22
SEKAPUR SIREH Permainan adalah satu aktiviti sukan yang digemari hampir semua peringkat usia di dunia. Terdapat banyak permainan yang dimainkan pada dewasa ini. Apatah lagi permainan pada masa kini, bukan sahaja sekadar mengeluarkan peluh malah boleh dijadikan satu sumber pendapatan. Memilih permainan bola sepak sebagai satu kertas kerja menjadikan saya memahami serba sedikit sejarah, peraturan, cara dimainkan dan sebagainya. Kerja kursus ini adalah gabungan hasil pengalaman saya dan rujukan yang telah dibuat. Terima kasih saya kepada pensyarah PJ saya, En. Mohd Nahar Bin Mohamad Wazir yang banyak membantu saya secara amnya dalam penghasilan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada pensyarah- pensyarah PJ yang lain, yang telah banyak memberi bimbingan serta tunjuk ajar tentang kefahaman Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Jasa anda tidak dilupakan. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang membantu memberi serba sedikit gambaran tentang tugasan ini. Terima kasih juga kepada ibu bapa saya yang memahami keadaan saya sepanjang menyiapkan kerja kursus ini. Akhir kata, segala yang baik datangnya dari Allah dan kekurangan itu adalah kelemahan saya sendiri. Dengan izin-Nya, dapatlah saya menyiapkan kerja kursus dengan baik walaupun terdapat rintangan. Sekian. ISI KANDUNGAN Kandungan Muka Surat

Kerja Kursus - Kemahiran Bola Sepak

  • Upload
    adang30

  • View
    3.886

  • Download
    12

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kerja Kursus - Kemahiran Bola Sepak

SEKAPUR SIREH

Permainan adalah satu aktiviti sukan yang digemari hampir semua peringkat usia di dunia. Terdapat banyak permainan yang dimainkan pada dewasa ini. Apatah lagi permainan pada masa kini, bukan sahaja sekadar mengeluarkan peluh malah boleh dijadikan satu sumber pendapatan.

Memilih permainan bola sepak sebagai satu kertas kerja menjadikan saya memahami serba sedikit sejarah, peraturan, cara dimainkan dan sebagainya. Kerja kursus ini adalah gabungan hasil pengalaman saya dan rujukan yang telah dibuat.

Terima kasih saya kepada pensyarah PJ saya, En. Mohd Nahar Bin Mohamad Wazir yang banyak membantu saya secara amnya dalam penghasilan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah PJ yang lain, yang telah banyak memberi bimbingan serta tunjuk ajar tentang kefahaman Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Jasa anda tidak dilupakan.

Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang membantu memberi serba sedikit gambaran tentang tugasan ini. Terima kasih juga kepada ibu bapa saya yang memahami keadaan saya sepanjang menyiapkan kerja kursus ini.

Akhir kata, segala yang baik datangnya dari Allah dan kekurangan itu adalah kelemahan saya sendiri. Dengan izin-Nya, dapatlah saya menyiapkan kerja kursus dengan baik walaupun terdapat rintangan.

Sekian.

ISI KANDUNGAN

Page 2: Kerja Kursus - Kemahiran Bola Sepak

Kandungan Muka Surat

Pengenalan 3 1.0 Pengertian

1.1 Pengujian 1.2 Pengukuran 1.3 Penilaian

2.0 Perbezaan Pengujian, Pengukuran, 5

dan Penilaian

Bahagian A ( Ujian Psikomotor) 1. Pengenalan 6 2. Ukuran Dan Lakaran Gelanggang

7 Permainan Bola Sepak

3. Sistem Permainan Bola Sepak 9

4. Format Pertandingan Permainan Bola Sepak 12

5. Peraturan Permainan Bola Sepak 14

6. Ujian Psikomotor 15 7. Kriteria Penilaian

18

Bahagian B 22

Lampiran 24

Rujukan 26

Pengenalan

2

Page 3: Kerja Kursus - Kemahiran Bola Sepak

1.0 Pengertian

1.1 Pengujian

Pengujian  dapat dianggar   sebagai proses penyerahan set soalan yang selaras yang perlu dijawab, atau satu prosedur  yang sistematik  bagi mengukur perubahan seseorang individu atau pelajar.

Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan  yang diperlihatkan oleh murid  di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperolehi daripadanya  akan dijadikan dasar untuk menilai tahap individu.

