21
KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012 1 | Muka surat KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS UNTUK MURID TAHUN 1 MELALUI KAEDAH ANSUR MAJU SECARA BERULANG Oleh SUZIYANA BINTI TUKIRAN DPLI (A) SEMESTER 2 IPG KAMPUS BAHASA MELAYU 1.0 PENDAHULUAN Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Tulisan adalah terjemahan simbol-simbol bahasa dalam bentuk suku kata atau ayat atau perkataan yang membawa sesuatu maksud. Menulis pula adalah proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi. Peranan tulisan adalah amat penting bagi kehidupan kanak-kanak. Kanak-kanak perlu didedahkan dengan cara penulisan yang betul. Tujuannya, kanak-kanak ini akan mampu menyusun ayat-ayat yang betul dan boleh difahami oleh pembaca. Selain itu, tujuan kanak-kanak belajar menulis ialah untuk meluaskan pengatahuan dalam perbendaharaan kata, perkembangan bahasa dan tulisan; membolehkan mereka mengeja perkataan dengan lebih pantas; dan membolehkan mereka melahirkan fikiran dan perasaan yang sempurna dalam bentuk tulisan. Tulisan yang tidak kemas dan cakar ayam akan menyukarkan guru menyemak tugasan mereka dan mereka juga sudah tentu tidak mampu untuk membaca semula tulisan tersebut. Oleh itu, tujuan kertas cadangan ini dibuat adalah untuk membantu murid- murid dalam kelas Tahun Satu Bestari menulis dengan cantik, kemas dan teratur. Aktiviti pratulisan dan kaedah ansur maju telah dipilih untuk mengatasi masalah murid ini.

Kertas cadangan penyelidikan tindakan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

SUZIYANA

Citation preview

Page 1: Kertas cadangan penyelidikan tindakan

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012

1 | M u k a s u r a t

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS UNTUK MURID TAHUN 1 MELALUI KAEDAH

ANSUR MAJU SECARA BERULANG

Oleh

SUZIYANA BINTI TUKIRAN

DPLI (A) SEMESTER 2

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU

1.0 PENDAHULUAN

Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk bagi

melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Tulisan adalah terjemahan simbol-simbol bahasa

dalam bentuk suku kata atau ayat atau perkataan yang membawa sesuatu maksud.

Menulis pula adalah proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan

melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi. Peranan tulisan

adalah amat penting bagi kehidupan kanak-kanak. Kanak-kanak perlu didedahkan

dengan cara penulisan yang betul. Tujuannya, kanak-kanak ini akan mampu menyusun

ayat-ayat yang betul dan boleh difahami oleh pembaca. Selain itu, tujuan kanak-kanak

belajar menulis ialah untuk meluaskan pengatahuan dalam perbendaharaan kata,

perkembangan bahasa dan tulisan; membolehkan mereka mengeja perkataan dengan

lebih pantas; dan membolehkan mereka melahirkan fikiran dan perasaan yang

sempurna dalam bentuk tulisan.

Tulisan yang tidak kemas dan cakar ayam akan menyukarkan guru menyemak tugasan

mereka dan mereka juga sudah tentu tidak mampu untuk membaca semula tulisan

tersebut. Oleh itu, tujuan kertas cadangan ini dibuat adalah untuk membantu murid-

murid dalam kelas Tahun Satu Bestari menulis dengan cantik, kemas dan teratur. Aktiviti

pratulisan dan kaedah ansur maju telah dipilih untuk mengatasi masalah murid ini.

Page 2: Kertas cadangan penyelidikan tindakan

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012

2 | M u k a s u r a t

2.0 REFLEKSI PENGALAMAN YANG LALU

Masalah tulisan yang tidak kemas dalam kalangan murid akan menyebabkan proses

pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Berdasarkan

pengalaman saya yang lalu, saya telah berpeluang untuk mengajar mata pelajaran

Bahasa Melayu murid Tahun Satu. Masalah yang menjadi fokus saya dalam mengajar

murid Tahun Satu ini ialah masalah tulisan murid yang tidak kemas. Walaupun

kebanyakan murid telah menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan agak baik

namun disebabkan jumlah murid yang agak ramai iaitu seramai 34 orang dalam satu

kelas menyebabkan saya tidak dapat diberikan sepenuhnya kepada setiap pelajar.

Masalah wujud khususnya dalam kelas Tahun Satu Bestari yang rata-rata muridnya

mempunyai tahap kecerdasan yang sederhana dan rendah. Ini menyebabkan terdapat

beberapa murid yang lemah menghadapi sedikit keciciran di dalam proses pembelajaran

berbanding rakan-rakan lain.

Sebagai guru, saya bertanggungjawab untuk memastikan murid-murid saya tidak

menghadapi keciciran. Di sini saya memfokuskan kepada masalah beberapa orang

murid dari kelas Tahun Satu Bestari iaitu tulisan cakar ayam. Tulisan mereka buruk,

bengkang bengkok, tidak menulis mengikut garisan yang terdapat pada buku latihan dan

saiz antara perkataan tidak sama. Tulisan mereka juga sukar dibaca. Antara kesilapan

gaya penulisan yang sering didapati dalam kalangan murid ini ialah cara memegang

pensel yang tidak betul, saiz perkataan yang tidak konsisten, ruang antara perkataan

yang tidak tepat dan tidak dapat menulis perkataan dengan betul.

