25
Muhammad Farizal Bin Jaafar 56266113569 L- 06

Kerajaan Bani Abbasiyah.pdf

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Assignment TITAS

Citation preview

Muhammad Farizal Bin Jaafar

56266113569

L- 06

Kerajaan Bani Abbasiyah

1.0 Pendahuluan

Kerajaan abbasiyah adalah kerajaan islam yang ketiga selepas Khulafa’ Ar-

rasyidin, dan Klalifah Umayyah. Kerajaan ini telah dutubuhkan oleh bapa saudara

Nabi Muhammad SAW, Abbas ibn Abd Muttalib. Ia telah diasaskan di Kufah, Iraq

kemudian telah berpindah ke Baghdad. Setelah 150 tahun memerintah Parsi,

Khalifah diarahkan menyerahkan kuasa kepada ketua tempatan. Khalifah juga

kehilangan kuasa wilayah-wilayah barat Andalusia, Maghribi dan Ifriqiya kepada

putera umayyah, Khalifah Aghlabis dan Fatimid.

Kerajaan Abbasiyah juga berakhir sementara selama tiga tahun pada 1258,

semasa Hulagu Khan, Mongol Khan dibuang dari Baghdad. Seterusnya

disambung semula pada 1261 di Mamluk Mesir diamana mereka terus menuntut

kuasa dalam hal-hal keagamaan sehingga 1519. Selepas itu, kuasa dipindahkan

secara rasmi kepada Empayar Uthmaniyah di Constantinople.

2.0 Permulaan Kerajaan Bani Abbasiyah

Khalifah Abbasiyah adalah keturunan Arab dari Abbas Ibn Abd Mutatlaib, salah

seorang bapa saudaya Nabi Muhammad SAW yang bongsu dimana mereka

menganggap mereka adalah keturunan sebenar Nabi Muhammad SAW

bebanding Umayyah.

Abbasiyah juga dibezakan daripada Umayyah dengan menentang ciri-ciri moral

dan pentadbiran secara umum. Abbasiyah juga merayu kepada Muslim bukan

Arab, dikenali sebagai Mawali yang dipinggirkan daripada masyarakat Arab yang

berasaskan persaudaraan dan dianggap berstatus rendah daripada Empayar

Umayyah. Cucu Abbas memulakan kempen untuk mengembalikan kuasa kepada

keluarga Nabi Muhammad, Bani Hashim di Parsi semasa pemerintahan Umar II.

Semasa pemerintahan Marwan II, tentangan semakin memuncak dalam

pemberontakan Imam Ibrahim, keturunan keempat Abbas. Dengan sokongan

daripada wilayah Khorasan, Iran da arab syiah, beliau telah mendapat kejayaan,

tetapi tela ditanggkap pada tahun 747 dan meninggal dalam tahanan, sesetengah

pihak mngatakan bahawa beliau telah dibunuh. Pertelingkahan diteruskan oleh

saudaranya Abdallah yang lebh dikenali dengan naa Abu Al-Abbas As-Saffah

yang mana beliau telah mengalahkan Bani Umayyah pada tahun 750 dalam

Peperangan Zab berhampiran Sungai Zab.

Sejurus selepas kemenangan, Abu Al-Abbas As-Saffiah menghantar tenteranya

ke tengah asia untuk menghalang perluasan kuasa Dinasti Tang dalam Perang

Talas.

Rajah 1 : Sungai Zab

3.0 Kuasa

Perubahan pertama yang dilakukan oleh Kerajaan Abbasiyah adalah

memindahkan pusat pemerintahan dari Damsyik di Syiria ke Baghdad di Iraq. Ini

adalah untuk mendekatkan pentadbiran kepada pengkalan sokongan Mawali

Parsi yang wujud di wilayah ini yang lebih dipengaruhi oleh sejarah dan budaya

Parsi. Pemerintahan di Baghdad terletak di Sungai Tigris pada tahun 762.

Kedudukan yang baru juga telah ditubuhkan di Wazir untuk mewakili kuasa pusat.

