Kerja Kursus Sejarah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kerja kursus sejarah

Citation preview

KERJA KURSUS SEJARAH

KERJA KURSUS SEJARAH

Alhamdullilah,bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dapat menyiapkan dan meyempurnakan kerja kursus Sejarah PMR untuk tahun 2008.Pertamanya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Mohd.Yusof bin muda sebagai guru sejarah yang telah memberi bimbingan dan dorongan ketika menyiapkan kerja kursus ini. Di samping itu,terima kasih saya ucapkan kepada pengetua Sekolah Menengah Sultan Ismail,Encik Abdul Razak bin Mamat kerana telah memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian tugasan ini.

Tidak lupa juga,ucapan terima kasih saya tujukan kepada ibu bapa saya yang memberi dorongan dan sokongan juga sedikit tunjuk ajar yang dijadikan panduan sepanjang kajian dijalankan.Selain itu,ibu bapa saya juga yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini.

Akhir sekali,ucapan terima kasih saya tujukan kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah memberi kerjasama mereka dalam mengumpulkan maklumat. Objektif kajian Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih.Ia akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan cara yang betul,jelas dan tepat. Selain itu juga,objektif kajian ini bertujuan untuk memenuhi syarat mata pelajaran sejarah untuk peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun 2008.

Di samping itu juga,kajian ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan saya tentang permainan tradisional di kalangan masyarakat mengikut adat Melayu.

Secara tidak lansung,dengan adanya objektif kajian ini,saya dapat memperkenalkan permainan tradisional ini kepada generasi sekarang supaya generasi tidak lupa akan permainan ini dan sentiasa minat serta tidak pupus ditelan zaman.

Kajian ini juga dapat menyedarkan orang Melayu betapa pentingnya permainan tradisional di kalangan masyarakat Melayu di negara kita kerana ia akan melambangkan setiap kaum dan adat tradisinya yang tersendiri.

Kaedah kajian. Bagi melengkapkan kerja kursus ini,saya perlu mendapatkan maklumat dan data yang diperlukan untuk kajian ini.Saya telah menggunakan beberapa kaedah seperti kaedah ke perpustakaan,kaedah melayari internet dan kaedah temubual. Melaluai kaedah ke perpustakaan saya dan kawan-kawan telah berkunjung ke perpustakaan awam di Dungun dan perpustakaan sekolah untuk mencari maklumat dan data tentang Permainan Tradisional Gasing.

Selain itu,saya juga telah melayari internet di Cyber Cafe yang terletak berhampiran dengan rumah saya bagi memperoleh lebih banyak maklumat tentang tajuk kajian saya.

Akhir sekali,saya telah menemubual beberapa penduduk kampung yang mahir tentang gasing untuk menambahkan lagi maklumat dengan lebih mendalam mengenai kajian kami.

HASIL KAJIAN

LATAR BELAKANG ASAL-USUL

Unsur seni dan permainan adalah keperluan asas kehidupan manusia dan tidak mungkin dapat dipisahkan daripada kehidupan masyarakat. Masyarakat Melayu tradisional juga tidak ketinggalan dalam soal ini.Dalam menjalankan aktiviti kehidupan sara diri mereka telah mengisi masa lapang dengan pelbagai kegiatan yang dapat menghiburkan hati.Antara kegiatan yang dilakukan ialah bermain gasing.Gasing bukan sahaja menjadi permainan orang dewasa malah turut dimainkan oleh golongan remaja dan kanak-kanak.

Gasing memangkah dikenali oleh segenap lapisan masyarakat Melayu di seluruh negara.Terdapat berbagai cerita yang berbeza tentang asal-usul permainan mengikut daerah dan kampung.Ini menjadikan faktor mengapa permainan gasing antara negeri berbeza antara satu dengan yang lain.