Pada pendapat saya, situasi ini berlaku disebabkan murid-murid tidak didedahkan

dengan teknik-teknik atau strategi penulisan yang betul sejak awal lagi. Menurut Levine

(1987), cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan.

Tulisan yang cantik dan mudah dibaca adalah aset yang berharga dalam kehidupan

seseorang. Oleh itu, guru di sekolah memainkan yang penting untuk membaiki tulisan

murid. Guru harus mengajar murid cara menulis dengan kaedah atau teknik yang betul.

Justeru, saya berfikir bagaimana cara untuk membantu murid Tahun 1 ini agar dapat

menulis dengan teratur dan kemas. Kajian yang dijalankan oleh Norizan Binti Esa (2005)

yang bertajuk “Kemahiran menulis secara kaedah ansur maju” menunjukkan bahawa

Page 3: Kertas cadangan penyelidikan tindakan

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012

3 | M u k a s u r a t

mengajar kemahiran menulis dalam kalangan kanak-kanak menggunakan kaedah ansur

maju membolehkan kanak-kanak mampu menulis dengan lebih kemas, teratur serta

kurang melakukan kesilapan. Oleh itu, saya memutuskan untuk menggunakan kaedah

ansur maju dalam membaiki tulisan murid-murid Tahun 1 Bestari agar menjadi kemas

dan teratur.

3.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN

3.1 FOKUS KAJIAN

Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid saya, namun

untuk kajian tindakan ini, saya hanya akan memfokuskan kepada masalah tulisan yang

tidak kemas dan teruk seperti cakar ayam. Ia bermula apabila membuat ujian awal

semasa awal tahun persekolahan. Saya dapati murid-murid ini tidak mempunyai

masalah dalam bacaan tetapi bermasalah dengan tulisan. Ini kerana hasil ujian

mendapati keempat-empat murid ini berpotensi kerana mereka boleh membaca dengan

baik. Tulisan yang tidak kemas menyukarkan guru menyemak hasil kerja murid.

Salah satu keperluan akademik di sekolah ialah kebolehan menulis. Kebolehan menulis

diperlukan untuk semua mata pelajaran di sekolah. Oleh itu, saya merancang beberapa

tindakan bagi membantu murid-murid ini memperbaiki tulisan mereka. Saya merangka

beberapa tindakan berdasarkan pembacaan saya mengenai cara perbaiki tulisan

melalui kajian-kajian terdahulu.

Untuk kajian ini, saya memberi fokus kepada empat orang murid Tahun 1 Bestari,

Kampung Melayu Raya iaitu, Rahayu. Norhidayah, Mohamad Ikmal dan Mohd Shamil.

Rajah 1 menunjukkan hasil tulisan murid terbabit sebelum pelaksanaan tindakan.

Tinjauan awal saya mendapati cara keempat-empat murid ini memegang pensel adalah

salah. Menurut Levine (1987), cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk

tulisan yang dihasilkan oleh murid. Kelemahan dalam motor halus menyebabkan kanak-

kanak menghadapi kesukaran memegang pensel, memasang butang baju dan

memasang manik. Kanak-kanak yang menghadapi dyspraxia motor halus menunjukkan

kelemahan dalam koordinasi motor.

Page 4: Kertas cadangan penyelidikan tindakan

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012

4 | M u k a s u r a t

Rajah 1: Tulisan salah seorang daripada empat orang murid yang menjadi sasaran

untuk kajian ini iaitu Mohd Ikmal.

Masalah dyspraxia motor halus menyebabkan ketidaktentuan cengkaman pada alat

tulis. Kanak-kanak ini tidak berupaya mengawal saraf ketiga memegang dan

menggerakkan pensel secara stabil. Kanak-kanak yang tidak menggunakan motor halus

ketika menulis menyebabkan cengkaman pensel tidak kuat. Mereka sebenarnya

menggunakan lengan dan pergelangan tangan, dan bukan jari untuk menulis.

Cengkaman yang terlalu kuat pada alat tulis dan jari yang terlalu dekat dengan mata

pensel menimbulkan kesakitan kepada kanak-kanak. Menurut Levine, semua ini adalah

faktor yang menyumbang kepada pembentukan huruf yang tidak cantik.

Postur badan dan penggunaan pensel yang kurang sesuai juga memainkan peranan

yang penting dalam menghasilkan tulisan yang kemas dan cantik. Menurut Sassoon

(1993) pula, beliau mendapati guru kurang memberi penekanan kepada pengajaran

menulis di kelas khususnya cara memegang alat tulis dengan betul dan menulis huruf

mengikut pergerakan yang betul. Kanak-kanak sepatutnya didedahkan kepada kaedah

menulis yang betul pada peringkat awal lagi supaya kanak-kanak minat untuk

melahirkan idea melalui tulisan yang cantik dan penuh dengan kesenian. Tulisan yang

cantik dan mudah dibaca adalah aset yang sangat berharga dalam kehidupan

seseorang. Murid-murid sekolah didapati boleh menulis tetapi tidak menulis dengan cara

yang betul. Dalam mengejar celik huruf, guru-guru kadang-kadang kurang memberi

perhatian membentuk huruf mengikut pergerakan yang betul.

