18
Kerja Kursus Geografi Tingkatan 2 2012 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sandakan Sabah KAITAN ANTARA KOMPOSISI PENDUDUK DENGAN JENIS PEKERJAAN DI TAMAN FAJAR, BATU 7, SANDAKAN, SABAH Nama: Siti Syasya Nabilah Sanudin Tingkatan: 2 Imam Bukhari Nama Guru: Awg. Sharil Omar Tandatangan Murid Tandatangan Guru ……………………….. …………………… ...

Kerja Kursus Geografi Tingkatan 2 2012

Embed Size (px)

Citation preview

Kerja Kursus Geografi Tingkatan 2 2012 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sandakan Sabah

KAITAN ANTARA KOMPOSISI PENDUDUK DENGAN JENIS PEKERJAAN DI TAMAN FAJAR, BATU 7, SANDAKAN, SABAH

Nama: Siti Syasya Nabilah Sanudin Tingkatan: 2 Imam Bukhari Nama Guru: Awg. Sharil Omar

Tandatangan Murid

Tandatangan Guru

..

...

Penghargaan

Terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat Allah, kerana dengan limpah kurnia-Nya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jaya dan dapat menghantar pada waktu yang telah ditetapkan.

Saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada guru Geografi saya, Encik Awang Sharil Omar atas tunjuk ajar dan bimbingan beliau ketika menjalankan kajian ini. Tidak lupa juga kepada pengetua sekolah saya, Ustaz Roslan Diming kerana membenarkan saya menjalankan kajian ini.

Tidak ketinggalan juga kepada kedua ibu bapa saya, Encik Sanudin Kosmas dan Puan Supinah Raiman yang sentiasa memberi dorongan dan galakan, bantuan dan tunjuk ajar sepanjang saya menjalankan kajian ini sehinggalah kajian ini selesai.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan sekelas yang terlibat menjalankan kajian ini iaitu Nurul Hazirah Mat Nor, Nur Syakirah Abdul Razil dan Rina Rahayu Ramli.

Pendahuluan

Saya, Siti Syasya Nabilah Sanudin, pelajar Tingkatan 2A di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sandakan telah diberi tugasan oleh guru Geografi saya untuk menjalankan kajian luar tentang fungsi petempatan.

Saya telah memilih tajuk Kaitan Antara Komposisi Penduduk Dengan Jenis Pekerjaan Taman Fajar, Batu 7, Sandakan. Sebab Saya memilih Taman Fajar sebagai tempat kajian saya ialah kerana, ia merupakan tempat tinggal saya. Ini akan memudahkan lagi saya menjalankan kajian ini.

Objektif Kajian

Antara objektif kajian ialah :

Memerhati dan mengkaji komposisi penduduk di Taman Fajar. Mengkaji jenis-jenis pekerjaan di Taman Fajar. Menyatakan kaitan antara komposisi penduduk dengan jenis pekerjaan di Taman Fajar.

Kawasan Kajian

Latar Belakang Kawasan KajianSaya telah memilih Taman Fajar sebagai kawasan kajian. Taman Fajar terletak di bawah pentadbiran Daerah Sandakan. Taman Fajar merupakan kawasan perumahan teres. Segala kemudahan dan infrasturuktur disediakan dan dijaga rapi oleh MPS.

Lokasi Kawasan KajianTaman Fajar mempunyai keluasan seluas 55.61 ekar. Lokasi kawasan ini ialah di barat Bandar Sandakan. Taman Fajar terletak

berhampiran dengan kawasan yang lain seperti Taman Airport, Taman Sejati dan Taman Fajar Perdana.

Jarak Dari BandarTaman Fajar terletak lebih kurang 12km daripada Pusat Bandar Sandakan. Penduduk di kawasan ini dapat ke Pusat Bandar dengan menggunakan pelbagai jenis kenderaaan awam seperti bas mini, teksi dan lain-lain lagi.

Jenis PetempatanTaman Fajar adalah sebuah kawasan perumahan yang didiami oleh penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India. Majoriti masyarakat terdiri daripada bangsa Melayu diikuti oleh bangsa Cina dan India.

Peta Sabah

Peta Kawasan Perumahan Taman Fajar

Peta Malaysia

Kaedah Kajian

Kaedah kajian yang saya gunakan ialah: Kaedah pemerhatian Kaedah temu bual Kaedah rujukan

Kaedah PemerhatianSelama menjalankan kajian ini, saya telah meluangkan banyak masa memerhati komposisi penduduk mengikut kaum dan jantina

Kaedah Temu BualSeramai 20 orang responden telah saya temu bual. Mereka terdiri daripada penduduk di Taman Fajar yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan jantina.

Kaedah RujukanSaya membuat rujukan di internet untuk mendapatkan maklumat tambahan dan untuk menyempurnakan lagi hasil kajian saya.

Hasil Kajian

Berikut adalah dapatan hasil kajian saya semasa kajian di Taman Fajar. Jadual di bawah menunjukkan komposisi penduduk dari segi : Kaum Jantina Pekerjaan

Jadual 1.1 : Komposisi penduduk Taman Fajar mengikut kaum, Jantina dan jenis pekerjaan.

Bil.1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13.

