Kertas Cadangan Projek Kempen Budi Bahasa Sk Sg Sugai 2011

Embed Size (px)

Citation preview

Kertas Cadangan Projek Kelab Rukun Negara, Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili, 95800 Engkilili, Sri Aman.

Nama Projek

: Kempen Budi-Bahasa dan Penerapan Nilai-Nilai Murni di kalangan pelajar sekolah.

Ketua Guru Penasihat Guru Penasihat Pengerusi Projek Naib Pengerusi Projek Setiausaha Projek Naib Setiausaha Bendahari Projek AJK Projek

: Pn. Farizah Bt Saperi : En. Chanking Ak Jawa : Elizabert Ak Renting : Joseph Kudy Ak Gon : Thompson Ak Simpoi : Sindie Ak Tinggie : Kartini Chai : Tingkatan 1: Tingkatan 2: Tingkatan 3: Tingkatan 4: Tingkatan 5:

Bilangan Peserta Projek Tarikh Projek Tempat Projek

: Lelaki: 25 orang Perempuan: 15 orang : 7 10 Februari 2011 : 1. Pusat Sumber Sekolah. 2. Bilik kelas Tingkatan 3 Amanah.

8

Matlamat Projek Objektif Projek

: Memupuk semangat patriotik dan cintakan negara. : 1. Menerapkan nilai-nilai murni di kalangan pelajar. 2. Menerapkan kempen berbudi-bahasa di kalangan pelajar. 3. Menerapkan semangat perpaduan di kalangan Pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. 4. Menerapkan semangat saling bekerjasama dan hormat-menghormati.

Disediakan oleh,

(ELIZABERT AK RENTING) Pengerusi Projek.

Disahkan oleh, . (FARIZAH BT SAPERI) Guru Penasihat. Sekolah: Sekolah Menengah kebangsaan Engkilili. Tahun: 2011 9 Ruj. Kami : JPS(W)SMKE(Kk)/153/02/04/Jld.2 (01)

Tarikh Kelab Rukun Negara,

: 14 Januari 2011

Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili, 95800 Engkilili, Sri Aman.

Semua ahli Kelab Rukun Negara, Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili. Saudara/Saudari, Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kelab Rukun Negara Pertama 2011 Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Ahli Jawatankuasa, Kelab Rukun Negara, Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili akan diadakan seperti butiran di bawah: Tarikh : 17 Januari 2011 Masa : 3.00 petang

Tempat : Kelas Tingkatan 3A

2.

Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut: 2.1 Ucapan Pengerusi 2.2 Projek Kelab Rukun Negara sekolah 2.3 Hal-Hal lain

10 3. Saudara/saudari dijemput hadir ke mesyuarat ini. Kehadiran amat

dihargai.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

.. ( THOMPSON AK SIMPOI ) Setiausaha Kelab Rukun Negara, Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili.

s.k.

1. Guru Penolong Kanan Kokurikulum 2. Guru Penasihat Kelab Rukun Negara 3. Pengerusi Kelab Rukun Negara

11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG Lampiran 1A

PSS 3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

KERTAS KERJA PROJEK

NAMA PELAJAR PROGRAM NAMA SEKOLAH NAMA PROJEK

: Farizah Binti Saperi : Kajian Sosial Ambilan November 2008 : Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili. : Kempen penerapan nilai-nilai murni melalui dasar kerajaan.

TEMPOH PELAKSANAAN : 1 minggu ( 7-10 Februari 2011 ) OBJEKTIF : 1. Menerapkan semangat patriotik dan cintakan negara. 2. Menerapkan semangat perpaduan di kalangan pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. 3. Menerapkan semangat saling bekerjasama. 4. Menerapkan semangat saling hormat-menghormati. 5. Menerapkan nilai-nilai murni dan kempen berbudi-bahasa di kalangan pelajar.

22

STRATEGI PELAKSANAAN 1. Ceramah 2. Kempen 3. Pertandingan

PELAN TINDAKAN PELAKSANAAN PROJEK/AKTIVITI (Senarai semak aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh pelajar)

1. Draf kertas kerja. 2. Anggaran perbelanjaan. 3. Membuat jadual. 4. Menubuhkan Ahli Jawatankuasa. 5. Mengadakan mesyuarat.

23

6. Aktiviti semasa projek dilaksanakan. - siapa yang terlibat - siapa yang memberi ceramah - siapa yang menjadi hakim - siapa yang merasmikan majlis penutupan 7. Laporan pelaksanaan projek.

