22
KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN 2013 SEKOLAH MENENGAH AGAMA IZZUDDIN SHAH, IPOH, PERAK. TAJUK : AIR KOTAK  Nama : Muhammad Izham b in Salehuddin  No. Kad Pe ngenalan : 960610 - 02 - 5431 Angka Giliran : AC131M038 Kelas : 5 Pengajian Islam 4  Nama Guru : Puan Noriah binti Mahyuddin Tarikh Hantar : 10 Jun 2013

Kerja Projek Matematik Tambahan 2013 (1)

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kerja Projek Matematik Tambahan 2013 (1)

7/16/2019 Kerja Projek Matematik Tambahan 2013 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/kerja-projek-matematik-tambahan-2013-1 1/22

KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN 2013

SEKOLAH MENENGAH AGAMA IZZUDDIN SHAH, IPOH, PERAK.

TAJUK : AIR KOTAK 

 Nama : Muhammad Izham bin Salehuddin

 No. Kad Pengenalan : 960610 - 02 - 5431

Angka Giliran : AC131M038

Kelas : 5 Pengajian Islam 4

 Nama Guru : Puan Noriah binti Mahyuddin

Tarikh Hantar : 10 Jun 2013

Page 2: Kerja Projek Matematik Tambahan 2013 (1)

7/16/2019 Kerja Projek Matematik Tambahan 2013 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/kerja-projek-matematik-tambahan-2013-1 2/22

ISI KANDUNGAN 

PERKARA MUKA SURAT

Pengenalan iv – v

Objektif Kajian vi

Hasil Kajian 1

( i ) Bahagian A 2 – 4

( ii) Bahagian B 5 – 7

(iii) Bahagian C 8 – 10

Penerokaan Lanjutan 11 – 14

Refleksi 15 – 17

Kesimpulan 18

Page 3: Kerja Projek Matematik Tambahan 2013 (1)

7/16/2019 Kerja Projek Matematik Tambahan 2013 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/kerja-projek-matematik-tambahan-2013-1 3/22

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur saya ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah dankurnia  –  Nya dapat saya sempurnakan kerja projek Matematik Tambahan yang

 bertema minuman air kotak ini. Ucapan terima kasih saya tujukan khas buat pihak 

Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri Perak yang

memberi peluang kepada saya dan semua pelajar tingkatan lima seluruh Malaysia

 bagi menghasilkan satu kerja projek yang unik dan berguna kepada diri sendiri,

masyarakat dan negara.

Sekalung penghargaan saya hulurkan buat guru mata pelajaran matematik tambahan saya, Puan Noriah binti Mahyuddin yang telah memberi bimbingan dan

tunjuk ajar dalam melaksanakan kerja projek ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa

yang memberi sokongan dan semangat yang padu agar saya tidak berputus asa

dalam menjayakan projek ini.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan  – rakan terutamanya saudara

Muhammad Afiq Aiman bin Rosli dan Muhammad Fakhrurazi bin Md. Yunos

yang telah memberikan dorongan, kerjasama dan komitmen yang besar kepada

saya. Jutaan terima kasih saya hulurkan kepada semua yang terlibat baik secara

langsung mahupun tidak langsung. Tanpa mereka saya tidak dapat menghasilkan

 projek yang berguna ini dengan sempurna. Sekian.

Page 4: Kerja Projek Matematik Tambahan 2013 (1)

7/16/2019 Kerja Projek Matematik Tambahan 2013 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/kerja-projek-matematik-tambahan-2013-1 4/22

PENGENALAN

Saya merupakan salah seorang pelajar tingkatan 5 yang mengambilmatapelajaran Matematik Tambahan sebagai matapelajaran tambahan. Setiap

tahun, semua pelajar Tingkatan 5 seluruh Malaysia yang mengambil mata

 pelajaran Matematik Tambahan diwajibkan melaksanakan satu kerja projek. Pada

tahun ini, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Perak telah

menyediakan soalan. Tema yang diberi ialah “ Air Kotak ” dan berkaitan dengan

 bab 11 dalam buku teks Tingkatan 4 iaitu Nombor Indeks. Projek ini boleh

disiapkan secara individu atau secara berkumpulan, tetapi setiap pelajar perlu

mengemukakan laporan bertulis secara individu. Saya telah melaksanakan kerja

 projek ini secara berkumpulan. Dalam projek ini, kami telah meneroka pemikiran

matematik di sebalik reka bentuk pembungkusan minuman kotak. Kami telah

melakukan pelbagai kerja tangan seperti membentuk konjektur, menyukat kotak 

minuman, menghitung dan membuat penaakulan melalui projek ini.

