Upload
vuongtuong
View
326
Download
10
Embed Size (px)
Citation preview
MESYUARAT BPI BERSAMA KS SPI JPN TAHUN 2014 Nombor :
Bertarikh : 17 hingga 19 Mac 2014Bilangan salinan :
KERTAS MAKLUMAN
PENGURUSAN DAKWAH DAN SYIAR ISLAMBAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TAJUK :
PELAKSANAAN PROGRAM SAHSIAH UNGGUL MURID (SUMUR) DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DAN SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) TAHUN 2014
____________________________________________________________________
TUJUAN
1. Kertas ini dikemukakan bertujuan untuk memaklumkan ahli mesyuarat tentang
pelaksanaan program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) di Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Tahun
2014.
LATAR BELAKANG
2. Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) merupakan cetusan idea YB Dato’ Seri
Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia. Hasrat ini telah disambut
oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), Kementerian Pelajaran Malaysia
dengan mencetuskan Modul 5C iaitu Murid Contoh, Murid Cerdas, Murid Cerdik,
Murid Cergas dan Murid Ceria.
3. Matlamat program ini adalah untuk; melahirkan murid yang memiliki personaliti
terpuji dan boleh dicontohi oleh murid-murid lain; sentiasa memburu ilmu untuk
0
kebahagiaan di dunia dan akhirat; mempraktikkan amalan penjagaan kesihatan yang
cemerlang dalam kehidupan seharian; mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi
cabaran hidup serta berusaha meningkatkan daya kepimpinan dan bersemangat
patriotisma.
4. Program SUMUR telah dilancarkan oleh YB Dato’ Noh bin Omar, Timbalan Menteri
Pelajaran Malaysia pada 29 Oktober 2007 di Sekolah Agama Menengah Tanjung
Karang, Kuala Selangor, Selangor.
5. Susulan daripada itu, sepuluh (10) buah sekolah rintis telah dipilih bagi
melaksanakannya iaitu; SMKA Maahad Muar, Johor; SMKA Sultan Muhammad,
Melaka; SMKA Nibong Tebal, Pulau Pinang; SMKA Naim Lil-Banat, Kelantan; SMKA
Sheikh Hj Othman Wahab, Sarawak; SABK Imtiaz Dungun, Terengganu; SABK SAM
Tanjung Karang, Selangor; SABK Maahad Al-Aziz, Parit Perak; SABK SMA Al-Maarif,
Kuantan Pahang dan SABK SMA Al-Nahdah, Yan Kedah.
6. Mesyuarat Pengurusan Bahagian Pendidikan Islam Bil.2/2010 pada 8 Februari
2010 telah memutuskan bahawa program SUMUR ini diserahkan kepada Operasi
Dakwah BPI KPM dan telah dilaksanakan bermula tahun 2010 di semua SMKA dan
SABK.
7. Aktiviti pelaporan berpusat telah dilaksanakan pada tahun 2012 melibatkan semua
SMKA dan SABK di enam (6) zon meliputi zon utara, zon tengah, zon selatan, zon
timur, zon Sabah dan zon Sarawak.
8. Manakala bagi tahun 2013 pula, program SUMUR telah berjaya dilaksanakan di
semua sekolah kelolaan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) KPM iaitu 56 buah SMKA
dan 159 buah SABK. Aktiviti pemantauan juga turut dilaksanakan di beberapa buah
1
sekolah terpilih di seluruh negara bagi memastikan pelaksanaan program ini berjalan
sebagaimana dirancang.
PERKARA YANG INGIN DIMAKLUMKAN
9. Nama Program
Pelaksanaan Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) di Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
Tahun 2014.
10. Matlamat
Pelaksanaan program SUMUR di SMKA dan SABK bagi tahun 2014 yang
merupakan kesinambungan bagi pelaksanaannya sejak tahun 2010 perlu
dibugarkan bertujuan untuk memperkukuhkan lagi pelaksanaannya di SMKA
dan SABK yang telah mencecah sebanyak 226 buah sekolah pada tahun 2014.
11. Objektif
11.1 Memastikan program SUMUR ini dilaksanakan dengan jayanya pada
tahun 2014 di semua SMKA dan SABK seluruh negara.