Disemak oleh Pensyarah

Disahkan oleh Pengetua

Catatan :

Catatan :

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Tandatangan : Nama Tarikh : :

24

Pelan Tindakan Pelaksanaan Projek

1. Draf kertas kerja/projek. 2. Berbincang dengan Pengetua mengenai projek. 3. Mesyuarat pendaftaran ahli Kelab Rukun Negara (KRN) Sekolah Tahun 2011. 4. Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kelab Rukun Negara pertama. 5. Pembentukan AJK Kecil. 6. Mesyuarat AJK Kelab Rukun Negara kedua. 7. Menyediakan surat/dokumen - surat lantikan sebagai ketua penasihat. - surat memohon kebenaran memungut derma keahlian ahli KRN. - surat memohon peruntukan menyediakan minuman. - surat memohon penceramah (panitia Pendidikan Moral) - surat memohon penceramah (unit Bimbingan dan Kaunseling) -surat memohon hakim untuk pertandingan. -surat memohon menggunakan Pusat Sumber Sekolah. 8. Program atur cara.

25 Program/Jadual Atur Cara Projek. Program Minggu Kelab Rukun Negara S.M.K. Engkilili Tahun 2011.

Tarikh

Masa

Aktiviti

Tindakan

Isnin 7.2.2011

3.00 4.30 petang

Meletakkan / menggantung nilai-nilai murni dalam subjek Pendidikan Moral di kawasan sekolah.

Ahli KRN Guru Penasihat Pekerja Swasta sekolah.

Selasa 8.2.2011

3.00 4.30 petang

Pertandingan membaca ikrar Rukunegara di kalangan ahli Kelab Rukun Negara sekolah.

Ahli KRN Guru Penasihat Hakim-hakim

Rabu 9.2.2011

3.00 4.30 Petang

Pertandingan menulis

Ahli KRN

Rukunegara untuk ditampalkan Guru Penasihat di dalam kelas. (sudut matapelajaran)

Khamis

2.30 4.30

Ceramah mengenai kempen budi-bahasa dan penerapan nilai-nilai murni di kalangan pelajar sekolah.

Ahli KRN Guru Penasihat Panitia Pendidikan Moral. Kaunselor dari Unit Bimbingan dan Kaunseling.

10.2.2011 petang

26 RUKUNEGARABahawasanya negara kita Malaysia

Mendukung cita-cita hendak Mencapai perpaduan yang lebih erat Dikalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana Kemakmuran negara akan dapat dinikmati Bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi Kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan Menggunakan sains dan teknologi moden; Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan Menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami Untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan Prinsip-prinsip yang berikut: Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-Undang Kesopanan dan kesusilaan

JADUAL KERJA PELAKSANAAN KERJA KURSUS

LANGKAH

JENIS AKTIVITI /TINDAKAN

TEMPOH

PENGLIBATAN/ TANGGUNGJAWAB

TARIKH

1

Menghadiri taklimat daripada pensyarah, En. Norbert.

1 jam

En. Norbert Semua ahli kumpulan

18.12.10

2

Menghadiri taklimat tentang pelaksanaan KKBI. Tajuk tugasan Objektif tugasan. Jadual spesifikasi projek & rubrik pemarkahan. Sikap dan sahsiah.

1 jam

En. Lawrence Semua ahli kumpulan

20.12.10

3

Menyediakan jadual pelaksanaan kerja kursus.

1 jam

En. Norbert Semua ahli kumpulan

18.12.10

4

Menyediakan kertas kerja projek.

1-2 jam

Individu

3-10 Januari 2011

5

Berbincang dengan pihak pengurusan sekolah tentang cadangan pelaksanaan projek.

1 jam

Individu

14 Januari 2011

6

Mengadakan Mesyuarat

1-2 jam

Guru Penasihat, ahli &

17

Pelaksanaan Projek Kempen Budi-Bahasa dan Penerapan Nilai-Nilai Murni Bil. 1/2011.

AJK Kelab Rukun Negara.

Januari 2011

7.

Mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Projek Kempen Budi-Bahasa dan Penerapan Nilai-Nilai Murni Bil. 2/2011.

1-2 jam

Guru Penasihat, ahli & AJK Kelab Rukun Negara.

24 Januari 2011

8.

Pelaksanaan Projek Kempen Budi-Bahasa dan Penerapan Nilai-Nilai Murni.

8-10 jam

Bersama pelajar, guru dan pihak pentadbir sekolah.

7 10 Februari 2011

9.

Menyediakan laporan Projek. (memilih gambar yg sesuai dengan aktiviti)

1-2 jam

Individu

14-16 Februari 2011

10.

Menyediakan catatan Refleksi.

2-3 jam

Individu

21 Februari 2011

11.

Menyerahkan KKBI kepada pensyarah.

Pensyarah terlibat. Semua ahli kumpulan.

Mac 2011

40

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG

Lampiran 1B PSS 3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL LAPORAN PELAKSANAAN PROJEK

NAMA PELAJAR PROGRAM NAMA SEKOLAH NAMA PROJEK

: Farizah Binti Saperi : Kajian Sosial Ambilan 2008 : Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili : Kempen penerapan nilai-nilai murni melalui dasar kerajaan.

