26
GEOGRAFI 23/2 KERJA KURSUS Nama Calon : Vurmila A/P Venggadasamy Tingkatan : 1 Pintar Nombor Kad Pengenalan : 960807-10-5988 Angka Giliran : Nama dan Alamat Sekolah : Sekolah Menengah (P) Methodist, Jalan Raya Barat, Klang Tajuk Kerja Kursus : Bentuk muka bumi di kawasan Taman Sungai Pinang, Klang dan perbandingannya dengan negara Indonesia Guru Penilai : Puan Nor Fazilah BIL ASPEK MARKAH PENUH MARKAH DIPEROLEHI 1. Tajuk Kajian 1 2. Senarai Kandungan 1 3. Penghargaan 2 4. Pendahuluan 2 5. Objektif Kajian 2 6. Kawasan Kajian 8 7. Kaedah Kajian 2 8. Dapatan Kajian 25 9. Rumusan 2 10. Lampiran 2 11. Rujukan 2 12. Penilaian Umum 1 Aspek 1 7 Aspek 9 12 25 Aspek 8 25 Jumlah Markah 50 Tahap Pencapaian .................................... (Tandatangan Guru)

Kerja Kursus Geografi Bentuk Muka Bumi Tingkatan 1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kerja kursus, Geografi, Tingkatan 1, bentuk muka bumi, vurmila, venggadasamy, klang, taman sg pinang, Methodist, Nor Fazilah, malaysia,

Citation preview

Page 1: Kerja Kursus Geografi Bentuk Muka Bumi Tingkatan 1

GEOGRAFI 23/2

KERJA KURSUS

Nama Calon : Vurmila A/P Venggadasamy

Tingkatan : 1 Pintar

Nombor Kad Pengenalan : 960807-10-5988

Angka Giliran :

Nama dan Alamat Sekolah : Sekolah Menengah (P) Methodist, Jalan Raya Barat,

Klang

Tajuk Kerja Kursus : Bentuk muka bumi di kawasan Taman Sungai Pinang,

Klang dan perbandingannya dengan negara

Indonesia

Guru Penilai : Puan Nor Fazilah

BIL ASPEK MARKAH PENUH MARKAH DIPEROLEHI

1. Tajuk Kajian 1

2. Senarai Kandungan 1

3. Penghargaan 2

4. Pendahuluan 2

5. Objektif Kajian 2

6. Kawasan Kajian 8

7. Kaedah Kajian 2

8. Dapatan Kajian 25

9. Rumusan 2

10. Lampiran 2

11. Rujukan 2

12. Penilaian Umum 1

Aspek 1 – 7

Aspek 9 – 12

25

Aspek 8 25

Jumlah Markah 50

Tahap Pencapaian

....................................

(Tandatangan Guru)

Page 2: Kerja Kursus Geografi Bentuk Muka Bumi Tingkatan 1

GEOGRAFI 23/2

KERJA KURSUS

Nama Calon : Vurmila A/P Venggadasamy

Tingkatan : 1 Pintar

Nombor Kad Pengenalan : 960807-10-5988

Angka Giliran :

Nama dan Alamat Sekolah : Sekolah Menengah (P) Methodist, Jalan Raya Barat,

Klang

Tajuk Kerja Kursus : Bentuk muka bumi di kawasan Taman Sungai Pinang,

Klang dan perbandingannya dengan negara

Indonesia

Guru Penilai : Puan Nor Fazilah

BIL ASPEK MARKAH PENUH MARKAH DIPEROLEHI

1. Tajuk Kajian 1

2. Senarai Kandungan 1

3. Penghargaan 2

4. Pendahuluan 2

5. Objektif Kajian 2

6. Kawasan Kajian 8

7. Kaedah Kajian 2

8. Dapatan Kajian 25

9. Rumusan 2

10. Lampiran 2

11. Rujukan 2

12. Penilaian Umum 1

Aspek 1 – 7

Aspek 9 – 12

25

Aspek 8 25

Jumlah Markah 50

Tahap Pencapaian

....................................

(Tandatangan Guru)

Ulasan Guru:

...................................................................................................................................................................

...................................................................................................................................................................

