Upload
prasana-arasu
View
236
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Kerja Kursus Mata Pelajaran Geografi PMR 2012
Citation preview
Kerja Kursus Geografi PMR 2012 1 - Prasana A/P Arasu
NAMA PRASANA A/P ARASU
KELAS 3 ARIF
NO. KAD PENGENALAN XXXXXX-XX-XXXX
GURU PENILAI PUAN AZURAINI BINTI CHE MOHAMMAD
NAMA SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SENTUL UTAMA
TANDA TANGAN CALON TANDA TANGAN GURU
(PRASANA A/P ARASU) (PUAN AZURAINI BINTI CHE MOHAMMAD)
Kerja Kursus Geografi PMR 2012 2 - Prasana A/P Arasu
(2) SENARAI KANDUNGAN
BILANGAN PERKARA MUKA SURAT
1 Tajuk 1
2 Senarai kandungan 2
3 Penghargaan 4
4 Pendahuluan 5
5 Objektif kajian 6
6
6.1
6.2
6.3
Kawasan kajian
Peta daerah
Peta zon Sentul
Lakaran peta kajian –
(Bandar Baru Sentul)
7
8
9
10
7 Kaedah kajian 11
Kerja Kursus Geografi PMR 2012 3 - Prasana A/P Arasu
8
8.1
8.2
8.3
8.4
8.5
Dapatan kajian
Konsep dan jenis perniagaan runcit
di kawasan kajian
Kepentingan perniagaan runcit di
kawasan kajian
Faktor yang mempengaruhi
perniagaan runcit di kawasan kajian
Kesan negatif perniagaan runcit
kawasan kajian
Cadangan untuk mengurangkan
kesan negatif perniagaan runcit di
kawasan kajian
12
13
15
17
19
9 Bahan grafik 21
10 Rumusan 24
11 Lampiran 25
12 Rujukan 26
Kerja Kursus Geografi PMR 2012 4 - Prasana A/P Arasu
(3) PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua SMK
Sentul Utama, Puan Hajah Maznah Binti Haji Mazlan kerana telah memberikan kebenaran
kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini. Tidak lupa juga guru mata pelajaran Geografi
saya iaitu, Puan Azuraini Binti Che Mohammad atas tunjuk ajar dan nasihat yang diberi
sepanjang kajian ini dijalankan.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada kedua-dua ibu bapa saya yang memberikan
sokongan dan dorongan dari segi wang dan masa. Banyak wang telah mereka korbankan demi
memastikan kajian ini berjalan dengan 4ancer.
Akhir sekali, tidak lupa juga rakan-rakan saya iaitu, Mohana Ambigai A/P Balakrishnan,
Priyanga A/P Rathinam dan Nur Hidayah Binti Ahmad Shafii bagi bantuan yang diberikan ketika
proses soal selidik dilakukan.
Kerja Kursus Geografi PMR 2012 5 - Prasana A/P Arasu
(4) PENDAHULUAN
Kajian ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk pensijilan Penilaian
Menengah Rendah (PMR). Saya telah diberikan tajuk kerja kursus, “Perniagaan runcit di
kawasan Sentul, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur”.
Oleh itu, saya telah diarahkan oleh guru Geografi saya untuk melaksanakan di kawasan yang
berdekatan dengan tempat tinggal sendiri iaitu, Sentul, memandangkan ia amat bersesuaian
dengan tajuk yang diberikan. Di Sentul, sememangnya terdapat pasar malam di kawasan ini
disebabkan sektor pekerjaan di kawasan sekitarnya.
Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula dari bulan Mac
sehingga bulan Mei iaitu kira-kira 8 minggu/ 2 bulan.
