Upload
akhi-muhammad-aiyas
View
345
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perniagaan Gedung
1/34
1
1.0 PENDAHULUAN
Langkawi adalah salah sebuah pulau yang bertempat di utara semenanjung
Malaysia yang mana ianya terletak di dalam negeri Kedah Darul Aman. Langkawiterletak di utara Selat Melaka di selatan Laut Andaman berhampiran sempadan
antara Malaysia dan Thailand. Beberapa kilometer jarak ke utara pulau Thai iaitu Ko
Tarutao.
Asal usul nama Langkawi ialah berasal daripada perkataan lang dan juga
kawi. Perkataan lang merujuk kepada burung helang dan kawi pula dirujuk
kepada seketul batu yang berwarna perang. Malah, Langkawi dikatakan kononnya
tempat tinggal burung garuda yang membinasakan kapal anak raja Rom pada suatu
ketika dahulu kecuali anak kapal yang didiami Tidak hairanlah jika mercu tanda
Langkawi ialah seekor burung helang besar yang hinggap di atas seketul batu.
Rajah 1 : Kedudukan Langkawi di dalam peta Malaysia.
Rajah di atas menunjukkan letakan Geografi yang berada di longitude 0619'
N dan berlatitud 9950' E. Pulau langkawi adalah salah satu daripada pulau
http://ms.wikipedia.org/wiki/Selat_Melakahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Laut_Andamanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Thailandhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Ko_Tarutao&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Ko_Tarutao&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Ko_Tarutao&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Ko_Tarutao&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Thailandhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Laut_Andamanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Selat_Melaka8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perniagaan Gedung
2/34
2
peranginan yang sangat terkenal oleh para pelancong baik dari dalam mahupun luar
negara kerana keindahannya. Titik tertinggi Langkawi ialah Gunung Raya, yang
mencapai ketinggian 890 m dari atas paras laut di kawasan tengah-barat pulau
utama. Kepulauan ini mengandungi 99 pulau yang merangkumi jumlah kawasan
darat 528 km2 (204 batu persegi).
Langkawi telah pun diisytiharkan sebagai kawasan ataupun lebih tepat lagi
Pulau Bebas Cukai pada tahun 1987 atas jasa Tun Dr Mahathir Mohamad dan pada
tahun 2001 pula, Langkawi telah diisytiharkan sebagai Langkawi Bandaraya
Pelancongan. Namun, pada 15 Julai 2008, Sultan Abdul Halim telah menukar nama
kepada tersebut kepada Langkawi Permata Kedah.
Pekan Kuah pula ialah pusat bandar utama yang terdapat di bumi Langkawi
yang juga merupakan pintu masuk utama ke sana. Pekan Kuah ini terletak di
tenggara Pulau Langkawi. Peta yang terdapat di Rajah 2 menunjukkan lokasi Pekan
Kuah di dalam peta Pulau Langkawi.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Gunung_Rayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gunung_Raya8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perniagaan Gedung
3/34
3
Rajah 2 : Kedudukan Pekan Kuah di dalam peta Langkawi
Terdapat begitu banyak sector ekonomi yang berkembang di Pulau Langkawi
ini. Antaranya seperti sector perikanan pinggir pantai, penternakan ikan dalam
sangkar, pengangkutan darat dan air, perniagaan, serta pelancongan semestinya.
Kesemua sector ekonomi ini semakin pesat saban hari ekoran daripada kemasukan
pelancong daripada luar dan dalam yang memastikan aliran keluar masuk wang
yang tinggi di sana.
Malah, pengisytiharan Langkawi sebagai sebuah pulau bebas cukai telah
menjadikannya sebagai salah satu kawasan tumpuan pelancong sekali gus
mengangkat sector perniagaan di sana. Perniagaan gedung adalah salah satu
daripada jenis perniagaan yang wujud dan hidup segar di kawasan Langkawi
khususnya di Pekan Kuah. Terdapat pelbagai premis perniagaan gedung yang maju
dan gah di bumi Langkawi. Antaranya ialah Haji Ismail Group, Rams, Idaman Suri,
Saujana Enterprise dan sebagainya.
Jadi, kajian kali ini akan berfokus di Pekan Kuah demi mengkaji tentang
aktiviti-aktiviti perniagaan gedung yang terdapat di sana. Antara premis perniagaan
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perniagaan Gedung
4/34
4
gedung yang telah kami pilih untuk dijalankan kajian ialah Haji Ismail Groups, Rams
dan juga Idaman Suri.
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perniagaan Gedung
5/34
5
2.0 CIRI-CIRI PERNIAGAAN GEDUNG DI LANGKAWI
Secara umumnya, perniagaan adalah satu aktiviti urus niaga ataupun jual beli
barangan dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. Peniaga pula merujuk
kepada individu yang menjalankan aktiviti menjual dan membeli barangan dan juga
perkhidmatan yang disediakan.
Perniagaan gedung pula merujuk kepada perniagaan yang dijalankan secar
berskala besar di mana ianya beroperasi di dalam bangunan yang besar dan
mungkin bertingkat dan terletak di kawasan strategic yang biasanya di kawasan
bandar-bandar. Bagi perniagaan gedung di Langkawi pula, boleh dikatakan
kesemua premis perniagaan gedungnya terletak di kawasan Pekan Kuah dan dibuka
dengan unit premis yang besar.
2.1 MODAL YANG BESAR
Perniagaan gedung di Langkawi seperti Haji Ismail Groups, Rams dan
Idaman Suri menjalankan perniagaan menggunakan modal yang besar yang tinggi.
Hal ini kerana ketiga-tiga primis perniagaan gedung tersebut menjalankan urusan
imprt dan eksport dengan negara luar untuk mendapatkan bekalan barangan bagi
premis masing-masing.
Barangan yang dijual oleh Rams seperti minyak wangi, aneka beg, coklat
dan pinggan mangkuk sudah semestinya diimport daripada negara seperti Belgium,
France, China, dan sebagainya. Manakala bagi Haji Ismail Group pula kebanyakan
pinggan mangkuk dan coklatnya diimport dari France, Italy, Belgium, New Zealand,
dan Korea manakala pakaian seperti kain batik diimport dari negara jiran iaitu
Indonesia. Hal ini turut terjadi kepada Idaman Suri. Kebanyakan atau boleh
dikatakan hampir keseluruhan barangan dari premisnya diimport daripada negara
luar termasuk China dan Jepun. Hal ini tidak dapat dilakukan tanpa melibatkan
modal yang besar daripada syarikat berhadnya.
Modal yang besar bukan sahaja diperlukan untuk membeli barangan-
barangan tersebut, malah modal turut diperlukan dalam urusan penghantaran iaitu
kos pengangkutan memandangkan negara-negara yang diimport terletak jauh
daripada Malaysia atau langkawi secara lebih khusus. Tidak hanya itu, modal yang
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perniagaan Gedung
6/34
6
besar turut diperlukan untuk membina bangunan-bangunan premis yang besar dan
bertingkat.
Haji Ismail Group contohnya mempunyai premis perniagaan yang besar dan
rata-ratanya dua tinggi. Tingkat pertama adalah tempat aktiviti urus niaga dijalankan
dan tingkat atas adalah utnuk urusan pentadbiran dan juga penyimpanan stok. Tidak
hanya itu, Haji Ismail Group juga mempunyai beberapa cawangan yang lain. Malah,
ketika kajian dijalankan, terdapat satu lagi cawangan yang sedang dalam proses
pembinaan. Oleh yang demikian, kesemua perniagaan gedung di Langkawi ini
mempunyai modal berskala besar yang melibatkan ratusan ribu ringgit.
2.2 BARANG JUALAN DAN POLISI HARGA
Perniagaan gedung turut mempunyai barang jualan dan polisi harganya yang
tersendiri. Malah, terdapat perbezaan barang jualan dan polisi harga antara
sesebuah premis perniagaan gedung dengan premis yang lain. Secara amnya,
boleh dikatakan perniagaan gedung yang dikaji di Pekan Kuah ini mempunyai aneka
barangan daripada pelbagai jenis dan jenama.
Antara barangan yang ditawarkan di Haji Ismail Group ialah minyak gamat,
kain pelekat, kain batik, beg baju, cokelat, pinggan mangkuk, periuk, dan juga
kelengkapan dapur yang lain. Idaman Suri pula menawarkan set pinggan mangkuk,
barangan cenderahati, beg tangan, dan cokelat. Manakala bagi Rams, premis
mereka menyediakan set pinggan mangkuk ekslusif sahaja, beg tangan dan baju,
minyak wangi, cadar dan perhiasan rumah, cokelat serta barangan cenderahati.
Berdasarkan pemerhatian, ketiga-tiga premis gedung ini menawarkan set pinggan
mangkuk dan juga cokelat. Namun, jenis dan jenamanya ada sedikit berbeza. Haji
Ismail Group contohnya memonopoli perniagaan set pinggan mangkuk tulen dan
berkualiti berbanding Idaman Suri yang rata-ratanya pinggan mangkuknya dari
China.
