29
Kertas Cadangan KAEDAH MUDAH UNTUK MEMBACA ALAT PENGUKURAN PANJANG TAHUN 6 MELALUI PECAHAN MOHAMAD ZAIDI BIN ISMAIL Nama Penyelia CIK ERNIE KHO SIAW NEE

Kertas Cadangan Kajian Tindakan Zaidi

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kajian tindakan

Citation preview

Kertas CadanganKAEDAH MUDAH UNTUK MEMBACA ALAT PENGUKURAN PANJANG TAHUN 6 MELALUI PECAHAN

MOHAMAD ZAIDI BIN ISMAIL

Nama PenyeliaCIK ERNIE KHO SIAW NEE

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK, MIRI20141.0PENDAHULUAN

1.1Pengenalan

Untuk membentuk individu yang berpemikiran matematik dan berketrampilan dalam mengaplikasikan pengetahuan matematik dengan efektif dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah harian serta membuat keputusan, pendidikan Matematik telah memainkan peranan yang amat penting sekali di sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Oleh hal yang demikian, murid-murid perlu menguasai kemahiran matematik sejak sekolah rendah lagi.Namun, perkembangan intelektual setiap insan adalah berbeza antara satu sama lain dan ini telah mengakibatkan perkembangan minda setiap murid tidak sama. Sesetengah murid mengalami perkembangan mental yang lebih lambat akan menghadapi masalah pembelajaran terutamanya dalam mata pelajaran Matematik. Maka, kumpulan murid ini terpaksa dimasukkan ke dalam kelas pemulihan untuk diberikan bantuan dan dorongan oleh guru pemulihan supaya mereka mampu mempelajari ilmu pengetahuan yang seharusnya dikuasai oleh mereka.Dengan ini, guru pemulihan memainkan peranan yang sangat penting untuk membantu murid-murid pemulihan dalam berjaya menguasai kemahiran matematik seperti murid sedarjah lain.

1.2Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Saya telah menjalani praktikum fasa I dan fasa II di sebuah sekolah yang terletak di luar Bandar Miri selama 3 bulan (1 bulan untuk praktikum fasa I dan 2 bulan untuk praktikum fasa II).Ketika praktikum fasa I, saya mengajar murid pemulihan tahun 2 untuk mata pelajaran bahasa Melayu dan Matematik. Untuk pemulihan mata pelajaran Matematik, saya mendapati bahawa murid pemulihan saya menghadapi masalah pembelajaran yang agak kritikal dalam mengenali nombor dan pengiraan. Mereka sentiasa keliru dengan pengiraan nombor. Saya pernah meminta murid untuk mengeluarkan 3 batang pensel daripada 10 batang pensel yang saya tunjukkan, tetapi murid pemulihan saya gagal untuk memberikan bilang pensel (3 batang pensel) yang betul kepada saya. Melalui perbincangan dengan guru pemulihan di sekolah berkenaan, beliau menyatakan bahawa murid-murid pemulihan menghadap masalah dalam mengenali nombor dan juga membuat kiraan dengan betul. Untuk membantu murid-murid pemulihan, beliau telah mencuba teknik penggunaan bahan maujud untuk membantu murid mengira dan mengenal nombor. Teknik ini kurang berkesan pada awalnya kerana murid tidak memahami arahan guru. Namun, lama-kelamaan murid-murid pemulihan sudah memahami arahan guru dan dapat membuat kiraan dengan lebih berkesan dengan menggunakan bahan maujud. Dengan ini, saya turut mengaplikasikan penggunaan bahan maujud semasa pengajaran dan saya mendapati bahawa teknik ini amat berkesan.Pada praktikum fasa II, saya masih mengajar murid pemulihan di praktikum fasa I. Dalam praktikum ini, saya turut mengaplikasikan teknik yang digunakan pada praktikum fasa I memandangkan murid-murid pemulihan masih belum menguasai sepenuhnya dalam mengenali nombor dan juga pengiraan. Untuk lebih memantapkan penguasaan matematik murid, saya telah mencuba menerapkan unsur seni semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya membimbing murid untuk menghasilkan karya-karya seni seperti ulat kertas, bunga kertas, kereta api kertas, kotak pensel dan sebagainya. Saya mendapati bahawa murid-murid pemulihan amat berminat dalam seni dan warna. Mereka menunjukkan semangat belajar yang tinggi setelah saya menerapkan unsur seni dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran murid pemulihan dalam mengenal nombor dan pengiraan telah menunjukkan kemajuan yang baik dan memuaskan berbanding dengan praktikum fasa I. Saya turut menggunakan teknik ganjaran dengan memberikan sticker kepada murid yang rajin dan gigih dalam menyiapkan tugasan saya. Teknik ganjaran ini amat berkesan kerana ia dapat memotivasikan murid-murid supaya lebih rajin dan mempunyai sikap yang postif dalam menyiapkan tugasan.Pada praktikum fasa III, saya telah ditempatkan untuk menjalankan praktikum di sebuah sekolah yang terletak di bandar Miri. Saya mengajar kelas pemulihan Matematik tahun 2. Murid-murid dalam kelas pemulihan ini juga mempunyai masalah serupa dengan murid pemulihan saya di sekolah praktikum yang lepas, iaitu lemah dalam mengenal nombor dan membuat pengiraan dengan betul. Untuk praktikum fasa III yang berlangsung selama 3 bulan ini, saya telah mengalikasikan teknik-teknik yang saya pernah gunakan di sekolah praktikum yang lepas dalam membantu murid pemulihan dalam mengenal nombor dan membuat pengiraan.