TEMPOH PELAKSANAAN : 1 minggu ( 7 10 Februari 2011 ) OBJEKTIF : 1. Menerapkan semangat patriotic dan cintakan negara. 2. Menerapkan semangat perpaduan di kalangan pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. 3. Menerapkan semangat saling bekerjasama. 4. Menerapkan semangat saling hormat-menghormati 5. Menerapkan nilai-nilai murni dan kempen berbudi-bahasa di kalangan pelajar.

27 STRATEGI PELAKSANAAN : 1. CERAMAH

Ceramah diadakan di Pusat Sumber sekolah oleh Ketua Panitia Pendidikan Moral dan Kaunselor dari Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili. Ketua Panitia Pendidikan Moral menyampaikan ceramah mengenai amalan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian pelajar. Kaunselor pula menyampaikan ceramah mengenai budaya berbudi-bahasa dikalangan pelajar. 2. KEMPEN Projek penerapan nilai-nilai murni melalui dasar kerajaan pula boleh

dilaksanakan melalui kempen. Contohnya kempen penerapan nilai-nilai murni dan juga budaya berbudi-bahasa disampaikan melalui nyanyian lagu patriotic yang dimainkan pada setiap pagi sebelum aktiviti pengajaran dan pembelajaran bermula. Contohnya lagu 5 Prinsip Rukun Negara dan Budi-Bahasa Budaya Kita. Pelajar boleh menghayati mesej yang disampaikan melalui lirik lagu tersebut. Selain daripada itu, poster atau notis ditampalkan di tempat yang strategik supaya pelajar boleh mendapat maklumat berkenaan. 3. PERTANDINGAN Pertandingan membaca ikrar Rukun Negara juga dilakukan oleh ahli-ahli Kelab Rukun Negara sekolah. Pemenangnya diberi peluang untuk mengetuai bacaan ikrar pada perhimpunan mingguan sekolah. Pertandingan menulis nilai-nilai murni dan dipamerkan di papan notis untuk tatapan pelajar di samping membaca definisi bagi setiap nilai. Sudut Rukun Negara di adakan di setiap kelas untuk memupuk semangat patriotik dan aktiviti lakonan di adakan untuk menunjukkan contoh amalan berbudi-bahasa.

28 REFLEKSI 1. Kekuatan Projek/Aktiviti :

Sahsiah Melalui penerapan dan amalan nilai-nilai murni boleh memberi kesan positif terhadap sahsiah pelajar. Contohnya ia membangkitkan semangat patriotik di kalangan pelajar melalui pembacaan ikrar Rukun Negara sama ada di dalam kelas atau semasa perhimpunan mingguan sekolah. Selain daripada itu, melalui pertandingan nyanyian lagu patriotik juga boleh menyemaikan semangat cintakan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Lagu dimainkan pada waktu pagi selepas lagu Negaraku dan lagu sekolah. Kerjasama dan perpaduan Dari aspek kerjasama dan perpaduan, pelajar dapat mengaplikasi perkara ini dalam aktiviti yang dijalankan. Contohnya melalui aktiviti secara individu atau kumpulan. Pertandingan nyanyian lagu patriotik, membaca ikrar, sudut Rukun Negara dalam kelas dan lain-lain. Tanpa kerjasama, aktiviti tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Wujudnya semangat bertolak-ansur dan bersatu padu dikalangan pelajar tanpa mengira agama dan bangsa. Bersatu hati seperti kata pepatah Berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing. Perkara ini boleh dilihat sama ada di kelas, asrama, sekolah, rumah dan masyarakat. Pengiktirafan Projek ini mendapat pengiktirafan dari pihak sekolah. Pihak sekolah menyokong aktiviti projek ini contohnya melalui penerapan nilai-nilai murni dan kempen berbudi-bahasa. Mereka memberi kerjasama dari aspek nasihat dan kewangan. Hadiah adalah sebagai motivasi kepada pelajar untuk menghargai penglibatan mereka. Pelajar dapat mengamalkan nilai-nilai murni dan amalan berbudibahasa dalam kehidupan seharian mereka. 29 2. Kelemahan Projek/Aktiviti Perancangan

Sebagai guru penasihat Kelab Rukun Negara yang baru, saya memerlukan masa untuk merangka aktiviti yang sesuai untuk projek ini. Saya perlu merujuk kepada guru penasihat tahun lepas dan penolong kanan kokurikulum sebagai panduan. Surat-menyurat dan dokumen yang berkaitan perlu disediakan dan saya membuat rujukan dengan membaca Buku Panduan Pengurusan

Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak. Perancangan projek terpaksa dibuat dengan teliti dengan merujuk takwim sekolah. Aktiviti tahunan sekolah sudah dibuat pada penghujung tahun 2010. Tarikh terpaksa diteliti supaya tidak bertindih dengan aktiviti yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Kekangan Masa Projek ini terpaksa dibuat pada awal Februari ( 7-10 Februari 2011 ) untuk mengelakkan berlaku pertindihan dengan aktiviti dalam takwim sekolah. Contohnya Sukan Tahunan peringkat sekolah (16 19 Februari 2011), Minggu Sains & Matematik ( 21 25 Februari 2011), Minggu Bahasa ( 28 Februari 4 Mac 2011), Ujian Bulanan ( 7 11 Mac 2011 ) dan kelas tambahan PMR dan SPM ( 21 Februari 2011). Kekangan masa juga menyebabkan Kelab Rukun Negara tidak dapat menjemput penceramah dari luar. Penceramah dijemput dari Panitia Pendidikan Moral dan Kaunselor dari Unit Bimbingan dan Kaunseling. Kehadiran ahli-ahli Kelab Rukun Negara untuk pelajar harian tidak begitu baik atas alasan masalah

pengangkutan. Aktiviti di lakukan di dalam kelas dan pada hari terakhir di Pusat Sumber sekolah. Pusat sumber terpaksa ditempah awal untuk projek ini dan tidak dapat digunakan secara berterusan kerana mengganggu jadual

penggunaan dan peminjaman buku.

30 Kewangan

Oleh kerana projek ini dilakukan pada awal tahun, sumber kewangan agak terhad. Peruntukan kewangan terpaksa diminta daripada pihak sekolah dan juga dari Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum. Dana keahlian dalam proses dan perancangan untuk membeli hadiah, makanan, minuman dan sebagainya terpaksa dibuat dengan teliti. Projek ini dijalankan secara sederhana dan di peringkat sekolah sahaja yang melibatkan ahli-ahli Kelab Rukun Negara sahaja. Sekiranya ada peruntukan pada masa akan datang, mungkin projek ini boleh melibatkan penyertaan dari semua pelajar. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Peruntukan Kewangan Peruntukan kewangan sangat penting untuk menjayakan projek ini. Ia membolehkan lebih banyak aktiviti dibuat dan hadiah disedikan untuk menghargai penglibatan pelajar. Pihak penganjur projek boleh menyediakan makanan, minuman dan sebagainya secara lebih baik sekiranya mempunyai sumber kewangan mencukupi. Diharap pihak sekolah dapat memberi peruntukan kewangan supaya dapat menjemput penceramah dari luar, hakim-hakim untuk mengadili pertandingan dan sebagainya. Penglibatan Pada tahun ini, penglibatan untuk projek ini hanya untuk ahli-ahli Kelab Rukun Negara sahaja dan dijalankan selama empat hari sahaja pada waktu petang. Pada masa akan datang, diharapkan pihak sekolah dapat memberi kebenaran untuk mengadakan projek ini secara lebih menyeluruh yang melibatkan lebih banyak penyertaan pelajar di mana Kelab Rukun Negara sebagai penganjurnya. Justeru itu, diharapkan projek ini dapat dilaksanakan pada waktu pagi seperti mana program Membaca 1 Malaysia diadakan. 31

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, projek ini berjaya dilaksanakan mengikut masa yang telah ditetapkan. Walaupun ada masalah dari aspek kekangan masa, kewangan dan sebagainya, ia tetap dibuat. Projek ini berjaya mencapai objektif dan meningkatkan sahsiah pelajar berdasarkan penerapan nilai-nilai murni dan amalan berbudi-bahasa sama ada di sekolah ataupun di rumah. Ini sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Berbagai-bagai cara boleh dilakukan di peringkat sekolah supaya perkembangan potensi individu dapat disesuaikan dengan minat dan bakat murid itu sendiri. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000) True education means building on your skills. People skills, communication skills, living skills, thinking skills, accelerated learning, speed reading, how to realize your vision and dreams, etc. True education shapes you to maximize your creativity and use what you have learn to become the best that you are in whatever field. (Datuk Maznah Hamid; Going Places; June 2002, page. 16)

