Kertas Cadangan Repaired)

Embed Size (px)

Citation preview

Isi Kandungan Bil 1 2 3 4 Perkara Isi Kandungan Penghargaan Abtrak Proposal Kajian Tindakan 1.0 2.0 3.0 4.0 Tajuk kajian Nama penyelidik Nama sekolah Pendahuluan 4.1 Pengenalan 4.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu 4.3 Refleksi nilai pendidikan 5.0 Fokus kajian 5.1 Isu kajian 5.2 Tinjauan Literatur 6.0 7.0 8.0 9.0 10.0 5 6 Objektif kajian Kumpulan sasaran Tindakan yang dicadangkan Jadual pelaksanaan kajian Senarai bahan dan kos yang terlibat. 6-8 8-11 11-13 13 13-14 14-15 16 16 17-20 21-23 24-26 27 28 1 Muka surat 1 2-4 5 6 6 6 6

Lampiran Rujukan

Penghargaan

Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Terlebih dahulu, saya ingin bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah mengurniakan saya pelbagai keistimewaan disebalik kelemahan diri. Saya juga amat bersyukur kerana telah berjaya menyiapkan proposal kajian tindakan ini dengan baik. Dalam menjayakan usaha saya ini, saya telah diberikan sokongan sama ada dari segi mental atau fizikal iaitu daripada ibu bapa saya, penyarah pembimbing, guru pembimbing, guru-guru SK.Koporingan, Tamparuli, rakan-rakan unit PISMP Matematik Ambilan Januari 2009 serta muridmurid SK. Koporingan, Tamparuli. Ibu bapa saya juga merupakan pendidik anak bangsa yang telah saya jadikan role model dalam persediaan saya sebagai bakal pendidik pada masa hadapan. Merekalah yang telah memberikan sokongan dan dorongan kepada saya supaya saya bersemangat untuk menjalankan kajian tindakan. Bapa saya pernah berpesan, kajian tindakan itu amat penting bagi guru dalam memantapkan lagi karier serta profesionalisme guru. Inilah merupakan suntikan semangat yang amat saya titikberatkan. Terima kasih bapa dan ibu. Seterusnya, saya amat bersyukur kerana ditakdirkan untuk menjadi anak didik penyarah pembimbing saya iaitu En. Haslan Manja. Beliau amat bersemangat sekali dalam membantu saya supaya menjadi yang terbaik dalam yang terbaik. Segala kritikan beliau telah menjadikan saya lebih bersemangat untuk memantapkan lagi diri saya sebagai seorang guru. Terima kasih, kerana memberikan perkongsian ilmu, tuan. Saya 2

mengharapkan yang terbaik akan dapat saya realisasikan dalam Kajian Tindakan yang akan saya laksanakan nanti. Selain itu, bantuan dan dorongan daripada guru pembimbing saya iaitu En. Mohd Zaki Othman, guru Matematik SK.Koporingan, Tamparuli juga amat membantu dalam merancang pelaksaan kajian tindakan ini. Beliau selalu berkongsi pendapat dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik, maklumat murid, serta bantuan dari aspek bahan mengajar. Terima kasih, cikgu. Seterusnya, tanpa perkongsian pengalaman, guru-guru SK. Koporingan, tidak mungkin saya dapat merancang kajian tindakan ini dengan teratur. Dan mustahil bagi saya untuk membina hubungan rapo dengan murid-murid yang menjadi kumpulan sasaran dalam kajian ini. Oleh itu, jutaan terima kasih atas perkongsian pengalaman cikgu-cikgu semua. Tanpa perkongsian pendapat dalam kalangan guru pelatih, tidak mungkin saya dapat menyediakan kertas cadangan ini dengan baik. Segala maklumat dan bahan yang dikongsi saya amat hargai. Terima kasih rakan-rakan seperjuangan unit PISMP Matematik Ambilan Januari 2009. Yang terakhir sekali, murid-murid saya iaitu murid Tahun 3 UMS. Saya amat berbangga dengan prestasi yang baik dalam kalangan mereka. Mereka telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang saya mengajar dan mengumpulkan maklumat untuk perancangan kajian tindakan. Terima kasih anak-anak muridku. Dengan itu, saya amat berharap sekali sekiranya kajian tindakan ini memberikan hasil yang positif pada diri saya sendiri sebagai guru Matematik kelak dan juga anak3

anak bangsa. Adalah diharapkan agar segala perancangan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Dayang Reyhana Musain

