27
Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud Tajuk Kajian Jenis-jenis Pekerjaan Penduduk di Kampong Baru Batu Tumboh, 22200, Besut, Terengganu Nama Murid Mohamad Amirul Ashraff bin Mohd Niza Tingkatan 2 Ibnu Khaldun Nama Guru Puan Haliza Binti Ishak Tarikh

Kerja Kursus Geografi Tingkatan 2 (Pekerjaan di Kampong Saya

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kerja kursus geografi tingkatan 2 tentang pekerjaan di kampong saya made by ashraff tech!

Citation preview

Page 1: Kerja Kursus Geografi Tingkatan 2 (Pekerjaan di Kampong Saya

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud

Tajuk Kajian

Jenis-jenis Pekerjaan Penduduk di Kampong Baru Batu Tumboh, 22200, Besut, Terengganu

Nama Murid

Mohamad Amirul Ashraff bin Mohd Niza

Tingkatan

2 Ibnu Khaldun

Nama Guru

Puan Haliza Binti Ishak

Tarikh

Page 2: Kerja Kursus Geografi Tingkatan 2 (Pekerjaan di Kampong Saya

Senarai Kandungan

BIL TAJUK HALAMAN1 TAJUK KAJIAN2 SENARAI KANDUNGAN3 PENGHARGAAN4 PENDAHULUAN5 OBJEKTIF6 KAWASAN7 KAEDAH8 HASIL9 RUMUSAN10 LAMPIRAN11 RUJUKAN

Page 3: Kerja Kursus Geografi Tingkatan 2 (Pekerjaan di Kampong Saya

Penghargaan

Sepanjang proses saya menyiapkan kerja kursus bagi mata pelajaran Geografi ini saya telah mendapat ramai bantuan daripada pihak-pihak yang lain. Bantuan yang diberikan oleh mereka amat saya hargai kerana dengan bantuan merekalah saya dapat menyiapkan kerja kursus bagi mata pelajaran Geografi ini.

Oleh itu, saya ingin menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru yang telah mengajar saya mata pelajaran Geografi iaitu Puan Haliza binti Ishak. Puan Haliza telah memberi saya tunjuk ajar dalam bagaimana untuk membuat kerja kursus ini. Dengan bantuan beliaulah saya dapat menyiapkan kerja kursus ini.

Selain itu, tidak juga saya lupa akan kedua-dua ibu bapa saya yang telah banyak membantu saya dalam membuat kerja kursus ini. Ibu bapa saya selalu membantu saya dalam kerja kursus kerana telah menjelaskan kepada saya tentang hal-hal yang berkaitan dengan kampong saya ini.

Di samping itu, rakan-rakan seperjuangan saya turut membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah membantu saya semasa dalam proses temu bual dengan penduduk yang berada di kampung saya ini. Saya amat menghargai pertolongan yang diberikan mereka.

Saya juga ingin memberikan penghargaan terhadap penduduk-penduduk Kampong Baru Batu Tumboh kerana telah memberikan kerjasama kepada saya dalam menyiapkan kerja kursus Geografi ini.

Akhir sekali saya ingin menyatakan juga penghargaan saya ini kepada pihak-pihak luar yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung. Terima kasih atas pertolongan yang telah diberikan.

Page 4: Kerja Kursus Geografi Tingkatan 2 (Pekerjaan di Kampong Saya

Pendahuluan

Saya, Mohamad Amirul Ashraff bin Mohd Niza yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud telah menjalankan kajian saya di di kawasan kediaman saya iaitu Kampong Baru Batu Tumboh. Saya menjalankan kajian tentang jenis-jenis pekerjaan yang dijalankan oleh penduduk-penduduk di Kampong Baru Batu Tumboh ini.

Saya memilih kawasan kediaman saya di Kampong Baru Batu Tumboh kerana kedudukannya yang dekat dengan rumah saya. Oleh itu, ini dapat memudahkan saya untuk menjalankan kajian saya. Saya tidak perlu berulang-alik dari satu tempat ke satu tempat yang jauh.

Tempoh yang diberikan oleh guru yang mengajar mata pelajaran Geografi ialah selama seminggu cuti sekolah. Masa yang diberikan oleh guru saya sudah memadai kerana saya mempunyai banyak waktu terluang kerana pada waktu cuti sekolah, saya tidak mempunyai kelas untuk dihadiri.