11.2 Mewujudkan penambahbaikan khusus pada Borang Pelaporan bertujuan
untuk penyeragaman laporan daripada pihak sekolah SMKA dan SABK ke SPI
JPN dan BPI KPM.
PENUTUP
12. Ahli mesyuarat adalah dipohon untuk mengambil maklum tentang pelaksanaan
program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
(SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) bagi tahun 2014.
2
Disediakan oleh,Unit Akhlak dan Nilai MurniSektor Pembangunan Akhlak dan Syiar Islam PDSI BPI KPMTarikh: Februari 2014
3
LAMPIRAN
PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM
SAHSIAH UNGGUL MURID (SUMUR)
DI SMKA DAN SABKKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAMKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
CYBERJAYA2014
4
KATA ALU-ALUANPengarah
Bahagian Pendidikan IslamKementerian Pendidikan Malaysia
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan rahmat serta keizinan-Nya telah memungkinkan usaha bagi pelaksanaan Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) bagi semua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di seluruh negara yang mula diperkenalkan dari tahun 2007 hingga kini. Ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersungguh-sungguh dalam usaha menjayakan pelaksanaan program ini. Semoga segala usaha tersebut diberi ganjaran sebaik-baiknya disisi Allah SWT.
Sesungguhnya, usaha membangun Modal Insan melalui kaedah mendidik, mengajar, membentuk dan membimbing pelajar di sekolah merupakan tanggungjawab Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Berteraskan kepada prinsip ini, Bahagian Pendidikan Islam KPM mengambil inisiatif memperkenalkan satu program khusus ke arah pembentukan sahsiah pelajar dari semasa ke semasa. Hasilnya, program SUMUR ini dilaksanakan di semua SMKA dan SABK seluruh negara dan matlamat pelaksanaannya dilihat sejajar dengan anjakan ketiga dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 hingga 2025 yang memberi penekanan untuk “Melahirkan Rakyat Malaysia Dengan Penghayatan Nilai”.
Akhirnya, marilah sama-sama kita berdoa agar segala usaha kita ini akan mendapat keredhaan Allah SWT.
Sekian, terima kasih
Hj Abdullah bin Md DinPengarah Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia
5
LATAR BELAKANG
1. Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) merupakan cetusan idea YB Dato’ Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia. Hasrat ini telah disambut oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), Kementerian Pelajaran Malaysia dengan mencetuskan Modul 5C iaitu Murid Contoh, Murid Cerdas, Murid Cerdik, Murid Cergas dan Murid Ceria.
2. Matlamat program ini adalah untuk; melahirkan murid yang memiliki personaliti terpuji dan boleh dicontohi oleh murid-murid lain; sentiasa memburu ilmu untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat; mempraktikkan amalan penjagaan kesihatan yang cemerlang dalam kehidupan seharian; mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran hidup serta berusaha meningkatkan daya kepimpinan dan bersemangat patriotisma.
3. Program SUMUR telah dilancarkan oleh YB Dato’ Noh bin Omar, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 29 Oktober 2007 di Sekolah Agama Menengah Tanjung Karang, Kuala Selangor, Selangor.
4. Susulan daripada itu, sepuluh (10) buah sekolah rintis telah dipilih bagi melaksanakannya iaitu; SMKA Maahad Muar, Johor; SMKA Sultan Muhammad, Melaka; SMKA Nibong Tebal, Pulau Pinang; SMKA Naim Lil-Banat, Kelantan; SMKA Sheikh Hj Othman Wahab, Sarawak; SABK Imtiaz Dungun, Terengganu; SABK SAM Tanjung Karang, Selangor; SABK Maahad Al-Aziz, Parit Perak; SABK SMA Al-Maarif, Kuantan Pahang dan SABK SMA Al-Nahdah, Yan Kedah.
5. Mesyuarat Pengurusan Bahagian Pendidikan Islam Bil.2/2010 pada 8 Februari 2010 telah memutuskan bahawa program SUMUR ini diserahkan kepada Operasi Dakwah BPI KPM dan telah dilaksanakan bermula tahun 2010 di semua SMKA dan SABK.
6. Aktiviti pelaporan berpusat telah dilaksanakan pada tahun 2012 melibatkan semua SMKA dan SABK di enam (6) zon meliputi zon utara, zon tengah, zon selatan, zon timur, zon Sabah dan zon Sarawak.