Saya telah memilih air Milo sebagai minuman kotak yang saya gemari. Saya

sering membeli minuman kotak jenama Milo di kedai  – kedai runcit. Selalunya,

harga sekotak minuman Milo ialah RM 1.50 berbanding hanya RM 1.00 bagi

minuman kotak yang lain seperti perisa anggur, oren dan laici. Walaupun harganya

lebih mahal berbanding minuman kotak yang lain, namun air Milo mendatangkan

 banyak faedah kepada saya. Antaranya ialah minuman Milo menguatkan gigi,

tulang, rambut dan kuku, menyihatkan tubuh badan dan lemak susunya tidak 

memberi kesan kepada kegemukan kerana susunya mengandungi kandungan

nutrien yang tinggi.

Mengikut sejarah Milo, Milo sebenarnya susu yang dicampur dengan coklat.

Ia dicipta pada tahun 1934 selepas amat banyak penyelidikan oleh Thomas Mayne, sempena rancangan Sydney Royal Easter Show. Pada asalnya, ia dikeluarkan dari

sebuah kilang yang terletak di Smithtown, berhampiran dengan Kempsey yang

terdapat di tepi laut utara New South Wales, Australia. Jenama Milo diambil

daripada nama ahli sukan olahraga terpopular di Yunani, iaitu Milo daripada

Croton. 

Page 5: Kerja Projek Matematik Tambahan 2013 (1)

7/16/2019 Kerja Projek Matematik Tambahan 2013 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/kerja-projek-matematik-tambahan-2013-1 5/22

Setelah selesai menyiapkan Kerja Projek Matematik Tambahan secara

 berkumpulan ini, saya telah mendapat beberapa faedah dan pengalaman yang

 berharga. Antaranya ialah saya dapat meningkatkan kemahiran berfikir dan

meningkatkan daya pemikiran yang positif terhadap matematik di samping saya

mampu berusaha mengaplikasikan konsep dan kemahiran matematik yangdipelajari dalam menyelesaikan masalah dengan berkesan. Selain itu, saya dapat

mempelajari nilai  –  nilai murni seperti mempunyai semangat bekerjasama,

 bertoleransi, sentiasa kemas dan sistematik, sikap tidak mudah putus asa, berani

menyahut cabaran dan sentiasa ingin mencuba.

Kesimpulannya, kerja projek Matematik Tambahan ini banyak memberi

manfaat dan kebaikan kepada saya dan rakan – rakan yang lain. Untuk menyiapkan

kerja kursus ini juga tidak memakan masa yang lama lebih-lebih lagi dengan bantuan guru Matematik Tambahan kami iaitu Puan Noriah binti Mahyuddin.

Page 6: Kerja Projek Matematik Tambahan 2013 (1)

7/16/2019 Kerja Projek Matematik Tambahan 2013 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/kerja-projek-matematik-tambahan-2013-1 6/22

 

KERJA

PROJEK MATEMATIK 

TAMBAHAN

2013

Page 7: Kerja Projek Matematik Tambahan 2013 (1)

7/16/2019 Kerja Projek Matematik Tambahan 2013 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/kerja-projek-matematik-tambahan-2013-1 7/22

REFLEKSI

Matematik memainkan fungsi penting alam bidang ekonomi. Penelitianstruktur program sarjana muda dan ijazah lanjutan dalam bidang ekonomi,

 penulisan tesis oleh calon ijazah lanjutan dan hasil penyelidikan ahli akademik 

menunjukkan peningkatan yang nyata dalam pengungkapan menggunakan

matematik termasuk statistik dan ekonometrik.