Proses  pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti  pelaksanaan  (pentadbiran ujian) dan berakhir dengan  pemeriksaan jawapan. Melalui proses pengujian ini, seseorang guru dapat  mengetahui penguasaan murid terhadap kemahiran yang dipelajari.

1.2 Pengukuran

Pengukuran membawa maksud sebagai suatu proses mendapatkan  penjelasan secara melalui angka tentang sebanyak mana individu atau murid mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan instrumen.

Pengukuran juga merujuk kepada proses pemarkahan terhadap jawapan murid yang bertujuan untuk mengukur sesuatu kemahiran secara kuantitatif. Proses ini memerlukan guru memeriksa (dengan membaca atau mendengar) tindak balas murid dan mengagihkan markah dalam bentuk angka. Markah pula diagihkan mengikut skim pemarkahan yang telah disediakan terlebih dahulu oleh guru. Markah tersebut biasanya dijumlahkan sebagai jumlah markat mentah atau diperatuskan.

1.3 Penilaian

3

Page 4: Kerja Kursus - Kemahiran Bola Sepak

Penilaian  boleh didefinisikan  sebagai satu proses membuat pertimbangan atau membuat keputusan dalam memberikan nilai mutu, kualiti, harga bagi sesuatu benda atau perkara.

Penilaian juga merupakan satu proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data  bagi menentukan  sama ada  sesuatu objektif  yang telah ditetapkan itu telah tercapai.

Penilaian ini diberikan secara kualitatif yang berasaskan pengukuran dan markah yang telah diperoleh dalam bentuk kuantitatif.

2.0 Perbezaan Antara Pengujian, Pengukuran, dan Penilaian.

Pengujian Pengukuran PenilaianTujuan Menentukan tahap

pencapaian sesuatu pembelajaran

Membuat pengkelasan bagi pencapaian dan kedudukan murid dalam pembelajaran.

Memberi maklumat tentang pencapain objektf pelajaran, kaedah

4

Page 5: Kerja Kursus - Kemahiran Bola Sepak

mengajar dan kurikulum.

Cara Melalui pemerhatian atau soalan-soalan ujian

Melalui pelbagai cara mengumpul data kuantitatif

Berdasarkan data kuantitatif dan penghuraian kualitatif

Masa Selepas pelajaran Selepas pelajaran Sebelum, semasa, dan selepas pelajaran

Liputan Terhad kepada satu kemahiran atau pelajaran

Meliputi satu peringkat pembelajaran

Dari satu pelajaran teretntu hingga ke seluruh kurikulum

Keputusan Menunjukkan prestasi suatu kemahiran atau penguasaan pembelajaran yang spesifik

Menunjukkan pencapaian secara relatif

Menunjukkan pencapaian keseluruhan tetapi tidak semestinya membayangkan prestasi seseorang individu

BAHAGIAN A : UJIAN PSIKOMOTOR (KEMAHIRAN)

PERMAINAN : BOLA SEPAK

5

Page 6: Kerja Kursus - Kemahiran Bola Sepak

1. Pengenalan

Bola sepak boleh dianggap sebagai sukan yang paling popular di dunia pada masa kini; tidak kira yang muda atau yang tua, lelaki atau wanita. Dipercayai bahawa permainan bola sepak diperkenalkan di Rom dan kemudian dibawa ke England pada abad ke-9. Sungguhpun demikian, permainan bola sepak mula berkembang pesat sebagai satu sukan hanya bermula pada abad ke-19.

Pada awal permainan bola sepak di England, masih belum ada peraturan tentang permainan tersebut. Bola sepak ketika itu terlalu kasar sehingga boleh mendatangkan kecederaan parah. Sehinggalah tahun 1863, Persatuan Bola Sepak England (F.A.) ditubuhkan yang juga merupakan pertubuhan bola sepak pertama di dunia. F.A. telah menggubal beberapa garis panduan (ketika itu) untuk menjadikan bola sepak suatu permainan yang menarik. Pada tahun 1870, peraturan sebelas pemain untuk satu pasukan diperkenalkan. Pada tahun 1871, Piala F.A. diperkenalkan yang dijalankan secara kalah mati. Pertandingan ini merupakan pertandingan kalah mati tertua dan masih bertahan sehingga kini, manakala Piala F.A. merupakan piala yang tertua dalam sejarah bola sepak.

