewasa dalam proses perburuannya, untuk kemudian dieksport. Binatang ini dianggap sebagai monyet yang paling terancam, dengan hanya 400 ekor yang berbaki di alam liar. Binatang diburu untuk daging dan bulu.

7. Jackass Penguin

Merupakan satu-satunya jenis burung penguin yang ada di Afrika Selatan ditemui di Afrika. Kerana binatang ini hidup begitu jauh di utara, dan di daerah yang relatif dapat diakses, penguin Afrika telah biasa terhadap pembinasaan manusia.Tumpahan minyak juga mengancam mereka, seperti halnya pengambilan telur untuk makanan manusia .

8. Gorilla Gunung

Page 11: kepupusan haiwan

The Virunga kawasan gunung berapi di bagian timur Zaire, Rwanda dan Uganda adalah satu-satunya habitat gorila gunung yang sangat terancam pupus. Binatang ini sering dibunuh oleh perangkap dan jerat dimaksudkan untuk binatang lain, kehilangan habitat dan sangat kerap mendapat banyak penyakit yang sama seperti manusia.

Bergantung pada hutan tebal untuk bertahan hidup dan ini terus ditebang untuk membuat jalan bagi pertumbuhan tanaman dan ternak yang sedang merumput. Manusia dan gorila adalah 98% identik secara genetiK sehingga binatang ini juga terkena penyakit manusia. Binatang ini adalah yang paling terancam dari subspesies gorila, hanya kira-kira 700 gorila gunung berada di alam bebas.

9. Numbat 

Binatang mendiami hutan di Barat Australia, ini adalah satu-satunya negara di mana binatang dapat ditemui di alam liar. Numbat sekarang telah pupus dalam pemerhatian.Binatang ini bertahan di alam liar hanya dalam kawasan kecil di sudut barat daya Australia.

Ketika manusia memperkenalkan binatang pemangsa baru seperti kucing, anjing dan rubah, binatang-binatang ini makan banyak numbats. Jumlah Numbats masih menurun kerana banyak kawasan habitatnya ditebang untuk pertanian dan pembalakan.

Panda Yang Terancam

Page 12: kepupusan haiwan

Beruang panda kini terancam. Tahukah kamu ... beruang panda diburu kerana bulunya? Beruang panda hanya terdapat di beberapa bahagian di China? Beruang panda makan pokok buluh? Ketahuilah lebih mendalam tentang spesies yang jarang-jarang ditemui ini. Dalam siri ini, pembaca dibawa meneroka habitat dan kehidupan haiwan yang diancam kepupusan, dan mengapakah haiwan ini dikatakan terancam. Adakah manusia yang menyebabkan haiwan ini menghadapi masalah? Berapa banyakkah badak hitam yang sebenarnya masih ada pada masa kini dan berapa banyakkah haiwan ini yang hidup 100 tahun dahulu? Bagaimanakah manusia dapat membantu haiwan terancam ini dan bolehkah haiwan ini diselamatkan?

TUMBUHAN YANG SUDAH PUPUS

Di seluruh dunia, ada sekitar 5000 spesies binatang yang hampir kepupusan, dan meskipun pentingnya melindungi binatang-binatang yang hampir pupus ini, ada juga yang penting dalam melindungi pokok-pokok yang dikategorikan hampir pupus dari dunia ini.

Penggondolan hutan dan penebangan pokok-pokok tanpa memikirkan untuk menanam semula pokok-pokok tersebut menambahkan lagi ketidak seimbangan ekosistem alam ini. Sebahagian besar kayu pokok-pokok ini digunakan untuk membuat kayu serta perabot, lantai, dan juga kertas untuk kegunaan manusia sejagat.

Walaupun kita mungkin tidak berfikir tentang pentingnya kewujudan pokok-pokok ini setiap hari, faktanya tetap sama, pokok-pokok ini sangat penting untuk manusia. Pertamanya, pokok mampu menghasilkan oksigen. Dikatakan bahawa satu pohon dewasa boleh menghasilkan oksigen yang cukup untuk sepuluh orang untuk bernafas selama satu tahun. Pohon juga baik untuk membersihkan tanah mahupun udara. Karbon dioksida merupakan masalah besar di dunia sekarang ini, tetapi pokok mampu menyerap dan menahan karbon dioksida serta belerang dioksida dan begitu juga penyerapan nitrogen dioksida.