4

Abstrak

Seringkali kedengaran keluhan guru-guru Matematik tentang masalah murid tidak menguasai sifir. Siapakah yang lemah sebenarnya? Sama ada murid dari segi pemahaman konsep darab ataupun dari diri guru Matematik sendiri dalam memahamkan konsep darab kepada murid. Kajian ini merupakan kajian tindakan bagi mengenalpasti kelemahan murid sebenarnya dalam menguasai kemahiran mendarab. Selain itu, kajian ini juga dilaksanakan untuk melihat sejauhmanakah strategi penggunaan Garis Bertindih dalam membantu murid-murid menguasai konsep darab dalam tempoh yang singkat. Kajian ini dijalankan secara pemerhatian, ujian pra dan post, ujian lisan serta penilaian pengajaran dan pembelajaran guru penyelidik.

5

1.0

Tajuk kajian Meningkatkan penguasaan murid Tahun 3 terhadap konsep darab menggunakan kaedah 'Garis bertindih'.

2.0

Nama penyelidik Dayang Reyhana binti Musain

3.0

Nama sekolah Sekolah Kebangsaan Koporingan, Tamparuli, Sabah.

4.0

Pendahuluan 4.1 Pengenalan Model Kemmis dan McTaggart (1988), terdapat empat langkah dalam kajian tindakan berdasarkan gelungan (cycle). Berikut merupakan gelungan dalam model Kemmis dan McTaggart.

MEMERHATI

MEREFLEK

BERTINDAK

MERANCANG

Gambarrajah 1: Model Kemmis dan McTaggart (1988) 6

Berdasarkan model di atas, saya telah menjalankan dua langkah utama dalam penulisan proposal kajian tindakan ini iaitu mereflek dan merancang. Dalam langkah mereflek, saya telah merefleksi diri sendiri bagi melihat kekuatan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran saya. Saya juga telah menilai sejauhmanakah masalah murid dalam pembelajaran Matematik. Dengan itu, saya telah membuat hipotesis kemungkinan masalah Matematik yang berlaku dalam kalangan murid bermula daripada sesi praktikum yang telah saya jalani iaitu praktikum I di SK. Selupoh, praktikum II di SK.Nongkolud, dan praktikum III di SK.Koporingan. Ketiga-tiga sekolah merupakan cabaran bagi saya dan menunjukkan perbezaan yang amat ketara dari aspek pengajaran saya sendiri mahupun murid. Seterusnya, langkah merancang. Setelah menjangkakan masalah yang mungkin dihadapi murid dalam subjek Matematik, saya merancang segala tindakan bagi mengatasi masalah yang saya fokuskan. Perancangan saya termasuklah merumuskan masalah yang dikenalpasti daripada refleksi pengajaran dan pembelajaran masa lalu, menentukan objektif yang ingin dicapai, menentukan kumpulan sasaran, memilih dan merancang metodologi kajian, merancang tindakan yang harus diambil, merancang masa pelaksanaan tindakan serta menentukan kos kajian. Manakala, dua lagi langkah iaitu bertindak dan memerhati akan saya jalankan pada semester II (Jun 2012) di mana praktikum internship akan saya jalani. Harapan saya sepanjang melaksanakan kajian tindakan 7

ini ialah diharapkan agar segala perancangan dapat dijalankan dengan baik dan membuahkan hasil yang diingini. Saya juga amat berharap sekiranya ianya memberikan makna kepada murid-murid dalam pembelajaran Matematik mahupun diri saya sendiri sebagai bakal guru kelak.