Kerajaan Abbasiyah juga mengharapkan pertolongan daripada Parsi dalam

mngalahkan Bani Umayyah. Pengganti Abu Al-Abbas, Al-Mansur telah

menggalakkan Muslim bukan Arab ke wilayahnya. Sementara perkara ini dapat

membantu menyatukan budaya Arab dan Parsi, ia juga telah mengasingkan

penyokong Arab, terutamanya Arab Khurasan yang banyak membantu dalam

perang keatas Umayyah.

4.0 Zaman Kegemilangan

Tempoh sejarah Abbasid berpanjangan kepada tahun 1258 (Mongol menakluk

Baghdad) dianggap Zaman Kegemilangan Islam. Zaman Kegemilangan ini telah

bermula pada pertengahan abad ke lapan dengan kenaikan Khalifah Abbasiyah

dan pemindahan pusat pemerintahan dari Damsyik ke Baghdad. Kerajaan Bani

Abbasyah banyak dipengaruhi oleh perintah-perintah Al-Quran dan hadith seperti

"dakwat ulama adalah lebih suci daripada darah seorang syahid "menekankan

nilai pengetahuan. Sepanjang tempoh ini, dunia Islam menjadi pusat intelektual

sains, falsafah, perubatan dan pendidikan

4.1 Sains

Banyak tokoh-tokoh pemikir dan ahli sains dubawah pemerintahan islam

memainkan peranan yang penting dalam penyebaran sains Islam kepada

Kristian di barat. Tambahan pula, zaman ini memperlihatkan pemulihan

matematik Iskandariah, geometric dan juga pengetahuan astronomi.

Sebagai contoh, Euchild dan Cludius Ptolemy.Kaedah matematik yg telah

didapati ini kemudian dibangunkan oleh cendiakawan Islam seperti Al-

Biruni dan Abu Nasr Mansur.

Algebra telah dibangunkan oleh Saintis Parsi bernama Muhammad ibn

Musa Al-Khwarizmi semasa zaman ini melaui buku yang ditulis bertajuk

Kitab Al-Jabr wa-l-Muqabala dimana perkataan algebra diambil. Beliau

kemudian dianggap Bapa Algebra oleh sesetengah pihak, walaupun ahli

matematik Yunani, Diophantus juga telah diberi gelaran tersebut.

Perkataan “algorithm” juga diambil daripada nama Al-Khawarizmi.

Rajah 2 : Al-Khawarizmi, "Bapa Algebra"

4.2 Kesusasteraan

Buku fiksyen yang terkenal daripada dunia Islam adalah buku Seribu Satu

Malam. Konsep asal buku ini dipetik dari Iran (Parsi) sebelum Islam dengan

bersandarkan ciri-ciri India. Ia juga mengandungi cerita dari Negara Timur

Tengah dan Afrika Utara. Semua cerita-cerita fantasi Arab sering dirujuk

sebagai Arabian Nights setelah diterjemahkan ke bahasa inggeris

walaupun cerita tersebut tidak berasal dari buku Seribu Satu Malam. Cerita

ini telah banyak mempengaruhi barat apabila ia telah diterjemahkan dalam

kurun ke-18. Banyak tiruan telah ditulis terutama di Perancis. Kebanyakan

watak dalam buku ini telah menjadi ikon budaya masyarakat barat seperti

Alladin, Sinbad dan Ali Baba.

Contoh yang popular puisi tentang cinta adalah Layla dan Majnun yang

kemudiannya telah dibangunkan terutamanya oleh orang Iran, Azebaijan

dan penyair yang lain dalam bahasa Parsi, Azebaijan dan bahasa Turki

yang lain. Ia adalah cerita cinta seperti Romeo and Juliet.

Penyair Arab mencapai kemuncak semasa era pemerintahan Abbasiyah

khususnya sebelum hilangnya kuasa pusat dan kebangkitan Dinasti Parsi.

Penulis sepertu Abu Tammam dan Abu Nuwas mempunyai hubungan yang

rapat dengan pemerintahan khalifah di Baghdad semasa awal kurun

kesembilan. Manakala penulis seperti Al-Mutanabi mendapat perhatian dari

wilayah lain.