Page 3: Kerja Kursus Geografi Bentuk Muka Bumi Tingkatan 1

1.0 TAJUK KAJIAN

BENTUK MUKA BUMI DI

KAWASAN TAMAN SUNGAI

PINANG, KLANG DAN

PERBANDINGANNYA DENGAN

NEGARA INDONESIA

Page 4: Kerja Kursus Geografi Bentuk Muka Bumi Tingkatan 1

2.0 SENARAI KANDUNGAN

3.0 Penghargaan 1

4.0 Pendahuluhan 2

5.0 Objektif Kajian 3

6.0 Kawasan Kajian 4

7.0 Kaedah Kajian 8

8.0 Dapatan Kajian 9

9.0 Rumusan 20

10.0 Lampiran 21

11.0 Rujukan 22

Page 5: Kerja Kursus Geografi Bentuk Muka Bumi Tingkatan 1

1 | M u k a s u r a t

3.0 PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua

Sekolah yang telah memberikan kebenaran untuk menjalankan kajian ini.

Setinggi tinggi penghargaan kepada guru Geografi saya iaitu Puan Nor Fazilah

kerana telah memberikan panduan, nasihat serta bimbingan sepanjang masa kajian

ini telah dijalankan.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada ibu bapa saya

yang banyak memberi sokongan dan semangat yang kukuh kepada saya untuk

menyiapkan folio Geografi saya ini.

Kepada rakan-rakan seperjuangan saya, saya ingin mengucapkan terima kasih

kerana mereka secara tidak langsung telah memberi sedikit sebanyak idea bagi

memperbaiki lagi mutu folio saya ini.

Tidak ketinggalan, saya mengucapkan penghargaan kepada 20 orang responden

kerana sudi meluangkan masa untuk memberikan maklumat yang penting untuk

kajian saya. Bersama-sama ini, saya sertakan serangkap pantun sebagai tanda ikhlas

dari saya.

Pulau Pandan jauh ke tengah,

Gunung daik bercabang tiga.

Hancur badan dikandung tanah,

Budi yang baik dikenang juga.

Sekian, terima kasih.

Page 6: Kerja Kursus Geografi Bentuk Muka Bumi Tingkatan 1

2 | M u k a s u r a t

4.0 PENDAHULUAN

Nama saya Vurmila A/P Venggadasamy. Saya adalah pelajar Tingkatan 1 Pintar di

Sekolah Menengah (P) Methodist, Klang. Sebagai memenuhi kehendak Sukatan

Pelajaran Geografi, saya dikehendaki menjalankan satu Kajian Geografi Tempatan.

Saya telah mengambil masa selama 1 bulan untuk menyiapkan kajian ini.

Saya telah memilih kajian yang bertajuk “Bentuk muka bumi di kawasan Taman

Sungai Pinang, Klang dan perbandingannya dengan negara Indonesia”. Taman

Sungai Pinang, Klang telah saya pilih sebagai kawasan kajian kerana saya telah

tinggal selama 11 tahun di sini, maka terdapat ramai orang yang saya kenal bagi

memudahkan saya memperolehi beberapa maklumat penting dalam kajian ini.

Saya memilih negara Indonesia sebagai perbandingan pula kerana ia merupakan

negara yang berhampiran dengan negara kita dan saya dapat memperoleh

banyak maklumat tentang negara ini melalui buku-buku yang telah saya baca serta

dengan melayari internet.

Kajian ini merupakan suatu pengalaman yang menarik dan menyeronokkan bagi

saya terutama sekali semasa proses pengumpulan data serta maklumat untuk

menyiapkan dengan sempurna kajian ini.

Page 7: Kerja Kursus Geografi Bentuk Muka Bumi Tingkatan 1

3 | M u k a s u r a t

5.0 OBJEKTIF KAJIAN

Mengenal pasti bentuk muka bumi di kawasan Taman Sungai Pinang, Klang,

Malaysia dan ciri-cirinya serta bentuk muka bumi di negara Indonesia dan ciri-

cirinya.

Mengenal pasti potensi bentuk muka bumi di kawasan Taman Sungai Pinang,

Klang, Malaysia kepada kegiatan manusia serta potensi bentuk muka bumi di

negara Indonesia kepada kegiatan manusia.

Mengenal pasti halangan bentuk muka bumi di kawasan Taman Sungai Pinang,

Klang, Malaysia terhadap kegiatan manusia serta halangan bentuk muka bumi di

negara Indonesia terhadap kegiatan manusia.

Mengenal pasti kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di kawasan

Taman Sungai Pinang, Klang, Malaysia serta kesan kegiatan manusia terhadap

alam sekitar di negara Indonesia.