Senarai di bawah ini akan menginspirasi korang untuk menambah pokok ke halaman belakang rumah korang, untuk menyertai dalam projek komuniti penanaman pohon, atau setidaknya menaja penanaman pokok melalui sesuah organisasi tertentu. Berikut ini sepuluh pokok yang hampir pupus:

1. Loulu

Page 13: kepupusan haiwan

Jika korang pernah ke Kepulauan Hawaii, korang mungkin melihat salah satu dari pokok-pokok ini selama kunjungan korang. Ada 25 variasi berbeza dari pokok ini ditemui di setiap pulau, beberapa daripadanya tumbuh seluas 60 meter. Setiap pulau mempunyai spesies tersendiri dan setiap spesies yang berbeza, tidak hanya dalam saiz tetapi tempat di mana mereka tumbuh dan warna palma yang mereka hasilkan.

Pohon-pohon ini hanya memiliki satu batang dan mempunyai pelbagai cabang yang tumbuh yang membentuk palma pada penghujungnya. Ada banyak pokok Loulu muda yang ditanam di kebun-kebun di rumah di mana korang menanamnya di dalam pasu sehingga ianya mula meningkat dewasa tetapi pada hakikatnya hanya terdapat sekitar 300 pohon Loulu yang tumbuh meliar di hutan.

2. Pokok Oak Hinton

Korang akan ketemu pokok ini di Mexico, terutama pada bahagian Tenggara di mana terdapat tiga spesies yang membiak di kawasan gurun. Apa yang unik dan menarik tentang pokok Oak Hinton ini ialah dedaunnya yang berwarna merah terang pada musim bunga tetapi bertukar menjadi hijau gelap sebelum ia luruh di musim luruh. Kulit pokok ini amat gelap, yang membentuk warna kontras dengan daun merah. Pokok ini mampu membesar setinggi 49 kaki dan ianya amat penting dan berguna kepada penduduk Mexico di mana kayu daripada pokok ini dijadi pelbagai jenis peralatan kegunaan harian seperti senduk, ulu pisau dan sebagainya.

3. St. Helena Gumwood

Page 14: kepupusan haiwan

Pokok St Helena Gumwood ini sangat unik. Pulau St. Helena memilihnya untuk menjadi pokok ini sebagai pokok kebangsaan mereka. Pohon ini tumbuh dengan batang bengkok, tetapi ianya mampu menyokong dahan-dahannya dan ranting-ranting yang membentuk satu kanopi ala se buah dengan jumlah cabang atau dahan yang tak terbatas.

Selama musim sejuk dan memasuki akhir bulan musim bunga, setiap cabang menghasilkan bunga menjuntai putih. Bersama dengan bunga-bunganya, terdapat daun-daun yang boleh mencecah 5 inci panjang. Daun-daun bukan sahaja agak besar saiznya, tetapi mereka juga berbulu/rambut dan berwarna hijau sementara sebahagian dedaun yang lain berwarna kelabu. Populasi pokok ini sebelum ini pernah membentuk hutan hujan tropika secara menyeluruh di St. Helena.

4. Blackwood Afrika (Mpingo)

Di Swahili ianya dipanggil Mpingo, populasi pokok Afrika Blackwood terus berkurangan. Namanya berasal dari warna Heartwood nya yang sangat mirip warna hitam. Pokok ini dikatakan tumbuh di kawasan di mana sebahagian besar pokok-pokok atau tanaman lain tidak mampu tumbuh, kerana ia lebih menyukai tanah berbatu dan kurang subur. The Mpingo juga sangat lambat membesar, memakan masa antara 70-200 tahun untukmenjadi dewasa dan kebanyakannya hanya membesar setinggi 9 kaki.Ia merupakan pokok kebangsaan Tanzania walaupun pokok ini sebenarnya boleh dijumpai di sekitar 26 negara-negara Afrika yang lain, termasuk Ethiopia, Angola, Senegal, dan yang lainnya. Pokok ini sangat baik dan berguna untuk mereka yang bekerja di sektor pertanian kerana ianya didapati mampu meningkatkan kesuburan tanah serta kestabilan tanah itu. Afrika Blackwood merupakan sumber

Page 15: kepupusan haiwan

makanan untuk pelbagai herbivora serta binatang ternakan kerana haiwan-haiwan akan makan dedaunnya . Walaupun pokok dikatakan sangat kukuh (sebahagian besar pokok-pokok ini yang dewasa dikata mampu bertahan daripada dimamah api), populasi pokok Afrika Blackwood ini semakin berkurangan.

