Kerja Kursus Geografi 2011 - Yuki-1

Embed Size (px)

Citation preview

Perkembangan Sistem Perhubungan (Telekomunikasi) di Taman Shamelin Perkasa, Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Bil. 01. 02. 03. 04. 05. 06. 07. 08. 09.

Tajuk Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan kajian Kaedah kajian Dapatan kajian Rumusan Lampiran Rujukan

Muka Surat 1 2 3 4 7 8 15 16 41

Saya merakamkan penghargaan kepada guru geografi saya, Puan Norhasmizar atas segala bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat yang amat berguna. Begitu juga kepada ahli keluarga saya atas sokongan moral dan dorongan yang telah diberikan sehingga saya dapat menyempurnakan kajian ini. Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih kepada penduduk Taman Shamelin Perkasa yang telah memberikan kerjasama kepada saya semasa menjalankan kajian ini. Akhir sekali, kepada rakan rakan setingkatan kerana sudi membantu mencari, mengumpul serta bertukar tukar maklumat.

Saya adalah pelajar Tingkatan 2 Berdikari dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur. Saya dan rakan sekumpulan telah menjalankan kajian tentang Perkembangan Sistem Perhubungan (Telekomunikasi) di Taman Shamelin Perkasa, Cheras Kuala Lumpur. Taman Shamelin Perkasa, Cheras Kuala Lumpur dipilih sebagai kawasan kajian kerana kedudukannya berhampiran dengan sekolah dan mempunyai sistem perhubungan yang meluas. Ini memudahkan pengumpulan data kajian dan maklumat. Tempoh masa kajian dijalankan adalah selama 47 hari dari 26 Mei 2011 hingga 11 Julai 2011.

Objektif kajian saya ialah 1. Menyatakan maksud konsep dan jenis sistem perhubungan dengan tepat dan jelas. 2. Menyenaraikan faktor yang mempengaruhi perkembangan sistem perhubungan. 3. Menghuraikan kepentingan sistem perhubungan. 4. Menghuraikan kesan perkembangan sistem perhubungan. 5. Mencadangkan langkah untuk mengurangkan kesan perkembangan sistem perhubungan. 6. Menerapkan nilai bekerjasama untuk menjaga sistem perhubungan dan bertanggungjawab atas perkembangan sistem perhubungan.

Kawasan kajian saya ialah Taman Shamelin Perkasa yang terletak di daerah Cheras, Kuala Lumpur. Kajian saya meliputi kawasan seluas lima kilometer persegi. Taman Shamelin Perkasa mempunyai bentuk muka bumi tanah pamah. Petempatan di kawasan ini jenis berpusat. Tempat kediaman penduduk dibina tersusun dan teratur. Jalan raya yang berturap disediakan. Di sini juga terdapat pelbagai kemudahan seperti sekolah, taman rekreasi, masjid, bekalan elektrik dan air jaraknya kira - kira 3 kilometer dari bandar yang terdekat iaitu Pandan Jaya.

Cheras, Kuala Lumpur

Saya menggunakan beberapa kaedah kajian dalam kajian ini seperti :a. Pemerhatian Saya telah meninjau ke kawasan kajian dan membuat pemerhatian ke atas kawasan tersebut tentang aktiviti dan kegiatan penduduk di kawasan ini. b. Temu bual Saya telah menjalankan temu bual dengan 20 orang responden yang bekerja di Taman Shamelin Perkasa untuk mendapatkan maklumat tentang perkembangan sistem perhubungan (telekomunikasi) di kawasan tersebut. c. Soal Selidik Saya menggunakan borang soal selidik untuk dijawab oleh responden. d. Rujukan Saya juga telah merujuk bahan media seperti buku dan internet.

8.1 Konsep dan jenis sistem perhubungan Sistem perhubungan pada dasarnya merupakan komunikasi elektronik jarak jauh, sama ada satu atau dua hala. Ini termasuklah komunikasi menggunakan, radio, televisyen, telefon dan komputer. Banyak jenis maklumat boleh dihantar melalui sistem telekomunikasi termasuk suara dan muzik, gambar dan gambar boleh bergerak, fail komputer dan aplikasi serta data telegraf. Pusat telekomunikasi moden terlibat dalam masalah penghantaran jumlah maklumat yang banyak dalam jarak yang jauh tanpa mengalami kerosakan data disebabkan oleh faktor bising dan gangguan. Sistem telekomunikasi merupakan semua sistem atau komponen yang terlibat dalam proses penghantaran maklumat tersebut.

