Kerja Kursus Add Math

Embed Size (px)

DESCRIPTION

KK Add Math 2014

Citation preview

KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN 20141

KANDUNGAN

BILANGANKANDUNGANMUKA SURAT

1Tajuk2

2Penghargaan3

3Objektif4

4Pengenalan5

5Tugasan Kerja Projek Bahagian 1 Bahagian 2 Bahagian 3Soalan Lanjutan6-156789-15

6Kesimpulan16

7Refleksi17-18

KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHANTINGKATAN 52014SOALAN 1

TANGKI AIR

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana limpah kurniaNya saya dapat menyiapkan Projek Matematik Tambahan yang bertajuk Tangki Air. Projek ini begitu penting kepada saya memandangkan projek ini merupakan tugasan bagi memenuhi silibus Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah bagi mata pelajaran Matematik Tambahan Tingkatan 5.Ribuan terima kasih saya ingin ucapkan kepada semua pihak yang banyak membantu saya selama saya menjalankan projek ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.Sekalung Penghargaan buat Bonda Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Mak Lagam, Hajah Azizah Binti Jusoh kerana telah banyak memberikan suntikan semangat dan motivasi untuk terus melakukan projek ini.Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya ucapkan buat Guru Matematik Tambahan saya, Puan Rozilawaty Abdullah di atas bantuan dan bimbingan serta pendedahan cara melakukan tugasan projek ini tanpa mengenal erti penat lelah.Jutaan terima kasih juga kepada ibu bapa saya, Muhamad Kamal Bin Abdul Rahman dan Haniza Binti Hasim di atas sokongan dan dorongan yang diberikan untuk saya melakukan tugasan ini.Tidak lupa juga buat sahabat-sahabat saya khususnya pelajar-pelajar Tingkatan 5 Ikhlas yang sentiasa memberikan semangat, idea, makluman dan cara untuk melakukan tugasan ini kepada saya.Sesungguhnya, jasa baik dan bantuan kalian telah membantu saya menyiapkan laporan bagi Tugasan Kerja Projek Matematik Tambahan ini.

Kami telah diberi pilihan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyelesaikan satu tugasan mengikut kemahuan kami. Projek ini perlu dilakukan secara individu dan pada akhirnya Kementerian Pendidikan Malaysia mensasarkan bahawa kami dapat memenuhi objektif Kerja Projek Matematik Tambahan ini. Antara objektif yang perlu diterapkan kepada kami ialah :- Mengaplikasikan tentang kepelbagaian cara dan strategi untuk menyelesaikan masalah.OBJEKTIF

Mengembangkan pengetahuan matematik yang akan meningkatkan minat dan keyakinan pelajar. Menggunakan aplikasi matematik pada setiap situasi harian dan memahami bahawa matematik memainkan peranan dalam kehidupan. Untuk meningkatkan kemahiran berfikir dan menunjukkan bahawa kemahiran matematik sangat efektif. Membantu pelajar mengembangkan perwatakan dan personaliti yang positif dan nilai-nilai matematik seperti ketepatan, keyakinan dan alasan yang bijak bagi setiap yang berlaku dalam kehidupan. Untuk merangsang pembelajaran dan memupuk Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) yang efektif. Menyedarkan diri tentang kepentingan dan kehebatan matematik.

PENGENALAN

Keperluan tangki air adalah satu perkara yang asas bagi setiap negara. Tangki air merupakan perkara wajib di sesebuah kawasan kerana tangki air merupakan tempat penyimpanan air untuk minuman, keperluan agrikultur, pemadaman kebakaran, pertanian, perladangan, pembuatan bahan kimia, penyediaan makanan dan untuk aplikasi yang pelbagai. Tangki air merupakan tempat untuk menyalurkan air dan bertindak sebagai tangki penyimpan air. Apabila terdapat beberapa masalah teknikal berkaitan dengan paip pengedaran air, maka tangki air akan memainkan peranannya untuk menyalurkan air kepada para pengguna.Sebuah tangki air berupaya untuk menyimpan air untuk 12 jam dan kebiasaanya tangki air mampu menyimpan air Antara 100 000 gallon air kepada 6 000 000 gallon air pada sesuatu masa.Terdapat tiga jenis bahan binaan tangki air. Tetapi, hanya dua jenis sahaja yang digunakan untuk membuat tangki air kerana pergantungannya ke atas faktor kekuatan infrastruktur. Bahan yang sesuai untuk membina tangki air ialah konkrit kerana ketahanannya pada jangka masa yang panjang. Tangki air jenis konkrit mampu bertahan selama lebih sedekad.Untuk bangunan binaan kaca, tempoh rintangan adalah kurang daripada binaan struktur konkrit, kira-kira setahun. Tangki air biasanya dibuat daripada kaca fiber untuk tangki air di rumah.