Laporan ekonomi seperti yang diterbitkan oleh Kementerian Kewangan,

Bank Negara Malaysia, institut penyelidikan seperti Institut Penyelidikan Ekonomi

Malaysia (MIER) dan bahagian ekonomi akhbar utama, mengandaikan kecelikan

matematik dan statistik yang baik untuk seseorang itu memahami analisis ekonomi

yang terkandung di dalamnya. Keputusan yang dibuat dalam pasaran modal, saham

dan kewangan banyak berasaskan kepada model matematik.

Di sektor swasta, pengurus firma perlu tahu menggunakan pendekatan

matematik untuk merancang strategi firma yang bermatlamatkan keuntungan,

seperti strategi memaksimumkan jumlah hasil dan meminimumkan jumlah kos

tertakluk kepada batasan tertentu seperti harga input, harga output dan kuantiti

input yang ditetapkan. Kenyataan tersebut menunjukkan seseorang yang inginmemahami penyelesaian masalah ekonomi memerlukan pemahaman teknik 

matematik yang bersesuaian.

Dalam kalangan pembuat dasar negara pula, terdapat beberapa alasan yang

menyokong kepentingan menggunakan kaedah matematik untuk tujuan

 perancangan. Pertama, model ekonomi berguna kepada pembuat dasar yang

 berkaitan dengan pengurusan makroekonomi yang mempunyai objektif seperti

 pertumbuhan ekonomi, kestabilan harga, guna tenaga penuh dan keseimbangan

imbangan pembayaran. Misalnya, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi pertumbuhan ekonomi dan faktor itu lebih mudah diteliti jika dirangkumkan ke

dalam satu kumpulan seterusnya mengenalpasti faktor mana yang paling kuat

mempengaruhi pertumbuhan ekonomi.

Page 8: Kerja Projek Matematik Tambahan 2013 (1)

7/16/2019 Kerja Projek Matematik Tambahan 2013 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/kerja-projek-matematik-tambahan-2013-1 8/22

Kedua, model struktur ekonomi boleh memberikan gambaran kasar 

mengenai potensi ekonomi untuk mencapai matlamat pembangunan jangka

 panjang seperti pertumbuhan pendapatan, pengwujudan peluang pekerjaan,

 pengagihan pendapatan dan pembasmian kemiskinan. Model yang dibentuk juga

membantu menerangkan kesan yang berlaku dari pelbagai strategi alternatif yangdipilih.

Ketiga, model analisis kos faedah (benefit cost analysis, BCA) yang banyak 

digunakan oleh pembuat dasar banyak membantu kerajaan dalam membuat

keputusan tepat pemilihan pelaburan awam yang memberikan pulangan ekonomi

yang optimum.

Pada masa kini penumpuan yang lebih perlu diberikan untuk meningkatkan

kemahiran asas matematik dalam kalangan para pelajar. Pada masa yang sama,teknik pengajaran matapelajaran matematik dalam kalangan para pendidik perlu

diperbaiki untuk menjadikan subjek matematik lebih menarik. Pelajar yang

mempunyai asas matematik yang kukuh tentunya lebih berkemampuan

menghadapi cabaran di lapangan pekerjaan yang semakin mencabar pada masa

kini.

Matematik juga memupuk dan melatih seseorang mempunyai keupayaan

analitikal yang baik. Justeru itu, bagi membolehkan universiti melahirkan siswazah

ekonomi yang bermutu, yang bakal menjadi penggubal dasar, penganalisis dan perancang ekonomi yang berkesan sama ada disektor kerajaan, swasta atau bekerja

sendiri, kandungan dan pendedahan pelajar kepada matematik, statistik dan

ekonometrik perlu dipertingkatkan.

Terdapat juga perkara lain yang sangat penting dalam pembelajaran

matematik iaitu penggunaan kalkulator. Penggunaan alatan seperti kalkulator 

memberikan banyak kelebihan dan keberkesanan dalam pengajaran matematik di

sekolah rendah dan di sekolah menengah. Namun, penggunaan di negara kita

hanya terbatas di peringkat menengah atas sahaja sedangkan negara-negara di

Eropah telah lama menggunakannya dalam pengajaran di peringkat awal sekolah

rendah lagi. Guru-guru harus memandang ke hadapan agar mereka tidak 

terperangkap apabila permasalahan dan situasi terbit menerusi kalkulator. Sama

ada bersedia atau tidak, murid akan membawa kalkulator ke kelas dan mula

 bertanya soalan-soalan. Sama ada sesuatu aktiviti itu melibatkan pengetahuan sedia