1.3Refleksi Nilai Pendidikan

Menurut definisi Kamus Dewan (2005), nilai bermaksud darjat, kualiti, mutu dan taraf manakala pendidikan pula didefinisikan sebagai didikan, latihan, dan ajaran. Mok (2003) turut merumuskan maksud pendidikan pentafsiran ahli-ahli pendidikan seperti berikut:

Pendidikan ialah suatu proses atau aktiviti yang berusaha untuk mengembangkan fizikal, intelek, sosial, dan emosi seseorang individu serta menambahkan kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan pengalaman mereka supaya dapat memberi kegembiraan, faedah dan kemajuan dalam kehidupannya, membantu dan mendorongnya bertindak dengan cara yang sihat bagi faedah diri serta masyarakat bangsa dan negaranya.

Falsafah Pendidikan Negara berbunyi:Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosidan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan keapda Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadapa keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.(Kementerian Pelajaran Malaysia 2010)Berlandaskan falsafah pendidikan negara, matlamat utama yang dititikberatkan adalah untuk melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi rakyat yang dapat menyumbang kepada negara. Pendidikan bermatlamat untuk membangunkan seseorang insan dalam semua aspek diri manusia secara harmonisdan seimbang agar dapat melahirkan individu yang berakhlak mulia dan berbudi pekerti.Falsafah Pendidikan Negara turut menyentuh satu konsep asas yang penting, iaitu nilai ilmu dalam pembangunan masyarakat. Manusia mempunyai akal yang tinggi berbanding dengan segala mahkluk di duniaini. Oleh itu, manusia menguasai ilmu untuk menjamin kualiti hidup mereka yang lebih baik. Oleh hal yang demikian, ilmu terletak di tempat yang tinggi dalam masyarakat.Secara keseluruhannya, kajian ini telah diinspirasikan untuk memenuhi sebahagian daripada perkara yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara, iaitu tentang perkembangan individu yang menerima pendidikan secara menyeluruh. Individu yang mengalami perkembangan yang menyeluruh sudah tentu akan sentiasa mengamalkan nilai-nilai dan etika yang baik dalam hidup bermasyarakat.

2.0FOKUS KAJIAN

Fokus kajian ini adalah untuk mengaplikasikan penggunaan bahan maujud dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan menilai keberkesanan penggunaan bahan maujud dalam pengiraan matematik. Selain itu, kajian ini juga memfokus untuk mengenal pasti masalah yang wujud semasa pengaplikasian bahan maujud dalam menyelesaikan masalah melibatkan pengiraan.

2.1Isu Kajian

Masalah pembelajaran utama yang dapat dikesan ialah murid lemah dalam mengenal nombor dan juga tidak dapat membuat pengiraan dengan betul. Walaupun guru pemulihan memberikan arahan yang ringkas, iaitu meminta murid untuk menunjukkan 3 batang pensel daripada 10 batang pensel, murid tidak dapat membuat apa yang disuruh oleh guru. Murid tidak dapat mengaitkan nombor dengan pengiraan yang ringkas.