Page 5: Kertas cadangan penyelidikan tindakan

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012

5 | M u k a s u r a t

3.2 TINJAUAN MASALAH

Tujuan utama saya menjalankan kajian ini adalah untuk merancang tindakan bagi

mengatasi masalah tulisan murid yang tidak kemas dan seperti cakar ayam. Masalah ini

dikenalpasti dalam kalangan murid Tahun 1 Bestari iaitu melibatkan dua orang murid

lelaki dan dua orang murid perempuan. Saya telah memilih untuk menggunakan kaedah

ansur maju secara berulang kepada keempat-empat murid berkenaan.

Untuk tujuan mengenalpasti masalah dalam kajian ini, saya telah menggunakan

beberapa alat kajian yang dapat membantu saya membuktikan masalah ini benar-benar

wujud. Alat kajian yang saya gunakan dalam kajian ini ialah:

Pemerhatian

Pemerhatian dilaksanakan untuk mengkaji dan memahami proses yang berlaku

dalam bilik darjah dan mengesahkan masalah yang dikenalpasti. Pemerhatian

merupakan teknik berkesan dalam pengumpulan data. Pemerhatian dibuat

secara berstruktur dengan menggunakan senarai semak supaya lebih mudah

untuk dianalisis. Saya melakukan pemerhatian dengan melihat tulisan murid

dalam buku latihan mereka, cara mereka memegang pensel dan postur duduk

mereka.

Analisis pemerhatian adalah seperti berikut:

Masalah Murid A

(Ikmal)

Murid B

(Shamil)

Murid C

(Rahayu)

Murid D

(Norhidayah)

1. Postur badan

2. Cara pegang pensel

3. Tulisan sukar dibaca

4. Perkataan terlalu rapat

dan condong

5. Tulisan bersepah

6. Huruf terlalu dekat

7. Huruf besar dan kecil

bercampur dalam satu

perkataan

Page 6: Kertas cadangan penyelidikan tindakan

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012

6 | M u k a s u r a t

Didapati, murid A, B, C, dan D mempunyai masalah dalam ketujuh-tujuh masalah

yang disenaraikan dalam borang tersebut.

Temubual Semi Berstruktur

Saya menjalankan temubual semi berstruktur terhadap guru mata pelajaran

untuk mengenalpasti masalah sebenar yang dihadapi oleh murid-murid tersebut

dan untuk mendapatkan maklumat yang mendalam berkenaan isu atau masalah.

Temubual semi struktur adalah jenis temubual di mana soalan-soalan telah

dibentuk terlebih dahulu untuk digunakan sebagai panduan semasa proses

temubual. Penemubual bebas untuk mengemukakan soalan-soalan lain yang

tiada dalam set soalan sedia ada. Oleh demikian boleh dikatakan bahawa,

temubual semi struktur terletak antara temubual berstruktur dan temubual tidak

berstruktur (Choong Lean Keow, 2011). Transkripsi temubual boleh dilihat pada

bahagian lampiran.

Penelitian dokumen

Penelitian dokumen digunakan untuk meneliti latihan yang dilakukan oleh murid.

Cara ini digunakan untuk menyokong dapatan sedia ada yang telah diperoleh

melalui alat kajian lain. Data daripada dokumen diperoleh dengan menggunakan

item senarai semak.

Latihan menulis dalam buku garis tiga

Baik Sederhana Lemah

Murid A

Murid B

Murid C

Murid D

Didapati bahawa hanya murid C (Rahayu) sahaja yang dapat membuat latihan

penulisan menggunakan buku garis tiga berada di tahap sederhana manakala

murid A, B, dan D masih berada ditahap lemah (tulisan tidak cantik dan sukar

dibaca)

3.3 ANALISIS MASALAH

Berdasarkan kajian yang akan dijalankan, saya menggunakan teknik

pemerhatian, temu bual dan penelitian dokumen. Melalui pemerhatian saya

mendapati terdapat empat orang murid yang dikenalpasti menghadapi masalah

Page 7: Kertas cadangan penyelidikan tindakan

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012

7 | M u k a s u r a t

tulisan yang tidak kemas dan teruk seperti cakar ayam. Dalam kajian ini, saya

menggunakan foto sebagai alat pemerhatian.

Seterusnya teknik temubual digunakan untuk mendapatkan data kualitatif.

Temubual kualitatif merujuk kepada temubual di mana pengkaji mengemukakan

soalan-soalan terbuka kepada seseorang, merekod jawapannya, membuat

transkripsi dan akhirnya menganalisis data tersebut. Penelitian dokumen pula

saya gunakan untuk melihat perbezaan dan peningkatan sebelum dan selepas

kajian dijalankan. Penelitian dokumen melibatkan hasil tulisan murid yang

bermasalah dalam tulisan mereka dan boleh dilihat dalam buku latihan mereka.

Kesimpulannya, saya telah mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid-

murid khususnya yang berkaitan dengan tulisan yang tidak cantik dan tidak

kemas serta sukar dibaca dan empat orang telah dikenalpasti iaitu dua orang

lelaki (Mohamad Ikmal dan Mohd Shamil) dan dua orang perempuan (Rahayu

dan Norhidayah). Saya juga telah mengenalpasti punca masalah dan memilih

kaedah ansur maju untuk mengatasi masalah mereka.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN

4.1 Objektif Kajian

Kajian dilakukan untuk memastikan empat orang murid Tahun 1 Bestari ini mampu

memegang pensel dengan betul semasa menulis dan memperbaiki tulisan mereka agar

lebih kemas dan boleh dibaca melalui latihan menulis yang kerap.

