Kertas Kerja Alat Pelindung Sukan

  • View
    26

  • Download
    7

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kertas Kerja Alat Pelindung untuk mencegah kecederaan sukan

Transcript

KOD KURSUS

:

QGJ3053

NAMA KURSUS

:

KURSUS SUKAN INDIVIDU

SEMESTER

:

2 SESI 2014/2015

KERTAS KERJA

KEPENTINGAN DAN FUNGSI ALAT PELINDUNG SUKAN UNTUK MENCEGAH KECEDERAAN BAGI SUKAN TAEKWONDO, BOWLING DAN MEMANAH

NAMA

:

FARIDAH BINTI ABDUL MAJID

NO. MATRIK

:

D20121061614

FAIL TUGASAN

:

D20121061614_KRB3063

KEPENTINGAN DAN FUNGSI ALAT PELINDUNG SUKAN UNTUK MENCEGAH KECEDERAAN BAGI SUKAN TAEKWONDO, BOWLING DAN MEMANAH

Daftar kandungan

Abstrak..................................3

1. Pengenalan

..................................3

1.1Pengenalan alat pelidung

..................................3

2. 4 peranan dan fungsi alat pelindung

..................................4

2.1Tujuan memakai alat pelindung semasa bersukan

..................................4

2.2Peranan penggunaan Alat Pelindung

..................................4

3. Spesifikasi alat pelindung bagi tiga jenis sukan

..................................6

3.1Sukan bowling

..................................7

3.2Sukan memanah

..................................8

3.3Sukan taekwondo

..................................9

4. Pemilihan alat pelindung yang tepat dan sesuai (pembuatan)

................................11

5. Prosedur memakai semasa pertandingan

..................................13

6. Peraturan memakai semasa pertandingan

..................................18

7. Penutup

..................................18Rujukan..................................19

Abstrak

Kertas kerja ini akan menerangkan mengenai kepentingan dan fungsi alat pelindung keselamatan dalam sukan khususnya bagi murid sekolah. Tiga jenis alat pelindung sukan telah dipilih untuk dihuraikan dengan lebih spesifik. Kertas kerja ini juga dilengkapkan mengenai prosedur pemakaian semasa pertandingan sukan itu dijalankan. Kecelakaan ini mungkin berlaku di mana-mana sahaja termasuklah ketika bersukan. Konsep keselamatan alat pelindung merujuk kepada langkah-langkah yang dilaksanakan oleh individu atau kumpulan untuk mengelakkan kemudaratan seperti kemalangan, kematian atau kecederaan

1. Pengenalan

Aspek keselamatan amat penting dititikberatkan semasa bersukan bagi menjamin kejayaan sesuatu aktiviti sukan tersebut. Jika aspek keselamatan tersebut diabaikan, kemalangan dan kecederaan kemungkinan besar boleh berlaku. Oleh itu, mengambilkira kepentingan alat pelindungan diri semasa bersukan boleh mengurangkan risiko kecederaan yang mungkin boleh mengakibatkan kecederaan kekal berlaku.

Kecederaan semasa bersukan boleh berlaku akibat pelbagai sebab. Teknik latihan yang tidak betul, amalam harian yang kurang sempurna, kecuaian dan insiden boleh menjadi penyebab kecederaan. Sukan-sukan seperti hoki, ragbi, tinju, taekwondo dan bola sepak mempunyai risiko tinggi untuk mendapatkan kecederaan. Oleh itu, alat pelindung keselamatan seperti shin pad, pelindung perut (abdominal guard), helmet (head gear) dan sarung tangan perlu dipakai untuk melindungi bahagian-bahagian tertentu.

1.1Alat Pelindung

Alat pelindung adalah merujuk kepada alat yang berfungsi untuk melindungi si pemakai daripada potensi bahaya samada dalam bidang pekerjaan mahupun dalam bidang sukan. Alat pelindung berfungsi sebagai pelindung kepada seseorang atlet semasa menjalankan aktiviti sukan, latihan mahupun pertandingan. Memilih alat pelindung yang sesuai semasa bersukan dapat mencegah terjadinya risiko kecederaan seterusnya dapat memastikan keselamatan atlet tersebut. Secara amnya dibahagikan kepada mengekalkan kepala, bahu, pengawal tangan, siku, pergelangan tangan, pinggang, kaki, lutut, buku lali, gabungan sukan cermin mata, sukan lain pakaian perlindungan.

Pemain sukan adalah digalakkan untuk memakai alat pelindung yang sesuai berdasarkan jenis sukan yang diwakili. Pihak pengurus pasukan perlu memastikan setiap ahli sukan atau kontinjen pasukannya memakai alat pelindung yang lengkap dan yang telah diluluskan. Alat-alat tersebut haruslah memenuhi persyaratan asas iaitu tidak mengganggu kualiti sukan, selesa dan memberikan perlindungan efektif terhadap jenis risiko bahaya. Sebagai contoh, atlet yang mengikuti sukan tennis, ping pong, badminton, skuasy dan olahraga perlu memakai alat pelindung lutut, pergelangan kaki dan siku.

2. 4 peranan dan fungsi alat pelindung

Risiko mengalami kecederaan semasa aktiviti lasak dan juga aktiviti sukan sentiasa ada. Bak kata pepatah, malang tidak berbau. Tujuan memakai alat pelindung mulut ialah untuk mengurangkan impak jikalau berlaku kemalangan. Ianya boleh mengurangkan kecederaan kepada tisu kegigian dan mengurangkan risiko kehilangan gigi akibat kecederaan bersukan.