2.2Objektif Kajian

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat kesan penggunaan bahan maujud dalam membantu murid yang menghadapi masalah pengiraan. Melalui bahan maujud,, murid dapat menjawab soalan pengiraan dalam lingkungan 1-20. Kaedah ini juga boleh digunakan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam mengenal nombor. Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengesan masalah yang wujud semasa penggunaan bahan maujud dalam pengiraan.2.3Persoalan Kajian

Kajian ini cuba menjawab soalan-soalan berikut:a. Adakah penggunaan bahan maujud mendatangkan kesan yang positif terhadap pencapain murid pemulihan dalam pengiraan nombor 1-20?b. Adakah penggunaan bahan maujud berkesan dalam membantu murid pemulihan mempelajari kemahiran mengira nombor dalam lingkungan 1-20?c. Apakah masalah yang wujud dalam penggunaan bahan maujud dalam menyelesaikan soalan yang melibatkan pengiraan nombor dalam lingkungan 1-20?

3.0TINJAUAN LITERATUR

Program pemulihan merupakan suatu usaha pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-muri. Sejarah kewujudannya bermula pada tahun 1965 dengan penempatan guru terlatih khas pertama di sekolah rendah di Selangor. Penekanan terhadap pendidikan pemulihan seterusnya diutamakan apabila Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira serta penekanan terhadap perbezaan individu adalah antara asas prinsip KBSR yang menitikberatkan aspek-aspek pedagogi seperti pengabungjalinan, penyerapan, penilaian berterusan, pengayaan dan pemulihan.Ee Ah Meng (1988) menyatakan bahawa program pemulihan ialah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membantu murid-murid dalam kelas biasa yang mengalami kesukaran dalam pembelajaran dalam menguasai kemahiran asas 3M. Oleh itu, guru haruslah berpengalaman dalam bidang pengajaran dan pembelajaran murid kelasnya yang lemah agar dapat membantu murid untuk menguasai kemahiran seperti murid sedarjahnya yang lain.Sampson (1975) berpendapat bahawa murid-murid pada lazimnya akan cepat menunjukkan kemajuan dan peningkatan dalam pelajaran apabila mereka mendapat bantuan pengajaran sokongan atau perkhidmatan dari guru-guru yang terlatih dalam bidang pemulihan. Pada kebiasaanya, kemajuan dan peningkatan ini akan hilang sekiranya murid-mutid tidak mendapat sokongan pengajaran yang berterusan apabila mereka dihantar kembali ke kelas biasa dan diajar oleh guru lain. Menurut Cashdan dan Pumphey (1969), hal ini demikian kerana sekiranya situasi dalam kelas asal (KBSR) tidak berubah, ini akan menyebabkan murid-murid bermasalah pembelajaran ini memerlukan pemulihan semula. Dalam erti yang lain, murid-murid haruslah menerima pertolongan atau bantuan susulan dari guru pemulihan khas yang terlatih secara berterusan semasa berada di kelas-kelas biasa.Untuk membantu murid pemulihan yang lemah dalam pengiraan, bahan-bantu mengajar adalah amat penting. Bahan bantu mengajar ialah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik. Bahan bantu mengajar bukanlah merupakan sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Noraziah Abdul Hamid ( 1981: 2 ) , bertajuk Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, bahan bantu itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka. Pendapat ini disokong sama oleh Edgar Dale ( 1964 ) yang digambarkan dalam bentuk Cone of experience di mana proses pembelajaran bermula dengan proses aspek semi-abstrak hingga kepada yang lebih abstrak. Penggunaan bahan bantu mengajar juga sebahagian daripada kaedah dan idea-idea yang disampaikan oleh guru kepada murid-muridnya. Walau kaedah apa digunakan sekalipun bahan bantu mengajar pasti turut sama, supaya komunikasi guru murid berjalan dengan baik. Bahan maujud merupakan bahan bantu mengajar yang amat baik sekali dalam pengajaran pengiraan dalam kalang murid pemulihan. Bahan maujud ialah bahan konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuh dan dipegang. Bahan maujud ini juga adalah nyata yang ada di lingkungan alam, baik digunakan dalam keadaan hidup ataupun yang sudah diawetkan. Contoh bahan maujud bukan sahaja tergolong dalam sumber pengajaran dan pembelajaran sahaja, malah kota atau bangunan yang kekal serta alam persekitaran juga boleh dikatakan sebagai bahan maujud. Dari segi sumber pengajaran dan pembelajaran, bahan-bahan yang mungkin terlibat adalah seperti alat komputer, LCD, OHP, alat tulis dan perkakas sains. Bahan maujud terbahagi pula kepada 3 jenis, iaitu bahan asli, bahan awet dan spesimen. Bahan asli terbahagi kepada dua iaitu bahan yang hidup dan bahan bukan hidup. Bahan yang pertama ialah bahan hidup yang sebenar dalam dunia realiti dan masih hidup contohnya cacing tanah. Bahan bukan hidup pula ialah seperti jentera ataupun bangunan. Bahan awet pula berasal daripada benda hidup yang kemudiannya diawet dan disimpan di dalam bendalir kimia. Jenis bahan maujud yang ketiga ialah spesimen.Spesimen pula ialah sample atau contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan hidup-hidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri yang lazimnya terdapat pada kumpulan hidup tersebut. Kebiasaanya spesimen selalu didapati dalam bentuk bahan awetan. Contoh bahan hidup yang boleh dijadikan spesimen ialah daun-daun. Aplikasi penggunaan bahan maujud boleh menggunakan situasi, gambaran atau kenyataan sebenar. Murid akan didedahkan dengan pengalaman sebenar di mana melibatkan pengalaman sedia ada mereka dan juga merangsang penggunaan deria penglihatan, pendengaran, rasa, sentuhan dan bauan murid-murid.Menurut Jerome Bruner, murid-murid belajar melalui pengalaman. Dengan itu, guru hendaklah menyediakan peluang untuk murid-murid meneroka, memegang, mencium dan merasa. Pengalaman seperti ini mendatangkan pembelajaran yang lebih bermakna. Antara aktiviti yang dicadangkan ialah projek, lawatan sambil belajar, kajian luar dan penggunaan bahan maujud dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Bruner turut menyatakan bahawa bahan maujud perlu dipegang dan digunakan supaya murid dapat memperoleh pengertian, misalnya memegang ais untuk merasai kesejukannya.

