Upload
lehanh
View
266
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD_version4.0_01062018
1
FREQUENT ASK QUESTION
TIKET TREN KHAS - “LAMBAIAN AIDILFITRI” 2018
Bersempena dengan sambutan Aidilfitri 2018, KTMB mengambil kesempatan
mempromosikan perkhidmatan tren khas di bawah KTM Holidays & Event
Management bagi sektor Kajang – Tumpat - Kajang.
Apakah nama perkhidmatan Tren Khas (TK) ini?
Perkhidmatan tren ini dinamakan Tren Khas - Lambaian Aidilfitri (TK-LA).
Bilakan perkhidmatan TK-LA ini akan bermula?
Perkhidmatan TK-LA ini akan bermula pada :
a) Isnin, 11hb Jun 2016 dari Kajang ke Tumpat; dan
b) Rabu, 20hb Jun 2018 dari Tumpat ke Kajang.
Adakah perkhidmatan TK-LA ini sama dengan tren Intercity ERT26/27 ?
Tidak.
TK-LA merupakan perkhidmatan tren charter spesifik bagi sesuatu
program/acara dan tiket dijual secara pakej dengan nilai tambah
(termasuk makanan dan minuman) untuk keselesaan pelanggan.
Apakah ciri-ciri TK-LA?
a) Gabungan koc-koc penumpang berhawa dingin (AFC, ASC & ADNS) dan
koc khas (Koc Event) untuk sewaan khusus bagi sesuatu
program/acara;
b) Bermula dari stesen pilihan yang bersesuaian dengan keperluan
pelanggan menuju ke destinasi pilihan pelanggan;
c) Harga tiket dijual secara flat rate iaitu perjalanan bermula dari
stesen origin ke stesen destinasi akhir dan boleh berhenti di
stesen pertengahan mengikut pilihan pelanggan;
d) Harga jualan tiket adalah secara pakej iaitu; harga perjalanan tren
+ 2x makanan
Apakah keistimewaan lain yang diberi kepada pelanggan TK-LA?
Pelanggan TK-LA boleh menggunakan kemudahan Koc Event untuk
melakukan solat berjemaah / solat terawih / bertadarus Al-Quran /
mendengar rakaman kuliah agama
Bilakah tiket TK-LA ini boleh mula di beli?
Orang ramai boleh membeli tiket TK-LA bermula 4hb Jun 2018, jam 8:30
pagi.
KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD_version4.0_01062018
2
Bagaimanakah cara untuk membeli tiket TK-LA?
Pembelian tiket TK-LA boleh dibuat melalui kaedah di bawah:
Walk in : pembelian di kaunter tiket KTMB sahaja; atau
Tempahan berkumpulan : pertanyaan dan tempahan melalui email di
[email protected]; atau
e-ticket / agen tiket berdaftar dengan KTMB.
Apakah jenis-jenis tiket yang dijual untuk Tren Khas - LA?
Terdapat 3 jenis tiket sahaja iaitu :
a) Tiket Dewasa;
b) Tiket Kanak-kanak; dan
c) Tiket Orang Kelainan Upaya (berdaftar dengan JKMM)
Apakah had umur untuk tiket kanak-kanak Tren Khas – LA?
Had umur kanak2 bagi TK - LA adalah tertakluk kepada polisi KTMB iaitu:
a) 4 tahun sehingga 12 tahun Nota : 3 tahun dan ke-bawah tidak dikenakan tambang dan boleh berkongsi
tempat duduk/tidur dengan ibu/bapa/penjaga.
Adakah lain-lain konsesi layak digunakan untuk tren TK-LA?
Tidak. Hanya konsesi OKU dan kanak-kanak sahaja yang layak digunakan
untuk TK-LA.