4.2 Soalan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian berikut.

Adakah latihan penulisan menggunakan kaedah ansur maju secara berulang

dapat memperbaiki kekemasan tulisan empat orang murid Tahun 1 Dedikasi?

5.0 KUMPULAN SASARAN

4 orang murid Tahun Satu Bestari, Kampung Melayu Raya iaitu, Rahayu. Norhidayah,

Mohamad Ikmal dan Mohd Shamil.

Page 8: Kertas cadangan penyelidikan tindakan

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012

8 | M u k a s u r a t

6.0 PERANCANGAN TINDAKAN

Selama beberapa minggu saya mengajar Bahasa Melayu Tahun 1 Bestari, saya

mendapati empat orang pelajar kelas ini tidak dapat menulis dengan kemas dan teratur

lebih-lebih lagi dalam menghasilkan tulisan cantik. Ini mungkin disebabkan mereka tidak

didedahkan tentang teknik dan strategi penulisan yang betul sejak awal lagi. Menurut

Sassoon (1993), guru kurang memberi penekanan pengajaran menulis di kelas

khususnya dari segi cara memegang alat tulis dengan betul, menulis perkataan

mengikut pergerakan yang betul, menentukan saiz perkataan dan menentukan ruang

antara perkataan. Penggunaan pensel yang kurang sesuai juga merupakan salah satu

punca murid melakukan banyak kesilapan semasa menulis. Tulisan amat penting dan

merupakan asas sesuatu pelajaran. Ia merupakan kemahiran asas yang perlu ada pada

seseorang murid.

Kaedah penulisan menggunakan ansur maju adalah inspirasi yang saya peroleh

daripada kaedah yang digunakan oleh Tiong Houng Ching (2005) dan Norizan Binti Esa

(2005). Tiong Houng Ching telah menjalankan kajian terhadap pelajar Tingkatan

Peralihan yang masih belum boleh menulis dengan teratur dan kemas dalam buku

latihan dua garisan. Dalam kajian ini, saya telah menyediakan dan mengatur beberapa

langkah bagi membantu murid-murid menghasilkan tulisan yang cantik dan kemas.

Langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut.

Langkah 1:

Saya menunjukkan cara duduk dan kedudukan kertas iaitu dada menghadap ke meja

sebanyak 180°. Postur badan yang betul adalah penting kerana murid tidak terlalu

tunduk ke meja serta memastikan lengannya berada di atas meja semasa menulis.

Langkah 2:

Saya menunjukkan kepada mereka cara memegang pensel dengan betul. Pensel

dipegang dengan kadar satu setengah inci dari awal mata pensel seperti yang

ditunjukkan pada Rajah 2.

Page 9: Kertas cadangan penyelidikan tindakan

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012

9 | M u k a s u r a t

Rajah 2. Cara betul memegang pensel.

Langkah 3:

Semasa langkah ini, saya melatih murid menulis dengan kedudukan tangan dan buku

latihan yang sesuai dan selesa seperti yang ditunjukkan pada Rajah 3.

Rajah 3. Kedudukan tangan dan buku semasa menulis.

Page 10: Kertas cadangan penyelidikan tindakan

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012

10 | M u k a s u r a t

Saya menunjukkan kedudukan tangan dan buku latihan semasa menulis. Kemudian,

saya meminta murid mencontohi tindakan yang telah ditunjukkan. Mereka dikehendaki

mempraktik sehingga menguasai kemahiran tersebut.

Langkah 4:

Murid-murid menulis perkataan secara ansur maju dan berulang menggunakan buku

penulisan murid yang bergaris tiga. Contoh latihan tulisan yang diberikan adalah seperti

yang ditunjukkan pada Rajah 4.

Rajah 4. Contoh latihan tulisan cantik untuk ayat.

Setelah mengajar dan membiasakan murid dengan beberapa langkah yang saya

terangkan tadi, saya memantau postur badan dan cara murid memegang pensel dari

semasa ke semasa. Latihan-latihan penulisan murid dikumpul dan dianalisis unstuck

melihat kekemasan dan kecantikan tulisan murid-murid (rujuk lampiran).

Page 11: Kertas cadangan penyelidikan tindakan

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012

11 | M u k a s u r a t

7.0 PERANCANGAN CARA MENGUMPUL DATA

Terdapat tiga teknik pengumpulan data yang saya akan gunakan untuk menghasilkan

data deskriptif agar gambaran yang lebih menyeluruh tentang proses yang berlaku

dalam kajian yang diperoleh. Untuk tujuan tersebut, tiga teknik utama yang biasa akan

saya gunakan dalam penyelidikan ini iaitu pemerhatian, temu bual separa berstruktur

dan bukti dokumen.

Pemerhatian merupakan teknik yang berkesan dalam pengumpulan data untuk mengkaji

dan memahami proses yang berlaku dalam bilik darjah. Lazimnya, dalam pemerhatian,

saya melihat, mendengar, memerhati dan bertanya untuk mendapat maklumat serta

untuk memahami apa yang berlaku dalam bilik darjah. Melalui pemerhatian, saya dapat

merapatkan diri dengan empat orang murid tersebut di samping memerhati cara mereka

menulis.

Saya juga menggunakan teknik temubual untuk mengumpul data. Saya telah

menemubual guru pemulihan dan guru Bahasa Melayu lain mengenai tulisan keempat-

empat murid terbabit untuk mendapatkan maklumat yang releven dengan kajian. Mereka

bersetuju dengan kajian ini dan menyokong cubaan kaedah ini dalam usaha saya

membaiki tulisan keempat-empat murid tersebut.