Hal ini menunjukkan bahawa barang jualan mereka walaupun sama kategori,
namun berbeza dari sudut jenis dan jenama. Tidak hanya itu, perniagaan gedung ini
juga mempunyai polisi harga yang berbeza antara satu sama lain. Polisi harga ini
merujuk kepada harga barangan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusannya.Sebagai contoh mudah, Haji Ismail Group menjual cokelat Kinder Bueno 16 pacs
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perniagaan Gedung
7/34
7
dengan harga RM 15.90. manakala Idaman Suri menawarkan produk sama dengan
harga RM 16.00 dan Rams meletakkan RM 16.20 juga bagi produk yang sama.
Hal ini menunjukkan bahawa polisi harga bagi setiap premis perniagaan
gedung ditetapkan oleh pihak pengurusannya dan berbeza antara satu sama lain
untuk mewujudkan persaingan. Namun, kesemua premis perniagaan ini
menggunakan polisi harga tetap dan tidak boleh tawar menawar.
2.3 KAEDAH JUALAN
Kaedah jualan merujuk kepada bagaimana sesuatu urus niaga atau proses
jual beli itu diadakan. Berdasarkan pemerhatian dan hasil temu ramah, kaedah
jualan yang telah dijalankan oleh kesemua premis perniagaan gedung di langkawi
adalah berdasarkan jualan tunai. Hal ini bermakna, premis perniagaan gedung
biasanya akan mengelak daripada hutang bagi meningkatkan lagi pengeluaran
syarikatnya.
Malah, premis perniagaan gedung ini juga melakukan jualan melalui kad
kredit. Berdasarkan tinjauan kami, kesemua premis perniagaan yang diperhatikan
ada menyediakan perkhidmatan ini. Hal ini amat menarik pelanggan kerana
sesetengah pelanggan tidak gemar untuk mengeluarkan wang dalam kuantiti yang
banyak melalui mesin tunai. Malah, perkhidmatan penggunaan kad kredit juga amat
berguna ketika kecemasan di mana mesin tunai berdekatan tidak berfungsi dengan
elok. Jika premis perniagaan gedung seperti Haji Ismail Groups, Rams dan Idaman
Suri tidak menyediakan perkhidmatan ini, mereka berkemungkinan besar untuk
kehilangan pelanggan yang tidak wang tunai pada waktu tersebut.
Malah, berdasarkan temu ramah kami dengan salah seorang pengurus di
Idaman Suri, penggunaan kad kredit semakin popular dan menjadi pilihan pelancong
memandangkan sesetengah pelancong memikirkan faktor keselamatan jika
mengeluarkan wang di dalam kuantiti yang banyak. Menurut beliau lagi, pelancong
asing adalah antara pengguna kad kredit terbesar di premis perniagaannya
memandangkan kebanyakan kad kredit melalui teknologi kad visa yang disediakan
oleh pihak perbankan.
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perniagaan Gedung
8/34
8
2.4 KEMUDAHAN
Kemudahan yang disediakan adalah salah satu daripada ciri premis
perniagaan yang sangat menarik perhatian pengunjung terutamanya pelancong
daripada luar. Berdasarkan kajian di Haji Ismail Groups, Rams, dan juga Idaman
Suri, rata-rata mereka menyediakan kemudahan di dalam atau berhampiran premis
gedung sebagai satu daya penarik kepada pelanggannya.
Haji Ismail Groups contohnya menyediakan premis yang berhawa dingin
dengan iringan muzik untuk menarik perhatian pengunjungnya. Tidak hanya itu,
premis perniagaan ini juga menyediakan tempat letak kenderaan yang banyak
termasuk untuk bas-bas. Bagi premis perniagaan Idaman Suri pula, mereka juga
menggunakan kaedah yang sama di mana premisnya dipasang dengan sistem
pendingin hawa dan menggunakan muzik iringan latar. Namun, bagi seorang
responden yang juga pekerja di Idaman Suri, pihaknya juga mementingkan faktor
kebersihan dan kekemasan di dalam premis perniagaannya sebagai salah satu
faktor tarikann pelanggannya supaya lebih selesa.
Berlainan dengan Haji Ismail Groups dan juga Idaman Suri, Rams
menyediakan kemudahan lif dan tempat berehat di samping kemudahan tempat
letak kenderaan yang luas dan premis yang berhawa dingin. Berdasarkan
pemerhatian kami, kemudahan lif yang disediakan di Rams begitu menarik perhatian
pengunjungnya terutama kepada warga emas dan juga mereka yang sudah
keletihan membeli belah di aras bawah premisnya yang luas itu. Tidak hanya itu,
sebuah kerusi panjang disediakan di sesuatu sudut supaya pengunjungnya yang
keletihan sempat untuk melepaskan lelah sebelum menyambung berurusniaga
dengan pihaknya.
Malah, kesemua premis perniagaan ini juga mempunyai persamaan melalui
penyediaan perkhidmatan kad kredit di dalam premis masing-masing untuk
memudahkan para pelanggannya berurusniaga dengan pihaknya tanpa perlu
kepada mesin tunai. Hal ini akan memudahkan lagi pihak pelanggan yang tidak
mempunyai wang tunai yangmencukupi untuk melakukan pembelian di dalm premis
perniagaan gedung di sana.
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perniagaan Gedung
9/34
9
Penyediaan kesemua kemudahan tadi dianggap sebagai satu daya tarikan
pelanggan oleh pihak pengurusan premis perniagaan. Malah, bagi pelanggan pula
mereka memperoleh manfaat daripada kemudahan ini kerana mereka boleh
membeli belah dengan keadaan yang sangat selesa.
2.5 LOKASI STRATEGIK
Secara umumnya, perniagaan gedung biasanya dijalankan di tempat
tumpuan orang ramai dan juga di kawasan pusat Bandar. Hal yang sama juga
berlaku pada premis perniagaan gedung yang terdapat di Langkawi. Kesemua
premis perniagaan di sana berlokasi di tempat yang strategic berdasarkan alasan
tersendiri oleh pihak pengurusannya.
Haji Ismail Groups contohnya memilih lokasi betul-betul di tengah Pekan
Kuah. Menurut responden yang juga pekerja di premis tersebut, pemilihan lokasi
tersebut disebabkan oleh pengaruh tumpuan para pelancong daripada dalam dan
luar negara. Hal ini memang terbukti kerana berdasarkan pemerhatian, Pekan Kuah
sentiasa menjadi tumpuan pengunjung dari dalam dan luar negara, malah dari
penduduk Langkawi itu sendiri. Selain daripada itu, lokasi Haji Ismail Groups juga
sangat strategic kerana ianya berdekatan dengan cawangan perbankan. Hanya
beberapa meter daripada Haji Ismail Groups terdapat mesin tunai bagi Bank Islam,
Agro Bank dan Am Bank. Hal ini memudahkan lagi pelanggan untuk mengeluarkan
wang daripada mesin tunai jika kekurangan wang ketika ingin menjalankan proses
urus niaga di Haji Ismail Groups.
Manakala Idaman Suri pula berada di pinggir Pekan Kuah. Walaupun lokasi
Idaman Suri ini tidak di pusat Bandar, namun lokasinya tetap dikatakan strategic
memandangkan terdapat banyak kemudahan lain di sekelilingnya. Antaranya ialah
kedai makan, kedai runcit, bengkel dan klinik. Bagi Rams pula, kedudukannya
adalah di Pekan Rabu. Berdasarkan temu ramah yang telah dijalankan dengan
pengurus premis Rams, lokasi di Pekan Rabu dipilih untuk mengelakkan kesesakan
pengunjung di Pekan Kuah dan juga untuk mengelakkan persaingan daripada
premis-premis lain. Menurutnya lagi, pemilihan lokasi ini membawa pulangan positif
apabila premis ini dikenali sebagai premis perniagaan gedung pilihan di Pekan
Rabu.
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perniagaan Gedung
10/34
10
3.0 KEPENTINGAN KEGIATAN PERNIAGAAN
3.1 MENYEDIAKAN PELUANG PEKERJAAN
Hasil daripada kajian yang dijalankan di sekitar Pulau Langkawi, didapati
terdapat beberapa buah premis perniagaan jenis gedung di sini. Antaranya
merupakan Rams, Idaman Suri, Langkawi Saga dan juga Haji Ismail Group.
Dengan wujudnya perniagaan gedung ini, secara tidak langsung peluang
pekerjaan kepada penduduk tempatan juga turut meningkat. Sebagai contoh,
kawasan perumahan di sekitar kawasan Idaman Suri. Hasil temu bual bersama
beberapa orang responden, didapati hampir 85% daripada pekerja di Idaman Suri
menetap kawasan perumahan tersebut. Hal ini membuktikan bahawa, antarakepentingan kegiatan perniagaan ialah ia membuka banyak peluang pekerjaan
kepada penduduk tempatan.
Seterusnya, dapat dilihat pula Haji Ismail Group yang banyak membuka
cawangan di sekitar Pulau Langkawi. Sebagai contoh, di kawasan Pekan Kuah
sahaja, Haji Ismail Group mempunyai sebanyak tiga cawangan. Oleh kerana Haji
Ismail Group merupakan sebuah gedung perniagaan yang besar, maka ia
memerlukan jumlah pekerja yang ramai. Dapat diperhatikan rata-rata pekerjanya
merupakan remaja yang berumur dalam lingkungan 19-26 tahun. Pendudk tempatan
tidak perlu lagi bersusah payah untuk keluar daripada kampung halaman mereka
semata-mata untuk mencari pekerjaan. Migrasi luaran tidak akan berlaku kerana
salah satu daripada faktor sudah terlupus dengan sindirinya. Jawatan yang
ditawarkan juga adalah banyak, bermula dari promoter hinggalah ke supervisor.