8.2 Faktor yang Mempengaruh Perkembangan Sistem Perhubungan di Kawasan Kajian Sistem perhubungan yang biasanya digunakan oleh penduduk di kawasan kajian ialah radio, televisyen, telefon dan sebagainya. Antara faktor yang mempengaruh perkembangan sistem perkembangan di Taman Shamelin Perkasa ialah dasar kerajaan. Dasar kerajaan yang memberikan banyak kerja kursus kepada para pelajar untuk dilakukan dan para pelajar menggunakan internet untuk mencari maklumat bagi menyiapkan kerja tersebut. Faktor yang seterusnya ialah kemajuan teknologi. Faktor ini wujud disebabkan karena hampir semua riset teknologi dan ilmu pengetahuan di dunia dilakukan di negara-negara maju, yang lebih ditujukan untuk menghemat tenaga kerja, bukan modal. Faktor yang terakhir ialah kemudahan asas. Sesuatu penempatan yang dibina tidak akan selesa sekiranya tidak dilengkapi dengan kemudahan asas dan diikuti oleh kemudahan awam. Oleh itu, pelbagai kemudahan disediakan oleh kerajaan untuk keselesaan penduduk.

Kita dapat menerapkan unsur bangga dengan kemajuan sistem perhubungan di Taman Shamelin Perkasa.

8.3 Kepentingan Perkembangan Sistem Perhubungan di Kawasan Kajian Negara Malaysia mempunyai visi menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Bagi mencapai matlamat ini, negara kita telah merancang untuk meningkatkan penggunaan ICT dengan memperkenalkan Koridor Raya Multimedia (MSC). Pusat pemasaran tanpa sempadan juga boleh diwujudkan melalui sistem perhubungan. Peniaga dapat memasarkan barangan mereka dengan lebih cepat tanpa batasan. Contohnya, e dagang. Dalam bidang pendidikan pula, kerajaan negara Malaysia telah memperkenalkan sekolah bestari. Sekolah ini dilengkapi dengan pelbagai peralatan multimedia/komputer yang terkini. Sistem pengurusan sekolah bestari memungkinkan pengurusan sekolah menjadi lebih cekap dan berkesan. Rangkaian Sekolah Global diperkenalkan juga bagi membolehkan sekolah di negara kita dihubungkan secara elektronik dengan sekolah terpilih di seluruh pelosok dunia. Pewujudan pusat tele perubatan bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan perubatan, mudah menyimpan maklumat, memudahkan pendaftaran dan menjimatkan masa. Contoh hospital yang menggunakan tele perubatan ialah Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Bagi memajukan sistem perhubungan penyiaran radio dan televisyen di negara kita, Menara Kuala Lumpur didirikan pada tahun 1996. Fungsinya adalah sebagai penghubung dalam satu sistem komunikasi yang pantas. Menara KL juga merupakan tarikan pelancong yang ingin menikmati pemandangan Kuala Lumpur dari aras tinggi. Dengan perkembangan sistem perhubungan ini akan dapat menerapkan unsur tanggungjawab dan bangga terhadap perkembangan sistem perhubungan di kawasan kajian.

8.4 Kesan Negatif Perkembangan Sistem Perhubungan di Kawasan Kajian Ketika melaksanakan kerja kursus ini, terdapat beberapa masalah yang telah dikenalpasti. Antaranya ialah masalah sosial. Ada bahan internet yang tidak sesuai bagi golongan kanak kanak dan remaja. Maklumat negatif yang diterima dapat mempengaruhi pemikiran mereka. Kesan negatif yang seterusnya ialah hasutan. Dengan pendedahan maklumat negatif melalui internet yang tidak sesuai untuk golongan muda akan menyebabkan hasutan berlaku. Di samping itu, perkembangan sistem perhubungan juga menjejaskan ketenteraman awam. Pendedahan maklumat negatif melalui internet yang tidak sesuai untuk golongan muda menjejaskan ketenteraman awam. Akhir sekali, perkembangan sistem perhubungan membawa kepada pembaziran (masa/wang). Pembaziran masa berlaku apabila golongan remaja terlibat dalam permainan video komputer, ruangan chat dan sebagainya. Kita harus insaf dan mengubah sikap untuk mengawal kesan negatif perkembangan sistem perhubungan daripada menjadi lebih serius.