Page 9: Kerja Projek Matematik Tambahan 2013 (1)

7/16/2019 Kerja Projek Matematik Tambahan 2013 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/kerja-projek-matematik-tambahan-2013-1 9/22

ada pelajar atau mencari pola-pola nombor abstrak, kalkulator mampu

menjadikannya lebih mudah dikendali. Kalkulator sebenarnya memberikan laluan

kepada guru untuk mempraktikkan pengajaran penyiasatan lebih daripada sebelum

ini. Disamping itu, penggunaan kalkulator perlulah ditangani dengan sebaik-

 baiknya agar keberkesanannya benar-benar berguna kepada murid dan pelajar dalam proses penerimaan ilmu pengetahuan.

Pengaplikasian kalkulator dalam pendidikan matematik khususnya dan

amnya dalam pendidikan sejagat sudah sampai masanya kearah mewujudkan

generasi berteknologi bagi mengharungi era globalisasi yang berdaya saing dalam

k-ekonomi selaras dengan wawasan 2020 negara. Institusi pendidikan sebagai

wadah terpenting semestinya melakukan inovasi yang drastik kearah pencapaian

matlamat. Potensi dan teknologi yang amat canggih perlu dimanafaatkan

sewajarnya dan sepenuhnya. Oleh itu, untuk mencapai matlamat pendidikan di

Malaysia, satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara berfikir dan penggunaan

kalkulator.

Kesimpulannya dalam menangani transformasi pendidikan pada masa kini

kepada amalan yang dihasratkan oleh kerajaan perlu kita mengambil kira bahawa

 perubahan yang dibuat memerlukan perancangan dan persediaan yang rapi.

Lazimnya sesuatu inovasi itu akan mengambil masa untuk diasimilasikan dan

diakomodasikan menjadi amalan biasa maka guru sebagai pelaksana utama perlu

diberi latihan yang kukuh mengenai strategi pengajaran yang berkesan, menarik 

dan memotivasikan minat pembelajaran murid agar hasrat kerajaan dan falsafah

 pendidikan negara tercapai.

Page 10: Kerja Projek Matematik Tambahan 2013 (1)

7/16/2019 Kerja Projek Matematik Tambahan 2013 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/kerja-projek-matematik-tambahan-2013-1 10/22

KESIMPULAN

Projek ini dapat meningkatkan pengetahuan dan pengalaman tentangmengaplikasikan dan mengadaptasikan matematik dalam kehidupan seharian.

Selepas melakukan penyelidikan, menjawab soalan, melengkapkan jadual dan

menyelesaikan beberapa masalah, saya mendapati bahawa penggunaan matematik 

adalah penting dalam kehidupan seharian kita.

Kesimpulannya, penciptaan yang paling baik adalah mempunyai rekabentuk 

yang menarik, kos yang berpatutan dan mudah untuk mendapatkannya. Akhirnya, beberapa aspek yang penting telah didapati dalam perekaan ini. Oleh itu, tidak 

hairanlah reka bentuk memainkan peranan yang penting untuk memasarkan

sesuatu produk.

Page 11: Kerja Projek Matematik Tambahan 2013 (1)

7/16/2019 Kerja Projek Matematik Tambahan 2013 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/kerja-projek-matematik-tambahan-2013-1 11/22

 

HASIL

KAJIAN

Page 12: Kerja Projek Matematik Tambahan 2013 (1)

7/16/2019 Kerja Projek Matematik Tambahan 2013 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/kerja-projek-matematik-tambahan-2013-1 12/22

OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif kajian yang ingin dicapai ialah :

1)  Mengaplikasi dan mengadaptasikan pelbagai strategi penyelesaian masalah

untuk menyelesaikan masalah rutin dan buku rutin .

2)  Melalui pengalaman pembelajaran yang mencabar , menarik dan bermakna .

3)  Meluaskan pengetahuan dan kemahiran berfikir dengan cara yang berkualiti

dalam menyelesaikan masalah kehidupan sebenar .