5. Pokok Monkey Puzzle

Hanya mendengar namanya, korang mungkin boleh mengatakan bahawa ianya sejenis pokok yang cukup unik. Dijadikan sebagai Pokok Kebangsaan negara Chile, pokok ini boleh dilihat dan didapati di merata Eropah terutama di Kebun-kebun Botani. Kadang-kadang ianya di gelar sebagai “Fosil Yang Hidup”, pokok Makey Puzzle ini mampu hidup beribu-ribu tahun. Di Chile, ianya dikenali sebagai Pehuén oleh masyarakat kaum Pehuenche. Mereka mempunyai banyak sejarah dengan pokok ini yang mana ianya merupakan sumber makanan kaum tersebut. Pokok ini menghasilkan “nuts” atau pun kekacang yang dimakan oleh kebanyakan haiwan dan manusia.Pohon itu membesar sehingga sekitar 131 kaki tetapi memiliki batang pokok yang sangat kecil. Dedahannya dikatakan sangat tebal dan bersifat reptilia kerana ianya membiak subur di kawasan yang menerima hujan yang banyak dan suhu yang sejuk.

6. Pokok Rosewood Honduras

Page 16: kepupusan haiwan

Korang boleh menjumpai pokok Rosewood Honduras di Belize, Selatan Mexico, dan di Guatemala. Mereka dikategorikan di dalam senarai pokok terancam kerana penggunaannya yang berleluasa untuk pelbagai produk. Kayu yang diambil daripada pokok ini dikatakan mempunyai kualiti yang tinggi dan terbaik untuk industri perabut. Disebabkan oleh warnanya ungu merah yang menarik, berira dengan garis-garis hitam, ianay menjadi satu spesies kayu yang unik dan menarik dan hasil perabut yang dibuat daripada kayu ini amat berkualiti dan sangat disukai ramai.

7. Cedar Clanwilliam

Sering dianggap sebagai Raja Pokok, pokok Cedar Clanwilliam boleh didapati sepanjang Western Cape Province di South Africa, terutamanya di kawasan pergunungan Cederberg. Pokok ini sangat tinggi, tumbuh hingga 82 kaki tingginya. Ada di antara pokok-pokok ini boleh hidup sehingga 1,000 tahun, dan memakan masa hampir 30 tahun untuk pokok untuk menghasilkan benih. Pohon ini memiliki daun yang berbentuk jejarum yang berkedudukan rapat-rapat antara satu dengan lain. Dedaunan sering menghasilkan kon kecil pada penghujung setiap ranting kecil sepanjang musim gugur.

Bunga yang jarang dilihat dan hampir pupus

Page 17: kepupusan haiwan

Bunga mengandungi organ-organ tumbuhan, dan fungsinya ialah untuk menghasilkan biji-biji melalui pembiakan. Untuk tumbuhan-tumbuhan yang bertaraf lebih tinggi, biji-biji merupakan generasi yang berikut, dan bertindak sebagai cara yang utama untuk penyebaran individu-individu sesuatu spesies secara luas. Selepas persenyawaan, sebahagian daripada bunga itu akan berkembang menjadi buah yang mengandungi biji-biji.

Selain fungsi praktikal pembiakan, bunga lazimnya cantik. Manusia telah lama mengagumi bunga dan menggunakannya bagi mengindahkan sekitaran mereka, dan juga sebagai objek cinta, upacara, agama, perubatan dan malah sumber makanan.

Bagaimana pun sesetengah bunga telah pun pupus disebakan faktor persekitaran.Berikut adalah senarai 10  bunga yang jarang dilihat dan hampir pupus.

1. Bunga Pakma (Rafflesia arnoldii)

Bunga Pakma atau Rafflesia merupakan s sejenis tumbuhan berbunga dengan bunga

yang besar, dan bunga Pakma spesies Rafflesia arnoldii merupakan yang terbesar di

dunia dengan saiz 91 cm (3 kaki) diameter, 1.9 cm (3/4 inci) tebal dengan berat 7

kilogram (15 lbs). Bunga Pakma yang pertama telah direkodkan oleh Sir Stamford Raffles

dan Dr Joseph Arnold pada tahun 1816. Bunga Pakma spesies itu diberi nama Rafflesia

arnoldii sempena nama mereka. Bunga Pakma itu dijumpai di bandar Bengkulu

(Bencoolen) di Sumatera. Bunga Pakma adalah bunga rasmi negara Indonesia dan juga

negeri Sabah di Malaysia.

