37
Pendahuluan Sejak zaman dahulu lagi isu jerebu yang berpunca daripada pencemaran alam sekitar ini telah menjadi bahan wacana masyarakat. Hal ini disebabkan oleh impak pembangunan dari segi kualiti hidup dan ia sering dikaitkan dengan faktor pencemaran, contohnya kajian impak pembangunan terhadap kualiti kehidupan di bandar Kuala Lumpur. Hal ini kerana proses kehidupan di bandar lebih terdedah kepada risiko impak pembangunan yang negatif berbanding di kawasan luar bandar. Malah, bandar merupakan pusat tamadun manusia yang memerlukan pemantauan tahap kualiti hidup yang berterusan kerana terdapat pelbagai masalah alam sekitar yang mengiringi setiap pembangunan, salah satunya ialah masalah jerebu. Jerebu boleh didefinasikan sebagai kehadiran sebarang bahan asing di dalam udara selain daripada kandungan udara tulen dan bersih yang boleh membawa kesan buruk kepada manusia dan juga tumbuhan termasuk berbagai jenis binatang. Keadaan atmosfera dikatakan berjerebu sekiranya terdapat partikulat terampai di dalamnya dalam kepekatan yang tinggi dan kandungan kelembapan yang rendah. Ini menyebabkan jarak penglihatan menjadi kabur atau kurang jelas. Di kawasan tropika, kelajuan angin biasanya perlahan. Bagi tempoh-tempoh tertentu, keadaan atmosfera sangat stabil dan peredaran udara sangat berkurangan. Dalam keadaan ini, pembentukan awan tidak aktif dan menyebabkan cuaca kering. Tempoh cuaca kering yang panjang, atmosfera yang stabil dan pelepasan bahan pencemaran ke udara sama ada daripada punca tempatan atau luar negara akan menyumbang kepada pembentukan jerebu.

kerja kursus jerebu

Embed Size (px)

DESCRIPTION

jerebu

Citation preview

PendahuluanSejak zaman dahulu lagi isu jerebu yang berpunca daripada pencemaran alam sekitar ini telah menjadi bahan wacana masyarakat. Hal ini disebabkan oleh impak pembangunan dari segi kualiti hidup dan ia sering dikaitkan dengan faktor pencemaran, contohnya kajian impak pembangunan terhadap kualiti kehidupan di bandar Kuala Lumpur. Hal ini kerana proses kehidupan di bandar lebih terdedah kepada risiko impak pembangunan yang negatif berbanding di kawasan luar bandar. Malah, bandar merupakan pusat tamadun manusia yang memerlukan pemantauan tahap kualiti hidup yang berterusan kerana terdapat pelbagai masalah alam sekitar yang mengiringi setiap pembangunan, salah satunya ialah masalah jerebu.Jerebu boleh didefinasikan sebagai kehadiran sebarang bahan asing di dalam udara selain daripada kandungan udara tulen dan bersih yang boleh membawa kesan buruk kepada manusia dan juga tumbuhan termasuk berbagai jenis binatang. Keadaan atmosfera dikatakan berjerebu sekiranya terdapat partikulat terampai di dalamnya dalam kepekatan yang tinggi dan kandungan kelembapan yang rendah. Ini menyebabkan jarak penglihatan menjadi kabur atau kurang jelas. Di kawasan tropika, kelajuan angin biasanya perlahan. Bagi tempoh-tempoh tertentu, keadaan atmosfera sangat stabil dan peredaran udara sangat berkurangan. Dalam keadaan ini, pembentukan awan tidak aktif dan menyebabkan cuaca kering. Tempoh cuaca kering yang panjang, atmosfera yang stabil dan pelepasan bahan pencemaran ke udara sama ada daripada punca tempatan atau luar negara akan menyumbang kepada pembentukan jerebu.

Teks UcapanTerima kasih saudari pengacara majlis. Yang berusaha tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampong Betong, Barisan Penolong Kanan, Guru guru, ibu bapa, para waris dan seterus murid murid yang dikasihi sekalian.Tuan tuan dan puan puan serta adik adik, pernahkah mendengar lagu Hijau nyanyian Zainal Abidin. Sebelum saya meneruskan ceramah ini, marilah sama sama kita mendengar dan menghayati lagu ini. Apa yang kita fahami daripada senikata lagu ini? Ya, lagu ini menceritakan tentang kemusnahan alam akibat daripada sikap manusia dalam mengejar pembangunan dan hanya memikirkan kesenangan hidup tanpa memikirkan kesan dan akibat daripada perbuatan itu.Sememangnya kita memerlukan pembangunan, tetapi pembangunan tersebut hendaklah tidak mengabaikan persekitaran yang sihat. Sesungguhnya kita sangat memerlukan persekitaran yang sihat untuk menjamin kesejahteraan hidup kita. Apakah itu persekitaran yang sihat? Persekitaran yang sihat merujuk kepada persekitaran yang bersih dan udara yang nyaman serta tidak dicemari oleh unsur unsur yang membahayakan kesihatan kita.Para hadirin sekalian,Apakah itu pencemaran? Pencemaran ialah kesan yang boleh memudaratkan persekitaran hasil daripada aktiviti manusia seperti proses pertanian ataupun industri. Pencemaran juga boleh ditakrifkan sebagai pembuangan bahan bahan yang tidak diperlukan hasil daripada aktiviti manusia ke persekitaran yang akan menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan. Menurut Akta Kualiti Alam Sekitar, pencemaran bermaksud sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat sifat fizik, kimia, biologi atau aras aras radiasi mana mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buanagn sehingga menjejaskan kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan bahaya atau mungkin bahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organism lain, tumbuhan dan haiwan.