4)  Memperoleh kemahiran berkomunikasi dalam matematik yang berkesan

secara lisan dan bertulis serta menggunakannya untuk mengekspresikan idea

matematik dengan betul dan tepat .

5)  Meningkatkan minat dan keyakinan serta mengukuhkan pengetahuan dan

kemahiran matematik melalui pengaplikasian pelbagai strategi penyelesaian

masalah .

6)  Menyedari bahawa matematik adalah satu bidang ilmu yang penting dalam

menyelesaikan masalah kehidupan sebenar lantas menerapkan sikap positif 

terhadap matematik .

7)  Melatih diri belajar secara berdikari , berkolaborasi , bekerjasama dan

 berkongsi pengetahuan dalam persekitaran yang bermanfaat dan sihat .

8) Melatih diri untuk menghargai nilai  – nilai intrinsik matematik dan menjadilebih kreatif dan inovatif .

Page 13: Kerja Projek Matematik Tambahan 2013 (1)

7/16/2019 Kerja Projek Matematik Tambahan 2013 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/kerja-projek-matematik-tambahan-2013-1 13/22

 

.

BAHAGIAN

A

Page 14: Kerja Projek Matematik Tambahan 2013 (1)

7/16/2019 Kerja Projek Matematik Tambahan 2013 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/kerja-projek-matematik-tambahan-2013-1 14/22

 

BAHAGIAN

B

Page 15: Kerja Projek Matematik Tambahan 2013 (1)

7/16/2019 Kerja Projek Matematik Tambahan 2013 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/kerja-projek-matematik-tambahan-2013-1 15/22

 

BAHAGIAN

C

Page 16: Kerja Projek Matematik Tambahan 2013 (1)

7/16/2019 Kerja Projek Matematik Tambahan 2013 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/kerja-projek-matematik-tambahan-2013-1 16/22

BAHAGIAN A

Soalan :

Bina satu kolaj saiz A4 bertema : Minuman kotak yang saya gemari. 

Page 17: Kerja Projek Matematik Tambahan 2013 (1)

7/16/2019 Kerja Projek Matematik Tambahan 2013 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/kerja-projek-matematik-tambahan-2013-1 17/22

BAHAGIAN B

Soalan :

Minuman kotak dengan jenama yang berbeza mempunyai kandungan nutrisi yang

 berbeza. Kumpulkan lima minuman kotak yang berbeza jenama dan saiz.

Bagi tujuan projek ini, kumpul minuman kotak dalam bentuk kuboid dan

labelkannya dengan jenama A, B, C , D dan E .

(a) Rekod harga dan kandungan nutrisi bagi setiap jenama dalam bentuk satu

 jadual. Antara lima jenama tersebut, yang manakah anda fikirkan “best buy” ?Bincangkan.

(b) Harga sesuatu produk biasanya berubah dari setahun ke setahun. Indeks harga

adalah satu nombor yang dihitung untuk menunjukkan perubahan harga tersebut.

Jadual 1 menunjukkan indeks harga bagi tahun 2014 berasaskan tahun 2013 bagi

lima jenama minuman kotak yang anda kumpulkan.

Jenama Indeks harga pada tahun 2014[ 2013 = 100 ]

A 125

B 80

C 110

D 150

E 100

Hitung jumlah yang anda perlu bayar jika anda membeli dua dozen bagi setiap jenama minuman kotak tersebut dalam tahun 2014.

Page 18: Kerja Projek Matematik Tambahan 2013 (1)

7/16/2019 Kerja Projek Matematik Tambahan 2013 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/kerja-projek-matematik-tambahan-2013-1 18/22

 

(c) Andaikan carta pai dalam Rajah 1 menunjukkan jualan lima jenama minuman

kotak yang anda telah kumpulkan pada tahun 2013.

RAJAH 1

Diberi bahawa jualan bagi jenama C adalah dua kali ganda jualan bagi jenama  D.

Hitung indeks gubahan bagi lima jenama minuman kotak itu pada tahun 2014

 berasaskan tahun 2013. 