Jelaslah di sini, dengan wujudnya gedung jualan, maka peluang pekerjaan bagi
penduduk setempat turut meningkat.
3.2 PEMANGKIN KEMAJUAN KAWASAN
Selain daripada itu, antara kepentingan gedung perniagaan adalah ia dapat
memajukan kawasan tersebut. Secara tidak langsung, akan wujudnya gerai-garai
jualan yang lain.
Menurut beberapa orang responden yang telah ditemu bual sebelum
wujudnya Idaman Suri kawasan tersebut merupakan kawasan hutan dan belukar.
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perniagaan Gedung
11/34
11
Namun, setelah Idaman Suri dibuka di kawasan itu, kerajaan telah mendirikan
banyak bangunan baru untuk aktiviti perniagaan. Hasilnya, dapat dilihat banyak
kedai-kedai runcit dan kedai makanan yang telah didirikan.
Lihat sahaja di sekitar kawasan Haji Ismail Group, banyak kedai-kedai
perniagaan secara kecil-kecilan yang dibuka. Ada yang menjual cenderamata, baju
malahan ada juga kedai makan untuk pelancong mengisi perut setelah seharian
penat membeli belah. Malahan kemudahan mesin ATM juga turut disediakan untuk
memudahkan urusan jual beli dilakukan. Sebagai contoh Bank Islam,Agro Bank, dan
juga Am Bank telah disediakan disekitar gedung Haji Ismail Group.
3.3 TARIKAN PELANCONG
Seperti yang diketahui umum pada 1 Januari 1987 Pulau Langkawi telah
diistiharkan sebagai Pulau Bebas Cukai manakala pada 24 April 2001, Pulau
Langkawi telah diistiharkan sebagai Langkawi Tourism City. Kesan daripada
pengistiharan ini, kemasukan pelancong semakin meningkat ke dalam Pulau
Langkawi. Hal ini kerana pelancong dariapda dalam dan luar negara berebut-rebut
untuk mendapatkan barangan dengan harga yang berpatutan di pulau bebas cukai
ini.
Haji Ismail Group, Idaman Suri, Langkawi Saga dan juga Rams merupakan
gedung perniagaan yang terdapat di Pekan Kuah, Langkawi. Pelancong yang
datang bertujuan untuk membeli barangan seperti pinggan mangkuk, barangan
perhiasan Kristal, kain batik dan pelikat, set kulinari dan sebagainya pada harga
yang murah boleh mendapatkan barangan tersebut di gedung-gedung terbabit.
Barangan-barangan ini boleh didapati dengan harga yang murah ekoran daripada
pengecualian cukai yang telah dikenakan oleh pihak kerajaan kepada barangan
import.
Barangan utama yang menjadi tumpuan pelancong tempatan adalah seperti
set pinggan mangkuk, kain batik dan juga coklat. Rata-rata barangan yang dijual
adalah barangan import terutamanya daripada negara Jepun, Indonesia, China,
Italy, New Zealand, dan juga Paris. Oleh itu, para pelancong boleh mendapatkan
barangan yang dikendaki di gedung-gedung ini.
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perniagaan Gedung
12/34
12
3.4 MEMASTIKAN KELANGSUNGAN ALIRAN WANG DALAM NEGARA
Oleh kerana Pulau Langkawi merupakan sebuah Pulau Bebas Cukai, maka
aliran wang di dalam negara akan sentiasa mengalir ke dalam negara. Pelancong
tempatan tidak perlu lagi bersusah payah mendapatkan barangan import mereka di
luar negara. Mereka boleh mendapatkan barangan tersebut di Pulau Langkawi
dengan harga yang berpatutan.
Menurut seorang responden, beliau tidak perlu lagi bersusah payah untuk ke
Italy bagi membeli set barangan pinggan mangguk yang mewah. Jika sebelum ini,
beliau terpaksa ke luar negara, dengan alasan barangan di sana jauh lebih murah
berbanding Malaysia, namun kini beliau boleh mendapatkan barangan tersebut di
Rams. Menurut beliau lagi, kualitinya adalah sama sahaja malahan harganya jauh
lebih murah ekoran beliau tidak perlu lagi berhabis beribu ringgit untuk tiket
perjalanannya sahaja.
3.5 MERANGSANG SEKTOR EKONOMI LAIN
Ekonomi negara juga merupakan sebagai salah satu daripada kepentingan
gedung kepada negara kita. Dengan wujudnya gedung-gedung besar di Pulau
Langkawi, pertumbuhan ekonomi dalam negara kita dapat ditingkatkan.
Hal ini kerana secara umumnya perniagaan gedung dengan tawaran harga
yang murah di bumi bebas cukai ini akan memberi galakan dan menjadi batu
lonjatan kepada sector ekonomi yang lain untuk lebih maju dan berdaya saing. Ini
berikutan daripada kadar kemasukan pelancong ke Langkawi semakin meningkat
pada saban hari. Hal ini membuktikan bahawa perniagaan gedung telah
merangsang kegiatan pelancongan di Langkawi.
Tidak hanya itu, sector perkhidmatan pengangkutan air dan darat juga akan
meningkat. Hal ini kerana premis perniagaan gedung ini memerlukan medium untuk
mengangkut semua barangan dan keperluan premisnya. Oleh itu, perkhidmatan air
dan darat amatlah diperlukan khususnya dalam urusan import dan eksport serta
penghantaran barang ke cawangan-cawangan yang lain.
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perniagaan Gedung
13/34
13
4.0 MASALAH YANG DIHADAPI PREMIS PERNIAGAAN GEDUNG
Sepanjang menjalankan kajian di Pulau Langkawi, didapati terdapat beberapa
masalah yang timbul bagi sektor perniagaan gedung ini. Masalah ini rata-ratanya
melibatkan pelanggan, pengusaha dan juga pelancong. (Sila rujuk lampiran B)
4.1 KOMUNIKASI
Terdapat beberapa aduan yang telah diutarakan oleh beberapa orang
responden yang telah ditemuramah, salah satu daripadanya adalah masalah
komunikasi. Kebanyakkan promoter yang telah diupah untuk bekerja di gedung
perniagaan tersebut tidak fasih berbahasa inggeris. Hal ini menyukarkan banyak
pihak terutamanya ketika urusan jual beli sedang berlangsung.
Seorang pelancong daripada Eropah ada mengatakan bahawa,segala urusan
jual belinya menjadi terbantut ekoran kerana salah seorang daripada pekerja di Haji
Ismail Group tidak pandai berbahasa Inggeris. Hal ini menyukarkan beliau kerana
beliau tidak dapat memahami apa yang diperkatakan oleh promoter tersebut.
Hal yang sama juga berlaku di gedung Idaman Suri, seorang pelancong
daripada Arab mempunyai masalah komunikasi kerana pekerja daripada gedungtersebut tidak pandai berbahasa inggeris. Promtoter tersebut terpaksa meminta
bantuan daripada seorang penduduk tempatan bagi membantunya agar proses jual
beli dapat berjalan dengan lancar.
4.2 PROFESIONALISME PEKERJA
Selain daripada masalah komunikasi, para pengguna dan pelancong juga
turut menghadapi masalah di mana ada diantara pekerja gedung tersebut yang tidak
professional ketika menjalankan tugas. Sikap sambil lewa yang ditunjukkan oleh
mereka menyebabkan nafsu si pembeli menjadi terbantut. Masalah ini mungkin
terjadi kerana pekerja yang diambil oleh gedung tersebut merupakan pelajar lepasan
SPM dan masih remaja.
Apabila ditanya akan kelebihan sesuatu produk itu, jawapan yang diberikan
hanyalah sama sahaja dengan produk yang lain. Hal ini sudah semestinya
menimbulkan perasaan marah dan tidak puas hati dalam diri para pelanggan danpelancong. Para pekerja sepatutnya mengetahui akan setiap maklumat barangan
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perniagaan Gedung
14/34
14
yang hendak dijual agar pembeli tidak akan teragak-agak untuk membeli barangan
yang dijual.
Selain daripada itu, sikap para pekerja yang tidak ramah dan sombong juga
merupakan salah satu daripada masalah yang dihadapi oleh pekerja di gedung
terbabit. Bak kata salah seorang responden yang telah ditemu bual, sepatah ditanya
sepatah dijawab. Sudah semestinya sikap yang ditunjukkan ini mengundang
perasaan marah dalam diri pembeli. Masalah yang berkaitan dengan
profesionalisme pekerja merupaka antara masalah utama yang diutarakan oleh
pelanggan gedung perniagaan ini.
4.3 PERSAINGAN YANG SENGIT
Masalah seterusnya yang dapat dikesan merupakan masalah yang
melibatkan persaingan. Gedung-gedung besar seperti Haji Ismail Group, Idaman
Suri, Rams dan Langkawi Saga merupakan antara gedung yang terkenal di Pulau
Langkawi. Seperti yang diketahui umum, bilangan pelancong yang berkunjung ke
Pulau Langkawi semakin hari semakin meningkat, barangan yang ditawarkan di
gedung-gedung ini pula adalah sama sahaja, baik dari segi jenama dan kualiti,
mahupun harga. Oleh kerana itu, pelancong akan mempunyai masalah dalammemilih dan membeli baranagan yang dijual.
