Kerja Kursus Pen Gen Alan Pergerakan Asas

Embed Size (px)

Citation preview

Tugasan 1 : Rangkaian Pergerakan Asas PJM 3102 PENGHARGAAN Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertama sekali saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerna limpah kurnianya saya dapat menyiapkan tugasan PJM yang berkaitan dengan rangkaian pergerakan asas. Saya juga berterima kasih kepada pensyarah Encik Rosli Bin Hamid yang banyak memberi tunjuk ajar yang sedemikian rupa. Segala tunjuk ajar anda sangat dihargai. Beliau yang banyak memperi tips-tips dan petua mmemudahkan kami menyiapkan tugasan yang diberikan. Juga kepada ibu bapa yang sentiasa menyokong saya dari belakang dan turut memberi semangat. Berkat doa mereka saya sentiasa dalam keadaan yang sihat, tenang dan tenteram dalam proses menjalankan tugasan kerja kursus ini. . Kerja kursus ini sebenarnya kerja kursus individu tetapi dijalankan secara

berkumpulan yang sememangnya memerlukan kerjasama daripada rakan-rakan untuk disiapkan. Semasa menjalankan kerja kursus ini, saya dan rakan-rakan telah melakukan rujukan bersama-sama di perputakaan, internet, merujuk pensyarah dan juga rakan-rakan kumpulan yang lain bagi bertukar-tukar idea. Jadi, sekalung penghargaan buat mereka yang telah banyak membantu.

1

Tugasan 1 : Rangkaian Pergerakan Asas PJM 3102 PENGENALAN PERGERAKAN ASAS Pergerakan asas merupakan satu pergerakan utama dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Pergerakan asas merupakan satu aktiviti yang dihasilkan pelaku untuk menguji kebolehan mereka mengawal pergerakan-pergerakan badan. (Susan Capel-1986). Pergerakan asas dilaksanakan pada peringkat awal tahap satu dan dipraktikkan semenjak kanak-kanak lagi. Gallahue (1986) menyatakan bahawa

Pendidikan Jasmani merupakan aktiviti yang meluangkan sebahagian daripada otot besar yang mendorong belajar untuk bergerak dan belajar melalui pergerakan. Kemahiran asas dapat diklasifikasikan kepada empat komponen yang utama iaitu Pergerakan Asas, Kemahiran Manipulatif, Kemahiran Asas Sukan dan Kemahiran Asas Fizikal. Kemahiran Pergerakan Asas bolleh dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu Kemahiran Lokomotor, Kemahiran Bukan Lokomotor dan Kemahiran Memanipulasikan Alatan. Lokomotor bermaksud pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Terdapat dua jenis lokomotor iaitu Lokomotor Beritma Sekata dan Lokomotor Beritma Tidak Sekata. Kemahiran Lokomotor mempunyai lapan pergerakan iaitu lima pergerakan Beritma Sekata dan tiga pergerakan Beritma Tidak Sekata. Bagi lokomotor beritma sekata ialah :1. Berjalan 2. Berlari 3. Melompat ( mendarat dengan dua kaki ) 4. Hop ( melompat dan mendarat dengan sebelah kaki ) 5. Leap ( melompat serta larian memanjang dilakukan berterusan dengan kaki berselang seli Lokomotor Beritma Tidak Sekata ialah : 1. Skip 2. Galop 3. Melongsor

2

Tugasan 1 : Rangkaian Pergerakan Asas PJM 3102 Pergerakan Bukan Lokomotor merupakan pergerakan yang statik atau setempat dan tumpuan diberi kepada keseluruhan tubuh badan iaitu aktiviti seperti buka tutup, naik turun dan pusing putar. Pergerakan ini dilakukan tanpa menggerakkan dasar menyokong seseorang individu. Antaranya ialah :1. Meregang 2. Memusing 3. Membongkok 4. Menghayun 5. Menolak 6. Menarik 7. Mengilas 8. Bangkit 9. Rebah 10. Berbuai-buai.