Pelbagai jenis pencemaran yang terjadi di atas bumi kita, namun pada hari ini saya akan menerangkan mengenai jerebu iaitu sejenis pencemaran udara. Jerebu adalah satu fenomena yang berlaku apabila debu, asap dan lain lain zarah mencemar kejelasan langit. Menurut kamus dewan edisi ke-4 jerebu adalah kabut yang bercampur debu yang terapung di udara sehingga mengakibatkan pemandangan alam sekitar menjadi kabur dan kotor. Jerebu terjadi apabila zarah, debu dan asap berkumpul tinggi pada hari yang kering dan ia berkumpul pada aras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan. Jerebu juga boleh terjadi hasil daripada tindakbalas kimia yang kompleks seperti gas sulfur dioksida yang dikeluarkan semasa pembakaran ditukar kepada titisan seni asid sulfurik. Reaksi ini dipertingkatkan dengan kehadiran cahaya matahari, kelembapan yang tinggi dan keheningan udara. Sejaktahun 1991, jerebu telah menjadi masalah yang meruncing di Asia Tenggara. Sebagai tindak balas keadaan jerebu yang melanda Asia Tenggara pada tahun 1997, negara negara ASEAN bersetuju dengan pelan Tindakan Jerebu Serantau (1997). Pada tahun 2002 pula, semua negara ASEAN telah menandatangani perjanjian pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (ASEAN Agreement on Transboundry Haze Pollution). Namun masalah jerebu masih tidak dapat diselesaikan hingga kini. Perjanjian itu dibuat pada 2002 membabitkan negara-negara ASEAN bagi mengurangkan pencemaran jerebu di mana ia mengakui bahawa pencemaran jerebu merentas sempadan akibat daripada kebakaran tanah atau hutan perlu dikurangkan melalui usaha bersepadu nasional dan kerjasama antarabangsa.Para hadirin sekalian,Bagaimana kita dapat mengetahui bahawa masalah jerebu ini telah melanda kawasan kita? Fenomena jerebu dapat diketahui apabila jabatan meteorology telah membuat penilaian kualiti udara di kawasan terlibat. Indeks Pencemar Udara (IPU) adalah salah satu cara untuk mengetahui tahap jerebu atau status kualiti udara di kawasan kawasan tertentu. Ia dikira berdasarkan kepada kepekatan purata 5 pencemar udara iaitu sulfur dioksida (SO2), Nitrogen Dioksida (NO2), Karbon Monoksida CO, habuk halus berdiameter > 10 mikrometer (PM10) dan ozon di permukaan bumi (O3). Kepekatan bagi setiap pencemar udara dicerap melalui 52 stesen pengawasan kualiti udara automatik di seluruh Malaysia.Mari kita lihat jadual yang menerangkan tahap indeks pencemaran udara ( IPU) dan status kualiti udara .