Mengenal pasti langkah-langkah mengurangkan kesan kegiatan manusia

terhadap alam sekitar di kawasan Taman Sungai Pinang, Klang, Malaysia serta

langkah-langkah mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar

di negara Indonesia.

Menerapkan nilai-nilai murni seperti bersyukur dan berbangga terhadap kawasan

Taman Sungai Pinang, Klang, Malaysia khasnya dan negara Malaysia yang

tercinta amnya

Page 8: Kerja Kursus Geografi Bentuk Muka Bumi Tingkatan 1

4 | M u k a s u r a t

6.0 KAWASAN KAJIAN

Keseluruhan daerah Klang berkeluasan 62,678 hektar dan merangkumi dua buah

mukim iaitu Mukim Klang dan Mukim Kapar. Dari segi pentadbiran, Daerah Klang

terbahagi kepada dua mukim dan empat kawasan pentadbiran iaitu Mukim Klang,

Mukim Kapar, Kawasan Bukit Raja, Kawasan Jalan Kebun, Kawasan Pulau Indah dan

Kawasan Rantau Panjang. Kawasan kajian saya iaitu Taman Sungai Pinang terletak

di Mukim Klang dalam daerah Klang. Kawasan ini terletak kira-kira 5 km dari pusat

bandar Klang dan dihubungkan melalui jalan raya ke bandar Klang.

Sebelum dibangunkan, Taman Sungai Pinang merupakan suatu kawasan ladang

pokok getah. Kawasan ini mula dibangunkan dan dimajukan pada tahun 1996.

Kawasan ini mempunyai keluasan 1 000 000 meter persegi. Lokasi kawasan ini

adalah di barat Bandar Klang. Taman Sungai Pinang terletak berhampiran dengan

kawasan yang lain seperti Taman Klang Utama dan Taman Batu Belah.

Bilangan penduduk yang tinggal di kawasan ini adalah seramai 200 orang sahaja

yang terdiri daripada pelbagai kaum tetapi majoritinya ialah masyarakat Cina,

diikuti oleh masyarakat Melayu dan masyarakat India. Kegiatan utama

penduduknya ialah perniagaan. Kawasan ini mempunyai bentuk muka bumi tanah

pamah yang menjadikannya sesuai sebagai kawasan perumahan, perindustrian

kecil dan perniagaan. Ia juga sesuai untuk pembinaan jalinan jalan raya berturap.

Seterusnya, negara bandingan saya adalah negara Indonesia khasnya Pulau Jawa

di mana 60% penduduk Indonesia tinggal di sini. Negara Indonesia terletak di antara

benua Asia dengan benua Australia serta pada pertemuan dua banjaran, iaitu

Banjaran Pasifik dan Banjaran Mediterranean. Negara Indonesia mempunyai 18,018

buah pulau yang tersebar di sekitar khatulistiwa. Hanya sekitar 7,000 buah pulau

berpenghuni. Lima pulau yang terbesar ialah Pulau Jawa, Sumatra, Kalimantan,

Sulawesi dan Papua.

Indonesia berada di kedudukan yang sering mengalami gempa bumi dan tsunami.

Kedudukan ini juga menyebabkan Indonesia memiliki sekurang-kurangnya 66 buah

gunung berapi, termasuk Gunung Krakatau, sebuah gunung berapi yang terkenal di

antara Sumatera dan Jawa.

Page 9: Kerja Kursus Geografi Bentuk Muka Bumi Tingkatan 1

5 | M u k a s u r a t

Gunung berapi Krakatau yang terletak di kawasan negara bandingan.

Di Indonesia, kegiatan ekonomi yang penting ialah pertanian terutamanya

penanaman padi. Di Pulau Jawa, pertanian dijalankan di cerun bukit akibat

kekurangan tanah pamah oleh kerana diduduki penduduknya yang sangat padat.

Pertanian di Pulau Jawa juga dijalankan di kawasan gunung berapi yang ditereskan

kerana lava bes yang ditinggalkan akibat letusan gunung berapi telah menyuburkan

tanah di kawasan tersebut.