4.2

Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu Masalah murid tidak hafal sifir sememangnya sentiasa wujud di setiap sekolah. Masalah ini wujud dalam diri saya sebagai bakal guru Matematik sejak pada sesi praktikum pertama, kedua dan kini sesi praktikum ketiga. . Pada sesi praktikum yang pertama iaitu di Sekolah Kebangsaan Selupoh, Tuaran, saya mengajar subjek Matematik Tahun 5 dan Tahun 3. Saya mendapati bahawa, sekiranya murid menghadapi masalah dalam konsep darab, maka kemahiran yang lain juga tidak berjaya dipraktikkan. Contohnya topik bahagi yang memerlukan pengetahuan asas darab. Saya telah berkongsi masalah ini dengan guru pembimbing saya pada ketika itu. Beliau menyatakan bahawa tahap penguasaan murid terlalu lemah dan saya perlu menggunakan kaedah yang membolehkan mereka faham. Hal ini terlalu memakan masa dan saya tidak dapat menepati Rancangan Pengajaran Tahunan. Guru pembimbing saya juga berkongsi satu cara yang menarik untuk murid praktikkan dalam konsep darab yang melibatkan nombor besar. 8

Walaupun cara ini menarik, namun terdapat beberapa orang murid yang lambat faham kerana ianya melibatkan nombor yang terlalu banyak dan mereka perlu menghafal sifir asas iaitu sifir 0 hingga sifir 12. Guru pembimbing saya juga tidak menggalakkan saya supaya mengarahkan murid menghafal sifir. Hal ini kerana, cara seperti ini tidak berjaya kerana murid kurang motivasi. Seringkali saya terdengar keluhan murid bahawa sifir ini susah sebab perlu mengira berulang-ulang, perlu hafal sifir asas baru dapat jawab soalan darab yang melibatkan nombor besar. Hal inilah yang berlaku di kelas Tahun 5 yang saya ajarkan. Namun, semasa mengajar kelas Tahun 3, saya telah menggunakan alat bahan bantu mengajar yang konkrit seperti penggunaan gelas dan batu kecil. Murid Tahun 3 mampu menguasai konsep darab sekiranya alat bahan bantu menarik perhatian mereka. Selain itu, saya juga menggunakan petak grid untuk mengajar konsep darab. Murid Tahun 3 lebih berhati-hati mengira dan mendapatkan jawapan yang betul kerana mereka tidak keliru dengan penggunaan nombor. Pada sesi praktikum yang kedua juga saya menghadapi masalah sama di Sekolah Kebangsaan Nongkolud, Tuaran. Di sekolah ini saya mengajar murid Tahun 5. Pada mulanya saya menjangkakan tahap penguasaan murid terhadap fakta asas sudah berada pada tahap yang baik. Namun sebaliknya telah terjadi. Murid terlalu lemah untuk memahami soalan dan seringkali melakukan kecuaian dalam mendarab. Walaupun mereka telah menjawab soalan sifir dengan menggunakan kaedah penambahan berulang, namun mereka cuai sekiranya jumlah 9

terlalu banyak. Tambahan lagi, murid tiada inisiatif membantu diri untuk berusaha menghafal sifir. Bagi mereka kaedah menghafal sifir terlalu sukar untuk dilaksanakan. Untuk itu, saya telah melaksanakan kaedah 'token ekonomi'. Bagi murid yang berjaya menghafal sifir saya akan memberikan ganjaran. Manakala murid yang tidak berjaya saya akan berikan hukuman. Hal ini juga tidak berjaya kerana persepsi murid terhadap sifir terlalu sukar dan mereka tidak faham mengapa 3 x 4 jawapannya 12. Mereka hanya akan tahu sekiranya guru mengatakan 'buat penambahan berulang untuk 3 sebanyak 4 kali'. Hal ini membuktikan bahawa murid terlalu bergantung pada guru untuk mendapatkan jawapan. Selepas itu, murid akan lupakan kerana masih menganggap 'sifir itu terlalu sukar'. Saya berasa kesal dan tidak berpuas hati terhadap diri sendiri kerana tidak memberikan tunjuk ajar yang betul. Oleh yang demikian, pada sesi praktikum ketiga di Sekolah Kebangsaan Koporingan, saya bertekad supaya tidak terdengar lagi keluhan 'sifir terlalu sukar' atau 'kami tidak mahu hafal sifir' daripada murid yang akan saya ajar. Untuk tujuan itu, saya akan melaksanakan kajian terhadap murid kelas Tahun 3 UMS dengan bersungguh-sungguh bagi memperbaiki kelemahan pada diri saya dan meningkatkan penguasaaan pembelajaran murid saya. Sebelum memulakan kajian, saya telah menjangka masalah yang dihadapi oleh murid. Namun begitu untuk lebih kepastian dan bukti kukuh saya mulakan dengan Ujian Diagnostik Kemahiran I dan Ujian Diagnostik Kemahiran II. Selain itu, saya juga akan mengenalpasti tahap 10