Pengusaha gedung terpaksa meletakkan harga yang lebih murah bagi
memastikan pelanggannya tidak lari dan membeli barangan di gedung yang lain.
Jika meletakkan harga yang terlalu murah, mereka akan mengalami kerugian pada
masa akan datang, jika meletakkan harga yang terlalu mahal, mereka akan
kehilangan pelanggan. Itu merupakan salah satu daripada dilema yang dihadapi
oleh para peniaga.
Menurut pengusaha daripada Idaman Suri, beliau menyatakan, semakin
susah untuk menarik perhatian pelanggan pada masa sekarang ekoran daripada
penambahan gedung besar yang lain. Lihat sahaja Haji Ismail Group, di pekan Kuah
sahaja beliau telah membuka hampir tiga cawangan. Itu tidak termasuk
cawangannya di Jeti Point. Menurut beliau lagi, persaingan untuk mendapatkan
tempat di hati pelanggan semakin sukar kerana pelanggan sekarang sudah semakin
cerewet, banyak faktor diambil kira untuk menetapkan gedung mana yang
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perniagaan Gedung
15/34
15
menawarkan barangan dan servis yang terbaik. Oleh kerana itu, para pengsaha
terpaksa mengeluarkan beribu ringgit hanya untuk tujuan mempromosikan barangan
mereka.
4.4 MODAL YANG TINGGI
Jika ditanya mengenai cita-cita pengusaha untuk mengembangkan sayap
perniagaan mereka, jawapan yang diberikan oleh ketiga-tiga kedai ini adalah sama
sahaja, iaitu masalah modal. Modal merupakan salah satu daripada penyumbang
besar dalam masalah yang dihadapi oleh golongan pengusaha gedung perniagaan.
Untuk memajukan perniagaan, para pengusaha memerlukan modal yang
besar bagi memperbesarkan gedung mereka, membuka cawangan yang baru, danmenambah barangan jualan yang lain. Untuk melakukan semua ini, mereka
memerlukan modal yang besar dan banyak.
Menurut beberapa orang responden, urusan untuk melakukan pinjaman
memakan masa yang panjang dan prosesnya sangat cerewet. Banyak kertas kerja
dan surat menyurat yang perlu dilakukan,pun begitu, modal yang hendak dipinjam
itu, masih belum tentu dapat ataupun tidak.
Menurut salah seorang daripada pekerja di Langkawi Saga, proses untuk
beliau meminjam wang juga adalah sukar ekoran kerana beliau bukan warga
bumiputera. Ghalibnya,urusan meminjam dengan pihak bank akan menjadi lebih
mudah sekiranya peminjam merupakan warga bumiputera. Oleh kerana pemilik
Langkawi Saga berbangsa cina, maka urusan meminjamnya menjadi sedikit cerewet
dan susah.
4.5 LOKASI PASARAN
Masalah seterusnya yang dialami oleh para pengusaha adalah tempat
pasaran itu sendiri. Lokasi gedung itu sendiri tidak strategik dan jauh daripada
bandar hingga menyebabkan sesetengah daripada pelancong tidak mengetahui
akan kewujudan gedung tersebut.
Lokasi gedung yang jauh daripada bandar juga menyebabkan pelancong
merasa malas untuk ke gedung tersebut. Sudah semestinya lokasi gedung tersebut,
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perniagaan Gedung
16/34
16
jauh daripada tempat penginapan mereka. Kos untuk mereka ke gedung juga akan
menjadi tinggi ekoran daripada kedudukannya yang berada di pinggir bandar.
Menurut seorang pelancong tempatan, beliau lebih gemar membeli barangan
di Haji Ismail Group ekoran kerana kedudukannya di kawasan bandar dan
kemudahan yang disediakan di sekitar gedung juga adalah lengkap berbanding
dengan Idaman Suri dan Rams. Menurut beliau lagi, harga yang ditawarkan juga
adalah sama, oleh kerana itu, beliau boleh sahaja mendapatkan barangan di Haji
Ismail Group tanpa perlu membayar kos pengangkutan untuk ke sana.
Hasil temubual dengan seorang penduduk tempatan, beliau mengatakan
bahawa amat leceh untuk ke Idaman Suri kerana kedudukannya yang jauh daripada
bandar. Tambahan pula, kemudahan yang disediakan di sekitar gedung tersebut
adalah terhad. Ini menyebabkan mereka lebih gemar membeli belah di kawasan
bandar.
5.0 LANGKAH-LANGAH MENGATASI
Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah perniagaan
jenis gedung ini. (Rujuk lampiran B). Penulisan ini, telah menghuraikan beberapa
langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini.
5.1 KELAS INTENSIF
Bagi mengatasi masalah komunikasi, para pengusaha boleh mengadakan
kelas intensif kepada anak buahnya. Kelas tersebut boleh diadakan pada waktu
malam ataupun pada masa cuti,
Selain daripda itu, para pekerja juga haruslah menyedari akan kelemahan
mereka dan mengambil inisiatif untuk memajukan diri sendiri. Mereka boleh belajar
dengan mengetahui perkataan yang penting sahaja.
Selain daripada itu, para pengusaha boleh meletakkan syarat kelayakkan
bahasa inggeris kepada sesiapa yang memohon untuk bekerja di bawah
syarikatnya. Dengan cara ini, masalah dalam komunikasi dapat dihindari dan
pelancong dari negara asing dapat membeli belah tanpa ada sebarang masalah.
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perniagaan Gedung
17/34
17
5.2 SEMINAR ATAU KURSUS
Bagi mengatasi masalah professional pekerja, para pengusaha boleh
mneghantar pekerjanya mengahdiri kursus ataupun seminar. Dengan cara ini, para
pekerja boleh melihat sikap yang ditunjukkan oleh mereka boleh menjejaskan
reputasi gedung tersebut. Dengan cara ini, mereka akan berunah ke arah yang lebih
baik.
Selain daripada seminar, para pengusaha juga boleh mengadakan
pertandingan Pekerja Terbaik. Pertandingan ini akan menentukan pekerja yang
terbaik pada setiap bulan melalui undian daripada para pelanggan. Hadiah yang
ditawarkan haruslah lumayan, kerana dengan cara ini para pekerja akan tertarik
untuk memenangi pertangdingan tersebut.
Pihak pentadbir gedung juga harus memastikan anak buahnya mengetahui
tentang maklumat barangan yang dijual oleh mereka. Setiap butiran haruslah diingat
dengan terperinci agar setiap pertanyaan yang diutarakan oleh pelanggan dapat
dijawab oleh mereka. Dengan cara ini, pelanggan pasti akan berpuas hati dengan
servis yang diberikan oleh pekerja gedung.
5.3 PINJAMAN BANK
Masalah modal dapat diatasi oleh pihak pengusaha. Dengan terdirinya
banyak bank-bank, para pengusaha boleh memilih bank untuk membuat pinjaman.
Tambahan pula, kebanyakkan pengusaha gedung besar di Langkawi berkelayakkan
bumiputera. Hal ini, memudahkan pihak bank untuk memberi pinjaman kepada
mereka. Urusan meminjam akan menjadi lebih mudah sekiranya peminjam
menggunakan khidmat Agro Bank dan juga Bank Rakyat.
Hasil tinjauan menunjukkan, urusan peminjaman melalui kedua-dua bank ini
adalah jauh lebih mudah dan tidak terlalu cerewet dalam pemilihan kelayakkan
pemohon pinjaman.
Selain daripada pihak bank, para pengusaha juga boleh melakukan pinjaman
daripada pihak berwajib yang lain. Sebagai contoh, daripada Belia Tani,Belia Niaga
dan juga Skim Tabung Ekonomi Belia. Persatuan-persatuan ini banyak memberi
bantuan kewangan golongan yang hendak memulakan perniagaan dan ingin
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perniagaan Gedung
18/34
18
memperbesarkan perniagaan yang sedia ada. Urusan pinjamannya juga tidak rumit
dan tidak memakan masa yang lama.
Selain daripada itu, jualan penghabisan stok boleh juga dilakukan bagi
pengusaha untuk meraih modal. Jualan-jualan murah boleh dilakukan pada musim
cuti sekolah bagi menarik minat pelancong untuk berkunjung ke gedung mereka.
Dengan sedikit keuntungan yang diperolehi, para pengusaha boleh
menggunakannya bagi mengatasi masalah kekurangan modal.
5.4 KAEDAH MENANGI HATI PELANGGAN
Bagi mengatasi masalah pasaran yang semakin sengit, pelbagai cara yang
boleh dilakukan oleh pihak pengurusan. Cara yang paling mudah adalah denganmenarik perhatian pelanggan untuk berkunjung ke dalam gedung perniagaan
mereka. Perhiasan dalaman dan luaran gedung haruslah menarik perhatian
pelanggan. Jika hiasan gedung hanyalah ala kadar, sudah semestinya minat
pelanggan untuk memasuki gedung akan terbantut.
Para pengusaha juga haruslah senantiasa memperbaharui barangan mereka.
Barangan tersebut haruslah up to dateagar pelanggan tidak akan beralih ke gedung
yang lain. Selain daripada itu, peniaga juga boleh menggunakan kaedah memujuk
para pelanggan untuk membeli barangan jualan mereka.