Selain itu, saya juga akan menemu bual keempat-empat murid tersebut tentang

keselesaan mereka menulis dengan postur badan dan cara mereka memegang pensel

dengan betul. Saya juga akan bertanyakan sama ada latihan berbentuk garis tiga

membantu mereka menghasilkan tulisan yang lebih cantik dan kemas.

Di samping teknik pemerhatian dan temu bual, saya juga akan memperolehi data

daripada dokumen. Pengutipan maklumat daripada dokumen ini membolehkan saya

menambah, membandingkan dan memperkukuh lagi data-data yang diperoleh daripada

teknik pemerhatian dan teknik temu bual. Dokumen ini kemudiannya saya akan analisis

untuk melihat bentuk, pola dan trend yang berlaku selain menyediakan bukti kukuh

untuk menguatkan kredibiliti teknik temu bual dan pemerhatian. Untuk kajian ini,

dokumen yang saya kutip adalah hasil kerja murid iaitu tulisan (contoh tulisan murid sila

rujuk lampiran).

Page 12: Kertas cadangan penyelidikan tindakan

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012

12 | M u k a s u r a t

8.0 PERANCANGAN CARA MENGANALISIS DATA

Di sini saya akan menganalisis data berdasarkan perkembangan tulisan keempat-empat

murid tersebut selepas mereka dibiasakan dengan cara memegang pensel dan postur

badan yang betul semasa menulis serta menulis berpandukan latihan penulisan bergaris

tiga. Saya akan menggunakan borang penyemakan tulisan seperti yang ditunjukkan

pada Jadual 1 untuk menyemak hasil tulisan mereka dari semasa ke semasa.

Tulisan Gred

Kecondongan tulisan (bukan tulisan berangkai) Perkataan terlalu rapat (bukan tulisan berangkai) Huruf-huruf terlalu dekat (bukan tulisan berangkai) Menyerupai huruf lain

Tarikh

Jadual 1: Borang penyemakan tulisan

Tulisan Gred A Gred B Gred C

Kecondongan tulisan (bukan tulisan berangkai)

Baik. Penghasilan tulisan murid tidak mempunyai sebarang kecondongan

Sederhana. Penulisan yang dihasilkan murid sederhana kerana masih terdapat sebarang kecondongan dalam penulisan mereka.

Lemah. Keseluruhan hasil penulisan huruf murid condong dan terlalu condong.

Perkataan terlalu rapat (bukan tulisan berangkai)

Baik. Perkataan-perkataan yang dihasilkan dalam penulisan tidak terlalu rapat.

Sederhana. Masih terdapat perkataan-perkataan yang ditulis terlalu rapat dalam sesuatu penulisan.

Lemah. Keseluruhan Perkataan-perkataan dalam sesuatu penulisan ditulis dengan rapat.

Huruf-huruf terlalu dekat (bukan tulisan berangkai)

Baik. Keseluruhan huruf-huruf yang dihasilkan dalam satu penulisan tidak mempunyai sebarang huruf-huruf yang terlalu dekat dan mempunyai jarak yang sesuai diantara huruf-huruf.

Sederhana. Masih terdapat huruf-huruf yang ditulis terlalu dekat dalam sesuatu penulisan.

Lemah. Keseluruhan huruf-huruf dalam sesuatu penulisan ditulis terlalu dekat.

Huruf menyerupai huruf lain

Baik. Tiada sebarang huruf yang menyerupai huruf lain dalam sesuatu penulisan

Sederhana. Masih terdapat huruf yang menyerupai huruf lain dalam sesuatu penulisan.

Lemah. Keseluruhan huruf dalam sesuatu penulisan selalu dan kerap diulang kesalahannya dalam sesuatu penulisan.

Page 13: Kertas cadangan penyelidikan tindakan

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012

13 | M u k a s u r a t

Jadual 2: Kriteria pemberian gred.

Penyemakan tersebut berdasarkan kriteria pemberian gred seperti yang ditunjukkan

pada Jadual 2 di atas. Selain itu, saya juga menganalisis kandungan temubual yang

telah saya jalankan.

9.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN

9.1 JADUAL PELAKSANAAN PENYELIDIKAN TINDAKAN / CARTA GANTT

Jadual di bawah menunjukkan jadual pelaksanaan aktiviti yang dirancang dalam kajian

penyelidkan tindakan.

9.2 KOS KAJIAN

Kos yang terlibat sepanjang perancangan penyelidikan tindakan ini ditunjukkan pada

jadual kos kajian di bawah.

BIL. AKTIVITI TARIKH

PELAKSANAAN

1 Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data

tinjauan awal

30 Julai 2012 – 3

Ogos 2012

2 Menentukan objektif / soalan kajian 4 Ogos 2012

3 Merancang tindakan 6 Ogos 2012 – 8

Ogos 2012

4 Melaksanakan tindakan 9 Ogos 2012 – 17

Ogos 2012

5 Menganalisis tindakan 18 Ogos 2012 – 19

Ogos 2012

6 Membuat refleksi 20 Ogos 2012

7 Menulis laporan kajian 21 Ogos 2012 – 31

Ogos 2012

8 Pembentangan dapatan kajian 1 September 2012 –

2 September 2012

Page 14: Kertas cadangan penyelidikan tindakan

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012

14 | M u k a s u r a t

10.0 RUJUKAN

Choong Lean Keow, PhD (2011). Asas Penyelidikan Tindakan Unstuck Program Ijazah

Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn.