Terdapat cerita yang timbul berkaitan tentang asal-usul permainan gasing ini dengan buah berembang.Buah berembang mudah diperoleh di tepi-tepi pantai berbentuk bulat,agak leper dan licin.Ia pula mudah dipusing dengan tangan.Buah yang lama dan ligat pusingannya dikira menang.Bagi ahli silat,satu daripada latihan untuk menguatkan ialah memusingkan buah berembang.Lama kelamaan,timbul ilham meniru bentuk buah ini yang diperbuat daripada kayu.Pemusing akan cuba memusingkannya dengan tangan seligat yang mungkin.Ketika ligat berpusing ia disebut gah yang bermakna kuat dan tegak.Daripada istilah inilah disebabkan bermulanya permainan gasing.

Manakala,dari Melaka pula gasing diperkenalkan ke negeri-negeri Melayu dan menjadi permainan popular.Kini gasing kekal sebagai warisan budaya masyarakat Melayu.Gasing mendapat nama daripada singkatan perkataan kayu iaitu ka dan sing daripada perkataan pusing.Peredaran masa telah meyebabkan perkataan kasing mebentuk perkataan gasing.

Seorang pemain gasing yang tinggal di kawasan pinggir Sungai Pahang berkata bahawa permainan gasing ini bermula dengan penciptaan alat memburu yang berbentuk bulat dan leper.Apabila dilemparkan alat ini,ia akan berpusing ligat dan melayang sebelum mengenai bintang buruan.Mereka kemudian menggunakan tali untuk mendapatkan pukulan yang lebih kuat.Dari sinilah mereka menggunakannya sebagai satu cara untuk menguji kecekapan seseorang itu mencampakkannya dan mengenai sasaran.Permainan itu,akhirnya diminati oleh masyarakat.Alat tersebut kemudian telah direka bentuk sedemikian rupa sehinggalah seperti bentuk gasing yang terdapat pada hari ini. Menurut seorang tua dari Kulim, Kedah permainan gasing berasal daripada permainan laga telur yang dimainkan oleh kanak-kanak.Menurutnya lagi kanak-kanak asyik memusingkannya dan melagakan telur.Jadi, timbul idea mengukir kayu dalam bentuk telur dan dipasangkan paksi.Seutas tali digunakan unuk memusingkannya.

Di nusantara sendiri gasing juga boleh dikaitkan dengan pengaruh penghijrahan, peperangan, dan perdagangan terbuka sejarah lampau. Andaian ini berdasarkan bentuk-bentuk gasing yang berlainan mengikut negeri yang pernah dijajah oleh kerajaan lain.Gasing timah dan gasing leper kelantan tidak terdapat di negeri lain selain negeri Kelantan.Kesan dan pengaruh kerajaan ini masih terdapat dalam cara hidup rakyat negeri tersebut. Di Malaysia gasing dimainkan dengan meluas dan banyak pertandingan diadakan di peringkat kampung, negeri dan daerah.pada masa itu gasing hanya dimainkan halaman rumah dan digelanggang sendiri.Gelanggang yang mereka gunakan tidak mempunyai ukuran yang seragam. Para pemain pula menyediakan peralatan sendiri seperti kulit terap sebagai tali ,memintal dan mencari kayu di sekeliling kampung.

NEGERI YANG MEMPOPULARKAN PERMAINAN GASING

Negeri yang paling popular dengan permainan gasing ialah negeri Kelantan.Terdapat Gelanggang Seni di Kota Bharu, Kelantan. Di situ terdapat pertunjukan wau,gasing dan sebagainya. Pertunjukan tersebut diadakan secara percuma kepada para pengujung dan hanya di buka pada hari Isnin, Rabu dan Sabtu.Gelanggang Seni ini telah menjadi pusat perkembangan Negeri Kelantan.Ia juga telah di tubuhkan sejak tahun 1978.Gasing timah dan gasing leper kelantan hanya terdapat di negeri kelantan sahaja. Permainan gasing pangkah telah bertapak di negeri Melaka sejak abad ke-15 lagi. Sememangnya ia mempunyai ciri-ciri keistimewaan di mana kepakaran pembuat gasing menjadi tunjang kepada penghasilan sesebuah gasing itu. Pelbagai jenis gasing pangkah yang terdapat di negeri Melaka antaranya gasing bulat atau atau gasing tunjang, gasing botol atau gasing jantung. Manakala gasing leper pula dikenali sebagai gasing pereng atau gasing merempang

Manakala gasing pangkah pula merupakan permainan rakyat yang telah dimainkan sejak dizaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.Gasing pangkah mempunyai kesenian tersendiri di mana menggandingkan kepakaran pembuat dam pemain.

