Upload
jessica
View
1.741
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
KERTAS KERJA
PERLAWANAN SEPAK TAKRAW
KPLI AMBILAN JUN 2009
(MATEMATIK-1E)
PENYELARAS : EN. CHEAH TONG TIAT
AHLI KUMPULAN
YONG FUI LEI
JESSICA EDWARD
ELAINE F. GEORGE
PRISCILLA SHIM SIAU YII
KERTAS KERJA :
PERLAWANAN SEPAK TAKRAW PERINGKAT IPGM KSAH
TARIKH :
29 OGOS 2009
TEMPAT :
GELANGGANG SEPAK TAKRAW IPGM KSAH
ANJURAN :
PERSATUAN SEPAK TAKRAW IPGM KSAH
1.0 TUJUAN
PERSATUAN SEPAK TAKRAW
INSTITUT PERGURUAN MALAYSIA KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN
Kertas kerja ini dikemukan untuk mendapatkan pertimbangan dan
kelulusan Puan Pengarah IPGM Kampus Sultan Abdul Halim bagi
mengadakan Perlawanan Sepak Takraw peringkat IPGM KSAH pada
tarikh, 29 OGOS 2009, bertempat di Gelanggang Sepak Takraw, IPGM
KSAH.
2.0 PENDAHULUAN
Perlawanan Sepak Takraw di antara pensyarah IPGM KSAH dan
guru pelatih ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan di IPGM KSAH
bagi mencungkil bakat terpendam para guru pelatih dalam bidang sukan
di samping menyokong dasar pendidikan negara yang menekankan
individu yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik malahan
juga dalam bidang sukan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengeratkan
lagi hubungan antara pihak pentadbiran dan guru-guru pelatih di bawah
satu acara yang dianjurkan seperti ini.
3.0 OBJEKTIF
Objektif utama Perlawanan Sepak Takraw peringkat IPGM KSAH ini
dijalankan adalah;
a) Mengasah bakat para peserta serta melatih mereka untuk bermain
dengan lebih baik dan seterusnya dapat mewakili institut ke
peringkat yang lebih tinggi.
b) Menggalakkan penglibatan guru pelatih dalam sukan tradisional
Melayu, khasnya sepak takraw.
c) Membina semangat kesukanan antara guru-guru pelatih.
d) Mengeratkan hubungan silaturrahim antara para peserta.
e) Membina guru-guru pelatih yang sihat dari segi jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial.
4.0 MATLAMAT
Matlamat program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada para
peserta tentang pengurusan pertandingan serta memupuk interaksi positif
dalam kalangan warga IPGM KSAH.
5.0 SASARAN
Setiap peringkat pengajian wajib menghantar 3 pasukan, iaitu;
a) KPLI
b) PISMK – OUM
c) PISMP
d) PPISMP
e) TESL
Terbuka kepada kakitangan dan pensyarah IPGM Kampus Sultan Abdul
Halim.
6.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT PERLAWANAN
Tarikh : 29 OGOS 2009
Hari : Sabtu
Tempat : Gelanggang Sepak Takraw IPGM KSAH
7.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI
TUGAS
Sila rujuk Lampiran 1.
8.0 ATURCARA PERLAWANAN
Sila rujuk Lampiran 2.
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Sila rujuk Lampiran 3.
LAMPIRAN 1
JAWATANKUASA PERLAWANAN SEPAK TAKRAW PERINGKAT
IPGM KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
PENAUNG
PN. HAJAH SAADIAH BINTI BANI
Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kampus Sultan Abdul Halim
PENASIHAT
TUAN HJ. RUSLAN BIN SAAD
Ketua Unit Kokurikulum Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kampus Sultan Abdul Halim
AHLI JAWATAN KUASA PELAKSANA
Pengerusi : En. Ahmad Fuad Bin Abdul Salim
Naib Pengerusi : En. Ronnie Balan Denis
Setiausaha : En. Mohd Baihaqi Bin Mohd Adenan
Bendahari : En. Laswan Bin Sonteng
Biro protokol/urusetia : 1. En. Khairil Anuar Bin Baharom
2. En. Anton Anak Pindog
3. En. Cassidy Chua Chin Boon
Biro publisiti : 1. En. Joey Wong
2. En. Aaron Chia
3. En. Severinus Petrus
Biro peralatan : 1. En. David Arumugam
2. En. Jason Chia Chee Lung
3. En. Amil Bin Jonas
Biro hadiah dan cenderahati : 1. En. Hanafi Bin Omar
2. En. Krishnan A/L Gnanasekaran
3. En. Justinus Bin Tanggang
Biro pengadil : 1. En. Berinus Agang
2. En. Lois Bin Kimbin
3. En. George Sipajan
Biro perubatan dan kebajikan : 1. En. Terbius Yipayin
2. En. Daison Anam
3. En. Norshamshi Bin Shamsul
Biro makanan dan minuman : 1. En. Mohd Zulhafiz Bin Kamarudin
2. En. Kamis Bin Jumat
3. Ustaz Khairiq Bin Jamaluddin
TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA
Setiausaha
Menguruskan segala bentuk permohonan kepada pihak-pihak tertentu.
Menyiapkan surat yang perlu dihantar segera kepada individu atau
badan-badan tertentu.
Bendahari
Mengumpul segala dana dan kutipan yang diserahkan.