Peta Klang iaitu di mana kawasan kajian terletak

Kawasan Kajian

Page 10: Kerja Kursus Geografi Bentuk Muka Bumi Tingkatan 1

6 | M u k a s u r a t

Kawasan kajian, Bandar Klang dari imej satelit

Peta Indonesia iaitu negara bandingan bagi kawasan kajian

Negara Bandingan

Bandar Klang

Page 11: Kerja Kursus Geografi Bentuk Muka Bumi Tingkatan 1

7 | M u k a s u r a t

Peta topografi kawasan kajian iaituTaman Sungai Pinang

Page 12: Kerja Kursus Geografi Bentuk Muka Bumi Tingkatan 1

8 | M u k a s u r a t

7.0 KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan kaedah-kaedah berikut dalam kajian ini:

(a) Pemerhatian :

Saya telah memerhatikan jenis bentuk muka bumi di kawasan Taman Sungai

Pinang. Saya mendapati, pada keseluruhannya permukaan bumi kawasan

kajian saya adalah rata.

(b) Kaedah soal selidik :

Soal selidik digunakan untuk mengumpul maklumat yang tidak dapat dicari

dari buku atau internet. Saya telah meminta responden iaitu penduduk di

kawasan kajian mengisi borang soal selidik yang mengandungi soalan-soalan

berikut:

jantina

bangsa

pekerjaan

jenis pengangkutan yang mereka guna

Kemudian kesemua data dikumpul, dirumus dalam bentuk jadual dan diproses

menjadi carta pai. Bilangan responden perlulah cukup iaitu 20 orang. Jika bilangan

responden kurang daripada 20, ia tidak dapat menggambarkan kegiatan manusia

yang sebenarnya di kawasan kajian dan jenis pengangkutan yang mereka guna.

Page 13: Kerja Kursus Geografi Bentuk Muka Bumi Tingkatan 1

9 | M u k a s u r a t

8.0 DAPATAN KAJIAN

Daripada pemerhatian saya, didapati bahawa sebahagian besar daripada

keadaan bentuk muka bumi di Taman Sungai Pinang terdiri daripada tanah pamah

yang rata membolehkan rumah, kilang, kedai dan jalan raya dibina. Terdapat

sebatang sungai, iaitu Sungai Putus iaitu anak sungai Klang yang mengalir melalui

kawasan tersebut. Jenis perumahan yang terdapat di Taman Sungai Pinang ialah

rumah setingkat dan dua tingkat. Terdapat rumah kedai satu tingkat di hadapan

Taman Sungai Pinang. Kawasan rata dan luas membolehkan beberapa kemudahan

asas dibina seperti taman permainan, padang bola sepak, masjid dan balai raya.

Permukaan bumi yang rata juga membolehkan beberapa kilang kecil satu tingkat

dibina.

Saya telah mengenal pasti ciri-ciri bentuk muka bumi negara bandingan iaitu

Negara Indonesia dengan menumpukan kajian saya terutamanya terhadap Pulau

Jawa kerana pulau ini adalah pulau terpadat di Indonesia walaupun luasnya hanya

7% dari seluruh wilayah Indonesia. Pulau Jawa terletak di Lingkaran Api Pasifik dan

merupakan gunung lipat muda yang tidak stabil. Sistem gunung lipat muda ini

berpunca dari Pusat Perbanjaran Pamir di pedalaman benua Asia merentasi

Banjaran Himalaya ke Tanah Tinggi Annam, Myanmar dan Banjaran Barisan,

Sumatera menganjur ke Pulau Jawa dan terus ke Sulawesi. Terdapat beberapa buah

gunung berapi di Pulau Jawa seperti Gunung Semeru dan Gunung Merapi. Aktiviti

gunung berapi di Pulau Jawa telah membentuk dataran lava bes yang subur seperti

Tanah Tinggi Preanger, Dataran Tinggi Diens dan Dataran Tinggi Rembang. Cerun-

cerun bukit di dataran ini ditereskan untuk kegiatan pertanian terutamanya

penanaman padi.

8.1 Potensi bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia

Daripada borang soal selidik, saya dapati beberapa pekerjaan dilakukan

oleh penduduk di kawasan kajian. Sebahagian besar daripada penduduk di

sini adalah peniaga, diikuti dengan guru, staf bank, pengurus dan jurutera.

Mereka yang bekerja sebagai peniaga kebanyakannya adalah kaum Cina

iaitu seramai 6 orang dan diikuti oleh kaum Melayu seramai 2 orang. Mereka

terdiri daripada 5 orang lelaki dan 3 orang perempuan.