Terdapat berbagai jenis gasing di setiap negeri.Antaranya ialah gasing talar, gasing piring dan gasing berembang popular di negeri Johor. Manakala gasing bakal, gasing lang laut, gasing penyek dan gasing tempanyan terdapat di negeri Selangor.Di Kedah pula permainan gasing amat popular dalam kalangan masyarakat.Bagi negeri Sabah dan Sarawak, terdapat bentuk-bentuk yang berbeza dan dinamakan gasing lundu, gasing pontianak, gasing borneo, gasing kundasang,gasing limbang kadazan,gasing bajau dan gasing Brunei. Gasing begelan berbentuk agak leper dan diperbuat daripada kayu jenis ringan.Ia popular dimainkan di Sabah,Johor dan Brunei.Gasing toyol pula dimainkan di Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan.

KAUM / ETNIK YANG TERLIBAT

Permainan gasing ialah permainan rakyat yang popular dalam kalangan orang Melayu.Permainan gasing bukan sahaja menjadi permainan orang dewasa malah turut dimainkan oleh golongan remaja dan kanak-kanak.Orang dewasa telah memajukan seni permainan ini.Permainan gasing biasanya dimainkan oleh kaum lelaki tetapi kadangkala terdapat juga wanita yang berminat dalam permainan ini.Bagi kanak kanak, mereka lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina kerana saiznya yang kecil dan mudah dipermainkan. Permainkan tradisional seperti gasing kurang mendapat sambutan dalam kalangan generasi muda disebabkan pengaruh arus pembanggunan yang menghasilkan lebih banyak permainan yang baru.Bagaimanapun,perubahan masa turut mempengaruhi permainan gasing pangkah yang mana beberapa peraturan telah diperkenalkan bagi menarik minat golongan muda untuk menyertainya di samping menjadikan permainan itu lebih mencabar.TUJUAN DIMAINKAN

Permainan tradisional gasing di kalangan masyarakat lama bertindak sebagai memenuhi masa lapang dan memenuhi keperluan riadah.Permainan gasing boleh dimainkan daripada pelbagai peringkat umur. Kebiasaanya orang dewasa yang bermain akan memajukan seni permainan ini.

Permainana tradisional gasing merupakan medium terbaik untuk memperluaskan kenalan dan rakan taulan.Permainan gasing juga dapat menarik perhatian orang ramai untuk menonton serta melihat sendiri cara bermain permainan gasing ini.Permainan ini terus mendapat sambutan daripada semua lapisan masyarakat serta pelancong yang datang ke Malaysia. Permainan ini dapat membantu masyarakat mengerti antara satu sama lain serta mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan semasa permainan berlangsung. Permainan tradisional gasing juga dapat memupuk semangat kerjasama antara rakan-rakan dengan diri sendiri.Selain itu permainan ini juga dapat melatih diri supaya mematuhi displin serta bertindak melakukan sesuatu dengan bijaksana dan betul.ALAT ALAT YANG DIGUNAKAN

Antara peralatan yang digunakan dalam permainan gasing ialah tali gasing, getah kecupu, penyokong, lopak gasing bong dan gelanggang.