3

Tugasan 1 : Rangkaian Pergerakan Asas PJM 3102 MATLAMAT PERGERAKAN ASAS Mempraktikkan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial dalam kehidupan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Dapat meningkatkan kemahiran tentang pergerakan asas. Meningkatkan kemahiran psikomotor, kognitif dan afektif. Dapat meningkatkan daya tahan kardiovaskular. Membentuk sifat-sifat jati diri dan inisiatif untuk berjaya dan melakukan tugasan. Menyemai semangat kesukanan yang tinggi dalam diri individu. Mempertajamkan imaginasi dan sensiviti serta kreativiti dalam merancang pergerakan asas. Meningkatkan kecergasan fizikal dan mental kanak-kanak.

OBJEKTIF PERGERAKAN ASAS Memberi pendedahan kepada guru pelatih untuk menyediakan panduan pelaksanaan demonstrasi yang betul. Memberi pendedahan dan menguji kefahaman guru pelatih tentang pergerakan asas. Membantu menguasai kemahiran pergerakan asas. Membentuk guru pelatih yang berfikiran kreatif dalam menyediakan pergerakanpergerakan yang perlu dilakukan di setiap stesen. Mengaplikasikan pelajaran pergerakan asas yang telah dipelajari. Mengamalkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian. Melahirkan perasaan dengan menginterpretasi idea secara simbolik melalui pergerakan.

4

Tugasan 1 : Rangkaian Pergerakan Asas PJM 3102 PELAN ALIRAN PERGERAKAN ASAS

Pergerakan 11 Mengilas

Pergerakan 7 Menggelongsor

Pergerakan 6 Berjalan

bPergerakan 8 Memusing Pergerakan 12 Membongkok Pergerakan 10 Membengkok

Pergerakan 9 Menghayun Pergerakan 5 Melompat Ketinting

Pergerakan 13 Berbuai Pergerakan 3 Menguling Pergerakan 4 berlari

c

Pergerakan 14 Galop

aTAMAT

Pergerakan 2 Skip

Pergerakan 19 & 20 Meregang & melambung

Pergerakan15Merebah

Pergerakan 18 Meringkuk Pergerakan 16 Melompat

Pergerakan 1 Merangkak MULA

e

Pergerakan 17 Melonjak

e

5

Tugasan 1 : Rangkaian Pergerakan Asas PJM 3102 SENARAI SEMAK JENIS DAN BILANGAN PERGERAKAN ASAS YANG TELAH DIPILIH.BUKAN LOKOMOTOR MANIPULASI ALATAN Merangkak dalam gelung Gelung di pinggag Mengguling dalam gelung Memusing gelung Gelung dipegang ke atas Gelung dihayun Gelung di belakang Memusing Menghayun Membengkok Mengilas Membongkok Berbuai Galop Merebah Melompat Mengimbang Meringkuk Meregang Melambung Gelung di tepi Memegang gelung Memegang gelung Mengepit gelung Memegang gelung Memegang gelung Memegang gelung Memegang gelung ke atas Gelung di pegand di kepala Gelung di tangan Meringkuk dalam gelung Gelung di tangan Gelung ke atas SEMAKAN KENDIRI BAHAGIAN ANGGOTA Atas dan tengah Bawah dan tengah Seluruh badan Tengah dan bawah Bawah dan tengah Bawah dan tengah Bawah,tegah dan belakang Tengah Tengah Tengah Tengah Tengah Tengah Bawah dan tengah Tengah Atas, tegah dan bawah Tengah Semua Bawah dan tengah Tengah dan atas VARIASI ARAS Sederhana Tinggi Rendah Tinggi Tinggi Tinggi Sederhana Sederhana Sederhana Rendah Rendah Rendah Rendah Tinggi Bawah Sederhana Sederhana Rendah Sederhana Tinggi

BIL

LOKOMOTOR

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. JUM

Merangkak Skip Menguling Berlari Melompat ketinting Berjalan Menggelongsor

6

Tugasan 1 : Rangkaian Pergerakan Asas PJM 3102

PERGERAKAN 1 : MERANGKAK (lokomotor) Merangkak di dalam gelung. Gelung mestilah berada di tengah dan tangan memegang gelung ke hadapan semasa merangkak.