Selain daripada itu, pengusaha boleh mengadakan promosi barangan jualan
mereka. Penggunaan banner ataupun pengiklanan di televisyen boleh diadakan
dengan tujuan menarik perhatian pelanggan. Dengan cara ini, sudah semestinya
pelanggan akan tertarik seterusnya mengunjungi gedung mereka.
Kemudahan seperti tandas awam dan juga bangku untuk berehat haruslah
disediakan oleh pengusaha bagi memudahkan pelanggan yang berkunjung.
Pelanggan akan berkunjung ke gedung tersebut kerana kemudahan yang
disediakan memudahkan para pelanggan.
5.5 STRATEGI PEMASARAN
Bagi mengatasi masalah lokasi pasaran pula, para pengusaha haruslah
mempromosikan gedung mereka dengan mengiklankan barangan ataupunmenyebarkan fliers tentang kelebihan barangan di dalam gedung mereka. Dengan
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perniagaan Gedung
19/34
19
cara ini sudah semestinya bilangan pengunjung yang berkunjung ke gedung mereka
akan bertambah.
Selain daripada itu, di dalam dunia yang serba moden ini, pengiklanan
menerusi alam maya juga boleh dilakukan. Para pengusaha gedung boleh
mempromosikan barangan mereka menerusi sesawang sosial yang terdapat di
dalam internet. Contohnya seperti di Facebook ataupun Twitter.
Jualan- jualan seperti Jualan Peghabisan Stok ataupun Beli 1 Percuma 1
boleh dilakukan dengan tujuan untuk menarik minat para pelanggan. Jualan-jualan
ini boleh dilakukan pada musim perayaan mahupun pada hujung tahun kerana pada
masa ini merupakan musim cuti sekolah. Dengan adanya pengiklanan seperti ini,
sudah pasti pelancong akan berkunjung ke gedung jualan walaupun gedung
tersebut terletak di kawasan pinggir bandar.
6.0 KESAN-KESAN KEGIATAN EKONOMI PERNIAGAAN GEDUNG TERHADAP
ALAM SEKITAR
6.1 PENCEMARAN TANAH
Bersangkutan dengan tajuk tugasan yang telah diberikan, terdapat beberapakesan yang dapat dikenalpasti hasil daripada kegiatan perniagaan gedung yang
dijalankan di Pulau Langkawi. Pencemaran yang pertama merupakan pencemaran
tanah. Pencemaran ini terjadi hasil daripada pembuangan sampah dan sisa
makanan di merata-rata tempat. Hasil daripada pemerhatian yang telah dijalankan di
sekitar gedung Haji Ismail Group, didapati pembuangan sampah berlaku kerana
tong sampah tidak disediakan. Oleh kerana itu, jalan mudah yang diambil oleh
pengguna adalah dengan membuang sampah tersebut di merata-rata tempat.
(Rujuk lampiran B)
Seperti mana yang telah diperhatikan, jenis sampah sarap yang dibuang
adalah terdiri daripada sisa-sisa makanan, bahan bungkusan makanan dan
minuman yang diperbuat daripada plastik. Apabila bahan kimia daripada plastik ini
diserap ke dalam tanah, ia akan mengakibatkan proses pemendapan bahan kimia
beracun.
Secara tidak langsung, apabila manusia menyentuh atau memegang tanah
tersebut, ia akan memberi kesan negatif kepada individu tersebut. Tambahan pula,
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perniagaan Gedung
20/34
20
dengan wujudnya sampah sarap seperti sisa makanan, secara tidak langsung, ia
akan turut mengundang haiwan dan serangga perosak seperti tikus, lalat dan lipas.
6.2 PENCEMARAN UDARA
Mutakhir ini, masalah pencemaran udara kian menghantui pemikiran manusia
tetapi segelintirnya hanya memejam sebelah mata sahaja. Berdasarkan hasil
pemerhatian yang telah dijalankan, pencemaran udara turut berlaku di sekitar
kawasan Pekan Kuah.
Berdasarkan hasil temubual dengan beberapa orang responden, pencemaran
udara di kawasan tersebut berpunca daripada pembukaan gedung-gedung besar di
kawasan tersebut. Gedung merupakan salah satu daripada tarikan pelancong yang
melancong ke Pulau Langkawi. Oleh yang demikian, kemasukkan kenderaan
bermotor akan turut meningkat. Antara kenderaan yang banyak membebaskan
karbon monosida adalah seperti bas, kereta dan juga motosikal. Selain daripada itu,
lori juga merupakan salah satu daripada penyumbang terbesar kepada pencemaran
udara. Penggunaan lori secara maximum oleh pihak gedung untuk tujuan
mengangkut barangan adalah salah satu daripada punca pencemaran udara. Bukan
sahaja karbon monosida yang dibebaskan ke udara, malahan benda asing seperti
habuk, asap, dan kabus turut dibebaskan. Kenderaan bermotor juga turut
membebaskan gas merbahaya seperti karbon monoksida, nitrogen oksida,
hidrokarbon, dan sulfur oksida. (Rujuk lampiran B) Gas-gas ini bukan sahaja
membahayakan kesihatan manusia tetapi turut mengundang kepada jerebu.
Jerebu berlaku apabila terdapat partikel-partikel yang terampai di udara
berada dalam kepekatan yang tinggi manakala kandungan kelembapan di udara
adalah rendah. Kejadian ini menyebabkan jarak penglihatan menjadi kabur atau
kurang jelas. Komponen-komponen merbahaya yang terdapat pada jerebu seperti
karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, dan logam boleh membawa
kepada kesan yang buruk pada manusia.Khususnya, golongan kanak-kanak, warga
tua dan juga kepada mereka yang menghidapi penyakit tertentu seperti asma,
pneumonia dan penyakit paru-paru.
Selain itu, pembebasan gas kluoroflurokarbon (CFC) ke alam sekitar yang
berpunca daripada gas penyaman udara di gedung Haji Ismail Group turutmengundang pencemaran udara. Gas ini akan menyerap haba yang banyak dan
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perniagaan Gedung
21/34
21
menyebabkan berlaku peningkatan suhu. Pertambahan gas klorofluorokarbon (CFC)
seperti gas klorin, fluorindan karbon akan berlaku. Penggunaan gas CFC yang
berlebihan menyebabkan berlakunya penipisan lapisan ozon. Lapisan stratosfera
semakin nipis dan berlubang menyebabkan sinaran ultra ungu sampai
ke permukaan bumi menyebabkan suhu bumi meningkat, dan kesihatan manusia
terjejas. Contohnya seperti katarak mata dan kanser kulit.
6.3 PENCEMARAN AIR
Dalam pada itu, didapati sistem perparitan yang tidak terancang yang akan
menyebabkan pengaliran air yang tidak lancar. Hal ini dapat dibuktikan, apabila
kekurangan sistem perparitan yang di bina dan parit yang sedia ada adalah bersaiz
kecil. Sebagai contoh, hasil pemerhatian membuktikan sistem perparitan
bersebelahan gedung Haji Ismail Group tersumbat berikutan tersekat dengan
sampah sarap seperti pembuangan sampah sarap, sisa makanan dan sebagainya.
Hal ini bukan sahaja mencemarkan air malah mendapan sisa tersebut menyebabkan
air di dalam parit menjadi cetek dan menyebabkan terhasilnya bau yang kurang
menyenangkan. (Rujuk lampiran B) Hal ini menyebabkan pengaliran air tidak lancar
di samping tercemar dengan bakteria-bakteria yang mengandungi halogen atau
sulfur yang berupaya melarutkan bahan lain seperti trikloroetilena, tetrakloraetilena,
kloroform,kloroetana, gendkleno dan freons. Bahan-bahan ini berupaya
meningkatkan kandungan bahan kimia di dalam air. Bertitik tolak dengan perkara
tersebut, pengaliran air yang tersumbat menyebabkan air melimpah keluar dari parit
yang boleh menyebabkan banjir kilat akan berlaku. Pada masa yang sama,
kesihatan penduduk turut terjejas kerana kejadian banjir kilat berpotensi
menyebabkan berlakunya jangkitan penyakit berbahaya dan kemusnahan harta
benda.
6.4 PULAU HABA
Bersangkutan dengan perkara di atas, hasil daripada temubual dengan
pelanggan yang telah dijalankan di gedung Rams, proses pembangunan yang
berasaskan perniagaan di kawasan tersebut berpotensi memberi kesan yang tidak
diingini seperti kejadian pulau haba. Hal ini dapat dibuktikan apabila, terdapat
banyak bangunan konkrit yang didirikan dan kedudukannya yang rapat antara satubangunan dengan bangunan yang lain. Pembangunan bangunan tinggi berpotensi
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perniagaan Gedung
22/34
22
mewujudkan struktur tiga dimensi yang mengubah aliran udara dalam bandar serta
menghasilkan geometri kompleks pertukaran haba dalam bandar. Jelasnya lagi,
kewujudan bangunan-bangunan tinggi menyekat pengaliran udara. Udara panas
sukar mengalir di kawasan sekitar bandar dan berlaku peningkatan suhu.Hal ini
menyebabkan kawasan bandar tersebut mempunyai lebih banyak tepu bina,
permukaan bertar, bersimen dan tidak telap air. Hal ini meningkatkan kadar larian air
permukaan dan mengurangkan proses sejatan serta kelembapan udara.Tambahan
pula, kawasan tersebut juga kekurangan tumbuh-tumbuhan yang berperanan
menyerap karbon dioksida disebabkan oleh kedudukan bangunan terlalu rapat yang
telah menghalang pergerakan udara.Dalam pada itu, pulau haba bandar boleh
meningkatkan pembentukan nukleus higroskopik dan meningkatkan kejadian hujan
lebat dalam bandar hingga berlaku banjir kilat kerana permukaan telap air yang
tinggi sekaligus dapat menjejaskan kesihatan manusia seperti asma, selsema dan
sebagainya.
