Kertas Cadangan Gotong Royong 1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

hal ehwal murid

Citation preview

KERTAS CADANGANPROGRAM GOTONG ROYONG PENCEGAHAN DENGGIPANITIA PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAANSAM SULTAN HISAMUDDIN41100 KLANG, SELANGORPENDAHULUANSistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi matlamat falsafah pendidikan kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut.Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan sekolah melalui pertandingan 3K. Persekitaran yang bersih,ceria dan selamat dapat membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif.Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui Panitia Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan serta jawatankuasa 3K (Keselamatan, kesihatan dan kebersihan) telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti gotong-royong bagi memupuk kesedaran warga SAMSHB terhadap bahaya wabak denggi. Wabak Denggi menjadi ancaman kita. Daerah Klang telah dikesan sebahai kawasan yang panas wabak denggi dan menjadi ancaman kepada semua penduduk. Sekolah perlu memainkan peranan utama dalam membasmi wabak ini . Antara lokasi yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut : Tangki air Pam-pam tandas (yang jarang digunakan) Bekas-bekas kosong/takunagan/pengalas pasu bunga/tayar-tayar lama dan sebagainya. Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada pelajar tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya bilik darjah.Di samping itu, aktiviti akan membolehkan pelajar menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka. Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek pembersihan kawasan longkang, kawasan pengumpulan sampah, keceriaan kawasan sekitar sekolah serta menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk aedes bersama pihak Jabatan Kesihatan DaerahKlang yang akan dijemput hadir untuk memberikan perkhidmatan fogging atau menyembur asap disekitar kawasan sekolah.Adalah menjadi harapan agar murid, ibu bapa, guru serta warga SAMSHSB akan memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai matlamat 3K.Tujuan Program ini dirancang dan dilaksanakan bertujuan untuk menceriakan persekitaran sekolah . Keceriaan yang dihasilkan ini adalah untuk keselesaan semua pihak. Sekolah yang ceria akan memastikan murid dapat belajar dan berada di sekolah dalam keadaan yang menyeronokkan dan mereka akan dapat menimba ilmu dengan lebih bersemangat dan bermotivasi.Bagi guru pula sekolah yang ceria ini akan memberikan mereka semangat untuk memberikan ilmu kepada murid dengan lebih baik. Ibu bapa juga akan merasa lebih selesa ketika berada di sekolah atau mengikuti program yang diadakan oleh pihak sekolah yang melibatkan ibu bapa. Mereka juga berasa bangga dan yakin untuk menempatkan anak-anak untuk menimba ilmu dan melakukan pelbagai aktiviti dalam suasana yang selamat dan ceria.Nama Program GOTONG-ROYONG PENCEGAHAN DENGGI 4.0 Tema ProgramPersekitaran yang bersih, selamat dan ceria menjana suasana pembelajaran di sekolah5.0 Matlamat Program Gotong royong Pencegahan Denggi.Matlamat gotong-royong ini adalah untuk memberi pendedahan yang sebenar kepada warga sekolah mengenai amalan keceriaan serta menyemai sifat cintakan kebersihan dan keceriaan sekolah. Memandangkan amalan ini kurang mendapat pendedahan yang sebenar dan murid kerap kali kurang mengambil perhatian dan mengabaikan amalan kebersihan di persekitaran sekolah berbanding di rumah . Namun demikian sebenarnya cara amalan kebersihan ini mempunyai ciri-ciri yang khusus dan piawaian yang sempurna. Murid kurang memahami maksud sebenar ceria , indah , wangi , bersih , berfungsi dan selamat.Melalui aktiviti gotong royong ini , warga sekolah juga boleh ,meningkatkan rasa tanggungjawab terhadap kebersihan di mana mereka melibatkan diri dengan aktiviti membersihkan persekitaran sekolah tersebut. Matlamat penting program ini adalah untuk membentuk sikap dan perlakuan yang positif terhadap kebersihan dan keceriaan serta melahirkan warga sekolah yang peka terhadap persekitaran yang selamat, sihat dan berkualiti ke arah pencapaian wawasan negara.Selain itu, memberi peluang kepada ibubapa untuk menyediakan suasana yang ceria, selesa, bersih dan harmoni untuk anak-anak belajar. Ibubapa dapat bekerjasama dengan kakitangan sekolah iaitu guru-guru dan pekerja serta wakil PIBG untuk menyediakan suasana yang lebih ceria, selesa, harmoni dan bersih serta perasaan seronok untuk hadir ke sekolah demi menimba ilmu baik di waktu pagi dan petang.Kawasan yang menjadi tumpuan ialah tempat rehat wakaf dan kawasan belakang sekolah yang terbiar agar boleh memberi tempat untuk murid membaca, berbincang dan mengulangkaji di tempat yang selesa dan ceria.6. 