4.0KUMPULAN SASARAN

Peserta yang terlibat dalam kajian ini ialah murid pemulihan Tahun 2 di sebuah sekolah di Miri. Kajian ini melibatkan 3 orang murid pemulihan, iaitu 3 orang murid lelaki. Kesemua peserta yang terlibat dalam kajian ini berumur 8 tahun. Profil sasaran kajian adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.Berdasarkan ujian LINUS pada awal tahun 2012, pencapaian peserta-peserta kajian adalah dalam kategori sangat lemah dan tidak lulus dalam ujian LINUS. Peserta-peserta yang dipilih dalam kajian ini merupakan antara murid yang tidak lulus dalam ujian Linus, terutamnya pada bahagian membilang dan mengira. Melalui maklumat daripada guru pemulihan, peserta-peserta ini merupakan murid yang memang berada dalam kategori lemah dalam Tahun 2.

Jadual 1: Profil Sasaran Kajian

SasaranJantinaKaumPencapaian LINUS 2012(Lulus / Gagal)

P1LelakiCinaGagal

P2LelakiCinaGagal

P3LelakiCinaGagal

5.0PROSEDUR TINDAKAN

Bahagian ini membincangkan tindakan yang dilaksanakan dalam kajian ini. Menurut Elliot dan Adelman (1976) yang dipetik daripada Chua (2006), kajian tindakan ialah satu pendekatan penyelidikan yang berusaha mempertingkatkan mutu profesionalisme para penyelidik dengan cara menyelidik situasi sosial di institusi dan tujuan kajian tindakan adalah untuk memperbaiki kualiti amalan harian. Oleh itu, segala tindakan yang dijalankan untuk melengkapkan kajian ini merupakan reka bentuk kajian tindakan.Kajian tindakan merupakan satu kajian yang melibatkan kitaran bagi memperbaiki amalan harian. Selepas tamat satu kitaran, pengkaji perlu membuat refleksi bagi menambahbaik amalan. Untuk kajian ini, pengkaji telah membuat dua kitaran.Pengkaji menggunakan model Kurt Lewin sebagai panduan melaksanakan kajian ini. Model Kurt Lewin melibatkan lima langkah utama, iaitu mengenal pasti aspek amalan, merancang pelan tindakan, melaksanakan pelan tindakan, melihat kesan tindakan, dan membuat refleksi ke atas segala tindakan.Bagi menjalankan kajian ini, pengkaji telah merangkakan konsep kajian seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2. Kerangka konsep ini merupakan ringkasan daripada model kurt Lewin. Menurut model Kurt Lewin (1946) yang dipetik daripada Bahagian Pendidikan guru (2002), langkah pertama ialah mengenal pasti aspek amalan. Dalam mengenal pasti aspek amalan, pengkaji telah mengenal pasti aspek amalan dengan menggunakan tiga kaedah iaitu menemubual guru subjek Matematik tahun 2 dan guru pemulihan secara tidak rasmi, menjalankan pemerhatian tidak berstruktur semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan ujian. Tujuannya adalah untuk mengenalpasti masalah murid-murid dalam pengiraan.Langkah seterusnya adalah memberikan rawatan dengan menggunakan strategi yang telah ditentukan. Dalam langkah ini, kaedah penggunaan bahan maujud telah dipilih oleh pengkaji bagi mengatasi masalah yang telah dikenal pasti. Rawatan bagi kitaran pertama melibatkan empat sesi manakala rawatan bagi kitaran kedua hanya melibatkan dua sesi.