6.5 PERUBAHAN POLA GUNA TANAH
Jika ditinjau dari aspek perubahan pola guna tanah pula, tapak gedung
Idaman Suri agak besar dan luas. Hal ini menyebabkan, penebangan pokok yang
banyak berlaku untuk mendirikan bangunan tersebut walhal pihak gedung Idaman
Suri boleh meminimumkan penggunaan tanah dengan mendirikan gedung Idaman
Suri secara bertingkat. Penebangan pokok yang banyak juga menyebabkan
kehilangan beberapa spesis flora dan habitat kepada beberapa spesis haiwandi
kawasan itu suatu ketika dahulu. Pada masa yang sama, suhu di kawasan tersebut
akan meningkat kerana tidak ada liputan tumbuh-tumbuhan dan mengurangkan
kelembapan udara di kawasan tersebut. Hal ini dapat dibuktikan hasil temubual
dengan pelanggan gedung Idaman Suri yang mengatakan bahawa tapak asal
gedung Idaman Suri adalah hutan pada suatu ketika dahulu. Jelasnya, perubahan
landskap telah berlaku.
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perniagaan Gedung
23/34
23
7.0 CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN KESAN-KESAN TERHADAP ALAM
SEKITAR
7.1 PEMBINAAN PARIT YANG LEBIH BESAR
Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup
penduduk,kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak
dapat dielakkan, namun manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam
sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan.
Kesan-kesan negatif yang timbul berupaya menggugat kesihatan manusia, sumber-
sumber ekonomi dan kemandirian bumi. Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif
pembangunan ke atas alam sekitar, setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan
mestilah diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam.
Isu pencemaran yang merupakan isu global ini perlu dibincangkan, difikirkan dan
ditangani bersama-sama di peringkat antarabangsa. Jadi, langkah-langkah bijak
perlu dirancangkan bagi mengatasi masalah ini.
Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa cadangan yang boleh
dilaksanakan untuk mengurangkan kesan-kesan negatif terhadap alam sekitar. Bagi
masalah yang wujud hasil daripada sistem perparitan yang tidak terancang digedung Haji Ismail Group (HIG), pihak mereka seharusnya menitikberatkan soal
pembinaan sistem perparitan yang terancang dan bilangan parit mengikut
kesesuaian kawasan tersebut dan membina dengan sedikit besar saiznya agar air
limpahan dan hujan dapat dialirkan dengan baik dan sempurna tanpa sebarang
sekatan serta kejadian banjir kilat dapat dielakkan. Dalam pada itu, parit-parit yang
telah cetek berhampiran gedung tersebut akibat daripada bahan-bahan kumuhan
seperti sampah sarap hendaklah sentiasa dibersihkan dan diawasi dari semasa ke
semasa supaya air tersebut tidak dicemari dengan bahan kimia yang boleh
menjejaskan kualiti air tersebut.
7.2 MEMPERBANYAKKAN TONG SAMPAH DAN MENGAMALKAN 3R
Selain daripada itu, pencemaran tanah pula salah satu isu yang perlu diatasi
agar isu tersebut tidak menjejaskan imej perniagaan gedung Haji Ismail Group.
Pencemaran tanah yang berlaku di kawasan tersebut masih dalam keadaan
terkawal. Antara beberapa cadangan yang dapat dikemukakan ialah, pihak gedung
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perniagaan Gedung
24/34
24
Haji Ismail Group seharusnya menyediakan tong sampah dengan bilangan yang
secukupnya berhampiran dengan gedung tersebut. Hal ini bagi mengelakkan
pelanggan mahupun orang lain di sekitarnya membuang sampah merata-rata
tempat lagi akibat daripada kelemahan sistem pembuangan sampah di kawasan
gedung. Tidak hanya itu, pemendapan bahan kimia seperti sisa-sisa makanan,
bahan bungkusan makanan terdiri daripada plastik yang masuk ke dalam tanah
menjadi zat beracun dalam tanah dapat dielakkan. Secara langsung hal ini dapat
mengelakkan kesan negative kepada manusia apabila bersentuhan dengan tanah
seperti jangkitan kuman.
Selain daripada itu, pihak gedung tersebut juga boleh melakukan inisiatif lain
dengan mengamalkan konsep 3R iaitu Reduce (Pengurangan), Reuse (PenggunaanSemula) dan Recycle (Kitar Semula). (Rujuk lampiran B) Pihak gedung boleh
menyediakan tong kitar semula di luar gedung tersebut sebagai salah satu langkah
mengatasi masalah pembuangan sampah merata-rata tempat. Tong kitar semula
terdiri daripada tiga jenis iaitu tong jingga, coklat dan biru. Setiap tong ini telah
diklasifikasikan mengikut bahan buangan yang tertentu. Contohnya tong jingga
untuk bahan buangan tin dan aluminium, tong coklat pula bagi bahan buangan kaca
dan bagi tong biru pula untuk bahan buangan yang terdiri daripada kertas. Kitar
semula merupakan salah satu cara terbaik untuk kita bagi mendapatkan kesan yang
positif kepada dunia yang sedang didiami ini. Kitar semula adalah penting bagi kita
dan alam semula jadi. Kita perlu bertindak dengan pantas kerana jumlah bahan
buangan atau sisa yang di buang oleh kita sendiri semakin meningkat dari semasa
ke semasa. Kitar semula sangat penting kepada bandar di seluruh dunia dan
manusia yang hidup di dalamnya. Hal ini disebabkan oleh, proses kitar semula dapat
meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan. Selain itu juga, kebanyakkan
kawasantanah di Pulau Langkawi kita didapati kurang sesuai untuk membina tapak
pelupusan disebabkan sebahagian besar meliputi kawasan tadahan air. Selain itu,
proses kitar semula juga dapat mengurangkan belanjawan kewangan kerana ia
dapat menghasilkan produk daripada bahan mentah lebih tinggi kosnya berbanding
dihasilkan daripada bahan-bahan kitar semula. Tambahan pula, ia juga berpotensi
memelihara sumber alam semula jadi untuk generasi akan datang.
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perniagaan Gedung
25/34
25
7.3 MENGGUNAKAN KENDERAAN YANG MESRA ALAM
Seperti yang diketahui umum, masalah pencemaran udara disebabkan oleh
sistem pengangkutan (lori kargo) dan kesesakan lalulintas merupakan salah satu
faktor menyebabkan berlakunya pencemaran udara di gedung Haji Ismail Group.
Ahli sains telah membuktikan bahawa pengangkutan secara keseluruhan
menghasilkan 64% gas nitrogen oksida (unsur utama yang menyebabkan terjadinya
hujan asid), 42% hidrokarbon, 66% karbon monoksida, 32% plumbum, 30% karbon
dioksida, 74% benzena yang merupakan bahan racun. Antara cadangan yang boleh
diberikan bagi mengatasi masalah pencemaran udara di gedung Haji Ismail Group
ialah pihak kerajaan mewajibkan penggunaan penukar bermangkin (Catalytic
Converters) dalam industri pembuatan kenderaan bermotor. (rujuk lampiran B)
Penukar bermangkin dua hala (Two -way Catalytic Converters) boleh mengurangkan
hingga 98% unsur-unsur pencemaran dengan cara menukarkan hidro karbon dan
karbon monoksida kepada karbon dioksida dan wap. Hal ini juga dapat mengelakkan
fenomena jerebu. Dalam pada itu, penukar bermangkin tiga hala (three- way
Catalytic Converters) pula boleh mengoksidakan nitrogen tertentu, tanpa
mengurangkan kecekapan enjin atau menambahkan penggunaan minyak kenderaan
bermotor. Kesan plumbum terhadap kesihatan juga boleh dielakkan sekiranya kita
menggunakan minyak tanpa plumbum (unleaded). Tindakan tegas kerajaan Pulau
Langkawi adalah perlu untuk mengurangkan penggunaan dan penjualan minyak
berplumbum demi menjamin kesihatan masyarakat umum, terutamanya penghuni
kota. Selain itu, bagi mengatasi masalah pembebasan gas CFC, pihak gedung
tersebut haruslah mengurangkan penggunaan CFC dan boleh diganti dengan
penggunaan helium yang membantu untuk mengurangkan peningkatan suhu dan
menghapuskan fenomena penipisan lapisan ozon.