Page 14: Kerja Kursus Geografi Bentuk Muka Bumi Tingkatan 1

10 | M u k a s u r a t

Terdapat seramai 4 orang responden yang bekerja sebagai guru di mana 2

orang adalah kaum Cina dan 2 orang adalah kaum Melayu. Mereka terdiri

daripada golongan perempuan kesemuanya.

Terdapat seramai 4 orang responden yang bekerja di bank di mana 2 orang

adalah kaum Cina, seorang kaum Melayu dan seorang kaum India.Mereka

terdiri daripada 3 orang lelaki dan seorang perempuan.

Terdapat seramai 3 orang yang bekerja sebagai pengurus di mana seorang

adalah kaum India dan 2 orang adalah kaum Melayu. Mereka terdiri

daripada golongan lelaki kesemuanya.

Manakala seorang sahaja daripada responden yang bekerja sebagai

jurutera iaitu seorang lelaki Cina. Lihat Jadual 1 dan Jadual 2.

Jadual 1 Jenis pekerjaan penduduk di Taman Sungai Pinang dikaji

berdasarkan jantina responden

Jadual 2 Jenis pekerjaan penduduk di Taman Sungai Pinang dikaji

berdasarkan kaum responden

Jenis Pekerjaan Jantina Jumlah

responden Lelaki Perempuan

Peniaga 5 3 8

Guru - 4 4

Staf bank 3 1 4

Pengurus 3 - 3

Jurutera 1 - 1

Jenis

Pekerjaan

Kaum Jumlah

responden Melayu Cina India

Peniaga 2 6 - 8

Guru 2 2 - 4

Staf bank 2 1 1 4

Pengurus 2 - 1 3

Jurutera 1 1

Page 15: Kerja Kursus Geografi Bentuk Muka Bumi Tingkatan 1

11 | M u k a s u r a t

Rajah 1: carta pai yang menunjukkan jenis-jenis pekerjaan penduduk di

Taman Sungai Pinang;

Disebabkan Taman Sungai Pinang dan kawasan di sekitarnya merupakan

kawasan bertanah pamah yang rata dan luas, banyak kemudahan seperti

ruang perniagaan dapat dibina, justeru itu menggalakkan aktiviti - aktiviti

perniagaan di situ. Antara perniagaan yang dijalankan ialah pengurusan

kedai makan, kedai runcit, kedai komputer dan perniagaan berbentuk

perkhidmatan seperti kedai gunting rambut, kedai dobi pakaian dan bengkel

membaiki kereta. Oleh itu, ramai penduduk di sini menjalankan aktiviti

perniagaan.

Aktiviti perniagaan di sekitar Taman Sungai Pinang

Peniaga, 40%

Guru, 20%

Staf Bank, 20%

Pengurus, 15%

Jurutera, 5%

Page 16: Kerja Kursus Geografi Bentuk Muka Bumi Tingkatan 1

12 | M u k a s u r a t

Selain daripada itu, penduduk di Taman Sungai Pinang juga terlibat di dalam

bidang pendidikan sebagai tenaga pengajar kerana berhampiran kawasan

ini terdapat Sekolah Tinggi Klang, Sekolah Kebangsaan Batu Belah , Tadika Sg

Pinang dan Tadika Batu Belah. Terdapat juga penduduk yang bekerja di

bank-bank dan syarikat-syarikat berdekatan atau di Pusat Bandar Klang

disebabkan sistem jalan raya yang baik dapat dibina dengan mudahnya di

kawasan tanah pamah. Ini ternyata benar berdasarkan soal selidik terhadap

20 responden yang kesemuanya menggunakan kenderaan mereka sendiri ke

tempat kerja dan ke tempat-tempat lain. Lihat Jadual 3.

Jadual 3 Jenis pengangkutan yang digunakan oleh penduduk di Taman

Sungai Pinang

Rajah 2: carta pai yang menunjukkan jenis-jenis pengangkutan penduduk di

Taman Sungai Pinang

Kawasan bandingan iaitu yang tertumpu kepada Pulau Jawa di negara

Indonesia mempunyai tanah pamah yang digunakan untuk petempatan.