Tali gasing akan dibuat untuk digunakan dalam permainan gasing. Tali halus berukuran antara 300 -450cm mengikut ukur lilit gasing diperlukan.Bagi gasing kanak kanak hanya sekitar 150cm.tali tersebut diperbuat daripada benang atau jud. Salah satu daripada hujung tali akan diikat pada sekeping logam sebagai penahan tangan semasa menghayunkan gasing dan hujung gasing satu lagi digam supaya tali tidak terurai.Setelah tali diikatkan barulah gasing boleh dimainkan.Gelangganggelanggang adalah tempat bagi pertunjukan atau pertandingan gasing. Ia boleh dimainkan dimana mana sahaja asalkan dikawasan yang lapang. Cara melarik gasing pada zaman dahulu hanya menggunakan peralatan yang terdapat disekililing sahaja umpamanya dengan menggunakan busar. Tetapi, pelarik busar ini hanya boleh melarik kayu jenis kecil sahaja dan untuk melarik kayu yang lebih besar mereka akan menghadapi masalah. Apabila kerja membakal selesai dan kayu telah dilarik menjadi gasing, simpai gasing dipasang bagi mengelakkan gasing mudah pecah dan retak. Kemudian dibentukkan turap dan temin sebagai alat perlindungan bahagian kepala dan patak gasing. Pada masa sekarang , kaedah ini sudah tidak memerlukan masa yang telalu lama. Melaluai bantuan peralatan moden kerja mambakal sudah boleh dipercepatkan menggunakan gergaji mesin atau gasing hanya dilarik daripada kayu-kayu seperti beroti atau kayu untuk membuat tiang. Selain itu, tukang gasing Melayu tradisional menggunakan peralatan biasa yang mudah ditemui dikebanyakkan kedai dan dimiliki oleh tukang kayu lain.Peralatan ini seperti pembaris, kertas, kaca, sesiku penggarik, tolok luar,jangka lukis,ragum, kikir, berus kikir,gadin kakak tua, apit, pemutar skru, tukul ,gerudi, player,gunting,pahat,mesin pelarik dan sebagainya. CARA DIMAINKAN Kaedah bermain gasing dahulu dan sekarang tidak banyak perbezaannya. Dalam permainan gasing, semua permainan mesti mempunyai kemahiran memusing,memangkah,mengangkat dan menegakkan uri.Untuk mencapai kemahiran ini,mereka perlu mempelajarinya secara sistematik. Kaedah bermain gasing ialah memangkah,memgangkat uri,menegakkan uri dan membela uri gasing.Langkah ini pula mestilah didahuluai dengan melilit tali,melilit gasing,memusing dan memangkah gasing. Cara melilit dan memusing memerlukan kemahiran yang khas agar mrndapat lilitan yang kemas, padat sejat dan teratur . Dalam permainan gasing langkah yang paling perlu ialah melilit tali dan melilit gasing.Melilit Tali Terdapat dua cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit ditangan atau dijari kelingking. Kedua-dua keadaan ini penting. Sebelum memulakan permainan kerana tali yang kemas dan tidak terlalu panjang akan menghasilkan pusingan yang baik. Cara yang pertama dipakai dengan memasukkan pergelangan tali ke dalam lengan pemain dan seinci iaitu hujung tali yang diikat membulat akan menjadi penyimpul hidup.Ini akan memudahkan pemain kerana apabila ditarik , ia tidak mudah terurai pusingan tali pada tangan kanan atau tangan kiri. Pusingan lilitan bergantung kepada pemain untuk memastikan pemain selesa dengan lilitan tali tersebut. Lilitan tali biasanya dilakukan dengan sendiri. Kaedah yang kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada jari kelingking pemain. Pemilihan jari kelingking sama ada aebelah kanan atau kiri bergantung kepada pemain. Cecincin pada hujung tali akan dimasukkan pada jari kelingking oleh pemain seterusnya. Tali tadi akan dililit pada tapak tangan. Biasanya cara ini banyak dilakukan oleh pemain yang telah berusia kerana dengan cara ini tali akan menjadi lebih panjang dan menghasilkan cengkaman yang lebih kuat pada gasing. Untuk memudahkan lilitan pada leher gasing, pemain perlu melilit kesemua tali dengan meninggalkan beberapa sentimeter untuk memudahkan pemain megesan keseimbangan, kelembutan dan ketegangan tali selepas balingan gasing dibuat, tali akan dililit pada lengan atau pada tapak tangan sehingga habis bagi memudahkan tugas menegak atau mengangkat uri. Melilit Gasing

Terdapat dua cara melilit pada gasing yang biasa diamalkan iaitu melilit pada lengan dahulu kemudian barulah dililit di sekeliling gasing.Cara lain adalah seperti yang diamalkan oleh pemain tradisional iaitu melilit gasing dengan mengikat pada pokok kayu supaya lilitan menjadi lebih kemas lagi bagi menghasilkan pusingan yang lama.