32

Penulisan Refleksi Pengalaman Terpilih (menceritakan semula) Semasa menjalankan tugasan ini, saya membuat pemerhatian ke atas pelaksanaan projek penerapan nilai-nilai murni melalui dasar kerajaan. Aspek yang diperhatikan adalah dari segi perancangan, pengelolaan, pengawalan dan penglibatan guru dalam menjayakan projek ini. Terdapat pelbagai cadangan untuk melaksanakan projek ini berdasarkan enam dasar kerajaan yang telah ditetapkan dalam tugasan ini. Enam dasar kerajaan tersebut adalah Pelan Integriti Nasional, Kempen Kepimpinan Melalui teladan, Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam dalam Pentadbiran, Kempen Budi Bahasa dan Islam Hadhari. Saya telah memilih dasar kerajaan mengenai kempen budibahasa untuk projek ini. Justeru itu, saya telah memilih penerapan nilai-nilai murni dan kempen berbudi-bahasa di kalangan pelajar sekolah, kakitangan sekolah dan guru-guru. Pengalaman Terpilih (tinjauan kritis review) Setelah selesai membuat pemerhatian, saya membuat perbincangan sesame rakan untuk bertukar-tukar pendapat bagi melengkapkan laporan. Saya dapati rakan-rakan memilih pelbagai jenis projek berdasarkan enam dasar kerajaan yang telah ditetapkan. Untuk melaksanakan projek ini, saya telah membuat kertas kerja terlebih dahulu. Pelbagai dokumen sokongan disediakan contohnya surat lantikan, surat kepada Panitia Pendidikan Moral, Unit Bimbingan dan Kaunseling dan sebagainya. Untuk menyediakan semua dokumen ini, saya membuat rujukan dengan membaca Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak dan Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili Tahun 2010.

43

Pembelajaran daripada pengalaman Setelah selesai melakukan tugasan ini, saya lebih menyedari bahawa betapa pentingnya sesuatu pelaksanaan projek itu dibuat dengan prosedur yang teratur. Kertas kerja perlu disediakan kepada pihak pentadbir sekolah untuk mendapat kelulusan. Membuat surat lantikan, permohonan, Minit Mesyuarat, membentuk AJK, buku program dan sebagainya. Masa menjadi masalah utama untuk menjayakan projek ini. Pelbagai aktiviti telah disusun dalam takwim sekolah contohnya Sukan Tahunan, latihan Rumah Sukan, Minggu Sains dan Matematik dan Bahasa. Oleh itu, masa yang sesuai dipilih pada 7-11 Februari 2011. Kelas Tambahan PMR dan SPM pula diadakan pada 21 Februari 2011 dan Ujian Bulanan 7-12 Februari 2011. Pada masa akan datang, saya akan berusaha untuk mencari hari dan tarikh yang lebih sesuai supaya dapat melibatkan penyertaan lebih banyak pelajar. Peningkatan kualiti diri Melalui tugasan ini, saya telah mendapat pengajaran bahawa untuk menjadi seorang penasihat sesebuah persatuan yang baik, perlu banyak membuat rujukan dan bertanya kepada orang lain. Projek yang berjalan dengan baik dan lancar akan memudahkan objektif tercapai. Projek ini menjadikan saya lebih yakin dengan keupayaan diri sendiri dan puas hati kerana melihat pelajar dapat berinteraksi, bekerjasama, saling menghormati dan dapat menerapkan nilai-nilai murni dan amalan berbudi-bahasa sesama mereka. Kesimpulan Tugasan atau projek ini telah menyedarkan saya bahawa untuk melaksanakan sesuatu itu perlu membuat perancangan atau kertas kerja terlebih dahulu. Objektif sesuatu projek perlu jelas supaya dapat mencapai apa yang dikehendaki. Penglibatan dan kerjasama dari semua pihak amat penting selain daripada aspek masa dan sumber kewangan. 44

Disemak oleh Pensyarah

Disahkan oleh Guru Besar/Pengetua

Catatan:

Catatan:

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Tandatangan : Nama Tarikh : :

32

Rujukan kami: JPS(W)SMKE(Kk)/153/02/04/JLD.2(02) Tarikh: 20 Januari 2011 Kelab Rukun Negara, Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili, 95800 Engkilili, Sri Aman.

Semua ahli Kelab Rukun Negara, Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili. Saudara/Saudari, Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kelab Rukun Negara Kedua. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kelab Rukun Negara, Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili akan diadakan seperti butiran di bawah : Tarikh : 24 Februari 2011 Masa : 3.00 petang Tempat : Kelas Tingkatan 3 Amanah 2. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut : 2.1 Ucapan Pengerusi 2.2 Pelaporan oleh Ketua Jawatankuasa Kecil. 2.3 Hal-Hal lain

12

3.

Saudara/Saudari dijemput hadir ke mesyuarat ini. Kehadiran amat

dihargai.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

_______________________ ( THOMPSON AK SIMPOI ) Setiausaha Kelab Rukun Negara, Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili.

s.k.