2. Jade Vine (Strongylodon macrobotrys)

Bunga Jade Vine adalah bunga yang hidup dihutan hujan tropika di Filipina. Pepohon

bunga ini adalah termasuk dalam keluarga kekacang dan berkait erat dengan kacang

merah. Memiliki bunga yang tumbuh menggantung dari cabang-cabang sehingga

mencapai hingga tiga meter panjangnya. Warna bunga ini adalah hijau kebiruan. Spesies

ini telah terbukti sukar untuk membiak dan dianggap sebagai spesies yang semakin

pupus.

Page 18: kepupusan haiwan

3. Pohon Franklin (Franklinia alatamaha)

Bunga ini adalah sebahagian dari keluarga teh ,berasal dari lembah sungai Altamaha Georgia ini, telah pupus sejak awal abad ke 19 lagi. Memiliki bunga yang berwarna putih dan beraroma harum ketika mekar dan daun yang berubah warna menjadi merah terang sewaktu musim gugur. 

4. Koki’o (Kokai cookei)

Bunga yang mempunyai bahagian seakan akan bunga raya ini ditemui pada tahun 1860 di kepulauan Hawaii. di mana waktu itu hanya terdapat tiga spesimen yang boleh ditemui. Pohon ini boleh tumbuh sampai tinggi sekitar 10-11 meter.Yang menarik tentang pohon ini adalah ratusan bunga merah yang dihasilkan pada setiap tahun di pokok yang telah matang.

5. Gibraltar Campion (Silene tomentosa)

Page 19: kepupusan haiwan

Bunga ini hanya boleh ditemui dilereng lereng gunung di Gibraltar. Di Gibraltar masih ada beberapa spesis yang dapat ditemui. Tetapi sayangnya, pada tahun 1992, semua jejak tanaman ini telah lenyap dan akhirnya pupus. Kemudian pada tahun 1994 seorang pendaki telah menjumpai spesis tunggal dan membawanya untuk dibiakkan. sekarang bunga ini tumbuh di The Almeda Gibraltar Botanic Gardens serta Royal Botanic Gardens di London.

6. Paruh Kakak Tua (Lotus berthelotii)

Bunga yang indah ini terdapat di Kepulauan Canary. Pendebungaan bunga ini diyakini dibantu oleh burung sunbird, yang  sudah lama pupus di Kepulauan Canary. Hal ini menyebabkan bunga ini jarang dilihat lagi.

7. Middlemist Merah (Middlemist kamelia)

Tanaman ini pada awalnya dibawa ke Inggeris dari China oleh John Middlemist pada tahun 1804. Bunganya berwarna merah muda cerah dan terlihat hampir menyerupai bunga mawar.

8. Kosmos Cokelat (Cosmos atrosanguineus)

Page 20: kepupusan haiwan

Dengan warna merah gelap ,bunga ini merupakan salah satu spesies dari Cosmos, yang berasal dari Mexico. Memiliki ukuran diameter sekitar 3-4 cm. Bunga-bunga ini memiliki bauan vanilla, yang juga membuatnya menjadi tanaman hiasan yang indah. 

9. Lady Slippers Kuning dan Ungu (Cypripedium calceolu)

Pepohon dari jenis anggerik liar ini dijumpai di Eropah. Contoh tanaman ini yang berada di Inggeris, dapat ditemui di padang golf dan telah berada di bawah perlindungan polis yang ketat sejak tahun 1917. Setangkai tunggal bunga ini boleh dijual dengan harga 5000 Dollar AS. 

10. Anggerik Hantu (Epipogium aphyllum)

Bunga Anggrek Hantu merupakan tanaman yang telah pupus selama hampir 20 tahun, tetapi baru-baru ini telah jumpai semula. Tanaman ini sangat jarang dilihat kerana sukar untuk berkembang biak. Kerana tidak memiliki daun untuk proses fotosintesis bagi penghasilan makanan sendiri. Tanaman ini memerlukan kulat tertentu untuk sumber pemakanan.