Tuan puan para hadirin,Bagaimana jerebu ini terjadi? Terdapat dua punca utama kejadian jerebu iaitu aktiviti manusia dan kesan semulajadi. Kesan daripada aktiviti manusia adalah disebabkan oleh pembakaran bahan api, asap kenderaan, asap kilang dan pembakaran terbuka melalui pembakaran hutan ( aktiviti pertanian) dan pembakaran sampah. Sementara kejadian semulajadi adalah melalui letusan gunung berapi dan pembakaran hutan melalui kejadian petir dan cuaca panas melampau.Pembakaran terbuka terutama pembakaran hutan adalah penyumbang utama masalah jerebu yang melanda negara. Pembakaran terbuka yang berlaku adalah disebabkan oleh aktiviti pertanian dimana sesetengah petani mengambil jalan mudah dengan membakar sisa pertanian secara terbuka. Disamping itu, dengan membakar hutan, ladang dan sisa pertanian, secara tidak langsung dapat menyuburkan tanah. Antara aktiviti pertanian yang sering menyumbang kepada masalah jerebu adalah penanaman kelapa sawit dan pembakaran jerami padi. Pensyarah Jabatan Sains Kejuruteraan, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Madya Dr Marzuki Ismail berkata, kebakaran akan mewujudkan beberapa jenis gas iaitu karbon dioksida, monoksida, sulfur dioksida dan nitrogen dioksida yang boleh menjejaskan kesihatan manusia. Kejadian jerebu yang melanda negara khususnya di negeri Johor pada tahun 2013 lalu adalah disebabkan oleh pembakaran hutan di Wilayah Riau di Pulau Sumatera, Indonesia yang melibatkan kawasan seluas lebih daripada 20 000 hektar sehingga menyebabkan jerebu mencapai tahap berbahaya.Kebanyakan pembakaran hutan yang dilakukan adalah untuk tujuan pembersihan ladang bagi penanaman kelapa sawit.Terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab yang hanya mementingkan keuntungan sendiri tanpa memikirkan kepentingan sosial.Memang benar kos dengan menggunakan kaedah ini sangat murah bagi syarikat ladang namun, bagi masyarakat umum ia terlalu mahal kerana melibatkan pelbagai aspek kehidupan. Menurut Badan Tindakan Bencana Nasional Indonesia, republik itu mencatatkan sekitar 3.9 juta hektar kawasan gambut di Riau telah bertukar fungsi menjadi tanah pertanian. Lebih 100 kilang pemprosesan kelapa sawit yang beroperasi di Riau dan menghasilkan purata minyak 3.4 tan minyak sawit setahun. Oleh itu kitaran aktiviti perladangan menghasilkan bahan buangan daripada pelepah dan tandan reput yang membentuk lapisan demi lapisan selepas beberapa tahun. Seterusnya lapisan ini menjadi sangat mudah terbakar apabila musim kemarau yang suhunya mencecah sehingga 36 darjah celsius dengan hanya satu percikan api saja. Berkemungkinan juga sebahagian besar punca kebakaran adalah tindakan peladang membuang puntung rokok sesuka hati selain sebahagiannya pembakaran yang disengajakan.Ini diburukkan lagi dengan arah tiupan angin Monsun Barat Daya yang menjejaskan kualiti udara di kawasan pantai barat Semenanjung. Selain itu, faktor cuaca turut menyumbang kepada pembakaran hutan. Pemanasan global , cuaca yang kering dan faktor angin memburukkan lagi tahap pembakaran hutan. Hasil pembakaran ini akan menghasilkan gas karbon monoksida yang sangat bahaya jika dihidu dalam tempoh yang lama. Selain itu cuaca panas yang melampau juga akan mengakibatkan tanah menjadi kering kontang, tandus dan berdebu. Oleh itu debu debu yang terhasil ini akan berterbangan di udara apabila ditiup angin.Punca lain masalah jerebu ialah pembakaran bahan api fosil daripada sumber seperti petroleum, gas asli dan arang batu. Bahan api ini adalah bahan organik yang mempunyai unsur karbon. Oleh itu pembakarannya kurang lengkap dan menghasilkan gas karbon monoksida. Arang pula akan menghasilkan sulfur monoksida. Asap kilang dan asap kenderaan juga antara penyumbang kepada masalah jerebu. Terdapat lebih daripada 9.3 juta buah kenderaan di jalan raya Malaysia dan kenderaan yang tidak dilengkapi pengubah mangkin telah menyebabkan 16.2 tan karbon monoksida dan dua tan sodium dioksida dihasilkan setiap hari. Oleh itu peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya akan menyebabkan jumlah asap yang dikeluarkan meningkat dan berlegar legar di atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon serta tidak dapat keluar ke angkasa lepas. Ini menyebabkan udara menjadi tebal dan berlakulah jerebu.Asap yang dikeluarkan dari kilang pula tanpa ditapis mengandungi sulfur dioksida dan nitrogen yang akan mengakibat udara berjerebu. Pelepasan asap kilang yang tidak terkawal ini akan memburukkan masalah jerebu.Sampah yang dihasilkan setiap hari oleh penduduk di negara ini sangat banyak. Di Malaysia, purata setiap penduduk bandar menyumbang sekurang-kurangnya 1.5 kilogram pembuangan sampah setiap hari, berbanding 0.8 kilogram bagi penduduk luar bandar. Berdasarkan kepada statistik yang dikeluarkan, ini bermakna, di bandar-bandar besar di negara kita kadar pembuangan sampah mencecah 18,000 tan metrik sehari. Dan kadar ini terus meningkat dari tahun ke tahun. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun 2001, 16 247 tan sampah dihasilkan di Malaysia setiap hari. Statistik yang dikeluarkan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam pula menunjukkan bagi 2008 sahaja, jumlah sampah domestik bagi Kuala Lumpur dan Selangor adalah sebanyak 1,841,372 tan. Oleh itu salah satu cara untuk melupuskannya ialah dengan membakar sampah tersebut. Pembakaran sampah secara terbuka ini turut menyumbang kepada peningkatan masalah jerebu. Kebanyakan pembakaran sampah secara terbuka ini dilakukan oleh masyarakat yang tidak mempunyai kesedaran alam sekitar.Letusan gunung berapi juga turut memberi kesan kepada masalah jerebu.Debu yang dimuntahkan oleh gunung berapi mengandungi bahan beracun yang sangat berbahaya untuk manusia mampu menutupi permukaan bumi. Walau bagaimanapun Malaysia sangat bertuah kerana tidak mempunyai jajaran gunung berapi tidak seperti jirannya Indonesia.Para hadirin sekalian,Sememangnya jerebu banyak meninggalkan kesan negatif bukan sahaja kepada ekonomi negara malahan kepada kesihatan manusia. Golongan yang berisiko tinggi untuk mengalami masalah kesihatan pada musim jerebu ini adalah seperti kanak kanak, orang tua, perokok dan yang telah sedia mempunyai penyakit seperti asma, bronchitis, radang peparu, jantung atau alahan.Bagi bayi atau kanak kanak, jerebu mudah menyebabkan iritasi kepada hidung, tekak, saluran pernafasan, kulit, mata dan ruam kulit. Mereka akan mula bersin, berair hidung dan batuk. Pada tahap jerebu yang kritikal, partikel halus pada jerebu boleh memasuki bahagian dalam peparu. Menurut Dr. Jasmine, seorang pakar O&G di Thompson Medical Centre, Singapura, terdapat kajian yang menunjukkan kaitan antara pendedahan kepada pencemaran udara dengan kematian akibat kegagalan sistem pernafasan.Asma adalah sejenis penyakit kronik yang diakibatkan oleh radang saluran pernafasan iaitu keadaan di mana saluran pernafasan menjadi sempit secara tiba-tiba yang menyebabkan kesukaran bernafas.Ini adalah kerana saluran pernafasan tersebut amat sensitif kepada bahan-bahan alahan tertentu.Keadaan in bertambah buruk apabila dalam keadaan persekitaran yang berjerebu. Sepanjang negara dilanda jerebu, jumlah pesakit asma yang mendapatkan rawatan telah meningkat di hospital serta klinik terutama di sekitar Johor dan Melaka. Ketua pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata penyakit asma telah meningkat melebihi seratus peratus semenjak krisis jerebu melanda. Pesakit asma tidak mengenal usia dimana pesakitnya boleh terdiri daripada bayi, kanak kanak, orang dewasa dan warga emas. Perokok merupakan golongan berisiko lebih tinggi terkena jangkitan pelbagai jenis penyakit berikutan keadaan jerebu. Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit, Dr. Zainal Ariffin Omar berkata, golongan tersebut berisiko menghadapi jangkitan di bahagian paru-paru akibat asap rokok dan jerebu. Kedua-dua asap tersebut akan menyerang ruang paling kecil di saluran paru-paru hingga boleh merebak dan memberi kesan yang serius. Golongan ini berisiko menyedut asap rokok dan partikel jerebu di mana kedua-dua jenis asap itu akan terus masuk ke dalam saluran alveoli dan terus memberi jangkitan seperti sesak nafas, kerengsaan dan alergi.Keadaan jerebu yang berterusan juga akan mengakibatkan orang ramai terutama golongan yang berisiko tinggi akan terdedah kepada bahaya penyakit kanser ataupun radang peparu selain penyakit lain seperti gatal kerongkong, batuk dan sukar bernafas.Pakar perunding perubatan Pusat Perubatan Kajang Plaza di Kajang, Datuk Seri Dr. Zulkornain Ahmad berkata, udara ketika jerebu amat berbahaya kerana ketika bernafas, manusia bukan sahaja menyedut gas oksigen tetapi termasuk juga bahan-bahan asing yang terkandung dalam udara terus memasuki paru-paru. Bahan-bahan asing yang berupa sisa toksik yang terkandung dalam jerebu itu kemudianakan merangsang perkembangan sel-sel kanser di dalam tubuh manusia.Tidak semua udara dapat ditapis.Udara tercemar yang tidak dapat ditapis itu akan terus masuk ke paru-paru dan seterusnya mengakibatkan badan manusia mungkin dijangkiti bakteria, virus dan paling menakutkan penyakit seperti kanser paru-paru dan radang paru-paru.