7. Manakala bagi tahun 2013 pula, program SUMUR telah berjaya dilaksanakan di semua sekolah kelolaan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) KPM iaitu 56 buah SMKA dan 159 buah SABK. Aktiviti pemantauan juga turut dilaksanakan di beberapa buah sekolah terpilih di seluruh negara bagi memastikan pelaksanaan program ini berjalan sebagaimana dirancang.
6
PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM SUMUR
1. Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) ini berada di bawah Guru Penolong Kanan, Hal Ehwal Murid dan merangkumi semua aktiviti sekolah. Penyelaras program SUMUR di peringkat sekolah pula perlu dilantik di kalangan Guru Pendidikan Islam (GPI).
2. Program SUMUR ini terkandung di dalamnya empat (4) modul utama iaitu Modul Mutadayyin, Modul Berbudi Bahasa, Modul Jati Diri dan Modul Penampilan Diri.
3. Semua pelajar hendaklah diberitahu dan diperjelaskan secara terperinci tentang pelaksanaan setiap modul supaya mereka faham dan menyedari bahawa sesuatu modul tersebut sedang berlangsung dan mereka turut terlibat dalam pelaksanaan modul tersebut. Pernyataan-pernyataan dalam bentuk banner dan bunting perlu dipamer sepanjang setiap modul itu berlangsung.
4. Proses penilaian bagi setiap modul adalah berdasarkan kumpulan-kumpulan kecil pelajar (usrah) bagi meringan tugas guru. Guru (murabbi) perlu mengesahkan penilaian berdasarkan borang yang telah disediakan.
5. Usrah WAJIB dilaksanakan pada kadar minimum sekali sebulan di semua sekolah SMKA dan SABK sama ada di sekolah yang mempunyai asrama atau tiada asrama. Pihak sekolah perlu menubuhkan satu badan contohnya Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR/BDK) untuk menguruskan program usrah ini.
6. Penilaian murid hendaklah dibuat sebanyak empat (4) kali iaitu dua minggu sekali bagi tempoh dua bulan setiap modul itu berlangsung.
7. Penyelaras program SUMUR sekolah perlu menghantar peratus dapatan daripada penilaian murid bagi setiap modul yang dilaksanakan secara berkala iaitu 4 kali setahun (April, Jun, Ogos dan November) dengan mengisi Borang Pelaporan yang dijana dalam MS Excel. Laporan keseluruhan pelaksanaan program SUMUR dalam bentuk ‘hard copy’ pula perlu dihantar kepada SPI JPN untuk dipanjangkan ke BPI KPM pada bulan November bagi tahun semasa.
8. Bagi tujuan pengurusan fail pula, pihak sekolah perlu menyediakan enam (6) fail utama merangkumi :
a) Fail Panduan Pelaksanaan Program SUMURb) Fail Indukc) Fail Aktivitid) Fail BADAR/BDKe) Fail Penilaian Pelajarf) Fail Pemantauan
9. Sebarang kesulitan pada pelaksanaan program ini hendaklah dirujuk kepada penyelaras program SUMUR di BPI KPM.
7
8
9
MODUL A : MUTADAYYIN
10
MODUL B : BERBUDI BAHASA
11
MODUL C : JATI DIRI
12
MODUL D : PENAMPILAN DIRI
13
14
PERINCIAN MODUL SUMUR
MODUL 1 CIRI-CIRI AKTIVITI PELAKSANAAN PENILAIAN ULASANFEB - MAC
SOLAT BERKUALITI 1. Kempen Islah-Tazkirah –Mutadaiyin Awal program
Pertengahan Februari Minggu Ketiga
Pemantauan dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan oleh sekolah
1. Solat di awal waktu 2. Ceramah (1 x) 2. Solat berjemaah 3. Buletin 3. Solat sunat 4. Qiamullail
MUTADAYYIN
TADARUS AL-QUR’AN1. Tadarus Al-Qur’an secara halaqah atau berpasangan.