1. Guru Penolong Kanan kokurikulum 2. Guru Penasihat Kelab Rukun Negara 3. Pengerusi Kelab Rukun Negara

13

PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA KECIL

AJK Protokol 1. Elizabert (ketua) 2. Petrus 3. Helen AJK Peralatan 1. Joseph (ketua) 2. Maja 3. Charles AJK Siaraya 1. Macqueen (ketua) 2. Remmer 3. Sindie AJK Sijil, hadiah dan cenderamata 1. Florance (ketua) 2. Kartini 3. Stepannie

Juru acara 1. Harrison (ketua) 2. Jennifer

AJK Jamuan 1. Alexson (ketua) 2. Shirley 3. Norma AJK Kebersihan 1. Gordon (ketua) 2. Teddy 3. Bobby

14

ATUR CARA MAJLIS (Hari Penutupan)

2.30 petang - semua pelajar berkumpul di Pusat Sumber sekolah. - guru-guru mengambil tempat.

2.35 petang - Tn. Pengetua, Guru Penolong Kanan Kokurikulum mengambil tempat di Pusat Sumber sekolah.

2.40 petang - Nyanyian Lagu Kebangsaan, Negeri dan lagu sekolah. - Bacaan doa - Ucapan penutupan oleh Tn Pengetua - Ceramah oleh Kaunselor dari Unit Bimbingan dan Kaunseling - Ceramah oleh Ketua Panitia Pendidikan Moral - Bacaan ikrar Rukun Negara oleh semua ahli Kelab Rukun Negara - Penyampaian hadiah dan cenderamata 4.00 petang - Jamuan ringan - Bersurai

Rujukan Kami: JPS(W) SMKE (Kk)153/02/04/JLD (03) Tarikh : 24 Januari 2011

Kelab Rukun Negara, Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili, 95800 Engkilili, Sri Aman.

Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili, 95800 Engkilili, Sri Aman. Tuan, Memohon Peruntukan Kewangan Untuk Jamuan Sempena Majlis

Penutupan Kempen Budi-Bahasa dan Penerapan Nilai-Nilai Murni. Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sehubungan itu dimaklumkan bahawa pihak kami akan mengadakan

Ceramah/Kempen Budi-Bahasa dan Penerapan Nilai-Nilai Murni sebagai satu aktiviti dalam kelab Rukun Negara peringkat sekolah tahun 2011. 3. Oleh yang demikian bagi menjayakan aktiviti tersebut, dipohon jasa baik

pihak tuan untuk memberi peruntukan seperti perkara yang dinyatakan di atas untuk 40 orang ahli Kelab Rukun Negara dan 10 orang guru serta jemputan. Aktiviti tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut :

14

3.1 Tarikh 3.2 Masa

: 10 Februari 2011 : Mulai 2.30 petang

3.3 Tempat : Pusat Sumber Sekolah S.M.K. Engkilili 4. Kerjasama serta sokongan tuan amat dihargai dan didahului dengan

ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

__________________________ ( FARIZAH BINTI SAPERI ) Guru Penasihat, Kelab Rukun Negara, Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili.

s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah 15

Rujukan kami: JPS(W) SMKE(Kk)153/02/04/JLD(04) Tarikh : 25 Januari 2011

Kelab Rukun Negara, Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili, 95800 Engkilili, Sri Aman.

Ketua Panitia Pendidikan Moral, Sekolah Menengah kebangsaan Engkilili, 95800 Engkilili, Sri Aman.

Tuan, Memohon Seorang Penceramah Dari Panitia Pendidikan Moral. Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sehubungan itu dimaklumkan bahawa Kelab Rukun Negara Sekolah

Menengah Kebangsaan Engkilili akan mengadakan ceramah Penerapan NilaiNilai Murni di kalangan pelajar peringkat sekolah tahun 2011 seperti berikut : 2.1 Tarikh 2.2 Masa : 10 Februari 2011 : 2.30 4.00 petang

2.3 Tempat : Pusat Sumber Sekolah 2.4 Penyertaan : 40 orang pelajar. 16

3.

Oleh yang demikian bagi menjayakan aktiviti tersebut, dipohon jasa baik

pihak tuan untuk menyediakan seorang guru dari Panitia Pendidikan Moral untuk menyampaikan ceramah mengenai penerapan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. 4. Kerjasama serta sokongan pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan

ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

_____________________________ ( FARIZAH BINTI SAPERI ) Guru Penasihat, Kelab Rukun Negara, Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili.

s.k.

1. Guru Penolong Kanan Kokurikulum 2. Ketua Panitia Pendidikan Moral 3. Unit Bimbingan dan Kaunseling 17

Rujukan kami: JPS(W)SMKE(Kk)153/02/04/JLD(05) Tarikh: 25 Januari 2011 Kelab Rukun Negara, Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili, 95800 Engkilili, Sri Aman.