2.1Tujuan Penggunaan Alat Pelindung secara amnya boleh dilihat sebagai berikut:

Melindungi pemain atau atlet semasa menjalankan latihan atau pertandingan daripada kemalangan yang tidak dapat dijangka

Meningkatkan pretasi atau pencapaian ke tahap yang optimum Mengurangi risiko akibat kecelakaan ke tahap yang minima.

Menjadikan gelanggang latihan atau pertandingan yang mempunyai suasana yang aman dan selesa

Mengurangkan risiko kecederaan yang mungkin boleh mendatangkan kecacatan kekal yang mengakibatkan kerugian kepada sumber keperluan manusia dalam bidang sukan.

untuk melindungi seluruh atau sebagian tubuh badan seseorang atlet atau pemain terhadap kemungkinan adanya potensi bahaya atau kemalangan.

2.2Peranan penggunaan Alat Pelindung

Mengelakkan kecederaan

Perlindungan

Mengekalkan suhu badan

4 peranan penggunaan alat pelindung dalam sukan

Membantu peredaran darah yang betul

Rajah 1 : Peranan penggunaan alat pelindung sukan

1. Mengelakkan kecederaan

Kebanyakan sukan tidak terlepas daripada keganasan dan kecederaan samada akibat kecuaian mahupun insiden. Kecederaan semasa bersukan adalah pelbagai mengikut jenis sukan dan mekanisme kecederaan tersebut.

Antara sebab-sebab berlaku kecederaan semasa bersukan adalah:

Pertembungan di antara satu sama lain

Hentakkan secara langsung daripada pihak lawan atau peralatan bersukan

Jatuh

Aktiviti sukan atau latihan yang berlebihan

Jenis-jenis kecederaan akibat daripada alasan yang telah disebutkan di atas adalah:

JENIS KECEDERAAN

Luka-luka

Hentakan

Terkehel/

tergeliat

Ketegangan

Terseliuh

Patah tulang

Rajah 2 : Jenis kecederaan semasa bersukan

2. Edaran yang betul

Bagi sesetengah atlet, mempunyai kecederaan sebelum ini boleh menyebabkan rencatan peredaran darah ke kawasan tertentu pada tubuh mereka. Memakai alat pelindung seperti pelindung lengan mampatan misalnya boleh membantu atlet mendapatkan peredaran darah ke kawasan yang diberikan. Teknologi dalam lengan mampatan menggalakkan aliran darah yang lebih baik ke kawasan yang pernah cedera sebelum ini, boleh mengurangkan kemungkinan bengkak dan menyediakan aliran edaran yang lebih baik untuk sendi dan anggota badan atlet. Menggunakan alat pelindung amat penting untuk atlet yang pernah mengalami kecederaan dan seterusnya dapat menghalang kecederaan dari arah depan kepada atlet yang tidak mempunyai rekod kemalangan olahraga.

3. Perlindungan

Memakai alat pelindung semasa bersukan dapat melindungi lapisan kulit yang terdedah kepada cuaca dan kejadian semulajadi alam. Bagi pemain pemandu lorong, pelari marathon, jogathon mahupun pemain basikal lumba, sering terdedah kepada risiko kecederaan seperti terkena pokok-pokok dan halangan lain di jalan kerana ia merupakan sukan luar (outdoor sport). Oleh itu, memakai alat pelindung boleh mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku kerana dalam bidang sukan ini, calar kecil dan lebam boleh bertukar menjadi isu besar.

4. Mengekalkan Suhu Badan

Menggunakan alat pelindung dapat mengekalkan suhu badan seperti pemain rollerblade yang memerlukan helmet lebih daripada sekadar perlindungan . Bagi pemain sukan dalaman yang melakukan aktiviti di dalam dewan yang mempunyai pendingin hawa, memakai alat pelindung amat penting bagi mengelakkan kesejukan yang boleh menjejaskan mutu permainan. Begitu juga pada pemain sukan luar yang terdedah kepada keadaan cuaca yang tidak menentu. Contohnya bagi pemain bola sepak. Memakai stokin panjang dan alat pelindung betis boleh mengelakkan kesejukan udara pada bahagian kaki sekaligus mengekalkan suhu badan.

3. Spesifikasi alat pelindung bagi tiga jenis sukan

3 jenis sukan telah dipilih untuk dalam kertas konsep ini iaitu :

Sukan Bowling

Sukan Memanah

Sukan Taekwondo

Rajah 3 : 3 Jenis sukan

3.1 Alat pelindung bagi sukan bowling

Boling tepin atau ten-pin boling adalah sejenis sukan kompetitif dan riadah di mana seorang pemain diperlukan untuk menggolek bola di atas lorong yang diperbuat daripada kayu atau sintetik (polyurethane) dengan tujuan untuk mendapat mata secara menjatuhkan sebanyak pin yang mungkin. Alat pelindung bagi sukan boling adalah seperti berikut:

a. Boling wrist brace

b. Compression Arm Sleeve (Sarung lengan mampatan)

c. Bowling Glove (Sarung tangan boling)

3.1.1Fungsi dan tujuan memakai alat pelindung sukan boling

a. Boling Wrist Brace

Boling Wrist Brace atau pendakap pergelangan tangan berfungsi untuk menghalang belakang tangan pemain daripada menjadi senget atau bengkok sebelum menggolekkan bola boling.

Pada dasarnya, tujuan alat pelindung ini adalah untuk menyekat pergerakan pergelangan tangan. P