0 ObjektifObjektif program ini adalah:Mewujudkan kawasan tempat rehat wakaf dan taman belakang sekolah yang lebih ceria dan harmonis. Keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah adalah penting bagi meningkatkan mutu pendidikan dan menjadikan iklim sekolah yang ceria, tenang dan selesa penting untuk mencapai visi dan misi sekolah serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih, indah, selamat dan ceria. iii.Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yangmaksimum.iv.Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang paduantaramuridibu bapa, pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakanaktivitiyangberkaitan dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan Mengembeling tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan keberkesanan aktiviti. 0 Format Pelaksanaan Manual Pelaksanaan ProgramBILPELAKSANAAN TUGASTINDAKAN1Penyediaan kertas kerja program :Setiausaha-Membentangkan kertas kerja dan mendapatkanProgrampersetujuan dari pihak-pihak penganjur dan pelaksanaanprogram melalui mesyuarat dan bersemuka.- Mesyuarat kali pertama.2Pelantikan AJK Program secara rasmi.SetiausahaProgram3Menetapkan sebuah tempat bagi pelaksanaan kerja-kerja asasSetiausahaprogram :ProgramCadangan : bilik mesyuarat sekolah.4Mesyuarat AJK Program kali ke 2.SetiausahaProgram5Menjalankan kerja-kerja penyediaan , percetakan dan mengirimSetiausahasurat menyurat , kad dan surat jemputan.Program6Mengirim surat dan kad jemputan menggunakan khidmat posSetiausahalaju , e-mel, mesin faksimili atau pertemuan peribadi (kepadaProgramagensi-agensi dan individu yang terlibat )7Menyenaraikan dan menyediakan peralatan-peralatan yang perluAJK Peralatandigunakan untuk gotong-royong.8Menyediakan hadiah dan cenderahatiAJK Hadiah9Tempahan makanan untuk jamuan.AJK Jamuan10Menyediakan dewan untuk kegunaan Ucapan Perasmian danAJK Persiapan TempatPelancaran.11Kerja pembersihan tempat / kawasan gotong royong.Semua AJK danpeserta.PENGANJUR Program ini dianjurkan oleh unit 3K dengan kerjasama Unit Hal-Ehwal-Murid dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)CADANGAN TARIKH 14 April 2015 ( Isnin ) TEMPAT Sekolah Agama Menengah Sultan Hisamuddin, Sg BertihFOKUS KAWASAN Terdapat 2 kawasan yang menjadi fokus utama di dalam projek gotong royong ini iaitu Tempat Rehat Wakaf dan Kawasan Belakang Sekolah. Kedua-dua kawasan ini dipilih memandangkan banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan di kawasan ini supaya lebih ceria dan memberi manfaat kepada murid serta warga sekolah.Kawasan Rehat / Wakaf perlu diceriakan dengan : Meletakkan pavement dari bangunan sekolah ke wakaf dan antara wakaf. Menyediakan tong sampah kitar semula memandangkan ianya adalah tempat tumpuan pelajar. Mewujudkan taman bagi menceriakan kawasan. Memperbanyakkan tanaman hiasan Menanam rumput Tempat Rehat Wakaf yang ceria boleh dijadikan tempat yang menarik dan boleh menarik minat murid untuk belajar , berbincang dan melakukan pelbagai aktiviti terutama sekali ketika menjalankan aktiviti kokurikulum kerana sekolah ini terdapat dua sesi persekolahan. Maka amat sesuai sekali kawasan rehat wakaf yang ceria, menarik dan selesa dijadikan salah satu tempat untuk menjalankan aktiviti.Kawasan Belakang Sekolah perlu juga diceriakan untuk : Mewujudkan taman bagi menceriakan kawasan. Memperbanyakkan tanaman hiasan Menanam rumput Memperbanyakkan wakaf atau tempat berehat pelajar Meletakkan buku-buku bacaan di wakaf tersebut Menanam pokok sebagai teduhan Kawasan belakang sekolah yang kelihatan terbiar juga merupakan salah satu tempat di mana aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran dapat dilakukan. Kawasan tersebut boleh di ubahsuai menjadi kawasan istirehat murid-murid ketika rehat dan juga menjadi tempat perbincangan dan belajar semasa proses P&P dijalankan.PENYERTAAN KUMPULAN SASARAN: Seluruh warga SAM Sultan Hisamuddin