of 51/51
Nama Calon : Nik Mohamad Zhafran Bin Nik Mohd Zuber Tingkatan : 3 Muslim Nombor K/P : 950604-03-6143 Nama Sekolah : SMA. Al-Quran Waddin MIGRASI DALAMAN PENDUDUK

Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010 Full Edition

  • View
    5.539

  • Download
    4

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Sila Lawat Blog http://www.niktvonline.blogspot.com Jangan Lupa comment bagi siapa yang download tu

Text of Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010 Full Edition

MIGRASI DALAMAN PENDUDUKNama Calon Tingkatan Nombor K/P Nama Sekolah Tajuk Kerja Kursus Guru Penilai : Nik Mohamad Zhafran Bin Nik Mohd Zuber : 3 Muslim : 950604-03-6143 : SMA. Al-Quran Waddin :Kajian Tentang Migrasi Dalaman Penduduk Di Permas Jaya, Masai Daerah Johor Bahru, Johor. : Pn Nur Azean Binti Arsad

Isi Kandungan1.0 2.0 3.0 4.0 Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian 4.1 Peta Nageri Johor 4.2 Peta Daerah Johor Bahru 4.3 Lakaran Peta Kawasan Kajian Permas jaya Kaedah Kajian Dapatan Kajian 8.1 Konsep migrasi penduduk 8.2 Pola migrasi penduduk 8.3 Faktor-faktor mempengaruhi migrasi dalaman 8.4 Kesan migrasi dalaman 8.5 Cadangan mengatasi kesan migrasi dalaman Rumusan Lampiran 8.1 Lampiran 1 : Surat makluman kepada ibu bapa / penjaga 8.2 Lampiran 2 : Surat kebenaran ibu bapa / penjaga 8.3 Lampiran 3 : Soalan Temu Bual 8.4 Lampiran 4 : Borang Soal Selidik Rujukan 3 4 5 6 7 8 9 10 11 11 11 12 15 18 20 21 22 23 24 28 49

5.0 8.0

7.0 8.0

9.0

2

1.0 PenghargaanSetelah bertungkus lumus selama dua bulan akhirnya saya dapat menyiapkan Kerja Kursus Geografi (KKG) seperti mana yang diarahkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia jayanya. Namun disebalik kejayaan saya dalam menyiapkan kajian ini, banyak pihak telah terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung. Oleh sebab itu, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn Hajah Che Selamah Bt Che Nik selaku Pengetua SMA Al-Quran Waddin, yang memberi galakan dan kebenaran kepada saya untuk melaksanakkan kajian yang menarik ini.

Tidak lupa juga kepada Pn Nur Azean Binti Arsad sebagai guru geografi yang banyak memberi bimbingan, tunjuk ajar serta memberi keyakinan kepada saya dalam menyiapkan kajian ini mengikut piawaian yang telah ditetapkan.

Selain daripada itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung di sekitar kawasan Permas Jaya, serta semua pihak yang terlibat dalam membantu saya menjayakkan kajian pada kali ini dengan memberi kerjasama yang cukup membanggakan. Tidak ketinggalan juga saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih buat kedua ibu bapa tersayang iaitu Nor Azman bin Yahya Dan Mastura Binti Kammarudin serta rakan-rakan seperjuangan saya seperti Syawal Bin Saad dan Salihin Bin Abdul Rahman yang banyak membantu dari segi kewangan, moral dan idea kepada saya sepanjang menyiapkkan kajian ini.

3

2.0 pendahuluanKajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk pensijilan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ). Kami semua telah diberikan tajuk iaitu Migrasi Dalaman Penduduk. Oleh itu, kami semua telah diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di kawasan sendiri memandangkan ia amat bersesuai dengan tajuk yang diberikan. Di Bandar Baru Permas Jaya, sememangnya terdapat migrasi yang berlaku di kampung ini disebabkan perkembangan sektor pekerjaan di kawasan sekitarnya. Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula bulan Mac sehingga bulan Mei iaitu kira-kira 3 bulan. Setiap pelajar perlu menulis satu laporan yang lengkap tentang kajian yang telah dijalankan. Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah khususnya kepada saya dan amnya kepada masyarakat di kawasan tempat tinggal saya.

4

3.0 Objektif KajianBerikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan 1) 2) 3) 4) 5) 6) Mendefinisikan konsep migrasi penduduk dengan tepat dan jelas Menyatakan pola migrasi penduduk di kawasan kajian Menyatakan faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian. Menyatakan kesan migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian. Mencadangkan langkah untuk mengatasi kesan migrasi yang berlaku di kawasan kajian. Penerapan nilai dan sistem patriotisme terhadap penduduk di Bandar Baru Permas Jaya mengenai

kepentingan migrasi.