8.5 Cadangan untuk Mengurangkan Kesan Negatif Perkembangan Sistem Perhubungan di Kawasan Kajian Bagi memastikan perkembangan sistem perhubungan ini dijalankan di kawasan kajian, beberapa cadangan dapat dilakukan bagi memastikan amalan tersebut dapat dilaksanakan dengan baik. Cadangan tersebut adalah seperti menguatkuasakan undang undang. Pihak kerajaan mengadakan penguatkuasaan undang undang melalui Akta Jenayah Digital 1997 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk mengatasi masalah pencerobohan masuk ke dalam sistem komputer agensi kerajaan termasuk sistem pertahanannya. Seterusnya ialah peranan dan pemantauan komuniti/Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)/ibu bapa. Masyarakat kuhsusnya ibu bapa perlu prihatin dan mengawal kegiatan anak anak mereka semasa menggunakan internet. Selain itu, pendidikan juga memainkan peranan untuk mengurangkan kesan negatif perkembangan sistem perhubungan. Para guru boleh mengadakan sesi ceramah dengan menjemput penceramah luar bagi memberi ceramah untuk mengurangkan kesan negatif perkembangan sistem perhubungan. Akhir sekali, kempen kesedaran boleh dijalankan. Sekolah boleh mengadakan kempen kesedaran dan pameran dengan tujuan mengurangkan kesan negatif perkembangan sistem perhubungan di kawasan kajian. Semua pihak harus berganding bahu dan bekerjasama untuk memastikan kesan negatif ini dapat dikurangkan. Semua peringkat umur perlu mempunyai sikap bertanggungjawab untuk sama sama mengawal perkembangan sistem perhubungan negara.

BAHAN GRAFIK

Jenis Sistem Perhubungan (Telekomunikasi) Jenis Radio Televisyen Telefon Komputer Mesin faks Amalan Mendengar lagu terkini Mendengar berita Membuat panggilan telefon Mencari maklumat Memindahkan salinan (faksimili) dokumen Bilangan

Jumlah : Sumber : Borang Soal Selidik

Setelah saya menjalankan kajian tentang sistem perhubungan (telekomunikasi) di Taman Shamelin Perkasa, saya mengetahui tentang konsep sistem perhubungan. Walaupun ada masalah, tapi kami cuba mengatasinya. Saya sebagai penduduk Taman Shamelin Perkasa berasa gembira kerana dapat mengamalkan sistem perhubungan ini. Rakyat sesebuah negara patut bertanggungjawab dan mengambil langkah untuk mementingkan dan mengawal lagi perkembangan sistem perhubungan.

BORANG TEMU BUAL

Nama Bangsa Jantina

: : :

Jenis Pekerjaan : 1) Apakah pandangan anda tentang sistem perhubungan (telekomunikasi) di Taman Shamelin? ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ 2) Apakah faktor yang mempengaruhi sistem perhubungan (telekomunikasi) di Taman Shamelin? ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ 3) Apakah pengaruh sistem perhubungan (telekomunikasi) terhadap kegiatan penduduk di Taman Shamelin? ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ 4) Apakah masalah dan langkah penyelesaian yang memberi kesan terhadap sistem perhubungan (telekomunikasi) di Taman Shamelin? ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________

BORANG SOAL SELIDIK Nama : _________________________________________

Pekerjaan : _____________________________ 1. Jenis sistem perhubungan (telekomunikasi) Radio Televisyen Telefon Komputer Mesin faks 2. Amalan sistem perhubungan (telekomunikasi) Mendengar lagu terkini Mendengar berita Membuat panggilan telefon Mencari maklumat Memindahkan salinan (faksimili) dokumen 3. Kesan negatif Masalah sosial Hasutan Menjejaskan ketenteraman awam Pembaziran (masa/wang)

Buku Teks Chong Mui Sen, Azizan bin Hj. Abu Samah, 2003. Buku Teks Geografi Tingkatan 2, Malaysia : Percetakan Saufi Sdn. Bhd. Buku Rujukan Huzail Hussin, 2011. Teks Efektif Geografi Tingkatan 2, Malaysia : Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. Internet http://www.wikipedia.com http://www.google.com http://www.id.shvoong.com http://telecentre.my/paloh/index.php/ms/kemudahan-asas.html http://books.google.com.my/books

Orang Sumber Penduduk Taman Shamelin Perkasa