penguasaan murid dalam pembelajaran dengan memeriksa buku latihan, buku kerja dan juga tingkah laku yang ditunjukkan murid dalam kelas sewaktu sesi pengajaran saya. Dengan langkah-langkah ini saya telah mengenalpasti murid mengikut tahap dan mendapati bahawa tajuk kajian saya sesuai untuk dilaksanakan.

4.3

Refleksi nilai pendidikan Penyelidikan tindakan sememangnya tidak boleh mengelakkan daripada mengenalpasti dan seterusnya meneliti secara mendalam nilainilai pendidikan yang dipegangnya. Hanya apabila pendidik menyedari nilai pendidikan yang tersirat, barulah pendidik dapat mengutip data untuk mengkaji sejauh manakah nilai-nilai tersebut dipraktikkan dalam amalan atau pengajaran. Dalam kajian tindakan yang saya jalankan ini, saya telah banyak menyedari aspek-aspek nilai pendidikan yang memberikan makna pada diri saya dan juga pada anak bangsa. Kesemua nilai pendidikan yang telah saya kenalpasti merupakan matlamat yang harus saya realisasikan dalam amalan saya sebagai seorang guru atau dalam pengajaran yang akan saya laksanakan pada masa hadapan. Nilai pendidikan yang pertama iaitu memberikan layanan adil dan saksama kepada semua murid. Nilai ini adalah merupakan hasil daripada tinjauan saya dalam pengajaran dari sesi praktikum I sehingga 11

sesi praktikum III. Saya mendapati bahawa kadang-kadang guru hanya focus kepada murid yang bermasalah. Namun tidak dapat disangkal juga ada dalam kalangan guru yang mengabaikan murid yang bermasalah dalam pembelajaran. Oleh itu, dalam kajian tindakan yang saya akan laksanakan, saya berhasrat agar saya dapat menyampaikan ilmu atau kemahiran yang berguna kepada semua murid yang menjadi sasaran saya dalam kajian. Saya juga berhasrat agar semua murid dapat meningkatkan penguasaan mereka menggunakan kemahiran yang saya sampaikan. Seterusnya, nilai memupuk budaya belajar dalam kalangan murid juga merupakan salah satu nilai pendidikan yang ingin saya realisasikan. Sepanjang menjalani praktikum saya telah mengenalpasti hipotesis bahawa semakin kurang budaya belajar dalam kalangan murid semakin menurun prestasi murid dalam sesuatu subjek. Budaya belajar ini harus dipupuk melalui beberapa cara seperti penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik dan sesuai pada semua peringkat murid dan perbezaan murid. Dalam kajian ini, saya berharap agar murid bermotivasi dalam meningkatkan amalan budaya ingin belajar. Selain itu, nilai pendidikan yang akan saya realisasikan ialah menggalakkan murid menjadi critical thinkers. Saya menyatakan sedemikian kerana saya berpendapat bahawa murid seharusnya berfikir secara lebih kritis dan kreatif dalam menguasai sesuatu kemahiran. Dengan itu, saya telah memperkenalkan satu kaedah dalam