Para hadirin sekalian,Jika jerebu melanda juga kawasan kita, maka kita kita seharusnya mengambil langkah langkah keselamatan untuk mengelakkan diri daripada terdedah kepada penyakit akibat jerebu. Antara langkah langkah yang perlu diambil ialah sebolehnya elakkan berada di kawasan yang dilanda jerebu. Ini kerana partikelyang berada di dalam udara akan membawa kean buruk kepada sistempernafasan kita. Jika terpaksa juga untuk berada di dalam kawasan yang dilanda jerebu, pakailah penutup hidung atau topeng muka yang sesuai. Sentiasa berada di dalam kediaman masing masing. Kurangkan masa dan aktiviti di luar rumah. Tutup pintu dan tingkap ketika berada di dalam rumah. Selain itu, bagi individu yang mempunyai masalah kesihatan seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit peparu hendaklah datang ke klinik dengan segera jika masalah semakin teruk. Dapatkan nasihat pegawai perubatan untuk mengurangkan kesan jerebu kepada kesihatan diri. Ambillah ubat seperti yang disarankan oleh doctor bagi mereka yang berisiko tinggi.Kita juga dinasihatkan agar sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit ayang terdedah kepada jerebu dengan air bersih. Ini untuk membuang kesan kesan jerebu yang hinggap di kulit kita kerana habuk habuk ini akan memberi kesan buruk kepada kulit kita seperti terjadinya penyakit kulit. Selain itu, kita juga dinasihatkan agar minum air bersih yang banyak setiap hari iaitu sekuran- kurangnya 8 gelas sehari. Kementerian Kesihatan melalui portal Myhealth menyarankan kita seharusnya minum dua liter air sehari.Tuan tuan dan adik adik yang dihormati,Justeru itu masalah jerebu perlu diatasi supaya kita dapat menghirup udara yang segar dan menjamin kesihatan kita. Antara langkah langkah yang perlu diambil untuk mengatasi dan mengurangkan masalah jerebu ialah dengan menguatkuasakan larangan pembakaran secara terbuka. Ini adalah kerana asap pembakaran tersebut merupakan penyumbang utama kepada masalah jerebu. Tambahan pula pembakaran terbuka boleh menyebabkan kebakaran yang tidak terkawal seperti yang berlaku di Indonesia. Akta larangan pembakaran terbuka ini telah termaktub dalam akta kualiti alam sekeliling, 1974 melalui seksyen 29A, seksyen 29B dan seksyen 29AA(2)Akta kualiti alam sekeliling ( pindaan ) 2001 hendaklah dipatuhi. Justeru itu Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengisytiharkan seluruh negeri Selangor, Melaka dan Johor sebagai kawasan larangan pembakaran terbuka berkuat kuasa serta-merta semasa kejadian jerebu yang melanda negara pada Jun 2013. Ketua Pengarahnya, Datuk Halimah Hassan berkata, larangan mengikut Seksyen 29AA(2) Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2001 itu, berkuat kuasa sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelakLangkah seterusnya yang boleh diambil untuk mengatasi masalah jerebu yang melanda ialah dengan melakukan pembenihan awan. Pembenihan awan dilakukan untuk mendapatkan hujan.Apabila cuaca kering, titisan air menjadi sangat ringan dan titisan yang sangat ringan tidak dapat jatuh ke bumi sebagai hujan. Oleh yang demikian, iodik perak atau ais kering akan ditabur untuk menurunkan suhu awan. Ais Kristal akan terbentuk dan semakin membesar lalu ditarik oleh gravity, maka ia akan jatuh ke bumi dan bertukar menjadi hujan. Hujan boleh membantu mengurangkan masalah ini apabila ia membawa jerebu jatuh ke bumi. Walau bagaimanapun untuk melakukan pembenihan awan, keadaan awan perlu diambil kira.

Selain itu, kita juga perlu menguruskan alam sekitar melalui program pendidikan sama ada secara formal atau tidak formal. Program pendidikan ini boleh dijalankan oleh jabatan alam sekitar serta lain lain agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan. Ia ditujukan kepada semua lapisan masyarakat iaitu pentadbir, orang awam serta pelajar sekolah.Aktiviti ini perlu dijalankan untuk meningkatkan tahap kesedaran orang ramai terhadap alam sekitar serta tanggungjawab bagi membaiki dan menjaganya.Program pendidikan ini merupakan strategi pencegahan dan pengurusan alam sekitar. Selain itu, melalui pendidikan ini juga, tahap kesedaran orang ramai dapat dipertingkatkan kerana pengetahuan terhadap alam sekitar dari segi pemuliharaan alam sekitar serta implikasisosial dan ekonomi penduduk negara ini masih rendah jika dibandingkan dengan Negara maju lain. Oleh itu bahagian pendidikan alam sekitar perlu memainkan peranan aktif dalam memberi pendidikan sama ada melalui media massa mahupun penganjuran aktiviti tertentu.Seterusnya orang ramai perlu melaksanakan tanggungjawab masing masing bersama sama menjaga alam sekitar selain daripada tindakan yang dilakukan oleh kerajaan dan pihak berkuasa. Antara tindakan yang boleh dibuat ialah elak daripada mengunakan kenderan persendirian tetapi sebaliknya gunakan kenderaan awam atau berkongsi kereta dan pada masa yang sama juga pemilik kenderaan tersebut hendaklah memastikan kenderaan mereka tidak melepaskan asap hitam. Ini boleh dilakukan dengan mengambil langkah-langkah yang ideal contohnya menghantar kereta ke bengkel untuk pemeriksaan dan penyelenggaraan terutama bagi karburetor dan pam minyak supaya berada dalam keadaan baik. Orang awam juga boleh membuat aduan kepada Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Pihak Berkuasa Tempatan yang terdekat jika terdapat pembakaran sisa pepejal dan laporan juga boleh dibuat kepada JAS mengenai sebarang pembakaran terbuka yang dilakukan oleh industri, tred dan ladang-ladang.

Para hadirin sekalian,Melaksanakan Sistem Pemantauan Jerebu ( HMS ) merupakan salah satu cara untuk mengatasi masalah jerebu. Sistem Pemantauan Jerebu boleh membantu mengenal pasti tompok-tompok kebakaran di rantau ini dan kawasan kebakaran yang dimiliki syarikat yang terlibat. Sistem ini telah diterima secara rasmi oleh para pemimpin Asean di Sidang Puncak Asean ke-23. Penerimaan secara rasmi sistem ini oleh para pemimpin Asean memberi mesej jelas kepada syarikat-syarikat yang menjalankan pembakaran hutan bahawa kegiatan mereka kini dipantau dan mereka kini dipertanggungjawabkan di atas kegiatan yang mereka lakukan. Sistem ini berfungsi apabila semua data seperti peta-peta konsesi dan penggunaan tanah, dapat diterima. Sistem Pemantauan Jerebu ini adalah sebagai sistem pemantauan bersama akan digunakan oleh lima negara yang menganggotai Jawatankuasa Kecil Pemandu Serantau (MSC) bagi Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan iaitu Malaysia, Brunei, Indonesia, Singapura dan Thailand.Tuan puan para hadirin yang dihormati,Kesimpulan daripada uacapan dan penerangan saya ini menjelaskan bahawa a masalah alam sekitar khususnya jerebu ini bukan lagi menjadi isu di peringkat sesebuah negara tetapi sudah menjadi isu di peringkat global. Masalah alam sekitar yang terbit daripada proses urbanisasi perlu di pandang serius oleh pihak- pihak tertentu dalam cuba mengawal dan merancang supaya aktiviti-aktiviti yang dilakukan tidak merosakkan alam sekitar. Dalam mengejar arus pembangunan, manusia tidak seharusnya mengorbankan alam sekitar untuk meningkatkan kualiti hidup.Tanpa disedari, di sebalik arus pembangunan tersebut tersirat kesan yang sangat menakutkan iaitu impak negatif terhadap kualiti hidup mereka berdasarkan pencemaran-pencemaran dan bencana yang telah di nyatakan. Kita perlu menyedari terdapat cara yang lebih baik untuk berinteraksi dengan alam sekitar dalam membentuk satu ikatan yang harmoni di antara manusia dan alam sekitar. Kita juga perlu bertanggungjawab terhadap kesalahan yang telah dilakukan oleh kita sendiri. Hal ini demikian kerana tidak akan wujud lagi satu alam sekitar yang baru sekiranya alam sekitar yang ada terus dimusnahkan. Oleh renunglah dan hayatilah setiap kata-kata Mahatma Gandhi dengan seadanya iaitu kita bukan mewarisi alam ini daripada datuk nenek kita tetapi kita meminjamnya daripada anak cucu kita. Semoga pencerahan ini sedikit sebanyak akan memberi kesedaran kepada kita untuk menghargai alam sekitar.