Melalui kajian yang dijalankan, saya dapat mempelajari kaedah merekod fakta. Saya juga dapat mengetahui dengan lebih dekat tentang pekerjaan-pekerjaan yang dijalankan oleh penduduk-penduduk Kampong Baru Batu Tumboh. Saya berbangga dapat menjadi penduduk di sini kerana kampung ini mempunyai suasana yang aman dan damai.

Objektif Kajian

Page 5: Kerja Kursus Geografi Tingkatan 2 (Pekerjaan di Kampong Saya

Setiap kajian yang dijalankan sudah pasti mempunyai objektifnya yang tersendiri.Dengan adanya sesebuah objektif, sesebuah kajian dapat dijalankan dengan lancar tanpa menyimpang daripada objektif kajian. Oleh itu, saya juga mempunyai objektifnya yang tersendiri.

Objektif saya yang pertama ialah dapat mengenal pasti jenis-jenis pekerjaan yang dijalankan di Kampong Baru Batu Tumboh. Kebanyakkan pekerjaan yang dijalankan di Kampong Baru Batu Tumboh ialah guru, tukang rumah, peniaga dan penternak haiwan seperti lembu dan kambing.

Objektif saya yang kedua ialah merekodkan data-data pekerjaan yang terdapat di Kampong Baru Batu Tumboh. Saya merekodkan data-data tentang jenis-jenis pekerjaan yang terdapat di Kampong Baru Batu Tumboh di dalam kerja kursus ini. Dengan ini, data-data tersebut dapat di simpan dan boleh dirujuk kembali.

Objektif saya yang terakhir ialah menganalisa peratus pekerjaan yang dilakukan oleh penduduk Kampong Baru Batu Tumboh. 60% daripada penduduk di sini bekerja sebagai guru sama ada guru sekolah rendah atau guru sekolah menengah. 40% daripada penduduk Kampong Baru Batu Tumboh pula bekerja sebagai tukang rumah, peniaga, penternak haiwan dan lain-lain.

Page 6: Kerja Kursus Geografi Tingkatan 2 (Pekerjaan di Kampong Saya

Kawasan Kajian

Kawasan kajian saya merupakan sebahagian daripada kawasan Kampong Baru Batu Tumboh. Kampong Baru Batu Tumboh terletak kira-kira 00km daripada pusat Bandar Jertih. Kampong Baru Batu Tumboh juga terletak tenggara dari Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud II (Lihat Peta di Bawah).

Kedudukan Kampong Baru Batu Tumboh yang terletak berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud II telah menyebabkan ramai antara penduduk di sini yang menjadi guru di Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud II.

Saya memilih kawasan kediaman saya di Kampong Baru Batu Tumboh kerana kedudukannya yang dekat dengan rumah saya. Oleh itu, ini dapat memudahkan saya untuk menjalankan kajian saya. Saya tidak perlu berulang-alik dari satu tempat ke satu tempat yang jauh.

Page 7: Kerja Kursus Geografi Tingkatan 2 (Pekerjaan di Kampong Saya

Kaedah Kajian

Kaedah bagi menjalankan sesebuah kajian penting kerana setiap kaedah memberikan hasil yang berlainan.Oleh itu, terdapat beberapa kaedah yang saya gunakan dalam menjalankan kajian ini.

Kaedah pertama yang saya telah saya gunakan dalam menjalankan kajian ini ialah pemerhatian. Saya memerhatikan jenis-jenis pekerjaan yang dilakukan oleh penduduk-penduduk di Kampong Baru Batu Tumboh. Saya memerhatikan pekerjaan yang dilakukan oleh penduduk Kampong Baru Batu Tumboh dan Berjaya mengumpulkan beberapa maklumat berkenaan pekerjaan mereka.

Kaedah kedua yang saya gunakan ialah kaedah temu bual. Saya telah menemu bual beberapa orang penduduk Kampong Baru Batu Tumboh yang sudi di temu bual oleh saya. Melalui kaedah ini saya dapat mengetahui tentang lebih mendalam tentang pekerjaan yang dijalankan oleh mereka.