Rajah 3 : Buku "Arabian Nights" dan buku Seribu Satu Malam

4.3 Falsafah

Salah satu takrifan untuk falsafah Islam adalah gaya sesuatu falsafah itu

dihasilkan dalam rangka budaya islam. Falsafah Islam tidak semestinya

berkaitan dengan isu-isu agama dan bukan dihasilkan oleh orang Islam

semata-mata. Karya mereka tentang Aristotle adalah satu langkah utama

dalam menyalurkan pembelajaran dari Yunani Purba kepada dunia Islam

dan barat. Mereka sering memperbetulkan falsafah dan menggalakan

perbahasan atas semangat ijtihad. Mereka juga menulis karya yang

berpengaruh dan pemikiran mereka telah dimasukkan dalam falsafah

kristian pada zaman pertengahan terutamanya oleh Thomas Aquinas.

Tiga pemikir spekulatif al-Kindi, al-Farabi dan Ibn Sina menggabungkan

Aristotleliansm dan Neoplatonism dalam idea yang lain melalui Islam. Oleh

sebab itu, wujud pula Avicennism. Tokoh lain yang juga berpengaruh pada

zaman khalifah termasuklah al-Jahiz, dan ibn al-Haytham.

4.4 Teknologi

Dalam pembangunan teknologi, Islam telah mengambil cara pembuatan

kertas dari China. Penggunaan kertas tersebar dari China ke dunia Islam

pada kurun ke-8. Kertas lebih tahan dan menyerap dakwat daripada

Papyrus. Kertas bnyak digunakan dalam manuskrip Islam termasuk juga

dalam penulisan al-Quran. Islam pula telah memperkenalkan pembuatan

kertas dengan menggunakan linen.

Kemajuan teknlogi jug adapt dilihat dalam bidang pertanian. Contohnya

tanaman kincir angina seperti badam, dan buah limau yang dibawa ke

Eropah melalui Andalusia.

Pelayar Islam juga bertanggungjawab dalam memperkenalkan semual

kapal dagang. Nama “caravel” telah diamil dari perkataan Arab “qarib”.

Jurutera Islam telah membuat pelbagai inovasi. Industry yang

menggunakan kuasa hydro, penggunaan awal tenaga ombak, tenaga

angin, dan penggunaan petroleum. Penggunaan kincir air dalam dunia

Islam telah digunakan sejak kurun ke-7. Teknologi ini telah digunakan di

seluruh Negara Islam dari Andalusia dan Afrika Utara hinggalah ke Timur

Tengah dan Asia. Juruteera Islam juga telah membina mesin seperti pam

untuk menaikkan air. Mereka juga membina empangan untuk mendapatkan

lebih kuasa untuk menggerakkan kincir air tersebut.

Banyak industry telah terhasil semasa Revolusi Agrikultur Arab

termasuklah industry untuk tekstil, gula, pembuatan tali, tikar, sutera dan

kertas.

5.0 Kejatuhan dan Kebangkitan

5.1 Pertelingkahan Shia’h

Bani Abbasiah bertelingkah dengan Shia’h yang telah menyokong

peperangan keatas Bani Ummayah kerana Bani Abbasiyah dan Shia’h

mengakui mereka adalah keturunan Nabi Muhammad SAW. Setelah

berkuasa, Abbasiyah mengikut ajaran Islam Sunni dan membatalkan

semua pertolongan dari pengikut Shia’h.

5.2 Konflik Jeneral Tentera

Penguasaan Abbasiyah mula goyah apabila pemerintahan al-Radi semasa

jeneral tentera bebangsa Turki yang lemah berhenti membayar Khalifah.

Termasuklah daerah yang berdekatan Baghdad turut mencari perlindungan

daripada kuasa pemerintah tempatan.

5.3 Serangan Mongul

Pada 1206, Genghis Khan membina dinasti yang kuat dari kalangan

Mongul di Asia Tengah. Pada kurun ke-13, Empayar Mongul ini telah

menakluk kebanyakan tanah Serani, termasuk Timur China dan

kebanyakan Khaifah Islam terdahulu di barat. Kemusnahan yang dilakukan

oleh Hulagu Khan pada 1258 adalah tand berakhirnya zaman

kegemilangan Bani Abbasiyah. Hulagu Khan menyerang Baghdad pada 10

Febuari 1258 telah mngakibatkan korban yang besar. Orang Islam risau

akan berlakunya bencana akibat pertumpahan darah Al-Musta’sim,

keturunan bapa saudara Muhammad SAW dan juga khalifah Abbasiyah

terakhir yang mnguasai Baghdad. Puak Shia’h Parsi menidakkan

kemungkunan tu kerana tiada berlaku apa-apa semasa kematian Hussein.