Unit Bimbingan dan Kaunseling, Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili, 95800 Engkilili, Sri Aman. Tuan, Memohon Seorang Penceramah Dari Unit Bimbingan dan Kaunseling. Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sehubungan itu dimaklumkan bahawa Kelab Rukun Negara Sekolah

Menengah Kebangsaan Engkilili akan mengadakan ceramah mengenai kempen budi-bahasa peringkat sekolah pada tahun 2011. 3. Oleh yang demikian bagi menjayakan aktiviti tersebut, dipohon jasa baik

pihak tuan untuk menyediakan seorang kaunselor dari Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk menyampaikan ceramah mengenai kempen budi-bahasa. Aktiviti tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut: 3.1 Tarikh : 10 Februari 2011 3.2 Masa : 2.30 4.00 petang 3.3 Tempat : Pusat Sumber Sekolah 18

3.4 Penyertaan : 40 orang pelajar

4.

Kerjasama serta sokongan pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan

ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

_________________________ ( FARIZAH BT SAPERI ) Guru Penasihat, Kelab Rukun Negara, Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili.

s.k.

1. Guru Penolong Kanan Kokurikulum 2. Unit Bimbingan dan Kaunseling

19

Rujukan kami: JPS(W)SMKE(Kk)153/02/04/JLD(06) Tarikh: 25 Januari 2011 Kelab Rukun Negara, Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili, 95800 Engkilili, Sri Aman.

Penyelaras Pusat Sumber, Sekolah Menengah kebangsaan Engkilili, 95800 Engkilili, Sri Aman. Tuan, Memohon Menggunakan Pusat Sumber Sekolah Untuk Mengadakan

Ceramah Kempen Budi-Bahasa dan Penerapan Nilai-Nilai Murni Untuk AhliAhli Kelab Rukun Negara Peringkat Sekolah 2011. Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sehubungan itu dimaklumkan bahawa Kelab Rukun Negara Sekolah

Menengah Kebangsaan Engkilili akan mengadakan ceramah seperti yang dinyatakan di atas. 3. Oleh yang demikian bagi menjayakan aktiviti tersebut, dipohon jasa baik

pihak tuan untuk memberi kebenaran kepada Kelab Rukun Negara untuk menggunakan Pusat Sumber sekolah. Aktiviti tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut :

20

3.1 Tarikh : 10 Februari 2011 3.2 Masa : 2.30 4.00 petang 3.3 Tempat : Pusat Sumber Sekolah 3.4 Penyertaan : 40 orang pelajar 4. Kerjasama serta sokongan pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan

ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

________________________ (FARIZAH BT SAPERI) Guru Penasihat, Kelab Rukun Negara, Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili.

s.k.

1. Guru Penolong Kanan Kokurikulum 2. Penyelaras Pusat Sumber Sekolah 21

Minit Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kelab Rukun Negara Pertama Tarikh Masa Tempat : 17 Januari 2011 : 3.00 petang : Kelas Tingkatan 3 Amanah

Ahli yang hadir : 1. Elizabert Ak Renting (Pengerusi) 2. Joseph Kudy Ak Gon (Naib Pengerusi) 3. Thompson Ak Simpoi (Setiausaha) 4. Sindie Ak Tinggie (Naib Setiausaha) 5. Kartini Chai (Bendahari) 6. Remmer Ak Melaka (AJK Kecil Tingkatan 1) 7. Harrison Mark (AJK Kecil Tingkatan 2) 8. Stephannie Cathy Ak Imping ( AJK Kecil Tingkatan 3) 9. Florence Cathy Ak Imping (AJK Kecil Tingkatan 4) 10. Mendia Ak Sidie (AJK Kecil Tingkatan 5) 11. Moses Ak Jembai 12. Andrew Ak Gunan 13. Harrina Ak Layam 14. Nurul Atikah 15. Asprilla 16. Bobby Ak Doman 17. Aryvyner Hen 18. Alexson 19. Helen Chin 20. Jennifer Mena .

Bil.

Agenda

Tindakan

1.

Ucapan Pengerusi. Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada semua ahli jawatankuasa.

Pengerusi

2.

Mengesahkan Minit Mesyuarat kali pertama. 2.1 Pencadang 2.2 Penyokong Joseph Ak Kudy Kartini Chai

3.

Projek Kelab Rukun Negara 3.1 Pertandingan Membaca Ikrar Rukun Negara. 3.2 Mempamerkan Nilai-Nilai Murni. 3.3 Sudut Rukun Negara Di Setiap Kelas. 3.4 Ceramah Kempen Berbudi-Bahasa. 3.5 Ceramah Penerapan Nilai-Nilai Murni.

Guru Penasihat Ahli KRN

4.

Hal-hal lain.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang. Dicatat oleh, _____________________ (THOMPSON AK SIMPOI) Setiausaha, Kelab Rukun Negara, Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili. Tarikh : 17 Januari 2011 Disahkan oleh, ____________________ ( FARIZAH BT SAPERI ) Guru Penasihat.