Saya berharap agar kajian dan laporan kerja kursus ini akan mendatangkan manfaat dan
faedah kepada saya dalam peperiksaan awam; Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Kerja Kursus Geografi PMR 2012 6 - Prasana A/P Arasu
(5) OBJEKTIF KAJIAN
a) Menjelaskan konsep dan jenis perniagaan runcit.
b) Menghuraikan kepentingan perniagaan runcit.
c) Mengenal pasti faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit.
d) Memerhatikan kesan negatif perniagaan runcit.
e) Memberikan cadangan untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit.
f) Menerapkan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian.
Kerja Kursus Geografi PMR 2012 7 - Prasana A/P Arasu
(6) KAWASAN KAJIAN
Kawasan yang saya kaji bernama Sentul. Kawasan ini terletak berhampiran dengan tempat
tinggal saya, iaitu tiga(3) kilometer dari rumah saya. Kedudukan fizikal ini memudahkan saya
untuk menjalankan kajian dengan mudah.
Manakala lokasi kawasan kajian pula terletak tiga(3) kilometer dari Jalan Ipoh, Batu 3 51200
iaitu di Bandar Baru Sentul. Biasanya tambang bas yang dikenakan untuk pergi dan balik ke
sekolah ialah RM0.50 yang mengambil masa selama 10 minit.
Sentul merupakan sebuah kawasan tanah yang subur (tanah pamah) yang amat sesuai untuk
penduduk dari segi petempatan, perindustrian serta jaringan pengangkutan dan perhubungan.
Kerja Kursus Geografi PMR 2012 8 - Prasana A/P Arasu
6.1 Peta daerah –
“Kuala Lumpur”
Kerja Kursus Geografi PMR 2012 9 - Prasana A/P Arasu
6.2 Peta zon –
“Sentul”
Kerja Kursus Geografi PMR 2012 10 - Prasana A/P Arasu
6.3 (Lakaran)
Peta kawasan kajian –
“Bandar Baru
Sentul”
Kerja Kursus Geografi PMR 2012 11 - Prasana A/P Arasu
(7) KAEDAH KAJIAN
Sebelum memulakan kajian, saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan digunakan
untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya
telah menggunakan tiga kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini. Berikut merupakan kaedah
yang telah digunakan :
a) PEMERHATIAN :
- Saya telah membuat pemerhatian untuk mengenal pasti konsep dan jenis perniagaan
runcit di kawasan kajian saya iaitu, Bandar Baru Sentul.
Sila rujuk lampiran bahagian gambar (muka surat 25)
b) SOAL SELIDIK :
- Saya juga telah menyediakan 20 borang soal selidik yang perlu diisi oleh penduduk
kawasan yang akan menjadi responden terhadap kajian yang sedang dilakukan.
Sila rujuk lampiran bahagian borang soal selidik (muka surat 25)
c) RUJUKAN :
- Selain itu, saya juga membuat rujukan melalui internet bagi mendapatkan maklumat
tambahan terutamanya tentang penerangan konsep dan jenis perniagaan runcit pasar
malam di Sentul.
Sila rujuk bahagian rujukan (muka surat 26)
Kerja Kursus Geografi PMR 2012 12 - Prasana A/P Arasu
(8) DAPATAN KAJIAN
8.1 Konsep dan jenis perniagaan runcit di kawasan kajian
Secara umumnya perniagaan runcit membawa maksud perniagaan secara kecil-kecilan
yang menjual barangan keperluan harian kepada pengguna terakhir. Perniagaan runcit seperti
gerai, pasar malam, pasar tani dan pasar mini biasanya dijalankan oleh individu dan dibantu oleh
ahli keluarga. Antara barangan yang dijual ialah makanan, buah-buahan, sayur-sayuran, pakaian,
ikan dan daging.
Kerja Kursus Geografi PMR 2012 13 - Prasana A/P Arasu
8.2 Kepentingan Perniagaan Runcit Di Sentul, Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur
Setelah kajian ini dijalankan, saya dapat rumuskan bahawa perniagaan runcit di kawasan kajian
memainkan peranan penting seperti; Menyediakan peluang pekerjaan, memudahkan penduduk
tempatan membeli barangan, menyediakan barangan segar dan menjimatkan kos pengguna.