(2 hari seminggu). Borang muhasabah diri
1. Bacaan secara tartil 2. Bengkel Tahsin Qiraati
2. Istiqamah membaca Al-Qur’an
3. Bacaan secara disemak
AMALAN ZIKIR DAN DOA BERTERUSAN 1. Buletin bulanan
Awal program Februari mingggu kedua
Hafazan zikir dan doa selepas solat
1. Basahi lidah dengan zikir dan doa 2. Ceramah kelebihan Zikir
2. Mulakan pekerjaan dengan iringan doa.
15
16
MODUL 2 CIRI-CIRI AKTIVITI PERLAKSANAAN PENILAIAN CATATAN
BERBUDI BAHASA
1. Hormat menghormati
من كان يؤمن بالله واليوم اآلخر فاليكرمجاره )الحديث(
”Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah ia menghormati jiran tetangganya”
المسلم أخو المسلم ال يظلمه وال يخذله )الحديث(
” Seseorang Muslim itu adalah saudara bagi Muslim yang lain dia tidak menzaliminya dan tidak membiarkannya keseorangan ketika saudaranya memerlukan”
- kempen :* Ciri-ciri kempen memiliki 5 1 :
i. Informasiii. Inovasiiii. Ilmiahiv. Intelekv. Islamik
Cadangan aktiviti :
i. Perasmian / Penutupii. Sebaran Maklumat
(Reach Out)iii. Kempen 5 S
- Senyum- Salam- Sapa- Sopan- Sayang
iv. Sentuhan Jibril” Sentuhan lima saat lebih bermakna daripada pertuturan 5 minit”
v. Mentor Mentee
APRIL - MEI- Penilaian Rakan sebaya- Penilaian Naqib (Mentor pelajar)- Penialain Guru
Instrument rujuk lampiran
- awal dan akhir program
- Sepanjang program
2. Tolong menolong(29)سورة الفتح:
” Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka”
- Banner Contoh :-
ترى المؤمنين في توادهم وتراحمهم مثل الجسد، إذا
استكى منه عضو تداعى له سائرهر والحمى ما ال تراه الجسد بالس
العين ال يأ سى عليه الفؤاد()الحديث
”What the eyes sees not the heart rues not- Pemplet- “Guruku ibubapaku”- “ Kami sayang guru”
Seminggu Sekali
3. Mengenang budi / Menghargai (سورة إبراهيم( 7. Dan )ingatlah juga) , tatkala Tuhanmu memaklumkan; ” Sesungguhnya jika kamu bersyukur , pasti kami akan menambah )nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari )nikmat-Ku), Maka Sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.
اس )الحديث( )ال يشكر الله من ال يشكر الن
- Tayangan Clip Video- Tayangan Filem / DramaCth :
i. Anakku Sazaliii. Si Tanggang
iii. Siri Al- Hidayahiv. Mutiara Hativ. Cikgu Limau Kasturi
:
- Waktu perhimpunan rasmi- Sebulan sekali untuk tayangan filem
MODUL 3 CIRI-CIRI AKTIVITI PELAKSANAAN PENILAIAN ULASANJUN - JULAI
JATI DIRI
1. Berkeyakinan Usrah Sepanjang Tahun Borang soal-selidik
2. Sabar dan tabah Gotong-royang 1 hari Penilaian selepas program
3. Tetap pendirian Forum Hari Kebesaran Pemantauan
4. Semangat juang Pameran 1 hari
MODUL 4 CIRI-CIRI AKTIVITI PELAKSANAAN PENILAIAN ULASANOGOS - SEPTPENAMPILA
N DIRI1. Pemakaian: 1. Kempen: Sepanjang Program
Penampilan Diri Tunjuk Borang soal-selidik i) Kemas - Banner
17
cara berpakaian
ii) Bersih -Poster iii) Sesuai mengikut keadaan, tempat dan majlis
-Pamplet
2. Adab: 2. Bengkel:Bengkel Adab diberikan kepada pelajar-pelajar yang terpilih dan pelajar-pelajar tersebut menerangkan semula kepada pelajar-pelajar lain dalam LDK.
Pantauan secara berterusan dan penilaian diberikan berdasarkan kriteria-kriteria berikut:
i) Adab bercakap - Ceramah i- Kefahaman ii) Adab menuntut ilmu -LDK ii-Penglibatan iii) Adab bergaul iii-amalan 3. Kepemimpinan: 3. Pengucapan
Tazkirah / ucapan oleh pelajar sebelum kelas bermula mengikut giliran setiap hari persekolahan.