TUGASAN KERJA PROJEK

BAHAGIAN 1

SOALAN

Jika paras air dalam tangki menurun dengan kadar 0.1 cm min , hitungkan isipadu air yang keluar dalam masa satu jam.-1

PENYELESAIAN

BAHAGIAN 2

SOALAN

a) Pada suatu ketika, tangki air adalah penuh. Jika bekalan air kepada tangki pada masa itu terputus selama tiga hari, bilakah tangki itu akan kering?b) Pada musim kemarau, Jabatan Bekalan Air mewajibkan setiap rumah supaya menjimatkan penggunaan air. Apakah purata had penggunaan air yang perlu dipatuhi oleh setiap rumah jika air tidak dibekalkan kepada tangki tersebut selama tiga hari?PENYELESAIAN

BAHAGIAN 3

SOALAN

a) Pada suatu ketika, kebocoran berlaku dan ini menyebabkan kehilangan air daripada tangki dengan kadar 10 cm s ,. Pada masa yang sama, penggunaan air oleh semua penduduk kawasan berkenaan ialah 20 cm s , apakah kadar penurunan paras air?-1-1

b) Sebagai penduduk kawasan perumahan itu, berikan cadangan anda untuk mengatasi masalah kekurangan air. PENYELESAIAN

SOALAN LANJUTAN

Isipadu tangki yang diperlukan untuk membekalkan air secukupnya kepada semua penduduk kawasan perumahan itu ialah 1000 m . Diberi bahawa kos bahan yang digunakan untuk membina dinding dan tapak tangki dengan ketebalan 0.1 m ialah RM 1200 per m . Penutup tangki pula berharga RM 50 per m . Dengan meneroka sekurang-kurangnya tiga bentuk tangki air yang berlainan, hitungkan kos minimum bagi setiap bentuk pilihan anda.2333

Seterusnya, bincangkan bentuk yang paling sesuai untuk membina tangki air. Perbincangan anda perlu meliputi, Antara lain, aspek-aspek yang berikut : Kos Bahan Kestabilan Struktur Kos Pembinaan

KESIMPULAN

Setelah saya melakukan tugasan ini, saya mendapati bahawa tangki air memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita bagi memenuhi keperluan seharian kita. Tangki air bukan sahaja memenuhi keperluan hidup kita malah tangki ini banyak diguna pakai untuk keperluan industri negara. Sepanjang melakukan kajian ini, saya juga dapat mengenal pasti bahawa ilmu matematik amat penting dalam kehidupan kita sama ada kita sedar atau kita tidak sedar. Ilmu matematik berupaya menyelesaikan beberapa masalah berkaitan jangkaan untuk sesuatu.Pada akhir tugasan ini dilakukan, saya juga yakin bahawa segala objektif tugasan ini telah dicapai oleh saya. Segala objektif yang saya capai ini mampu menjadikan saya sebagai seorang pelajar yang berkeyakinan dan melakukan sesuatu pekerjaan dengan mementingkan ketepatan dan kebijaksanaan.Jutaan terima kasih buat semua pihak yang banyak membantu saya menyediakan laporan Kerja Projek Matematik Tambahan ini.

REFLEKSI

Matematik memainkan fungsi penting alam bidang ekonomi. Penelitian struktur program sarjana muda dan ijazah lanjutan dalam bidang ekonomi, dan penulisan tesis oleh calon ijazah lanjutan, dan hasil penyelidikan ahli akademik menunjukkan peningkatan yang nyata dalam pengungkapan menggunakan matematik (termasuk statistik dan ekonometrik).

Laporan ekonomi seperti yang diterbitkan oleh Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia, institut penyelidikan seperti Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), dan bahagian ekonomi akhbar utama, mengandaikan kecelikan matematik dan statistik yang baik untuk seseorang itu memahami analisis ekonomi yang terkandung di dalamnya. Keputusan yang dibuat dalam pasaran modal, saham dan kewangan banyak berasaskan kepada model matematik.

Di sektor swasta, pengurus firma perlu tahu menggunakan pendekatan matematik untuk merancang strategi firma yang bermatlamatkan keuntungan, seperti strategi memaksimumkan jumlah hasil dan meminimumkan jumlah kos tertakluk kepada batasan tertentu seperti harga input, harga output dan kuantiti input yang ditetapkan. Kenyataan tersebut menunjukkan seseorang yang ingin memahami penyelesaian masalah ekonomi memerlukan pemahaman teknik matematik yang bersesuaian

Matematik Tambahan ... Dari hari aku dilahirkan ... Dari hari aku dapat memegang pensil ... Dari hari aku mula belajar ... Dan ... Dari hari aku mendengar namamu ... Aku sentiasa berfikir bahawa mu akan menjadi yang terhebat dan menjadi saingan ku dalam mencapai kejayaan cemerlang

Aku benar-benar suka mu ... Kau adalah rakan sebenar ku ... pasangan ku ... Kau pasangan jiwa ku ... Aku sayang Kamu, MATEMATIK TAMBAHAN ..