PERGERAKAN 2 : SKIP (lokomotor) Melakukan aktiviti skip ke hadapan Gelung mestilah berada di tengah pinggag dan tangan memegang gelung.

7

Tugasan 1 : Rangkaian Pergerakan Asas PJM 3102

PERGERAKAN 3 : MENGGULING (lokomotor) Mengguling dalam gelung ke sisi di atas tilam. Tangan memegang gelung dan melakukan aktiviti mengguling.

PERGERAKAN 4 : BERLARI (lokomotor) Berlari kehadapan sambil gelung di pergelangan tangan. Gelung dipusingkan atau dihayun semasa berlari.

8

Tugasan 1 : Rangkaian Pergerakan Asas PJM 3102

PERGERAKAN 5 : MELOMPAT KETINTING (lokomotor) Melakukan aktiviti melompat ketinting ke hadapan. Tangan memegang gelung dengan kemas menghala ke hadapan atas.

PERGERAKAN 6 : BERJALAN (lokomotor) Berjalan di atas kerusi panjang sambil tangan memegang gelung. Gelung boleh dihayunkan ke hadapan dan ke belakang.

9

Tugasan 1 : Rangkaian Pergerakan Asas PJM 3102

PERGERAKAN 7 : MENGGELONGSOR (lokomotor) Menggelongsor sambil gelung di belakang badan. Tangan memegang kemas gelung supaya tidak terjatuh.

PERGERAKAN 8 : MEMUSING (bukan lokomotor) Memusing-musing gelung pada kedudukan pinggang. Kaki statik di lantai dan hanya pinggang digerakkan.

10

Tugasan 1 : Rangkaian Pergerakan Asas PJM 3102

PERGERAKAN 9 : MENGHAYUN (bukan lokomotor) Menghayun gelung ke kiri dan kanan. Badan hendaklah statik dan hanya tangan yang digerakkan.

PERGERAKAN 10 : MEMBENGKOK (bukan lokomotor) Membengkokkan kaki dan badan pada kadar separuh. Tangan hendaklah menekan gelung ke bawah semasa aktiviti membengkok yang melibatkan kaki dan badan tersebut.

11

Tugasan 1 : Rangkaian Pergerakan Asas PJM 3102

PERGERAKAN 11 : MENGILAS (bukan lokomotor) Mengilas badan ke kiri dan kanan sambil memegang gelung pada paras tidak melebihi kepala. Kaki hendaklah statik dan hanya pinggang dan tangan yang digerakkan.

PERGERAKAN 12 : MEMBONGKOK (bukan lokomotor) Membongkokkan badan pada paras pinggang sambil gelung di sangkut pada tengkuk. Tangan secara perlahan-lahan memegang bawah gelung semasa membongkok.

12

Tugasan 1 : Rangkaian Pergerakan Asas PJM 3102

PERGERAKAN 13 : BERBUAI (bukan lokomotor) Berbuai ke kiri dan kanan sambil menggelakan gelung selari dengan buaian yang dilakukan. Badan hendaklah lembut semasa melakukan aktiviti berbuai untuk membolehkan aktiviti ini dijalankan dengan sempurna.

PERGERAKAN 14 : GALOP (lokomotor) Berlari galop sambil memegang gelung seperti memegang padle mengikut kon yang disusun. Gelung hendaklah dipegang dengan kemas agar tidak terjatuh semasa berlari galop.

13

Tugasan 1 : Rangkaian Pergerakan Asas PJM 3102

PERGERAKAN 15 : MEREBAH (bukan lokomotor) Merebahkan badan dengan lembut sambil gelung diangkat ke atas semasa aktiviti merebah dilakukan.