Sekian, terima kasih.

PenutupSecara amnya masalah alam sekitar dan khususnya jerebu ini bukan lagi menjadi isu di peringkat sesebuah negara tetapi sudah menjadi isu di peringkat global. Masalah alam sekitar yang terbit daripada proses urbanisasi perlu di pandang serius oleh pihak-pihak tertentu dalam cuba mengawal dan merancang supaya aktiviti-aktiviti yang dilakukan tidak merosakkan alam sekitar. Dalam mengejar arus pembangunan manusia tidak searusnya mengorbankan alam sekitar untuk meningkatkan kualiti hidup mereka. Tanpa mereka sedar di sebalik arus pembangunan tersebut tersirat kesan yang amat menakutkan iaitu impak negatif terhadap kualiti hidup mereka berdasarkan pencemaran-pencemaran dan bencana yang telah di nyatakan. Manusia perlu sedar ada cara yang lebih baik untuk berinteraksi dengan alam sekitar dalam membentuk satu ikatan yang harmoni di antara manusia dan alam sekitar. Manusia perlu bertanggungjawab terhadap kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka sendiri. Hal ini disebabkan tidak akan wujud lagi satu alam sekitar fizikal yang baru sekiranya alam sekitar yang ada terus di musnahkan. Setiap kata-kata Mahatma Gandhi haruslah dihayati dengan seadanya iaitu kita bukan mewarisi alam ini daripada datuk nenek kita tetapi kita meminjamnya daripada anak cucu kita.

LAMPIRAN ARTIKEL JEREBU

Artikel 1 : Apakah itu jerebu ?Sumber : http://www.mysains.com/site/index.php/planet-dinamik/33-general/92-apakah-itu-jerebuJerebu ialah satu fenomena di mana habuk, asap, dan zarah-zarah kering yang lain berkumpul di udara, menyebabkan penglihatan yang kurang jelas dan jarak penglihatan yang berkurangan. Ini berlaku apabila keadaan cuaca menghalang bahan pencemaran ini daripada disebarkan secara meluas. Apa yang berlaku ketika jerebu ialah bahan pencemaran ini bertumpu kepada sesuatu kawasan dan menyelimutkannya dan ini secara umumnya mengakibatkan pemandangan yang kurang jelas dan juga boleh menjadi satu ancaman kesihatan terutamanya kesihatan sistem pernafasan.

Jerebu boleh berwarna coklat atau biru dan bergantung kepada saiz zarah, jerebu tidak selalunya boleh dilihat dengan mata kasar.

Jerebu menyelubungi bandar Kuala Lumpur.Photo taken August 10, 2005 in Kuala Lumpur (Malaysia) with a Sony DSC-P43.

Apa yang menyebabkan Jerebu?Jerebu boleh disebabkan oleh tindakan manusia serta sebab-sebab semula jadi. Tindakan ini biasanya menyebabkan habuk, asap dan lain-lain zarah kering dilepaskan ke udara. Contoh tindakan-tindakan ini ialah:Jerebu Buatan manusia- Pembakaran terbuka- Pencemaran Kenderaan- Pencemaran Perindustrian- Pertanian (cth. pembersihan tanah)Jerebu punca Asli-Kebakaran Hutan- Habuk yang dibawa angin

Terdapat beberapa faktor-faktor lain yang diperlukan untuk mewujudkan keadaan yang sesuai untuk berlakunya jerebu. Ini termasuk cuaca kering yang berpanjangan, ketiadaan atau sedikit angin, dan bekalan bahan pencemar di udara. Dalam keadaan sebegini, -zarah-zarah di udara terperangkap, tertumpu dan tidak disebarkan atau dileraikan dan ini menyebabkan jerebu. Di Semenanjung Malaysia, jerebu biasanya berlaku pada bulan-bulan Januari hingga Februari dan Jun hingga Ogos kerana cuaca pada masa-masa itu secara umumnya kering dan tidak berangin. Kebakaran hutan samada buatan manusia atau semulajadi yang berlaku pada masa ini sering menyebabkan jerebu.Gambar satelit menunjukkan asap daripada kebakaran terbuka di Indonesia bergerak ke Singapura dan Malaysia, mengakibatkan jerebu yang teruk.Masalah JerebuJerebu adalah satu masalah yang meruncing di Malaysia dan negara-negara lain di Asia Tenggara terutamanya dalam tempoh dua dekad yang lalu disebabkan pembersihan hutan di Indonesia dengan kaedah pembakaran terbuka. Ini adalah sesuatu masalah yang masih berterusan dan sedang ditangani oleh negara-negara ASEAN.

Jerebu yang disebabkan oleh pembakaran hutan secara luas boleh menjadi teruk dan berpanjangan. Pendedahan jangka panjang kepada jerebu sebegini boleh memudaratkan kesihatan. Semasa jerebu, sering terdapat peningkatan dalam masalah kesihatan berkaitan mata dan tekak berserta masalah pernafasan, khususnya di kalangan mereka yang lebih sensitif atau sakit. Orang ramai digesa untuk memantau kualiti udara di kawasan mereka dan mengikut nasihat pihak berkuasa kesihatan tempatan. Adalah menjadi kebiasaan untuk berada di dalam rumah dengan pintu dan tingkap tertutup dan memakai topeng yang patut ketika jerebu teruk.