Pada tahun 1904, Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ditubuhkan di Paris. Permainan bola sepak mula menular ke seluruh dunia, sehinggalah wujudnya Pertandingan Bola Sepak Piala Dunia yang berlangsung empat tahun sekali merupakan pertandingan paling berprestij di peringkat antarabangsa. Uruguay telah menjadi tuan rumah pada edisi pertama pertandingan Piala Dunia pada tahun 1930 dan merupakan juara edisi pertama.

Di Malaysia, permainan bola sepak telah dibawa masuk ke negara ini oleh askar British pada abad ke-19 ketika mereka datang bertugas. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ditubuhkan pada tahun 1927. FAM merupakan badan bola sepak kebangsaan dan bertanggungjawab mengawal perkembangan bola sepak di Malaysia melalui persatuan bola sepak di peringkat negeri.

2. Ukuran Dan Lakaran Gelanggang Permainan Bola Sepak

6

Page 7: Kerja Kursus - Kemahiran Bola Sepak

7

Page 8: Kerja Kursus - Kemahiran Bola Sepak

3. Sistem Permainan Bola Sepak

Bola sepak dimainkan seramai 11 orang bagi setiap pasukan. Terdapat beberapa sistem permainan yang dimainkan dalam permainan ini yang dsebut formasi. Formasi merupakan sesuatu pembentukan asas bagi sesebuah pasukan untuk meraih kemenangan. Namun begitu, tanpa kebijaksanaan pemain mencernakan formasi yang dibentuk oleh jurulatih belum menjamin kejayaan pasukan itu. Pemilihan formasi biasanya dipengaruhi oleh beberapa faktor-faktor seperti:

i. Kelemahan dan kelebihan pemain-pemain yang ada.ii. Kelemahan dan kelebihan pasukan lawan.iii. Corak dan jenis permainan – menitikberatkan pertahanan

atau serangan.iv. Sistem permainan pasukan lawan.

8

Page 9: Kerja Kursus - Kemahiran Bola Sepak

Antara formasi yang biasa diamalkan dalam permainan bola sepak adalah:

a) 4 – 4 – 2

b) 4 – 2 – 4

c) 4 – 3 – 3

9

Formasi ini telah diguna pakai oleh kebanyakan jurulatih. Formasi ini agak seimbang sebenarnya. Terdapat dua jenis corak yang boleh digunakan iaitu menyerang dan bertahan. Untuk menyerang, dua pemain pertahanan di kiri dan kanan akan turut serta menyerang apabila pasukan mereka dalam situasi menyerang. Untuk bertahan pula, seorang pemain tengah akan berada di kawasan pertahanan untuk membantu barisan pertahanan. Pemain tengah ini digelar tengah bertahan atau defensive midfield.

Kejayaan sistem ini banyak bergantung kepada 2 orang pemain tengah yang menjadi penghubung antara pertahanan dan penyerang. Dua pemain tengah ini bertindak sebagai player maker di mana pemain memerlukan kepekaan yang tinggi. Dua penyerang di kiri dan kanan bertindak sebagai sayap yang bermaksud akan memulakan serang dari tepi. Dua pemain akan turut bersama untuk membantu bahagian pertahanan ketika diserang.

Formasi ini merupakan formasi menyerang. Tiga pemain tengah memerlukan kecergasan yang tinggi untuk turun naik dalam sesuatu permainan. Apabila bertahan, hanya seorang penyerang yang berada di tengah padang. Apabila serangan balas, penyerang ini bertindak sebagai penyudah.

Page 10: Kerja Kursus - Kemahiran Bola Sepak

d) 1 – 4 – 3 – 2

e) 4 – 5 – 1

10

Formasi ini lebih berat kepada bertahan. Seorang pemain menjadi ‘sweeper’ dan yang lain menjaga pemain lawan masing-masing untuk bertahan apabila serangan dilakukan oleh pihak lawan. ‘Sweeper’ ini bergerak bebas dan tugasnya adalah untuk mengganggu dan merebut bola daripada pihak lawan.

Formasi ini lebih bertindak sebagai melakukan serangan balas. Hanya seorang pemain berada di depan. Pemain ini bertindak sebagai penyudah dan pengganggu kepada pertahanan lawan. Kecergasan diperlukan untuk formasi begini.