Bhd.

Levine, M. D. (1987). Developmental variation and learning disorders. Cambridge,

Massachusetts: Educators Publishing Service, Inc.

Levine, M. D. (1994). Educational care: A system for understanding and helping children

with learning problems at home and in school. Cambridge, Massachusetts:

Educators Publishing Service, Inc.

Noraini Binti Ombi (2009), Jurnal Kertas Kerja Kajian Kes ke atas Kekemasan Tulisan

Murid Tahun 2 Dalam Kelas Pemulihan Khas Bahasa Melayu. Institut Pendidikan

Guru Kampus Bukit Lintang.

Norizan Binti Esa (2005), Jurnal Kemahiran Menulis Secara Kaedah Ansur Maju.

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rosinah Edinin (PhD), (2011) Cetakan 2012. Penyelidikan Tindakan Kaedah Dan

Penulisan. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

BIL. JENIS BAHAN KUANTITI X HARGA

SEUNIT JUMLAH KOS

1 Kertas A4 2 x RM 8.50 RM 17.00

2 Printer Cartridge x RM 125.00 RM 125.00

3 Buku Kajian 1 x RM 17.00 RM 17.00

4 Fotostat bahan kajian RM 30.00

5 Buku catatan guru 2 x RM 2.00 RM 4.00

JUMLAH RM 193.00

Page 15: Kertas cadangan penyelidikan tindakan

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012

15 | M u k a s u r a t

Sasson, R (1983). The practical guide to childrens Handwriting. Great Britain: Thames

and Hudson.

Sasson, R (1983). Handwriting: The way to teach it. Cheltenham: Stanley Thomas.

Mariayee A/P Suppiah (2011). Meningkatkan Kemahiran Menulis Bentuk Dalam Bahasa

Malaysia Bagi Murid Tahun 1. Dimuat turun daripada

http://mariasalamperpaduan.blogspot.com/2011/12/contoh-kajian-tindakan-

masalah.html pada 9 September 2012.

11.0 LAMPIRAN

Lampiran 1

Transkripsi Protokol Temubual

SOALAN PERKARA REFLEKSI

PENYELIDIK

1.

Assalamualaikum, apa khabar Cikgu Razak? Selamat berpuasa.

Waalaikummussalam w.b. Khabar baik. Selamat berpuasa untuk

awak juga.

2. Sebenarnya, tujuan saya menemubual cikgu pada hari ini adalah

untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh cikgu semasa

proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bagi tujuan

ilmiah. Bolehkah cikgu?

Boleh, tiada masalah. Saya akan cuba menjawab setiap soalan kamu

berdasarkan pengalaman saya. Insyaallah.

3.

Bolehkah cikgu ceritakan serba ringkas tentang latar belakang

akademik murid-murid cikgu sekarang?

Sejak KSSR dijalankan di sekolah, selaku guru penyelaras Bahasa

Guru ini menghadapi

Page 16: Kertas cadangan penyelidikan tindakan

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012

16 | M u k a s u r a t

Melayu, saya ditugaskan untuk mengajar tahun satu sahaja. Di

sekolah ini ada dua buah kelas tahun 1 iaitu Tahun Satu Arif dan

Tahun Satu Bestari. Murid-murid saya mempunyai pelbagai latar

belakang akademik. Untuk Tahun satu Arif mereka tidak mempunyai

masalah dalam asas 3M kerana mereka semua sudah melepasi

tahap saringan ketika awal kemasukan. Hanya Tahun Satu Bestari

yang mempunyai masalah asas 3M dan mereka dibahagikan kepada

tiga kumpulan iaitu murid perdana, murid LINUS biasa dan murid

LINUS tegar. Oleh kerana di sekolah ini ada guru pemulihan, murid

LINUS tegar di ajar oleh beliau.

masalah yang agak

banyak untuk kelas

Tahun Satu Bestari

namun beliau tidak

mengajar murid yang

mempunyai masalah

pembelajaran yang

teruk (murid LINUS)

4. Terima kasih cikgu atas penerangan tadi. Seterusnya, bolehkah

cikgu terangkan secara ringkas tentang jadual waktu mengajar

cikgu?

KSSR dan KBSR berbeza. Untuk KSSR, jadual waktu agak padat

walaupun saya hanya mengajar dua kelas saja. Ini kerana setiap hari

saya ada kelas dengan mereka. Dalam satu P&P paling kurang dua

masa iaitu 1 jam. Ada satu hari saya mengajar 3 masa iaitu 1 jam

setengah.

5. Oh, begitu ya. Cikgu, setahu saya kebanyakan sekolah memilih

guru yang berpengalaman untuk mengajar murid Tahap 1

khususnya tahun 1. Mengapakah pihak sekolah membuat

penyusunan sedemikian?

(responden tersenyum)……………erm…..sebenarnya pada pendapat

saya la, takde apa-apa. Cuma, guru lama lebih berpengalaman

dalam menangani kerenah murid-murid khususnya Tahun 1 yang

rata-rata baru masuk dunia persekolahan sebenar. Lagipun masalah

pembelajaran boleh dikenalpasti dengan lebih awal pada peringkat

ini. Jadi guru perlu bersedia mental dan fizikal sedangkan guru baru

kurang pengalaman untuk setiap situasi yang tak terduga.