1. MENYEDIAKAN PELUANG PEKERJAAN
Ini merupakan antara kepentingan perniagaan runcit pasar malam di Sentul. Melalui soal
selidik, 15 % responden menyatakan kewujudan pasar malam menyediakan peluang pekerjaan
kepada penduduk berhampiran. Peluang pekerjaan yang ditawarkan sudah pastinya dapat
mengurangkan kadar pengangguran penduduk di kawasan berhampiran.
2. MEMUDAHKAN PENDUDUK TEMPATAN MEMBELI BARANGAN
Kebanyakkan responden menyatakan pasar malam di Sentul memudahkan mereka
membeli barang kerana kedudukannya yang berhampiran dengan rumah mereka. Pelanggan tetap
pasar mala mini ialah di sekitar Sentul pasar. Mereka lebih suka membeli barangan basah dan
kering kerana lokasinya yang dekat berbanding pasar raya lain seperti Mydin atau Carrefour
yang terlatak lebih kurang 10km dan perlu menempuh kesesakan lalu lintas. Saya selaku
penduduk di Sentul berterima kasih kerana kewujudan pasar malam di Sentul dapat memudahkan
urusan dan memberi manfaat kepada penduduk di kawasan berhampiran.
Kerja Kursus Geografi PMR 2012 14 - Prasana A/P Arasu
3. MENYEDIAKAN BARANGAN SEGAR
Melalui pemerhatian, saya dapati barangan yang dijual di pasar malam di kawasan
tersebut seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ikan serta daging dijual dalam keadaan segar.
Daging ayam dan kambing juga dijual segar. Ramai penduduk Sentul lebih suka membeli
barangan basah di pasar malam ini kerana barangan yang dijual di pasaraya berdekatan tidak
segar dan daging dijual dalam keadaan beku.
4. MENJIMATKAN KOS PENGGUNA
Barangan yang dijual seperti makanan dan pakaian dijual dengan harga yang lebih
murah berbanding pasar mini yang berdekatan. Oleh itu, kemudahan pasar mala mini telah
dapat menjimatkan kos pengguna dan meringankan beban kerana kos sara hidup di Bandar
sememangnya sangat tinggi.
Kerja Kursus Geografi PMR 2012 15 - Prasana A/P Arasu
8.3 Faktor Yang Mempengaruhi Perniagaan Runcit Di
Sentul, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Perniagaan runcit di kawasan kajian dipengaruhi oleh beberapa faktor. Tamsilnya; Pasaran
tempatan, pertambahan penduduk, darjah ketersampian dan kesesuaian waktu berniaga.
1. PASARAN TEMPATAN
Pasar malam di Sentul juga berpotensi untuk mempromosikan barangan tempatan.
Faktor pasaran tempatan ditumpukan oleh ramai responden atas sebab peranan faktor pasaran
tempatan yang kurang memainkan peranan penting dalam perniagaan runcit pasar malam di
Sentul.
2. PERTAMBAHAN PENDUDUK
Kebiasaannya pasar malam ini menjadi tumpuan penduduk untuk membeli-belah.
Jumlah penduduk di Sentul telah bertambah kerana kawasan tersebut sememangnya kawasan
perumahan. Oleh itu, jumlah penduduk yang berhampiran Sentul dianggarkan orang ramai.
Jumlah penduduk yang ramai ini sudah pastinya dapat meluaskan pasaran barangan yang
dijual di pasar malam tersebut.
Kerja Kursus Geografi PMR 2012 16 - Prasana A/P Arasu
3. DARJAH KETERSAMPAIAN
Darjah ketersampaian yang tinggi di kawasan tersebut telah menggalakkan kewujudan
pasar malam. Pasar malam tersebut sangat mudah dihubungi dengan menggunakan jalan raya.
Jalan raya sistem sehala 3 lorong dan luas telah memudahkan penduduk berhampiran pergi ke
pasar malam untuk membeli barangan keperluan.