7.4 PERANCANGAN BANDAR YANG LEBIH MESRA ALAM
Selain daripada itu, perkembangan ekonomi yang pesat di bandar boleh
mengakibatkan terbentuknya pulau haba. Pulau haba merujuk kepada keadaan
suhu di kawasan bandar yang terhad keluasannya adalah lebih tinggi berbanding
dengan suhu di kawasan luar bandar atau pinggir bandar disebabkan oleh aktiviti
manusia, seperti di gedung Rams, Kuah. Ini terjadi akibat banyak bangunan konkrit
yang dibina rapat-rapat danpembinaan jalan raya. Bangunan konkrit bukan sahaja
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perniagaan Gedung
26/34
26
dapat menyerap dan memerangkap habatetapi juga menghalang tiupan angin.Haba
yang tidak dapat dilepaskan ke atmosfera itu akan membahangi kawasan sekitar.
Antara cadangan yang boleh diberikan bagi mengatasi masalah ini ialah penanaman
semula tumbuhan hijau. Penghijauan semula kawasan bandar penting dalam
mensederhanakan suhu kawasan bandar. Kawasan bandar perlu banyakkan lagi
kawasan hijau dengan menanam pokok-pokok bagi meningkatkan kadar sejat
peluhan dan proses fotosintesis dapat berlaku secara efektif. Dalam proses
fotosintesis, tumbuh -tumbuhan akan menyerap karbon dioksida (CO2), menyimpan
karbon (C) dan melepas oksigen (O2). Faktor yang menentukan kecepatan
fotosintesis adalah cahaya, suhu dan karbon dioksida. Sistem pernafasan manusia
pula ialah sistem biologi, yang mana semuaorganismamembabitkan
pertukarangas. Bagi sistem pernafasan, manusia memerlukan oksigen secukupnya
dan membebaskan karbon dioksida. Oksigen yang diperlukan boleh diambil hasil
pembebasan oksigen dari proses fotosintesis. Manakala karbon dioksida yang
dibebaskan oleh manusia melalui proses respirasi dapat digunakan oleh tumbuh-
tumbuhan untuk menjalankan proses fotosintesis. Hal ini jelas menunjukkan,
manusia dan tumbuh-tumbuhan saling bergantung antara satu sama lain. Tambahan
pula, sekiranya gedung Rams ingin membuka cawangan baru, pihak gedung Rams
perlu menitikberatkan susun atur bangunan. Hal ini bagi mengelakkan kedudukan
bangunan rapat antara satu sama lain dan menghalang pengaliran udara yang boleh
menyebabkan suhu bandar meningkat. Tambahan pula, penggunaan bahan binaan
juga perlu dititikberatkan dan mengamalkan konsep bangunan mesra
alam.Bangunan mesra alam adalah merujuk kepada struktur atau proses yang
bertanggungjawab serta efisien terhadap alam sekitar melibatkan kitar hidup
sesebuah bangunan baik dari segi rekaan, pembinaan, operasi, penyeliaan,
pengubahsuaian mahupun pemusnahan. Hal ini turut melibatkan kepelbagaian serta
melibatkan rekaan bangunan-bangunan klasik yang mementingkan dari segi
keselamtan, kesan terhadap alam sekitar, keutuhan dan keselesaan. Bagi bangunan
mesra alam, keperluan kepada bahan-bahan ini adalah untuk mengurangkan
pemberian kesan-kesan yang tidak diperlukan kepada bumi terutamanya pulau
haba. Dari segi bahan, untuk membina bangunan yang besar, ianya mestilah kukuh
dan tahan lama. Akan tetapi, untuk mengurangkan kesan kepada bumi, ianya
mestilah boleh dikitar semula, menggunakan sumber yang boleh diperbaharui dan juga mengurangkan pencemaran udara, air, daratan serta kejadian pulau haba.
http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Organisma&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Organisma&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Organisma&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Gashttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gashttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gashttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gashttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Organisma&action=edit&redlink=18/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perniagaan Gedung
27/34
27
Bahan binaan juga dianggap mesra alam sekiranya ia menjimatkan tenaga dan
memerlukan sedikit penyelengaraan walaupun selepas beberapa tahun. Bahan-
bahan yang tidak memberikan impak besar kepada alam sekitar juga dianggap
sebagai sumber mesra alam. Oleh yang demikian, dengan pemilihan bahan dan
pembinaan bangunan, pihak gedung Rams boleh mengurangkan impak alam
sekitar pada usaha pembinaan dan dapat mendirikan kediaman yang mesra alam.
Sebagai contoh, penggunaan kayu adalah daripada hutan yang diiktiraf sahaja.
Dengan ini, kita boleh mengekalkan kehijauan hutan dan juga mampu
mengurangkan kadar karbon dioksida di kawasan sekitarnya.Perangkaan kayu tidak
memerlukan penggunaan kayu kayan seperti pembinaan konvensional dan turut
membentuk panel pengedapan luaran (SIPS), yang memerangkap haba serta
penyaman udara daripada terus bebas keluar.Kayu dianggap sebagai bahan binaan
hijau. Kayu melibatkan penghasilan yang kurang dari segi kewangan dan kesan
pada alam sekitar. Apabila sesebuah bangunan sudah tiba pada akhir hayatnya,
kayu boleh dikitar semula.
7.5 PEMANTAUAN BERKALA OLEH PIHAK KERAJAAN
Selain itu, cadangan yang dapat diberikan untuk mengatasi kesan perubahan
pola guna tanah di gedung Idaman Suri ialah kerajaan Langkawi memantau
pemberian lesen kepada pihak tertentu untuk membina bangunan. Hal ini bagi
mengelakkan penggunaan tanah yang maksimum seperti membina dengan
keluasan yang boleh menyebabkan kemusnahan flora dan fauna dan pembinaan
bangunan di kawasan yang kurang sesuai seperti di kawasan yang meliputi tumbuh-
tumbuhan hijau. Hal ini juga bagi meningkatkan kesedaran pihak peniaga akan
pencemaran atau kesan terhadap alam sekitar seperti hujan asid, penipisan lapisan
ozon dan sebagainya. Dalam pada itu, sekiranya pihak gedung Idaman Suri ingin
membuka cawangan baru, pembinaan bangunan daripada bahan-bahan mesra
alam harus dititikberatkan. Contoh penggunaan kaca harus dikurangkan bagi
mengelakkan pantulan semula cahaya matahari ke alam sekitar yang berpotensi
untuk meningkatkan suhu alam sekitar.
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perniagaan Gedung
28/34
28
8.0 POTENSI MASA DEPAN KEGIATAN EKONOMI PERNIAGAAN GEDUNG
8.1 PELUANG PEKERJAAN YANG TINGGI
Perniagaan gedung berpotensi untuk maju pada masa akan datang.Kemajuan ini dapat dicapai sekiranya semua pihak berganding bahu dalam
memperkembangkan industri perniagaan di suatu kawasan itu. Bersangkutan
dengan soalan tugasan yang diberikan,Pulau Langkawi yang telah diisytiharkan
sebagai Pulau Bebas Cukai pada tahun 1987 menjadi tumpuan orang ramai di
negeri tersebut mahupun negeri lain. Tambahan pula, Pulau Langkawi berpotensi
berkembang dengan lebih pesat lagi kerana memiliki banyak produk pelancongan
bertaraf antarabangsa, lokasi lebih strategik, kemudahan pengangkutan yang
efisien, saiz pulau yang tidak besar yang memudahkan pergerakan pengunjung dari
satu tempat ke tempat lain, banyak hotel dan restoran menawarkan pilihan harga
yang pelbagai. Tidak kurangnya di Pulau Langkawi juga terdapat kemudahan
membeli-belah yang selesa kerana kedudukan pusat jualan yang berkelompok
seperti di bandar Kuah seperti gedung Haji Ismail Group , Idaman Suri dan
Rams. Kepelbagaian barangan yang dijual di gedung-gedung ini menunjukkan
keupayaan mereka untuk lebih maju dan berpotensi pada masa depan.
Antara potensi masa depan perniagaan gedung ialah mampu meluaskan
peluang pekerjaan di kawasan kajian apabila banyak cawangan dibuka di Langkawi
seperti gedung Haji Ismail Group. Peluang perniagaan yang banyak akan dapat
memberiruang pekerjaan kepada masyarakat terutamanya golongan belia di
kawasan sekitar premis perniagaan serta di Langkawi amnya. Bukan itu sahaja,
kadar pengangguran di kawasan kajian turut dapat dikurangkan kerana kekosongan
peluang pekerjaan dapat diisi terutamanya oleh golongan belia. Pada masa yangsama, masalah gejala sosial dalam kalangan belia yang menjadi halwa telinga orang
ramai dapat dielakkan seperti budaya melepak dan budaya negatif yang lain. Di
samping itu, dengan adanya peluang pekerjaan juga, taraf hidup masyarakat di
kawasan tersebut dapat ditingkatkan. Oleh yang demikian, kadar kemiskinan
penduduk di kawasan itu dapat dielakkan.
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perniagaan Gedung
29/34
29
8.2 MENINGKATKAN PEMBANGUNAN EKONOMI NEGARA
Selain daripada itu, perniagaan gedung juga dapat meningkatkan
pembangunan ekonomi negara. Hal ini disebabkan oleh pengaliran wang masuk
dalam ekonomi negara semakin meningkat. Aktiviti import dan eksport juga akan
berjalan dengan lancar di samping member kesan positif kepada peningkatan
bilangan orang ramai ke gedung tersebut.