meningkatkan penguasaan mendarab dalam kalangan murid. Adalah 12

diharapkan murid menjadikan kaedah ini sebagai satu cara untuk menguasai sifir. Itulah hasrat yang ingin saya gapai. Dan seterusnya, nilai membina keyakinan dan imej kendiri yang positif dalam kalangan murid juga merupakan salah satu nilai pendidikan yang ingin saya realisasikan. Berdasarkan refleksi pengajaran lalu yang telah saya kenalpasti, saya mendapati bahawa murid-murid lemah pada kemahiran tertentu kerana merasakan ianya susah untuk dipelajari. Apabila merasakan sedemikian rupa, murid tidak bermotivasi untuk menguasai kemahiran tersebut dan seterusnya mengabaikannya. Dengan itu, melalui kajian ini, saya amat berharap agar tiada perbezaan antara murid lemah dan murid tahap tinggi. Saya juga berhasrat agar perasaan senang itu sentiasa wujud setelah mereka mengetahui cara tertentu untuk membantu diri mereka sendiri dalam menguasai kemahiran tertentu menggunakan kaedah yang saya sampaikan.

5.0

Fokus kajian 5.1 Isu kajian Kajian yang dijalankan ini adalah berfokuskan kepada kemahiran mendarab sifir 0 hingga 9 menggunakan teknik 'garis bertindih' untuk murid Tahun 3 UMS. Kajian ini adalah penting bagi murid tahap satu untuk menguasai konsep mendarab sifir 0 hingga 9. Penguasaan murid terhadap konsep darab iaitu 'proses penambahan berulang' harus dipertingkatkan dengan penjelasan yang lebih konkrit iaitu teknik 'garis bertindih'.Kemahiran mendarab 13

memerlukan kemahiran mengira, menulis ayat sifir dan yakin diri. Jika murid mampu menulis sifir dengan mengiranya dengan penggunaan teknik 'garis bertindih' ini yang lebih mudah, maka murid akan terdorong untuk menghafal sifir setelah menulis ayat sifir secara berulang.

5.2 Tinjauan Literatur

Kepentingan kefahaman konsep dalam Matematik. Azizi & Elanggovan (2010), menyatakan bahawa pengetahuan merupakan sesuatu yang tidak boleh dipindahkan dari seseorang yang lain sebaliknya ia hanya boleh dibina oleh pelajar itu sendiri melalui proses berinteraksi dengan persekitaran pembelajaran. Tambahan lagi, persekitaran juga boleh dijadikan sebagai alat perhubungan yang dapat mengaitkan idea matematik dengan pengalaman harian. Kurangnya penguasaan konsep asas matematik akan mengurangkan minat terhadap pembelajaran matematik. Kefahaman konsep juga merupakan perkata penting dalam pembelajaran matematik. Sekiranya, murid tidak dapat menguasai konsepnya maka mereka akan menganggap subjek tersebut sukar.

Proses pembelajaran Dalam menguasai sesuatu kemahiran, murid akan melalui beberapa fasa. Robert M. Gagne (seperti yang dinyatakan dalam Mok Soon Sang, 2008) menyatakan bahawa manusia memperolehi maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. Beliau telah menyarankan lapan fasa yang akan dialami oleh 14

manusia dalam proses pembelajaran iaitu fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa penyimpanan, fasa penahanan, fasa ingatan kembali, fasa generalisasi, fasa prestasi dan fasa maklum balas. Fasa-fasa yang dinyatakan amat penting dalam membentuk konsep dalam pemikiran murid dan harus dilalui oleh murid. Ianya juga mengambil masa dan kompleks.

Memahami konsep hasil darab Rosnah (2010), pemahaman konsep operasi darab itu sendiri perlu jelas

kepada murid bagi memudahkan mereka menguasai sifir darab. Konsep darab adalah berhubungkait dengan operasi tambah. Hasil darab suatu nombor merupakan hasil tambah berulang-ulang nombor tersebut.

15

6.0

Objektif kajian 6.1 Objektif am: 6.1.2 Meningkatkan penguasaan murid terhadap konsep darab dengan menggunakan kaedah 'garis bertindih'. 6.1.2 Menambahbaik amalan p&p pengkaji dalam matapelajaran Matematik yang berkaitan dengan penguasaan kemahiran mendarab satu digit dengan satu digit, dua digit dengan satu digit. 6.2 Objektif khusus: 6.2.1 Murid dapat menguasai kemahiran mendarab satu digit nombor dengan satu digit nombor, dua digit nombor dengan satu digit nombor, sama ada secara pengumpulan semula atau tanpa pengumpulan semula dengan menggunakan kaedah 'garis bertindih'. 6.2.2 Murid menggunakan bahan konkrit dan juga gambar untuk

melaksanakan

operasi darab satu digit nombor dengan satu digit

nombor, dua digit nombor dengan satu digit nombor.