Kaedah yang ketiga ialah melalui internet. Melalui internet saya dapat melihat beberapa peta yang menunjukkan kawasan kampung saya itu.Saya juga dapat memperolehi maklumat tentang kedudukan kampung saya.

Kaedah yang keempat ialah melalui rujukan. Saya telah merujuk beberapa rujukan seperti fail-fail dan dokumen-dokumen yang terdapat di pejabat penghulu Kampong Baru Batu Tumboh.

Kaedah yang terakhir ialah melalui soal selidik. Saya telah membuat soal selidik di kawasan perumahan saya serta penduduk-penduduk kampung berdekatan.

Page 8: Kerja Kursus Geografi Tingkatan 2 (Pekerjaan di Kampong Saya

Hasil Kajian

Melalui kajian yang telah saya jalankan selama seminggu di kampung saya iaitu Kampong Baru Batu Tumboh, saya memperolehi beberapa maklumat tentang pekerjaan-pekerjaan yang dijalankan di Kampong Baru Batu Tumboh.

Pekerjaan-Pekerjaan Yang Terdapat di Kampong Baru Batu Tumboh

Carta di atas menunjukkan sebilangan besar daripada penduduk di Kampong Baru Batu Tumboh bekerja sebagai guru. Bilangan yang kedua terbesar ialah peniaga. Kebanyakkan peniaga di Kampong Baru Batu Tumboh berniaga di kedai runcit. Mereka menjual barang-barang keperluan seharian seperti makanan, minuman dan sebagainya. Terdapat juga peniaga yang berniaga di pasar-pasar malam. Pendapatan mereka kurang tetap kerana pasar malam hanya dijalankan sekali seminggu.

Para penternak pula sebilangan besar daripada mereka menternak haiwan seperti kambing, lembu dan biri-biri. Peternak lembu menternak lembu dalam bilangan yang sederhana iaitu sebanyak 10-15 ekor. Peternak kambing dan biri-biri pula menternak sebanyak 6-7 ekor sahaja.

Page 9: Kerja Kursus Geografi Tingkatan 2 (Pekerjaan di Kampong Saya

Pekerjaan Penduduk Mengikut Jantina

Kebanyakkan penduduk di Kampong Baru Batu Tumboh terdiri daripada perempuan.Oleh itu, bilangan perempuan lebih ramai daripada lelaki.

Dalam pekerjaan seperti guru dan kerani, bilangan wanita lebih ramai daripada lelaki. Ini kerana pekerjaan seperti guru memerlukan seseorang yang sabar dalam mengajar. Sifat ini lebih banyak terdapat pada wanita. Pekerjaan yang berat seperti peternak yang memerlukan tenaga dan kekuatan yang tinggi yang lebih banyak terdapat pada lelaki.

Page 10: Kerja Kursus Geografi Tingkatan 2 (Pekerjaan di Kampong Saya

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pekerjaan Di Kampong Baru Batu Tumboh

Terdapat banyak faktor yang dapat mempengaruhi pekerjaan di Kampong Baru Batu Tumboh. Faktor inilah yang membahagikan antara pekerjaan-pekerjaan yang terdapat di Kampong Baru Batu Tumboh.

Faktor yang pertama ialah taraf pendidikan. Taraf pendidikan seseorang dapat mempengaruhi pekerjaan. Seseorang yang berpendidikan tinggi lebih luas peluangnya untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik. Oleh itu, pekerjaan di Kampong Baru Batu Tumboh dipengaruhi oleh taraf pendidikan. Penduduk yang mempunyai pendidikan yang tinggi lebih cenderung untuk menjadi guru. Penduduk yang kurang bernasib baik akan mendapat pekerjaan yang kurang baik.

Faktor yang kedua ialah peluang pekerjaan. Peluang pekerjaan mempengaruhi pekerjaan. Kedudukan Kampong Baru Batu Tumboh yang terletak berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud II meningkatkan peluang pekerjaan di Kampong Baru Batu Tumboh. Kebanyakkan penduduk di Kampong Baru Batu Tumboh menjadi guru di Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud II. Para kerani juga bekerja di situ.Kedudukan Kampong Baru Batu Tumboh yang terletak berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud II juga memberi peluang kepada tukang rumah untuk bekerja.