Page 11: Kerja Kursus - Kemahiran Bola Sepak

4. Format Pertandingan Permainan Bola Sepak

Terdapat tiga jenis format pertandingan yang diadakan. Antaranya format liga, format kalah mati, dan format timbal balik.

a. Format Liga

Untuk format ini, ada dua jenis iaitu secara satu pusingan dan secara dua pusingan. Bagi satu pusingan, biasanya diadakan untuk pertandingan yang besar seperti Sukan Olimpik, Sukan Sea, dan juga untuk Piala Dunia. Selesai sahaja format ini, mana-mana pasukan yang layak untuk pusingan seterusnya akan mara ke pusingan kalah mati. Manakala format dua pusingan untuk liga-liga di semua negara, di mana ada bermain d tempat sendiri dan ada bermain di tempat lawan. Untuk format ini agak panjang tempoh yang diambil dan biasanya mengambil masa sembilan ke lapan sepuluh bulan. Kelebihannya, terdapat masa rehat untuk pemain-pemain.

b. Format Kalah Mati

Untuk format ini, hanya satu pusingan dijalankan. Mana-mana pasukan yang kalah dalam sesuatu pertandingan dikira tersingkir. Seperti Piala F.A. England, format ini telah diguna pakai sejak 1871. Format ini juga diguna pakai sebagai kesinambungan untuk format liga satu pusingan. Mana-mana pasukan yang mempunyai gol lebih dikira pemenang. Sekiranya seri sehingga habis masa tambahan, tendangan penalti dilakukan.

11

Page 12: Kerja Kursus - Kemahiran Bola Sepak

c. Format Timbal Balik

Format ini dijalankan dua pusingan, iaitu bermain di tempat sendiri dan di tempat lawan. Untuk memilih pemenang, mana-mana pasukan yang mempunyai jaringan yang lebih dikira pemenang. Sekiranya seri 0 – 0, sehingga tamat masa tambahan, tendangan penalti dilakukan. Namun begitu, satu situasi seri yang boleh menyebabkan sesebuah pasukan itu diisytihar pemenang (sehingga tamat permainan 90 minit) iaitu dengan format kiraan gol di tempat. Contoh;

England 3 - 0 GreeceGreece 4 - 1 England

Untuk situasi di atas, kedua-dua pasukan terikat jaringan 4 – 4. Namun begitu, England diisytihar pemenang kerana mempunyai jaringan di tempat lawan.

Malaysia 1 - 2 IndonesiaIndonesia 1 - 2 Malaysia

Untuk situasi ini pula, permainan perlu dilanjutkan sehingga ke masa tambahan kerana jaringan di tempat lawan yang sama. Sekiranya kekal, tendangan penalti dilakukan.

Perancis 3 - 2 ItaliItali 2 - 1 Perancis

Untuk situasi ini, Itali dikira pemenang kerana mempunyai jaringan yang banyak di tempat lawan berbanding Perancis walaupun pasukan ini seri 4 – 4.

12

Page 13: Kerja Kursus - Kemahiran Bola Sepak

5. Peraturan Permainan Bola Sepak

Satu pasukan diwakili oleh sebelas (11) orang pemain semasa permainan.

Permainan diadili oleh seorang pengadil (referi) dan dibantu dua orang pengadil garisan serta seorang pengadil simpanan.

Lentingan syiling dilakukan untuk menentukan pihak mana yang perlu membuat sepak mula.

Dalam sesuatu pertandingan atau kejohanan, hanya tiga pertukaran pemain dibenarkan. Pemain yang digantikan tidak boleh masuk semula sebagai pemain. Untuk perlawanan persahabatan, tiada had untuk pertukaran pemain.

Setelah gol dijaringkan, sepak mula di tempat permulaan dibuat oleh pasukan yang tidak menjaring.

Pemain yang dibuang padang (kad merah) tidak boleh diganti dengan pemain lain.

Ofsaid dikira apabila pemain mendahului pemain pertahanan lawan sebelum bola dihantar.

Untuk lontaran ke dalam, pemain tidak dibenarkan memijak garisan, kedua-dua kaki mestilah memijak tanah, dan lontaran bermula dari belakang kepala.

Jaringan gol hanya sah apabila bola melintasi keseluruhan garisan gol, iaitu antara tiang dan bawah palang gol.

Lemparan atau sepakan oleh penjaga gol selepas menyambut bola dan juga sepakan gol, hendaklah dilakukan melebihi kawasan penalti.