4.0 Kawasan Kajian5

Kajian ini telah dijalankan di Permas Jaya,Johor Bahru . Lokasi kawasan kajian ini terletak kira-kira 13.7 kilometer dari Bandar Johor Bahru.Permas Jaya adalah sebuah kawasan perumahan terletak di Daerah Johor Bahru, timur laut Johor Bahru, dan di bawah pentadbiran MBJB atau Dewan Bandar Raya Johor Bahru Zon Tenggara. Jambatan Permas Jaya bersambung dengan Bakar Batu, Taman Sentosa dan pusat sistem Johor Bahru. Biasanya tambang bas yang dikenakan untuk pengangkutan bas ke sekolah ialah RM 1.00 untuk perjalanan pergi dan balik yang mengambil masa 15 minit untuk sampai ke sekolah. Kawasan perumahan saya mempunyai sebuah sekolah rendah iaitu SK Permas Jaya 1 yang mempunyai pelajar seramai 1000 orang..Permas Jaya mempunyai padang golf dan kediaman kondominium. Ia juga mempunyai kemudahan sukan dan kompleks rekreasi .Pusat Permas terkenal dengan tempat membeli-belah utama dan menjadikan kompleks masa lapang dengan sebuah pawagam dan gelanggang boling tetapi telah ditutup semenjak 1999. Kini, JAYA Jusco adalah pusat membelibelah utama di Permas Jaya. Permas Jaya Management telah membina Permas Mall untuk menarik perniagaan baru. Permas Jaya adalah lokasi strategiknya antara Johor Bahru dan pelabuhan kapal Pasir Gudang dalam satu kawasan dengan penduduk kawasan tadahan lebih daripada 300,000.Bandar Baru Permas Jaya juga mudah untuk dikunjungi kerana mempunyai sistem perhubungan , pengangkutan yang sempurna. Kemudahan yang ada di Permas Jaya ialah padang Padang Golf ,Kompleks Sukan,Perpustakaan,Sekolah ,Bank ,Pejabat Pos ,Pusat membeli-belah ,Stesen Minyak,Hotel,Pusat bowling.

4.1 Peta Negeri Johor

6

U

4.2 Peta Daerah Johor Bahru7

U

Kawasan kajian

4.3 Peta Kawasan kajian8

Kg.Dusun

Kg.Selat, Kg.Parit 4,5,6,7 Layang-Layang Kg.Paloh Kiri

5.0 Kaedah Kajiandan 8 Sebelum memulakan kajian , saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan digunakan untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya telah 9

menggunakan 4 kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini. Berikut merupakan kaedah yang telah digunakan :1) Pemerhatian = saya telah membuat pemerhatian untuk mengenal pasti pola migrasi yang

berlaku di kawasan Bandar Baru Permas Jaya 2) Temu Bual = seterusnya saya telah menemu bual beberapa orang penduduk kampung

untuk mengetahui pendapat dan pandangan mereka pola migrasi di kawasan saya. Temu bual dijalankan kepada penduduk Permas Jaya yang telah lama menetap disitu kerana mereka lebih berpengalaman dan tahu tentang keadaan kawasan Permas Jaya. 3) Soal Selidik = saya juga telah menyediakan 20 borang soal selidik yang perlu diisi oleh

penduduk kampung yang akan menjadi responden terhadap kajian yang akan dilakukan. ( borang soal selidik sila rujuk lampiran ) 3) Rujukan = selain itu, saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan melayari

internet untuk mendapatkan maklumat tambahan terutamanya tentang penerangan migrasi yang berlaku di Malaysia.

8.0 Dapatan Kajian8.1 Konsep migrasi pendudukSecara umum migrasi penduduk ialah penghijrahan seseorang yang melintasi sempadan, kawasan, negeri, negara atau sempadan antarabangsa. Merujuk kepada kajian ini migrasi yang

10

dibincangkan ialah migrasi dalaman. Dalam konteks ini, migrasi ialah penduduk dari satu tempat ke tempat yang lain.