Cerun–cerun bukit di Pulau Jawa pula mempunyai kepentingan dalam

pembangunan ekonomi. Pertanian teres dijalankan secara bertingkat-tingkat

55%30%

15%

Kereta

Van

Motosikal

Jenis pengangkutan Bilangan responden

Kereta 11

Van 6

Motosikal 3

Page 17: Kerja Kursus Geografi Bentuk Muka Bumi Tingkatan 1

13 | M u k a s u r a t

di cerun bukit dengan menanam padi. Pulau Jawa juga mengandungi tidak

kurang dari tiga puluh lapan gunung berapi yang pernah aktif. Setelah

gunung berapi ini tidak aktif(selesai meletus), lava akan mengalir di setiap

lereng gunung dan menjadi kering.

Pertanian teres di cerun-cerun bukit di Pulau Jawa

Tanih lava bes diperoleh. Kesuburan tanah di kawasan tersebut meningkat

dan ini menggalakkan para petani menanam padi di lereng-lereng gunung,

sekali gus menjimatkan tanah bagi pembinaan petempatan ekoran

daripada penduduknya yang terlalu ramai. Pulau Jawa juga berpotensi

dimajukan sebagai pusat pelancongan Yogyakarta, sebuah daerah di Pulau

Jawa mempunyai sebuah gunung berapi yang masih aktif sejak tahun 1548

iaitu Gunung Merapi, yang kali terakhir meletus pada tahun 2006. Ia menjadi

tarikan pelancong yang ingin menyaksikan kesan letusan lama atau kepulan

asap yang keluar setiap hari dari puncak gunung itu.

Page 18: Kerja Kursus Geografi Bentuk Muka Bumi Tingkatan 1

14 | M u k a s u r a t

Yogyakarta merupakan pusat pelancongan di Pulau Jawa

Letusan Gunung Merapi di Pulau Jawa pada tahun 2006

Saya berasa amat bersyukur dan menyayangi tempat tinggal saya iaitu

Taman Sungai Pinang kerana ia bebas daripada sebarang bencana alam,

tidak seperti kawasan bandingan iaitu Pulau Jawa yang penuh dengan

gunung berapi dan cukup berbahaya pada bila-bila masa sahaja apabila

berlakunya letusan gunung berapi.

Page 19: Kerja Kursus Geografi Bentuk Muka Bumi Tingkatan 1

15 | M u k a s u r a t

8.2 Halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan

manusia

Bentuk muka bumi juga boleh menghalang manusia menjalankan kegiatan

ekonomi.

Kawasan tanah pamah yang rendah dan sentiasa berair mengakibatkan

kejadian banjir di kawasan Taman Sungai Pinang, Klang. Kejadian banjir

mengganggu perjalanan di kawasan tersebut kerana semua sistem

tergendala. Justeru, semua kegiatan ekonomi seperti perniagaan tidak dapat

dijalankan. Selain daripada itu, akibat petempatan yang padat, jalan –jalan

yang dibina berdekatan kawasan kajian adalah sempit.

Bagi Pulau Jawa pula, halangan utama bentuk muka bumi terhadap

kegiatan manusia ialah apabila berlakunya letusan gunung berapi. Ia bukan

sahaja mengancam nyawa manusia dan merosakkan harta benda, tetapi

memusnahkan tanaman di lereng-lereng gunung.

8.3 Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar

Kegiatan manusia boleh memberi kesan negatif terhadap alam sekitar. Di

kawasan kajian iaitu Taman Sungai Pinang, terdapat pengusaha kedai

makanan yang membuang sisa-sisa makanan dan sampah-sarap dengan

sewenang-wenangnya ke dalam longkang-longkang mengakibatkan

pencemaran air, tersumbatnya saliran dan seterusnya kejadian banjir kilat.

Sisa bahan mentah dan sisa toksik yang dibuang ke dalam Sungai Putus dari

kilang berhampiran kawasan kajian juga turut menyumbangkan kepada

pencemaran air dan ancaman kepada hidupan air. Pencemaran udara turut

berlaku akibat pembakaran terbuka serta pembebasan debu, asap dan

habuk ke dalam udara dari kilang –kilang.

Selain daripada itu, jalan sempit yang menuju ke Taman Sungai Pinang

menjadi sesak apabila ramai pengguna jalan raya menggunakannya

sebagai jalan pintas menuju ke Taman Klang Utama. Kesesakan sering

berlaku terutamanya ketika pagi dan petang kerana waktu tersebut waktu

puncak orang ramai pergi dan balik dari kerja.