Jadual Harga Pakej TK-LA : KAJANG – TUMPAT (Dewasa)
Jadual Harga Pakej TK-LA : TUMPAT - KAJANG (Kanak2)
Jenis Koc Harga jualan pakej Termasuk: (2x meals)
AFC
RM150 - 1x pek moreh + 1pek sahur
ADNS RM135 (Atas) - 1x pek moreh + 1pek sahur
RM140 (Bawah) - 1x pek moreh + 1pek sahur
ASC
RM130 - 1x pek moreh + 1pek sahur
Jenis Koc Harga jualan pakej Termasuk: (2x meals)
AFC
RM88 - 1x pek dinner + 1pek sarapan pagi
ADNS RM83 (Atas) - 1x pek dinner + 1pek sarapan pagi
RM88 (Bawah) - 1x pek dinner + 1pek sarapan pagi
ASC
RM78 - 1x pek dinner + 1pek sarapan pagi
KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD_version4.0_01062018
3
Jadual waktu perjalanan TK-LA
Perkhidmatan TK-LA ini mempunyai 12 stesen hentian seperti dalam
jadual di bawah :
STESEN MULA STESEN AKHIR
Apakah terma dan syarat tiket TK-LA?
a) Hanya 3 jenis tiket sahaja yang keluarkan iaitu :
Dewasa;
Orang Kelainan Upaya (OKU) berdaftar dengan JKMM);
Kanak-kanak (berusia diantara 4 hingga 12 tahun);
b) OKU mesti mengemukakan kad pengenalan dan kad OKU yang dikeluarkan
oleh JKMM ketika membuat pembelian atau pemeriksaan tiket;
c) Tiket untuk Dewasa dan Kanak-kanak boleh pada tarikh jualan dibuka
sehingga tarikh tren dijadualkan berlepas tertakluk kepada kekosongan
tiket.
d) Tiket tidak boleh dipinda tarikh atau pindah milik;
NO & NAMA TREN / STESEN HENTIAN
TRAIN NO. & NAME / STOP STATION
TS-
LAM
BA
IAN
A
IDIL
FITR
I
NO & NAMA TREN / STESEN HENTIAN
TRAIN NO. & NAME / STOP STATION
TK-
LAM
BA
IAN
A
IDIL
FITR
I
1030 1031 KAJANG 2025 TUMPAT 2155
SEREMBAN 2110 WAKAF BAHARU 2213
PULAU SEBANG/TAMPIN 2145 PASIR MAS 2229
GEMAS 2247 TANAH MERAH (X 60) 2309
KUALA KRAU (X 27) 0248 KRAI 2345
KUALA LIPIS 0459 DABONG 0059
GUA MUSANG 0657 GUA MUSANG 0241
DABONG KUALA LIPIS 0454
KRAI 0948 KUALA KRAU (X 27)
TANAH MERAH 1025 GEMAS 1100
PASIR MAS 1051 PULAU SEBANG/TAMPIN 1133
WAKAF BAHARU 1107 SEREMBAN 1206
TUMPAT 1122 KAJANG 1250
KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD_version4.0_01062018
4
e) Pembatalan dibenarkan mengikut syarat di bawah :
Lebih 72 jam dari masa berlepas, pemulangan 75% ke atas tambang
perjalanan;
Kurang 72 jam sehingga 24 jam dari masa berlepas, pemulangan
50% ke atas tambang perjalanan;
Tiada pemulangan tambang untuk pembatalan kurang daripada 24
jam dari masa berlepas.
f) Pemulangan tambang adalah tertakluk ke atas tambang perjalanan
sahaja tidak termasuk complimentary (sajian makanan);
g) Tiket hanya boleh dibeli di kaunter tiket KTMB atau tempahan melalui
emel bagi tempahan berkumpulan sahaja. Syarat tempahan berkumpulan
mestilah dalam jumlah minima 10 orang atau/dan ke-atas;
h) Tiada pembelian dari kaedah pembelian selain dari di atas;
i) Tidak dibenarkan mana-mana orang menaiki tren tanpa membeli tiket
terlebih dahulu
~ TAMAT ~