8.2 Pola migrasi penduduk di kawasan kajianPola migrasi penduduk di kawasan kajian dapat dibahagikan kepada 2 iaitu: a) Migrasi luar bandar ke bandar Migrasi ini merujuk kepada penduduk di Permas Jaya yang berhijrah ke bandar-bandar seperti Ipoh, Manjung, Kuala Lumpur dan sebagainya sama ada untuk mencari pekerjaan yang selesa dalam perindustrian, mahupun menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi sama ada awam mahupun swasta. Terdapat 7 daripada 20 responden telah ke bandar untuk melanjutkan pelajaran dan bekerja. b) Migrasi bandar ke luar bandar Migrasi ini merujuk kepada penduduk yang berhijrah untuk menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi sama ada awam mahupun swasta ataupun yang telah bersara pulang ke tempat asal. Misalnya ada sebahagian penduduk Permas Jaya yang bekerja sebagai tentera di Kuala Lumpur pulang semula ke Permas Jaya selepas tamat perkhidmatan. Dan ada juga segelintir yang menyambung belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, pulang ke Kampung halaman setelah tamat belajar. Terdapat 13 daripada 20 responden telah kembali ke Permas Jaya apabila sudah tamat perkhidmatan.

8.3 Faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian

terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman di kawasan kajian antaranya ialah: a) Melanjutkan pelajaran 11

Segelitntir anak-anak peneroka yang memperolehi keputusan peperiksaan SPM dan STPM yang cemerlang akan menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi seperti Universiti Malaya Kuala Lumpur, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim dan sebagainya. Oleh kerana di kawasan Permas Jaya tidak terdapat pusat pengajian tinggi maka mereka terpaksa berhijrah untuk melanjutkan pelajaran. Terdapat 6 daripada 20 responden telah melanjutkan pelajaran ke bandar.

b) Peluang Pekerjaan Terdapat anak peneroka di Permas Jaya yang behijrah ke bandar-bandar seperti Shah Alam Selangor, Bayan Lepas Pulau Pinang, Ipoh dan sebagainya untuk mencari peluang pekerjaan yang lebih selesa dan gaji yang lebih tinggi di dalam sektor perindustrian, pembinaan dan perkhidmatan. Ini kerana di kawasan Permas Jaya peluang pekerjaan yang ada amat terhad . Terdapat 5 daripada 20 responden telah mendapat peluang pekerjaan di bandar.

c) Bersara Selain daripada faktor di atas terdapat juga faktor seperti bersara mempengaruhi migrasi dalaman di kawasan Permas Jaya. Misalnya terdapat penduduk di kawasan kajian ini yang pernah berkhidmatan sebagai polis, tentera dan guru akhirnya pulang semua ke kampung halaman setelah tamat perkhidmatan (bersara). Misalnya ada yang pernah berkhidmat sebagai tentera di negeri Sarawak selama 20 tahun dan akhirnya pulang semula ke Permas Jaya dan berehat ataupun meneruskan perniagaan secara kecil-kecilan bagi mengisi masa lapang dan 12

menampung hidup. Terdapat 4 daripada 20 responden telah kembali ke Permas Jaya apabila sudah tamat perkhidmatan.

d) Kemudahan asas Oleh kerana Permas Jaya merupakan kawasan tanah rancangan, kemudahan asas yang ada terhad seperti sekolah, masjid, air elektrik dan lain-lain. Demi mendapatkan keselesaan hidup maka mereka mengambil keputusan hidup untuk berpindah ke kawasan yang lebih maju dan selesa seperti berpindah bandar-bandar seperti Ipoh dan Kuala Lumpur. Hal ini kerana di kawasan yang dituju terdapat kemudahan yang lebih baik seperti jaringan pengangkutan yang cekap, hospital, kolej, pasaraya dan sebagainya. Terdapat 5 daripada 20 responden ke Permas Jaya atas faktor kemudahan asas.

e) Penerapan Unsur Patriotisme kita patut bersyukur kerana dilahirkan dan dibesarkan di negara malaysia yang aman dan damai di samping kestabilan ekonomi yang banyak memberi manfaat kepada kita semua.

Carta Pai 1: Faktor yang mempengaruhi migrasi di kawasan kajian

13

Berdasarkan diatas,menunjukkan yang

Carta

Pai

faktor-faktor migrasi di

Faktor Yang Mempengaruhi kawasan kajian Melanjutkan pelajaran Peluang pekerjaan Bersara Kemudahan Asas Jumlah

Jumlah Penduduk 6 5 4 5 20

mempengaruhi

kawasan Permas Jaya. Faktor yang mempengaruhi migrasi terdiri daripada malanjutkan pelajaran,peluang pekerjaan,bersara dan kemudahan asas.Melanjutkan pelajaran ialah

faktor yang mempengaruhi migrasi yang paling banyak ,iaitu sebanyak 30%.Manakala Peluang pekerjaan dan kemudahan asas adalah sama jumlah,iaitu 25%.Bersara pula paling sedikit jumlahnya,iaitu 20%.