4. KESESUAIAN WAKTU BERNIAGA
Borang soal selidik menunjukkan bahawa ramai penduduk sekitar Sentul suka pergi ke
pasar malam kerana masanya yang sesuai pada lewat petang setiap hari Jumaat. Hal ini
demikian kerana pada hari tersebut kebanyakkan penduduk Melayu dan India terus ke pasar
malam setelah habis solat/sembahyang di Masjid atau Kuil.
PENERAPAN UNSUR PATRIOTISME
Saya berasa gembira atas sikap kerajinan dan kesederhanaan yang diamalkan oleh
penduduk sekitar Sentul. Ini kerana penduduk Sentul kerap datang ke pasar malam di Sentul
secara sukarela. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk Sentul, iaitu
konsumer barangan pasar malam Sentul, yang menyediakan peluang pekerjaan kepada
penduduk berhampiran dan juga mengurangkan kadar pengangguran secara tidak langsung.
Kerja Kursus Geografi PMR 2012 17 - Prasana A/P Arasu
8.4 Kesan Negatif Perniagaan Runcit Di Sentul, Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur
Selain itu, terdapat juga kesan negatif akibat perniagaan runcit di kawasan kajian seperti ;
Masalah sosial, pencemaran, kesesakan lalu lintas dan barangan tidak berkualiti.
1. MASALAH SOSIAL
Perniagaan runcit pasar malam ini menjadi tempat pelajar sekolah menengah yang
bersekolah pada sesi petang berpeleseran dan melakukan perbuatan yang kurang sopan
seperti berpegangan tangan dan memakai pakaian yang menjolok mata. Terdapat juga antara
pelanggan yang mencuri barang perniagaan.
2. PENCEMARAN
Pencemaran kerap berlaku terutamanya selepas habis berniaga. Persekitaran kawasan
pasar malam akan dipenuhi dengan sampah sarap.
Kerja Kursus Geografi PMR 2012 18 - Prasana A/P Arasu
3. KESESAKAN LALU LINTAS
Kesesakan lalu lintas kerap berlaku di sekitar pasar malam kerana ada pembeli yang
meletakkan kenderaan di bahu-bahu jalan. Hal ini berpunca daripada sikap mereka yang
mementingkan diri dan tidak mahu meletakkan kenderaannya di kawasan parking yang
disediakann atau di taman perumahan yang berhampiran. Keadaan ini menyebabkan trafik di
Bandar Baru Sentul menjadi perlahan. Saya sebagai penduduk berhampiran sedar yang
memerlukan tanggungjawab yang lebih untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas.
4. BARANGAN TIDAK BERKUALITI
Melalui soal selidik, seramai 20 % responden menyatakan barang yang dijual di pasar
malam ialah barangan yang tidak berkualiti. Contohnya, jam tangan yang dijual murah, tetapi
sudah rosak. Terdapat segelintir peniaga yang membuat pakaian tiruan dan jahitannya tidak
berkualiti. Oleh itu, sudah pasti pembeli tidak berpuas hati dan rasa tertipu.
PENERAPAN UNSUR PATRIOTISME
Saya berharap walaupun penduduk di kawasan kajian saya berusaha untuk memajukan
perniagaan runcit pasar malam di tempat tinggalnya, tetapi kemakmuran kawasan juga perlu
dipelihara. Penduduk kawasan perlulah saling bekerjasama untuk memastikan keadaan kawasan
sentiasa selamat untik berniaga.
Kerja Kursus Geografi PMR 2012 19 - Prasana A/P Arasu
8.5 Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Negatif
Perniagaan Runcit Di Sentul, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
Saya juga mendapat beberapa cadangan untuk mengurangkan kesan negatif akibat perniagaan
runcit di kawasan kajian. Antaranya ialah; Kuat kuasakan Undang-undang, menyediakan
kemudahan asas, mewujudkan kawasan khas untuk perniagaan runcit.