PERGERAKAN 16 : MELOMPAT lokomotor) Melompat dengan menggunakan papan anjal sambil memegang gelung. Tangan memegang gelung dengan kemas pada kedudukan badan berada dalam gelung. Mendarat dengan kemas.

14

Tugasan 1 : Rangkaian Pergerakan Asas PJM 3102

PERGERAKAN 17 : MENGIMBANG (bukan lokomotor) Mengimbang badan di atas peti lombol sambil gelung berada dalam genggaman tangan yang dilunjurkan.

PERGERAKAN 18 : MERINGKUK (bukan lokomotor) Meringkuk di dalam gelung. Kedudukan keseluruhan badan hendaklah berada dalam lingkungan dalam gelung.

15

Tugasan 1 : Rangkaian Pergerakan Asas PJM 3102

PERGERAKAN 19 : MEREGANG (bukan lokomotor) Kaki pada awalnya berkedudukan tertutup kemudian diregangkan sambil memegang gelung. Gelung ditolah kekiri atau kanan mengikut regangan pada kaki.

PERGERAKAN 20 : MELAMBUNG (bukan lokomotor) Melambung gelung ke atas sambil kedudukan badan berada dalam keadaan statik. Kemudian gelung disambut semula selepas dilambung ke atas.

16

Tugasan 1 : Rangkaian Pergerakan Asas PJM 3102 SENARAI ALATAN BERAT DAN ALATAN TANGAN JENIS ALATAN ALATAN TANGAN ALATAN BERAT ALATAN Gelung Kon Peti Lombol Kerusi panjang Tilam Papan anjal BILANGAN 1 4 1 1 1 1

17

Tugasan 1 : Rangkaian Pergerakan Asas PJM 3102 RUMUSAN Dalam pelaksanaan tugasan ini pelbagai rujukan telah saya laksanakan bagi memudahkan kerja saya.Saya telah merujuk buku-buku,bahan internet dan bahanbahan ilmiah yang lain bagi tujuan mencari maklumat.Tidak cukup dengan itu sahaja,saya telah menjalankan aktiviti kolaboratif bersama pensyarah serta kawankawan saya bagi memastikan segala maklumat saya telah saya cari mengikut kemahuan tugasan ataupun sebaliknya. Secara kesimpulannya, dapat saya rumuskan secara ringkas bahawa melalui aktiviti ini saya dapat mempelajari dan menambah ilmu pengetahuan tentang pergerakan asas. Pergerakan asas merupakan asas kepada semua aktiviti fizikal. Saya dapat mempelajari kemahiran lain dalam sukan melalui pergerkan asas. Selain itu,melalui aktiviti yang di jalankan saya dapat membentuk dan menghasilkan corak pergerakan yang menarik. Hal ini dapat membantu saya dalam meningkatkan lagi daya pemikiran dan kreativiti. Melalui aktiviti ini juga nilai-nilai murni dapat diterap dan dipupuk ke dalam diri saya dan pelajar lain seperti nilai kerjasama serta dapat berinteraksi antara satu sama lain. Kerja krusus ini juga telah banyak membantu saya dalam pelbagai aspek yang boleh diguna pakai pada masa hadapan.Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing saya kerana telah memberikan sebuah tugasan yang bagus kepada saya.

18

Tugasan 1 : Rangkaian Pergerakan Asas PJM 3102 RUJUKAN

Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah

(2008) : Modul 1/19 PJM 3102

Pergerakan Asas, Bahagian Pendidikan Guru Malaysia Puan Lily Rozita Binti Mohamad : Pergerakan Asas Lokomotor, Bukan Lokomotor dan Manipulasi Alatan, Institut Perguruan Perlis Ramakrishnan, P. Y. ( 1998 ), Pendidikan Pergerakan Mudah. Shah Alam : Fajar Bakti Sdn. Bhd. Wee Eng Hoe ( 1994 ), Pengajaran Pendidikan Jasmani. Selangor : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

19