Minit Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kelab Rukun Negara Kali-2 Tarikh Masa Tempat : 24 Januari 2011 : 3.00 petang : Kelas Tingkatan 3 Amanah

Ahli yang hadir : 1. Elizabert Ak Renting (Pengerusi) 2. Joseph Kudy Ak Gon (Naib Pengerusi) 3. Thompson Ak Simpoi (Setiausaha) 4. Sindie Ak Tinggie (Naib Setiausaha) 5. Kartini Chai (Bendahari) 6. Remmer Ak Melaka (AJK Kecil Tingkatan 1) 7. Harrison AK Mark (AJK Kecil Tingkatan 2) 8. Stephannie Dian Ak Ningkan (AJK Kecil Tingkatan 3) 9. Florence Cathy Ak Imping (AJK Kecil Tingkatan 4) 10. Mendia Ak Sidie (AJK Kecil Tingkatan 5) 11. Anny Lay 12. Petrus Ak Cheling 13. Maja Ak Panggau 14. Kristoper Ak Ngalai 15. Helen Chin 16. Harrina Ak Layam 17. Nurul Atikah 18. Zuhaiza 19. Silver Ak Clement 20. Andrew Ak Gunan

Bil.

Agenda

Tindakan

1.

Ucapan Pengerusi. Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada semua ahli dan diharap dapat menjayakan projek untuk Kelab Rukun Negara dengan jayanya.

Pengerusi Ahli Kelab Rukun Negara

2.

Pelaporan oleh Ketua Jawatankuasa Kecil. Jawatankuasa Kecil telah dibentuk untuk menjayakan projek Kelab Rukun Negara peringkat sekolah Tahun 2011. AJK Kecil 2.1 Protokol 2.2 Peralatan 2.3 Siaraya 2.4 Sijil dan hadiah. 2.5 Jamuan 2.6 Kebersihan 2.7 Juru Acara

Ketua AJK

Rujuk lampiran

3.

Hal-hal lain.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.

Dicatat oleh,

Tarikh: 24 Januari 2011

___________________ (THOMPSON AK SIMPOI) Setiausaha, Kelab Rukun Negara, Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili.

Disahkan oleh,

______________________ (FARIZAH BT SAPERI) Guru Penasihat.

Rumusan

Untuk pemerolehan ilmu, enam dasar kerajaan telah ditetapkan dalam tugasan/projek ini. Enam dasar kerajaan tersebut adalah Pelan Integriti Nasional, Kempen Kepimpinan Melalui Teladan, Budaya Kerja Cemerlang, Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam dalam pentadbiran, Kempen Budi-Bahasa dan Islam Hadhari. Isi-isi penting dicatat dalam bentuk peta minda/grafik. Satu dasar dibuat dalam satu peta minda/grafik. Untuk penguasaan ilmu pula, kertas kerja Projek yang telah disediakan perlu mendapat kelulusan pihak pentadbir sekolah. Pelbagai dokumen sokongan harus disediakan dalam menjayakan projek ini. Dari aspek pemindahan ilmu pula, laporan projek harus disediakan baik dari aspek kekuatan dan kelemahan serta cadangan untuk penambahbaikan. Gambar-gambar yang berkaitan dengan projek dikepilkan sebagai bukti pelaksanaan projek. Dari aspek sikap dan sahsiah pula, jadual kerja dan borang kolaborasi harus disediakan bermula dari hari pertama pensyarah memberi tugasan sehingga menyerahkan projek ini pada interaksi Mac 2011. Penulisan refleksi pula mesti berpandukan panduan yang telah ditetapkan oleh pensyarah pembimbing. Secara keseluruhannya, projek ini berjaya dilaksanakan.

BIBLIOGRAFI

Pendahuluan

Tugasan ini iaitu PSS 3107, Nilai dan Etika dalam Pengajian Sosial mengkehendaki mencari maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan yang telah ditetapkan iaitu Pelan Integriti Nasional, Kempen Kepimpinan Melalui Teladan, Budaya Kerja Cemerlang, Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam dalam Pentadbiran, Kempen Budi Bahasa dan Islam Hadhari. Kertas Kerja Projek harus disediakan mengikut prosedur dan dokumen sokongan perlu dikepilkan bersama. Contohnya surat-menyurat, minit mesyuarat, surat lantikan dan lain-lain lagi. Setelah Kertas Projek disediakan dan dilaksanakan, laporan Projek tersebut harus disediakan. Laporan merangkumi aspek kelemahan, kekuatan dan cadangan untuk penambahbaikan. Bahan bukti pelaksanaan Projek juga harus dikepilkan bersama. Justeru, dari aspek sikap dan sahsiah pula; jadual kerja, borang kolaborasi dan penulisan refleksi dibuat mengikut format yang telah ditetapkan.

1