Dalam perlawanan rasmi, tempoh masa permainan ialah 90 minit (45 minit bagi setiap separuh masa), rehat 10 ke 15 minit, dan masa tambahan pula 30 minit (15 minit bagi setiap separu masa).

Sekiranya kedua-dua pasukan terikat jaringan sehingga habis masa tambahan, tendangan penalti dilakukan. Hanya 5 tendangan bagi setiap pasukan dan sekiranya masih lagi terikat hingga habis 5 tendangan tersebut, tendangan ‘sudden-death’ dilakukan yang bermaksud siapa gagal mejaringkan gol, pasukan tersebut kalah.

13

Page 14: Kerja Kursus - Kemahiran Bola Sepak

Terdapat dua jenis tendangan percuma, iaitu ‘direct freekick’ dan ‘indirect freekick’. Hanya ‘direct freekick’ yang dibenarkan untuk tendangan terus ke dalam gol.

6. UJIAN PSIKOMOTOR (KEMAHIRAN)

Nama Ujian : Ujian Kemahiran Bola Sepak

Alatan Ujian : Bola, skital, bangku, jam randuk

Prosedur Ujian

Murid akan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Dua ujian kecergasan dan tiga ujian kemahiran dijalankan.

A. Ujian Kecergasan

a. Lari ulang – alik 10 meter (30 saat)- Murid akan diuji jumlah larian yang boleh diambil

dalam masa 30 saat.

b. Lari pecut 50 meter- Murid akan diambil masa untuk larian ini.

B. Ujian Kemahiran

i. Kemahiran Menyepak

a. Latihan Menyepak Dan Menghantar Bola X menghantar bola kepada Y

melalui 2 skital. Y menghantarbalik kepada X yang kedua untuk meneruskan latihan. Selepas menghantar bola pemain

14

Page 15: Kerja Kursus - Kemahiran Bola Sepak

tukar tempat.

Murid akan diuji pada ketepatan menyepak dan menghantar dengantepat bola ke arah pemain lain.

b. Latihan Menyepak Ke Penjuru Pemain cuba memasukkan bola

melalui ruang antara hujung bangku dan tiang gol.

Pemain akan diuji pada ketepatanmemasukkan bola ke penjuru gol.

Pemain akan diberi 10 percubaan.

ii. Kemahiran Menggelecek Bola

a. Latihan Menggelecek Bola (20 meter) Murid membawa bola mengelilingi

skital. Murid akan diambil masanya untuk

latihan ini. Setiap skital yang terkena bola

akan dipotong separuh markahnya.

b. Latihan Menggelecek Bola (30 meter) Murid membawa bola mengelilingi skital. Murid diberi masa 20 saat untuk

untuk menghabiskan larian. Murid akan diambil markahnya

pada tempat dia berhenti. Setiap skital yang terkena bola akan

dipotong separuh markahnya.

iii. Kemahiran Menahan Bola

a. Kemahiran Menahan Dan Menyepak

15

20 m

30 m

Page 16: Kerja Kursus - Kemahiran Bola Sepak

Murid menahan bola yang disepak oleh rakan dan menyepak semula.

Markah diambil pada setiap bola yang ditahan dengan baik dan tidak tersasar.

Sebanyak 15 percubaan diberikan.

iv. Kemahiran Menjaga Gol

a. Kemahiran Menjaga Gawang Murid memastikan tidak melepaskan bola masuk ke

dalam gawang gol. Markah diambil bagi setiap bola yang ditahan. Sebanyak 10 percubaan diberikan.

7. KRITERIA PENILAIAN

A. Kemahiran Menyepak

Nama Ujian

16

Page 17: Kerja Kursus - Kemahiran Bola Sepak

Ujian menyepak dan menghantar bola Ujian menyepak ke penjuru

Objektif

Menguji kemahiran menyepak dan ketepatan menghantar bola. Menguji kemahiran menyepak bola ke penjuru gol

Alatan

Bola Skital Bangku

Skor

Bilangan bola yang dihantar dengan tepat dan tidak tersasar. Bilangan bola yang masuk ke dalam gol.

Skor 10 – 9 8 – 7 6 – 5 4 – 3 2 – 0Markah 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1Ujian Menyepak dan Menghantar BolaUjian Menyepak Ke PenjuruKeputusan Sangat

BaikBaik Sederhana Lemah Sangat

Lemah

B. Kemahiran Menggelecek

Nama Ujian

Ujian menggelecek bola sejauh 20 meter Ujian menggelecek bola sejauh 30 meter

Objektif

Menguji kemahiran menggelecek.