Membuat laporan terkini tentang kedudukan kewangan.
Biro protokol/urusetia
Menguruskan semua maklumat yang perlu dihebah.
Menghebahkan keputusan-keputusan kejohanan.
Menyerah keputusan kejohanan kepada juruacara.
Biro publisiti
Menyediakan kain rentang atau kertas maklumat dan memaparkan di
tempat-tempat strategik.
Biro peralatan
Mendapatkan senarai alat yang diperlukan.
Menyediakan alat-alatan yang diperlukan.
Menghiaskan khemah dzif.
Biro hadiah dan cenderahati
Menyediakan jenis hadiah yang diperlukan.
Menyusun hadiah dan cenderamata.
Menyediakan senarai pemenang hadiah.
Biro pengadil
Merekod semua keputusan pertandingan.
Menganalisis kedudukan.
Biro perubatan dan kebajikan
Menyediakan alat kecemasan.
Menyediakan tempat rawatan.
Mengawasi keselamatan tetamu kehormat dan para peserta.
Biro makanan dan minuman
Menentukan menu dan jenis makanan serta minuman untuk jamuan
makan.
Menguruskan makanan dan minuman.
LAMPIRAN 2
ATURCARA PERLAWANAN SEPAK TAKRAW PERINGKAT
IPGM KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
7.00 a.m - Ketibaan para peserta.
7.30 a.m - Taklimat peraturan dan sistem perlawanan oleh Ketua Pengadil
8.00 a.m - Perlawanan pusingan pertama
12.00 p.m - Rehat dan makan tengahari
1.30 p.m - Perlawanan separuh akhir
3.00 p.m - Ketibaan Puan Pengarah IPGM Kampus Sultan Abdul Halim,
Pn. Hajah Saadiah Binti Bani.
3.10 p.m - Peringkat akhir Perlawanan Sepak Takraw
4.00 p.m - Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah
LAMPIRAN 3
ANGGARAN PERBELANJAAN
Pendapatan
Kutipan yuran penyertaan dari peserta : RM 10 X 51 = RM 510
Tajaan dari Persatuan Sepak Takraw : RM184
Perbelanjaan
1. Makanan dan Minuman
Ahli Jawatankuasa / Peserta = RM5 x 78 orang = RM390
Air mineral = RM12 x 7 kotak = RM84
3. Hadiah
Perasmi Pertandingan RM30 x 1 orang = RM30
Pingat emas RM10 x 3 orang = RM30
Pingat perak RM10 x 3 orang = RM30
Pingat gangsa RM10 x 3 orang = RM30
3. Kain Rentang
1 helai = RM100
JUMLAH = RM694
10.0 PENUTUP
Di harapkan dengan penganjuran program ini akan dapat
membentuk jati diri para peserta. Semoga pengalaman dan pengajaran yang
diterima dapat memajukan lagi sukan Sepak Takraw ini di samping memberi
kebaikan kepada semua pihak yang terlibat sekaligus mengeratkan hubungan
silaturrahim yang telah sedia terjamin.
Disediakan oleh,
________________________
(MOHD. BAIHAQI BIN MOHD. ADENAN)
Setiausaha Persatuan Sepak Takraw
IPGM Kampus Sultan Abdul Halim.
Disemak oleh,
_______________________
(AHMAD FUAD BIN ABDUL SALIM)
Pengerusi Persatuan Sepak Takraw
IPGM Kampus Sultan Abdul Halim.
Disahkan oleh,
_________________________
(TUAN HJ. RUSLAN BIN SAAD)
Ketua Unit Kokurikulum Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kampus Sultan Abdul Halim.
Diluluskan oleh,
_________________________
(PN. HAJAH SAADIAH BINTI BANI)
Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kampus Sultan Abdul Halim.
“KEDAH GEMILANG”
“1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”
Pn. Hajah Saadiah Binti Bani Ruj. Kami : IPSAH/12/03/1
Puan Pengarah, Tarikh : 20 Julai 2009
IPGM Kampus Sultan Abdul Halim
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.
Puan,
Memohon Kebenaran untuk Menganjurkan Perlawanan Sepak Takraw Peringkat IPGM KSAH
Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.
2. Perlawanan Sepak Takraw ini melibatkan para pensyarah IPGM KSAH dan guru-guru pelatih dari 5 peringkat pengajian iaitu KPLI, PISMK-OUM, PISMP, PPISMP dan TESL. Perlawanan ini dicadangkan berlangsung pada tarikh seperti di bawah:
Tarikh : 29hb Ogos 2009
Hari : Sabtu
Tempat : Gelanggang Sepak Takraw
Bilangan peserta : 51 orang
3. Objektif program ini adalah untuk memupuk semangat kesukanan, penghargaan terhadap permainan tradisional Melayu dan seterusnya mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara para peserta perlawanan.
4. Pihak kami amat berharap agar permohonan ini mendapat pertimbangan daripada pihak puan. Segala sokongan dan kerjasama yang pihak puan berikan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan tugas,
………………………………………………..
(AHMAD FUAD BIN ABDUL SALIM)
Pengerusi Persatuan Sepak Takraw
IPGM Kampus Sulatan Abdul Halim,
08000 Sungai petani,
Kedah Darul Aman.
Sk.
Fail Persatuan Sepak Takraw