1. KUAT KUASAKAN UNDANG-UNDANG
Pihak DBKL hendaklah bertindak tegas dengan mengenakan denda kepada pemilik
kenderaan yang diletakkan di bahu-bahu jalan. Selain itu, kenderaan tersebut hendaklah
ditarik segera supaya pemiliknya sedar akan kesilapan dan tahu tindakan mereka itu
menyusahkan orang ramai. Tindakan tegas DBKL akan dapat mengatasi kesesakan jalan
raya, terutamanya pada setiap petang hari Jumaat.
2. MENYEDIAKAN KEMUDAHAN ASAS
Melalui pemerhatian saya, pihak DBKL perlu menyediakan kemudahan asas kepada para
pengguna supaya kebersihan sekitar pasar malam sentiasa terpelihara. Perkara ini dapat
dilakukan dengan memperbanyakkan tong sampah di sekitar pasar malam dan penyediaaan
kemudahan untuk berjalan dengan lebih selesa dan sebagainya.
Kerja Kursus Geografi PMR 2012 20 - Prasana A/P Arasu
3. WUJUDKAN KAWASAN KHAS PERNIAGAAN RUNCIT
Cadangan ini merupakan antara cadangan yang diberi oleh responden melalui soal selidik.
Kewujudan kawasan khas untuk perniagaan runcit dapat mengurangkan pencemaran serta
kesesakan lalu lintas. Ini kerana ramai penduduk Kuala Lumpur akan balik ke kampung sempena
hujung minggu, iaitu hari Jumaat. Jadi, kesesakan lalu lintas mampu mengkritikkan perjalanan
penduduk bandar ke kampungnya. Kerjasama dan bantuan daripada DBKL amat diharapkan.
PENERAPAN UNSUR PATRIOTISME
Saya mengharapkan kerjasama penduduk sekitar Sentul dan pihak DBKL dalam
mengamalkan nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar dalam mengurangkan kesan
negatif di kawasan kajian saya ini. Pihak DBKL perlu menguatkan kuasakan undang-undang
serta menyediakan kemudahan asas untuk menjaga keselamatan dan kebersihan kawasan kajian
saya. Walau bagaimanapun, saya bersyukur kerana kawasan kajian saya masih lagi aman dan
selamat untuk berniaga.
Kerja Kursus Geografi PMR 2012 21 - Prasana A/P Arasu
Bahan
Grafik
Kerja Kursus Geografi PMR 2012 22 - Prasana A/P Arasu
8.3 -Faktor Yang Mempengaruhi Perniagaan Runcit Pasar Malam Di Sentul
PASARAN TEMPATAN : 5 %
PERTAMBAHAN PENDUDUK : 40 %
DARJAH KETERSAMPAIAN : 25 %
KESESUAIAN WAKTU BERNIAGA : 30 %
Faktor utama yang mempengaruhi perniagaan runcit pasar malam di Sentul ialah pertambahan
penduduk. Diikuti dengan kesesuaian waktu berniaga, darjah ketersampaian dan pasaran
tempatan.
FA
KT
OR
YA
NG
ME
MP
EN
GA
RU
HI
PE
RN
IAG
AA
N R
UN
CIT
PA
SA
R
MA
LA
M D
I S
EN
TU
L
Pasaran tempatan
Pertambahan penduduk
Darjah ketersampaian
Kesesuaian waktu berniaga
Kerja Kursus Geografi PMR 2012 23 - Prasana A/P Arasu
8.4 –Kesan Negatif Perniagaan Runcit Pasar Malam Di Sentul
MASALAH SOSIAL : 15 %
PENCEMARAN : 40 %
KESESAKAN LALU LINTAS : 25 %
BARANGAN TIDAK BERKUALITI : 20 %
Kesan negatif utama merupakan pencemaran. Kesan negatif yang menerima pandangan rendah
ialah masalah sosial, iaitu hanya 15 %.