Semua gasing yang akan dililit hendaklah dipastikan dahulu,labu dan pataknya supaya dalam keadaan rata.Jika keadaan labu tidak rata,kerja meratakannya haruslah dilakukan denagn mengikir,mengetuk atau menggosok dengan kertas kaca bagi menghasilkan cengkaman yang kuat.Biasanya pemain gasing akan menyapu kanji bahagian bahu gasing.

Untuk melilit gasing mestilah dipegang dengan tangan kiri,dan tangan kanan pula bersedia untuk melilit.Ibu jari kiri digunakan untuk menekan rambu pada leher gasing.Lilitan tali pada gasing adalah melawan arah pusingan jam dan tali hendaklah ditarik dengan kuat dan ketat.Lilitan kedua dan ketiga hendaklah dilakukan seperti lilitan pertama.Lilitan berikutnya pula hendaklah sentiasa mencecah ke bahu gasing untuk mendapatkan lilitan yang kemas,padat dan sejat.Sentiasa melilit,pastikan yang tali tidak bertindih atau bersilang.Jika ini berlaku,gasing akan borot dan akan membahayakan semua orang.

Memusing GasingTerdapat berbagai-bagai cara atau gaya dalam memusing gasing. Memusing gasing mengikut cara yang betul akan menghasilkan pusingan yang tegak, ligat, kuat dan tetap. Untuk menghasilkan seperti ini, langkah yang disusun hendaklah mengikut cara yang betul. Supaya gasing tidak jatuh mengiring, meleret atau borot. Umumnya terdapat dua jenis pusingan yang biasa diamalkan iaitu pusingan tarik dan pusingan sentap.

Untuk pusingan sorong tarik gasing hendaklah dipegang secara mengiring dan dihayun ke belakang serentak.Dengan itu mata mestilah tertumpu ke arah sasaran di hadapan. Kedudukan gasing hendaklah sentiasa mengiring semasa gerakan ini.Semasa menghayun,gasing mestilah dalam keadaan mengiring sehingga gasing tiba di hadapan ,barulah gasing ditegakkan sebelum dilepaskan. Kedudukan badan hendaklah mestilah rendah dan kaki tidak jauh dari sasaran yang hendak dipusingkan. Hayunan tangan pemain hendaklah mengikut hayunan gasing dan badan membongkok kira-kira 45 darjah. Pusingan gaya ini agak rendah dan dekat.

Bagi pusingan sentap, gaya pusingan ini menghasilkan pusingan yang tegak, ligat dan kuat. Pemain memegang gasing dengan kedudukan yang tegak, iaitu kepala gasing menghala ke atas dan diangkat tinggi. Kedudukan tangan kira-kira 30 darjah dari paras lengan.Tangan dihayunkan ke arah sasaran dengan kedudukan gasing tegak sehingga tiba ke hadapan sebelum dilepaskan. Setelah gasing terpacak, sedikit sentapan dikenakan dan pastikan ia berada dalam keadaan tegak. Jika tidak gasing, akan meliuk dan pusingan akan menjadi kurang ligat .Gasing diangkat paras bahu sebelum dilepaskan.

Memangkah GasingMemangkah adalah satu gerakan yang penting dalam permainan gasing. Tumpuan, perhatian dan hayunan hendaklah tepat megenai sasaran supaya gasing akan menghasilkan uri yang ligat, tegak dan kuat. Terdapat 4 gaya pangkahan yang biasa digunakan oeh pemain dalam apa juga pertandingan iaitu pangkah tokok, pangkah bentak, pangkah layang, dan pangkah terbang.