MENGENAL PASTI ASPEK AMALAN

Pernyataan masalah:a. Temubual tidak rasmib. Pemerhatian tidak berstrukturc. Ujian

MERANCANG

TINDAKAN/IMPLEMENTASI

MELIHAT KESAN TINDAKAN

REFLEKSI

Kitaran seterusnya

(Diadaptasi daripada Bahagian Pendidikan Guru 2002)6.0CARA PENGUMPULAN DATA

Instrumen seperti ujian pra, ujian pasca, ujian progresif, temubual, pemerhatian dan dokumen akan digunakan dalam kajian tindakan ini. Dua pusingan penilaian akan dilaksanakan untuk memperlihatkan keberkesanan kaedah tindakan yang digunakan.

7.0CARA MENGANALISIS DATA

8.0PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN

8.1Jadual Pelaksanaan Kajian

BilTarikhPerkaraCatatan

104.01.2012 11.01.2012Membuat refleksi P&P berdasarkan pengalaman lalu. Mengenal pasti masalah, tajuk, objektif dan persoalan kajian.

209.01.2012 13.01.2012Perjumpaan pertama dengan penyelia untuk perbincangan masalah, tajuk, objektif, persoalan kajian, instrument kajian dan sebagainya.

309.01.2012 08.02.2012Penulisan proposal dan perjumpaan penyelia untuk mengatasi masalah yang wujud.

409.02.2012Menghantar draf cadangan kajian pertama kepada penyelia untuk semakan.

509.02.2012 20.04.2012Pelaksanaan kajian di sekolah.

604.04.2012Menghantar cadangan kajian terakhir kepada pensyarah penyelia untuk tindakan penilaian pemarkahan.

728.05.2012 18.07.2012Menganalisis data dan menulis laporan penyelidikan tindakan.

819.07.2012Menghantar draf laporan penyelidikan pertama kepada penyelia untuk semakan.

901.08.2012 17.08.2012Berbincang dengan penyelia untuk penambahbaikan laporan penyelidikan tindakan.

1027.08.2012 07.09.2012Berbincang dengan penyelia untuk menyiapkan ringkasan kajian pembentangan di seminar.

1110.09.2012 14.09.2012Berbincang dengan penyelia untuk persiapan slide powerpoint pembentangan.

1217.09.2012Menghantar ringkasan kajian pembentangan kepada Penyelaras Penyelidikan Tindakan Jabatan untuk tindakan panel penilai.

1317.09.2012 18.09.2012Persedian seminar.

1419.09.2012 20.09.2012Seminar Penyelidikan Tindakan

1521.09.2012 27.09.2012Berbincang dengan penyelia untuk pembetulan atau penambahbaikan ringkasan kajian dan laporan selepas menerima komen daripada panel semasa seminar penyelidikan.

1601.10.2012 17.10.2012Proses penjilidan.

1703.10.2012Menyerah naskah ring binding kepada pensyarah penyelia untuk penilaian laporan.

1801.10.2012 10.10.2012Melakukan proses gabungan paper seminar dan editing untuk terbitan prosiding.

1918.10.2012Menyerah 2 naskah laporan yang siap dijilid kepada Penyelaras Penyelidikan Tindakan untuk simpanan Jabatan dan penilaian untuk simpan di pusat sumber sebagai rujukan.

2011.10.2012 24.10.2012Pencetakan prosiding.

2129.10.2012 31.10.2012Pengedaran prosiding kepada penyelia dan pihak berkenaan.

8.2Kos Kajian

RUJUKAN

LAMPIRAN