Namun, Mongul melarang ertumpahan darah diraja. Hulagu Khan

Membalut Al-Musta’sim dengan permaidani dan diheret oleh kuda sehingga

mati pada 20 Febuari 1258. Keluarga terdekat Khalifah tersebut turut

dibunuh kecuali anak bongsunya dihantar ke Mongolia. Menurut ahli

sejarah Mongolia, anak bongsu yang terselamat itu telah berkahwin dan

mempunyai anak.

5.4 Abbasiyah di Mesir

Pada kurun ke-9, Bani Abbasiah telah mngumpulkan bala tentera yang taat

daripada golongan bukan Arab yang dikenali sebagai Mamluk. Tentera ini

dibina semasa penguasaan al-Ma’mun bersama saudaranya dan juga

pengganti beliau al-Mu’tasim untuk menghalang penghinaan terus kepada

empayar tersebut.

Tentera Mamluk kebiasaannya diaggap negatif. Ini kerana tentera ini

menunjukkan kuasa yang kuat kepada Negara luar tetapi telah

menyebabkan perpecahan antara khalifah dan juga rakyat kerana

perpindahan khalifah dari Baghdad ke Samarra.

Tentera Mamluk telah berkuasa di Mesir pada 1261 selepas kejatuhan

Baghdad ke tangan Mongul. Pemimpim Mamluk di Khaherah membina

semula Khalifah Abbasiyah. Khalifah Abbasiyah pertama di Khaherah

adalah al-Mustansir.

6.0 Khalifah Abbasiyah di Mesir

6.1 KHALIFAH PERTAMA ABDULLAH AL ABBAS (132-136H / 750-754M)

6.1.1 Riwayat Hidup

Nama beliau Abu al Abbas Abdullah bin Muhammad bin Ali

bin Abdullah bin Abbas. Beliau bergelar Abu Abbas As

Saffah(penumpah darah)

Dilahirkan pada tahun 104H di Humaimah.

Beliau dilantik sebagai khalifah pertama pada 13 Rabiulawal

132H / 750M.

Beliau wafat pada 13 Zulhijjah 136H ketika berusia 33 tahun.

Beliau memerintah selama 4 tahun 9 bulan.

6.1.2 Peribadi

Seorang yang gemar berperang

Seorang yang keras hati

Kuat daya ingatan

Gagah dan berani

Pemurah serta dermawan

Tidak menepati janji

6.1.3 Kekejaman

Menggali kubur-kubur keturunan Umaiyah dan membakar

mayat mereka, iaitu kubur Muawiah bin Abi Sufian, Yazid bin

Muawiah, Abd.Malik bin Marwan dan Hisyam bin Abd.Malik

kecuali kubur Omar bin Abd.Aziz.

Melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga

Bani Umaiyah setelah mereka dijemput ke majlis kenduri.

Menghapuskan saki baki keluarga Umaiyah kecuali anak-

anak yang masih kecil.

6.1.4 Faktor Kejayaan

Keadaan kucar kacir yang berlaku dalam keluarga Bani

Umaiyah sebelumnya dan pada masa pemerintahannya.

Kejayaan cemerlang gerakan sulit oleh penyokongnya di

serata tempat

Peranan Abu Muslim Al Khurasani yang berjaya menguasai

beberapa buah daerah termasuk Khurasan dan Merw. Usaha

ini telah membuka jalan kepada beliau.

Peranan saudaranya iaitu Abu Jaafar, Abdullah, Ali, Salleh

dan Daud yang bersama-sama membanteras musuh.

6.1.5 Jasa – jasa

Mengadakan rumah-rumah api untuk panduan musafir

(lampu-lampu jalan raya untuk panduan orang-orang yang

berjalan pada malam hari)

Memperbaharui jalan dan meletakkan batu tanda jarak di

antara Mekah dangan Kufah mengikut kiraan Batu Hasyimi.

Memperkukuhkan angkatan tentera untuk mempertahankan

ancaman musuh terutama dari Rom.

Membuka Bandar baru di Iraq yang dinamakan Bandar

Hasyimiah.