Pangkah Tokok

Pangkah dilakukan pada jarak yang dekat dan pemain perlu membongkokkan badan. Kemudian, gasing mestilah diparas bahu dan siku, separas pula dengan bahu pemangkah. Sasaran pula ialah pada bahagian labu, kepala atau bahu gasing. Pangkalan ini bertujuan untuk menghalakan gasing lawan keluar di gelanggang. Jika menggunakan gasing yang berat, pangkalan jenis ini tidak sesuai. Gasing yang berbentuk tinggi adalah sesuai dengan jenis pangkahan ini.Pangkah BentakUntuk melakukan pangkah bentak, badan pemangkah mestilah tegak.Tangan pula diletakkan tegak atas kepala dengan memegang gasing dengan menegak.Gasing dihayun tegak serta kuat ke arah sasaran. Hayunan ini akan dilepaskan ke sisi kiri atau kanan pemangkah.Sasarannya ialah pada kepala, bahu atau labu gasing. Jika tepat mengenai sasaran , kesannya amat ketara kerana ia boleh memecahkan gasing lawan.Sebab itulah dalam latihan biasa pangkahan ini tidak digalakkan.

Pangkah Layang

Kedudukan tubuh pemangkah mestilah tegak.Tangan pula hendaklah tegak di atas kepala dengan memegang gasing secara tegak.Gasing dihayunkan ke arah sasaran dengan kuat,cepat dan rancang.Pangkahan ini selalunya menghasilkan pusingan yang ligat dan terus keluar dari sasaran selepas memangkah sasaran,pangkahan jenis ini ialah bahagian bahu,labu atau tangkuk gasing.

Pangkah Terbang

Pangkahan ini bertujuan mengeluarkan gasing lawan jauh dari sasaran dan ia juga merupakan pangkahan jarak jauh.Untuk menghasilkan pangkahan yang kuat,kedudukan pangkah mestilah tegak.Gasing pemangkah akan mengenai labu gasing lawan serentak dengan paksinya mencecah ke bumi.Gasing yang paling sesuai untuk tujuan ini ialah gasing lipat kajang,gasing tunjang dan gasing concord kerana sifatnya yang berat dan pepat.

Mengangkat Gasing

Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah,ia perlu pula diangkat ke tapak uri yang sesuai untuk menjamin keligatannya agar terus terpelihara.Mengangkat gasing memerlukan kemahiran,kesabaran atau kecekapan yang tinggi.Sebelum gasing diangkat pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk arah pusingan dan keadaan gasing.Menentukan liuk bermakna mencari liuk atau kedudukan pusingan terendah bahagian patak dengan bumi.Bahagian terendah inilah yang akan diangkat.Arah pusingan perlu ditentukan untuk disesuaikan dengan arah pusingan badan ketika membawa gasing.

Mengangkat gasing dilakukan dengan meggunakan tali dan cokok.Cokok digunakan untuk gasing yang berbentuk leper dan berat.Kedudukan gasing semasa hendak diangkat hendaklah berada dalam keadaan tegak kerana jika kedudukannya mengiring akan menjejaskan kegiatan gasing.Tali yang digunakan untuk mengangkat gasing mestilah tegang dan ketika mengangkat, patak akan dielakkan daripada tersentuh tali kerana ini akan mengurangkan keligatan.

Setelah menjalankan kajian ini saya berasa amat bersyukur sebagai seorang warganegara Malaysia kerana keunikan dan kepelbagaian budaya dan adat resam yang terdapat di negara yang tercinta ini.Saya juga rasa amat bertuah kerana dapat mengenali dengan lebih mendalam tentang permainan tradisional.

Bak kata pepatah Melayu,tak kenal maka tak cinta.Selepas kajian ini, saya lebih menghormati dan menghayati permainan tradisional.Saya akan cuba untuk mengamalkan tradisi permainan dan budaya bangsa yang menyeronokkan dan unik. Permainan tradisional adalah salah satu aktiviti yang dapat membentuk modal insan yang patriotik.Ia akan dapat membentuk semangat setia negara yang cemerlang.Hal ini juga akan mewujudkan rasa tanggungjawab kepada bangsa dan negara. Pemain juga akan dapat membentuk satu lagi modal insan yang patriotik melaluai aktiviti sukan dan permainan,iaitu sikap displin yang dapat dicontohi oleh mayarakat,keadaan ini berlaku apabila pemain mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.Melaluai aktiviti sukan dan permainan ini juga,pemain akan lebih bertatatusila serta berhemah tinggi jika ingin menyertai sesuatu permainan. Malah,aktiviti ini juga akan melahirkan modal insan yang berusaha dan produktif.Hal ini terjadi apabila pemain bersikap tabah menghadapi cabaran,rajin serta gigih ketika membuat sebarang latihan yang berkaitan dengan permainan tradisional.