Bagi Pulau Jawa pula, kesan daripada kegiatan pertanian yang tidak diurus

dengan baik dan terancang di cerun-cerun bukit boleh menyebabkan

Page 20: Kerja Kursus Geografi Bentuk Muka Bumi Tingkatan 1

16 | M u k a s u r a t

hakisan tanah dan tanah runtuh berlaku. Hakisan tanah memusnahkan

tanaman dan tanah runtuh menyebabkan kerosakan harta benda,

kemudahan awam dan mengorbankan nyawa.

8.4 Langkah-langkah mengurangkan kesan kegiatan

manusia terhadap alam sekitar

Kerajaan telah menggubal pelbagai undang-undang untuk melindungi alam

sekitar agar alam sekitar semakin terjaga dan terus dapat dinikmati sehingga

masa hadapan. Dengan menguatkuasakan undang-undang dengan lebih

ketat lagi, masalah pembakaran terbuka yang berlaku boleh ditangani. Tong

sampah kitar semula dan juga tapak pelupusan sampah yang banyak

haruslah disediakan oleh Majlis Perbandaran Klang. Selain daripada itu, pihak

berkuasa sepatutnya memperbanyakkan lagi tong sampah atau

menambahkan kekerapan mengutip sampah oleh pihak Majlis Perbandaran

Klang di kawasan ini. Ini dapat mengelakkan sistem perparitan atau sungai

dijadikan tempat pembuangan sampah. Dengan peningkatan jadual

pengutipan sampah di kawasan ini, masalah sampah berbau juga semakin

berkurang dan tiada lagi anjing liar yang menyelongkar sampah. Pihak

berkuasa sepatutnya menyaman kilang-kilang yang cuai dan melakukan

pencemaran terhadap alam sekitar seperti membuang bahan kimia, sisa-sisa

toksik dan sampah sarap ke dalam sungai dan melepaskan asap kotor dan

berbahaya yang tidak bertapis ke udara. Pihak kilang pula tidak sepatutnya

menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan. Asap yang dilepaskan

pula haruslah ditapis terlebih dahulu agar tidak mencemarkan udara. Akhir

sekali, untuk mengatasi masalah ini, penduduk di kawasan kajian haruslah

bertanggungjawab terhadap diri mereka dan keluarga mereka sendiri

dengan menjaga kawasan ini dengan baik.

Beberapa langkah yang lain bagi mengatasi masalah pencemaran yang

berlaku di Taman Sungai Pinang ialah seperti berikut:

Mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan ini

Mengadakan kempen kesedaran penduduk terhadap kepentingan

menjaga kebersihan persekitaran mereka

Page 21: Kerja Kursus Geografi Bentuk Muka Bumi Tingkatan 1

17 | M u k a s u r a t

Melalui aktiviti gotong-royong ini, hubungan antara masyarakat berbilang

kaum di kawasan ini dapat dieratkan terutamanya generasi muda. Saya

berpendapat bahawa setiap penduduk di Taman Sungai Pinang seharusnya

peka dengan isu-isu yang melibatkan alam sekitar bagi memastikan alam

sekitar kita terjaga dan terpelihara. Selain daripada itu, kita juga harus

menyokong usaha-usaha kerajaan dalam kempen-kempen penjagaan alam

sekitar dan sentiasa berganding bahu memastikan negara yang tercinta ini

kekal sebagai warisan alam selama-lamanya.

Bagi mengurangkan kesan kesesakan lalulintas di kawasan kajian, penduduk

di sekitar kawasan ini boleh mengamalkan kongsi kereta. Kesesakan lalulintas

yang biasanya berlaku disebabkan oleh banyak orang menggunakan

kenderaan masing-masing untuk keluar walaupun arah dan tujuannya

adalah sama, contohnya menghantar anak ke sekolah. Jika berkongsi

kenderaan, jalan raya akan menjadi kurang sesak. Selain daripada itu,

menggunakan kenderaan awam seperti bas juga boleh boleh mengatasi

masalah kesesakan lalu lintas di kawasan ini.