Indeks Pencemaran UdaraIndeks Pencemaran Udara (IPU) adalah satu cara untuk menggambarkan kualiti udara di Malaysia. Indeks IPU dikira dari beberapa set data berkenaan pencemaran udara termasuk mengukur jumlah karbon monoksida, ozon, nitrogen dioksida dan sulfur dioksida di dalam atmosfera. Data IPU terkini untuk Malaysia boleh diperolehi daripada laman web ini:http://apims.doe.gov.my/apims/.

Skala ini di bawah menunjukkan klasifikasi yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.IPUTahap Pencemaran Udara

0 - 50Baik

51 - 100Sederhana

101 - 200Tidak Sihat

201 - 300Sangat Tidak Sihat

301+Merbahaya

Bagaimana Jerebu Boleh DileraikanJerebu di atmosfera boleh dileraikan melalui beberapa proses. Antara cara-caranya adalah seperti berikut:- Zarah jerebu yang lebih besar akan jatuh ke tanah atau ke atas mana-mana permukaan disebabkan daya tarikan graviti.

- Zarah jerebu halus membantu pembentukan titisan air yang akhirnya akan jatuh ke tanah sebagai hujan.

- Hujan juga mengumpul dan membawa bersamanya zarah jerebu dari atmosfera ke tanah.

- Ribut dan angin boleh membawa zarah jerebu tinggi ke atmosfera di mana ia akan tersebar luas.

Artikel 2 : Bahaya jerebuSumber : http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130630/kn_02/Bahaya-jerebu#ixzz3U3ayB1emBahaya jerebuOleh KHAIRUNNISA SULAIMANFoto WAHIDIN SALIM dan FAIRUZ IZYANA AYUB

Semakin ramai pesakit mendapatkan rawatan di klinik dan hospital.JEREBU boleh dikatakan masalah berulang di rantau Asia Tenggara akibat pembakaran terbuka atas alasan membersihkan kawasan hutan untuk tujuan pertanian.Sehingga kini kawasan yang paling teruk terjejas akibat jerebu adalah di Muar dan Ledang yang terletak di Johor.Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan tersebut mencecah sehingga 746 pada jam 7 pagi 23 Jun lalu dan telah pun diisytihar darurat.Di Kuala Lumpur dan Selangor, sekolah-sekolah telah diarah tutup pada 24 Jun 2013 bagi mengelakkan kesan kesihatan yang teruk kepada para pelajar.Pakar Perunding Kanan Perubatan, Jabatan Perubatan, Hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu, Terengganu, Datuk Dr. A. Shukri Datuk Md Salleh berkata, pencemaran udara tidak boleh dipandang ringan.Jika air yang tercemar, kita mempunyai pilihan untuk mencari sumber yang bersih tetapi apabila udara tercemar kita masih perlu bernafas seperti biasa.Air yang diminum melalui beberapa proses di dalam badan sebelum diserap ke dalam darah dan keluar sebagai air kencing dan peluh, sedangkan udara yang disedut terus masuk melalui hidung dan diserap di paru-paru," katanya lagi.Kajian menunjukkan jerebu bukan saja membawa asap tetapi juga bahan-bahan lain semasa bertiup dari kawasan pembakaran seperti partikel, mikrob, toksik (bahan kimia) dan alergen.Bahan ini akan menyebabkan pelbagai penyakit berkaitan dengan pernafasan seperti asma, bronkitis, batuk, demam, selesema, penyakit kulit dan sinus.Secara tidak langsung akan menyebabkan kos bil hospital yang tinggi dan produktiviti menurun," katanya.Semasa jerebu, kita tidak digalakkan keluar rumah tetapi adakah persekitaran di dalam bangunan sihat?Dr. Shukri berkata, pengguna perlu memastikan persekitaran di dalam bangunan, rumah serta kereta bersih bagi mengurangkan kesan jerebu.Jika air, kita menggunakan penapis air bagaimana pula dengan udara?" soalnya.Dr. Shukri berkata, apabila berada di dalam rumah, kita perlu pastikan keadaan persekitaran rumah yang bersih.Kita perlu memastikan aliran udara yang baik, penghawa dingin diservis, permaidani dibersih, minum air yang banyak, pakaian dicuci dengan bersih dan keadaan dalaman kereta yang bersih," katanya.Pencemaran udara adalah campuran antara bahan semulajadi dan perbuatan manusia termasuk pembakaran hutan dan lain-lain yang menghasilkan partikel kecil, ozon dan gas seperti nitrogen oksida, karbon monoksida dan bahan-bahan kimia yang berada di udara yang disedut oleh manusia.Pendedahan kepada udara tercemar seperti jerebu boleh menyebabkan kegatalan pada kulit, mata, penyakit paru-paru seperti lelah, bronkitis, resdung dan sekiranya berpanjangan boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular, darah tinggi dan juga kematian.Terdapat bukti yang menunjukkan pendedahan udara tercemar secara berpanjangan juga boleh membantut perkembangan paru-paru di kalangan kanak-kanak.Kita juga masih terdedah kepada jerebu bila berada di dalam bangunan tertutup kerana udara tercemar masih boleh masuk melalui saluran udara luar (fresh air) yang masuk ke dalam unit penghawa dingin sepusat (Air Handling Unit).Oleh itu langkah berjaga-jaga masih perlu di ikuti sebagaimana berada di luar bangunan," katanya.Bagaimanapun Pengarah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang juga Pensyarah Kanan, Unit Perubatan Pekerjaan dan Persekitaran, Perubatan Pekerjaan dan Persekitaran, Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr. Mohd. Rafee Baharudin berkata, beberapa langkah perlu dilakukan memandangkan kejadian jerebu boleh dikatakan sering berlaku.Masalah yang dihadapi seperti topeng muka yang tidak sesuai untuk semua peringkat usia.Buat masa sekarang, tidak terdapat topeng yang sesuai untuk kanak-kanak kerana saiz topeng adalah mengikut saiz orang dewasa," katanya.Kanak-kanak yang memakai topeng orang dewasa masih terdedah kepada partikel-partikel jerebu jika pemakaiannya tidak sempurna seperti di bahagian tepi yang longgar.Dr. Mohd. Rafee menegaskan bahawa satu peraturan menghadkan penggunaan jalan raya semasa IPU berada di tahap berbahaya perlu diadakan supaya ianya dapat mengurangkan bilangan kenderaan yang banyak di jalan raya yang seterusnya akan meningkatkan lagi tahap pencemaran kualiti udara.Ianya tidak mustahil untuk dilakukan terutamanya bagi tujuan menjaga kesihatan penduduk di negara ini.Pihak berkuasa juga hendaklah perlu memastikan bekalan topeng muka adalah sentiasa mencukupi terutamanya di waktu insiden jerebu ini," katanya.Sistem komunikasi yang berkesan juga harus diadakan seperti menggunakan balairaya, balai bomba, balai polis dan sekolah sebagai tempat rujukan atau menyebarkan maklumat yang tepat dan tidak mengelirukan.Selain itu menurut Dr. Rafee, pendedahan awal mengenai jerebu juga amat penting, misalnya memberikan penerangan kepada pelajar mengenai betapa pentingnya menjaga alam sekitar dari sebarang pencemaran.Pihak industri yang berkaitan juga perlu menjalani kursus seakan induksi bagi memberikan pendedahan mengenai pentingnya menjaga alam sekitar," katanya.Pihak berkuasa juga perlu peka terhadap golongan berisiko yang bukan sahaja kanak-kanak sekolah tetapi juga taska, tadika, pusat penjagaan bayi serta pusat penjagaan warga emas.Ini kerana peningkatan penyakit respiratori didapati meningkat melebihi 100 peratus di kalangan bayi, kanak-kanak, ibu hamil dan warga emas terutamanya bagi kawasan yang diistiharkan darurat.Dr. Rafee juga menyarankan pengguna agar lebih berhati-hati semasa makan di kafetaria terbuka kerana makanan yang terdedah itu dikhuatiri turut tercemar dengan bahan pencemar yang ada dalam jerebu."Biasanya makanan yang terdedah kepada bahan kimia berbahaya yang ada dalam jerebu dikhuatiri akan memberikan kesan negatif kepada pengguna," katanya.Aktiviti sukan di luar juga perlu dikurangkan sama ada di peringkat sekolah, universiti, badan-badan sukan tempatan mahupun antarabangsa.Dr. Rafee menambah, ramai yang tidak sedar mengenai bahan kimia dalam jerebu yang masuk ke dalam tubuh badan dan kesan jangka panjang akibat pendedahannya.Jerebu sebenarnya menyebabkan masalah kesihatan awam dan kesihatan pekerjaan secara tidak langsung.Ini melibatkan mereka yang bekerja di luar seperti petani, ranjer, polis, posmen, pegawai penguatkuasa dan pekerja binaan," katanya.