Keadaan ini juga dapat melahirkan semangat kekitaan yang tinggi dalam diri pemain.Hal ini berlaku apabila ahli dan ssebuah pasukan mengamalkan sikap berkesefahaman dan bermuafakat di antara satu sama lain jika ingin berjaya.Ini juga akan mewujudkan rasa bersatu-padu dan berkerharmonian di antara ahli pasukan.

Kesimpulannya,modal insan yang berpatriotik dapat dipupuk dan dibentuk dalam diri seseorang itu melaluai permainan tradisional.Sebagai rakyat Malaysia,kita harus mengekalkan tradisi permainan tadisional ini supaya tidak lapuk ditelan zaman. Modal insan yang patriotik di sini bermaksud bagaimana membentuk insan yang berjiwa cintakan negara dan bangsanya.Aktiviti sukan atau permainan ternyata dapat membentuk insan yang berjiwa cintakan negara dan bangsanya.

Insan yang cintakan negara dan bangsa dapat dibentuk melaluai permainan seperti permainan gasing kerana melaluai permainan ini,kita dapat menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara dengan mempelajari dan meneruskan permainan warisan bangsa ini.Dengan meneruskan dan memperkenalkan permainan ini kepada generasi depan,bermakna mereka juga menyemai perasaan patriotik.Sekaligus menunjukkan bahawa kita menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa.Dalam ertikata lain,melaluai permainan ini,kita dapat menunjukkan bahawa kita bangga dengan sejarah bangsa.

Selain itu juga,permainan tradisional adalah satu aktiviti yang dapat membentuk modal insan yang patriotik,ia akan dapat membentuk semangat setia negara yang cemerlang.Hal ini juga mewujudkan rasa tanggungjawab kepada bangsa dan negara kerana sebagai seorang pemain,sesorang itu telah diberikan tanggungjawab dan amanah supaya berlatih bersungguh-sungguh untuk menjadi insan yang patriotik.

Di samping itu juga,permainan tradisional dapat dibentuk melaluai sukan dan permainan iaitu sikap displin yang dapat dicontohi oleh masyarakat.Keadaan ini berlaku apabila pemain mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.Melaluai permainan ini juga,pemain akan berakhlak dan berbudi perkerti mulia serta berhemah tinggi jika ingin menyertai sesuatu permainan. Melaluai permainan tradisional seperti permainan gasing,wau dan sebagainya kita dapat menyemai semangat bersatu padu dan berharmoni di antara masyarakat majmuk.Permainan seperti ini juga mengkehendaki kita bekerjasama dan saling tolong-menolong antara ahli masyarakat.Semangat muhibah atau semangat bermuafakat yang dibentuk seterusnya akan melahirkan semangat patriotik antara anggota masyarakat.

Permainan tradisional juga memerlukan pemain mempamerkan sikap rajin dan gigih dalam menjayakan permainan.Kita juga mesti menunjukkan sikap berdikari bagi menjayakan sejenis permainan yang biasa dilakukan secara kerjasama berpasukan.Dalam sesuatu pertandingan,kita juga perlu menunjukkan sikap tabah menghadapi cabaran bagi memenangi pertandingan.Perkara ini akan melahirkan modal insan yang patriotik dari segi permainan dan sukan. Kesimpulannya,modal insan yang patriotik dapat dibentuk melaluai permainan tradisional.Sebagai rakyat Malaysia, kita harus mengekalkan tradisi permainan tradisional ini supaya dapat melahirkan lebih ramai modal insan yang patriotik serta tidak dilupakan oleh generasi yang akan datang.NAMA PERMAINAN

Gasing mendapat nama daripada singkatan perkataan kayu iaitu ka dan sing daripada perkataan kasing membentuk perkataan gasing.Selain itu,gasing juga disebut gah yang bermakna kuat dan tegak.Daripada istilah inilah disebutkan bermulanya permainan gasing.