Bentuk Bumi

Kemudahan

Taraf Pendidikan

Peluang Pekerjaan

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi

Pekerjaan

Page 11: Kerja Kursus Geografi Tingkatan 2 (Pekerjaan di Kampong Saya

Faktor yang ketiga ialah faktor kemudahan. Kampong Baru Batu Tumboh mempunyai banyak kemudahan seperti sekolah, kedai, pasaraya dan sebagainya. Kedudukan Kampong Baru Batu Tumboh yang berdekatan dengan Kampong Raja iaitu kawasan pusat pentadbiran. Faktor ini dapat meningkatkan pekerjaan di Kampong Baru Batu Tumboh.

Faktor yang terakhir ialah faktor bentuk muka bumi. Kampong Baru Batu Tumboh mempunyai bentuk muka bumi tanah pamah. Kawasan yang luas berpotensi untuk dimajukan sebagai kawasan tumpuan penduduk, jaringan pengangkutan, pertumbuhan bandar, pertanian dan perindustrian.Ini dapat meningkatkan lagi pekerjaan di Kampong Baru Batu Tumboh.

Jenis-Jenis Pekerjaan Di Kampong Baru Batu Tumboh

Page 12: Kerja Kursus Geografi Tingkatan 2 (Pekerjaan di Kampong Saya

1. Perkhidmatan - Kegiatan perkhidmatan yang wujud di Kampong Baru Batu Tumboh ialah berdasarkan perniagaan. Terdapat beberapa kedai runcit di taman ini dan bertujuan memudahkan penduduk bagi mendapat keperluan harian dalam masa yang singkat. Selain itu, disediakan juga sebuah klinik bagi penduduk-penduduk di kawasan ini. Hal ini dapat memudahkan penduduk jika ditimpa kesakitan atau berlaku apa-apa kecemasan. Di samping itu perkhidmatan

Pertanian Perniagaan

Perkhidmatan

Jenis-Jenis Pekerjaan di

Kampong Batu Tumboh

Page 13: Kerja Kursus Geografi Tingkatan 2 (Pekerjaan di Kampong Saya

pendidikan seperti sekolah, pusat tusyen, dan tadika. Sekolah yang terdapat di kawasan kajian saya ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud. Kemudahan-kemudahan ini menjadi kebanggaan dan penduduk di kawasan ini amat bersyukur kerana mempunyai pelbagai kemudahan.

2. Pertanian- Kampong Baru Batu Tumboh yang mempunyai tanih aluvium yang subur dapat menggalakkan penanaman sayur-sayuran atau kebun-kebun kecil. Antara tanaman yang ditanam ialah kubis,cili dan sebagainya. Kebun-kebun ini diwujudkan hanya berkonsepkan sara diri bukannya untuk dagangan atau import.

3. Perniagaan-Perniagaan merupakan antara pekerjaan yang banyak dilakukan oleh penduduk Kampong Baru Batu Tumboh. Hal ini kerana hampir 35% penduduk Kampong Baru Batu Tumboh menjalankan aktiviti perniagaan. Kampong Baru Batu Tumboh mempunyai beberapa kedai runcit. Kedai-kedai runcit ini penting bagi penduduk sekitar kerana dapat memudahkan mereka untuk mendapatkan keperluan harian di sana. Perniagaan yang kedua terbesar ialah restoran atau kedai makan. Kedai makan atau restoran biasanya dibuka bertujuan untuk sarapan pagi atau makan tengah hari.

Bil Jenis Perniagaan Peratus

1 Runcit 70%

2 Restoran/kedai makan 30%

Sumber Pendapatan Penduduk

Page 14: Kerja Kursus Geografi Tingkatan 2 (Pekerjaan di Kampong Saya

Sumber pendapatan penduduk Kampong Baru Batu Tumboh lebih ramai yang makan gaji kerana ramai penduduk Kampong Baru Batu Tumboh yang menjadi guru yang makan gaji. Sumber pendapatan penduduk Kampong Baru Batu Tumboh juga diperoleh daripada perniagaan. Perniagaan barang runcit di Kampong Baru Batu Tumboh menerima banyak permintaan.