8.4 Kesan migrasi dalaman penduduk di kawasan kajianSecara umumnya terdapat dua kesan utama migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian: a) Kesan positif a. Penduduk bertambah i. Migrasi dalaman yang berlaku ini telah menyebabkan bilangan penduduk di kampung saya telah meningkat walau pun terdapat penduduk yang telah 14

berhijrah ke luar. Ini diseimbangkan oleh kemasukan penduduk disebabkan oleh faktor governan, ikut keluarga dan perkahwinan. Walau bagaimana pun penduduk di kawasan saya masih stabil dan masih lagi ada kawasan yang belum dihuni oleh penduduk. b. Taraf hidup meningkat i. Penduduk yang berhijrah ke bandar seperti Shah Alam untuk melanjutkan pelajaran akhirnya pulang semula ke tempat asal iaitu di Permas Jaya dan memperolehi pekerjaan yang lebih selesa sebagai guru, jururawat dan sebagainya yang mana mempunyai pendapatan yang lebih tinggi dan selesa serta mempu memiliki rumah yang lebih selesa. c. Pasaran bertambah i. Dengan pertambahan penduduk di kawasan yang dituju, secara tidak langsung menyumbang kepada ekonomi iaitu pasaran bagi barangan siap semakin bertambah.

b) Kesan negatif a. Masalah pengangguran i. Migrasi dalaman memberi kesan negatif kepada kawasan yang dituju. Misalnya penghijrahan tenaga buruh tempatan dan warga asing seperti Nepal dan Bangladesh ke Permas Jaya telah menyebabkan lambakkan tenaga buruh secara tidak langsung menyebabkan wujud persaingan 15

pekerjaan dengan penduduk tempatan yang sengit dalam mendapatkan peluang pekerjaan. Dengan ini maka masalah pengangguran di kawasan kajian ini. b. Masalah sosial i. Ekoran daripada wujud masalah pengangguran di kawasan Permas Jaya ini, maka wujud masalah sosial seperti pecah rumah dan masalah penagihan dadah di kalangan penduduk tempatan di kawasan kajian. Hal ini kerana desakan hidup dan kos sara hidup yang sentiasa meningkat adalah tinggi di samping tiada pekerjaan. c. Komposisi penduduk berubah i. Kebanyakan mereka yang melakukan migrasi adalah terdiri daripada kaum lelaki dan belia yang berusia diantara 18 40 tahun. Dengan ini komposisi lelaki di kawasan kajian agak tidak stabil kerana penduduk perempuan dan orang tua lebih ramai manakala golongan belia yang aktif adalah sedikit keadaan ini secara tidak langsung menyebaban kadar kelahiran berkurang dan dalam jangka masa yang panjang. d. Nilai dan patriotisme i. Saya berasa bersyukur kerana kawasan kajian di Permas Jaya mempunyai peluang pekerjaan yang mencukupi serta taraf hidup penduduk yang selesa.

Peta Minda 2: Kesan migrasi dalaman di kawasan kajian

16

8.5 Cadangan mengatasi kesan migrasi dalaman penduduk di kawasan kajiana) Mewujudkan peluang pekerjaan Bagi mengatasi masalah pengangguran di kawasan Permas Jaya pihak berwajib boleh mewujudkan peluang pekerjaan di dalam perindustrian atau pun industri hiliran. Hal ini bertujuan mengelakkan golongan belia menganggur dan membazir masa. Antara peluang pekerjaan yang boleh diwujudkan adalah Seperti membuat kraftangan dan industri makanan ringan seperti kerepek dan juga kuih karas dan sebagainya. b) Rukun tetangga dan penguatkuasaan undang-undang Dalam membanteras masalah sosial pihak pengurusan Permas Jaya dengan kerjasama penduduk boleh mewujudkan Rukun Tetangga. Tujuan rukun tetangga ini diwujudkan bagi mengatasi masalah pecah rumah dan penagihan dadah di kalangan belia di kawasan kajian. Pada masa yang sama penduduk tempatan boleh bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan seperti polis dalam menguatkuasakan undang-undang dalam membanteras jenayah yang berlaku. c) Meningkatkan kemudahan kesihatan Oleh kerana ramai golongan belia telah berhijrah dan hanya golongan tua yang tinggal, bagi menjamin taraf kesihatan yang lebih baik, pihak berwajib boleh meningkatkan kesihatan penduduk dengan menyediakan kemudahan kesihatan seperti klinik kesihatan dan klinik desa. Dengan adanya kemudahan ini ia memudahkan proses medapatkan rawatan dengan lebih cepat. Dengan mewujudkan peluang pekerjaan di kawasan kajian juga dapat mengelakkan golongan belia yang aktif dari berhijrah sekali gus dapat menyeimbangkan komposisi penduduk di Permas Jaya. 17

d) Saya bangga sebagai rakyat Malaysia kerana dapat tinggal di negara yang aman dan harmoni di samping pemimpin yang peka dengan masalah rakyat.