7.0 Kumpulan sasaran Kumpulan sasaran terdiri daripada 7 orang murid Tahun 3 UMS, Sekolah Kebangsaan Koporingan. Saya mengambil keputusan untuk mengadakan kajian ke atas semua murid tahun 3 UMS agar semua murid kelas ini mendapat faedah dan manfaat kerana teknik 'garis bertindih' ini boleh menarik minat semua murid untuk memahami sifir dan seterusnya menguasai sifir.

16

8.0 Tindakan yang dicadangkan Sebanyak lapan cadangan aktiviti yang dirancang untuk membantu murid meningkatkan penguasaan terhadap konsep darab menggunakan kaedah 'Garis bertindih'. Aktiviti-aktiviti tersebut diperjelaskan lagi oleh pengkaji dalam bentuk jadual seperti yang tertera di bawah ini:

Cadangan aktiviti

Kumpulan sasaran

Tujuan

Bahan diperlukan/ Instrumen

Aktiviti 1 Ujian pra

7 murid Tahun UMS

orang Ujian

pra

dilaksanakan Set soalan ujian

bertujuan untuk mengenalpasti pra 3 kesukaran murid dalam

kemahiran mendarab. orang Tujuan aktiviti adalah 1 ini Papan untuk bertindih. Pelekat penanda. Kertas penggaris berwarna. garis

Aktiviti 2 Memperkenal kan 'Garis

7 murid Tahun UMS

dilaksanakan

3 memperkenalkan teknik 'garis bertindih' dalam sifir.

Bertindih' dalam sifir

AKtiviti 3

7 murid

orang Tujuan

aktiviti adalah

2

ini Kertas grid untuk

dilaksanakan

17

Latihan 'Garis Tahun Bertindih' dalam membentuk carta sendiri sifir UMS

3 melatih murid menggunakan Papan teknik 'garis bertindih' dalam bertindih. membentuk sifir.

garis

Pelekat penanda. Contoh. Kertas penggaris berwarna.

Aktiviti 4 Latih tubi

7 murid Tahun UMS

orang Latih

tubi

teknik

'garis Kertas grid Pen warna

bertindih' kali ini lebih kepada 3 latih tubi individu. Murid untuk

digalakkan

menggunakan dua jenis pen warna yang berlainan. Aktiviti 5 Latih tubi 7 murid Tahun UMS orang Latih tubi teknik 'garis Kertas grid untuk Pen warna Kertas A4

bertindih'

diteruskan

3 meneguhkan

pengaplikasian

teknik dalam membina sifir dan seterusnya menghafal.

Aktiviti 6 Ujian Pos

7 murid Tahun

orang Ujian

Pos

dilaksanakan Set soalan Ujian untuk menguji Pos

bertujuan

3 sejauhmana tahap penguasaan teknik 'garis bertindih' untuk

18

UMS Aktiviti 7 Pengajaran dan pembelajaran topik 'Multiplicatio n within 6,7,8 and 9.' 7 murid Tahun UMS

menjawab soalan sifir. orang Pemerhatian terhadap prestasi Pemerhatian murid dalam menggunakan Markah Borang Penilaian Guru

3 teknik ini akan dijalankan iaitu pada hari saya diselia oleh guru pembimbing atau

Pembimbing.

pensyarah pembimbing.

menggunakan teknik 'Garis Bertindih'

Aktiviti 8 Pemerhatian dan ujian

7 murid Tahun UMS

orang Pemerhatian dan ujian akan Aspek 1 dilaksanakan .Ujian Pos 3 pemerhatian aspek. merangkumi aspek dan 2 -kemahiran membina jadual sifir bertindih garis dan

Antara

yang

dititikberatkan adalah seperti berikut: aspek1 membina : menulis sifir

menggunakanny dan a dalam sifir

dengan menghafal

19

pantas dan betul aspek 2: motivasi yang tinggi untuk membantu diri menghafal sifir

secara individu. Aspek 2 -Rakaman video dan catatan masa mengingat sifir.