Page 17: Kertas cadangan penyelidikan tindakan

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012

17 | M u k a s u r a t

6. Sebagai guru yang berpengalaman luas dalam mengajar Bahasa

Melayu, adakah cikgu mengalami masalah ketika mengajar

dalam kelas? Maksud saya Tahun 1.

(responden tersenyum)……………mustahillah kalau saya tak hadapi

masalah dalam ajar murid Tahun 1 ni. Mestilah ada tapi

Alhamdulillah setakat ni saya boleh hadapinya. Lagipun semua tu

adalah tanggungjawab saya. Itu adalah cabaran kita bergelar cikgu

ni.

7. Cikgu, boleh tak berkongsi ilmu dengan saya tentang masalah

pembelajaran murid Tahun 1 yang cikgu hadapi?

Macam biasa la, budak-budak masalahnya lebih kurang sama saje.

Antara masalah pembelajaran murid-murid saya khususnya murid

Tahun 1 tahun ni, mereka tak kenal huruf, hanya menghafal saja,

kemudian tulisan macam cakar ayam. Ada murid tahu mengeja dan

membatang suku kata tapi nak sebut perkataan tersebut tak tahu, tak

bawa buku, asyik tukar buku baru setiap hari pun ada, alasannya

hilang (sambil ketawa kecil)….. Tapi sebenarnya, semua masalah ni

normal untuk murid tahun 1.

Guru ini merupakan

guru cemerlang dan

mempunyai

pengalaman yang

banyak dalam

mengajar murid

khususnya Tahun 1,

jadi beliau sudah

biasa dengan

masalah murid-murid

8. Berdasarkan permasalahan yang cikgu katakan tadi, saya

tertarik dengan masalah penulisan murid cikgu. Bolehkah cikgu

berkongsi pengalaman dengan saya cara cikgu menangani

masalah tulisan macam cakar ayam tu?

Biasalah, realitinya kebanyakan budak-budak umur sebegitu

tulisannya memang tak cantik. Sebenarnya ia berkaitan deria

psikomotor. Tangan mereka ni masih kaku lagi perlukan lebih banyak

latihan contohnya, macam mana pegang pensel dengan betul,

macam mana nak mengagak menulis di kertas garis satu dan garis

tiga. Buku garis tiga tu buku tulis berpandu. Cara tu dah lama dah.

Beliau menggunakan

pendekatan yang

bagus dan berusaha

untuk mengatasi

masalah penulisan

murid-murid beliau

Page 18: Kertas cadangan penyelidikan tindakan

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012

18 | M u k a s u r a t

Tujuannya untuk ajar murid menulis cantik di garisan yang betul.

Masa awak dulu dah ada dah. Betul tak?

Ya cikgu, betul. Tapi cara itu tak menjamin tulisan cantik kan?

Ya Suzi, itu betul. Yang saya katakan tadi tu adalah salah satu cara

asas murid menulis dengan cantik secara terpimpin. Ada murid yang

boleh guna cara tu saje dah ok, tapi ada setengah murid lain, perlu

guna banyak pendekatan dan latihan yang berbeza. Tapi

sebenarnya, lama-kelamaan dengan latihan menulis yang banyak,

tulisan mereka akan lebih cantik. Taklah target untuk murid Tahun

Satu ni tuk tulisan cantik saja. Yang penting asas membaca, menulis

dan mengira dah mereka kuasai.

9.

Apakah strategi yang cikgu gunakan untuk tarik minat murid

menulis dengan cantik?

(Responden ketawa)………strategi apa ye? Maklum la dah berbelas

tahun mengajar ni dan dah ramai anak murid saya dah habis

sekolah. Saya pun tak pernah dapat soalan ni. Sebenarnya, tulisan

cantik bukan fokus utama saya mengajar untuk Tahun Satu ni, tu

cuma fokus sampingan saja. Saya cubalah jawab. Seperti yang awak

tahu KSSR ni berpusatkan murid. Budak-budak ni tak macam budak

besar. Tujuan ke sekolah bukan untuk belajar dan dapat ilmu serta

dapat keputusan yang baik cuma nak bermain saja. Mereka perlukan

bimbingan dan dorongan daripada cikgu berbanding kesedaran dari

diri mereka sendiri. Untuk tulisan murid pula, saya akan pastikan

tulisan mereka ni boleh dibaca. Tu dah kira ok. Awal tahun

persekolahan biasanya saya akan buat ujian saringan untuk lihat

tahap mereka. Biasanya, Tahun 1 Arif takde masalah sebab mereka

sudah pandai membaca dan menulis. Kemahiran tersebut dah

diperolehi semasa di sekolah tadika.

Cuma untuk Tahun 1 Bestari, ada di antara mereka tidak bersekolah

Beliau menggunakan

pendekatan yang

tidak terlalu

memaksa murid.

Beliau membuat

pembahagian

kumpulan dalam

kelas mengikut tahap

bagi memudahkan

beliau mengajar

semasa di dalam

kelas.

.

Page 19: Kertas cadangan penyelidikan tindakan

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012

19 | M u k a s u r a t

tadika dan tidak dapat pendidikan awal walaupun di rumah. Ada juga

murid dalam kelas ni yang IQ nya lambat sikit. Dalam kelas Tahun

Satu Bestari ni saya bahagikan kepada tiga kumpulan. Kumpulan

yang lemah ni saya buat aktiviti pratulisan dulu, dua kumpulan lagi

saya buat latihan menulis huruf di buku garis.