6.2 KHALIFAH ABU JAAFAR AL MANSUR (136-158H / 754-775M)

6.2.1 Riwayat hidup

Nama penuh beliau ialah Abu Jaafar Abdullah bin Muhammad

bin Ali bin Abdullah bin Abbas. Beliau adalah saudara Abu

Abbas

Beliau dilahirkan pada 101H di Humaimah.

Beliau berjuang bersama-sama dengan saudaranya Abu

Abbas untuk menegakkan daulah Abbasiyah.

Beliau adalah orang kanan As Safah semasa menegakkan

Kerajaan Bani Abbasiyah.

6.2.2 Peribadi

Gagah, berani da tabah hati

Bercita – cita tinggi untuk memajukan Negara

Pentadbir yang berwibawa

Mengambil berat tentang kebajikan dan kesejahteraan

6.2.3 Jasa –jasa

Mendirikan Kota Baghdad di Iraq

Membina istana yang indah

Membina sebuah palabuhan yang besar di sungai Furat

Memajukan perkembangan ilmu pengetahuan

Mendirikan sekolah tinggi “Baitul Hilmah”

6.3 KHALIFAH AL MAHDI (158-169H / 775-785M)

6.3.1 Riwayat hidup

Nama penuh beliau ialah Muhammad al Mahdi bin al Mansur

bin Ali bin Abdullah bin Abbas.

Beliau lahir di Humaimah pada tahun 126 Hijrah.

Beliau dilantik menjadi Khalifah setelah bapanya meninggal

dunia pada tahun 158 Hijrah.

Beliau meninggal dunia pada tahun 169H (ketika berumur 43

tahun), dalam perjalanan ke Jurjan untuk menjalankan

tugasnya bersama anaknya Harun al Rashid. (Harun sendiri

menyempurnakan jenazah ayahnya).

6.3.2 Peribadi

Beliau tidak minum anggur

Gemar mendengar nyantian dan qasidah

Fasih pertuturannya

Melazimi membaca al-Quran pada waktu lapang

Sangat takut menyalahi sunnah Rasul

6.3.3 Kemajuan

Memperindah kota-kota besar

Menggalakkan rakyat mempelajari kesenian dan sains

Penyair diberi saguhati

Baghdad yang menjadi pusat periagaan penuh dengan

penyair

6.3.4 Jasa – jasa

Membebaskan tahanan politik semasa pemerintahan

bapanya

Membina dan membaiki istana

Membina kolam air untuk memudahkan musafir dan kafilah

Memindakan pesakit kusta ke tempat lain bagi mengelak

berjangkit

Memerintah agar menambah banggunan Masjidil Haram di

Mekah

6.4 KHALIFAH AL HADI (169 -170H / 785 - 786M)

6.4.1 Riwayat hidup

Nama penuh Musa al-Hadi bin Muhammad al-Mahdi bin Abu

Jaafar al-Mansur

Meninggal dunia pada tahun 170 Hijrah

Masa pemerintahan pendek dan penuh dengan

pemberontakan

Tidak Berjaya membangunkan negara

6.4.2 Pemberontakan

Pemberontakan Husain bin Ali bin Hassan bin Ali bin Abi Talib

Dalam pemberontakan ini, Husain Berjaya merampas

Madinah daripada wakil pemerintah Abbasiyah tetapi Husain

dapat dikalahkan oleh tentera al-Hadi semasa mereka

menyerang Mekah. Husain terbunuh dan dua orang

keluarganya melarikan diri.

6.5 KHALIFAH HARUN AR RASYID (170H-193H / 786M-809M)

6.5.1 Riwayat Hidup

Beliau adalah anak kepada Khalifah Muhammad Al Mahdi.

Dilahirkan pada tahun 145H, di Raiy.

Pernah menjadi penglima perang menyerang Rom semasa

ayahnya menjadi gebenor di Afrika Utara.

Mengerjakan Haji sebanyak 9 kali semasa hidupnya.

Dilantik menjadi Putera Mahkota pada tahun 166H.

Menjadi Khalifah pada tahun 170H. Ketika itu beliau berusia

25 tahun.

Wafat pada tahun 193 Hijrah di Tus (Tours).Dan memerintah

selama 23 tahun

6.5.2 Peribadi

Seorang yang gagah berani.