menggunakan teknik yang diperkenalkan

Jadual 1 : Jadual cadangan aktiviti

20

9.0 Jadual pelaksanaan kajian Aktiviti Aktiviti 1 Ujian pra Peristiwa Tarikh : 1.02.2012

Tempat : Kelas Tahun 3 UMS Masa : 8.20 am-9.50 am

Aktiviti 2 Memperkenalkan 'Garis Bertindih'

Tarikh

: 8.02.2012

Tempat : Kelas Tahun 3 UMS Masa : 10.10 am-11.10 am

dalam sifir

Aktiviti 3 Latihan

Tarikh

: 13.02.2012

'Garis Tempat : Kelas Tahun 3 UMS Masa : 10.10 am-11.10 am

Bertindih' dalam membentuk carta sifir sendiri

21

Aktiviti 4

Tarikh

: 14.02.2012

Latih tubi teknik Tempat : Kelas Tahun 3 UMS 'garis bertindih' Masa Tarikh : 8.20 am -9.50 am : 5.03.2012

Aktiviti 5

Latih tubi teknik Tempat : Kelas Tahun 3 UMS 'garis bertindih' Masa : 8.20 am-9.50 am

Aktiviti 6 Ujian Pos

Tarikh

: 19.03.2012

Tempat : Kelas Tahun 3 UMS Masa : 8.20 am-9.50 am : 28.03.2012

Aktiviti 7

Tarikh

Pengajaran dalam Tempat : Kelas Tahun 3 UMS kelas Masa : 8.20 am hingga 9.50 am.

Aktiviti 8 Pemerhatian dan ujian

Aspek 1 (kemahiran membina jadual sifir garis bertindih dan menggunakannya dalam menghafal sifir secara individu) Tarikh : 30.03.2012

Tempat : Kelas Tahun 3 UMS

22

Masa

: Perpustakaan Sk. Koporingan

Aspek 2 (Rakaman video dan catatan masa mengingat sifir) Tarikh Tempat : 27.03.2012 : Kelas Tahun 3 UMS dan perpustakaan Sk.

Koporingan Masa : 8.20 am-9.50 am

Jadual 2: Jadual Pelaksanaan Kajian dan Cadangan Tarikh

23

10.0

Senarai bahan dan kos yang terlibat Berikut merupakan bahan-bahan yang diperllukan serta kos yang telah digunakan sepanjang pelaksanaan kajian tindakan. Aktiviti 2 Bahan yang diperlukan Mounting board putih Kertas garis berukuran 1 mm x 1 mm - hijau - merah Kertas grid Pelekat tanda (kuning) Laminating paper Kertas A4 3 Kad soalan Kertas grid Pen warna Pelekat tanda (merah) 4 Kertas grid 9 keping 9 keping 7 keping 1 papan 9 keping 9 keping 7 keping 7 keping RM 0.70 RM 1.80 RM. 6.30 RM 0.70 Kuantiti 1 keping Kos RM 3.90

14 batang RM 4.50 1 kotak 7 keping RM 1.80 RM 0.70

24

Pen warna 5 Kertas grid Pen warna 7 Mounting board putih Kertas garis berukuran 1 mm x 1 mm - hijau - merah Kertas grid Pelekat tanda (kuning) Laminating paper Kertas A4 Kad soalan Pen warna 8 Hadiah 1. pensil 2. pemadam 3. penanda buku 4. lencana bijak sifir

14 batang 7 keping RM 0.70

14 batang 1 keping -

9 keping 9 keping 7 keping 1 papan 9 keping 9 keping 5 keping

-

14 batang -

3 paket 2 paket -

RM 4.50 RM 3.00 -

25

Jumlah kos

RM 28.50

Jadual 3: Senarai bahan dan kos yang terlibat

26

Lampiran 1.0 Instrumen 2.0 Ujian diagnostic 3.0 Ujian pra 4.0 Ujian post 5.0 Latih tubi I, II, III 6.0 Rekod anekdot

27