Selain itu, sumber pertanian dan bekerja sambilan juga menjadi sumber pendapatan di Kampong Baru Batu Tumboh. Terdapat juga peduduk yang mengusahakan kebun dan ladang kecil. Mereka biasanya menanam sayur-sayuran seperti kubis, cili dan sebagainya.

Gambar-Gambar Pekerjaan di Kampong Baru Batu Tumboh

Page 15: Kerja Kursus Geografi Tingkatan 2 (Pekerjaan di Kampong Saya

Rumusan

Page 16: Kerja Kursus Geografi Tingkatan 2 (Pekerjaan di Kampong Saya

Berdasarkan kajian yang telah saya jalankan di Kampong Baru Batu Tumboh menunjukkan bahawa Kampong Baru Batu Tumboh mempunyai banyak pekerjaan. Pekerjaan yang banyak dilakukan di Kampong Baru Batu Tumboh ialah Guru. Sumber pendapatan penduduk ialah makan gaji, pertanian, perniagaan dan bekerja sambilan.Makan gaji ialah sumber pendapatan yang paling banyak di Kampong Baru Batu Tumboh. Kampong Baru Batu Tumboh mempunyai banyak kemudahan seperti sekolah, kedai, pasaraya dan sebagainya. Kedudukan Kampong Baru Batu Tumboh yang berdekatan dengan Kampong Raja iaitu kawasan pusat pentadbiran. Faktor ini dapat meningkatkan pekerjaan di Kampong Baru Batu Tumboh.

Oleh itu, saya bersyukur kerana saya dapat menyiapkan kerja kursus Geografi ini. Saya juga berasa bangga kerana dapat menjadi penduduk di Kampong Baru Batu Tumboh. Keadaan yang aman dan damai menyebabkan saya rasa selesa tinggal di sini.

Page 17: Kerja Kursus Geografi Tingkatan 2 (Pekerjaan di Kampong Saya

Peta Kawasan Kajian

Page 18: Kerja Kursus Geografi Tingkatan 2 (Pekerjaan di Kampong Saya

Carta Pekerjaan Penduduk Kampong Baru Batu Tumboh

Page 19: Kerja Kursus Geografi Tingkatan 2 (Pekerjaan di Kampong Saya

Pekerjaan Penduduk Mengikut Jantina

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pekerjaan

Page 20: Kerja Kursus Geografi Tingkatan 2 (Pekerjaan di Kampong Saya

Jenis-Jenis Pekerjaan di Kampong Baru Batu Tumboh

Bentuk Bumi

Kemudahan

Taraf Pendidikan

Peluang Pekerjaan

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi

Pekerjaan

Page 21: Kerja Kursus Geografi Tingkatan 2 (Pekerjaan di Kampong Saya

Rujukan

Dalam proses menyiapkan kerja kursus geografi ini, saya telah mengunakan beberapa rujukan bagi memudahkan saya untuk menyiapkan kerja kursus saya ini.

Pertanian Perniagaan

Perkhidmatan

Jenis-Jenis Pekerjaan di

Kampong Batu Tumboh

Page 22: Kerja Kursus Geografi Tingkatan 2 (Pekerjaan di Kampong Saya

Rujukan saya yang pertama ialah buku ilmiah.Saya telah merujuk buku teks Geografi Tingkatan 1 dan buku teks Geografi Tingkatan 2 untuk menyiapkan kerja kursus ini. Daripada buku teks ini saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang kegiatan ekonomi atau pekerjaan.

Rujukan saya yang kedua ialah orang sumber.Saya telah menemu ramah seorang responden yang sudi di temu ramah oleh saya Ahmad Zainuddin bin Ibrahim yang juga merupakan penduduk Kampong Baru Batu Tumboh. Melaluinya saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang pekerjaannya iaitu guru.

Rujukan saya yang ketiga ialah internet saya telah merujuk beberapa laman web untuk mencari peta yang menunjukkan kawasan Kampong Baru Batu Tumboh. Antara laman web yang saya guna ialah http://www.google.com.my, http://www.yahoo.com dan http://ms.wikipedia.com.

Rujukan saya yang terakhir ialah fail-fail dokumen. Fail-fail dokumen ini saya dapati daripada pejabat penghulu kampung. Dokumen-dokumen ini menceritakan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan Kampong Baru Batu Tumboh.