Setahu saya, aktiviti pratulisan ada banyak, boleh cikgu

terangkan dengan lebih mendalam tak?

Saya rasa awak dah tau pratulisan tu apa kan. Biasanya cikgu tadika

dan prasekolah yang mengajar pratulisan ni. Tujuan saya buat aktiviti

pratulisan ni untuk latih pergerakan tangan dan jari, koordinasi mata

dan tangan murid tu. Bila buat aktiviti ni, motor halus yang kaku tu

dapat dilembutkan. Awal-awal dulu saya buat aktiviti melukis secara

bebas, sambung titik-titik huruf dan gambar, ermmmm…..tulis kat

udara dan ….di atas tepung. Untuk murid yang teruk sangat, saya

pegang tangan dia dan buat secara bersama. Bila buat aktiviti ni

budak-budak seronok sebab macam bermain. Jadi mereka tak

stress. Aktiviti ni memang berjaya la sebab objektif saya untuk

mereka tahu menulis disamping kenal huruf tercapai. Sekarang ni

dah bulan 8, semua murid Tahun 1 Bestari dah pandai menulis dan

tulisannya boleh dibaca. Hanya dua tiga orang saja yang tulisannya

tak cantik, yang lain oklah.

Biasanya saya baca dibuku, menulis menggunakan pasir,

kenapa cikgu menggunakan tepung?

Saya pilih tepung sebab mudah dapat. Pasir ni susah cikit, lagipun

berat nak di bawa ke kelas, kalau nak bawa keluar, murid lain pulak

susah nak jaga. Maklum la budak Tahun 1 ni aktif agak sukar dikawal

apabila buat aktiviti di luar kelas. Buat dalam kelas lebih terjamin

keselamatannya dan disiplin murid dapat dikawal.

10. Bahan bantu mengajar cikgu peroleh di mana? Bahan bantu

Page 20: Kertas cadangan penyelidikan tindakan

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012

20 | M u k a s u r a t

Biasalah, kat sini BBM buat sendiri. Sekolah tak sediakan BBM yang

banyak pun, semua yang biasa-biasa je macam kad gambar. Itupun

prasekolah dah ambil. Kebanyakan cikgu kat sini buat BBM sendiri

dan guna buku teks yang dibekalkan termasuklah saya. Semua ikut

kreativiti guru masing-masing. Macam saya, saya guna bahan yang

sudah saya sediakan dahulu contohnya lembaran kerja, kad

perkataan dan kad gambar. Masih boleh diguna lagi selagi masih

releven. Untungnya kat sini kelas Tahun 1 ada LCD, kadang-kadang

saya guna juga untuk P&P saya. Tapi bukan semua kelas ada

kemudahan ni hanya kelas Tahun 1 dan Tahun 2 saja yang ada.

mengajar dibuat oleh

beliau sendiri kerana

di sekolah tidak

menyediakan BBM

yang banyak. Beliau

juga menggunakan

kemahiran ICT

semasa waktu P&P

11.

Cikgu, berbalik kepada kaedah pengajaran pratulisan, cikgu ada

gunakan kaedah tulisan mekanis tak?

Tulisan mekanis ye? Tulisan mekanis ni kemahiran selepas

pratulisan. Mestilah ada. Tulisan mekanis sebenarnya yang paling

penting. Selepas motor halus lembut barulah mudah nak ajar murid-

murid ni menulis huruf dan perkataan. Barulah murid ni boleh belajar

dengan seronok sebab dah belajar sama-sama dengan kawan lain.

Masa ni murid-murid ni dah boleh terima nak belajar tulis huruf kecil

dan huruf besar. Buku garis tiga lebih efektif pada masa ni untuk latih

murid menulis. Sampai sekarang aktiviti menulis garis tiga ni

dijalankan.

Cikgu, bolehkah saya mengambil beberapa buah buku murid

untuk dijadikan contoh bukti tugasan saya? Saya nak buat

salinan.

Boleh, apa salahnya. Nanti awak boleh ikut saya masuk kelas.

Terima kasih, cikgu.

.

Akhir sekali, cikgu ada apa-apa pesanan atau perkara yang nak

Page 21: Kertas cadangan penyelidikan tindakan

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012

21 | M u k a s u r a t

ditambah dalam sesi temubual ini?

(Responden tersenyum)…..saya ucapkan selamat datang ke sekolah

ni. Sebagai guru kita mestilah sentiasa mencari ilmu dan berusaha

untuk memberi yang terbaik kepada anak murid kita yang

sebenarnya dahagakan ilmu walaupun minda mereka sekarang ni

belum terbuka ke arah itu. Biasalah, budak-budak ni kebanyakan

masa mereka dihabiskan dengan bermain, itu normal. Kalau diam je

budak tu tak normal. Jadi sebagai guru sekolah rendah ni, kita mesti

banyak berusaha dan gerakkan mereka. Sebagai guru juga kita tidak

boleh putus asa dan bosan dengan kerjaya kita ni.

12. Terima kasih cikgu atas nasihat dan kerjasama yang diberikan.

Sama-sama.

Lampiran 2

Bahan bukti dokumen yang terdiri daripada hasil tulisan murid yang menjadi sasaran dan hasil

rakaman temubual seorang guru di Sekolah Kebangsaan Melayu Raya yang telah dimuatkan

dalam bentuk CD.