2
TUGASAN 2 KPD6074 PRINSIP ANDRAGOGI Kerberkesanan Kamus Web Multimedia Interaktif Berasaskan Pendekatan Andragogi Zaidatun Tasir, Jamalludin Harun dan Nurul Syazwani Ismail Jurnal ini membincangkan penghasilan dan penilaian keberkesanan Kamus Web Multimedia Interaktif dalam pembelajaran subjek Teknologi Multimedia. Berlandaskan model reka bentuk instruksi R2D2 (Reclusive, Reflective, Design & Development), kamus ini mengintegrasikan reka bentuk informasi yang berasaskan Andragogi, reka bentuk interaksi berasaskan persekitaran Wikis dan reka bentuk antara muka berasaskan elemen multimedia. Populasi kajian ialah 301 pelajar di sebuah universiti dan 189 pelajar telah dipilih secara rawak mudah bagi mendapatkan reka bentuk kamus yang dikehendaki. Min keseluruhan reka bentuk informasi ialah 4.34, reka bentuk interaksi ialah 4.29 dan reka bentuk antara muka ialah 3.36. Berdasarkan nilai min ini, pelajar bersetuju dengan prinsip Andragogi dan Wikis yang seharusnya diintegrasikan ke dalam bahan pembelajaran berasaskan web. Seramai 8 orang pelajar telah dipilih secara persampelan bertujuan untuk menilai keberkesanan kamus. Terdapat perbezaan signifikan dari segi penguasaan istilah multimedia dalam kalangan pelajar selepas menggunakan Kamus Web Multimedia Interaktif (p=0.011, α=0.05). Elemen multimedia yang kerap dicapai oleh pelajar menerusi kamus ialah elemen grafik, animasi dan video.Pelajar bersetuju bahawa Kamus Web Multimedia Interaktif ini dapat membantu mereka dalam menguasai istilah multimedia Pemahaman berkaitan istilah yang digunakan amat penting bagi pelajar untuk memperluaskan penerokaan dalam bidang multimedia. Ini selaras dengan apa yang dilaporkan Cockcroft(1982), iaitu masalah dalam sesuatu subjek harus diterjemahkan kepada sebutan dan konsep subjek tersebut sebelum ianya dapat diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini memerlukan fahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam masalah tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran dalam kalangan sesetengah pelajar. N.THIVYA (M20132001682) 1

Kerberkesanan Kamus Web Multimedia Interaktif Berasaskan Pendekatan Andragogi.docx

Embed Size (px)

Citation preview

tugasan 2

tugasan 2kpd6074 prinsip andragogi

Kerberkesanan Kamus Web Multimedia Interaktif Berasaskan Pendekatan Andragogi

Zaidatun Tasir, Jamalludin Harun dan Nurul Syazwani Ismail

Jurnal ini membincangkan penghasilan dan penilaian keberkesanan Kamus Web Multimedia Interaktif dalam pembelajaran subjek Teknologi Multimedia. Berlandaskan model reka bentuk instruksi R2D2 (Reclusive, Reflective, Design & Development), kamus ini mengintegrasikan reka bentuk informasi yang berasaskan Andragogi, reka bentuk interaksi berasaskan persekitaran Wikis dan reka bentuk antara muka berasaskan elemen multimedia. Populasi kajian ialah 301 pelajar di sebuah universiti dan 189 pelajar telah dipilih secara rawak mudah bagi mendapatkan reka bentuk kamus yang dikehendaki. Min keseluruhan reka bentuk informasi ialah 4.34, reka bentuk interaksi ialah 4.29 dan reka bentuk antara muka ialah 3.36. Berdasarkan nilai min ini, pelajar bersetuju dengan prinsip Andragogi dan Wikis yang seharusnya diintegrasikan ke dalam bahan pembelajaran berasaskan web. Seramai 8 orang pelajar telah dipilih secara persampelan bertujuan untuk menilai keberkesanan kamus.

Terdapat perbezaan signifikan dari segi penguasaan istilah multimedia dalam kalangan pelajar selepas menggunakan Kamus Web Multimedia Interaktif (p=0.011, =0.05). Elemen multimedia yang kerap dicapai oleh pelajar menerusi kamus ialah elemen grafik, animasi dan video.Pelajar bersetuju bahawa Kamus Web Multimedia Interaktif ini dapat membantu mereka dalam menguasai istilah multimedia Pemahaman berkaitan istilah yang digunakan amat penting bagi pelajar untuk memperluaskan penerokaan dalam bidang multimedia. Ini selaras dengan apa yang dilaporkan Cockcroft(1982), iaitu masalah dalam sesuatu subjek harus diterjemahkan kepada sebutan dan konsep subjek tersebut sebelum ianya dapat diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini memerlukan fahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam masalah tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran dalam kalangan sesetengah pelajar.

Pemahaman terhadap perkembangan kondisi psikologi orang dewasa tentu saja mempunyai erti penting bagi para pendidik atau fasilitator dalam menghadapi orang dewasa sebagai siswa. Berkembangnya pemahaman kondisi psikologi orang dewasa semacam itu tumbuh dalam teori yang dikenal dengan nama andragogi. Andragogi sebagai ilmu yang memiliki dimensi yang luas dan mendalam akan teori belajar dan cara mengajar. Secara singkat teori ini memberi kandungan dasar yang esensial bagi kegiatan pembelajaran orang dewasa. Oleh sebab itu, pendidikan atau usaha pembelajaran orang dewasa memerlukan pendekatan khusus dan harus memiliki pegangan yang kuat akan konsep teori yang didasarkan pada penghayatan atau pemahaman orang dewasa sebagai siswa.

n.thivya (M20132001682)

1