Alatan

17

Page 18: Kerja Kursus - Kemahiran Bola Sepak

Bola Skital Jam randuk

Skor

Jumlah masa yang diambil ketika menggelecek. Bilangan skital yang dilalui

Skor 16 – 20 saat

21 – 25 saat

26 – 30 saat

31 – 35 saat

36 – 40 saat

Markah 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1Ujian Menggelecek Bola (20 meter)Skor 1 – 3 4 – 6 7 – 9 10 – 12 13 – 15 Markah 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1Ujian Menyepak Ke PenjuruKeputusan Sangat

BaikBaik Sederhana Lemah Sangat

Lemah

C. Kemahiran Menahan

Nama Ujian

Ujian menahan dan menyepak bola.

Objektif

Menguji kemahiran menahan bola dengan baik dan tidak tersasar.

Alatan

Bola

Skor

18

Page 19: Kerja Kursus - Kemahiran Bola Sepak

Jumlah bola yang ditahan dengan baik.

Skor 1 – 3 4 – 6 7 – 9 10 – 12 13 – 15 Markah 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1Ujian Menahan dan Menyepak BolaKeputusan Sangat

BaikBaik Sederhana Lemah Sangat

Lemah

D. Kemahiran Menjaga Gol

Nama Ujian

Ujian menjaga gol.

Objektif

Menguji kemahiran menjaga gol dengan baik.

Alatan

Bola

Skor

Jumlah bola yang berjaya ditepis atau diselamatkan.

Skor 1 – 3 4 – 6 7 – 9 10 – 12 13 – 15 Markah 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1

19

Page 20: Kerja Kursus - Kemahiran Bola Sepak

Ujian Menjaga GolKeputusan Sangat

BaikBaik Sederhana Lemah Sangat

Lemah

BAHAGIAN B : KOGNITF ( SOALAN UJIAN )

10 soalan aneka pilihan tentang permainan yang dipilih.

1. Berapa orang pemain dalam sesebuah pasukan bola sepak?

A 7 orang pemain

B 9 orang pemain

C 11 orang pemain

2. Badan yang mengawal aktiviti permainan bola sepak

A MIFA

B FIFA

C PAFA

3.

Gambar di atas merupakan sejenis kemahiran. Kemahiran ini dipanggil

A Kemahiran Menggelecek

B Kemahiran Menyepak

20

Page 21: Kerja Kursus - Kemahiran Bola Sepak

C Kemahiran Menahan

4. Berapakah tempoh masa bagi setiap separuh masa bagi permainan

bola sepak?

A 30 minit

B 45 minit

C 90 minit

5. Berapa jumlah pengadil yang diperlukan dalam seseuatu

perlawanan?

A 2 orang

B 3 orang

C 4 orang

6. Piala yang tertua dalam sejarah bola sepak ialah

__________________.

7. FAM merupakan singkatan bagi

__________________________________.

8. Juara Piala Dunia bagi edisi pertama ialah pasukan

_______________.

9. Bola yang disahkan gol apabila bola

______________________________.

10. Lihat situasi di bawah:

Malaysia 1 - 0 Singapura

Singapura 3 - 2 Malaysia

21

Page 22: Kerja Kursus - Kemahiran Bola Sepak

Berdasarkan situasi ini, pasukan yang layak ke pusingan

berikutnya ialah pasukan _____________________________.

LAMPIRAN

22

Bahagian kaki yang digunakan untuk menyepak bola.

Cara tendangan dilakukan.

Page 23: Kerja Kursus - Kemahiran Bola Sepak

RUJUKAN

23

Cara untuk menggelecek.

Cara untuk menjaga gol.

Page 24: Kerja Kursus - Kemahiran Bola Sepak

Hj Gapor Ahmad, 2007, Kejurulatihan dan Sains Sukan, Utusan Publication & Distributors, KL

Mohd Sufian Bin Omar Fauzee, 2001, Psikologi Sukan: Aplikasi Teori dan Praktikal, Utusan Publication & Distributors, KL

Ramesh, R. 1993, Bola Sepak, Penerbitan Fagoes, KL

Boon Tong, Teng. 2001, Panduan Pengajaran Kemahiran Asas Permainan, Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd, Selangor

24