8.3 MENJADI PEMBORONG UTAMA
Tambahan pula, perniagaan gedung juga turut berupaya untuk menjadi
pemborong utama pada masa depan. Sekiranya gedung-gedung tersebut berjaya
menjadi pemborong maka pembelian barang secara pukal dengan harga yangmurah dapat di beli daripada pengelua ratau pengilang dan menjual semula kepada
peruncit atau pengguna akhir.Pemborong juga boleh memberi jaminan liputan
pasaran yang luas kepada pengeluar pada kos yang berpatutan. Dalam pada itu,
pemborong adalah institusi yang paling hampir kepada pengguna. Maka mereka
memiliki maklumat terkini dan tepat tentang keperluan dan citarasa pelanggan dan
pengguna. Maklumat ini adalah penting untuk kegunaan perancangan, letak harga
dan pembangunan.
8.4 MEMENUHI KEPERLUAN DAN CITA RASA PENDUDUK
Selain daripada itu, gedung-gedung di kawasan Pekan Kuah juga turut
mampu untuk memenuhi keperluan dan citarasa penduduk dan pelancong dengan
lebih berkesan lagi pada masa depan. Hal ini berjaya dilaksanakan sekiranya pihak
gedung menambahkan lagi usaha untuk meningkatkan prestasi dan membaiki
pengendalian perniagaan dengan melihat dari pelbagai sudut seperti mendapat
bekalan barangan dari pembekal yang berkualiti dan bermutu, menyuarakan kepada
pihak tertentu untuk memperbaiki infrastruktur di gedung tersebut dan mengatasi
pencemaran yang berlaku di gedung-gedung tersebut agar pelanggan mahupun
pelancong berasa lebih yakin dengan pembelian barang di gedung itu. Tambahan
pula, pihak gedung Haji Ismail Group, Idaman Suri dan Rams boleh juga melakukan
inisiatif lain dengan menambahkan kepelbagaian produk atau penjualan barangan
mengikut kehendak semasa pelanggan dan tidak terikat kepada barangan seperti
coklat sahaja.
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perniagaan Gedung
30/34
30
8.5 PEMBELIAN DALAM TALIAN
Bersangkutan dengan perkara di atas, bukan itu sahaja potensi kegiatan
ekonomi perniagaan gedung pada masa depan, malah ia turut berpotensi untuk
memperluaskan penjualan dan promosi barangnya dengan menggunakan laman
maya. Di Malaysia sahaja, lebih 16 juta orang atau 64% populasi Malaysia adalah
pengguna internet (2009) dan jumlah ini semakin bertambah setiap tahun.
Tambahan pula, hampir dua billion orang di seluruh dunia menggunakan internet,
yang bermakna pihak gedung seperti gedung Haji Ismail Group mampu menjangkau
lebih banyak pelanggan daripada hanya bergantung kepada kedudukan lokasi
gedung itu sahaja. Laman sesawang anda adalah tempat yang memberikan
kemungkinan untuk mereka mencari maklumat seperti lokasi, waktu operasi, jenis
produk, polisi pemulangan barang, dan nombor telefon gedung tersebut. Selain itu,
laman sesawang anda juga merupakan tempat khusus untuk mengkatalog produk
dan ia boleh juga memberikan ruang untuk pelanggan gedung petunjuk tentang cara
pembelian barang tersebut. Hal ini sekaligus memperkembangkan potensi gedung
tersebut untuk lebih maji dengan pembelian barangan melalui laman sesawang dan
di lokasi kedai itu sendiri.
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perniagaan Gedung
31/34
31
9.0 KESIMPULAN
Pulau Langkawi merupakan salah satu daripada destinasi utama industri
pelancongan di negeri Kedah. Perniagaan pula adalah salah satu aktiviti yang
menyumbang kepada sektor ekonomi masyarakat di bumi Langkawi ini. salah satu
jenis perniagaan yang tumbuh segar di sana ialah perniagaan gedung.
Perniagaan gedung merujuk kepada perniagaan yang dijalankan secar
berskala besar di mana ianya beroperasi di dalam bangunan yang besar dan
mungkin bertingkat dan terletak di kawasan strategic yang biasanya di kawasan
bandar-bandar. Bagi perniagaan gedung di Langkawi pula, boleh dikatakan
kesemua premis perniagaan gedungnya terletak di kawasan Pekan Kuah dan dibuka
dengan unit premis yang besar. Terdapat beberapa ciri khusus perniagaan gedung
di Langkawi ini. antaranya ialah melibatkan modal yang besar, lokasi premis yang
strategik, kemudahan infrastruktur, barang jualan dan polisi harga, kaedah jualan
yang tersendiri.
Kepentingan perniagaan gedung pula dapat dilihat melalui pelbagai aspek.
Antaranya ialah memberi sumbangan positif terhadap pertumbuhan ekonomi
negara, menyediakan peluang pekerjaan, pemangkin kemajuan kawasan, sebagaikawasan tarikan pelacong dan memastikan kelangsungan aliran duit dalam negara.
Namun, terdapat beberapa masalah yang telah dialami oleh premis perniagaan
gudang di Langkawi. Antaranya ialah dari aspek komunikasi iaitu kekangan bahasa,
tahap profesionalisme pekerja, modal yang tinggi, persaingan sengit dan juga lokasi
atau kawasan pemasaran. Walaubagaimanapun, masalah ini boleh diatasi melalui
kelas intensif dan seminar kepada pekerja, pinjaman bank, strategi pemasaran, dan
juga kaedah menangi hati pelanggan.
Selain itu, terdapat juga beberapa kesan perniagaan gedung yang dijalankan
terhadap alam sekitar di Langkawi ini. Antaranya ialah pencemaran air, pencemaran
udara, pencemaran tanah, kejadian pulau haba dan juga menjejaskan ekosistem.
Namun, kesan tersebut boleh diatasi dengan menambah bilangan parit,
menyediakan tong sampah yang secukupnya, mengamalkan 3R, penggunaan
penukar pemangkin pada enjin, penggunaan minyak tanpa plumbum, mengamalkan
penghijauan semula, perancangan Bandar, dan memantau pemberian lessenperniagaan.
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perniagaan Gedung
32/34
32
Aktiviti perniagaan gedung di Langkawi mempunyai potensinya yang
tersendiri untuk terus dimajukan. Antaranya ialah mengembangkan sayap
perniagaan, mengurangkan masalah pengangguran, meningkatkan aliran wang
dalam negara, memenuhi keperluan, kehendak dan citarasa penduduk, dan
menembusi pasaran belian secara dalam talian (online)
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perniagaan Gedung
33/34
33
10.0 BIBLIOGRAFI
Chamsuri Siwar et.al. (2007). Ekonomi Malaysia. Selangor : Pearson Malaysia Sdn.
Bhd.
Cikgu Saiful. (2010). Konsep dan Kepentingan Perniagaan.
http://khbf1.blogspot.com/2010/02/11-konsep-dan-kepentingan-
perniagaan.html. Diakses pada 25 Julai 2010.
Danny Tan dan Lim Yam Hoon. ( 2005 ). Nota Lengkap STPM Makroekonomi Kertas
2. Selangor : Penerbit Fajar SDN. BHD
Jumahira Hj Nurdin. (2010). Pelaburan.
http://perdaganganazmieira.blogspot.com/2010/10/tingkatan-4-bab- 3.html.
diakses pada 18 Julai 2011.
Lai Mooi Chang. (2003). Teks Pra-U Makroekonomi. Petaling Jaya : Pearson
Malaysia SDN.BHD
Tiada nama pengarang. (2010). Masalah Umum Dalam Perniagaan.
http://drshahrazali.com/2010/05/masalah-umum-dalam-perniagaan/. Diakses
pada 25 Julai 2010.
Tiada nama pengarang. (2007). Langkawi Dalam Sejarah.
http://www.mykedah.org/Menjejak-Sejarah/langkawi-dalam-sejarah.html.
diakses pada 1 Ogos 2011.
http://khbf1.blogspot.com/2010/02/11-konsep-dan-kepentingan-perniagaan.htmlhttp://khbf1.blogspot.com/2010/02/11-konsep-dan-kepentingan-perniagaan.htmlhttp://khbf1.blogspot.com/2010/02/11-konsep-dan-kepentingan-perniagaan.htmlhttp://perdaganganazmieira.blogspot.com/2010/10/tingkatan-4-bab-%093.htmlhttp://perdaganganazmieira.blogspot.com/2010/10/tingkatan-4-bab-%093.htmlhttp://drshahrazali.com/2010/05/masalah-umum-dalam-perniagaan/http://drshahrazali.com/2010/05/masalah-umum-dalam-perniagaan/http://www.mykedah.org/Menjejak-Sejarah/langkawi-dalam-sejarah.htmlhttp://www.mykedah.org/Menjejak-Sejarah/langkawi-dalam-sejarah.htmlhttp://www.mykedah.org/Menjejak-Sejarah/langkawi-dalam-sejarah.htmlhttp://drshahrazali.com/2010/05/masalah-umum-dalam-perniagaan/http://perdaganganazmieira.blogspot.com/2010/10/tingkatan-4-bab-%093.htmlhttp://khbf1.blogspot.com/2010/02/11-konsep-dan-kepentingan-perniagaan.htmlhttp://khbf1.blogspot.com/2010/02/11-konsep-dan-kepentingan-perniagaan.html8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perniagaan Gedung
34/34
11.0 LAMPIRAN