Artikel 3 : Langkah- langkah pencegahan semasa jerebuSumber : http://hkotabelud.moh.gov.my/modules/artikel/item.php?itemid=12Langkah-langkah Pencegahan Semasa JerebuNASIHAT KESIHATAN KETIKA JEREBU1. GOLONGAN ORANG YANG BERISIKO TINGGI SEMASA JEREBUKeadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung , pesakit jantung dan respiratori juga mereka yang sensitive kepada habuk, orang yang merokok termasuk mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah2. NASIHAT KESIHATAN SECARA UMUM UNTUK MENCEGAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU i. Orang ramai dinasihatkan supaya sejauh mana yang boleh berada di dalam bangunan. ii. Kurangkan aktiviti lasak di luar rumah. iii. Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu. iv. Orang ramai dinasihatkan supaya minum banyak air. v. Mereka yang menggunakan kenderaan yang berhawa dingin hendaklah menghidupkan alat penghawa dingin (mod : kitaran dalam) dan menutup semua tingkap. vi. Penutup hidung dan mulut hendaklah digunakan oleh mereka yang melakukan aktiviti di luar terutamanya mereka yang berisiko tinggi. vii. Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk. viii. Perokok dinasihatkan supaya berhenti merokok. ix. Sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada media massa dan mengikut nasihat daripada pihak berkuasa.3. LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DAN KAWALAN KESIHATAN YANG PERLU DIPATUHI SEMASA JEREBUBacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU)StatusTahap PencemaranLangkah-langkah pencegahan dan kawalan Kesihatan

0-50BaikTahap pencemaran rendah dan tidak membahayakan kesihatan umum Tiada sekatan aktiviti untuk semua golongan. Orang ramai dinasihatkan supaya mengamalkan cara hidup sihat.

51-100SederhanaTahap pencemaran sederhana dan lazimnya tidak membahayakan kesihatan umum Tiada sekatan aktiviti untuk semua golongan Orang ramai dinasihatkan supaya mengamalkan cara hidup sihat

101-200Tidak sihatTahap pencemaran boleh menjejaskan kesihatan golongan berisiko tinggi. Golongan berisiko tinggi dinasihatkan supaya menghadkan aktiviti di luar rumah. Golongan berisiko tinggi dinasihatkan memakai alat pelindung pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti-aktiviti yang LASAK di luar rumah.

201-300Sangat tidak menyihatkanTahap pencemaran tinggi yang menjejaskan kesihatan orang ramai dan boleh memburukkan gejala yang dialami oleh mereka yang berisiko tinggi Orang ramai dinasihatkan untuk mengelak daripada melakukan aktiviti Lasak di luar rumah. Orang ramai dinasihatkan memakai alat pelindung pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah. Golongan berisiko tinggi digesa supaya berada di dalam rumah atau bangunan dan mengurangkan aktiviti fizikal. Golongan berisiko tinggi dinasihatkan memakai alat pelindung pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah Mereka yang mengalami masalah kesihatan dinasihatkan untuk berjumpa doktor. Bilik Gerakan Peringkat Kebangsaan dibuka pada waktu pejabat atau atas arahan Jawatankuasa Pemandu (Kesihatan). Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa minum banyak air. Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu.

301-400BerbahayaPencemaran yang sangat tinggi dan membahayakan kesihatan. Golongan berisiko tinggi digesa berada di dalam rumah. Seboleh-bolehnya, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih. Orang ramai dinasihatkan memakai alat pelindung pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah.