Seorang yang cederong dalam hal ugama

Sentiasa mengambil berat dalam kerja-kerja

pemerintahannya.

Bijak berpolitik dan cekap.

Beliau melazimi sembahyang tiap-tiap hari seratus rakaat

hinggalah ke masa beliau meninggal dunia kecuali keuzuran.

Pemurah dan bertimbang rasa dengan orang-orang miskin.

Gemar mendengar nasihat orang-orang bijak pandai.

Berfikir luas dan tegas.

Pemurah dan dermawan.

Suka menikmati Syaer dan Qasidah.

Cintakan ilmu pengetahuan dan menghormati alim ulama

Mengambil berat hal rakyat.

6.5.3 Hubungan Luar Negeri

Hubungan dengan Afrika Utara:

Memberi kemerdekaan bersyarat kepada bangsa Barbar

tetapi mulai 184H. Khalifah Harun melantik Ibrahim menjadi

Khalifah

di sana yang dinamakan sebgai Kerajaan Aqlabiah. Kerajaan

tersebut berkekalan selama 183 tahun.

Hubungan dengan Rom:

Rajanya Ratu Irene meneruskan bayaran ufti kepada

Kerajaan Abbasiyah tetapi apabla Rom diperintah oleh

Niceporus, beliau

Telah membatalkan ufti tersebut. Ini menyebabkan Khalifah

menghantar tentera menyerang Byzantine dan Khalifah

sendiri telah

Memimpin tentera menawan Pulau Cyprus, Rhodes dan

akhirnya Raja Niceporus bersedia menyambung semula

perdamaian.

Hubungan dengan Eropah:

Hubungan dengan Raja Charlemenge dari Perancis. Kedua-

dua pihak bertukar bingkisan dan beliau pernah membantu

Khalifah menghadapi Kerajaan Byzantine.

Hubungan dengan Cina:

Jalinkan hubungan dengan Maharaja Cina, mereka saling

bertukar bingkisan.

Hubungan dengan keluarga Alawiyeen:

Khalifah Harun menawarkan hubungan baik dengan keluarga

Alawiyeen. Malangnya mereka masih menunjukkan sikap

Menentang Kerajaan. Sikap Khalifah Harun dibalas dengan

pemberontakan yang ipimpin oleh Yahya bin Abdullah dan

Adiknya Idris yang menubuhkan Kerajaan Idrisiah di Moroko

pada tahun 172 Hijrah.

6.5.4 Keadaan Negara Semasa Pemerintahannya

Keadaan aman dan tenteram kerana banyak pemberontakan

dapat dihapuskan.

Negara berada dalam keadaan yang kuat dan teguh sehinga

disegani oleh Negara-negara lain yang bersedia menjalin

Hubungan baik dengan Kerajaan Abbasiah.

Ekonomi Negara teguh dan maju. Baghdad telah muncul

sebagai pusat perdagangan yang terkemuka.

Baghdad muncul sebagai pusat perkembangan ilmu

pengetahuan. Ramai penuntut dari luar negeri mengunjungi

Baghdad

Bukan sahaja untuk mempelajari ilmu-ilmu tafsir dan hadis,

malah ilmu perubatan, matematik, falak dan sebagainya.

Di dalam Negara terdapat ramai cendekiawan dalam

berbagai-bagai bidang seperti penulis kesusasteraan. Para

cendekiawan

Mendapat kedudukan istimewa dan penghormatan yang

tinggi daripada para pemerintah.

6.5.5 Usaha Memperkaya Ilmu dan Kesan

Khalifah melarang para tentera merosakkan buku-buku ilmu

pengetahuan.

Mendirikan pusat-pusat pengajian menengah dan rendah

untuk memberi pendidikan kepada rakyat.

Para ulama dan cendekiawan dijemput ke Baghdad untuk

mengembangkan ilmu pengetahuan.

Usaha-usaha menterjemah buku-buku asing seperti dari

Yunani dan sebagainya ke dalam bahasa Arab.

Baginda telah membesarkan lagi Darul Hikmah.

Baghdad telah muncul sebagai pusat ilmupengetahuan,

kesusasteraan dan perdagangan.