Dinilai oleh guru yang mengajar bagi masa pertama kelas tersebut.
i) Bijak membuat keputusan Awam:
ii) Boleh berkomunikasi dengan baik
4. Sikap Positif dan Proaktif
4. Anugerah Pelajar Mithali
Penilai berdasarkan pencapaian keseluruhan ciri-ciri yang dikehendaki.
i) Aktif di dalam aktiviti dalam / luar kelas ii) Suka membantu guru dan pelajar lain
PELAN TINDAKAN PELAKSANAAN PROGRAM SUMURBIL AKTIVITI JAN FEB MAR
18
1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
1Surat Siaran Pelaksanaan SUMUR dari BPI KPM kepada SPI JPN dan Sekolah SMKA dan SABK
2Mesyuarat Jawatankuasa SUMUR dan BADAR sekolah dan Perancangan Takwim SUMUR dan BADAR
3 Pelantikan AJK SUMUR dan BADAR sekolah
4 Pelancaran SUMUR dan Modul Mutadayyin peringkat sekolah
5 Pelaksanaan Modul Mutadayyin peringkat sekolah
6 Penilaian Program Mutadayyin oleh Naqib
7 Mesyuarat Penyelarasan Penilaian Program Mutadayyin oleh Murabi dan Naqib
BIL AKTIVITI APRIL MEI
19
1 2 3 4 1 2 3 4
8Pelaporan Modul Mutadayyin oleh sekolah kepada SPI JPN untuk dipanjangkan ke BPI KPM dalam Borang Pelaporan yang dijana oleh MS Excel
9 Pelancaran dan pelaksanaan Modul Berbudi Bahasa peringkat sekolah
10 Penilaian Program Berbudi Bahasa oleh Naqib
11 Mesyuarat Penyelarasan Penilaian Program Berbudi Bahasa oleh Murabi dan Naqib
BIL AKTIVITI JUN JULAI
20
1 2 3 4 1 2 3 4
12Pelaporan Modul Berbudi Bahasa oleh sekolah kepada SPI JPN untuk dipanjangkan ke BPI KPM dalam Borang Pelaporan yang dijana oleh MS Excel
13 Pelancaran dan pelaksanaan Modul Jati Diri peringkat sekolah
14 Penilaian Modul Jati Diri oleh Naqib
15 Mesyuarat Penyelarasan Penilaian Modul Jati Diri oleh Murabi dan Naqib
BIL AKTIVITI OGOS SEPTEMBER
21
1 2 3 4 1 2 3 4
16Pelaporan Modul Jati Diri oleh sekolah kepada SPI JPN untuk dipanjangkan ke BPI KPM dalam Borang Pelaporan yang dijana oleh MS Excel
17 Pelancaran dan pelaksanaan Modul Penampilan Diri peringkat sekolah
18 Penilaian Modul Penampilan Diri oleh Naqib
19 Mesyuarat Penyelarasan Penilaian Modul Penampilan Diri oleh Murabi dan Naqib
BIL AKTIVITI OKTOBER NOVEMBER
22
1 2 3 4 1 2 3 4
20Pihak sekolah menyiapkan dokumentasi dalam bentuk ‘hard copy’ untuk dihantar kepada SPI JPN pada bulan November tahun semasa
21Pelaporan Modul Penampilan Diri oleh sekolah kepada SPI JPN untuk dipanjangkan ke BPI dalam Borang Pelaporan yang dijana oleh MS Excel
22Pihak sekolah menghantar dokumentasi pelaporan program SUMUR sepanjang tahun dalam bentuk ‘hard copy’ kepada SPI JPN
23Pihak SPI JPN memilih pelaporan terbaik bagi 2 SMKA dan 2 SABK mewakili setiap negeri untuk dihantar ke BPI KPM
24 Pihak SPI JPN menghantar pelaporan terbaik mewakili negeri kepada BPI KPM
BORANG PENILAIAN INDIVIDU PROGRAM SUMUR
23
MODUL A : MUTADAYYIN
BORANG PENILAIAN INDIVIDU PROGRAM SUMUR24
MODUL B : BERBUDI BAHASA
25
BORANG PENILAIAN INDIVIDU PROGRAM SUMURMODUL C : JATI DIRI
26
BORANG PENILAIAN INDIVIDU PROGRAM SUMURMODUL D : PENAMPILAN DIRI
27
28