Page 19: Kerja Projek Matematik Tambahan 2013 (1)

7/16/2019 Kerja Projek Matematik Tambahan 2013 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/kerja-projek-matematik-tambahan-2013-1 19/22

BAHAGIAN C

Soalan :

Kebanyakan minuman kotak dalam pasaran berbentuk kuboid.  Luas permukaan

suatu kuboid,  A cm2, boleh dihitung dengan mudah untuk memberikan kita satu

anggaran kasar  tentang jumlah bahan yang digunakan untuk membuat kotak 

minuman itu. Begitu juga, isi padu kotak tersebut boleh dihitung untuk 

menunjukkan isi padu minuman yang boleh diisi ke dalam kotak tersebut.

( a ) Nyatakan satu konjektur untuk nisbah A/V

Buat sukatan dan penghitungan yang diperlukan terhadap lima jenama minuman

kotak yang telah anda kumpulkan untuk menguji konjektur anda.

( b ) Untuk lima nilai A/V yang telah anda hitung dalam bahagian (a),

(i)  cari min dan median.

Antara dua statistik ini, bincang secara ringkas statistik yang mana lebih sesuai

sebagai sukatan kecenderungan memusat bagi data tersebut.

(ii)  cari julat antara kuartil dan sisihan piawai.

Antara dua statistik ini, bincang secara ringkas statistik yang mana lebih sesuai

sebagai sukatan serakan bagi data tersebut.

( c ) Berdasarkan nilai-nilai A/V yang telah anda hitung, jenama manakah yang

terbaik dari segi kos pembungkusan? Bincang.

Page 20: Kerja Projek Matematik Tambahan 2013 (1)

7/16/2019 Kerja Projek Matematik Tambahan 2013 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/kerja-projek-matematik-tambahan-2013-1 20/22

PENEROKAAN LANJUTAN

Soalan :

Minuman kotak boleh didapati dalam pelbagai bentuk geometri. Seorang

 pelanggan akan tertarik untuk membeli sesuatu produk jika pembungkusannya

menarik. Anda adalah seorang pereka komersial yang bertanggungjawab untuk 

mereka pembungkusan minuman kotak.

( i ) Reka lima model geometri yang menarik untuk membuat pembungkusan suatu

 jenama minuman.

( ii) Jika setiap model yang anda reka mempunyai jumlah luas permukaan 240

cm2, hitung nilai A/V yang terbaik mungkin  bagi setiap model dari segi kos

 pembungkusan dengan menggunakan dua kaedah yang berlainan. Gunakan ICT

seperti perisian Excel, Geometer’s Sketchpad (GSP) dan sebagainya. Berdasarkan

nisbah A/V yang telah anda hitung, tentukan model manakah yang anda reka

adalah model yang terbaik dari segi kos pembungkusan.

Bincang.

Page 21: Kerja Projek Matematik Tambahan 2013 (1)

7/16/2019 Kerja Projek Matematik Tambahan 2013 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/kerja-projek-matematik-tambahan-2013-1 21/22

i. ii.

iii. iv.

v.

Page 22: Kerja Projek Matematik Tambahan 2013 (1)

7/16/2019 Kerja Projek Matematik Tambahan 2013 (1)

http://slidepdf.com/reader/full/kerja-projek-matematik-tambahan-2013-1 22/22

 

Jenama Isi padu , ml    Harga , RM Kandungan NutrisiA 1.00

B 2.50

C 2.00

D 1.50

E 1.20

Pada pendapat saya , …. 

Jenama Harga padatahun 2013

( P2013 )

Indeksharga pada

tahun 2014

( I2014 )

Harga pada tahun2014

P2014 =

(P2013 X I2014) ÷ 100

Harga dua dozenair kotak pada

tahun 2014

( P2014 X 24 )

A RM 1.00 125 RM 1.00 X 125

= RM 1.25

RM 1.25 X 24

= RM 30.00

B RM 2.50 80 RM 2.50 X 80

= RM 2.00

RM 2.00 X 24

= RM 48.00

C RM 2.00 110 RM 2.00 X 110= RM 2.20

RM2.20 X 24= RM 52.80

D RM 1.50 150 RM 1.50 X 150

= RM 2.25

RM 2.25 X 24

= RM 54.00

E RM 1.20 100 RM 1.20 X 100= RM 1.20

RM 1.20 X 24= RM 28.80

 A   B C

D

 E