iaitu guru-guru dan semua pelajar Sasaran: Warga sekolahCarta Organisasi Organisasi pelaksanaan program Gotong-royong Perdana 1 MalaysiaJAWATANKUASA INDUKPROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA 2014Ahli Jawatankuasa Program Gotong Royong1. Nama sekolah : Sekolah Agama Sultan Hisamuddin Sg Bertih Klang2. Penasihat I : Pn Serifah Mahaya binti Syed Dakian3. Penasihat II : En Norhisam Bin Ahmad4.Penasihat III : Pn Nahariah binti Omar5.Pengerusi : Pn Saadiah binti Mokhtar6.Setiausaha : Pn Saadiah binti Abu bakar7.Bendahari : Cik Zetty Zuraini binti Ahmad Fuzi8. Pemantau Program : Pn Nabilah binti Khalil Pn Nailis Sulha binti Mukri Pn Siti Rugaiyah binti Ismail Pn Sapeah binti Adam En Zulkifli bin Mohd Zin9. :AJK Keselamatan : Pn Hartinie binti Mohamad Zainal Pn Rohaya binti Salkon10. AJK Gotong Royonng : En Muhammad Lufti bin Bahari11 AJK Kesihatan : Pn Siti Solihah binti Jurimin Pn Jamaliah binti Zainal Abidin12. AJK pemantau Kawasan : rujuk lampiranProgram Tentatif Semua guru, murid dan ibu bapa berkumpul di tapak perhimpunan sekolah. Ucapan aluan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri, Rawang. Semua yang hadir dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu untuk aktiviti di Tempat Rehat Wakaf dan juga di Belakang Sekolah. Aktiviti aktiviti di tempat rehat wakaf : Meletakkan pavement dari bangunan sekolah ke wakaf dan antara wakaf. Menyediakan tong sampah kitar semula memandangkan ianya adalah tempat tumpuan pelajar.Mewujudkan taman bagi menceriakan kawasan. Memperbanyakkan tanaman hiasanMenanam rumputAktiviti-aktiviti di belakang sekolah: Mewujudkan taman bagi menceriakan kawasan.Memperbanyakkan tanaman hiasanMenanam rumputMemperbanyakkan wakaf atau tempat berehat pelajarMeletakkan buku-buku bacaan di wakaf tersebutMenanam pokok sebagai teduhanTentatif perjalanan aktiviti 7: 30pagi: Semua guru , murid serta ibu bapa berkumpul di tapak perhimpunan.8:00 pagi: Pengetua menyampaikan ucapan aluan.8:15pagi: Taklimat gotong royong: Pengagihan kumpulan8: 20pagi: Aktiviti gotong royong dimulakan.12:30 t/hari: Jamuan1.00 t/hari: BersuraiAnggaran perbelanjaan Cadangan anggaran perbelanjaan bagi menjayakan program ini telah dirancang dengan baik agar program ini dapat diteruskan dan berjalan dengan lancar. Kebanyakkan sumber yang digunakan untuk menjayakan aktiviti ini disumbangkan oleh ibu bapa, pihak kantin, dan MPS. Berikut disenaraikan anggaran perbelanjaan untuk aktiviti ini :BILPERKARAPENDAPATAN1Peruntukkan PCG Sivik1.2.JUMLAHPERBELANJAAN2Peralatan:1.Plastik sampah kecilRM 7.00X102.Plastik sampah hitamRM 8.00X 103.PenyodokRM 10.00X54.Penyapu LidiRM 2.00X105.Hadiah Tandas AngkatRM 50.00 X 106.Penyapu SawangRM 12.00 X 10 RM 70.00 RM 80.00 RM 50.00 RM 20.00 RM 500.00 RM 120.007.RM6.00X8.RM8.00XJUMLAHPERBELANJAAN PERALATANRM 547.003RM 200.00JUMLAHPERBELANJAAN JAMUANRM 200.004RM 10.00RM 10.00JUMLAHPERBELANJAAN HADIAHRM 10.005RM 100.00JUMLAHPERBELANJAAN KESELURUHANRM 757.00Penutup Adalah diharapkan aktiviti Gotong Royong Perdana 1 Malaysia ini akan dapat menghasilkan satu kawasan persekitaran sekolah yang ceria, bersih, selamat serta dapat menarik minat murid untuk datang ke sekolah. Selain itu ianya juga adalah selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjadikan sekolah sebagai pusat pengembangan ilmu kepada seluruh masyarakat serta tempat yang dapat menjamin kesihatan murid dan seluruh warga sekolah khasnya dan ibu bapa dan masyarakat setempat Dalam menjalankan aktiviti gotong royong perdana muhibbah ini, dapat menggalakkan dan mengeratkan hubungan rapat dan mesra antara masyarakat dan pihak sekolah. Ini akan dapat menarik perhatian semua pihak untuk saling bekerjasama antara satu sama lain.Adalah diharapkan program ini mendapat kerjasama dari pihak sekolah serta semua pihak yang terlibat dan menjadikannya sebagai amalan kepada murid-murid dalam menghadapi kehidupan harian. Semoga segala sumbangan, kebaikan dan jasa baik ibu bapa yang sama menjayakan program ini diberkati dan dirahmati.Disediakan oleh:.( SA'ADIAH BINTI ABU BAKAR )Setiausaha 3K.SAM Sultan Hisamuddin, KlangSelangorSetelah disemak bahawasanya kertas kerja ini DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN di atas sebab-sebab berikut:....(PN SERIFAH MAHAYA BT SYED DAKIAN )Pengetua,SAM Sultan Hisamuddin, KlangSelangor.