KESAN NEGATIF PERNIAGAAN RUNCIT PASAR MALAM DI SENTUL
Masalah sosial
Pencemaran
Kesesakan lalu lintas
Barangan tidak berkualiti
Kerja Kursus Geografi PMR 2012 24 - Prasana A/P Arasu
8.5 –Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Negatif Perniagaan Runcit Pasar
Malam Di Sentul
KUAT KUASAKAN UNDANG-UNDANG : 50 %
PENGAWALAN DAN PENGELUARAN LESEN : 30 %
MENYEDIAKAN KEMUDAHAN ASAS : 20 %
Cadangan yang disokong oleh ramai penduduk ialah kuat kuasakan undang-undang. Diikuti
dengan cadangan untuk pengawalan dan pengeluaran lesen dan cadangan yang menerima
sokongan paling sedikit ialah menyediakan kemudahan asas.
0
2
4
6
8
10
12
Kuat kuasakan undang-undang
Pengawalan danpengeluaran lesen
Menyediakan kemudahanasas
Cadangan responden
Cadanganresponden
Kerja Kursus Geografi PMR 2012 25 - Prasana A/P Arasu
(9) RUMUSAN
Sebagai rumusan, saya dapati pasar malam yang terdapat di kawasan Sentul, Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur telah memberikan banyak faedah kepada penduduk seperti mudah
mendapat barangan keperluan dengan harganya yang murah serta kualitinya yang juga segar.
Antara faktor perkembangan pasar malam ialah pasaran tempatan, pertambahan penduduk,
darjah ketersampaian dan kesesuaian waktu berniaga. Walau bagaimanapun, pasar mala mini
mendatangkan kesan negatif seperti masalah sosial, pencemaran, kesesakan lalu lintas dan
barangan tidak berkualiti. Oleh itu beberapa usaha perlu dilaksanakan oleh semua pihak untuk
mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit. Antaranya menguat kuasakan undang-undang,
menyediakan kemudahan asas dan mewujudkan kawasan khas perniagaan runcit.
Saya mengucapkan terima kasih kerana pasar malam di Sentul telah memberi banyak
faedah kepada penduduk sekitar. Walaupun ada kesan negatif, namun adanya budaya kerjasama
dan muafakat sehingga setiap masalah yang berlaku akan dapat diselesaikan.
Kerja Kursus Geografi PMR 2012 26 - Prasana A/P Arasu
(10) LAMPIRAN
Surat kebenaran membuat kajian
Surat kebenaran ibu bapa / penjaga
Borang soal selidik
Gambar / foto
Kerja Kursus Geografi PMR 2012 27 - Prasana A/P Arasu
(10) RUJUKAN
I. BUKU TEKS
Rujukan pertama ialah buku teks Geografi tingkatan 3 karya Profesor Madya Dr.
Abd Rahim Md Nor. Buku teks Geografi tingkatan 3 diterbit oleh Cerdik Publications
Sdn.Bhd pada tahun 2004.
II. BUKU RUJUKAN
Rujukan yang kedua merupakan buku rujukan Sukses Geografi PMR yang ditulis
oleh Khaw Ah Seng dan Mohammad Ismail. Penerbit buku ini ialah terbitan Oxford Fajar
Sdn. Bhd pada tahun 2005.
III. INTERNET
Internet juga menjadi salah satu rujukan untuk memperoleh maklumat mengenai
kajian geografi tempatan ini. Antaranya http://geografiperak.blogspot.com/ dan
http://www.google.com.my.
IV. MELAWAT TEMPAT KAJIAN
Rujukan yang terakhir merupakan melawat tempat kajian. Rujukan ini telah banyak
membantu saya untuk mendapatkan maklumat terutamanya tentang peta. Menara DBKL
yang terletak di Jalan Raja Laut telah memberi kerjasama dalam mendapatkan peta Sentul
zon.
Kerja Kursus Geografi PMR 2012 28 - Prasana A/P Arasu