Page 22: Kerja Kursus Geografi Bentuk Muka Bumi Tingkatan 1

18 | M u k a s u r a t

LANGKAH MENGURANGKAN KESAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP

ALAM SEKITAR DI TAMAN SG PINANG

LANGKAH-LANGKAH

MENGURANGKAN KESAN KEGIATAN

MANUSIA TERHADAP ALAM

SEKITAR DI TAMAN SG PINANG

Jenis Masalah

Masalah: Pencemaran

Air

Langkah Mengatasi:

1. Menyaman kilang-kilang yang cuai

2. Meningkatkan tong sampah kitar semula dan tapak

pelupusan sampah

3. Menambah tong sampah dan kekerapan mengutip

sampah

Masalah: Pencemaran

Udara

Langkah Mengatasi:

Pihak kilang menapis asap kotor

yang dikeluarkan oleh mereka

Masalah:

Kesesakan

lalulintas

Langkah Mengatasi:

1. Berkongsi Kereta

2. mengguna kenderaan awam

Page 23: Kerja Kursus Geografi Bentuk Muka Bumi Tingkatan 1

19 | M u k a s u r a t

Bagi hakisan tanah dan tanah runtuh yang berlaku di cerun-cerun bukit di

Pulau Jawa, Indonesia pula, langkah-langkah yang boleh diambil oleh

penduduk di situ untuk menangani masalah tersebut ialah menanam rumput

tutup bumi di lereng-lereng bukit. Selain daripada itu, parit takung, tembok

batu atau simen boleh dibina di cerun bukit yang curam untuk

mengurangkan masalah tersebut.

LANGKAH MENGURANGKAN KESAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP

ALAM SEKITAR DI PULAU JAWA

LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN KESAN KEGIATAN

MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR DI Pulau

Jawa

Masalah:

Hakisan Tanah dan Tanah Runtuh

Langkah Mengatasi:

1. Menanam rumput tutup bumi

2. Membina parit takung, tembok batu atau simen

Page 24: Kerja Kursus Geografi Bentuk Muka Bumi Tingkatan 1

20 | M u k a s u r a t

9.0 RUMUSAN

Sesungguhnya, kajian ini telah memberikan banyak kesan yang positif. Melalui kajian

ini, saya telah mengetahui dengan lebih mendalam tentang bentuk muka bumi di

kawasan kajian iaitu Taman Sungai Pinang, Malaysia serta di negara Indonesia.

Kajian ini juga memberi saya maklumat tentang potensi bentuk muka bumi yang

terdapat di kawasan Taman Sungai Pinang, Klang, Malaysia serta di negara

Indonesia kepada kegiatan manusia. Selain daripada itu, saya dapat mengetahui

halangan bentuk muka bumi yang terdapat di kawasan Taman Sungai Pinang,

Klang, Malaysia serta negara Indonesia terhadap kegiatan manusia . Akhir sekali,

saya dapat mengenal pasti kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di

kawasan Taman Sungai Pinang, Klang, Malaysia serta di negara Indonesia dan

langkah-langkah mengurangkan kesan-kesan tersebut.

Hasil daripada kajian ini, menjadikan saya bangga kerana dibesarkan dan tinggal di

kawasan yang serba lengkap dan maju dengan kemudahan – kemudahan asas dan

infrastruktur yang lengkap. Jika dibandingkan dengan kawasan-kawasan yang

kurang bernasib baik seperti Pulau Jawa yang terlalu padat penduduknya dan

mengalami risiko bencana alam seperti letusan gunung berapi, kawasan tempat

tinggal saya serta negara kita adalah jauh lebih bertuah kerana mempunyai

kegiatan ekonomi yang amat baik serta kemudahan yang sempurna serta

penduduk yang harmoni. Oleh yang demikian kita seharusnya menghargai apa

yang ada dan menyayangi negara kita dengan sepenuh hati.

Page 25: Kerja Kursus Geografi Bentuk Muka Bumi Tingkatan 1

21 | M u k a s u r a t

10.0 LAMPIRAN

1. Lampiran 1 – Lampiran makluman kerja kursus Geografi

2. Lampiran 2 – Kebenaran menjalankan kajian Geografi Tempatan

3. Lampiran 3 – Surat kebenaran ibu bapa

4. Lampiran 4 - Soal Selidik

Page 26: Kerja Kursus Geografi Bentuk Muka Bumi Tingkatan 1

22 | M u k a s u r a t

11.0 RUJUKAN

1. Buku teks Geografi Tingkatan 1 (KBSM) Media Network Sdn Bhd (2002) Chong Yoon Choi.

2. Exploring Geografi Tingkatan 1 (KBSM) Oxford Fajar (2008) Mohd Ismail

3. http://www.google.com

4. http://www.google.com

5. http://www.kjri-johor.org

6. http://www.streetdirectory.com

7. http://maps.701panduan.com

8. http://wikimapia.org