Lahirnya tokoh-tokoh ilmuan dan Sufi yang terkenal seperti

Imam Syfie, Ahmad Hambal dan Ibrahim Adham.

Banyak buku yang telah terkumpul termasuklah buku-buku

cerita yang termasyhur iaitu Hikayat 1001 malam

6.5.6 Faktor Kemasyhuran

Sifat-sifat yang terpuji yang dimiliki oleh Khalifah sendiri

seperti, berhemah tinggi, pemurah, suka beribadat dan lain-

lain sifat

Yang baik telah menyebabkan baginda dikasihi rakyat.

Baginda berjaya menajadikan negara Islam Abbasiyah

menjadi makmur dan terkenal kerana keadaannya yang stabil

dan

Kukuh.

Kebijaksanaannya menghapuskan anasir-anasir anti

kerajaan.

Hubungan Kerajaan Abbasiyah dengan Negara-negara luar

seperti Cina, Perancis dan Rom telah menaikkan taraf

Kerajaan

Abbasiyah di dunia luar.

Usaha-usahanya menjadikan Baghdad sebagai pusat

pengetahuan.

Kota Baghdad mencapai kedudukan yang tinggi dimata dunia

khasnya dikalangan orang-orang barat.

6.5.7 Jasa-jasa

Menjadikan Baghdad sebagai pusat perdagangan

antarabangsa.

Mendirikan pusat-pusat pengajian rendah dan menengah

serta memberi pelajaran dengan percuma.

Menjemput Para Ulama dan Cendekiawan ke Baghdad untuk

mengembangkan ilmu pengetahuan.

Mengusahakan pernterjemahan buku-buku asing ke dalam

bahasa Arab.

Menghapuskan musuh-musuh negara dari dalam dan luar

negeri untuk menstabilkan negara.

Menjalinkan hubungan yang baik dengan negara-negara

asing.

Mendirikan Darul Hikmah (Perpustakaan awam).

Membina tempat meneropong bintang untuk ahli ilmu falak

6.6 Khalifah Selepas Khalifah Harun Al-Rasyid

1. Khalifah Al-Amin bin Harun Al-Rasyid 193H-198H / 809M-813M

2. Khalifah Al Makmun Bin Harun Al Rasyid 198H-218H / 813M-833M

3. Khalifah Al Muktasim Bin Harun Al Rashid 218. 227H / 833. 842M

4. Khalifah Al Wathiq Bin Al Muktasim 227. 232H / 842. 847M

5. Khalifah Al Mutwakkil 232-247H / 847-861M

6. Khalifah Al Mustain 248-252H / 862-866M

7. Khalifah Al Muktaz 252-255H / 866-869M

8. Khalifah Al Muhtadi 255-256H / 869-870M

9. Khalifah Al Muktamid 256-279H / 870-892M

10. Khalifah Al Multahid 279-289H / 892-902M

11. Khalifah Al Muktafi Billah 289-295H / 902-908M

12. Khalifah Al Muqtadir 295-320H / 908-932M

13. Khalifah Al Qadir 320-322H / 932-934M

14. Khalifah Al Radhi 322-329H / 934-940M

15. Khalifah Al Muttaqi 329-333H / 940-944M

16. Khalifah Al Mustakfi 333-334H / 944-945M

17. Khalifah Al Muti` 334-363H / 945-973M

18. Khalifah Al Taii 363-381H / 973-991M

19. Khalifah Al Qadir 381-422H /991-1031M

20. Khalifah Al Qaim 422-467H / 1031-1074M

21. Khalifah Al Muqtadi 467-487H / 1074-1094M

22. Khalifah Al Mustazhir 487-512H / 1094-1118M

23. Khalifah Al Mustarsyid 512-519H / 1118-1134M

24. Khalifah Al Rasyid 519-530H / 1134-1135M

25. Khalifah Al Muktafi 530-555H / 1135-1160M

26. Khalifah Al Mustanjid 555-566H / 1160-1170M

27. Khalifah Al Mustadhi 566-575H / 1170-1179M

28. Khalifah Al Nasir 575-622H / 1179-1225M

29. Khalifah Al Zahir 622-623H / 1225-1226M

30. Khalifah Al Mustansir 623-641H / 1226-1243M

31. Khalifah Al Mustaksim 641-656H / 1243-1258M