Peta Minda 3: Cadangan mengatasi kesan migrasi dalaman Penduduk kawasan kajian.

18

7.0 RumusanMigrasi ini sememangnya merupakan satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Apa yang penting migrasi ini perlu di kawal supaya ia tidak menimbulkan masalah kepada penduduk kampung. Sebagai contoh, kemasukan warga asing yang keterlaluan boleh menyebabkan berlakunya masalah sosial kepada penduduk kampung. Di samping itu, golongan belia digalakkan untuk tidak berpindah kerana mereka merupakan aset yang amat berharga untuk membangunkan kawasan kampung saya.

19

LAMPIRAN

20

21

22

SOALAN TEMU BUAL

23

Kajian tentang Migrasi Dalaman Penduduk Di Permas Jaya, Daerah Johor Bahru, Johor

Nama : Mohd Azni Bin Mohd Azmil

1. Saudara berasal dari mana? Saya Berasal Dari Johor Bahru. 2. Berapa lama saudara tinggal di kawasan ini ? Sudah 4 tahun 3. Apakah sektor pekerjaan yang saudara ceburi ? Polis 4. Berapakah jumlah ahli keluarga yang telah berhijrah ? Dua ahli keluarga. 5. Pada pendapat saudara, apakah faktor yang menyebabkan berlakunya migrasi dalaman di kawasan ini ? Faktor pekerjaan.

24

Nama : Firdaus Bin Rahmat

1. Saudara berasal dari mana? Saya Berasal Dari Perak. 2. Berapa lama saudara tinggal di kawasan ini ? Sudah 1 tahun. 3. Apakah sektor pekerjaan yang saudara ceburi ? Bersara. 4. Berapakah jumlah ahli keluarga yang telah berhijrah ? Tiga ahli keluarga. 5. Pada pendapat saudara, apakah faktor yang menyebabkan berlakunya migrasi dalaman di kawasan ini ? Faktor ekonomi.

25

Nama : Amrinuddin Bin Azman

1. Saudara berasal dari mana? Saya Berasal Dari Kedah. 2. Berapa lama saudara tinggal di kawasan ini ? Sudah 6 tahun. 3. Apakah sektor pekerjaan yang saudara ceburi ? Guru. 4. Berapakah jumlah ahli keluarga yang telah berhijrah ? Lima ahli keluarga. 5. Pada pendapat saudara, apakah faktor yang menyebabkan berlakunya migrasi dalaman di kawasan ini ? Faktor sosial.

26

BORANG SOAL SELIDIK

27

28

29

30

31

32

33

34

35

36

37

38

39

40

41

42

43

44

45

46

47

9.0 RujukanSumber Internet 1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Permas_Jaya 48

2.

http://permasjaya.mybestproperty.com/index.php?pg=proj

3. http://akasiamaya.blogspot.com/2010/05/dapatan-kajian-migrasi-penduduk.html

Orang Sumber 1. Mohd Azni Bin Mohd Azmil,penduduk Permas Jaya. 2. Firdaus Bin Rahmat,penduduk Permas Jaya. 3. Amrinudin Bin Azman,penduduk Permas Jaya.

Buku Teks: 1. Buku teks tingkatan 1: Chong Yoon Choi, Chong Hui Ling, Kang Chai Yoeng, 2002, Buku Teks Geografi Tingkatan 1, Petaling Jaya, Media Network Sdn. Bhd. 2. Buku teks tingkatan 2: Abdul Aziz bin Abdul Rahman, Lim Jin Choon dan Ratnam Karuppiah Servai, 2003, Buku Teks Geografi Tingkatan 2, Kuala Lumpur, Percetakan Rina Sdn. Bhd. 3. Buku teks tingkatan 3: Khaw Ah Seng, Habibah Hj Lateh, Tan Koh Lim, 2004, Buku Teks Geografi Tingkatan 3, Ipoh, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

49