NamaEn. Salman Ariff Pn. Afiqah Alfina En. Mohd. Afiq Asyraf En. Zalaily Zabana En. M. Nurfazlie En. M. Ariff Farhan Pn. Nur Syamimie Pn. Hassha Pn. Nurain En. Ruzaile Pn. Nechfina En. Izzat Azizi En. Zulhafizan

KaumM M M M M M M I M M C M M

JantinaL P L L L L P P P L P L L

PekerjaanPengurus FELDA (Kerajaan) Guru (Kerajaan) Pengurus Pertubuhan Ladang (Kerajaan) Pengurus FELDA (Kerajaan) Doktor (Kerajaan) Juruteknik (Swasta) Guru (Kerajaan) Juruwang (Swasta) Berniaga Guru Besar (Kerajaan) Guru Tadika Methodist (Swasta) Juruteknik (Swasta) Doktor (Kerajaan)

14. 15. 16. 17. 18. 19. 20.

Pn. Nur Azimah En. Borhan En. Fikri Pn. Siti Zubaidah En. Muhd. Adam En. Rithzan En. Elvian

M M M M M M C

P L L P L L L

Guru (Kerajaan) Pesara (Kerajaan) Berniaga Pengetua (Kerajaan) Berniaga Guru (Kerajaan) Berniaga

Kaum L Melayu Cina India Lain-lain

Swasta P

Kerajaan L///////

Lain-lain L /// / P /

Jumlah

P ////

// / /

17 2 1

Jadual 1.2: Borang akuran menunjukkan komposisi penduduk Taman Fajar mengikut kaum, jantina dan jenis pekerjaan.

Kaum

Swasta L P 1 1 2 4

Kerajaan L 7 7 11 P 4 4

Lain-lain L 3 1 4 5 P 1 1

Jumlah

Peratus

Melayu Cina India Lain-lain Jumlah

2 2

17 2 1 20

85% 10% 5% 100%

Jadual 1.3: Komposisi penduduk Taman Fajar mengikut kaum, jantina dan jenis pekerjaan.

Jadual 1.3 menunjukkan komposisi penduduk di kawasan kajian dari segi kaum, jantina dan pekerjaan mengikut kaum. Daripada 20 orang responden, terdapat seramai 12 orang lelaki dan 5 orang perempuan kaum Melayu, 1 orang lelaki dan 1 orang kaum Cina serta 1 orang perempuan kaum India. Jadual di atas boleh ditukar kepada graf bar berganda. (lihat Graf 1.1)

Dapatan kajian daripada Graf 1.1 menunjukkan bahawa kawasan kajian saya terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina,dan kaum India. Daripada 20 orang responden, kaum Melayu 17 orang (85%), kaum Cina 2 orang (10%) dan kaum India 1 orang (5%). Kebanyakan penduduk di kawasan ini terdiri daripada orang Melayu, diikuti orang Cina dan India.

Jenis Pekerjaan Penduduk Taman Fajar Mengikut Kaum12 Bilangan Mengikut Kaum 10 8 6 4 2 0 Melayu Cina Kaum India Swasta Kerajaan Lain-lain

Graf 1.1: Jenis pekerjaan penduduk Taman Fajar mengikut kaum.

Graf 1.1 menunjukkan kaum Melayu yang bekerja dalam sektor swasta seramai 2 orang, sektor Kerajaan 11 orang dan sektor lain-lain seramai 4 orang. Kaum Cina yang bekerja dalam sektor swasta pula ialah 1 orang, tiada yang bekerja dalam sektor

kerajaan dan 1 orang bekerja dalam sektor lain-lain. Di kalangan kaum India pula, seramai 1 orang yang bekerja dalam sektor swasta dan tiada yang bekerja dengan sektor kerajaan dan lainlain.

Jenis Pekerjaan Penduduk Taman Fajar Mengikut Jantina8 Bilangan Mengikut Jantina 7 6 5 4 3 2 1 0 Swasta Kerajaan Jenis Pekerjaan Lain-lain Perempuan Lelaki

Graf 1.2: Jenis pekerjaan penduduk Taman Fajar mengikut jantina

Graf 1.2 menunjukkan jenis pekerjaan mengikut jantina. Kaum lelaki yang bekerja dalam sektor kerajaan ialah 2 orang, dalam sektoe swasta 4 orang dan 1 orang dalam sektor lain. Bagi kaum perempuan pula, terdapat 2 orang bekerja dalam sektor swasta, 7 orang dalam sektor kerajaan dan 4 orang dalm sektor lain.

RumusanHasil daripada kajian yang saya telah jalankan menunjukkan bahawa kawasan ini mempunyai komposisi penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Mereka bekerja dalam sektor swasta, kerajaan dan lain-lain. Mereka hidup dalam keadaan harmoni dan saling membantu antara satu sama lain.Ini menggambarkan rakyat negara Malaysia yang pelbagai kaum dapat hidup bersama dan bersatu dalam satu negara yang aman dan harmoni. Dari segi jantina kaum lelaki masih merupakan golongan yang paling ramai bekerja manakala kaum wanita yang menceburi bidang pekerjaan semakin ramai. Ini menunjukkan bahawa kaum lelaki dan wanita bersama-sama mengejar peluang pekerjaan. Kegiatan ini akan membantu negara Malaysia membangun dalam sektor ekonomi.

Lampiran

Lampiran 1: Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sandakan, Sabah

Borang Soal Selidik KGTNama murid: Kawasan Kajian: Tingkatan: Nama Responden: Jantina: Kaum: Melayu India Lelaki Perempuan Cina Lain-lain Tarikh:

Jenis Pekerjaan: Kerajaan Swasta Lain-lain

Tandakan (/)

Jenis Pekerjaan

Isi Kandungan Kandungan Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian Rumusan Rujukan Lampiran Muka surat