401-500BerbahayaPencemaran yang sangat tinggi dan membahayakan kesihatan. Tindakan seperti aras IPU 301 400

500 ke atasDaruratPencemaran yang terlalu tinggi dan sangat membahayakan kesihatan. Tindakan seperti aras IPU 301 400 Orang ramai diminta untuk mengikut arahan Majlis Keselamatan Negara dan sentiasa mengikuti perkembangan melalui media massa

Artikel 4 : Jerebu menyelubungi MalaysiaSumber : http://www.sinarharian.com.my/arkib/jerebu-kembali-menyelubungi-malaysia-1.173733

KUALA LUMPUR - Penjawat awam Hazeman Hassan dari BandarTasik Puteri, Rawang dekat sini menyuarakan kepada isterinya agar tidakmembenarkan anak lelaki mereka, yang berumur empat tahun, bermain di luar rumah."Kalau boleh, awak pun jangan banyak berada di luar rumah kerana udara diluar sana tidak sihat," jelas Hazeman lagi kepada isterinya.Pada 16 Jun lepas, Malaysia sekali lagi diselubungi jerebu yang dikatakanberpunca daripada kebakaran hutan di Sumatera, Indonesia menyebabkan bacaanpencemaran udara yang tidak sihat di beberapa lokasi di seluruh negara.Menurut laporan Jabatan Alam Sekitar (DOE), Indeks Pencemaran Udara (API)pada Ahad lepas mencatat paras melebihi 100 di empat lokasi.Melaka mencatat bacaan API yang paling teruk pada tahap 161 diikuti PortDickson di Negeri Sembilan (120), Kemaman di Terengganu (108) dan PelabuhanKlang di Selangor (103).Enam lagi lokasi mencatat bacaan API bawah 100. Tempat-tempat ini ialahPutrajaya (94), Kuala Lumpur (87), Petaling Jaya (86), Johor Baharu (80), Ipoh(72) dan George Town (64).Masalah tahunanMenurut pakar-pakar alam sekitar, jerebu adalah satu fenomena di mana debu,asap dan partikel-partikel kering yang lain termasuk habuk berkumpul hinggamenjadikan langit mendung.Jabatan Kajicuaca turut menyatakan masalah jerebu di negara ini menjadimasalah tahunan semasa musim monsun dari bulan Mei hingga September bila anginmeniup asap dari 'tompok panas' di Sumatera menyeberangi Selat Melaka.Menurut laporan media, Ketua Pengarah DOE Halimah Hassan berkata jabatan itumencatat 46 tompok panas di Sumatera melalui tinjauan satelit pada 16 Jun (Ahad)lepas.Bacaan API 101-200 adalah dalam kategori tidak sihat manakala bacaan 51-100adalah sederhana. Bacaan bawah 50 menandakan udara yang sihat.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut menasihati orang ramai agarmengurangkan aktiviti luar rumah dan minum banyak air.Dalam laman Facebook beliau, Perdana Menteri menjelaskan bahawa kesihatanadalah keutamaan untuk semua dan jerebu yang dilanda sekarang ini dijangkamenjadi lebih teruk dengan angin yang membawa asap dari tompok panas diSumatera.Pembakaran terbuka

Jerebu, yang kebanyakannya dikesan berpunca daripada kebakaran hutan diIndonesia, meningkat pada musim panas dan ini boleh membawa kesan negatif keatas sektor pelancongan dan kesihatan terutama yang berkaitan pernafasan.Malaysia menguatkuasa peraturan yang melarang aktiviti pembakaran terbukadan tidak terkecuali dalam hal ini, Indonesia 'mengharamkan' aktiviti itu.Masalah jerebu mencatat tahap paling tinggi pada tahun 1997-1998 menyebabkanrantau Asia Tenggara mengalami kerugian AS$9.0 bilion (RM28.5 bilion) terhadapsektor pelancongan dan perniagaan.Pihak berkuasa penjagaan kesihatan juga menasihati mereka yang berada dalamkelompok risiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak dan yang menghadapimasalah pernafasan seperti asma agar mengelakkan aktiviti luar rumah dan memakaipenutup muka jika perlu berada di luar.Para doktor juga menyarankan agar mereka yang mengalami masalah pernafasan,demam, rasa hendak muntah, pening-pening, sakit mata dan batuk agar mengambilrawatan perubatan.Sementara itu, sumber Polis Marin juga menasihati nelayan bot kecil agartidak turun ke laut kerana jarak penglihatan di Selat Melaka dilaporkanbertambah buruk."Semua bot menangkap ikan dinasihati agar berjaga-jaga dan bot pukat tundajuga dinasihati memasang lampu," menurut sumber itu lagi.- Bernama

Artikel 5 : Pembakaran terbuka punca jerebu di SibuSumber : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pembakaran-terbuka-punca-jerebu-di-sibu-40926?cp

Keadaan jerebu yang teruk di bahagian tengah Sarawak terutamanya di Sibu sejak Sabtu lalu berpunca daripada kegiatan pembakaran terbuka di daerah itu, lapor Utusan Sarawak.

Pengawal Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Peter Sawal berkata pembakaran terbuka itu sukar dikawal kerana membabitkan kawasan tanah gambut ditambah masalah tekanan air rendah.

Jelas beliau, semua agensi berkenaan termasuk bomba dan pihak berkuasa tempatan sudah digerakkan untuk memantau dan mengekang aktiviti pembakaran terbuka itu.

"Jerebu di Sibu banyak disumbang oleh aktiviti pembakaran terbuka melibatkan kawasan belukar, lalang dan tepi jalan yang mungkin bermula daripada api kecil tetapi gagal dikawal sehingga merebak ke kawasan lebih luas," katanya seperti dipetik oleh akhbar itu.

Peter juga percaya kebakaran itu berpunca akibat perbuatan lalai orang ramai semasa membersihkan kawasan kediaman atau membuang puntung rokok secara sembarangan di tepi jalan.

Sementara itu, Peter memaklumkan pihaknya sudah menghentikan sementara pengeluaran lesen pembakaran terbuka sejak minggu lepas ekoran keadaan cuaca kering yang semakin membimbangkan.

Selain Sibu, Kuching, Samarahan dan Sri Aman turut mengalami jerebu yang dipercayai berpunca akibat pembakaran terbuka di Kalimantan, Indonesia.

Dalam pada itu, Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak, Nor Hisham Mohamad berkata semua 22 balai bomba di seluruh negeri diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

Kualiti udara di Sibu mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu 204 pada Isnin dan beransur baik pada Selasa. Setakat jam 1 petang Rabu, kualiti udara di Sibu mencatatkan bacaan IPU pada 136.

BibliografiMohd Kamal Hassan, Dr. (1988). Pendidikan dalam kesihatan. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Mohd Salleh Lebar. (1988). Perubahan kasihatan di Malaysia. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Rohaty Mohd Majzub, T Subhan Mohd Meerah, & Faridah Karim. (1991). Disiplin dalam pemakanan. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Shabuddin Hashim, Rohizani Yaakub, Dr., & Mohd. Zohir Ahmad. (2003).Pencemaran Cerminan kesedaran. Kuala Lumpur: PTS Publication & Distri butors Sdn Bhd

Zaidatul Akmaliah Lope Pihie. (1991). Peningkatan indeks Pencemaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

http://hkotabelud.moh.gov.my/modules/artikel/item.php?itemid=12http://www.sinarharian.com.my/arkib/jerebu-kembali-menyelubungi-malaysia-1.173733http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pembakaran-terbuka-punca-jerebu-di-sibu-40926